resepi kelantan

24
SIRO PISE by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Thursday, August 5, 2010 at 5:49pm bhn2: 1 butir pise tanduk 6 sudu gula secubit garam 2 helai daun pandan 1 cwn air sedikit pewarna kuning cara2: -pise dihiris ikut suko la pesen mano - buh pise campur gn air, grm, gula, daun pandan, pewarna kuning dlm periuk - jerang atas dapur dan kacau skit supaya warna kuning bercampur rata - biarkan hingga gelegak.rasa la kalo nak manis tambah gula. - bleh hidang dn makan..

Upload: kasih-nur

Post on 21-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kelantan

TRANSCRIPT

Page 1: RESEPI KELANTAN

SIRO PISEby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Thursday, August 5, 2010 at 5:49pm

bhn2:

1 butir pise tanduk6 sudu gulasecubit garam2 helai daun pandan1 cwn airsedikit pewarna kuning

cara2:

-pise dihiris ikut suko la pesen mano- buh pise campur gn air, grm, gula, daun pandan, pewarna kuning dlm periuk- jerang atas dapur dan kacau skit supaya warna kuning bercampur rata- biarkan hingga gelegak.rasa la kalo nak manis tambah gula.- bleh hidang dn makan..

Page 2: RESEPI KELANTAN

KUIH CARA BIASAby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Saturday, July 17, 2010 at 11:01am

Bahan2: 120g tepung gandum1 biji telur200ml air pandan (Daun pandan kita blend dgn air. Tapis dan ambil airnya)50ml santan pekat 2 tbsp gulaMinyak masak

Inti:Gula secukupnya

Cara2: 1. Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.2. Masukkan telur dan santan dan gaul rata.3. Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.4. Untuk dapat adunan yang betul-betul sesuai, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.5. Panaskan acuan yang disaput dengan sedikit minyak masak.6. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.7. Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit. Angkat tunggu sejuk dulu. Kalau tak sabar, gigit2 je boleh terbakar lidah sebab inti gula yg panas.

Page 3: RESEPI KELANTAN
Page 4: RESEPI KELANTAN

LADO JERUKKby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Thursday, June 10, 2010 at 6:12pm

bhn2 :

10 butir lado besar warna hijau muda atau hijau gelap garam (ikut citarasa) dua sudu gula (ikut citarasa) stgh cwm cuka (ikut citarasa)

caro2nyer :

lada besar warno hijau dipotong bulat dan bersihkan.. rendam dalam air garam dalam 10 minit dan toskan.. masukkan dlm bekas dan bubuh cuka, garam dan gula.. biarkan sehingga 3 hari dan boleh dimakan bersama mee celup, mee goreng dan sebagainya.. lado jeruk ni mesti ader rasa masin, manis dan masam..ikut citarasa masing2.. selamat menerai..

Page 5: RESEPI KELANTAN

AYAM PERCIK KELANTANby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Tuesday, May 4, 2010 at 12:29pm

BAHAN-BAHANNYA:

1 EKOR AYAM DIPOTONG 12 BAHAGIANSANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPAI BATANG SERAI DIKETUKSEDIKIT AIR ASAM JAWASEDIKIT JINTAN MANIS

BAHAN A:

3 ULAS BAWANG PUTIH1 INCI HALIASEDIKIT GARAM

BAHAN B:

4 ULAS BAWANG MERAH1 INCI HALIA2 BIJI BUAH KERASGULA DAN GARAM

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:

1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik9.sedia untuk dihidangkan

Page 6: RESEPI KELANTAN

Kuih Kato@Katunby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Saturday, April 17, 2010 at 12:19pm

BAHAN-BAHAN

500g tepung pulut2 cawan air(bergantung kepada jenis tepung pulut)1/2 keping gambir (dicampur air panas sedikit)1 sudu kecil air kapursedikit minyak masakdaun pisang untuk mengalas1/2 cawan beras pulut (basuh,tos dan goreng tanpa minyak sehingga kuning)1/2 biji kelapa parut (yg muda lebih bagus untuk kuih) dan campurkan secubit garam2-3 kerek besar nnise(gula merah) + 2 cawan air dan didihkan sehingga nnise cairkalau pekat tambah air, biar sedang2 saja

Cara-cara:-

1. Satukan tepung pulut,gambir dan air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan hingga menjadi doh seperti membuat onde2 atau puteri mandi. 2. Sapu minyak pada loyang, alas daun pisang.Letakkan adunan tepung tadi,ratakan dan kukus sampai masak.3. Gunakan garpu atau lidi untuk menyucuk adunan tadi, jika tidak melekat tandanya kuih dah masak lah..4. Sejukkan,kemudian potong kecil-kecil sebesar ibu jari tangan,agak2 boleh masuk mulut la.. 5. Gaulkan bersama kelapa parut tadi didalam pinggan.6. Taburkan beras pulut goreng, jirus air nisse.. sedia untuk dimakan..

