mum resepi

Upload: carol-kembuan

Post on 18-Jul-2015

375 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Puding Roti Marble Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu.

Biskut Badam Bercoklat Hits: 10927 Rating: 7.77 Review: 0 Bahan-Bahan:

Email this Recipe Print this Recipe

3 suku cawan gula icing cawan marjerin 1 biji telur tepung gandum secukupnya badam biji secukupnya(bakar dalam oven) Cara:

badam hancur secukupnya coklat cooking mangkuk kertas kecil(hitam)

Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi. Cheese Cake Modern

Kiriman: hani kamelia Hits: 1214 Rating: 4.00 Review: 0 Email this Recipe Bahan-Bahan: A items Print this Recipe

2 packs Cream Cheese 200g sugar 2 tablespoon almond essence 150ml whipped cream

B Items

1 pack of McVite's Digestive biscuit 200g buttercup

Raspberry Jam (for topping) Cara:

Putar cream cheese bersama gula hingga kembang. Masukkan esen badam. Putar kembali bersama whipped cream.Biarkan ia kembang seketika. Sementara itu, hancurkan 1 pack biscuit. Cairkan mentega dan campurkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan tadi. Tuang adunan ini ke dalam loyang kek dan tekan sehingga padat (as cake base).Tuangkan aduanan cheese tadi ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam. Cadangan Hidangan: Setelah siap dibakar, sapukan raspberry jam sebagai topping. Brownies Berbadam Bahan-Bahan: 150 g marjerin 2 camca koko 150 g gula kastor 50 g badam cincang 50 g tepung berserbuk penaik Cara: Marjerin dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung dan badam, dikacau hingga rata. Tuangkan campuran koko. Lenserkan tin kek empat persegi dan tuangkan adunan brownies. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong kepada kepingan empat persegi kecil. Browni Coklat Walnut Bahan-Bahan: 250 gm mentega tanpa garam 350 gm coklat tawar, dicincang halus 2 biji telur, dipukul 1 cawan gula halus 1 camca teh esen vanila cawan tepung serba guna camca teh garam cawan walnut, dicincang halus Sedikit gula aising, untuk ditabur Cara: 2 biji telur

Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega dan alaskan kertas minyak. Cairkan mentega bersama coklat menggunakan api sederhana. Angkat dan sejukkan. Masukkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, garam dan walnut. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar 25 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan gula aising di atasnya. Blackberry Cheesecake Bahan-Bahan: Untuk Base: 1 peket biskut digestives 2 cawan cornflakes 3 sudu besar gula perang 3 sudu besar mentega lembik

Untuk Filling: 750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese 225 gm gula caster 1 sudu besar tepung jagung 2 biji telur 150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry 1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja) Cara: Biar semua bahan pada suhu bilik Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Base: Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus. Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu. Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.

Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.

Cara Untuk Filling: Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. Masukkan telur satu persatu. Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati. Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia. Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya. Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk. Cadangan Hidangan: Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata. Ben's Flourless Cheesecake Bahan-Bahan: Crust: - 250g bread crumb - 125g butter - 2 sudu besar gula - setengah sudu kecil serbuk kayu manis

Filling: - 3 250g cream cheese - 1 cawan gula

- 5 biji telur - satu setengah sudu kecil vanilaTopping: - 3 cawan sour cream - setengah cawan gula - satu setengah sudu kecil vanila Cara: Crust: - Cairkan butter dan campurkan ke bread crumb. Gaul rata. - Masukkan gula dan serbuk kayu manis.Gaul Rata - Letakkan bahan crust ke seluruh bahagian tray ( dasar dan tepi ) - Boleh mula panaskan oven di 150 darjah Celcius.

Filling: - Lembutkan cream cheese sehingga cukup lembut untuk digaulkan dengan mixer. - Guna mixer untuk gaul cream cheese sehingga lembut. - Masukkan gula dan gaul. - Campur telur sebiji demi sebiji dengan mixer dalam kelajuan sederhana. - Tambahkan vanila. - Letakkan ke atas crust. - Masukkan ke dalam oven selama 50 minit.

Topping: - Pukul sour cream sehingga fluffy. - Campur gula dan vanila dan pukul sehingga sebati, putih dan licin (tiada lagi rasa kasar gula pada jari) - Apabila filling sudah dibakar selama 50 minit, letak topping di atas filling dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit dengan suhu yg sama.

Keluarkan cheesecake dari oven dan biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam peti ais sekurangkurangnya 1 jam setengah. Cadangan Hidangan: i)Buah peach yang dipotong bulat boleh diletak di atas cheesecake. ii) Filling boleh dicampurkan dengan cashew atau macadamia yang dipotong nipis (bukan dipotong kecil-kecil) setelah semua bahan telah digaulkan dgn mixer. Jangan digaul kacang menggunakan mixer. Tambahan: Flourless cheesecake yang mudah dibuat. Kek Lapis Winter Sonata Bahan-Bahan: 20 biji putih telur 16 oz. mentega 1 gelas tepung jagung 1 gelas tepung jagung 1 gelas gula kastor gelas serbuk coffee Mate 1 tin kecil Nestle Reduced Cream 1 sudu makan perisa vanilla 1 sudu makan ovalette 1 sudu teh butter oil 3oz air sejuk Pewarna Kuning dan hijau Muda Cara: 1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan. 2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati. 3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata. 4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata-rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu: -bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)

-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda

-bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan 7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak 8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Kek Seri Coklat Bahan-Bahan: Bahan A 1 cawan susu cair 1 cawan susu pekat 1 cawan gula 1 cawan minyak Bahan B 1 cawan serbuk koko 1 cawan tepung 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik

3 biji telur Cara: 1.pukul telur hingga kembang secara berasingan 2. masak bahan A dalam periuk sehingga gula hancur. 3. sementara itu, ayak bahan B bagi mengelakkan kek dari berketul. 4. masukkan bahan A ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga rata. 5. masukkan telur ke dalam adunan. Kacau rata. 6. panaskan kukusan, masukkan adunan ke dalam loyang, dan kukus selama 1 jam. Cadangan Hidangan: Boleh dihidangkan dengan ganache dan taburan coklat urai.

Cheese Cake Bahan-Bahan: 500 gram keju 3 sudu besar jus oren cawan coklet 250 gram buter 6 oz gula halus 100 gram tepung gandum 4 sudu besar air 3 sudu susu tepung 4 biji telur Cara: BAHAN-BAHAN

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air

berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana. Tambahan: sebelum membakar cheese cake ituletakkan satu manggkuk air kedalam loyang dibawahnya sebelum membakar kek batik miloBahan-bahan 250g biskut marie patah 4 150g butter 1 cawan milo 5 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar esen vanila 1/2 tin susu pekat 1/2 cawan air 4 biji telur saiz A Cara-cara 1. Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana. 2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. 3. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan. 5. Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Kek keju cheddarBahan-bahan ( 10 - 15 orang ) 250 g mentega 230 g gula kastor 4 biji telur Gred A 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar 100 ml susu UHT 280 g tepung gandum 1 camca teh baking powder

Cara-cara1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.

2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati. 3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata. 4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. 5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).

Kek batik biskut marieBahan-bahan ( loyang 7/8" ) 1 bungkus (350g) biskut marie Setengah buku butter 2 biji telur 1 cwn serbuk koko 1/2 cwn milo 1 cwn air 3/4 cwn gula ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara1. patah2kan biskut 2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut 3. masukkan butter,kacau sampai butter cair 4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api 5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...) 6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Kek Gula Hangus Bahan-bahan ( 6 orang )

1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 camt soda bikarbonat 4 biji telur 2 camb mentega

Cara-cara

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam Apam pisangBahan-bahan Pisang masak secukupnya Gula-1cawan/200g Minyak Masak - 1 Cawan/100ml Telur - 2 Biji Tepung Gandum - 2 Gelas/200g-220g Soda Bikarbonat - 1 Sudu Makan

Cara-cara 1. Kupas pisang dan masukkan sehingga paras atas pemegang blender. 2. Kemudian masukkan gula,minyak masak dan telur. Kisar sehingga halus. Apabila sudah halus tuangkan adunan ke dalam bekas yang agak besar. 3. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat terus ke dalam adunan dan gaul sebati menggunakan senduk. 4. Adunan bolehlah dikukus dalam bekas lompang yg kecil2 untuk menjadikannya apam pisang. 5. Ketika mengukus,pastikan guna api yg besar dan lapikkan tuala bersih menutupi penutup pengukus.Kukus selama 15 minit-25 minit.

Cheese cakeBahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese 200cc/ml fresh cream/plain yogurt 2 sudu besar jus lemon 3 sudu besar tepung gandum 2 biji telur 90g gula

Cara-cara1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream 3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit 4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kek Lapis Happy Day

16 oz mentega 10 biji telur 2 gelas gula halus 3 gelas tepung gandum 1 tin susu pekat 1 tin besar serikaya 4 camca teh Nescafe 1 camca teh vanilla Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis

Cara-caranya:

1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata. 2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati. 3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata. 4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian. setiap satu diberi warna hijau, merah & kuning. Bahagian yg tak bewarna dibubuh Nescafe.

5. Kukus setiap lapisan warna, kuning, merah (ditabur sedikit kismis), hijau, putih(adunan nescafe) hingga habis.

6. Setiap lapisan masukkan 2 senduk @ kalau malas nak lapis bnyk, masuk 1 bancuhan warna & kukus. & masukkan warna seterusnya hingga habis.

*Kalau x suka manis sgt, boleh kurangkan gula kpd 1 1/2 gelas & kurangkan sedikit serikaya.

1 gelas tepung = 100gm

1 gelas gula halus = 200gm

ni ukurannya lebih kurang. gula boleh dikurangkan kalau x nak manis sgt.

