koleksi resepi

36
Jom buat pizza.. Bahan doh: Bahan: 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil yis segera mauripan 2 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam 10 gm minyak 1/2 cawan air untuk menguli Caracara : !endam yis bersama air suam selama 10 minit. "#is yang baik akan mengeluarkan buih$ %alam mangkuk/bekas berasingan& campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan 'ari. (emudian& buatkan lubang di tengah tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahanlahan. )li sehingga men'adi doh yang elastik. *impan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. !ehatkan doh selama +,,0 minit. Bahan2 sos pizza: 1 labu bawang besar "holand$ - didadu kecil ulas bawang putih - dicincang 1 cawan sos tomato sudu besar cawan sos cili 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk oregano garam gula minyak utk tumis opping: *ose' cheese Cheddar cheese ineapple cube Bawang besar "klu suka yah letak$ Cara: anaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi. asukkan sos tomato& sos cili& serbuk lada hitam& garam dan gula. !enih hingga pecah minyak dan pekat. asukkan serbuk oregano dan kacau. asak seketika dan padamkan api. Biarkan se'uk sebelum digunakan. inyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan.canai doh mn'adi bulat setebal 2cm.masukkan doh dalam loyang hingga menutupi loyang ye..biarkan selama 10 minit supaya doh kembang sikit.cucuk acuan dgn garpu agar tak gelembung masa nak bakar nti.dan bole la sapukan permukaannya dgn sos pizza yg anda masak tadi.parut 3 taburkan cheese.selepas tu taburkan pula sose'&nenas 3 bawang besar.akhir sekali taburkan baki cheese.bakar dlm suhu 140 degree selama 2, minit.

Upload: nash-melaka

Post on 07-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resepi

TRANSCRIPT

Jom buat pizza..

Bahan doh:

Bahan:2 cawan tepung gandum2 sudu kecil yis segera mauripan2 sudu besar susu tepung1 sudu besar gula halus1/2 sudu kecil garam10 gm minyak1/2 cawan air untuk menguli

Cara-cara :Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

Bahan2 sos pizza:1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil3 ulas bawang putih ~ dicincang1 cawan sos tomato3 sudu besar cawan sos cili1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk oreganogaramgulaminyak utk tumis

Topping:Sosej cheeseCheddar cheesePineapple cubeBawang besar (klu x suka xyah letak)

Cara:Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.Renih hingga pecah minyak dan pekat.Masukkan serbuk oregano dan kacau.Masak seketika dan padamkan api.Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan.canai doh mnjadi bulat setebal 2cm.masukkan doh dalam loyang hingga menutupi loyang ye..biarkan selama 10 minit supaya doh kembang sikit.cucuk acuan dgn garpu agar tak gelembung masa nak bakar nti.dan bole la sapukan permukaannya dgn sos pizza yg anda masak tadi.parut & taburkan cheese.selepas tu taburkan pula sosej,nenas & bawang besar.akhir sekali taburkan baki cheese.bakar dlm suhu 180 degree selama 25 minit.RESEPI KEK COKLAT

Bahan-bahan kek coklat:250gm butter3/4 cawan gula4 biji telur2 cawan tepung gandum3/4 cawan serbuk koko1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping:1 sudu marjerin2-3 sudu susu pekat manis2-3 sudu serbuk kokosedikit air

Cara buat kek coklat:1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.5. Kukus 45 minit.

Cara buat coklat cair untuk topping:1. Cairkan 1 sudu marjerin.2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat4. Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri ya.

RESEPI ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :---------------------------

- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)- 2 ulas bawang putih- 1 biji bawang besar- paket perencah daging black pepper maggi- sedikit air- garam dan gula- minyak- 12 keping roti gardenia- 3 biji telur ** idah guna 4 biji- 200ml fresh milk- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft- cheddar diparut- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :--------------------------

- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,

- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk

- Masukkan sayur jika perlu

- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering

- Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :--------------

- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat

- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati

- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)

- Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama

- Susun slice cheese ke atas inti

- Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya

- Dan ulang seperti layer pertama tadi

- Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali

- Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti

- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)

- Keluarkan dan... ngaappp...

Selamat mencuba !!

BUTTER CUPCAKE

BAHAN-BAHAN :

150gm butter150gm gula castor4 biji telur1 1/2 sudu kecil esen vanila5 sudu besar full cream milk - dlm kotak170gm tepung naik sendiri - diayak1/2 sudu kecil baking powder - diayak dgn tepung

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C . Pukul butter dan gula hingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya . Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali dan ke tepi kan dulu .

