resepi cucur

of 51 /51
RESEPI CUCUR Cucur Ayam tanpa tepung ****************************** Bahan-bahan: Isi ayam kisar atau didadu kecil Daun bawang Daun sup Telur Cili merah - buang biji dan dadu halus, Serbuk lada hitam Garam dan perasa jika mahu Bawang besar didadu Cara Menyediakan: Gaul rata semua bahani. Panaskan minyak terlebih dahulu. Jemput adunan cucur guna jemari atau sudu Goreng dan balik-balikkan sehingga garing kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Siap dan hidang dgn sos cili + mayonis!

Author: syaronm

Post on 08-Jul-2016

327 views

Category:

Documents


21 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

something to share

TRANSCRIPT

RESEPI CUCURCucur Ayam tanpa tepung******************************Bahan-bahan:Isi ayam kisar atau didadu kecilDaun bawangDaun supTelurCili merah - buang biji dan dadu halus,Serbuk lada hitamGaram dan perasa jika mahuBawang besar didadu

Cara Menyediakan:Gaul rata semua bahani.

Panaskan minyak terlebih dahulu.

Jemput adunan cucur guna jemari atau sudu

Goreng dan balik-balikkan sehingga garing kekuningan.

Angkat dan toskan minyak.

Siap dan hidang dgn sos cili + mayonis!

Cucur Bawang dan Bilis**************************Bahan-bahan:500gm tepung gandumSegenggam ikan bilis siap dibersihSedikit ikan bilis ditumbuk jika mahu1 labu bawang besar holand dihiris (Lagi banyak bawang lagi sedap)3 ulas bawang merah dihiris (jika perlu)Daun sup daun bawang jika mahu1 biji telur jika mahu atau diganti dengan 1/2 sudu teh serbuk penaik jika mahuSerbuk lada sulah2 sudu mentega jika mahugaram dan perasa jika mahu

Cara:Kacau tepung dengan telur, masukkan air sedikit demi sedikit.Masukkan lain-lain bahan, kacau rata tanpa ada gentelan.Panaskan minyak dan gorengkan hingga garing..Angkat dan toskan..

Cucur Roti************Bahan-bahan:8 keping roti (guna roti gardenia)3 biji telur ayam saiz besar1/2 cawan susu segar1/2 cawan serbuk roti1 genggam ikan bilis saiz kecil1 pokok daun bawang dipotong kecil10 batang daun kucai dipotong kecil1 labu kecil bawang besar dipotong nipis1/2 keping kiub ikan bilisSecubit garamCili merah dipotong halus jika sukaMinyak untuk mengoreng

Cara:1- Roti dipotong kecil-kecil.Masukkan telur dan kacau bersama roti tadi.masukkan kiub ikan bilis + garam.2- Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.gaulkan semuanya.3- Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair4- Panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.5- Angkat dan toskan.

Cucur Kentang******************Bahan-bahan:3 biji kentang ~ di sagat kasar4 sudu besar tepung jagung3 sudu besar tepung gandum1 biji telurDaun bawang atau daun sup1 tangkai cili merahSedikit lada sulahSedikit lada hitamGaram dan gula secukup rasaMinyak masak

Cara menyediakan:Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gulaGaul sebatiPanaskan minyak masak dalam kuali leperPastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyakSudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkanTaburkan sedikit lada hitamBiar garing baru terbalikkan sebelah lagiBila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya

Cucur Kentang******************BAHAN-BAHANNYA:-

2 1/2 cawan tepung gandum2 biji kentang saiz besar (di potong dadu)2 biji bawang besar ( dipotong dadu)1 biji cili besar merah..di potong nipis-nipisDaun sup dan daun bawangUdang kering1 sudu serbuk kunyitsecubit garam dan serbuk perasa jika mahuSedikit lada sulah atau hirisan cili merah jika mahu1 biji telur atau 1/2 sudu teh serbuk penaik jika mahu Air mengikut kelikatan bancuhan yang disukai

Cara penyediaan:Bancuh tepung, telur dan air.Kacau hingga tepung tidak bergentel.Masukkan lain-lain bahan dan kacau sehingga mesra.Panaskan minyak untuk menggoreng.Jemputkan bancuhan dengan jemari atau sudu.Goreng hingga garing kekuninga.Toskan dan angkat.