KEK LAPIS MASAM MANIS (Marziah Bt Mohamad)

Bahan-Bahannya :

20 bungkus asam manis ( Haw Flakes - bentuk bulat warna merah ) 300gm serbuk roti MARRIE ( ikut suka jenis roti ) 200gm gula halus 10 biji telur ayam diasingkan putih dan kuningnya 400gm buttercup 1 tin susu pekat Serbuk koko

Cara Membuatnya :

Putih telur dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. Dalam bekas yang berlainan, pukul mentega bersama susu pekat hingga kembang. Masukkan adunan telur dan serbuk roti kedalam mentega tadi. Kacau hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu di biarkan dan satu lagi dimasukkan serbuk koko atau perwarna. Loyang dipanaskan dan masukkan satu senduk adunan koko dan kukus hingga masak. Susun asam manis di atas lapisan tadi dan masukkan adunan kedua. Masak hingga habis semua adunan. Cara yang sama macam buat kuih lapis.

Nota : Untuk kek yang lebih baik gunakan loyang hitam dan penutup periuk pengukus dibalut dengan alumunium foil untuk mengelakkan atas kek dari lembab.

gadis- 08-08-2006 Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung coklat 1 camca besar baking soda 1 camca besar bikarbonat 1 camca besar cream of tartar

Bahan B 5 biji telur 1 1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat manis 1 cawan minyak masak seri murni 1 cawan air suam

Cara Membuatnya

ayak bahan A 3 kali. pukul teler dengan gula sampai kembang. masukkan semua bahan B. Masukkan bahan A ke dalam adunan B. Kukus sampai masak

oLa- 08-11-2006 Chocolate Cake Badam

Bahan-Bahan 2 cwn tpg naik sendiri 1 1/2 cwn gula (dimesin halus) 1 cwn serbuk coco (vochele/van houten) 1 buku buttercup (jgn bekukan) 6 biji telur (asingkan kuning & putih) 1 sd kecil esen vanila air masak sedikit (utk dicampur bersama serbuk coco)

Cara Membuatnya

Pukul putih telur hingga kembang (asingkan). Masak serbuk coco yg dicampur air hingga melekit (INGAT :api perlahan) angkat dan sejukkan. Pukul gula dan buttercup hingga sebati, masukkan kuning telur dan pukul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati, masukkan coklat yg telah dimasak dan esen vanila pukul lagi. Akhir sekali masukkan putih telur dan pukul. Tabur badam hiris di atas kek. Guna loyang pembakar yg berlubang ditengah (sapu dgn majerin).

Bakar dlm oven susu 110c-120c. * Kek ini sedap dimakan setelah dibiarkan lebih dr 2 jam (coklat diatas kek akan berkilat dan melekit).

oLa- 08-11-2006 Chocolate Moist Cake

Bahan-Bahan 250gm gula kastor 200gm marjerin 200gm tepung gandum 1tbsp baking powder 62gm serbuk koko 6 biji telur 1/2tbsp esen vanila 1 cawan air

Cara Membuatnya

1)Pukul marjerin&gula kastor hingga kembang.kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.masukkan esen vanila. 2)masukkan tepung gandum&sebuk koko kedalam adunan berselang seli dengan air. 3)bakar pada 180'c dlm masa 30 minit

gadis- 08-14-2006 KEK MASAM MANIS

Bahan-Bahan 1 TIN KECIL SUSU PEKAT MANIS 4 CAWAN BISKUT MARIE PUTIH(DIKISAR) 1 butter CUP

8 BIJI TELOR 1 PAKET ASAM (GAMBIR BULAT) 3 JENIS WARNA

Cara Membuatnya

1)PUKUL butter SEHINGGA PUTIH GEBU. 2)MASUKKAN TELOR SEBIJI DEMI SEBIJI SEHINGGA KEMBANG 3)MASUKKAN SUSU PEKAT SEHINGGA RATA 4)AKHIR SEKALI MASUKAN BISKUT MARIE 5)BAHAGIKAN KEPADA 3 WARNA (TERPULANG WARNA APE2 PUN) 6)KUKUS SELAPIS DEMI SELAPIS DIIKUTI SUSUNAN GAMBIR SEHINGGA SELESAI. 7)SETELAH MASAK,BIARKAN SEJUK DAN MASUKAN DALAM PETI SEJUK

gadis- 08-14-2006 cheese cake

Bahan-Bahan 600g Soft cheeses or Cream cheese 1 cawan Yoghurt asli 1 cawan gula halus 2 sudu penuh tepung naik sendiri 4 biji telur 2 sudu jus limau

Cara Membuatnya

Pukul keju hingga lembut dan sedikit kembang. Masukkan yoghurt, kemudian gula kemudian tepung dan jus limau. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati. Masak dalam microwave selama 28 minit pada 'medium' level,bukak hanya selepas 28 minit. Ambil garfu

cucuk pada bahagian tepi dan tgh. Jika masih banyak cake yang melekat di garfu, tambah 2 minit lagi. Jika masih tidak masak, tambah lagi 2 minit. Selamat mencuba. Cadangan Hidangan: Fillings boleh diletakkan di atas cake setelah cake masak.Biarkan sejuk beberapa jam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

gadis- 08-14-2006 nescafe choc moist cake

Bahan-Bahan Sukatan semua pakai cawan ngan sudu jer so mesti jadi punyer la kalau korang try!

2 cawan tepung superfine 1 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikarbonat *bahan nih semua kene ayak 3x

1/2 cawan choc powder 1 sudu teh nescafe 1 1/2 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh coffee oil 1 cawan air *Bahan nih semua dibancuh sekalipastuh simpan dlm fridge at least 10 minit

250g butter (senang citer seketul butter) 1 1/2 cawan gula castor 3 bijik telur

Cara Membuatnya

Macam biasa,mula2 tuh pukul butter ngan gula sampai kembang..kalau nak tau dah kembang ke belum, butter tu masa dipukul dia tukar kaler jadik putih. Then masukkan telur satu persatu. Keluarkan bancuhan choc dr fridge.. masukkan tepung yg dah diayak tadi separuh dulu dlm bancuhan butter, pastuh mix lagik, guna tahap speeding mixer yg moderate je..then masukkan bancuhan choc sikit, pastuh tepung sikit, pastuh bancuhan choc sikit..sampai habis.. masukkan dlm loyang then bakar selama 25 minit. Saya guna oven biasa tuh jer takder timer so kene rajin tengok.. kalau dah cukup 25 minit tu, cucuk lidi@folk dlm kek, kalau bahagian atas masih basah mcm x masak lagi tapi bhgn bawah kek takder tepung yg melekat lagi, so boleh laa angkat kek tu dan sejukkan. Bkn apa nanti bila kek dah sejuk, yg bahagian atas tuh laa akan jadi moist dan menyedapkan kek tuh.. selamat mencuba!!:)

gadis- 08-14-2006 kek coklat lembap

Bahan-Bahan 2 cawan tepung 2 biji telur 1 cawan gula caster 1 cawan minyak masak 1 sudu soda bikarbonat 2 cawan koko 1 cawan air panas didih 1 sudu vanilla 1cawan susu pekat

Cara Membuatnya

pukul telur dan gula hingga kembang minyak+susu+ vanilla pukul sekejap tepung+koko+soda bikarbonat{diayak} kemudian kacau bakar dlm suhu 180

kek lapis cheese watermelon

IngredientsBahan A 10 biji telur (saya guna gred A) 150gm gula halus 180 gram tepung hong kong 30 gram ovalet Bahan B 100gm horlick Bahan C 450gm mentega (biar lembut) 250gm cream cheese (biar lembut) 400 gram susu pekat manis Bahan D chocolate chips

DirectionsKek ini menggunakan method Sponge Cake Method ya. Saya menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana:P 1. Pukul Bahan A - pukul laju maksimum selama 4 minit 2. Masukkan Bahan B, ke dalam Bahan A, sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul Bahan A + B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi. 3. Bahan C - Butter & cream cheese, dipukul menggunakan "K" Beater dengan kelajuan maksimum selama 3 minit. Masukkan susu pekat manis, pukul rata ya. 4. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A & B tadi. Gaul sebati ya. 5. Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau, asal dan merah. 6. Bakar menggunakan api atas sahaja (sebab saya pakai oven hijau untuk kek lapis). 7. Coklat nanti ditabur bagi lapisan yang berwarna merah - alah, macam biji tembikai tu.. 8. Bakar sehingga selesai ye.

Kek Gulung Pandan

Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur 180 gm gula 175 gm tepung gandum 12 gm tepung jagung 62 gm mentega cair 2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan: 250 liter susu segar 60 gm gula 3 biji kuning telur 30 gm serbuk santan 250 gm krim putar 10 gm serbuk gelatin 2 helai daun pandan

Cara : Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama. Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair. Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit). Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan.

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin. Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang. Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

Kembali ke atas...

Kek Halma

Bahan-Bahan: 8 auns kurma (dibuang biji) 1 sudu teh soda bikarbonat 150 ml air panas 4 auns gula merah 4 auns mentega 2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat 2 biji telur 8 auns tepung naik sendiri 2 sudu teh serbuk halia 2 sudu besar gulai aising

Cara : Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau. Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

Kembali ke atas...

Kek Halia

Bahan-Bahan: 8 auns tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh halia (ditumbuk halus) 2 auns sirap kencana hitam 4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega 2 auns gula merah 2 biji telur 2 sudu teh susu cair

Cara: Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk. Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak. Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

Kembali ke atas...

Kek Epal

Bahan-Bahan: 1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal) 2 auns mentega cawan gula merah 1 biji telur 4 sudu besar susu Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau 1 sudu besar gula halus sudu teh serbuk bunga cengkih Sedikit garam

Cara : Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis. Aturkan di atas adunan kek tadi. Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.

Kembali ke atas...

Kek Damal

Bahan-Bahan: 1 gelas gula halus 1 gelas mentega 1 gelas tepung gandum camca kecil baking powder camca kecil esen vanila camca kecil esen ros 4 biji telur

Cara : Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu. Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu. Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah. Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.

Kembali ke atas...

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:

2 cawan gula halus 2 cawan air 2 cawan tepung gandum 4 biji telur 2 sudu teh baking powder 3 sudu besar air panas (mendidih) 1 tin susu cair 250 gm mentega

Cara : Panaskan gula halus hingga menjadi hangus. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan. Masukkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.

Kembali ke atas...

