resepi gulai

Upload: red

Post on 30-May-2018

268 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    1/23

    Buku Elektronik

    20 Resipi Aneka Gulai

    Sajian berbeza masakan bergulai

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    2/23

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    3/23

    GULAI KUPANG BERLADA

    BAHAN-BAHAN:

    300 gm isi kupang

    200 gm nanas (hiris nipis)

    250 ml santan

    5 ulas bawang merah (tumbuk)

    4 ulas bawang putih (tumbuk)

    1 batang serai (titik)

    10 tangkai cili padi (tumbuk)

    2 cm kunyit hidup (tumbuk)

    10 gm serbuk lada hitam

    1 keping asam gelugur

    Garam secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur

    dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    4/23

    AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK

    BAHAN-BAHAN:

    1 ekor ayam kampung (potong 12)

    2 biji ubi keledek (potong dadu)

    1 tangkai cili merah (tumbuk)

    5 tangkai cili padi (tumbuk)

    3 ulas bawang merah (tumbuk)

    3 ulas bawang putih (tumbuk)

    1 labu bawang besar (belah 4)

    1 batang serai (titik)

    4 cm kunyit hidup (tumbuk)

    1 keping asam gelugur

    250 ml santan pekat

    2 helai daun limau purut (hiris)

    Garam dan minyak secukupnya

    CARA MENYEDIAKAN:

    Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah

    empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan

    serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air.

    Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam

    gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    5/23

    KURMA CAMPURAN

    BAHAN-BAHAN:

    200 gm daging (potong dadu)

    10 biji telur puyuh (rebus)

    3 biji ubi kentang (potong dadu)

    1 batang lobak merah (potong

    dadu)

    2 labu bawang besar (belah

    empat)

    4 ulas bawang merah (mayang)

    3 ulas bawang putih (mayang)

    50 ml air asam jawa

    2 cm halia (mayang)

    2 kuntum bunga lawang

    250 ml santan

    1 peket kecil rempah kurma

    250 ml air

    Garam secukup rasa

    Minyak untuk menumis

    CARA MENYEDIAKAN:

    Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang

    dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi.

    Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk,

    masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan,

    telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    6/23

    PARI RAMPAI BERKUAH

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm ikan pari

    10 tangkai cili padi (tumbuk)

    5 tangkai cili merah (tumbuk)

    5 ulas bawang merah (tumbuk)

    4 ulas bawang putih (tumbuk)

    2 batang serai (titik)

    1 kuntum bunga kantan (hiris)

    2 helai daun limau purut (hiris)

    1 helai daun kunyit (mayang)

    250 ml santan pekat

    1 biji limau kasturi (ambil airnya)

    2 cm cekur (tumbuk)

    2 cm kunyit hidup (tumbuk)

    1/2 biji kelapa (sangai hingga

    kekuningan)

    Garam secukup rasa

    Minyak untuk menumis

    CARA MENYEDIAKAN:

    Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan

    yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu

    tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan

    bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan

    gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari

    bakar.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    7/23

    GULAI BETIK IKAN MASIN

    BAHAN-BAHAN:

    1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan)

    100 gm ikan masin

    500 ml santan kelapa

    10 tangkai cili padi (tumbuk)

    5 ulas bawang merah (tumbuk)

    3 ulas bawang putih (tumbuk)

    1 batang serai (titik)

    2 cm kunyit hidup (tumbuk)

    Sehelai daun kunyit (siat)

    Garam secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:

    Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan

    dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit

    serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    8/23

    KARI SARDIN KENTANG

    BAHAN-BAHAN:

    1 tin besar ikan sardin

    2 biji ubi kentang

    3 ulas bawang merah (tumbuk)

    3 ulas bawang putih (tumbuk)

    1 labu bawang besar (belah 4)

    1 batang serai (titik)

    2 sudu besar rempah kari ikan

    1/2 sudu kecil halba campur

    50 ml air asam jawa

    50 gm yogurt

    125 ml air

    Garam secukup rasa

    Minyak untuk menumis

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai

    hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah

    minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali,

    masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan

    api perlahan untuk beberapa minit.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    9/23

    GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm daging tetel (rebus empuk)

    200 gm rebung

    10 gm ketumbar (tumbuk)

    10 tangkai cili kering (kisar)

    5 ulas bawang merah (kisar)

    4 ulas bawang putih (kisar)

    2 cm lengkuas (ketuk)

    1 cm belacan (tumbuk)

    5 keping asam gelugur

    2 batang serai (titik)

    3 cawan air

    Garam dan gula secukup rasa

    Minyak untuk menumis

    CARA MENYEDIAKAN:

    Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan

    lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan

    pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi

    selama sepuluh minit.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    10/23

    GULAI MASAM IKAN KERING

    BAHAN-BAHAN:

    1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2)

    4-5 keping tulang ikan masin kurau1 liter air

    6 ulas bawang merah (tumbuk

    lumat)

    1 tangkai cili merah (tumbuk

    lumat)

    Sedikit belacan (tumbuk lumat)

    3 sudu besar cili merah kisar

    1 sudu kecil serbuk kunyit1 batang serai (titik)

    2 keping asam gelugur (hiris)

    Garam dan gula secukup rasa

    Daun kesum secukupnya

    CARA MENYEDIAKAN:

    Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebushingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam

    gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan

    hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    11/23

    PINDANG SOTONG

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm sotong sederhana besar

    2 batang serai (titik)

    2 cm halia (titik)

    7 tangkai cili siam (titik)

    2 helai daun salam

    4 biji tomato hijau (potong dua)

    2 biji tomato merah besar

    (potong empat)

    6 biji belimbing buluh (belah dua)

    5 gm daun kemangi/selasih

    2 keping asam gelugur

    650 ml air sejuk

    Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN-BAHAN KISAR:

    6 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    2 cm kunyit hidup

    2 tangkai cili merah

    CARA MENYEDIAKAN:

    Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan

    merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah

    mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia

    mendidih sekali lagi.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    12/23

    TUMIS ASAM PEDAS NYONYA

    BAHAN-BAHAN:

    2 ekor ikan keli (potong tiga)

    Minyak untuk menumis

    6 batang bendi kecil

    500 ml air asam jawa

    (sederhana pekat)

    1 kuntum bunga kantan

    (hiris kasar)

    BAHAN KISAR

    6 ulas bawang merah

    3 tangkai cili merah

    2 batang serai

    2.5 cm lengkuas

    2.5 cm kunyit hidup

    10 tangkai cili kering

    (kisar berasingan)Sedikit belacan

    Garam dan gula secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan

    naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga

    mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih

    sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periukdan padamkan api.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    13/23

    KARI TELUR ITIK

    BAHAN-BAHAN:

    6 biji telur itik (rebus)

    Minyak secukupnya

    1 labu bawang besar (cincang)

    2 ulas bawang putih (cincang)

    3 cm halia (tumbuk lumat)

    4 biji tomato (potong kecil)

    150 ml air

    Gula dan garam secukup rasa

    BAHAN REMPAH:

    1 sudu besar serbuk ketumbar

    2 sudu kecil serbuk kunyit

    1 1/2 sudu kecil serbuk cili

    1/2 sudu kecil garam masala

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia

    hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga

    tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan

    biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup

    rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    14/23

    GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU

    BAHAN-BAHAN:

    350 gm tauge kasar (buang

    ekor)

    3 keping tauhu (potong empat)

    1/2 labu bawang besar (hiris -

    memanjang)

    1 tangkai cili merah hiris kasar

    250 gm udang sederhana besar

    300 ml santan pekat

    Garam secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:

    Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan

    masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian

    daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan

    biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    15/23

    SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI

    BAHAN-BAHAN:

    250 gm minyak kacang4 batang tauhu telur (potong ikut

    suka dan goreng)

    4 kuntum cendawan shitake

    kering (rendam dan hiris nipis)

    50 gm leek (hiris nipis)

    50 gm lobak (hiris nipis)

    120 gm surimi/isi ketam

    2 sudu besar air halia

    1 liter air sejuk

    1 1/2 kiub pati ayam

    1/2 sudu kecil lada sulah

    1 sudu besar tepung jagung

    Air secukupnya

    1 biji telur ayam

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan

    hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu

    hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh

    bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan

    menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat

    hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan

    taburkan dengan daun bawang.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    16/23

    KARI IKAN ASAM PEDAS

    BAHAN-BAHAN:

    2 ketul ikan tenggiri (goreng)

    2 batang serai (hiris nipis)

    2 sudu besar serbuk kari

    150 gm air asam jawa (pekat)

    200 ml santan pekat

    2 biji tomato (potong 4)

    1 labu bawang besar (potong

    panjang)

    1 tangkai cili hijau (belah dua)

    1 tangkai cili merah (belah dua)

    6 biji kacang bendi

    Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN-BAHAN TUMBUK:

    Minyak untuk menumis

    5 ulas bawang merah

    3 ulas bawang putih

    6 tangkai cili merah

    5 gm kunyit hidup

    5 gm halia

    3 biji buah keras

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan

    terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup

    rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran

    dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    17/23

    DAGING SEMUR

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm daging (potong kiub)

    1 1/2 sudu besar kicap cair

    1 sudu besar cuka

    1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)

    1 sudu kecil rempah campuran

    (perap semua bahan di atas

    selama 15 minit)

    6 ulas bawang merah (tumbuk)

    4 ulas bawang putih (tumbuk)

    2 sudu besar minyak

    1 liter air

    4 biji kentang (potong empat)

    Garam dan gula secukup rasa

    1 sudu besar serbuk roti

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik

    bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air.

    Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga

    kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti,

    biarkan sebentar hingga kuah pekat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    18/23

    LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU

    BAHAN-BAHAN:

    350 gm udang sederhana besar(buang kepala dan kulit)

    50 gm isi petai

    150 gm tempoyak

    125 ml santan cair

    250 ml santan pekat

    Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN HIRIS HALUS:

    2 helai daun kunyit

    5 helai daun labu

    10 helai pucuk ubi (rebus)

    10 helai daun kaduk

    10 helai daun buas-buas

    BAHAN TUMBUK:

    3 batang serai hiris

    3 cm kunyit hidup

    8 tangkai cili padi

    CARA MENYEDIAKAN:

    Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair

    ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih,

    masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih

    sekali lagi dan barulah angkat.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    19/23

    AYAM PONGTEH

    BAHAN-BAHAN:

    600 gm ayam (potong 10)

    3 sudu besar minyak

    250 ml air

    300 gm ubi sengkuang (potong

    kiub)

    4 helai daun cekur (hiris kasar)

    BAHAN-BAHAN TUMBUK:

    7 ulas bawang merah

    3 ulas bawang putih

    2 cm lengkuas

    1.5 cm kunyit hidup

    4 biji buah keras

    BAHAN-BAHAN PERISA:

    2 sudu besar taucu kisar

    1 sudu besar gula

    1 sudu kecil kicap cair

    1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

    Garam dan gula secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.

    Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam

    dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah

    bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.

    GULAI AYAM SUMATERA

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    20/23

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm ayam (potong sederhana)

    5 tangkai cili padi

    1 keping asam gelugur

    250 ml santan

    2 tangkai cili hijau (potong dua)

    2 biji tomato (belah empat)

    Garam dan gula secukup rasa

    Minyak masak secukupnya

    BAHAN KISAR

    4 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    3 cm lengkuas

    1 batang serai

    2 helai daun limau purut

    1 helai daun kunyit

    2 cm kunyit hidup

    CARA MENYEDIAKAN:

    Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga

    sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur,

    garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak

    hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    21/23

    GULAI UDANG REBUNG

    BAHAN-BAHAN:

    300 gm udang sederhana besar

    200 gm rebung (hiris nipis)

    3 ulas bawang merah (kisar)

    2 ulas bawang putih (kisar)

    2 cm halia (kisar)

    1 cm kunyit (kisar)

    300 ml santan

    2 keping asam gelugur

    Air secukupnya

    4 tangkai cili padi (titik)

    1 batang serai (titik)

    Sedikit garam dan gula secukup rasa

    CARA MENYEDIAKAN:

    Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit

    hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang

    perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan

    tidak pecah minyak.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    22/23

    GULAI UDANG LEMAK PADANG

    BAHAN-BAHAN:

    500 gm udang sederhana

    2 batang serai

    3 tangkai cili padi (ketuk)

    2 tangkai cili merah (belah dua)

    250 ml santan pekat

    BAHAN KISAR:

    3 ulas bawang merah

    1 labu bawang besar

    2 ulas bawang putih

    3 cm halia

    2 cm kunyit hidup

    CARA MENYEDIAKAN:

    Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang

    diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit.

    Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit.

    Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.

    2009. Hak Cipta Terpelihara

  • 8/14/2019 Resepi Gulai

    23/23

    PenggunaanBuku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman webwww.sajionline.com.mysahaja.

    Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan andamenjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!

    PemilikanHak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya sertabahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhadkecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula,disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apabentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada PerfisioSolutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

    PenafianPerfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarangkehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi

    daripada ebook ini.

    Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatupernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untukmenyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

    Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namunia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dankandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secaralangsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugianberbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:Perfisio Solutions Sdn. Bhd14, Ground Floor, The Right Angle

    Jalan 14/22 , Petaling Jaya

    No. Tel: 603-7955 5577No. Faks: 603-7957 2777

    http://www.sajionline.com.my/http://www.sajionline.com.my/http://www.sajionline.com.my/