assigment 1 design problem-based learning

9
Tajuk : Design for problem-based learning Nama : i) Dollina binti Abdul Ghaffar [email protected] ii) Saliza binti Shamsudin [email protected] Abstrak Penulisan ini membincangkan tentang reka bentuk pembelajaran berasaskan masalah (PBM) (problem-based learning ) sebagai satu reka bentuk pengajaran yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Perbincangan akan difokuskan kepada definisi PBM dan keperluan pelaksanaan PBM. Ia kemudiannya diikuti dengan isu berkait dengan faedah PBM kepada pelajar dan guru. Fokus seterusnya adalah penerangan tentang langkah-langkah dalam mereka bentuk projek PBM dengan mengambil contoh dari kajian lepas penyelidik dalam bidang ini. Kata kunci : Pembelajaran berasaskan masalah, faedah PBM, reka bentuk PBM Pendahuluan Problem-based learning (PBL) juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan satu pendekatan pengajaran di mana pelajar belajar dengan cara menyelesaikan masalah yang mencabar (S.Barrows & Lynda, 2007). Masalah yang dimaksudkan adalah tugasan yang perlu diselesaikan secara sosial dan kontekstual iaitu pelajar akan berada di dalam kumpulan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang ditemui. Pelajar akan menggunakan pengetahuan semasa mereka menganalisis masalah tersebut, mengenal pasti maklumat dan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pada mulanya PBL diperkenalkan di sekolah perubatan, Mc Master University di Ontario, Kanada oleh Dr Howard Barrows dalam usahanya untuk penstrukturan semula pendidikan perubatan dan supaya pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan saintifik mereka dalam masalah-masalah klinikal. Ia kemudiannya mula 1

Upload: saliza-shamsudin

Post on 11-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

id

TRANSCRIPT

Tajuk:Design for problem-based learningNama:i)Dollina binti Abdul [email protected])Saliza binti [email protected]

Abstrak

Penulisan ini membincangkan tentang reka bentuk pembelajaran berasaskan masalah (PBM) (problem-based learning ) sebagai satu reka bentuk pengajaran yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Perbincangan akan difokuskan kepada definisi PBM dan keperluan pelaksanaan PBM. Ia kemudiannya diikuti dengan isu berkait dengan faedah PBM kepada pelajar dan guru. Fokus seterusnya adalah penerangan tentang langkah-langkah dalam mereka bentuk projek PBM dengan mengambil contoh dari kajian lepas penyelidik dalam bidang ini.Kata kunci : Pembelajaran berasaskan masalah, faedah PBM, reka bentuk PBM

Pendahuluan

Problem-based learning (PBL) juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan satu pendekatan pengajaran di mana pelajar belajar dengan cara menyelesaikan masalah yang mencabar (S.Barrows & Lynda, 2007). Masalah yang dimaksudkan adalah tugasan yang perlu diselesaikan secara sosial dan kontekstual iaitu pelajar akan berada di dalam kumpulan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang ditemui. Pelajar akan menggunakan pengetahuan semasa mereka menganalisis masalah tersebut, mengenal pasti maklumat dan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pada mulanya PBL diperkenalkan di sekolah perubatan, Mc Master University di Ontario, Kanada oleh Dr Howard Barrows dalam usahanya untuk penstrukturan semula pendidikan perubatan dan supaya pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan saintifik mereka dalam masalah-masalah klinikal. Ia kemudiannya mula diaplikasikan pula dalam pelbagai bidang pendidikan. Dalam pelaksanaan PBL guru akan berperanan sebagai pemudah cara, jurulatih, dan mentor untuk membimbing pelajar sewaktu mereka membangunkan kemahiran baru dan semasa proses menyelesaikan masalah (Northern Illinios University, 2015). Pelajar dalam kumpulan kecil akan meneroka situasi masalah dan melalui pemerhatian mereka akan menilai jurang pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka bagi menentukan maklumat yang perlu diperoleh untuk menyelesaikan situasi masalah yang diberikan (Major & Savin-Baden, 2004). Dalam proses menyelesaikan masalah yang ditemui, pelajar akan melalui proses inkuiri yang memerlukan mereka mencari jawapan ke atas beberapa persoalan seperti apa yang diketahui, apa yang perlu diketahui, dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang perlu (Stepien & Gallagher, 1993).