Kek Epal Crumble

Bahan-Bahan: cawan gula kastor

1/3 cawan air 125 gm mentega 1 sudu kecil esen vanila 3 biji telur (asingkan putih dan kuning) 3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping: 150 gm tepung 75 gm mentega 30 gm gula kastor

Cara : Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang. Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. Ratakan dan bakar selama 35 minit. Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti. Sejukkan.

Kembali ke atas...

Kek Epal, Nanas Dan Walnut

Bahan-Bahan: 3 keping nenas dalam tin (tos dan cincang kecil-kecil) 2 cawan tepung naik sendiri (ayak dua kali) sudu kecil rempah campuran 1 cawan parutan epal 60 gm mentega 1 biji telur (pukul sehingga kembang) cawan susu segar 1 cawan walnut (dicincang) 6 biji ceri merah (dicincang) cawan gula kastor

Cara : Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan. Campurkan nenas, parutan epal, walnut dan rempah campuran. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur yang telah dipukul dengan susu segar berselang-seli dengan tepung. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan dan bakar hingga masak. Kek ini sesuai untuk minum petang dan dihidangkan semasa masih panas.

Kembali ke atas...

Kek Durian

Bahan-Bahan: 1 cawan isi durian, buangkan bijinya 1 sudu besar tepung susu 5 biji telur 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan marjerin Sedikit garam

Cara : Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu. Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Kembali ke atas...

Kek Coklat Walnut

Bahan-Bahan: 145 gm mentega 185 gm gula perang

3 biji telur 30 ml trickle hitam (black trickle) 1 sudu kecil esen vanila 225 gm tepung gandum sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik Sedikit garam 225 ml susu segar 57 gm coklat cair 100 gm walnut, cincang dan panggang Coklat cair dan baki walnut cincang yang dicincang lagi hingga halus (bahan hiasan)

Cara : Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu hingga habis sambil dipukul. Campurkan trickle hitam serta esen kacau rata. Kemudian campurkan pula tepung yang siap berayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan sebahagian dari walnut cincang, kacau lagi. Tuangkan coklat cair diikuti susu dan gaul hingga sebati. Isikan adunan ke dalam dua bekas pembakar yang sama besar yang telah dilenser mentega serta ditabur tepung. Bakar berasingan hingga masak. Apabila sejuk, sapu atas kek dengan coklat cair, tabur sedikit walnut cincang sandwic dengan sekeping lagi kek dan salut kek dengan lebihan coklat cair, tabur atasnya dengan walnut cincang. Hias mengikut cita rasa sendiri.

Kembali ke atas...

Kek Gulung Nanas

Bahan-Bahan: 10 biji telur 100 gm tepung gandum 150 gm gula halus 60 gm tepung jagung 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil Quick 75 70 gm mentega cair 50 gm air sejuk Sedikit pewarna kuning dan merah

Bahan-bahan krim: 5 sudu besar gula pasir 1 sudu besar tepung jagung Sedikit krim segar

Cara : Pukul semua bahan hingga kembang dan rata kecuali mentega cair, pewarna kuning dan pewarna merah. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diberi pewarna merah dan satu bahagian diberi pewarna kuning. Sediakan dulang empat persegi yang beralaskan kertas minyak. Masukkan adunan berwarna merah hingga rata, kemudian bakarlah hingga masak. Setelah masak, tuangkan adunan berwarna kuning pula di atas kek tadi.

Kemudian bakar lagi sehingga masak. Apabila kek telah sejuk, sapukan jem nanas berselang-seli dengan krim hingga rata. Kemudian gulungkan kemas-kemas. Apabila hendak dihidang, bolehlah dipotong mengikut kesukaan anda.

Cara membuat krim: Masak semua bahan-bahan di atas api hingga pekat dan sejukkan. Kemudian bolehlah digunakan.

Kembali ke atas...

Kek Coklat Urai

Bahan-Bahan: 200 g tepung beserbuk penaik diayak Secubit garam bersama 200 g marjerin lembut 200 g gula kastor 4 biji telur ayam 1 camca teh serbuk penaik camca teh esen vanila 60 g coklat urai (chocolate rice)

Cara : Satukan kesemua bahan kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Masukkan coklat urai. Tuangkan adunan terus ke dalam tin pembakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15-20 minit.

Kembali ke atas...

Kek Coklat

Bahan-Bahan: 5 biji telur ayam 1 butter 11 oz tepung gandum (diayak) 500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak) 3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung) 350 ml susu (susu segar) 2 camca teh esen vanila 1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung 2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Cara : Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280c & bakar hingga masak.

Kembali ke atas...

KEK ORANGE

Bahan-Bahan 500 gm tepung gandum 2 camca teh baking powder (diayak) 10 biji telur 400 gm gula halus 1 camca teh esen vanilla 600 gm halwa orange

Cara 1.Pukul telur dan gula hingga kembang. 2.Masukkan essen vanilla dan diikuti dengan campuran tepung. 3.Gaul dan kaup halwa orange hingga sebati. 4.Tuangkan dalam tin pembakar yang telah dilsapu dengan majerin cair. 5.Bakar dengan suhu 200 celcius selama 30 minit

Kembali ke atas...

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A. 1 cawan air 1 cawan coklat / koko (Van Hountan) 1/2 cawan gula halus

Bahan B. 250 gm Buttercup (1 Ketul la..) 2 cawan gula halus 2 cawan tepung kek 6 biji telur ayam 1 sudu teh vanilla

Cara:

Bahan A. 1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk 2. Panaskan di atas api yang kecil. 3. Kacau sehingga ia likat 4. Biarkan seketika

Bahan B. 1. Pukul butter sama gula hingga kembang

2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi.. 3. Masukkan esen vanila 4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi 5. Kacau hingga sekata 6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana

Kembali ke atas...

KEK COKLAT TANPA TEPUNG

Bahan bahan : 250gram Almond nuts 250gram caster sugar 250gram cooking chocolate 5 biji putih telur 5 biji kuning telur 175gram butter sedikit garam

Cara : 1. rendam almond nut, kupas kulit and bakar pada suhu 180c for 20 minit. 2. kisar halus almond nut tadi. Tapi kalau tak halus pun takpe. 3. Cairkan butter, caster sugar dan cooking coklat di atas air mendidih. 4. masukkan kuning telur ke dalam campuran butter, gula dan cooking coklat tadi.

5. pukul putih telur dengan sedikit garam sehingga kembang. PAstikan bekas digunakan untuk memukul telur tuh betul betul kering dan telur tu dipukul betul betul kembang. 6. masukkan bancuhan kuning telur = coklat = gula = butter ke dalam putih teluryang dah kembang. 7. panaskan ketuhar. 8. Kacau adunan hingga sebati. 9. masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. 10. bakar pada suhu 180 darjah celcius selma satu jam .

Kembali ke atas...

KEK HITAM MANIS

Bahan-Bahan: 1 cawan tepung gandum 1 cawan soft margarine 1 cawan gula 1 sudu ovellete 3 biji telur ayam 1 sudu esen vanilla 2 sudu serbuk coklat van houten

Cara : Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan). Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat . Masuk adunan dalam bekas Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..

Kembali ke atas...

KEK KUKUS LAPIS HOLIDAY INN

Bahan-bahannya: 10 biji telur 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin kecil milo 1 botol kecil holick 2 gelas gula halus - (boleh kurangkan gula) 2 gelas tepung roti marie - (roti diblend) 1 sudu teh esen vanilla

Cara : 1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. 3. Masukkan susu, vanilla, tepung roti dan gaul hingga sebati. 4. Adunan ini dibahagi 2. Satu bahagian dicampurkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan holick dan warna kuning. 5. Kukus 4 senduk adunan milo hingga masak. Kemudian masukkan adunan hoilick. Kukus berselang seli sampai adunan habis.

Kembali ke atas...

KEK KUKUS MATA KUCING

Bahan-bahan:

10 biji telur 16 oz mentega 1 gelas gula 1 tin susu manis 1 tin sederhana sekaya 1 tin nestle cream 1 botol holicks 2 gelas tepung gandum 1 sd teh baking powder 1 sd teh esen vanilla Browning sugar secukupnya(anggaran 2 sd teh)

Cara : 1. Pukul mentega + gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu-persatu 3. Masukkan sekaya + nestle cream + holicks +esen vanilla. 4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. 5. Baru bubuh browning sugar, gaul rata dan sebati. 6. Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak. (Anggaran satu jam atau lebih)

Kembali ke atas...

KEK ASAM MANIS

Bahan-Bahan 8 biji telor ayam 12 oz mentega 9 oz gula pasir 9 oz tepung gandum buah asam (Haw Flakes) 1 bungkus(dikisar hingga halus) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil butter oil 1/2 sudu kecil vanilla 1 sudu makan ovelette 2 sudu makan perwarna ungu.

Cara : Pukul telur bersama gula,baking powder,vanilla dan ovelette dgn kelajuan maksimum. Kacau mentega bersama butter oil hingga kembang. Lepas itu campurkan adunan telur ke dalam mentega dan kacau hingga rata. Kemudian tuangkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga rata. Masukkan perwarna ungu dan buah yang telah dikisar tadi. Dikacau hingga rata lalu tuangkan didalam acuan yg telah dialas dengan"tracing paper".Bakar didalam oven 160F selama 1 jam

Kembali ke atas...

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan 5 biji telur ayam

1 tin mentega ( 12 aun ) 2 cawan gula halus 2 cawan gula ( untuk di masak ) 2 sudu teh cream of tarter 2 sudu makan bicarbonate of soda 800 g tepung gandum 1 kotak mix fruit ( di gaul sedikit dengan tepung gandum ) 1 paket buah kundur 1 paket kismis 1 sudu the esen vanilla

Cara : 1.Campurkan adunan telur dan adunan mentega ,kacau rata. 2.Masukkan tepung,cream of tartar,bicarbonate of soda dan esen vanilla. 3.Kacau rata, masukkan buah-buahan. 4.Masukkan gula sambil dikacau perlahan-lahan di atas api kecil sehingga warnanya kuning dan mendidih sedikit. Kemudian dituang terus kedalam adunan tadi dan kacau rata-rata. Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukuslah selama 4 jam.

Kembali ke atas...