Page 7: RESEPI KELANTAN

Gulai Daratby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Friday, April 9, 2010 at 9:37pm

Bahan-bahan :

1 kati daging1 biji kelapa3 sudu makan ketumbar2 sudu makan jintan manis10 ulas bawang merah6 hiris lengkuas6 hiris halia4 sudu makan kelapa goreng (kerisik)6 biji lada kering1 keping asam kepinggula melaka (gula) secukup rasagaram secukup rasa1 hiris kunyit

Cara Membuatnya :

1.Ketumbar, jintan manis, lengkuas, halia, kunyit, bawang merah, bawang putih dan kerisik digiling halus dan digaul dengan daging.2.Jerang ke api sekejap, kemudian masukkan santan, asam, garam dan gula masakkan sehingga daging empuk.3.Bila sudah elok masaknya rasalah masam masinnya, kemudian hidangkan.4.Kalau suka boleh juga dimasukkan lada hijau di dalamnya sebagai hiasan.

Page 8: RESEPI KELANTAN

Nasi Kapit Sambal Nyiurby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, April 7, 2010 at 7:40pm

Resipi Nasi Kapit di Note sebelum ni. Sleke scroll.

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)5 batang serai (hiris)5 ulas bawang merah1 ulas bawang putih1 inci halia2 keping gula nisan/ gula melakaGaram secukup rasa

Cara:

1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Page 9: RESEPI KELANTAN

LAKSAM KELANTANby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, March 31, 2010 at 8:19am

Bahan untuk Laksam:

2 cawan tepung beras2 sudu besar tepung gandum5 1/2 cawan air sejuk1/2 cawan air panas mendidih

Loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak (kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji)Periuk kukus - masak air hingga mendidih

Bahan Kuah laksam:

3-4 ekor ikan kembung - dibakar atau rebus, ambil isinya sahaja, tumbuk atau blend (nak lebih pun boleh)1-2 keping asam gelugur, boleh guna air asam jawa5-6 biji bawang merah, tumbuk lumatsehiris dua halia, tumbuk lumatsedikit lada hitam, jika suka, tumbuk lumatgaram secukup rasasantan secukup kegunaan (sebiji)

Bahan Ulam-ulamnya:-

Taugetimun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan - hiris haluspucuk daun samak, pucuk mata ayam, pucuk gajus..daun kemangi atau daun selasihdll ulam yang digemariLimau nipis utk ambil ainya

sambal belacannya:

lada kering, buang biji dan rendam dalam air panasgaram dan belacanlimau sambal

Cara membuat Laksam:

Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.

Page 10: RESEPI KELANTAN

Cara mengukusnya:

Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus.Pastikan air betul-betul mendidih untuk mengukus.Tuangkan satu atau satu setengah senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan dah masak. Jadi, bolehlah diangkat.. Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.

(kawan saya buat, tuang adunan tepung atas tudung periuk. Biar sekejap sampai beku. Terbalikkan tudung periuk, maknanya adunan akan menhala ke dalam air. Seminit dua angkat tudung tu. Ulang lagi guna tudung lain)

Cara membuat Kuah:

Campurkan semua bahan. Masukkan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih. Sambil itu dikacau selalu supaya tak pecah minyak.Sesuaikan rasa dan angkat. Tapi masih perlu dikacau lagi sehingga suam sedikit untuk mengelakkan isi ikan berasingan dengan santan.Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Cara membuat Sambal:

tumbuk lada kering dan cili api bersama garam dan belacanhingga lumat. Perahkan limau dan hidang.