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Kentang Putar

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)Garam secukup rasa1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.4 sudu besar tepung gandum5 sudu besar mentegaSedikit lada

Cara-cara

- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.- Kentang dah siap...untuk sos pulak..1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Coleslaw

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/4 biji kubis1/2 biji lobak merah4 sudu besar mayonis2 sudu besar sour cream2 sudu kecil gula1/2 sudu kecil garam1 sudu besar fresh lemon juiceSedikit serbuk lada hitam1/4 biji bawang besar

Cara-cara

- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.- Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.- Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.- Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

Popcorn Chicken

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

3 kpg burger ayam1biji telur ayam1 cawan tepung goreng kfc (boleh guna tepung segera yg lain kalau suka)1 sudu besar serbuk 'knorr pasti sedap'.Minyak utk menggoreng

Cara-cara

- burger ayam (dah lembut dan mesra dgn suhu bilik) di campur dgn kuning telur. yg putih ketepikan dulu.- gaul hingga sebati. kemudian cubit la comel2 adunan tadi, bg dia bentuk ala2 popcorn dan masukkan ke dlm bekas yg ada putih telur tadi- dlm bekas lain (kalau boleh cari bekas yg bertutup) campurkan tepung goreng kfc dgn knorr pasti sedap. gaul sebati- panaskan minyak- guna garfu dan keluarkan popcorn yg dah di sadur dgn putih telur. - masukkan ke dlm bekas tepung tadi. tutup bekas dan goncang lembut2 hingga seluruh popcorn bersalut tepung. kalau rasa tepung x cukup boleh lah tambah 1-2 sudu makan lagi- goreng dgn minyak panas hingga garing. angkat dan toskan minyak...

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)1 paket agar-agar serbuk 10g4 cawan air1/2 cawan gula pasir1/2 cawan susu pekat manis1 tin susu cair3sb tepung kastard1 sk esen vanilla

Carabuat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.

Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad akan bergentel dengan mudah.

Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^

Loyang 4 segi 9x9in

Mango Lassi

bahan:2 biji buah mangga1/2 cawan plain yogurt1/4 cawan susu2 cawan ais

cara :masukkan isi mangga, yogurt, susu dan ais ke dalam blender, dan blend sehingga sebati.sedia dihidang !

Oreo Cookie Bark

Bahan :12 keping biskut oreo12oz white chocolate

cara :1.letakkan biskut oreo yang telah dipecahkan ke dalam bekas yang telah dialas dengan plastik atau baking paper.2.cairkan coklat putih secara double boiler kemudian tuangkan diatas oreo dan ratakan3.masukkan ke dalam freezer selama 10 minit.Setelah mengeras, bolehlah dipatah2kan dan sedia dihidang.

kek batik

bahan-bahan:250g butter2 cawan milo3/4 susu pekat1 paket biskut marie (patah-patah kan)

cara nk buat:

Panas kan butter sehingga cairSetelah semua butter cair, masukkan susu pekat dan kacauMasuk kan milo, kacau perlahan-lahan, dengan api yang sederhana, pastikan milo tidak terlalu berketul-ketulKemudian masukkan biskut marieKacau sehingga rata, pastikan semua biskut marie bersalut dengan miloKemudian tutup api, biarkan seketika (1minit)Masuk kan dalam acuan yang anda telah sediakanMasukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30minitPotong dan sedia di hidangkan

RESEPI CUPCAKE COKLAT

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum1 cawan gula1 cawan mentega1 sudu besar serbuk koko3 biji telur1 sudu kecil esen vanilla1/2 cawan susu full cream milk-kotak

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur ke dalam adunan dan dipukul sebati sampai kembang . Masukkan esen vanila dan susu dan digaul rata . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Pukul adunan ni selama 2 minit sehingga adunan sebati .

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan bakar kek selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Nugget Ala-Ala KFC================

Bahan-Bahan :Isi Ayam : : Ambil 2 Bahagian Dada Ayam (Isi Sahaja)Sos Lea & Perrins : : 1.5 Sudu BesarLada Sulah : : 3 Sudu (Selain Untuk Menambah Rasa, Ia Juga Berfungsi Untuk Hilangkan Hanyir Ayam)Tepung Jagung : : 3 Sudu BesarGaram : : 1.5 Sudu BesarTelur : : 2 Biji (Ambil Puteh Sahaja)Breadcrumb : : TerpulangTepung Serbaguna NONA : : Terpulang

Cara-cara :Basuh isi ayam, buang semua tulang kemudian hancurkan (lebih mudah menggunakan blender).Ambil isi ayam yang sudah hancur dan campurkan dengan sos Lea & Perrins, Lada Sulah, Tepung Jagung, Breadcrumb, sedikit tepung serbaguna NONA dan garam.Kemudian biarkan bahan yang telah dicampur selama 15 minit.Apabila campuran nampak agak kemas, bentukkan mengikut kesesuaian masing-masing.Pecahkan telur, ambil bahagian telur puteh sahaja. Kemudian celupkan nugget yang telah dibentuk ke dalam puteh telur tersebut dan golekkan ke atas tepung serbaguna NONA.Biarkan ia sebati selama 30 minit - sejam dan goreng. Kalau nak terus goreng pun boleh. Ikut minat masing-masing.Sedia untuk dimakan.