Pembelajaran berasaskan masalah (PBM)

Secara umumnya, dalam pembelajaran berasaskan masalah (PBM), pelajar akan bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru mata pelajaran. Pelajar kemudiannya dikehendaki mengkaji masalah tersebut dan menyenaraikan beberapa isu yang sedia diketahui oleh mereka. Pelajar kemudian perlu menentukan maklumat dan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu. Melalui maklumat yang diperoleh, pelajar perlu menilai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan mengemukakannya kepada guru dalam bentuk laporan (Woods, 2015).

Hasil proses penyelesaian masalah dalam PBM, didapati pelajar lebih cenderung kepada beberapa perkara yang dinyatakan di bawah (Kain, 2003); Pelajar menjadi lebih kolaboratif, berkebolehan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Pelajar dapat belajar kemahiran berfikir secara kritikal melalui proses penentuan dan menganalisis masalah. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan menghubungkaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajar sedar akan kaitan pengalaman pembelajaran mereka. Pelajar belajar untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri Pelajar lebih ke arah pembelajaran kendiri Pembelajaran berasaskan masalah juga didapati konsisten dengan prinsip pengajaran konstruktivis. Terdapat perkaitan yang jelas antara teori dengan amalan PBM. Antaranya ialah ciri-ciri aktiviti PBM yang menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam menyelesaikan tugasan dalam persekitaran sebenar seperti yang diperkatakan dalam teori konstruktivis. Tumpuan PBM adalah ke atas pelajar sebagai individu yang akan membina pengetahuan mereka sendiri dan menggunakan pengetahuan itu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. PBM juga menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif serta tahu sejauh mana tahap pemahaman mereka dalam sesuatu tugasan itu (Savery & Duffy, 1995).

Faedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM)

Pelaksanaan PBM dalam pengajaran menggalakkan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah kerana setiap ahli dalam kumpulan akan memainkan peranan masing-masing secara aktif untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membaca, mengambil nota, menyelidik, menganalisis, menerangkan, perbincangan, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan (Nina Abdul Razak, 2012). Pelajar juga didapati seronok dan berpuas hati di sepanjang proses pembelajaran kerana mereka dapat menimba pengalaman mencari penyelesaian kepada masalah yang dikemukakan guru melalui analisis masalah, perbincangan, dan sumbang saran dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu PBM juga menghasilkan pelajar yang mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang tinggi, ini bersesuaian dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan kepada pembentukan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.

Keyakinan diri pelajar juga didapati semakin bertambah melalui PBM. Pelajar juga lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan secara tidak langsung ia menyumbang kepada kemahiran pembelajaran sepanjang hidup (Balim, Turkoguz, Kacar, Evrekli, & Ozcan, 2014). Selain itu, kehadiran pelajar ke kelas juga semakin meningkat. Ini membawa kepada keadaan disiplin pelajar yang bertambah baik dan menggalakkan pelajar untuk meluangkan lebih banyak masa untuk belajar. Kaedah PBM juga mampu memberikan lebih banyak ganjaran secara intrinsik yang dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih lagi.

