pelbagai resepi

Download Pelbagai Resepi

Post on 19-Jan-2015

3.104 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

antare koleksi resepi2 yg sha ade :)

TRANSCRIPT

  • 1. KEK COKLAT cwn serbuk coklat/koko 1 cwn gula 1 cwn minyak masak 1 cwn susu cair cwn susu pekat 1 tepung gandum 1 susu suda bikarbonat 1 sudu baking powder 3 biji telur ( pukul sedikit) Coklat rice (hiasan) TOPPING Coklat masakan Susu cair Butter Cara-cara: - campur serbuk koko,gula,minyak,susu cair dalam periuk kacau atas api kecil hingga larut dan sebati, tak perlu mendidih, angkat ketepikan, biarkan sejuk/suam. - sementara itu ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder. - tuang susu pekat dalam periuk dan gaul sebati, masukkan telur , kacau sebati lagi. - masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati. - masukkan dalam Loyang yg telah disapu buter dan kukus selama 3o/minit, sehingga masak. TOPPING 250 cream cheese setengah tin susu pekat manis keju kraft cheddar - campur cream cheese dan susu putar sehingga tidak berketul, sapu pada kek, dan parut keju cheddar di atasnya..
  • 2. BUTTER CAKE (KUKUS) Bahan-bahan: 4 biji telur 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 5 sudu besar susu pekat manis 1 sudu kecil esen vanilla Pewarna-ikut citarasa Cara-cara: - Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan. - Putar mentega dan gula hingga putih. - Masukkan telur satu persatu dan putar kembang. - Masukkan tepung yang diayak tadi, esen vanilla dan susu pekat manis..sebatikan. - Bahagikan adunan mengikut citarasa nak buat berapa warna. Titiskan pewarna gaul..masukkan setiap pewarna dalam piping beg dan pipe ke dalam paper cup.. - Kalau nak buat macam kek marble pun boleh..sendukkan je adunan masuk dalam loyang..gris loyang dengan butter atau lapik kertas minyak.. - Panaskan pengukus...kalau sebiji kek guna loyang kukus 1 jam - Kalau buat dalam paper cup/bekas dadih..dalam 15 minit dengan api sederhana.
  • 3. CLAYPOT RICE 1. Rebuskan 5 kuntum cendawan kering hingga kembang ~ biarkan sejuk bersama air rebusan. 2. Potongkan sekeping dada ayam sebesar 2" X 2", sebatang carrot, cendawan dan 3 btg hotdog. Basuh dan toskan. 3. Hiriskan halia 2" nipis-nipis. 4. Panaskan 1 senduk minyak dan goreng hotdog hingga kekuningan. 5. Tumiskan 2 ulas bawang putih(cincang) sehingga keperangan. Masukkan ayam, carrot, halia dan cendawan. 6. Masukkan 1 senduk kicap manis kipas udang, 1/2 senduk kicap cair dan renihkan bersama bahan langkah 5. 7. Sukat beras 3 cawan bersama tambahan 1/2 cawan air, garam 2 sudu putih(KFC) penuh dan campuran ayam yg telah direnih tadi. 8. Campurkan 1 sudu mkn minyak bijan dan daun pandan jika suka. 9. Semasa nasi kering, masukkan hotdog yg digoreng ke dalamnya dan kacau. 10. Hidangkan nasi bersama kicap cair campur cili api cincang @ chilli flakes. # Kaedah masakan: tumis darat bahan dan masukkan ke dalam beras yg telah disukat airnya spt memasak nasi cuma tambahkan cwn air lagi utk mengelakkan nasi mentah krn bahan spt ayam, carrot dan cendawan akan menyerap air. Hidangan utk 7 - 10 org.
  • 4. MASH POTATO Bahan-Bahan : 5biji ubi kentang sedikit garam 1 cwn susu full cream Bahan utk kuah : 5sb buttercup 1sk serbuk lada hitam 2sb tepung gndum 1 kiub pati ayam sedikit garam sedikit kicap sedikit air Cara membuatnya : 1. Rebus kentang dgn sdikit garam smpai empuk. Kemudian lenyekkan. 2. Slps tu masukan kentang yg dilenyek td dlm mixer.masuk susu sedikit demi sedikit (agak2). Putar lagi sehingga halus. Cara buat kuah : 1. Panaskan buttercup. Kacau sampai cair. 2. Masukkan tepung, kacau. 3. Masuk air. Kacau. 4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam. 5. Masuk sedikit garam dan sdikit kicap sbg pewarna. Kacau hingga sebati. 6. Akhir sekali..tuangkan ke atas kentang td.