Resepi Sardin Roll

Puff pastri secukupnya

1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya2 ulas bawang putih ~ dihiris3 ulas bawang merah ~ dihiris1 inc halia ~ dicincang1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus1 biji kentang ~ didadu kecil1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk1 biji perahan limau nipisgaram secukup rasa

Cara-caranya :

Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harumMasukkan kentang dan masak hingga kentang lembutMasukkan sardin dan lada hitam masak hingga terbit minyakPerasakan dengan garamTaburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limauGaul rataBiarkan sejuk

Ambil sekeping puff pastriKelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisaubahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulungSusun dalam loyangBakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasanAngkat dan hidangkan segera

RESEPI WAFFLE RANGUP

Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer:

2 cawan tepung gandum1 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast1 sudu besar gula1/2 sudu kecil garam3 sudu besar mentega yang dicairkan1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)1 biji telur dalam suhu bilik.1 sudu besar esen vanila1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan sambil tu jangan lupa panaskanlah waffle maker tu ...

3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingini dengan citarasa anda..

Puding roti coklat chips

Bahan A:

600 ml susu perisa coklat-dlm kotak8 keping roti putihButter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B:

5 sudu besar gula halus2 sudu besar milo2 biji telur ayam1 sudu teh esen vanilla1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:2 sudu besar kismis hitamCoklat chips secukupnya

SOS KASTAD1 tin susu cair2 s/b tepung kastad2 s/b gula

*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

Cara memasak :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.

2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.

3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

ROTI POKET DORAEMON

- roti gardenia- 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)- breadcrumbs

Cara2 membuatnya:

1- Kapit 2 keping roti dan gelek kan. Kemudian tekap dengan mende bulat. Ulang sampai abes. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping2- Lemaskan roti dalam telur yang telah di pukul tadik.3- Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal hokey.4 -Masukkan dalam kuali tuk goreng. Guna api sedang aja. Best gileee tengok roti ni mengembang macam.....hehehe5- Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu6- Gunting roti tadi tuk menjadi dua bahagian. Nampak macam roti pita x?7- Masukkan inti yang di masak dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas... (ape2 inti pon boleh.. name pon poket doraemon kan,.. nk letak sosej ke, ayam ke.. )

PUDING ROTI MABLE

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali (18g )4 keping roti2 biji telur1/2 cawan gula pasir1/2 cawan susu pekat manis1 tin susu cair2 sudu makan mentega3'1/2 cawan airPewarna merahSerbuk koko / cocoa emulco (nk pkai salah satupun boleh...nak pakai dua2 pon boleh)Cara-cara

- cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair

- blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur... ketepikan dulu

- bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mendidih...masukan mentega gaul smpai mentegacair...padam api

- bahagikn kepada 3 adunan

- ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah

- ambil lagi 1...bubuh koko (kalau guna serbuk koko pastikan bancuh dulu dgn 1 sudu kecil air suam...sbb tak mahu ketul2 nanti)

-1 adunan lagi...biar kaler asli

- ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...

BISKUT JEJARI ROTI COKLATBahan-bahan:1 bungkus roti sandwich1 bungkus nestum original500 gram coklat masakanCara-cara:1. Roti dibuang tepi dan potong bentuk jejari. Susun pada dulang pembakar dan bakar pada suhu 120 darjah sehingga roti kekuning-kuningan.2. Coklat masakan dicairkan kemudian celupkan jejari roti ke dalam coklat.3. Setelah itu golekkan roti bersalut coklat ke dalam nestum.Tada, siap. Simpan dalam bekas kedap udara.