Reka bentuk pembelajaran berasaskan masalah

Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) sering kali menjadi satu perkara yang baru kepada pelajar apabila ia diintegrasikan dalam pembelajaran di bilik darjah kerana ia melibatkan perubahan perspektif dan fungsi pelajar dalam tugasan yang diberikan. Oleh itu guru perlu mengenal pasti masalah yang sesuai untuk diberikan sebagai tugasan kepada pelajar. Masalah tersebut seharusnya dapat membantu mengajar pelajar kemahiran baru dan hanya dapat diselesaikan secara berkumpulan bukan secara individu. Guru juga perlu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kemahiran dan kebolehan yang berbeza dan pelbagai. Pelajar perlu digalakkan bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan, dan untuk tujuan ini pelajar diminta untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli kumpulan masing-masing. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar memainkan peranan yang bersesuaian dengan kekuatan yang ada pada diri setiap individu.

Secara ringkasnya, bagi menjayakan PBM pelajar perlu melakukan beberapa proses berikut (Landsberger, 2011) ; Kenal pasti isu berkaitan dengan masalah. Baca, bincang dan analisa masalah tersebut dan kenal pasti bahagian masalah yang paling penting. Senaraikan perkara yang ahli kumpulan tahu tentang masalah tersebut. Bincang tentang pengetahuan semasa dan pengalaman ahli kumpulan yang ada kaitan dengan masalah tersebut. Kenal pasti kekuatan dan kebolehan setiap ahli yang dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah. Lakukan sumbang saran dengan menerima sumbangan idea setiap ahli dan kemudiannya kenal pasti penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Tuliskan pernyataan masalah berdasarkan apa yang diketahui tentang masalah tersebut dan bagaimana cara penyelesaiannya. Senaraikan kesemua alternatif penyelesaian kepada masalah yang boleh dipertimbangkan. Susun semula alternatif penyelesaian masalah itu mengikut keutamaannya menyelesaikan masalah yang diberi. Senaraikan tindakan-tindakan yang perlu diambil mengikut garis masa. Senaraikan apa yang perlu diketahui oleh ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah. Perkara yang tidak diketahui oleh ahli kumpulan juga perlu disenaraikan. Seterusnya bincang tentang sumber-sumber rujukan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah seperti internet, buku teks, sumber-sumber primer atau sekunder, temu duga, dan guru. Tuliskan laporan ahli kumpulan dengan menyatakan penyelesaian kepada masalah yang dikenal pasti bersama dengan dokumen sokongan. Bentangkan kesimpulan yang dicapai oleh kumpulan. Yakinkan kepada pendengar bahawa penyelesaian yang dicadangkan dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Kaji semula dan buat refleksi terhadap pencapaian ahli kumpulan. Ini bertujuan untuk membantu mengesahkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana proses ini dapat ditingkatkan lagi.

Antara reka bentuk PBM yang dibincangkan oleh penyelidik dalam bidang berkaitan adalah seperti yang dicadangkan oleh Kim & Lee (2014) dalam kajian mereka ke atas kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kebolehan memproses maklumat di kalangan pelajar sekolah menengah menggunakan pembelajaran berasaskan masalah. Hasil kajian mendapati kebolehan pelajar untuk menghasilkan pengetahuan baru melalui kaedah PBM semakin meningkat. Beliau membahagikan proses pembelajaran berasaskan masalah kepada beberapa langkah dengan mengambil kira perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti rajah 1 di bawah.

Jadual 1Langkah dan proses PBMLangkah-langkahPerkaraIsu yang perlu diperhatikan

Langkah 1Pembentangan tugasan PBMMasalah yang berkait dengan kehidupan dan masa perlu dipilih.

Langkah 2Buat rancangan untuk prestasi tugasan oleh kumpulanTulis data tentang masalah yang diketahui dan tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.

Langkah 3Pembahagian tugasan individuTugasan perlu dibahagikan antara individu berdasarkan rancangan prestasi tugasan.

Langkah 4Prestasi tugasan individuPerlu ada arahan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pengumpulan maklumat, pemilihan, sumber, dan kesahan maklumat.

Langkah 5Pembentangan tugasan individu dalam kumpulanPerlu ada arahan diberikan kepada pelajar bagaimana untuk mensintesiskan maklumat yang diperoleh.