  • 5. BROWNIES CHEESE KUKUS Brownies : Bahan A: 2 biji telur 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml) 1/2 cawan susu pekat manis 100 ml minyak 1/2 cawan gula castor Bahan-bahan yg diayak bersama: 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko) 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh baking soda Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Ketepikan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya. Lapisan Keju: 500g cream cheese 4 biji telur grade B 140g gula halus Sedikit esen vanilla Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
  • 6. RESEPI MEE KUAH 100 gram daging 5 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam 1 senduk cili kisar 1 paket fish ball 1 paket fish cake sayur sawi rm 1.00 telur 3 biji tomato 2 biji - didadu sedikit sos tiram sedikit sos cili sedikit kicap manis sebatang lobak merah Cara2nya : tumbuk bawang putih dgn lada hitam hingga halus....kemudian di tumis hingga garing.masukkan cili kisar..biar pecah minyak masukkan daging dan air.biar daging empuk kemudian masukan lobak,tomato,sos cili,kicap manis dan sos tiram..masukkan fish cake dan fish ball..tunggu sampai kuah mendidih baru masukkan telur sebiji demi sebiji...masukan sayur sawi,masukan garam sedikit sahaja..masukkan sepaket mee....siap.
  • 7. RESEPI KEK COKLAT MOIST (KUKUS) Bahan A 1 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat Bahan B 3 biji telur 1 cawan gula 1 cawan minyak 1 cawan susu pekat manis 1 sudu kecil esen vanilla Bahan C 1 cawan air panas Cara-cara: Ayak bahan A dalam satu bekas. Ketepikan. Blender bahan B hingga gula hancur. Kacau sebati. Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A dan air panas. Kacau sebati dan ulang sampai habis adunan. Griskan loyang dengan marjerin atau alas dengan kertas minyak. Untuk loyang kukus selama 1 jam. Guna api perlahan. Sebelum tu panaskan pengukus dahulu. Kalau guna paper cup 15 minit. Untuk topping: Panaskan 2 sudu serbuk koko, sedikit minyak dan sedikit susu pekat manis. Kacau hingga cair. Kalau terasa pahit koko tu tambah susu. Siap tuang atas kek. Adunan ni boleh buat sebiji kek, boleh buat dalam cup cake, boleh buat dalam bekas dadih. Boleh jugak dihias dengan buttercream icing. Saya memang buat jual dengan resepi ni. Cuba sangat senang.
  • 8. RESEPI PUDING KEK Bahan-bahan: 1 paket agar-agar 5 atau 6 cawan air (boleh tambah kalau pekat sgt) 1 cawan gula (boleh tambah kalau nak manis) 1 helai daun pandan 1 tin susu cair 1 biji telur 2 sudu makan tepung custard 1 sudu teh esen vanilla 1 biji kek gulung (boleh beli di kedai kek,seelok-eloknya kek pandan atau kek yg tidak berkrim di luar) Langkah-langkah: 1. basuh agar-agar. 2. masak agar bersama 6 cawan air dan daun pandan. 3. masukkan gula. 4. bancuhkan susu cair, telur dan esen vanila di dalam cawan. 5. apabila agar-agar tadi mendidih, masukkan bancuhan susu cair. 6. bancuh tepung castard dengan air sebelum masukkan ke dalam puding. 7. potong kek gulung nipis-nipis dan susun di dalam acuan. 8. apabila puding sudah mendidih dan masak, tapis ke dalam jag. biarkan suam. 9. selepas beberapa minit, tuangkan puding yg telah suam ke dalam acuan yg berisi kek tadi. 10. biarkan puding sejuk atau boleh dimasukkan ke dalam peti ais. *boleh juga tambah buah-buahan campuran untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik
  • 9. PUDING LAICI Bahan-bahan 10 gram agar-agar serbuk 2 gelas air 1 gelas gula 2 biji telur asingkan putih dan kuning 1/4 tin laici Sedikit perisa laici Sedikit ceri merah Cara Penyediaan: 1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan. 2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. 3. Masukkan kuning telur, kacau sebati. 4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api. 5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat. 6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk. 7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah pudding
  • 10. Kek Lumut Kukus Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ") 1 cawan tepung gandum (diayak) 1 cawan horlicks 1/2 cawan gula halus 250 gm mentega 4 biji telur A pewarna hijau secukupnya 2 sudu besar seri kaya 1 sudu besar susu pekat manis 1 sk esen vanilla Cara-cara : Sediak