Egg TartBAHAN-BAHAN

200g Butter,100g Gula Aising,350g Tepung Gandum,1 Biji Kuning Telur, Sudu Kecil Esen VanilaCARA2 Crust,

1. Pukul Butter Dan Gula Sampai Kembang,2. Masukkan kuningTelur,3. Masukkan Tepung Sampai Jadi Doh,4. RatakanDan Terap Dalam Acuan.5. Cucuk Dengan Garfu Supaya Tidak Kembung. Dan Bakar Selama 10min Pada Suhu 180c. Keluarkan Dari Oven. Sejukkan sekejap Masukkan Filling Dan Bakar Semula Selama 10 Minit Lagi....Atau Sehingga Filling Gelembung Sikit Dah Bole Diangkat,

FILLING :1 Cawan Susu Cair,4 Biji Telur,1 Cawan Gula (Nak Kurang Pun Boleh,1 Cawan Air,1 Sudu MknTepung Kastard, Sudu Kecil Esen Vanila,Sedikit Pewarna Kuning,Campurkan Semua Bahan Dan Gaul Hingga Sebati. Kemudian Tapis dan tuang dlm crust yg da sejuk tadi..

Kek karamel chizBhn A100g cream cheese50g butter100g fresh milkMasak ketiga2 bhn di atas hingga cair ciznya. Letak tepi biarkn sejuk.Bhn B1 sdm gula di masak dlm loyang hingga kekuningan. Biarkan sejuk.Bhn C3 biji kuning telur200g susu cair50g gula halus1 sdt esen vanilaKetiga2 bhn di atas di gaul lembut dgn senduk..bila siap tuang dlm loyang gula masak tadi.Bhn D6 biji putih telur100g gula halus1/2 sdt cream of tartar.Pukul ketiga2 bhn di atas hingga jadi meringue. Letak tepi.Bhn E3 bji kuning telur80g tpg superfinePukul telur then masukkan tpg dan masukkan cheese yg di masak tdi. Bila siap tuang adunan E dlm adunan D. Gaul kan kedua2 adunan dgn sendok hingga rata. Tuang dlm loyang yg susu cair tdi. Bakar guna kaedah baine marie 1jam 165c, selepas 20 minit kurangkan ke 150-140c..letak foil paper begitu saja atas kek jika takut permukaan kek hangus

puding oreo lapis milo

Bahan-bahanSatu packet agar2 putih750ml air140g gula (aku tak suka manis)1 tin susu cair,2 sudu besar tepung kastard3/4 cawan milo1 bungkus oreoCara MembuatnyaLarutkan agar-agar dengan airMasukkan gula sampai larutTuang susu cair sentiasa kacauCampurkan tepung kastard, pastikan tepung kastard dibancuh dengan air, kalau tuangkan terus dalam agar2 nanti dia berketul.Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih,Perlahankan api, jangan tutup nanti berketul agar-agarAsingkan 2 cawan agar-agar dalam periuk lain.Masukkan milo kacau sampai rata dan asingkan juga kepada 2 bahagianPerlahankan api, mula untuk melapis agar-agar

Cara Melapis PudingMasukkan 1 bahagian milo ke dalam acuanSetelah keras sedikit, masukkan agar-agar putih (susu) bersama biskut oreo yang dipatah-patahkanMasukkan agar-agar putih dalam bekas puding dan patah-patahkan biskut oreoTunggu agar-agar keras sikit, masukkan lapisan milo yang terakhirSejukkan di dalam freezer dan esok dah boleh makan

RESEPI PUDING KASTARD

Bahan-bahan:

1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml2 cawan gula1 tin susu cair1 cawan tepung kastard1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suamCara-caranya:

1.Rebus agar-agar hingga hancur.2.Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.3.Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.4.Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.5.Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.6.Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang. Coret kan dengan lidi.

Sejukkan & boleh di hidangkan.

JOM BUAT TWISTIES..

Bahan A :Laksa Kering, patah2kan dan goreng garing.

Bahan B :Serbuk Kari ( saya guna alagappa's )NestumSerbuk Perasa ( saya guna Knorr pasti sedap )gulagaram

Bahan B diblender kering.

Gaulkan bahan A dan Bahan B, siap untuk di makan.Senang kan..

APAM GANDUM

bahan22 cawan tepung gandum2 sudu besar gula pasir2 sudu besar gula merah2 sudu mauripan2 1/2 cawan air.campurkan semua bahan, kecuali air, tuangkan sedikit demi sedikit, bergantung pada kualiti tepung. kacau rata sehingga kelihatan creamy, ( tak pekat dan tak cair, macam bancuhan tepung dadar je.)biarkan dalam 1 1/2 - 2 jam supaya bancuhan tu naik.,bila dah naik, kukus sehingga masak,makan bersama kelapa parut yang dicampur ddengan secubit garam.Resepi penkek madu

bahan22 cawan tepung gandum1 biji telur2 sudu besar gula pasir2 sudu mauripan2 1/2 cawan air.campurkan semua bahan, kecuali air, tuangkan sedikit demi sedikit, bergantung pada kualiti tepung. kacau rata sehingga kelihatan creamy, ( tak pekat dan tak cair, macam bancuhan tepung dadar je.)

biarkan dalam 1/2 jam - 45 minit supaya bancuhan tu naik.,

sapukan mentega / butter dalam pan kecil, tuangkan bancuhan, masak atas api yang kecil, bila nampak dah lubang2 atas tepung tu, balikkan,angkat dan titiskan madu diatasnya..