KEK LAPIS MASAM MANIS

Bahan-Bahan 200 g mentega 300 g telur 150 g tepung gandum 50 g gula aising

5 sudu kecil esen vanila 3 g rempah kek lapis 200 g kepingan masam-masam manis (haw flakes)

Cara: Campurkan tepung dengan rempah kek Buah prun dibuang biji dan dibelah tiga Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang dan berkrim Masukkan tepung, rempah dan esen vanila dan gaulkan hingga rata Griskan acuan kek (bentuk 4 segi) Masukkan sesenduk adunan kek ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 C hingga masak Taburkan buah prun ke atas lapisan kek yang sudah masak Masukkan sesenduk lagi adunan kek ke atasnya dan bakar semula sehingga masak Ulangi proses itu sehingga habis semua adunan Bagaimanapun untuk lapisan ketiga dan seterusnya, gunakan api bahagia atas sahaja Setelah semua lapisan kek siap dibakar, panaskan semula api bahagian bawah dan juga atas dan bakar kek selama 10 minit Kembali ke atas...

KEK PANDAN LAPIS

Bahan-Bahan(kek) 115gm tepung halus 1sudu kecil serbuk penaik Sedikit garam 3 biji telur

115gm gula 60gm mentega -cairkan Sedikit esen vanila

BAHAN-BAHAN (Kastad) 1000ml air 600gm santan siap 255gm gula 90gm tepung kastad 1 sudu besar agar-agar segera Pewarna

Cara : 1.Pukul telur, masukkan gula. 2.Masukkan tepung dan mentega cair. 3.Bakar dengan suhu 180C selama 20 minit. 4.Apabila masak dibelah 3 melintang. 5.Untuk kastad, santan dibancuh dengan air. Campurkan kesemua bahan kastad dan masakkan di atas api yang kuat. 6.Lapiskan kek tadi dengan kastad dan hidangkan.

Kembali ke atas...

KEK PISANG BRUNEI

Bahan-Bahan

1/2 buku mentega (125 gm) 1 cawan gula halus 1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin) 2 butir telur ayam 2 sudu besar susu cair 2 sudu teh esen vanilla 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh sodium bicarbonate 1/2 sudu teh garam halus

Cara : Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate & garam halus diayak bersama. Ketepikan. v Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata. Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk kayu (JANGAN DIMESIN). Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis minyak. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak

Kembali ke atas...

CARI Malay Forums's ArchiverCARI Malay Forums Makanan & Resipi Arkib: Makanan & Resipi [kompilasi] KEK ninoZ posted at 10-3-2004 06:58

[kompilasi] KEK

[b]Kek Lapis Telur [Baiduri Othman][/b] Bahan2nya:15 biji putih telur 310 gram tepung gandum 310 gram gula halus 200 gram santan pekat 1 sudu teh koko 1 sudu teh vanilla sedikit warna merah sedikit warna kuning Cara2 membuatnya:1. Putih telur dipukul hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Apabila adunan tadi sudah kembang, masukkan tepung, santan & esen vanilla & dikacau rata. Kemudian bahagi kpd dua bahagian. Satu warna merah & satu lagi warna kuning. 2. Bakar adunan selapis demi selapis. shit Santan boleh diganti dgn susu pekat manis tetapi gula hendaklah dikurangkan. Kek ini boleh dikukus. [b]

KEK LAPIS KAYU MANIS [DianaA][/b] Sumber: Fiza Nordin Bahan-Bahan: Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan. Bahan A : 500 gm mentega (2 ketul) 4 sd besar susu pekat manis penuh krim 3 sd besar sirap perang 2 ? sd teh serbuk kulit kayu manis 1 sd teh vanila Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang. Ketepikan. Bahan B : 400 gram tepung halus 8 biji kuning telur 10 biji telur 350 gm gula caster 50 gm gula icing - diayak 2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75 1 sd teh serbuk penaik Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan tepung halus - diayak 4 kali dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2

bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit. Bahan lain : ? ketul mentega dibiarkan lembik (Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati) Cara: Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar). Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat. Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C. Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya. Tambahan: Jika suka rempah kek lapis rempah atau kopi, boleh pakai dalam resipi ini menggantikan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk rempah kek/ kopi. Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak. Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus. Menyediakannya juga memerlukan kesabaran. Sirap perang memberkan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan. Bahan2 kek ini menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A). Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM. `Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk' Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu. 'Contoh : SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll' Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'. Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan

memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat. [b]

KEK LAPIS ALA TIKAR [DianaA][/b] Bahan-bahannya 500 gram mentega 75 gram susu pekat manis 27 biji kuning telur 2 biji putih telur 275 gram gula kaster 60 gram tepung gandum 15 gram tepung susu 1 sudu makan ovalette ? sudu teh baking powder Bahan untuk Lapis Coklat 1 sudu makan pes coklat 10 gram serbuk koko 50 gram mentega, dipukul sehingga lembut Cara-caranya 1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan. 2. Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula. 3. Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula. 4. Bahagikan adunan menjadi 2. Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega yang telah dipukul dan gaul rata. 5. Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4 cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis kuning dan seterusnya. Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya. Setiap lapisa beratnya 100 gram. Buat 7 lapis pada kedua-dua loyang. Bakar tiap lapis dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 darjah C dengan api atas. Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah. 6. Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang. Pada tiap kek potong memanjang ? cm sebanyak 14 potong. Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama (coklat-kuning-coklat) dan kek di loyang kedua (kuning-coklat-kuning). Ketepikan. 7. Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih. 8. Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis. 9. Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan). 10. Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah. 11. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan. [b]

KEK LAPIS PRUNES[hanieliza][/b] Bahan 200 gm butter 100 gm gula icing 300 gm telur 1 s/k esen vanilla 150 gm tepung gandum ] gaul rata 1/2 s/k rempah kek lapis] 200 gm buah prunes [cincang] Cara 1. Pukulkan gula, butter dan telur sehingga ringan dan gebus. Masukkan esen vanilla. 2. Masukkan tepung gandum yg digaulkan ngan rempah kek lapis sedikit demi sedikit dan gaulkan rata. 3. Griskan loyang 4 segi 9 x 9 x 3 dan panaskan oven 180'C 4. Masukkan 1 senduk adunan dan bakar sampai masak [15 minit] dengan api atas sahaja. 5. Taburkan potongan cincang buah prunes dan masukkan lagi 1 senduk adunan kek dan bakar lagi. 6. Ulang proses melapis sehingga habis adunan. 7. Satelah habis adunan, bakar lagi dengan api bawah dan atas selama 10 minit. NOTA: Boleh tukarkan prunes ngan kismis hitam atau coklat cip [b]

KEK LAPIS PRUNE ICE CREAM [TAJMAH][/b] Bahan2nya:22 biji kuning telur 5 biji putih telur 150 gm tepung hongkong 230 gm gula castor 50gm tepung icecream vanila 500 gm mentega 300 gm prune (digunting-gunting) 4 sudu makan susu manis 1 sudu makan ovalet 1 sudu teh esen pisang / boleh menggunakan esen lain warna hijau dan merah (Rose pink) Cara Membuatnya:1. Mentega, susu, esen dipulul hingga putih dan ketepikan. 2. Dimangkuk lain pukul putih dan kuning telur, gula dan ovalet hingga kembang / puteh dan pekat. Setelah itu masukkan tepung dan tepung icecream gaul hingga rata. 3. Masukkan adunan mentega kedalam adunan tepung tadi dan gaul rata. 4. Bahagi adunan tadi kepada dua bahagian sebahagian diwarnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan merah serta dimasukkan buah

prune yang telah digunting. 5. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas kalis minyak sapukan mentega setelah itu bakarlah adunan tadi dengan dimulakan dua lapis warna hijau setelah itu baru dua lapis warna merah. Buatlah begini sehingga selesai. [b]

KEK LAPIS SAHARA [TAJMAH][/b] Bahan-bahannya:10 biji telur (disejukkan) 500 gm mentega 250gm tepung hongkong 2 sudu makan susu cair 50 gm air sejuk (dari peti sejuk / air sejuk betul) 2 camca makan ovalette 100 gm buah kurma / prune sedikit pewarna hijau. Cara membuatnya :1. Pukul mentega hingga kembang kemudian masukkan susu cair dan kacau hingga sebati dan ketepikan. 2. Pukul telur, gula, ovallete dan air sejuk hingga kembang/ pekat kemudian masukkan tepung dan kacau hingga rata. 3. Masukkan adunan mentega kedalam adunan tepung tadi kacau rata. 4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian 2 bahagian biarkan warna plain dan 1 bahagian bubuh warna hijau dan masukkan buah. 5. Bakar 1 bahagian plain selapis selapis hingga habis kemudian lapis dengan warna hijau selapisselapis buat sehingga habis dan akhir sekali lapis dengan bahagian warna plain yang masih tinggal selapis-selapis hingga habis. Bakar hingga masak. [b] KEK LAPIS HAPPY DAY [Kero-kero][/b] 16 oz mentega 10 biji telur 2 gelas gula halus 3 gelas tepung gandum 1 tin susu pekat 1 tin besar serikaya 4 camca teh Nescafe 1 camca teh vanilla Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis Cara-caranya: 1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata. 2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati.

