resepi & petua

Download Resepi & Petua

Post on 24-Jun-2015

4.891 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

New Page 1

Page 1 of 37

BULETIN ISNIN ALAF 21

TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN

KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN

SOAL JAWAB MASAKANBERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah, kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak? Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda. Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!

SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIBkembali ke menu utama

Daripada: NORAIN REMLI AMPANG SELANGOR

CARA MEMBUAT POPCORN Bolehkah popcorn dibuat di rumah? Kalau boleh bagaimana caranya serta bolehkah ia dibuat menggunakan mikrowave dan bagamana cara menggunakannya? Popcorn (utk disediakan di rumah) boleh dibeli di pasaraya besar dan ada popcorn di dalam kotak, khas utk kegunaan microwave. Cara membuat popcorn mungkin berbeza sedikit dengan "brand"nya, jadi, anda perlu membaca peraturan pada kotak. Cuma, saya cadangkan, jika anda suka popcorn yg manis, tambah sedikit gula semasa mula-mula mencairkan mentega di dalam periuk. Secara amnya, setelah campuran mentega-gula itu cair dan berbuih, baru dimasukkan popcorn kemudian tutup periuk. Pegang penutup dan goyangkan periuk beberapa kali. Bila bunyi "meletup" dalam periuk reda, barulah buka penutupnya. Resepi terperinci ada pada setiap kotak popcorn.

Daripada: Azlina Guildford, Surrey bennet.soegiarto@ntlworld.com

TEKNIK MEMBUAT KEK LEMBAB Bagaimanakah caranya saya boleh mengawal suhu oven yang hanya mempunyai api atas bawah dan kiri kanan bagi tujuan memasak kek lembap? Saya cadangkan letak tin/loyang kek di dalam bekas besar berisi air panas (baine marie) seperti memasak

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

New Page 1

Page 2 of 37

kek keju dan tutup (longgar) bahagian atas tin kek dengan aluminium foil. Anda hendaklah memastikan tin/loyang jenis yg tiada bahagian bercantum di bawahnya kerana kemungkinan air dari tin yg besar itu akan menyerap masuk ke dalam adunan. Jika loyang jenis demikian, bungkus dahulu bawahnya dengan foil. Apakah penyebab donut yang adakalanya saya masak seperti mempunyai banyak ruang rongga? Kemungkinan anda terlebih memasukkan yis atau tidak 'punch down' doh itu (setelah dibiarkan kembang pertama kali) sebelum mencanai doh & dibiar naik kali kedua. Cara menguli atau 'kneading' mestilah mengikut teknik yg betul agar semua bahannya sekata.

Daripada: Anita, Rozenburg, Netherlands

KUIH TALAM A friend of mine is asking me about Kuih Talam recipe... i have eaten this kuih during my visit in Malaysia years ago but i don't have the recipe, do you have this Kuih Talam recipe ? Can you kindly share this Kuih Talam recipe with us ? Hi, Anita. This is a favourite among many and I'm glad to hear that Malaysians residing overseas can still remember the kuih they all used to eat when they were children. I hope both of you will find this Kuih Talam very easy to make and nice to eat! If pandan paste is not available, use only green food colouring. KUIH TALAM Bottom Layer 130 g fine granulated sugar (or to taste) 1/2 tsp salt 400 ml coconut milk (extracted from 1/2 coconut) 1 tsp pandan paste a few drops of green colouring 65 g rice flour 1 tsp plain flour Top Layer 55 g rice flour 1/2 tsp salt 300 ml coconut milk (from 1 coconut) Grease a 22-cm tin with a little oil. Heat it in a steamer for 3-4 mins. Combine ingredients for bottom layer in a saucepan, stir over low heat until hot (do not let mixture become too hot or it will thicken). Pour into tin and steam over medium heat for 20 mins or until mixture sets. For top layer, stir all the ingredients over low heat until hot. Quickly scratch the top of the bottom layer and pour the top mixture. Steam for 20 mins or until done. Leave to cool before slicing. Note: Wipe the underside of the steamer lid every 8-10 mins to avoid steam droplets on kuih. To get a smooth surface, do not steam Kuih Talam over high heat.

Daripada: Dayang Jamaiah United Kingdom djamaiah@hotmail.com

RESEPI TALAM KELEDEK Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana menyediakan laman yang sangat berguna ini. Saya sekarang berada di UK dan memang selalu mencari web masakan dan mencuba resepi kegemaran. Almaklumlah kat sini tak de kedai siam... sedia duit semua jadi. so kena buat sendiri. Tambahan lagi kat luar negeri ni asik rindu masakan M'sia. Masak memasak tak menjadi masalah sangat tapi nak dapat resepi yang betul2 sedap yg susah. Saya berbesar hati kiranya saudara dapat memberikan resepi talam keledek... kuih ni menjadi kegemaran keluarga tapi tak berkesempatan utk belajar membuatnya. TALAM KELEDEK Lapisan Bawah 300 g keledek kuning, dikiub 1/2 cm 140 g tepung beras 120 g gula (atau ikut rasa) 1/2 camt garam 800 ml santan (1 kelapa) Lapisan Atas 500 ml santan (1 biji kelapa) 1 biji telur 60 g gula pasir (atau ikut rasa)