Resepi Puding Roti Coklat Chips

Bahan A:

600 ml susu perisa coklat-dlm kotak8 keping roti putihButter secukupnya utk disapu pada rotiBahan B:

5 sudu besar gula halus2 sudu besar milo2 biji telur ayam1 sudu teh esen vanilla1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:2 sudu besar kismis hitamCoklat chips secukupnya

SOS KASTAD1 tin susu cair2 s/b tepung kastad2 s/b gula

*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

Cara memasak :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.

2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.

3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

TERUNG SALUT TELUR

1 terung (klu pnjang belah 2)2 bji telur ayamDaun bawangGaramAjinamoto (klu xnk...sila abaikan)Lada sulah /lada hitamMinyak untuk mgoreng (sdikit je)~ambil terung...klu kecil or pendek, boleh terus masak sbiji2 mcmtu...klu pnjang or besar...potong 2 (terpulang)~basuh terung...didihkan air...masukan terung...tunggu sampai terung lembut...angkat tos...belah seperti pic di atas....ketepikan dulu...~ambil bekas...pecahkn telur...masukan garam, aji, lada sulah (nak pkai lada hitam pon boleh)...kacau sebati...potongkn daun bawang...masukan....kacau skejap~panaskan kuali....bubuh sdikit minyak (jgn bnyk...mcm nak goreng telur je)~ambil telur tadi...masukan dalam adunan telur...balik2 kn....pastu angkat terung, masukan dlm kuali yg dh panas tadi...kalau telur kurang...boleh tuang sdikit adunan telur atas terung...balik2 kn....siap utk dhidang

TEMPE KACANG SOYA

Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )

1kilogram kacang soya

2gram ragi tempe

8 keping beg plastik sandwich

Cara-cara

Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin

Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.

Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika.

Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.

Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus

Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.

Letak di tempat yang panas, letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri....

Bahan-bahan ( Ragi Tempe )

1. Gunakan tempe yang telah dihiris nipis-nipis kemudian dijemur sehingga kering dalam tempoh 2 atau 3 hari.

2. Tempe yang kering tadi dikisar menggunakan pengisar biasa sehingga menjadi serbuk.

3. Serbuk yang siap tadi ialah ragi tempe yang kemudiannya disimpan ditempat kedap udara.

4. Ragi tempe tadi boleh disimpan lama untuk kegunaan pembuatan tempe seterusnya.

Cara-cara

1. Rendam 1kg kacang soya lebih kurang sehari semalam kemudian dibuang kulitnnya dengan cara meramas sehingga kacang terbelah dua.

2. Rebus kacang selama 1 jam.

3. Kacang soya yang telah direbus hendaklah disejukkan atau dikeringkan dan pastikan tiada air lagi pada kacang soya. Jika terdapat air, ia akan mengganggu proses penapaian tempe.

4. Kacang soya tadi perlu diaduk sehingga rata dengan ragi tempe yang kita telah buat lebih kurang 5 sudu besar atau boleh tambah ikut keadaan

5. Masukkan kocang soya yang telah dicampur dengan ragi ke dalam plastik, kemudian dibungkus sebaiknya.

6. Setelah itu, buat lubang pada bungkusan tadi di kedua2 bahagian bungkusan untuk menggalakkan proses pertumbuhan yis.

7. Tempe tadi disimpan ditempat yang agak panas, pastikan bungkusan tadi mendapat ruang dikedua2 belah agar proses penapaian berlaku dikedua2 bahagian.

8. Proses penapaian tempe berlaku dalam masa 2 atau 3 hari. Tahniah, tempe anda boleh dinikmati...selamat mencuba!

TAPAI UBI

BAHAN-BAHAN:1 kg ubi kayu

1 biji ragi

Daun pisang secukupnya

CARA MENBUATNYA:

1. Kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Potong ubi sederhana kecil kemudian rebuslah sehingga empuk. Setelah cukup empuk (tidak terlalu empuk), angkat dan toskan airnya. Kemudian sejukkan sebentar.

