psk - assigment jasmin

8
1. PENGENALAN 1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. 1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum

Upload: jasminhussain168656

Post on 09-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PSK

TRANSCRIPT

1.PENGENALAN

1.1 Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur danjenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya.1.2 Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.1.3 Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasipengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.

Kandungan Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanKandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema inimengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula dandiri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti luarsekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, muriddidedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjadiciri-ciri masyarakat Malaysia.Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:i. Sayangi DiriTema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara muridmengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentanghak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam temaini ialah: Mengenali diri Keyakinan diri Pengurusan diri Disiplin diri Pengurusan masa Hak dan tanggungjawab kanak-kanakii. Sayangi KeluargaTema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluargadan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agamaTopik dalam tema ini ialah: Mengenali keluarga sendiri Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas Hubungan keluarga kembangan Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama dankepercayaaniii. Hidup Bersama di Sekolah dan MasyarakatTema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komunitisekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alamsekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraanhidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah: Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah Semangat kejiranan Aktiviti kejiranan Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran Kebersihan dan keceriaan persekitaran Peranan agensi tempataniv. Kenali Budaya MalaysiaTema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dantanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisanbudaya negara. Topik dalam tema ini ialah: Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budayaMalaysiav. Malaysia NegarakuTema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysiakepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkankemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah: Kenali Malaysia Bangga dengan identiti negara Kenali sistem kerajaan Malaysia Kenali dan hormati pemimpin negara Hargai perjuangan tokoh-tokoh Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaanvi. Sedia Hadapi CabaranTema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ciriindividu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalamtema ini ialah: Membina budaya cemerlang untuk masa depan Ciri-ciri peribadi terpuji Remaja yang sihat dan cergasTema dalam mata pelajaran ini tidak terikat dengan urutan dan guru bolehmenyesuaikan tema-tema ini dengan aktiviti dan isu semasa yang berlaku dalamsekolah, masyarakat atau di peringkat kebangsaan. Misalnya, tema MalaysiaNegaraku boleh diajar dalam konteks sambutan bulan kemerdekaan supayamurid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegaradengan lebih berkesan dan bermakna.Matlamat

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedarankepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalammasyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegarayang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraanmasyarakat, negara dan dunia.

Objektif

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuankemahiran dan nilai.Objektif Pengetahuan :i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadappembangunan watak yang mulia.ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluargayang bahagia.iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpinnegara.vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.Objektif Kemahiran :i. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab.ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan danmasyarakat.iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan didan orang lain.Objektif Nilai :i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.iii. Menghormati kaum dan budaya lain.iv. Menyayangi alam sekitar.v. Menunjukkan semangat kekitaan.vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.PendahuluanPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik. Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasipengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

1.1Konsep PSK1.2Objektif PSK1.3Sukatan PSK1.4Pendekatan dan Kaedah Pengajaran PSK1.5Literatur pengkaji terdahulu

2.OBJEKTIF KAJIAN2.1Objektif Am2.2Objektif Khusus

3.MAKLUMAT KAJIAN3.1Tempat kajian nyatakan nama sekolah3.2Bilangan responden kajian (pemerhatian dan temubual)3.3Maklumat responden kajian umur, jantina, kelulusan, opsyen, pengalaman mengajar dll

4.KAEDAH KAJIAN4.1Pemerhatian4.2Temubual4.3Rujukan Keputakaan - buku-buku yang digunakan

5.DAPATAN KAJIAN5.1Objektif Pengetahuan - dalam buku sukatan5.1.1Pendekatan5.1.2Kaedah5.2Objektif Kemahiran5.2.1Pendekatan5.2.2Kaedah5.3Objektif Nilai5.3.1Pendekatan5.3.2Kaedah

6.PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN (untuk buat rumusan)

7.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

8.PENUTUP

9.REFLEKSI9.1Kekuatan9.2Kelemahan

10.RUJUKAN

11.LAMPIRAN11.1Soalan Tugasan11.2Borang Kolaborasi dengan pensyarah11.3Senarai semak pemerhatian11.4Soalan temubual dan transkripsi temubual11.5Lain-lain sumber rujukan yang digunakan