resepi ibu

Download RESEPI IBU

Post on 29-Jun-2015

582 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

RESEPI IBUMasakan & Selera Malaysiay y y y y y y y y y y

Home Aneka Nasi Aneka Nasi 2 Aneka Mee Aneka Sayur Aneka Lauk-Pauk Aneka Lauk-Pauk 2 Aneka Kuih-Muih Pencuci Mulut Aneka Puding Tambahan - Western Food

ANEKA LAUK-PAUK1. Barbeque Ayam Berempah Bahan-bahannya 1 kg ayam @ 1kg kepak ayam 4 sudu besar serbuk cili 5 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 4 cm halia 4 cm lengkuas 10 batang serai(dihiris halus) 2 sudu besar jintan manis (blender kering) 1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering) Gula secukup rasa Garam secukup rasa Serbuk perasay

caranya Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering. Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap)

y

2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit

Bahan-bahannya Ayam seekor di potong ikut selera - 5 ulas bawang merah - 3 ulas bawang putih - Cili Api kampung 20 biji - Sedikit halia - Sedikit lengkuas - dua biji tomato dibelah empat - Sedikit kunyit serbuk - Sehelai daun kunyit disimpul - Santan RM1.00 bahagikan dua caranya

y

y

y y

Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana. Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagi an santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika. Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi. Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.

3.Ayam Percik Special Bahan-bahannya

y

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar -kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya

Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat caranya Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api. Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak) Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.

y y y

y

y

4. Ayam Berempah Ala Sate Bahan-bahannya 1/2 ekor ayam Bahan untuk dikisar: 2 sudu besar jintan manis 2 sudu besar jintan putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 batang serai 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah sedikit serbuk kunyit garam gula melaka caranyay y

Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga hancur. Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak. Selamat mencuba

5. Ayam Masak Merah Bahan-bahannya Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak caranyay y y

Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan -bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

6. Ayam & Sayuran Masak Paprik Bahan-bahannya 500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

caranyay

y

y

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

7. Ayam Panggang Lemak Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati. Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan Seinci halia Seinci kunyit hidup 10 ulas bawang merah sederhana besarnya. 10 biji bunga cengkih 3 keping asam keping 5 helai daun limau parut Sehelai daun kunyit 3 Helai daun salam Garam secukup rasa caranyay y

y

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas. Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana. Setelah kering santan, barulah diangkit. *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar. *Susun dengan taburan sohon goreng.

8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering Bahan-bahannya

ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) caranyay y

y y y

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama -sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

9. Ayam Bakar Mayonis Bahan-bahannya 1 ekor ayam yang bersaiz serdahana 1 bungkus kecil rempah kari ayam 5 sudu mayonis Sedikit garam dan kunyit caranyay y

Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

10. Ayam Masak Siam Bahan-bahannya

5 ketul dada ayam 2 ketul kiub ayam 2 sudu besar lada giling 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 1 biji bawang besar(potong 4) 2 batang serai (dititik) 4 helai daun limau purut 1 biji limau purut (ambil airnya) Sedikit minyak untuk menumis caranyay y y y y y

Dada ayam dipotong kecil-kecil. Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau. Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut. Masukkan isi ayam yang telah dipotong -potong.Tutup masakan dengan penutup sebentar. Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan bawang besar. Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.

11. Gulai Lemak Ikan Haruan Bahan-bahannya 1 ekor ikan haruan kelapa parut 1/2 biji Cili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa. caranyay y y

Ikan dibersihkan. Tumbuk cili padi sampai lumat. Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.

12. Ikan Merah Bersos CiliBahan-bahannya 400 gm ikan merah 150 gm cili kering

75 gm serai 100 bawang putih 100 bawang merah 1/2 sudu besar belacan 1 liter minak masak 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 10 helai daun limau purut 100 gm cili sos caranyay y y y

Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.

13. Ikan Siakap Kukus Bahan-bahannya seekor ikan siakap(sederhana besar) -2 batang serai dititik -satu inci halia dipotong halus -daun bawang, sup -sebiji bawang besar dihiris bulat -cili besar(belah dua) dan asam boi -rempah tomyam(botol),minyak jagung -2keping nenas keping, jeruk mempelam gula,garam & bahan perasa(secukup rasa) caranyay y y y

ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai). masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi. hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam. masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

14. Ikan Cencaru Goreng Terutup Bahan-bahannya 3 ekor ikan cencaru (bersihkan) -lada kering* -bawang merah* -sedikit halia* -2 batang serai* -air asam jawa -garam,gula & sedikit perasa -minyak masak (kisar bahan yg bertanda * ) caranya

y y y y y y y y

goreng ikan cencaru panaskan minyak masukkan bahan2 yg dikisar tadi biarkan hingga naik bau masukkan sebatang serai yg telah dititik masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa.. biarkan selama 2 minit mesti sedap punya... Selamat mencuba

15. Bawal Masam Manis Bahan-bahannya 1 ekor ikan bawal 1 sudu besar tepung jagung 1 biji putih telur 1 biji bawang besar ] dipotong dadu 2 biji cili