2. Sebelum ragi digunakan, jemur dulu untuk seketika. Kemudian hancurkan ragi dan tabur pada ubi yang telah sejuk hingga rata. Buat begini satu-satu hingga selesai.

3. Lapiskan sehelai daun pisang ke dalam sebiji pasu tanah atau belanga tanah. Kemudian aturkan ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Tutup dengan sehelai daun pisang lagi. Kemudian tutupkan pula dengan penutup pasu. Bungkuskan pasu dengan kain kemas-kemas.

4. Setelah tiga hari, bolehlah dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk unutk nikmati rasa yang lebih enak.

BAHAN-BAHAN:

1 kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan

1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)

Beberapa helai daun pisang

Gula pasir secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja dan kemudian disejukkan.

2. Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang.

3. Susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari.

4. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.

TAPAI PULUT:

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut

250 gm ragi

250 gm gula

Daun pisang

CARA MENYEDIAKAN:1. Terlebih dahulu beras pulut perlu direndam selama lima jam.

2. Kemudian kukus sehingga tiga suku masak (selama 20 minit). Biarkan sehingga sejuk.

3. Ragi ditabur di atas pulut yang dikukus bersama gula. Gaul rata.

4. Kemudian bungkus dengan daun pisang. Peramkan selama beberapa hari.

BAHAN-BAHAN:1 kg beras pulut

1/2 biji ragi- ditumbuk halus

Daun pisang, daun getah atau daun keladi (kalau tak ada bekas plastik pun boleh)

CARA MENYEDIAKAN:1. Tanak pulut - sukatan pulut dan air mesti sama untuk mengelakkan pulut lembik. Contohnya jika 5 cawan pulut, gunakan 5 cawan air

2. Setelah pulut masak, masukkan pulut dalam dulang dan ratakan. Biarkan sejuk

3. Setelah sejuk, ayak ragi diserata permukaan pulut tadi dan terbalikkan pulut sehingga semua permukaan terkena ragi

4. Bungkus dengan daun pisang dan peram selama 2 hari

BAHAN-BAHAN:1 kg beras pulut1 biji ragi manis (dijemur)

Daun pisang atau getah atau jambu laut secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:1. Cuci beras pulut bersih-bersih kemudian ditanak sehingga masak. Setelah itu, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering.

2. Hancurkan ragi sehingga halus. Kemudian taburkan pada pulut tadi.

3. Sarungkan tangan anda dengan plastik bersih. Kemudian balik-balikkan pulut dan gaul sehingga rata.

4. Sediakan sebuah pasu tanah kecil. Alas dalam pasu dengan daun pisang yang bersih. Setelah itu, masukkan pulut tadi dengan sehelai daun pisang. Tutup pasu dengan penutupnya, kemudian balutkan dengan kain kemas-kemas.

5. Biarkan selama 3 hari dan tapai pulut ini boleh dimakan.

Blueberry pancake

Bahan-bahan ( 4 biji )

100g jem blueberry

2 biji telur

120g tepung gandum - ayak

1 sudu besar susu tepung -ayak

1 sudu kecil baking powder - ayak

2 sudu besar air

40g mentega cair

40g gula

Cara-cara

1. Masukkan telur,gula,air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn "hand whisk"

2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.

3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.

4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.

5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.

6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.

7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.

8. ** Note :-9. Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.

10. Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.

11. Ada org blend je semua bahan-bahan tu. Terpulanglah pada masing-masing. Saya buat ikut cara di atas.

Acar Buah

Bahan-bahan ( 1 kuali besar (8 ltr.) )

1/2 ltr. minyak masak

1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus

300 g bawang putih* - dihiris

300 g halia *- dihiris sprti btg mancis

1 1/2 cwn cili kering yg dikisar

segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam

3 sb garam

1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)

1 cwn kerisik

6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.

2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu.

3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.

4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.

5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati.

6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata.

Resepi Cheese Cake Meleleh ;BAHAN2 UNTUK KEK

**100 gram tepung hong kong(boleh guna tepung gandum)**60 gram tepung jagung100 gram gula halus2 sudu makan ovelet4 biji telur ayam2 biji telur kuning50 gram air sejuk (dari peti ais)1 sudu teh baking powder75 gram mentega (dicairkan)1 sudu teh esen vanillaCara:Bahan yang bertanda* di ayak duluPukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan.boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan. strawberry ataupun coklatBakar dalam oven pada suhu 150C selama 45 minit.Untuk Cream:250g cream cheese120g susu pekat manis50ml UHT Whipping creamCampurkan semua bahan dia atas hingga sebatiadunan ini memang cair

Untuk hiasan:cheddar cheese, diparutCara penyediaan:Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..tuangkan cream cheesedi atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek..