3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata. 4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian. setiap satu diberi warna hijau, merah & kuning. Bahagian yg tak bewarna dibubuh Nescafe. 5. Kukus setiap lapisan warna, kuning, merah (ditabur sedikit kismis), hijau, putih(adunan nescafe) hingga habis. 6. Setiap lapisan masukkan 2 senduk @ kalau malas nak lapis bnyk, masuk 1 bancuhan warna & kukus. & masukkan warna seterusnya hingga habis. *Kalau x suka manis sgt, boleh kurangkan gula kpd 1 1/2 gelas & kurangkan sedikit serikaya. [[i] Last edited by NoorMasri at 1-6-2006 08:12 PM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 16:09 [b]Kek Span Hitam Manis [Baiduri Othman][/b] Bahan2nya:10 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas gula halus 2 gelas tepung naik sendiri 1 tin sederhana kaya 1 botol kecil horlick 1 tin susu Nestle cream 3 botol gula hitam pekat 1 botol browning sugar cair 1 sudu teh vanilla Cara2 membuatnya:1. Gula + mentega dipukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Lepas tu, masukkan susu, kaya, horlick & vanilla. Gaul hingga sebati. 2. Finally, baru masukkan gula hitam & browning sugar. Bila dah sebati kukus selama 4 jam. Make sure acuan ditutup dgn aluminium foil. [[i] Last edited by NoorMasri at 21-8-2005 04:01 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 16:11 [b]Cheese Muffins [chempaka_ku][/b] I used to skip or substitute ingredients yg tak ada or suka...so it's up to you..... Ingredients 55g butter 200g plain flour 2 tsp baking powder 2 tbsp sugar 1/4 tsp salt

1 tsp paprika 2 eggs 125ml (1/2 cup) milk 1 tsp dried thyme 55g mature Cheddar cheese, cut into 1 cm dice Cara-cara: 1. Preheat the oven to 190C. Thickly grease 9 deep muffin tins or use paper cases. 2. Melt the butter and set aside. 3. Sift together the flour, baking powder, sugar, salt and paprika. 4. In another bowl, combine the eggs, milk, melted butter and thyme, and whisk to blend. 5. Add the milk mixture to the dry ingredients and stir just until moistened, do not mix until smooth. 6. Place a heaped spoonfulful of batter into the prepared cups. Drop a few pieces of cheese over each, then top with another spoonful of batter. For even baking, half-fill any empty muffin cups with water [[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 12:24 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:41 [b]Kek Cokelat Buttermilk [chempaka_ku][/b] Ingredients: 185g butter 1 sudu teh vanilla essence 1 1/2 cawan castor sugar 4 eggs, separated 3/4 cawan self-raising flour - di ayak 1/3 cawan cocoa - di ayak 3/4 cawan buttermilk (atau susu skim) 300ml carton thickened cream (boleh skip and use chocolate filling saja untuk keliling kek). Chocolate filling: 200g dark chocolate, melted (use quality chocolate...) 90g butter melted Cara buat filling: Combine chocolate and butter in small bowl, stir until smooth, stand until spreadable.

Cara-cara buat kek: 1. Grease deep 23cm round cake pan, basenya cover dgn paper, grease paper. 2. Cream butter, essence dan gula until light & fluffy, beat in egg yolks until just combined. 3. Transfer mixture to large bowl, stir in tepung dan koko yg telah di ayak dan buttermilk (atau skim milk).

4. Beat egg whites until soft peaks form, lightly fold through cake mixture in 2 batches (ke dalam no. 3) 5. Pour mixture ke dalam baking pan, bake 180 C selama 1 jam atau until firm. Turn onto wire rack to cool. 6. Sesudah sejuk, bahagikan kek kepada 2, sandwich kek dengan kira-kira 1/2 of the filling, the rest of the filling untuk top & keliling kek (jika tidak menggunakan thickened cream). 7. Simpan di dalam fridge. hanieliza posted at 17-4-2004 17:42 [b]KEK COKLAT [hanieliza][/b] 1 3/4 caw tepung gandum ] 1 s/kecil soda bikarbonat ] 1 s/kecil baking powder ] diayakkan bersama 1/2 cawan serbuk koko ] 2 cawan gula kastor 1 cawan susu cair 1 cawan air panas 3 biji telur 1 s/kecil garam 1 s/kecil vanilla 1` cawan minyak mazola Aising coklat 250 gm coklat masakan ] 1/2 cawan susu cair ] cairkan secara double boiling Cara: 1. Panaskan oven 180' C selama 19 minit. 2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pukul selama 15 minit. 3. Masukkan pula minyak mazola dan pukul lagi 5 minit. 4. Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam. 5. Bila kek telah masak..sejukkan. 6. Tuangkan adunan aising coklat keatas kek. 7. Hiaskan ikut kesukaan sendiri... [b]Kek Coklat [hanieliza][/b] Bahan-Bahan: 150 gm butter 200 gm gula halus 3 biji telur ayam 220 gm tepung gandum (diayak) 1 s/k baking powder (diayak bersama tepung) 30gm serbuk coklat (diayak bersama tepung) 250 ml susu (susu segar) 1 s/k esen vanila Cara: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang, 2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.

3. Masukkan tep. gandum + serbuk coklat + B/powder sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Kacau sebati. 4. Bakar dalam oven bersuhu 180 hingga masak [dalam 30 minit] 5. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim Coklat.

Krim Coklat: 200 gm fresh cream or whipping cream 250 gm cooking coklat 2 s/b minyak jagung Cara:. 1. Cairkan cooking coklat dengan cara masukkan coklat dalam mangkuk dan panaskan dalam air mendideh. 2. Angkat coklat dari air panas dan masukkan fresh cream daan kacau rata. 3. Masukkan minyak dan kacau rata . 4. Hiaskan diatas kek coklat yg telah sejuk

[b]KEK COKLAT versi 2 [hanieliza][/b] BAHAN: bahan A 250 gm butter 40 gm majerin 210 gm gula kastor/halus 5 biji telur ayam bahan B 210 gm tepung gandum......] 1 sudu teh baking powder....] ayak bersama 50 gm serbuk koko....] 80 ml susu segar/fresh milk CARA: 1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga gebu/kembang 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu. 4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan. 5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit. 6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing. Bahan Cream Coklat: 250 gm cooking coklat 1 sudu besar majerin 1/2 cawan fresh cream/whipping cream Cara: 1. Cairkan cooking coklat secara double-boil. 2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati. 3. Tuangkan atas kek. [b]Kek Coklat [sweetlady][/b]

one of my specialties nih... my resepi almost the same macam hayu tapi coklat yang di masukkan dalam tepung tu i masak di atas api slow.. ingredients dia : 1 2 1 1 1 2 1 cawan gula cawan serbuk coco tea spoon serbuk nescafe tea spoon esen vanilla tea spoon milo cawan susu cair tea spoon butter

masakkan semua bahan ini atas api (double boil) yg perlahan sampai semuanya cair then sejukkan. Selepas tu barulah dituangkan ke dalam acuan butter & gula tuh. [b]Kek Cokelat [Baiduri Othman][/b] Bahan2nya:340 g tepung gandum 4 teaspoon baking powder 112 g koko 454 g mentega 454 g gula 12 biji telur ayam sedikit garam halus Cara2 membuatnya:Mentega + gula dipukul hingga kembang. Kuning & putih telur dipukul berasingan. Sesudah itu, masukkan bersama adunan mentega + gula, pukul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung, koko, baking powder & vanilla. Bila adunan sudah sebati, bakar hingga masak. Utk membuat cokelatnya:200 g chocolate bar 1 cawan susu ideal 2 sudu mentega Kesemua bahan2 ini dicampur & dicair hingga pekat. Bila kek dah masak, boleh sapu cokelat ni pada kek. PS. Pernah buat Kek Cokelat version ni. Memang sedap esp. kalau bubuh bnyk koko. Ni pun resipi lama, memang antique! Tak taulah samada kek ni sesuai utk raya sebab kek ni disapu dgn cokelat. Boleh jugak disediakan utk keluarga pada hariraya nanti.

[b]KEK KUKUS COKLAT MUDAH [madam][/b] Bahan A Tepung Gandum - 2 cawan

Gula - 2 cawan Serbuk koko - 2 cawan Soda Berkabonat - 1 sudu Baking Powder - 1 sudu Bahan B Telur 3 biji - dipukul sampai kembang Minyak Masak - 1 cawan Air Panas - 1 cawan Masukkan kesemua bahan A dan kacau sampai rata kemudian masukkan telur yg dah dipukul kacau lg sampai rata..masukkan minyak masak kacau lagi dan last sekali masukkan air panas kacau kesemua adunan sampai kembang. masukkan kedalam loyang...sebelum tu sapu sedikit minyak kedalam loyang supaya tidak terlekat...kemudian kukus selama 1 jam.... [[i] Last edited by nhuda at 18-4-2007 09:16 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:44 [b]Kek Lapis Keju [Baiduri Othman][/b] Bahan2 A:25 biji kuning telur 5 biji putih telur 230 gram gula halus 100 gram tepung hong kong 1 camca ovelette Bahan2 B:400 gram mentega 140 gram krim keju (cream cheese spread) 3 camca susu pekat manis 3 camca golden sirap 1 camca teh garam Cara2 membuatnya:1. Pukul bahan A hingga ringan & kembang. Ketepikan. 2. Pukul bahan B hingga kembang. Then satukan bahan A & B. 3. Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2 " x 4". Ambil satu senduk adunan & tuan ke dlm acuan. Rata & bakar di atas gril di dlm ketuhar bersuhu 250 C selama 3 minit. 4. Ambil satu senduk adunan & tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan & bakar. Buatlah sehingga adunan habis. [b]Kek Lapis Cheese [CatLady][/b] Bahan-bahan

12 biji telur ayam 2 sudu ovellete 360gm gula halus 160gm tepung gandum 750gm philadelpia cheese ( cream cheese) 8 sudu besar susu manis 2 tin nestle cream 1 sudu teh garam 1/2 buku cheedar cheese ( diparut - nie ikut suka nak berapa banyak) Caranya Pukul telur dan gula halus dan ovellate hingga kembang. Pukul cheese, susu manis , nestle cream dan garam dalam bekas lain. Kemudian campurkan ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan tepung. Bahagikan adunan tadi kepada 4 atau 3 bahagian ikut suka lapisan nak besar mana. Bakar lapisan pertama menggunakan api atas around 15-20min. Selepas itu, taburkan parutan cheedar cheese ke atas lapisan yang telah masak sebelum lapisan ke dua dituang keatasnya. Teruskan proses melapis sehingga habis. [b]KEK LAPIS CHEESE [TAJMAH][/b] Bahan-bahannya 12 biji kuning telur 6 biji putih telur 165 gm gula halus 1 sudu makan ovallet 1/2 sudu teh esen vanila 100 gm tepung gandum 25 gm tepung jagung 1 sudu teh baking powder 1 sudu makan susu tepung 125 gm mentega (dicairkan) 100 gm keju parut Untuk Krimnya : 1/2 tin susu manis 1 botol krim keju (cream cheese khas dalam botol) (boleh gunakan Philadelphia cream cheese) Bahan tabur 1 buku keju chedar ( 250 gm) diparut CARA MEMBUATNYA : 1. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian masukkan putih telur, pukul lagi setelah itu masukkan gula dn pukul hingga putih. 2. Masukkan ovallet, baking powder dan vanilla pukul lagi hingga kembang. 3. Setelah itu masukkan tepung, keju parut dan susu pukul lagi. Akhir sekali masukkan mentega cair dan putar hingga sebati.