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

New Page 1

Page 3 of 37

60 g tepung gandum 40 g tepung jagung 1/2 camt garam sed.pewarna oren Letak keledek di dalam bekas tahan panas dan kukus hingga empuk. Bancuh tepung beras, gulam garam dan santan. Kacau di atas api perlahan hingga naik wap (sebelum menjadi pekat). Masukkan kiub keledek, kacau rata dan tuang ke dalam loyang 22 cm yg sudah dilengser minyak (seelok-eloknya, selepas dilengser, panaskan loyang selama 3-4 min di dalam pengukus). Kukus lapisan ini selama 15-20 min atau hingga masak. Utk lapisan atas, gaul semua bahan (kecuali pewarna) hingga rata. Bahagikan 2. Letak 2-3 titik pewarna oren pada satu bahagian, lebihkan warna oren untuk bahagian kedua supaya orennya gelap sedikit. Goreskan sedikit lapisan bawah dengan garfu kemudian tuangkan adunan oren pudar. Kukus 10 min sebelum menuangkan lapisan oren gelap. Kukus selama 15 min lagi. Nota: Bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 5-7 min supaya air tidak menitik ke atas kuih. Pastikan apinya juga sederhana dan tidak terlalu kuat. Buang 'lendir' pada telur sebelum menggunakannya.

Daripada: julia julia moshiesb79@yahoo.com.sg

MEE HOT PLATE Bolehkan puan berikan resepi untuk membuat "Mee HotPlate?" MEE HOTPLATE Bahan-bahannya: 150 g mee telur 4 cm halia } ditumbuk & 1 camb air } campur (utk air halia) 150 g isi ayam, dihiris memanjang 4 keping cendawan Cina, direndam dlm air panas hingga lembut 40 g lobak merah } dihiris & dicelur 3-4 tangkai sawi } 1 camt tepung jagung } bahan pemekat 3 camb air } hirisan cili merah bercuka, utk sajian Bahan Sos 1 camb sos tiram 1 camb sos Hoisin 1 camt stok pekat ayam (dlm botol) 1 camt kicap cair sedikit kicap pekat (untuk warna) 1 camt minyak bijan, jika suka 250 ml air rebusan ayam atau air serbuk lada sulah, garam & gula secukupnya Celur mee dengan air panas hingga lembut. Letak dalam penyejat dan kocak di bawah air paip sebentar. Isikan ke dalam pinggan, campur camb minyak dan camt minyak bijan dan gaul rata. Panaskan 2 camb minyak, masukkan air halia, cendawan dan ayam. Kacau hingga ayam setengah masak. Masukkan semua bahan sos. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 5-8 minit. Akhir sekali masukkan lobak merah, sawi dan bahan pemekat. Panaskan hotplate hingga berasap. Ketepikan dari api, letak atas pengalas kayunya. Bubuh mee di atas hotplate dan tuangkan kuahnya segera. Sajikan dengan hirisan cili merah bercuka.

Daripada: fong ping hern :phfong90@yahoo.com

RESIPI KUIH BAKUL Saya ingin mengetahui resipi kuih bakul dan kuih bangkit. KUIH BAKUL 250 g tepung pulut 250 ml air 280 g gula pasir daun pisang, dilayur 4-5 tin/loyang berukuran 10 cm tali rafia/hemp string utk mengikat

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

New Page 1

Page 4 of 37

Alas tin dgn daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin dan terbalikkan bahagian itu, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah). Ayak tepung pulut, campurkan dengan air hingga sebati. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Biarkan selama 15 min. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 7-8 jam di atas api sederhana. Pastikan air yg ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin / kain kasa agar wap air tidak menitik ke atas kuih. Atau 'tutup' longgar bahagian atas tin dengan kertas timah / foil yg dibuat seperti 'bumbung'. Bila kuih masak, ia akan berwarna kecoklatan. Biar semalaman sebelum mengeluarkan ia dari tin. KUIH BANGKIT 400 g tepung kanji/ubi 3 helai daun pandan 2 biji kuning telur 160 g gula kaster 150 ml santan pekat (dari 1 kelapa) 1 camb marjerin Potong daun pandan sepanjang 4 cm. Kacau daun pandan dan tepung kanji atas api perlahan hingga ringan dan kering. Ayak dan biar sejuk. Pukul kuning telur dan gula hingga gula larut. Masukkan tepung, gaul rata. Tuangkan sedikit demi sedikit santan dan uli menjadi doh lembut. Masukkan marjerin dan uli hingga sebati. Jika menggunakan acuan kayu, bubuh sedikit tepung ubi ke dalam acuan, tekan doh hingga mampat kemudian terbalikkan acuan dan ketuk di atas papan hingga kuih terkeluar. Jika menggunakan penerap, canai adunan setebal 3/4 cm (canai sedikit pada suatu masa), kemudian terap dengan acuan pilihan (yg dicelup di dalam tepung ubi sebelum diterap). Susun kuih atas tin pembakar yg ditaburi tepung ubi. Bakar pada 170 C selama 25-30 min atau hingga masak.

Daripada: illa mj Universiti Malaya, KL f