TIP dari fan LPKKMK : ILLZA OSMAN: kalu saya buat saya ganti tpg kanji x buh tpg gandum,nanti keras,ganti tpg kanji @ ubi(sama la 2 tu).laksam jadi kilat kit,pah 2 campurkan 2 sudu makan minyak masak kat dlm adunan x kasi melekat kat tdg piuk

Page 11: RESEPI KELANTAN

MEE CELUPby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Sunday, March 28, 2010 at 3:27pm

Bahan-bahan sup: perut lembu - boleh ganti dengan tulang daging lembu rempah sup

Cara: Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Bahan-Bahan: mee kuning/bihun/kuew tiew lobak jeruk ikan bilis goreng kangkung - saya guna sawi kacang tanah tumbuk garam, gula, perasa limau nipis bawang putih (ditumbuk dan digoreng)-guna bawang goreng biasa

Cara-cara Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali ** boleh tambah lada jeruk, tauhu goreng dan telur rebus dan dlm kuah tambahkan lada sulah.

Page 12: RESEPI KELANTAN

SINGGANG ASAM PEDASby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Saturday, March 27, 2010 at 8:03pm

Bahan-bahan:-

ikan kerisitomato potong 610 tangkai cili kering - dikisar3 ulas bawang merah - dikisar2 ulas bawang putih - dikisar1 cm halia - dikisar2 cm kunyit - dikisar2 batang serai - dititik1 cm lengkuas - dititik2 keping asam gelugur/asam kepinggaram dan gula secukup rasa3 cawan air/secukupnya

Cara Memasak:-Masukkan kesemua bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama air. Masukkan juga asam keping, serai dan lengkuas. Masak biar mendidih.Masukkan ikan, garam dan gula.Kacau sebentar dan masukkan tomatoi. Didihkan hingga empuk dan ikan masak. Tutup api. Sedap makan dengan nasi putih.

Page 13: RESEPI KELANTAN

Kuih Lompat Tikamby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Friday, March 26, 2010 at 12:12pm

Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

A: Tepung hijau250gm tepung beras700ml santan cairsecubit kapur sirih (campur dalam santan cair)secubit garamsedikit pandan paste/pewarna hijau

Cara: Campur kesemua bahan A dan tapis. Masak atas api hingga pekat.

B: Santan pekat1500ml santan pekat80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)secubit garam

Cara:Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A)

C: Pulut merah1 cawan pulut1 cawan santan cairsedikit pewarna merah

Cara:Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah

D: Air gula300gm gula melaka3 cawan airsehelai daun pandan

Cara:Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.

Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula sesedap rasa.

Ihsan: Umie

Page 14: RESEPI KELANTAN

Tepung Boko - tepung berasby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, April 7, 2010 at 8:58am

Bahan:

# 3 cawan tepung beras# 5 cawan air# 1/6 sudu teh kapur sireh# gula melaka (nnisang)# air secukupnya utk melarutkan nnisang tadi sehingga betul2 pekat.# santan pekat# garam# daun pandan - optional

Cara membuat:

# Larutkan 3 cawan tepung dengan 5 cawan air (guna cawan yang sama besar) hingga sebati dan tambah kapur sireh. Kacau lagi hingga betul-betul larut.This one kenalah tengok kualiti tepung beras, kadang-kadang, nisbah air:tepung ni kena adjust tengok kualiti tepung beras yang kita guna - kalau kat Kelate tu, Tepung Cap Gajah tu memang cantik sangat lah guna nisbah ni.

# Kemudian panaskan air dan nissang untuk menghasilkan air gula yang pekat. Semasa bancuhan air gula ni masih panas, masukkan kedalam periuk bancuhan tepung dengan air tadi dan kacau hingga betul-betul rata dan sebati. Yang ni bukan kacau atas dapur tau, kacau atas darat sahaja, maknanya bukan atas api ler.

# Dah elok sebati, tuang dalam loyang dan kukuslah selama 45-60 minit ataupun boleh cucuk sikit dengan garpu, kalau tak melekat tu kira dah masak la tu.

# Sekarang ni, dah masak tepung tu, letak tepi dan bancuh lah santan pekat dan garam - ikutlah banyak mana nak ataupun biar berpadanan dengan tepung. Satu lagi, masa isi loyang nak kukus tepung tadi, kena spare extra space untuk tuang bancuhan kepala santan ni. Kukus lagi sekali dalam 20 minit. Angkat dan tunggu sejuk barulah dipotong.