4. Sediakan dua biji acuan yang telah dialas dengan kertas minyak dan sapukan dengan sedikit mentega. 5. Adunan tadi dibahagi dua dan masukkan kedalam acuan yang telah disediakan. 6. Bakar adunan dalam suhu oven 180'C 7. Apabila sudah masak sejukkan kek sebentar. Setelah sudah sejuk sapukan kek dengan krim keju kemudian lapis dengan kek yang satu lagi. setelah itu sapu krim keju diatas kek dan tabur dengan lebihan keju parut. [[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:27 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:45 [b]Kek Lapis Cokelat [Baiduri Othman][/b] Bahan2nya:10 biji telur ayam (5 biji dibuang putih telur) 16 oz mentega 1 gelas gula halus 1 gelas tepung 1 tin susu manis 1 botol jem nenas tin kecil koko (the big-sized tin) 3 gelas kecil horlicks atau 1 botol kecil horlicks [color=Red][i](modified on Baiduri's request amorist)[/i][/color] Pewarna kuning Cara2 membuatnya:1. Gula & telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan mentega, tepung & susu & dikacau. 2. Bahagikan dua adunan satu bhgn dicampur dgn horlick & satu bhgn koko & jem. Sediakan acuan segiempat yg sudah dialas dgn kertas & mentega. Lapiskan adunan koko & steam & acuan ditutup dgn aluminium foil. Bila masak, baru lapis dgn adunan horlick. Buatlah begitu sehingga adunan habis. Kukus for 2 hrs. shit Pada mrk yg malas nak buat lapis2, adunan tersebut di atas boleh dicampur kesemua sekali & dikukus spt biasa. Selalunya saya tak buang putih telur & use everything. Ada juga menggunakan coklat bar utk menggantikan adunan coklat. Tak tau macamana diaorg buat sebab tak pernah cuba. You can try that too [[i] Last edited by NoorMasri at 21-8-2005 04:00 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:46 [b]Kek Lapis Kuch Kuch Hota Hai [fatin][/b]

10 biji telur ayam (gred A) 11/2 cawan gula halus 200 gram mentega kacang lady's Choice 1/2 tin kecil milo 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan madu 1/2 tin susu pekat manis 150 gram bijan (untuk ditaburkan) 1/2 botol horlick kecil 400 gram mentega 11/2 cawan tepung gandum 'blu horse' 11/2 cawan roti marie (dijadikan tepung) pewarna hijau, kuning, coklat...(saya suka cap star brand tuh) 1. pukul mentega dengan gula hingga kembang. masuk telur sebiji sebiji, sambil putar perlahan. 2. masukkan tepung gandum, roti..kacau perlahan.. bubuh madu, susu manis, susu cair dan gaul hingga rata.. 3. bahagikan kepada 3 bahagian bahagian A - dicampurkan dengan horlick dan buh warna hijau.. bahagian B - dicampurkan mentega kacang dan warna kuning. bahagian C - dicampurkan milo dan warna coklat.. 4. sediakan acuan 8x8, lapiskan ngan kertas minyak... masukkan adunan bahagian A satu senduk, dibubuh satu barisan memanjang... kemudian B dan C...dan seterusnya...taburkan bijan atasnya... kukus sampai masak...ulang lapisan....hingga habis...dan masak... hanieliza posted at 17-4-2004 17:48 [b]Kek Lapis Horlick [Baiburi Othman][/b] Bahan2nya:16 oz mentega 10 biji telur ayam 2 gelas tepung gandum 1 gelas gula halus 1 botol horlick (200 g) 1 tin susu manis 1 tin kaya (medium size) 1 sudu teh vanilla Cara2 membuatnya:1. Pukul mentega & gula. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang. 2. Masukkan horlick, susu, kaya & vanilla. Gaul rata & finally tepung. Bila adunan dah sebati, bahagikan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh celup hijau, satu bahagian lagi warna kuning (tak guna celup pun tak kisah sebab adunan dah warna kuning).

3. Sediakan acuan yg basementnya dah diletak. Lapis warna hijau dan kukus. Make sure acuan ditutup dgn aluminium foil. Bila masak baru lapiskan adunan warna kuning. Buatlah hingga adunan habis & kukus selama 4 jam. Tips utk kek tahan lama lepas dikukus, kek boleh dipanaskan dlm microwave or oven for 5 - 10 minutes. Bila dah sejuk simpan dlm peti sejuk. [b] KEK LAPIS HORLICKS [yusnina][/b] Bahan A 300 gm butter 150 gm horlicks 300 gm kaya 194 gm susu pekat manis 180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder) Bahan B 10 biji telur 100 gm gula castor Bahan C 1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu 1/2 sudu teh pes coklat Cara : Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan. Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan . Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain. Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan. Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya. Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek. SELAMAT MENCUBA. [[i] Last edited by NoorMasri at 1-6-2006 08:16 PM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:49 [b]Cheese Cake [chempaka_ku][/b] kalau filling tu mix with 1/4 cup lemon juice, 1 tbsp grated lemon rind (ambil kulit kuning saja, yang putih tu bitter....) & 3/4 cup sour cream and

2 tbsp cornflour and boleh substitute 1 of the philly cheeses with ricotta cheese jadi lemon cheesecake lah pulak.....

and for the base also boleh add grated lemon rind.... line the baking tin with aluminium foil, bake at 180C for 50 mins or until just set....cool, refrigerate until firm... angkat the cake pakai foil tu saja...easy...

[b]Cheese Cake 2 [chempaka_ku][/b] Ingredients: Crust: 1 cup plain flour 1/4 cup finely chopped toasted pecans 1/4 cup sugar 1/3 cup butter 1 beaten egg yolk

Filling: 3 8 ounces packages cream cheese, softened 1 1/2 cups sugar 4 ounces semisweet chocolate, melted and cooled 2 tbsp plain flour (1 tbsp US = 15 ml) 1 teaspoon vanilla 4 eggs 1/4 cup milk 1 8 ounce sour cream Cara buat crust: Campur flour, chopped pecans and sugar. Add butter till mixture is crumbly. Stir in egg yolk. Press about 1/3 of the dough on the bottom of a 9 inch springform pan. Remaining dough - cover & set aside. Bake bottom crust - 375F or around 190C about 7 mins or until golden. Cool kan. Then grease the sides of the springform. Attach sides to bottom of pan (At times, this base may crack but usually still o.k). Press remaining dough 1 1/3 inch sekeliling pan.

Cara buat filling: Beat cream cheese, sugar, melted chocolate, flour and vanilla till smooth (medium speed). Add eggs all at once (At low speed - just combined saja). Stir in milk. Then pour filling.

Set the springform pan on a shallow baking pan. Bake - 350F (you guys figure out the Celcius equivalent.... reduce dari the first baking) for 45 mins or till center appears nearly set when shaken. Spread sour cream atop the cake and bake 5 mins more. Remove springform from baking pan. Cool cheesecake in pan on a wire rack for 15 mins. Then loosen the crust from pan's sides - use a metal spatula, flat knife atau yang sesuai. Cool 30 mins more. Remove sides of pan. Cool 1 hour, cover and chill at least 4 hours. Ready to eat.

[b]Cheesecake Sedap [blur_cherry[/b] memule skali, hancurkan biskut chocolate & compresskan die dlm loyang. (campur ngan butter sikit utk bg die betul2 padat & melekat dlm loyang tu.) 2 cream cheese philladelphia 3 biji telur 3/4 cwn gula cara: Beat seme bende kat atas tu. Lepas tu letak dlm loyang yang ade biskut tadi. Pastu, bakar utk 30-40 mins. Jgn sampai over baked. Nanti tak cantik permukaan cheese cake tu. okay, selamat mencuba... [b] Cheesecake SIMPLE [kitikat][/b] 2 packages of philadelphia cream cheese (sebenonye kalu dah beli cheese tuh, kat cover dia mmg dah ader resepi cheesecake). pastu biarkan kat room temperature so thatlembut sket. mix cream cheese and sugar and lam 2 biji telur. sugar tuh, ikut rase la.. taruk sket vanilla essence. before that, amik baking tin, prepare crust cheesecakenye: biskut (prerefably graham crackers, tp kalau takmo pun takpe, boleh gune digestives, or bikut marie, or kek span. oreo pun boleh) pastu biskut tuh hancurkan, campur dgn melted butter or margarine (butter smells better) pastu, ratakan adunan biskut tuh padat2 kat baking tin tuh. ratakan sampai 1 inci to the sides of the tin. pastu bakor kejap lam 5 minit biskut td, tak bakor pun takpe, tp bakar kalu, lagi padat le dia. then, tuang adunan cheese tadi ke dlm baking tin tadi. bakor le sampai masak (nampak kekuningan sket, or lam sejam ok la tuh. the best is to bakar in water bath, tp tuh nanti kiter blajar kendian k...

[[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:19 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:50 [b]Frozen Cheese Cake [hanieliza][/b] Bahan: 250 gm cream cheese 75 gm gula kastor 100 gm fresh cream 100 gm agar-agar cair Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya Cara: 1. Pukul cheese dan gula hingga kembang. 2. Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata. 3. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan. 4. Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain. 5. Potong dan hidangkan. [[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:07 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:51 [b]Chocolate Carrot Cake [chempaka_ku][/b]

Ingredients: 1 1/2 cups self-raising flour 1/4 cup cocoa powder 1 tsp ground cinnamon 1/4 tsp ground nutmeg 1/2 cup chopped pecans 1/2 cup sultanas 1/3 cup shredded coconut or dessicated kalau shredded tidak ada. 3 eggs 3/4 cup brown sugar 1/2 cup oil 125g milk melts/chocolated, melted 3 cups grated carrot Icing: 250g cream cheese, at room temp 125g milk melts/chocolate, melted 2 cups icing sugar, sifted extra pecans extra milk melts/chocolate, melted Cara: 1. Sift flour, cocoa powder and spices into a large bowl. Stir in pecans, sultanas and coconut.