RESEPI untuk Cucur KIMCHI**********************************1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung jagung3 biji kentang disagatSesenduk kimchiSebiji telurHirisan daun bawang dan daun kucaiSedikit garam dan serbuk lada sulahHirisan lobak merah jika mahuBoleh juga ditambah hirisan makan laut seperti udang dan sotong

Cara menyediakan cucur KIMCHI:Gaul tepung gandum dan tepung jagung bersama telur.Masukkan sedikit air ikut kelikatan yang disukai.Gaul mesra hingga tepung tidak bergentel.Masukkan lain-lain bahan.Sediakan kuali dan minyak.Goreng sehingga garing ekkuningan.Angkat dan toskan.

Nota:Jika mahu dibentuk seperti cekodok, kurang sukatan air. Minyak menggoreng dalamJika mahu dibentuk seperti lempeng, bancuhan hendaknya cair tapi tidak putus. Minyak menggoreng sekadar olesan di muka kuali.

Cucur Labu/ Keledek Manis********************************1 cwn labu/keledek manis direbus(atau dimasukkan dalam microwave oven sebentar dan dilecek lumat1 cwn tepung gandum ( boleh ditambah jika perlu)** boleh diganti dengan tepung pulut jika suka4 sudu besar gula atau pemanis gantian-Stevia( boleh tambah jika suka manis)sedikit garamAir (ikut kesesuaian tepung ) atau boleh digantikan dengan santan untuk rasa lebih lemakatau gunakan susu UHTMinyak untuk menggoreng dan simpulan daun pandan.

Cara Menyediakan:Satukan tepung ,labu/keledek lecek ,garam serta air/ santanGaul kesemua bahan sehingga serataKalau bancuhan keras boleh ditambah sedikit airJika adunan lembik boleh ditambahkan sedikit tepung.Panaskan minyak untuk menggoreng.Masukkan simpulan daun pandan untuk aromaBila minyak dah panas jemput sedikit adunan tadi dengan menggunakan tangan dan terusMasukkan jemputan ke dalam minyak yang panas. Goreng dan balik-balikkan.Angkat setelah cucur sedikit garing menjadi kekuninganToskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan..

Cucur Manis***************Bahan-bahan:200gm gula1000 gm tepung gandumsecubit garam1 biji telur1/3 cawan marjerin (cairkan)1 sudu teh soda bikarbonatair secukupnya

Cara-cara:Satukan tepung, soda bikarbonat, gula, garam danmasukkan telur dan kemudian marjerin cair. Gaul rata.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga seperti bancuhan membuat jemput2.Gaul sebati.Perapkan sebentar sehingga bancuhan kembang.Panaskan minyak secukupnya.Guna api sederhana.Jangan terlalu panas sangat nanti tidak masak di bahagian dalam.Goreng sehingga kekuningan. bentuk terpulang kepada anda.Angkat dan toskan.

Cucur Jawa***************Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum2 cawan tepung beras1 cawan air kelapa1 cawan air biasa1 cawan gula merah1 cawan gula pasirsecubit garam

Cara Menyediakan:1. Semua bahan dicampurkan dan digaul sebati.2. Perapkan lebih kurang 10 minit.3. Goreng menggunakan minyak yg sedikit (spt goreng telur mata.. )4. Goreng satu2 dgn api perlahan.5. Angkat dan toskan.

Cucur Nasi*************Bahan-Bahan2 cwn nasi sejuk2 cwn air suam1 biji bawang besar2 biji bawang putih1/2 cawan ikan bilis/udang basah/udang geragau siap bersih jika mahu2 1/2 cawan tepung gandum1 biji cili merah dihiris nipis (jika suka)Sedikit serbuk penaikDaun sup/bawang (di hiris halus)sedikit garam dan serbuk perasa jika mahu1 biji telurMinyak untuk mengoreng

Cara MembuatnyaKisar nasi bersama sedikit air,Masukkan sekali ikan bilis/udang dan bwg putih.Tuang ke dalam mangkuk.Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kuning kegaringanAngkat dan toskan.

Cucur Pisang/Cekodok**************************8 biji pisang masak ranum3/4 camca teh soda bikarbonat1 sudu teh baking powder1 biji telur1 camca besar gula perang/gula pasir1/3 camca besar gula halus1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )1/4 camca teh garam halusMinyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate serta telur hingga sebatiMasukkan tepung dan gaul rata . Perap 15 minit.

Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana.Masukkan simpulan daun pandan untuk aroma.Basahkan hujung jemari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, atau boleh gunakan suduGoreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.Angkat dan toskan.

1)Cucur Udang (dgn yis)****************************Bahan-bahan500 gram tepungSebiji Telur1 peket yis segera + gula sesudu + air suam suku gelasAir ikut kelikatan bancuhanGaram dan serbuk perasa jika mahusedikit Serbuk kunyitTauge segar dibersihKucai (potong seinci)Cili merah dihiris jika mahuMinyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:Bancuh yis dengan suku cawan air suam and sesudu gula. Jangan letak air panas nanti yis tu mati.Masukkan sesudu gula.

Dalam bekas besar yang lain,Masukkan tepung + serbuk kunyit + garam dan serbuk perasa serta lada sulah.Gaul sebati sehingga tiada gentelan tepung

Masukkan telur + bancuhan yis tadi + 2 cawan air. sedikit demi sedikit.

Masukkan udang, tauge, kucai dan lain-lain dan kacau sebati.

Sediakan kuali dan minyak dalam .Tunggu panas.

Cucur udang boleh dibentuk mengiktu suka sama ada bentuk bulat atau leper.

Jika hendak dileper, panaskan sudip dlm minyak yang dalam.Tuang bancuhan cucur atas sudip tersebut dan dirata, letakkan udang sebagai hiasan di atas.Rendamkan sudip ke dalam minyak sehingga bancuhan tadi boleh digoyang dan dilepaskan.

Angkat sudip dan tunggu garing, balik-balikkan sebelah sehingga garing.Tos dan angkat.

2) Cucur Udang (dgn cuka)Bahan-Bahan:500g Udang dibersih1 biji Bawang Besar hiris1 genggam Taugeh1 cekak Kucai potong pendek1 bj Putih Telur1 sb Minyak Masak1 st Cuka1/2 kiub Ayam Knorr4 senduk Tepung Gandum1/2 st Serbuk KunyitGaram, Air secukupnyaMinyak untuk menggoreng

Cara menyediakan: sama seperti di atas

Cucur Sayuran********************Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum2 sudu besar tepung beras1 sudu besar tepung ubik ayu1 - 1 1/2 cawan air - anggaran2 sudu teh garam atau secukup rasa2 biji bawang merah besar dipotong dadu1 1/2 genggam kobis yang dihiris halus1 batang lobak di potong memanjang halusSetangkai daun bawang atau daun kucaiSegenggam taugeSedikit serbuk kunyitSedikit serbuk cili - jika suka pedas

Bahan Perasa - Tumbuk Halus2 sudu besar ikan bilis halus1 1/2 sudu teh ketumbar3/4 sudu teh lada putih atau serbuk lada sulah3 ulas bawang putih

Cara-caranya :1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi sebatikan kemudian masukkan air dan bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili dan dan garam.

2. Kemudian masukkan sayuran yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu. Kacau sebati.

3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, sudukan adunan tersebut dalam minyak. Adunan ni agak cair dan meleper bila di goreng. Goreng hingga kekuningan.

4. Angkat dan toskan di atas kertas tisu dapur.

Cucur Sayur II*****************Bahan-Bahannya:

2 cawan tepung gandum1 camca besar tepung beras3 cawan air1 biji telur, dipukul sedikit1/2 camca teh baking powder2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris1 biji cili merah, hiris1 biji cili hijau, hiris1 pokok daun sup, hiris1 biji lobak merah - hiris1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskanGaram secukup rasaMinyak untuk goreng terendamSos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur

Cara Membuatnya:

1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau, lobak merah dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap.

3. Panaskan minyak untuk goreng terendam.

4. Goreng hingga garing kekuningan. Angkat dan toskan.

Sambal Kicap***************Bahan-bahan:3/4 ulas bawang putih5/6 tangkai cili padi (ikut pedas)Kicap manisGulaGaram secubit

Cara membuat:Kisar semua bahan dalam alat pengisar sehingga lumat.Perah asam limau jika mahu

Kuah Kacang I******************Bahan-bahan:2 ulas bawang merah*3 ulas bawang putih*1 inci halia*1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.1 senduk cili kisar1 sudu kecil paste udang kering3 sudu besar gula melaka2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkangaram dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:Cincang bahan bertanda *.Panaskan 3 sudu besar minyakTumiskan bahan cincang hingga wangi.Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidihMasukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.