BISKUT JEJARI ROTI COKLAT

Bahan-bahan:

1 bungkus roti sandwich1 bungkus nestum original500 gram coklat masakanCara-cara:

1. Roti dibuang tepi dan potong bentuk jejari. Susun pada dulang pembakar dan bakar pada suhu 120 darjah sehingga roti kekuning-kuningan.2. Coklat masakan dicairkan kemudian celupkan jejari roti ke dalam coklat.3. Setelah itu golekkan roti bersalut coklat ke dalam nestum.

Tada, siap. Simpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Bahan-bahan:

kuey teow sebungkussedikit isi ayam bahagian dada (potong ikut suka)sedikit daging lembu (potong ikut suka)carrotbunga kobisbaby corn6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)sedikit cili api4 sudu besar sos tiramsedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulahtelur2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)haliagaramCara membuat kuah:

1. Rebus daging tadi bersama air dan sedikit halia....kita nak amek air rebusan daging tu untuk dijadikan kuah....so bajet2 k banyak mana kuah yang korang mahukan...kemudian....asingkan daging tadi....2. Tumis kan bawang putih dengan cili api sampai naik bau...masukkan garam...3. Kemudian dah naik bau...masukkan ayam dan daging...tumis sampai nampak ayam dan daging kecut sedikit..4. then masukkan segala jenis sayur tadi.....carrot + bunga kobis + babycorn...lepastu masukkan sos tiram...kalau rasa x ckup sos tiram..bubuh lgi tapi jgn banyak sgt.kang masin benar.5. masukkan pula air rebusan daging...biar sampai ia mendidih...bila dah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung tadi....6. lepas tu kan..kuah tu tak beberapa lama akan jadi likat dan pekat cam dalam gambar nie..so kemudian masukkan sedikit serbuk lada hitam....rasa garam.. then leh la tutup api...

Cara membuat kuey teow:

1. pukul telur tadi ngan sedikit serbuk lada hitam + lada sulah + garam sehingga kembang2. masukkan kuey teow tadi dalam telur yang dah dipukul tadi..kacau2 rata...3. kemudian..gorengkan je ia mcm..nak goreng telur dadar tu...masuk kuey teow..sebenarnya lagi elok goreng kuey teow tu satu persatu..lagi cantik..4. terbalikkan dia....and goreng sehingga masak...5. bubuh dalam pinggan curahkan kuah tadi sebanyak mana yang diinginkan.....lagi banyak lagi sedap...then hias la k...dengan bahan2 wajib...bawang goreng,cili,daun bawang dan daun sup

SOTONG BAKAR PERCIK

Bahan2 A1/2 kg sotongserbuk kunyitgaram haluscara:1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas shj2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...

Bahan2 percik2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)*sedikit belacan*1 labu bawang besar*2 - 3 inci kunyit hidup*1 cawan santan cair*1 sudu kecil jintan manis* 4-5tangkai cili padijus asam jawa/asam keping1/2 cawan pati santan pekatgaram dan gula secukup rasa1 helai daun kunyit

cara-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi

DAGING TUMIS PEDAS1 kg daging (rebus sampai empuk )Bawang merahBawang putihHaliaSetengah sudu biji ketumbarCili apiKunyit hidup(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )cara2nya

Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang, selamat mencubaRoti Canai Atkins

Bahan2 :TelurKeju parmessan @ mozarella @ cheddar(MD gune parmessan & mozarella)

cara2:Goreng telur ( mcm telur dadar, tidak mau terbalikkan telur tu)Jgn garing sgt ..agak2 dh masak tu isi dlm loyang @ dulang pembakartabur cheese ! .. Bakar smp garing api ats bwh .. Siap !

Popcorn ayam

1)Ayam yg dikisar (sy guna ayam goreng sbb tu je yg ad, tp liat sikit la, so blh guna ayam cincang or ayam yg blm digoreng, lg sedap, hancurkan guna blender or pisau)2)bawang3) telur4) cili (kalau nk pedas)5)white paper/blackpaper (kalau nak ada perisa sikit

Gaul ayam yg da hancur dgn telur kuning (asingkan putih telur sikit utk celup sblm masa, agak2 la nak letak bape bijik punasalkam sebati)masukan semua bebahan (bawang dan cili yg dipotong dadu) gaul gaul gaul.. Lepas tu buat bulatan, lobangkan sikit guna hujung pisau, masukan mayonis kat dalam (aku tak mampu nak beli cheese, sbb mahal, tp korg letak chesse lagi senang sbb dia keras, mayo ni cair so susah sikit), lepas tu tampal balik lobang tu, bulatkan balik guna tapak tangan.Kalau letak bawang dalam dia pun sedap jgk, macam rasa jus sikit.Last skli, celup bebola tu dekat putih telur tok bg texture dia lawo la sikit kan. Haha. Dan siap. Sedia dihidang.

