Download - ASSIGMENT PANTUN

Transcript
Page 1: ASSIGMENT PANTUN

1.0 PENGENALAN

Pantun merupakan salah satu puisi lama .Pantun adalah genre kesusasteraan

tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak

ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia

adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat

komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi

masyarakat dengan lebih jelas.

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu

pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat

mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun

yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam

pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

2.0 FORMAT PANTUN

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk

utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun

lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun

dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam

setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam

rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud

atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai

hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya

seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

1 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 2: ASSIGMENT PANTUN

. Banyak udang banyak garam       

    Banyak orang banyak ragam  

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi

pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat

dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah

antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting

untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan

menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan

hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

3.0 KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.

Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada

maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan

pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.

Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam

pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.

Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama

2 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 3: ASSIGMENT PANTUN

bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap

baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun

yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris

pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. 

Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama

maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga

berima a,a,a,a . 

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh

pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,

 Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,

 Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,

 A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

4.0 CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan

jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di

bawah)

3 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 4: ASSIGMENT PANTUN

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur

alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan

maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif

masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

5.0 JENIS-JENIS PANTUN

Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua

kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh

kerat  .Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis

bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait  Bentuk-bentuk

pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat",

"agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Contoh-contoh pantun

Jenis Pantun : Dua Kerat Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-tekiFungsi : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir

Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat - JenakaFungsi : Semata-mata untuk hiburan

Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

4 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 5: ASSIGMENT PANTUN

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau

Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa

Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kiasdan Ibarat

Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama

Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanakFungsi : Lagu sedih dan bersuka-ria

Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

5 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 6: ASSIGMENT PANTUN

6.0 TEMA PANTUN

Terdapat banyak tema dalam pantun. Antaranya yang penting tentang teka-teki,

jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa,

kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut

bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga

isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan

dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada

umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih

jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan

meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak

kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya,

persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-

undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari

kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya

menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi

pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang

disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan.

Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi

gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki"

yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan

cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran

keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan

sindirannya di dalamnya.

6 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 7: ASSIGMENT PANTUN

7.0 FUNGSI PANTUN

Fungsi pantun dalam masyarakat melayu Pantun melayu digunakan untuk memberi

nasihat sosialisasi dan pendidikan.Pantun juga dijadikan bahan sindiran atau tempelak

jika berlaku kepincangan dalam sesuatu perkara.. Kritikan dan sindiran ini amat tajam

dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau.

Untuk muda mudi juga pantun dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan rindu dan

kasih sayang.Selain itu pantun juga dijadikan bahan untuk menyatakan penghargaan

atau pun terima kasih kepada seseorang.Dalam upacara-upacara pantun juga dijadikan

bahan untuk pertandingan mencabar ketangkasan fikiran.Kebiasaanya pada zaman

dahulu pantun dijadikan bahan hiburan atau jenaka setelah seharian

bekerja,melepaskan penat dengan melafazkan pantun.

Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni

budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis

keramaian, adat istiadat atau upacara Pantun tersebar luas melalui pelbagai media

seperti lirik lagu, majlis-majlis dan pelbagai upacara, misalnya majlis perkahwinan.

Pantun juga berkembang mekar di laman internet (ada pantun net) dan berbalas pantun

dari seluruh dunia. Mengikut Muhammad Haji Salleh (2006) terdapat kekreatifan baru

dunia pantun dalam bentuk bercetak, lisan (radio), visual (televisyen) dan dunia siber

termasuk di internet dan yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas atau sms di

seluruh dunia.

Pantun juga dijadikankan bahan untuk pertandingan antara kelas, antara sekolah dan

antara negeri. Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah

Peringkat Kebangsaan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka

, RTM, Berita Harian. Pantun bukan sahaja hidup dalam majalah ilmiah sahaja,

seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-

majalah jenaka dan komik seperti Ujang dan Din Lawak. Pantun juga menjadi media

7 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 8: ASSIGMENT PANTUN

iklan, misalnya

 

8.0 KELOMPOK PANTUN

8.1 PANTUN KANAK-KANAK

Pergi hutan menunggang kuda,

Hendak menangkap si burung merbah;

Kalau ilmu tiada di dada,

Hidup kita menjadi susah.

Pergi belayar ke kuala Deli,

Singgah sekejap di Tanjung Sepat ;

Bacalah buku dengan teliti,

Barulah ilmu akan melekat.

Budak-budak bermain gasing,

Bermain gasing di tengah panas;

Di dalam kelas janganlah bising,

Supaya ilmu terang dan jelas.

8 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 9: ASSIGMENT PANTUN

Sakit sungguh terkena sembilu,

Sakit lagi di sengat haruan;

Membaca buku janganlah jemu,

Agar senang pada masa hadapan,

Ikan gelama ikan keli,

Masak lemak tiada berbaki;

Berbuat jahat jangan sekali,

Apatah lagi hasad dengki.

8.2 PANTUN REMAJA

Cantik sungguh bunga di taman,

Bunga Anggerik bunga Dahlia;

Jasa ibu bapa di lupa jangan,

Supaya diri dipandang mulia.

Pergi memburu waktu cuti,

Panah terkena si anak rusa;

9 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 10: ASSIGMENT PANTUN

Amalkan hidup hormat-menghormati,

Berbudi baik berbuat jasa.

Mudik ke hulu dengan perahu.

Pergi ke pecan beli gaharu;

Wahai kawan janganlah jemu,

Menuntut ilmu hingga maju.