Kuah Kacang II*****************Bahan bahan:600 gm kacang tanah - disangai5 biji bawang besar cawan cili kering - dikisar1 cawan gula melaka1 sudu besar gula pasir1 cawan minyak2-3 cawan airGaram secukup rasa

Cara cara:Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai.Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar.Gunakan pengisar kering atau jika tiada, kisar dengan kuantiti air yang cukup- agar tidak terlalu berair.

Bawang besar dimayang.Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi.Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah dikisar tadi.Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam.

Kacau hingga mesra dengan api perlahan.5 hingga 10 minit kemudian bolehlah ditutup apinya.

Sos Ala Thai***************BAHAN-BAHAN :3 ulas bawang putih dikopek kulit.2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).1/2 cawan gula pasir.3/4 cawan air.1/4 cawan cuka.1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.Garam secukup rasa

Cara menyediakan:Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagungMasak hasil kisaran tadi dengan api yang sederhana.Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos .Sos perlu sentiasa di kacau selama 3-5 minit.

Sambal Cuka***************2 senduk cili keringdirebus danndikisar lumat tanpa bijiCukaGula Melaka..Gula pasirGaram secukup rasa2 sudu besar kicar manis3 ulas bawang putih ditumbukSedikit air

Cara menyediakannya:Masak kesemua bahan dengan api perlahan.Seimbangkan rasa dengan cuka, garam dan gula.Kacau sehingga pekat.

Sos CIcah************Bahan-bahan :1/2 botol sos cili ( saya guna brand aminah hassan )3 ulas bwg putih4 bji cili merahGaram & gula secukup rasaSedikit air

CARA MEMBUAT :Kisar cili merah, bwg putih hingga hancur.Masukkan dlm periuk & masak di atas dpur.\Gunakan api perlahan.Kacau mesra dan masukkan garam & gula mengikut citarasaKemudian masukkn sos cili. kacau lg hingga sos masak.

Kuah Gado-Gado*******************Bahan-bahan :2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan kisar10 -12 tangkai cili kering - digoreng1 genggam ikan bilis - digoreng garing1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing2 sudu besar bawang gorengAir asam jawaAir kosongGaram dan gula secukupnya

Cara-cara :Kisar cili kering goreng, bawang goreng, ikan bilis goreng, udang kering goreng sehingga halus. Campurkan dengan kacang tanah kisar dan gaul rata.

Bila nak makan, cuma campur air secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.

Kuah Pasembor********************Bahan-bahan:1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek

500gm udang kertas atau udang putih ~ kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.

125gm kacang tanah ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai) jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.

5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.

10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.

15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.

3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layurBawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.

Bahan Lain

1 buku gula Melaka ~ ita tambahGaram dan gula secukup rasa3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledekSedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya

Cara menyediakan:Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kualiMasukkan udang yang di kisar halusMasukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidihBila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisarMasukkan keledek yang dah di lumatkanTambahkan pewarna jika kurang oren warnanyaMasukkan juga air asam jawaMasukkan juga gula Melaka yang di hirisPerasakan dengan garam dan juga gula.Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasaAkhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisarBiarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekatKuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya

Cucur Jagung******************Bahan-bahannya:200 gram tepung gandum3 biji bawang merah dimayang halus2 biji jagung (diambil bijinya)secekak daun kucai dipotong pendekGaram1 biji telurSedikit air panas200 ml air (lebih kurang)Minyak untuk menggorengCara membuatnya:Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan campurkan dengan daun kucai, jagung dan garamGaul sebati dan masukkan air dan sebiji telurKacau adunan sehingga rataMasukkan sedikit air panas dan kacau adunan(selain air panas boleh juga menggunakan minyak panas)Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing

Ubi Kayu Goreng Rempah****************************Bahan-bahan:600 gram ubi kayu - kupas kulit dan potong kecil memanjang1 sudu makan serbuk pati ayam1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh cili serbuk

Bahan kisar:1 sudu makan ketumbar biji1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih3 ulas bawang putih5 ulas bawang merah

Cara menyediakan1. Perap ubi kayu selama 10 minit dengan semua bahan kecuali minyak.2. Goreng hingga kuning keemasan.3. Angkat dan toskan.4. Sedap dimakan dengan sambal kicap