resepi laksa

4
RESEPI | LAKSA PENANG MUDAH DAN SEDAP Assalamualaikum... Boleh dikatakan saya ini jenis yang "hantu laksa". Kalau dapat makan laksa ini, memang tak ingat dunia. Tak sentuh dah nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasanya memang ramai yang gemarkan laksa ini kan. Salah satu sebab mengapa laksa ini menjadi kegemaran saya sebab nak buat pun mudah. "Campak-campak" pun, insyaAllah jadi. (Asyik nak campak je kerja dia..hehe.) Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ini pun tak mencecah RM20. Tambah-tambah semua bahan-bahan, baru RM12-18. Kena pandai bajet dan cari bahanlah, beli dekat pasar-pasar malam, ikan- kan segar, satu pinggan ikan baru berharga RM5, murahkan. Terutama nak buat masakan bajet. Lagi pun bila dah buat sendiri baru puas hati kan. Boleh makan banyak mana yang kita nak. Maklumlah kalau digelar "hantu laksa" ini semangkuk pun tak puas. Makan berulang- ulang kali. Tak ingat dunia. hehehe. Baru sahaja mengenyangkan perut saya dengan laksa ini. Yummy..terasa nak makan lagi ini. Jom pengemar-gemar laksa, kita buat Laksa Penang yang mudah dan insyaAllah sedap.

Upload: faiedz-amrull

Post on 23-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

recipe laksa

TRANSCRIPT

Page 1: RESEPI laksa

RESEPI | LAKSA PENANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Boleh dikatakan saya ini jenis yang "hantu laksa". Kalau dapat makan laksa ini, memang tak ingat dunia. Tak sentuh dah nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasanya memang ramai yang gemarkan laksa ini kan. Salah satu sebab mengapa laksa ini menjadi kegemaran saya sebab nak buat pun mudah. "Campak-campak" pun, insyaAllah jadi. (Asyik nak campak je kerja dia..hehe.)

Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ini pun tak mencecah RM20. Tambah-tambah semua bahan-bahan, baru RM12-18. Kena pandai bajet dan cari bahanlah, beli dekat pasar-pasar malam, ikan-kan segar, satu pinggan ikan baru berharga RM5, murahkan. Terutama nak buat masakan bajet. Lagi pun bila dah buat sendiri baru puas hati kan. Boleh makan banyak mana yang kita nak. Maklumlah kalau digelar "hantu laksa" ini semangkuk pun tak puas. Makan berulang-ulang kali. Tak ingat dunia. hehehe.

Baru sahaja mengenyangkan perut saya dengan laksa ini. Yummy..terasa nak makan lagi ini. Jom pengemar-gemar laksa, kita buat Laksa Penang yang mudah dan insyaAllah sedap.

Angaran makan untuk 5-7 orang. Tapi kalau "hantu laksa" 4 orang je kot. Saya ler tu. T__T

Page 2: RESEPI laksa

Bahan-bahan

1 Bungkus Laksa

1 kg/ 6-7 ekor Ikan kembung/Ikan Sardin @ Ikan Selayang (Saya prefer Ikan Sardin @ Ikan Selayang sebab isinya banyak dan juga rasanya lebih manis. Kalau yang segar tu, tak payah tambah gula mahupun penambah perisa yang lain dah.)

1 biji bawang besar

2 ibu jari belacan

1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)

2-3 keping asam keping (Ikut berapa banyak kuah yang kita nak buat itu, takut nanti terlebih masam)

2 bunga kantan - dibelah 4

1 ikat daun Kesum

Air Rebusan Ikan / Air

Garam

Penambah Perisa

Bahan hiasan (OPTIONAL)

*Nak letak boleh, tak letak pun tak apa.

Telur - dibelah dua.

Timun - dihiris

Salad/ Kobis - dihiris

Bawang besar - dihiris

Limau kasturi - dibelah dua.

Daun pudina - dihiris

Cili padi - dihiris

Nenas - dipotong dadu. (Bila makan dengan laksa, rasa dia masam-masam, manis, pedas. Sedap. ^___^)

Page 3: RESEPI laksa

*Ada yang suka letak Petis atau otak udang kan. Jadi boleh lah letak. Tapi saya tak pernah cuba.

Cara-cara

- Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, baru ikut rebuskan laksa ke atas dapur ya.

- Ikan pula, kita rebus dan ambil isinya. Sebaiknya air rebusan ikan itu kita tak payah buang. Kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. Jadi kita asingkan terlebih dahulu.

- Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan dan kita blend pula tulang ikan dan tapis airnya.

- Kisar bawang besar, belacan dan cili kering/cili kisar bersama air rebusan ikan tadi.

- Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.

- Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih buat seketika. Kita masak kuah laksa dengan api yang perlahan ini supaya, kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. Tak cepat basi.

- Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.

- Sudah siap. Bolehlah anda, menjamu selera. Mudah kan. ^___^

Selamat Mencuba.