Mengail ikan di tepi lombong,

Dapat seekor ikan haruan;

Jauhkan amalan bersikap sombong,

Kelak nanti dibenci kawan.

Berzikir diri pengubat hati,

Itulah amalan sebagai bekalan;

Jangan syaitan menguasai diri,

Hancur badan rosak masa depan.

8.3 PANTUN DEWASA

Hang Tuah Hang Jebat gagah perkasa,

Bertambah hebat apabila berdiri;

10 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 11: ASSIGMENT PANTUN

Warnakan kehidupan dengan berjasa,

Kepada bangsa dan juga pertiwi.

Pak Hamid gembala biri,

Sambil duduk makan nangka;

Kalau berkasih jagalah diri,

Jangan sampai diri terleka.

Cantik sungguh raja sehari,

Duduk bersanding atas pelamin;

Kalau awak masih sendiri,

Izinkan saya menjadi teman.

Ayam dimasak bersama halia,

Bertambah enak ditambah perisa;

Ziarah –menziarah amalan mulia,

Eratkan hubungan sepanjang masa.

Pergi seberang naik sampan,

Beli pisang simpan dalam raga;

Adab sopan menjadi bualan,

11 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 12: ASSIGMENT PANTUN

Itulah amalan yang perlu dijaga.

8.4 PANTUN GURU

NKRA transformasi kerajaan

Membuat guru gundah gulana

Profesor kami Rasid Jamian

Penghibur hati dikala duka

Assigment dibuat biarlah cepat,

Kerja sekolah tak kurang hebat;

Bebanan guru semakin berat,

Boleh gila kalau tak kuat.

Mengajar murid biarlah berjaya,

Itulah dia profesion guru;

Etika ini sangatlah mulia,

lahirkan pelajar cintakan ilmu.

Pendidikan sekarang amatlah mencabar,

Silap haribulan nama terpampang;

12 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 13: ASSIGMENT PANTUN

Sebagai murid janganlah kurang ajar,

Supaya senang di masa akan dating.

Kerja guru semakin terasa,

Objektif sebenar ke mana tuju;

Wahai profesor bersemangat waja,

Markah diberi jangan diragu.

8.5 PANTUN IBU BAPA

Pergi pekan makan laksa,

Balik rumah masak kari;

Jangan biar ibu terasa,

Kelak hari terseksa diri.

Dari kecil sehingalah dewasa,

Ibu bapa tempat bermanja;

Sentiasalah kita hidup berjasa,

Supaya kita senang sentiasa.

13 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 14: ASSIGMENT PANTUN

Ikan keli di masak gulai,

Di makan bersama lauk gelama;

Sejak kecil kita di belai,

itulah dia perkara utama.

Makan sireh dengan pinang,

Beli pinang dikedai Isa;

kasih ibu tiada penghujung,

menjadi sanjungan setiap masa.

Ulam pegaga tumbuh melata,

Tumbuh bersama si daun rumput;

Penat lelah tidaklah terkira,

Demi anak sedia berkhidmat.

8.6 PANTUN NENEK

Tarian zapin tarian tradisi,

menjadi tinggalan warisan zaman;

Jagalah nenek selagi disisi,

14 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 15: ASSIGMENT PANTUN

Hidup diberkati sepanjang zaman.

Rambut hitam nampak muda,

Duduk bersimpuh macam anak dara;

Wahai nenek apa petua,

Sehingga kini nampak ceria.

Pakai baju nyonya Melaka,

Pakai bersama kain songket;

Cerita nenek pengubat mata,

Jika dri terasa penat.

Rumah kayu beratap rumbia,

Dindingnya pula berkayu jati;

Wahai adik-adik janganlah lupa,

Kasih nenek sepenuh hati.

Pokok Meranti tumbuhya tinggi,

Tumbuh meliar di hutan jati,

Datuk dan nenek mesra sekali;

Itulah contoh cinta sejati.

15 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 16: ASSIGMENT PANTUN

9.0 Kesimpulan

Pantun merupakan salah satu puisi lama yang unik dan mempunyai keunikkannya sendiri.Pantun

merupakan tinggalan tradisi yang begitu unik. Pantun mempunyai nilai yang amat tinggi bagi

masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud

menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik

sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam

mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi

cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian

diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang

terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang

juga mengandungi makna yang mendalam.

Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam

meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung

dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa

dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata

untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah

yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan

kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini.

Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to the point, ataupun lebih

berterus terang dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud, sama ada dalam pantun

mahupun dalam bahasa seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang semakin

merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. Perubahan masa bukanlah satu alasan

untuk generasi hari ini merosakkan dan memperlecehkan keindahan dan kehalusan pantun.

Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk

memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Adat muda

semestinya ada bentuk-bentuk yang baru, tetapi janganlah sehingga mengetepikan khazanah

16 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 17: ASSIGMENT PANTUN

lama yang ternyata indah dan halus. Membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun

serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan Melayu

mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

BIBLIOGRAFI

  .

Alias Yunos. 1966.Pantun Melayu Sastera Rakyat : Penerbitan Federal Berhad

Daillie, Francois-Rene. 1988. Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Abdul Ahmad. 1994. “Pantoum: Suatu Singgahan Dalam Perjalanan Seni Melayu,”

Kesusasteraan Bandingan Sebagai Satu Disiplin. Ed. Abdul Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Abdul Latif Abu Bakar.2004. Pantun Dan Ungkapan Indah Adat Perkahwinan Melayu:Institut

Seni Malaysia Melaka (ISMMA)

17 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Page 18: ASSIGMENT PANTUN

18 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344


Top Related