Langkah 6Pembentangan kumpulanPerlu ada arahan kepada pelajar untuk mendengar dan menghormati pendapat dari kumpulan lain.

Langkah 7Membuat refleksi jurnalRefleksi am bentuk jurnal perlu ditulis selepas aktiviti berkumpulan.

Reka bentuk pembelajaran berasaskan masalah perlu bersesuaian dengan bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Pendekatan PBM perlu diubahsuai bagi memastikan objektif utama PBM tercapai walaupun bilangan pelajar yang terlibat adalah ramai (Long & Qin, 2014).

Kesimpulan

Melalui proses pembelajaran berasaskan masalah, pelajar belajar untuk menjadi rakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menerima tanggungjawab untuk belajar dan bekerjasama dengan ahli kumpulan. Pembelajaran berasaskan masalah juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Ia juga menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal sepanjang proses mencari alternatif penyelesaian masalah dalam kumpulan. Selain itu, pelajar juga berkemahiran untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber yang berkaitan. Hal ini membantu pelajar menyiapkan diri menghadapi situasi masalah yang sebenar di luar bilik darjah.

Dalam menghasilkan masalah yang sesuai untuk dikemukakan kepada pelajar, tahap pengetahuan pelajar terhadap sesuatu masalah perlu diambil kira. Ini bagi mewujudkan rasa yakin dalam diri pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Masalah yang diberikan juga seboleh-bolehnya dapat menarik minat pelajar dan relevan untuk dipraktikkan. Selain itu, selari dengan pendidikan alaf-21, masalah tersebut perlu dikemukakan dalam pelbagai kaedah yang melibatkan penggunaan teknologi dan bukan semata-mata di atas kertas edaran sahaja. Perbincangan jenis pengetahuan, jenis soalan, dan isu kritikal dalam masalah dapat membantu pengajar untuk mereka bentuk masalah yang dapat membantu pelajar meneroka pandangan sendiri tentang pengetahuan. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami apa yang diperlukan untuk belajar secara individu dan berkumpulan di antara rakan sekumpulan.

RujukanBalim, A. G., Turkoguz, S., Kacar, S., Evrekli, E., & Ozcan, E. (2014). Teachers' views about problem-based learning through concept cartoons. Journal of Baltic Science Education, 13(4), 458-468.Kain, D. L. (2003). Problem-based learning for teachers, grades 6-12. Arizona, USA: Pearson Education, Inc.Kim, D. G., & Lee, J. M. (2014). A study on improving information processing abilities based on PBL. Turkish Online Journal of Distance Education,15(2), 41-52.L. J. (2011). Problem-based learning. Retrieved from http://www.studygs.net/pbl.htmLong, T., & Qin, D. (2014). Challenges of conducting problem-based learning in a large class. Chinese Education and Society, 47(3), 106-110.Major, C. H., & Savin-Baden, M. (2004). Foundations of problem-based learning. Berkshire, England: The Society for Research into Higher Education & Open University Press.Nina Abdul Razak. (2012). Problem-based learning in the educational psychology classroom: bahraini teacher candidates' experience. International Journak of Teaching and Learning in Higher Education, 24 (2), 134-143.Northern Illinios University. (2015). Problem-based learning (PBL). Retrieved from Faculty Development and Instructional Design Center: http://niu.edu/facdev/resources/guide/strategies/problem_based_learning.pdfS.Barrows, H., & Lynda, W. K. (2007). Principles & practice of aPBL. Jurong: Prentice Hall Pearson Education South Asia Pte Ltd.Savery, J. R., & Duffy, T. M. (1995). Problem-based learning: An instructional model and its constructivist framework. Educational Technology, 35, 31-38.Stepien, W., & Gallagher, S. (1993). Problem-based learning: As authentic as it gets. Educational Leadership,50(7), 25-28.Woods, D. (2015). Problem-based learning. Retrieved from Mc Master University: http://chemeng.mcmaster.ca/problem-based-learning

7