jom kongsi resepi

14
Cuba-cuba Resepi Daripada Ada Resepi Jom Kongsi

Upload: aisah-ibrahim

Post on 22-Nov-2014

2.249 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Jom kongsi resepi

Cuba-cubaResepi

DaripadaAda Resepi Jom Kongsi

Page 2: Jom kongsi resepi

MENU ORANG DALAM PANTANG

Ikan Kukus

bahan2nya :ikan tenggiri kunyithalia mudalada hitamgarambawang merahbawang putihsayur campur (carrot, sawi, brokoli)

cara2nya : 

kunyit, halia, lada hitam dan garam tumbuk dan dilomor/gaul pada ikan..masukkan ikan dalam pinggan,susun/tabur carrot, halia muda, bawang putih, bawang merah (yang dihiris) sebelah/keliling ikan tadi..kukus sampai ikan masak...sampai carrot lembut...tambahkan sayur2 hijau atas ikan tadi..dan kukus sekejap...kukus sampai sayur layu (tapi still ranggup)...

Page 3: Jom kongsi resepi

QUICK PIZZA 

Bahan2:6 keping roti

6 batang sosej (potong kecil-kecil/ikut suka - satu untuk setiap keping)

1 biji bawang besar cicang halus (in cubes)cheese (ikut suka banyak - disagat halus)

mayonese secukupnya (topping)sos tomato/cili (toping)

Cara:

1. Sapu roti dengan sedikit mayonese 

2. Campur sosej dan bawang (dah dipotong/cincang) dan tabur atas roti

3. Taburkan cheese di atasnya dan letakkan sos tomato/cili serta mayonese

4. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 5 mins

Page 4: Jom kongsi resepi

krim puff

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder100 gm butter250 ml air1/2 sudu teh gula3 biji telurBahan-bahan untuk inti jagung1 cawan air1/2 cawan susu cair1 cawan jagung dalam tin1/2 cawan tepung kastad5 sudu besar gulaCara-cara

Cara-cara untuk puffPanaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.SejukkanPukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixerMasukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintangSpray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagungCara-cara untuk intiKacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wapMasukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Page 5: Jom kongsi resepi

Resepi Dorayaki

Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum½ sudu teh baking soda60gram gula halus2 sudu madu2 biji telur½ sudu minyak masak½ sudu teh esen vanillaSedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:

kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra.

Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. 

Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 

Sedia untuk dihidangkan

Page 6: Jom kongsi resepi

SEKARANG MUSIM DURIAN DAH BOLEH BUAT TEMPOYAK 

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi

BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja5 helai daun kunyit4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja4 atau 5 batang serai5 papan petai - ambil buah petai saja1-2 genggam ikan bilis - bersihkan3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya pati santan secukupnyagaram secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Page 7: Jom kongsi resepi

RESEPI RINGKAS SESUAI UNTUK SAHURIkan Tenggiri Masak Cuka

Bahan-bahannya:4 potong ikan tenggiri-dibersihkan1 sudu makan cuka1 biji timun-buang biji & potong memanjang1 biji cili hijau-belah 21 biji cili merah-belah 23 biji bawang merah-hiris2 ulas bawang putuh-hiris1 sm halia-hiris1 sudu kecil halba campurAir-secukupnyaGaram dan gula secukup rasaMinyak-menumisCaranya:Lumur ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing-ketepikan.Dengan sedikit minyak tumis semua bahan yang di hiris dan halba campur hingga wangi.Masukkan air dan cuka makan.Biar hingga mendidih.Masukkan ikan,timun,cili merah/hijau dan perasakan dengan garam dan gula.Bila sudah masak bolehlah di angkat dan hidangan.

Page 8: Jom kongsi resepi

Ikan Masak Taucu

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh guna seperti kembung, bawal dll)2 sudu besar atau secukupnya taucuAir asam jawa secukupnya1 batang karot ~ potong kecil1 batang timun ~ potong kecil1/2 biji lada benggala ~ potong kecilSerbuk kunyitGaram dan gulaAirMinyak.