2. Whisk eggs, sugar and oil together. Blend in melted chocolate until mixture is smooth. Fold into flour mixture with carrot. 3. Pour into a greased and lined, 23cm x 32cm slab tin. Bake in 160C for 45 minutes or until cooked when tested. Cool in tin for 10 minutes. Turn out onto a wire rack to cool completely. Cara buat icing: Beat cream cheese until creamy. Blend in melted chocolate. Gradually mix in icing sugar until smooth. Spread over cold cake. Decorate with pecans, drizzled with extra melted chocolate. hanieliza posted at 17-4-2004 17:53 [b]Carrot Cheesecake [hanieliza][/b] Bahan-bahan: 300 gm tepung kek 350 gm gula kastor sudu kecil garam 1 sudu besar serbuk penaik (baking powder) 1 sudu besar soda bicarbonate 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis 350 ml marjerin dicairkan 4 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 150 gm walnut dipecah-pecahkan 90 gm kelapa parut 1 tin kecil kepingan nenas dicincang kasar 250 gm lobak merah diracik halus & dicelur

Cara membuatnya: 1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan kedalam acuan pembakar. 2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175 selama 50 - 60 minit.

Hiasan Bahan-bahan: 250 gm keju krim 50 gm marjerin 100 gm gula ising 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar jus lemon Cara membuatnya: 1. Pukul marjerin dengan gula ising hingga sedikit kembang. 2. Masukkan keju krim dan pukul hingga sebati. 3. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan gaul rata. 4. Sapukan diatas kek dan sejukkan.

[b]Kek Lobak Merah Berkeju [CoKeLat-RaWkZ][/b] Bahan-Bahan: 250 gm mentega 270 gm gula 3 biji telur 1 camca teh esen vanila 350 gm tepung gandum 1 buku Philadelphia Cream Cheese 1 camca teh soda bikarbonat 275 ml susu segar camca teh garam 100 gm kismis cawan potongan walnut 1 camca besar prutan lobak merah Hirisan badam

Cara: Campur semua bahan kecuali kismis, walnut dan lobak merah. Pukul pada kelajuan perlahan hingga kembang. Masukkan bahan lain dan pukul selama tiga minit. Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 35 minit. [[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:01 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:56 [b]Kek Batik [Duta Lover][/b]

ada orang kalau buat kek nih die guna milo tp tak sedap.... lebih sedap kalau guna browning senang saja tak perlu guna oven masak dlm kuali saja mula mula patahkan biskut meri jadik 4 bahagian (bentuk 3 segi) pastuh amik 10 biji telur yg saiznya kecil di blender dgn butter.. pastuh masukkan segelas gula pasir... kisar ngan blender (guna blender aje tp cuci bersih dulu kang bau belacan pulak) kisar sampai hancur pastuh masuk 2 sudu besar koko 2 sudu besar browning ! sudu esen vanila... blender lagi.... nanti bau die sedap sangat sbb ada browing tuh pastuh masuk dlm kuali....(api perlahan tau) masukkan biskut...

dah masak.....masukkan dlm bekas cantik.... [b]Kek Batik [fatin][/b] 5 biji telur ayam 12 auns (1 tin kecil) mentega 2 cawan gula 2 cawan air 1 tin kecil milo 2 bungkus roti marie (dipatah 4 atau tiga) 1/2 tin susu manis 1 cawan tepung browning sugar (gula hitam) sedikit saja- lam 2 sudu kacang tanah setengah kati..(ditumbuk halus / di blender je) cara : 1. telur dipukul hingga kembang. 2. Mentega dan gula dipukul berasingan hingga kembang. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan mentega. 3. Masukkan susu ke dalam adunan tadi, lepas tu, masukkan milo, browning sugar dan air. 4. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi. 5. Masukkan adunan ke dalam kuali dan masak hingga ianya sebati dan pekat. 6. Kemudian, masukkan kacang tanah dan roti marie, gaul hingga sebati. 7. Angkat, masukkan ke acuan yang siap dilapis kertas minyak, tekan tekan dan ratakan, barulah disejukkan. Kemudian, boleh simpan dalam peti sejuk agar ia cepat keras dan boleh dipotong.... [b]Kek Batik [cranko21][/b] 200gm mentega 1 tin susu manis (tin kecil) 200gm milo 300gm biskut Marie (patah-patahkan) 50gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit. Kisar kasar. Boleh ganti ngan kacang almond or badam gak) Cara: Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti. Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati dan masukkan kacang. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie. Gaul secepatnya hingga rata semua biskut bersalut coklat sebelum coklat mengeras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam sebelum dipotong mengikut suka. [b]Kek Batik Jawa Maklang [MAKLANG][/b] Bahan2: 450 gm biskut marrie (patah 2 atau 3) 1 cawan milo 1 cawan serbuk koko 2 ct serbuk Nescaffe

1 1 4 3 1

buku (250 gm) mentega tin kecil susu pekat biji telur cawan air mendidih ct esen vanilla

*Boleh tambah bahan lain jika suka i.e: kacang, raisins, berry etc. Cara: Panaskan air dalam kuali hingga mendidih, padamkan api dapur. Masukkan susu, koko, milo & Nescaffe. Hidupkan api perlahan, sambil kacau. Setelah sebati, padamkan api. Kacau telur dalam bekas lain, 1 persatu. Setelah bahan di kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur, mentega, & hidupkan api perlahan. Kacau hingga sebati. Setelah betul-betul pekat, masukkan Biskut Marrie yang sudah dipatah 2 atau 3. Kacau rata & tutup api. Alaskan acuan dengan plastik/kertas minyak/aluminium foil & tuangkan adunan sambil menekannya hingga padat. Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.

[b]Kek batik jawa (resepi sempoi jer) [MAKLANG][/b] 400 g biskut Marie 4 telur 1 1/2 cwn gula 1 butter 3/4 koko 1/2 cwn air Cara Pecahkan telur dan tambahkan gula.Kacau hingga kembang.Masukkan butter dan kacau lagi.Masukkan pula koko dan tambah air, kacau lagi.Letas atas dapur dan kacau selalu.Last sekali, masukkan biskut dan biar sampai kembang dan kacau sebati. [b] kek batik [rooz9900][/b] Bahan2 1 tin susu cap telur 1 biji 1 cwn milo 1 cwn koko van houtan 1 paket biskut mary 1 buku butter 1 cwn air Cara2 membuat: Mula2 patah2kan biskut marey.Jgn dihancurkan sebab nanti tak nampak bentuk batik.masak susu,butter, milo,dan koko dan air keatas api yg perlahan.selepas bhan2 tadi sudah cair dan masak,masukkan telur.kacau sehingga pekat.bila sudah pekat terus tuang keatas biskut tadi dan gaulkan dgn biskut sehingga mesra,dan letak di dlm bekas.selepas itu,tekapkan/tekan dgn tangan disarung [email][email protected][/email]dah siap simpan kedlm peti sejuk.Sudah sejuk baru boleh dipotong mengikut saiz masing2.

Cubalah,saya n family suka makan kek ni,simple dan sedap.Selamat mencuba: [[i] Last edited by NoorMasri at 21-8-2005 03:53 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 17:59 [b]Kek Buah Kukus [hanieliza] [/b] Bahan: 200 gm butter 200 gm gula halus 300 gm tepung gandum ] 2 s/teh baking powder ] ayak 1 s/teh soda bikarbonat ] 3 biji telur 1 s/teh esen vanila 100 gm gula....cairkan kekuningan 250 gm buah campur Cara: 1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. 3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur. 4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata. 5. Panaskan kukusan sehingga mendideh. 6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek. 7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

[b]Kek Kukus Lapis Buah [hanieliza][/b] Bahan; 1 mangkuk telur...asingkan kuning dan putih 3/4 mangkuk gula 1 mangkuk tepung gandum ] 1 s/teh baking powder ] diayak 1 mangkuk buah campur 1 mangkuk butter 1 s/teh esen vanilla 6 s/b susu pekat pewarna hijau dan kuning Cara: 1. Pukulkan putih telur sehingga kembang dan ringan. 2. Dalam mangkuk yg lain masukkan gula & kuning telur dan pukul sehingga kembang. 3. Pukul butter sehingga gebu dan ringan dan campurkan esen vanilla dan susu. 4. Tuangkan kedalam mangkuk gula dan kuning telur. 5. Masukkan tepung dan kacau rata. 6. Masukkan putih telur dan kacau rata lagi. 7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan. 8. Kukuskan sebahagian sehingga masak. 9. Taburkan buah campur dan tuangkan sebahagian lagi adunan. 10. Buat sehingga adunan habis.

hanieliza posted at 17-4-2004 18:00 [b]Kek Kukus Masam Manis [hanieliza][/b] bahan: 8 biji telur 1 cawan butter 2 cawan biskut cream cracker ..dimesin halus 3/4 tin susu pekat 1 s/t esen vanilla asam flake Cara: 1.Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan. 2. Pukul butter dan susu sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. 3. Masukkan tepung dan gaul rata. 4. Masukkan putih telur dan gaul rata. 5. Tuangkan 1 cawan adunan dan kukus sehingga masak. 6. Lapiskan asam flake dan tuangkan lagi adunan. 7. Kukuskan lagi. 8. Ulangkan adunan begini sehingga habis.