Page 15: RESEPI KELANTAN

NASI KAPIT & KUAH KACANGby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, April 7, 2010 at 7:25pm

ni kito nok bagi cara2 hok paling senang nk buat nasi kapit..utk org bujang atau nk cepat mmg senang sgt..

bhn2 :

1 cwn beras (tak kisahlah beras sie ko beras malysia tp kawe make beras sie cp serindit)3 cwn air (ni sukat guna pot beras deh..)sebiji periuk nasi ikut la jenama pe pun..

cara2:

- basuh beras mcm kita nk nanok nasi la deh..- pastuh buh air takdih..- masak guna periuk nasi elektrik kt umah demo deh..- bila dah mengelegak n nampak nak masak, kaih2 lah adunan tuh..kacau gn senduk kayu shg rata.- pastuh angkat, buh dlm acuan hok nok tekan dia..masa ni nasi masih panas, guna plastik n tekan2 biar rata..pastuh ambikla kayu atau letak biji kacang atau apa2 yg bleh ditekan supaya nasi kapit kita ni padat..biarkan hingga keras..- pastuh potong2 la n makan gn kuah kace..- selamat mencuba..- kalu dok pehe nati tanyo..nk buat nasi kapit ni la hok paling senang..jap je buatnya..ni resepi mok kito..maafla deh, gambar takdok plak..tp kawe buat doh n mmg menjadi..

KUAH KACANGBahan-bahan untuk Kuah kacang:300g kacang tanah disangrai,kisar jangan sampai halus3 sudu makan gula pasir3 sudu makan gula merah/melaka/kabung3 sudu makan asam jawa, bancuh dengan 2-3 cawan air1 camca garam1 camca kunyit serbuk1 cwn santanSedikit hirisan daging lembu

Bahan Dikisar:2 biji buah keras1 camca jintan manis }1 camca jintan putih }digoreng dulu1 sudu makan ketumbar biji }1 inci lengkuas

Page 16: RESEPI KELANTAN

1 inci halia muda20 batang cili kering1 sudu makan udang kering5 ulas bawang putih7 ulas bawang merah2 batang serai (diketuk pun boleh)sedikit belacan

Cara membuat:Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sampai wangi.Lepas tu, masukkan santan dan air asam jawa.Kemudian, masukkan pula kacang yg dikisar tadi dan juga daging yg dipotong kecil2.Kacau.Letakkan gula merah sedikit untuk mendapatkan warna yg hitam.Jika agak pekat, tambahkan air.Jangan lupa garam mesti masukkan.

Nota kaki: Udang kering,cili kering,belacan digoreng terlebih dahulu sebelum diblend.

Page 17: RESEPI KELANTAN

BUTIR NANGKAby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, April 7, 2010 at 8:57am

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

4 cawan tepung beras pulutairsedikit kapur makansecubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan

(bahan utk kuah)santan dari setengah biji kelapagula1 sudu makan halbagaramdaun pandan

Cara-cara

-masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....-masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.-buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.-panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...- apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.-untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.-bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

ni resipi asas. ada orang tambah buah nangka hiris nipis utk bagi lagi kaww..

Page 18: RESEPI KELANTAN

KUZI AYAMby LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Wednesday, April 7, 2010 at 9:04am

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam1 tin susu cair1 botol tomato sos4 labu bawang besar1 biji asam limau nipis15 biji buah badamkismis1 tin kecil minyak sapi untuk menggoreng

Bahan Untuk Rempah:

1 sudu teh ketumbar2 sudu teh jintan manis2 sudu teh jintan putih2 sudu teh biji piun1 biji cabai2 kelopak bunga lawang1 hiris buah pala1/2 inci halia putih1 inci kulit kayu manis5 kuntum bunga cengkih2 biji cili kering2 inci halia

Bahan Untuk Gaul Pada Ayam:

1 sudu teh zat paran1 kelopak bunga pala2 ulas bawang putihsedikit garam

Page 19: RESEPI KELANTAN

Cara Membuatnya:

1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan.2. Bawang putih, zat paran, bunga pala, dan sedikit garam ditumbuk dan digaul pada ayam dan diperapkan selama 15 minit supaya meresap ke dalam ayam.3. Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minya, digiling hingga lumat ( kering ).4. Buah badam direndam dengan air panas dan dibuang kulitnya, dipotong kecil-kecildan digoreng.5. Bawang besar dipotong nipis, digoreng hingga kuning dan diramas.6. Ayam yang diperapkan tadi hendaklah digoreng separuh masak dan diangkat.7. Masukkan ayam, susu cair, tomato sos, bawang besar, kismis dan rempah-rempahyang digiling ke dalam periuk.8. Perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati.9. Masukkan juga minyak baki menggoreng ayam tadi.10. Jerang di atas api yang sederhana hingga masak.11. Perlahankan api biar naik baunya dan menjadi pekat. ( kuahnya tidak banyak)