Bahan hiris/mayam:

3 ulas bawang putih2 biji bawang besar(boleh kurangkan)1/2 inci halia5 biji atau lebih cili api.

Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi.3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula(jika tidak masin bolehlah tambah garam/taucu). Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya. Kuah bergantung pada citarasa.4. Masukkan carrot, lada benggala dan timun, kacau rata.5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.

Page 9: Jom kongsi resepi

KACANG POTONG

BAHAN:

600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak100grm bijan- digoreng tanpa minyak600grm gula pasir2 sudu besar majerin

CARA:

masak gula hingga semuanya hancur.

masukkan majerin

bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata

canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing-masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi

bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam.

agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.

Page 10: Jom kongsi resepi

TALAM SUJI

KUIH TALAM SUJI

Lapisan Bawah:140 gm tepung suji20 gm tepung gandum2 biji telur120 gm gula pasir700 ml santan cair1/2 tsp garamPewarna kuning lemon

Caranya:1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan kacaukan adunan di atas api sederhana hingga separuh masak.2. Masukkan di dalam loyang 10"x10" yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Lapisan Atas:2 biji telur700 ml santan pekat1 tsp esen vanilla (optional)1/2 tsp garam150 gm tepung gandum60 gm gula pasir200 gm gula melaka1 tsp coklat emulco (optional)

Caranya: 1. Cincang halus gula melaka.2. Satukan semua bahan dan masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan suji tadi dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

Page 11: Jom kongsi resepi

TALAM KACANG MERAH

Bahan-bahan Lapisan Bawah - Kacang Merah1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]225 g tepung beras50 g tepung kanji150 g gula700 ml santan cair + sikit garampewarna merah

Lapisan Atas - Santan1 cawan tepung beras3 cawan santan pekat + garam sikit Cara Memasak Lapisan Bawah1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tad.3. Kukus lagi selama 25 minit.4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Page 12: Jom kongsi resepi

TALAM JAGUNG

Bahan A(Lapisan bawah-Jagung)

-1 cawan krim jagung dalam tin (Saya guna Ayam Brand)-1 cawan tepung beras-3 sudu makan tepung kastard-3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)-saya guna santan kotak, bancuh ngan air-1/2 cawan gula pasir

Bahan BLapisan Atas-Tepung Beras)-1 cawan tepung beras-3 cawan santan pekat-1 sudu teh garam

Cara-cara1. Gaulkan semua bahan A dan kacau di dalam kuali tidak lekat di atas api sebentar hingga sedikit pekat.2.Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak masak3. kukuskan selama 30 minit/sehingga masak4. Campurkan semua bahan B untuk bahagian atas5. cakarkan bahagian A yang telah masak dikukus tadi (ini untuk memastikan lapisan A dan lapisan B melekat dengan baik), tuangkan Bahan B yang telah dibancuh6. kukus lagi selama 20 minit7. Tunggu sejuk sebelum boleh dipotong dan dihidangkan

*Santan serbuk/paket kurang sesuai digunakan sebab kurang lemakMesti potong bila dah sejuk kalau tak memang tak cantik, hari tu buat tak sabar nak rasa, cepat-cepat potong pastu tak cantik la potongnya sebab talam tak betul-betul keras lagi

Page 13: Jom kongsi resepi

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil1 tin susu cair (375 mL)2 biji telur4 sudu besar gula1 sudu kecil esen vanilla1 sudu besar butterSedikit kismis

Cara-cara

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Page 14: Jom kongsi resepi

Lompat Tikam

Bahan-bahan (2-3 bekas)

* Lapisan hijau8 sudu besar tepung beras650 mL air3 sudu besar air pandan1/2 sudu kecil pewarna hijau1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil air kapur

* Lapisan putih3 sudu besar tepung beras600 g santan pekat1/2 sudu kecil garam

* Air gula melaka2 keping gula melaka250 mL air1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara

Campur bahan-bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau rata dan masak sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas.Masak lapisan putih pula sehingga pekat dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan pada suhu bilik.Masak gula melaka sehingga sekata dan tuang di atas lapisan putih. Siap untuk dimakan