[b]Chocolate Cake [ninoZ][/b] 14 oz caster sugar 4 egg 6 oz butter 8 oz flour | 4 oc cocoa powder 1 tsp baking powder 1 tsp bicarbonate soda 1 tsp vanilla essence 100ml milk 2 tbsp condensed milk

| sifted | together |

Beat butter and caster sugar till creamy, add eggs gradually while beating it continously. add flour mixture alternately with milk.. add condense milk n vanilla essence pour in lined n greased mould.. bake till cooked for topping 1 bar cooking chocolate a packet of chocolate chips almond slivers-toasted melt cooking using a double boiler.. when slightly cool..add choc chips

immediately pour on top of the cake.. decorate with the almond slivers hanieliza posted at 17-4-2004 18:01 [b]Lemon Cheesecake [sinbad^boy][/b] ( ini yg bakar punyer with base... bukann yg jenis simpan peti ais terus.. medium size ) base: 10 keping biskut kering ...apa2 jenis ( kalau boleh jgn larr letak biskut yg ada cream... tak senonoh rasanya nanti kalau dapat biskut mary pun o.k gak ) 1/4 cawan kacang tanah ( blender alus -optional ) 1/4 cawan gajus ( blender alus -optional )berterabur dlm acuan pembakar... kire biler kiter kepal tuh...boleh melekat... ) gula 1 sudu makan ( kalau suka manis ) butter cair...( enuff utk mengepal dier punyer base)... Cara... campur sumer bahan kat atas... bakar 5-6 mins...jgn sampai angus lak... pas dah bakar...letak tepi utk disejukkan bahan cake: 2 buku philadelphia cheese... 1 kotak whipping cream ( beli kotak yg kecik atau pun sedang). 2 bijik telur 1 atau 2 cawan self raise flour kalau tak der tepung gandum pun bleh...but kuality tak best sgt arrr ) 2 cawan gula icing 1 biji perahan jus lemon n dier punyer zest sekali ( zest tuh kire macam kulit limau yg kiter kikis arrr ) cara membuatnyer.... chesse tuh sebaik2 nyer potong 4 atau pun kecik2 sebab nak mudah n cepatkan mixer gaul ngan gula n kembang. gula icing n phily cheese ...masuk dlm mixer...n gaul sampai kembang.... biler dah cheese tuh kembang, masukkan whipping cream satu kotak sehingga adunan cream cheese tuh nampak smooth... then masukkan pulak tepung letak dulu 1 cawan... kalau nampak adunan tuh very smoothe...cukup kalau nampak cair sgt.... tambah sikit.... jgn terlalu hard nanti kek keras n merekah masukkan 2 biji telur gaul lagi.... last sekali masukkan air perahan lemon gaul lagi adunan tuh sampai sumernyer dah sebati... letakkan adunan cake tuh ke dlm base yg kiter dah bakar tadi.... n bake dlm oven pada suhu 180 degree sampai masak... kirenyer dlm 20-30 minit..... lepas dah masak.... jgn terus bukak kek..sebab nanti merekah n tak cantik... biar dulu dlm oven tuh abt 15 mins.... bukak pintu oven tuh sikit n biar lagi dlm 10 mins sampai sumer haba dlm oven tuh abis...

baru lar bawak luar kek nih.... then boleh simpan dlm peti ais biler kek dah sejuk boleh letak apa2 toping... blue berry topping atau apa2 yg korang sker....buah ker.... VOILA! kek dah siap....n sedia di makan... kalau tak nak letak apa2 pun ok jugak but muak sikit arrr... kalau ada topping tuh best....ummm topping tuh bleh beli kat kedai kek... beza antra cheese cake bakar n tak bakar is kalau bakar... dier tak moist sgt... cake tuh just nice utk dimakan n tak lembik kalau jenis yg tak bakar... pun nice jugak...tak lembik sgt... macam korang makan kat secret recipe tuh.... hanieliza posted at 17-4-2004 18:02 [b]KEK COKLAT TANPA TELUR [cutie-Rie][/b] BAHAN2 Bahan A: 200 gm @ 1 cawan tepung gandum 10 gm @ 2 sudu teh serbuk penaik 5 gm @ 1 sudu teh soda bikarbonat 60 gm @ cawan serbuk susu skim Bahan B 5 gm @ 1 sudu teh serbuk kopi segera atau nescafe 140 gm @ cawan gula kastor 25 gm @ 2 sudu besar madu 150 ml @ 4/5 cawan air panas Bahan C 180 gm @ cawan marjerin 5 ml @ 1 sudu teh esen vanilla 30 gm @ 3 sudu besar serbuk koko CARA2 1.ayak bahan A dan ketepikan 2.campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larutiarkan sejuk 3.pukul marjerin, esen vanilla dan serbuk koko (bahan C) sehingga berkrim dgn pengadun elektrik 4.masukkan pulak sebahagian bahan A ke dlm campuran bahan C (ingat tau Cuma sebahagian je.jgn abis kan semua) . dan bancuh jugak gunakan pemutar elektrik tu. 5.kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh jugee (haa.separuh jegn perabihkan terus). biar sempurna acuan tu so kena sikit2

6.ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan jadi sebati 7.curah ke dlm tin acuan empat segi( 20sm)g telah dilapik kertas minyak 8.bakar dlm ketuar pada 1600 selama 45 minit atau sehingga masak [b] Kek Coklat tanpa Telor[cranko21][/b]

Bahan2: 4 cwn Tepung gandum serbaguna (All purpose Flour) 1 cwn cocoa powder (tanpa gula) 1 cwn minyak masak (boleh juga pakai melted butter) 3 cwn gula 3 cwn air 3 sdt baking powder sdt garam 3 sdm vanilla essence Cara: Panaskan oven pada suhu 175 deg Celsius Ayak tepung, cocoa powder, garam dan baking powder ke dalam sebuah bekas besar dan campurkan gula.. dan gaul rata. Campurkan minyak, air dan vanilla essence dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang pembakar yg telah di minyakkan dan bakar untuk 1 jam [b]Chocolate cake (tanpa telur) [Ikan_Mas][/b] I makan this cake at a friend's house and it tasted so good (to me) that I asked her for the recipe. She told me that she got the recipe from her mother who used to work in Africa. Her mom got the recipe from there but the origin of the recipe is unknown. Ingredients : 4 1/2 dl. flour 3 dl. sugar 3 tbsp. cocoa 3 tsp. baking powder 2 tsp. vanilla sugar 1 dl. milk (susu segar) 100 g margarine/ butter (di cairkan) 1 dl. water First, mix all the dried ingredients together. Then add milk, margarine/butter, and water. Bakar dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit majerin selama approx.40-45 min , suhu 175 c. Easy to make. But the first time I buat tak berapa jadi..ha ha ha...after that okey. dl = deciliter boleh beli penyukatnya kat kedai (I think kat Malaysia ada jual juga kot)

1 dl approx. 0.4 cup or 6.8 tbsp or 3.5 fl. oz.

[b]Chocolate cake (tanpa telur) [pink_frog][/b] Grease and flour a 9" X 12" (24 X 30cm) cake pan. Preheat the oven to 350F degrees (180C) Sift: 2-1/2 cups plain flour 2 cups sugar 6 tablespoons unsweetened cocoa powder 2 teaspoons baking soda 1 teaspoon salt Pour over dry ingredients and mix well until smooth: 1/2 cup cooking oil 2 teaspoons vanilla 2 tablespoons vinegar 2 cups cold water walaupun pakai minyak je tapi rasa dia sedap tak bole rasa pun takde butter/marg...lepas satu hari rasa dia akan jadi better, kalau tak letak cuka tu pun takpa, kalau letak pun takkan rasa masam kek ni [[i] Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 07:41 AM [/i]] hanieliza posted at 17-4-2004 18:02 [b]CHOCOLATE CAKE MOIST [Paja][/b] Bahan 1: 3/4 cawan gula 1 1/2 cawan susu kotak 5 keping chocolate masakan Bahan 2: 3/4 cawan butter 1 1/2 cawan gula 1 sudu teh esen vanilla 3 biji telur 3 cawan tepung naik sendiri 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3/4 cawan susu kotak Cara: 1) Masak guna api perlahan Bahan 1 sampai sederhana pekat. Biarkan sejuk, masukkan esen vanilla. 2) Bancuh soda bikarbonat dengan 4 sudu besar air sejuk. 3) Pukul butter dan gula hingga kembang. 4) Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan. 5) Masukkan bancuhan soda bikarbonat. Kacau sebati. 6) Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis. pukul perlahan. 7) Masukkan Bahan 1. Mix it well. 8) Masukkan adunan kek dalam pan. Bakar 40 minit, 350 degree.

Chocolate frost cream: 2 keping choc masakan 4 sudu besar butter 1 telur 1) Masak air dalam periuk besar. 2) Pukul telur sedikit. Masukkan choc masakan dan telur tadi dalam periuk atau mangkuk kecil. seeloknya mangkuk tu mangkuk stainless steel, mudah nak cair chocolate. 3) letak mangkuk kecil kedalam mangkuk besar, kacau semua bahan hingga cair dan sebati. kena kacau selalu, takut bergentel. 4) bila dah elok sebati, masukkan butter dan kacau perlahan. 5) bila dah likat, tuang dan ratakan atas kek yang dah sejuk. hanieliza posted at 17-4-2004 18:03 [b]Kek Coklet [cendawan_butang][/b] Bahan-bahan : tepung gandum naik sendiri / atau tepung gandum biasa - 2 cawan 1 buku butter ( biasa saya guna buttercup) serbuk cokolet (saya guna jenama van houten ) - 1 cawan telor ayam 5/6 biji (kalu besar 5, kalu kecik, 6 biji) gula pasir cawan gula halus 1 cawan air masak - 1 cawan esen vanilla 1 sudu kecil

langkah pertama serbuk cokolet ( 1 cawan ) + gula pasir (1/2 cawan) + air masak ( 1 cawan ) masukkan dlm satu bekas panaskan atas dapur(jgn panas terus, guna double boiling panaskan sampai serbuk cokolet cair dan jadi pekat sikit.. tutup api..sejukkan pada suhu bilik.

langkah kedua - pecah kan kesemua biji telor - asingkan putih telor ngan kuning telor - pukul putih telur guna mixer sampai kembang untuk pastikan putih telur betul2 kembang. cuba pusing (terbalikkan ) bekas putih telur tersebut dah telur yg telah kembang tuh dok jatuh ke bawah. ini baru betul2 kembang.... langkah ketiga - pukul butter ngan gula halus sampai kembang - masukkan esen vanilla

-

masukkan telur kuning sikit demi sedikit..pukul bila dah kembang, masukkan cokolet yg te