Lasagna Atkins.

Bahan Utama :Parutan keju mozarella secukupnyaparutan keju cheddar @ parmesan secukupnyaBahan Inti :sebungkus daging/ayam kisar (ramly)1 biji bawang besar, didadu2 ulas bawang putih*1 cm halia*(*ditumbuk halus)1 camca besar cili kisar2 helai bay leaf1 camca teh serbuk lada hitam1 camca besar rempah kari daging1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipisGaram dan gula (pemanis p3 @ isi la gula ape yg korg ade) secukup rasaUtk kepingan lasagna :goreng telur dlm pan ( telor dadar )Dh siap potong mcm kepingan lasagna ..Cara susun :Korang susun la mcm korg bt lasagna ..1. Kepingan telur2. Inti3. Tabur keju*buat sampai habis & bakar .. suhu 160c selama 20mnt @ smp masak .. ikot oven masing2 .. SIAP !

Mee Goreng AtkinsBahan-bahan ::

Mee Shirataki (low carb)2 sudu cili boh/cili yang di kisar2 biji bawang merah kecil2 ulas bawang putihSedikit garam & gulaBahan tambahan; spt telur/udang/ayam/daging/sawi/taugeh/kucai

:: Cara membuatnya ::

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga cili menjadi garing ( warna cili berubah dan dah naik minyak)

2. Apabila garing, masukkan udang/ayam, garam dan gula secukup rasa.

3. Apabila udang/ayam sudah masak, masukkan mee/spaghetti. Juga boleh masukkan sebiji telur.

4. Sekiranya ingin menambah sayur, masukkan apabila mee dan bahan sudah sebati supaya sayur tidak layu. Gaul sehingga sayur masak sedikit. Terpulang kepada keinginan anda.

Omelette Udang CheeseBahan-bahan ::

Telur 3 bijiUdangBawang PutihBawang Besar/Bawang BombayMozarella CheeseGaramBlackpepperMayonis

:: Cara membuatnya ::

Cincang bawang putih dan besar kemudian tumis dalam kuali dengan menggunakan minyak yang sedikit.Dalam bekas yang berbeza; pecahkan telur, masukkan garam, blackpepper, mayonis dan bawang yang ditumis tadi. Kacau hingga sebati.Lenser acuan cupcake dan tuang telur penuh. Letakkan udang dan cheese.Bakar dalam oven pada suhu 200c lebih kurang sepuluh minit.Laksa DA(Rasanya macam laksa penang)

Bahan:Ikan sardin 5 ekor.cukup utk satu periuk sedangCili kering agak2 sya buat x pedasBawang besar dlm 5 biji sbb manis bawang tu sedap skitAsam kepingBunga kantanDaun kesom

CaraRebus ikan...asingkan isi dan tulang2Blend atau tumbuk isi ikanTulang2 blend sampai hancur pastu tapis (takut nanti tecekik tulang plak)Air rebusan ikan jangan buang tapis masuk periuk lain takut ada tulang tertinggalMasukkan bawang blendMasukkan cili kering blendMasukkan isi ikan tadiMasukkan asam kepingMasukkan bunga kantanMasuk daun kesomKacau sampai sebati,masuk garam

Bahan hiasanTimunTelur rebusKlu penang style diorg suka letak daun pudinaBawang besar hirisCili api sikit

OOPSIE BREAD CHEESEResepi by:

3 bji telur100 gram cream cheese

Asing putih & kuning telurPukul putih telur hingga jadi meringue ( telekup atas kepala tak jatuh )Pukul kng tlur & cream cheeseSatukan dengan meringue tadiKacau guna spatula hingga sebati

Bakar dalam oven 10 minitkemudian letakkannya ke dalam acuanTuangkan dalam 3 suduMasukkan cheese* di tengah dan bakar.

Motif letak cheese* Sebab tak letak pemanis jadi bubuhlah cheese

Tips sikit:Q:Saya pernah buat tapi tak pakai cream cheese tak jadi jadi macam telur bakar je memang kena letak cream cheese ke nk bg btul2 jd cam roti?A:Aah kena letak cream cheese..rasa real roti.sedap gebu je. Mmg sedap..sedap mcm roti gdner..saya kalau buat ni asek ulang mkn je.