assigment hbpe3203 pendidikan luar

15
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI / 2012 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR NAMA : IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 720113135055002 NO. KAD PENGENALAN : 720113135055 NO. TELEFON : 0148813027 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARWAK 1

Upload: ikmalbong

Post on 24-Jul-2015

837 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2012

HBPE 3203

PENDIDIKAN LUAR

NAMA : IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH

NO. MATRIKULASI : 720113135055002

NO. KAD PENGENALAN : 720113135055

NO. TELEFON : 0148813027

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARWAK

1

Page 2: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar. 3 - 6

3.0 Kepupusan Rafflesia 5 - 6

4.0 Seladang 6 – 7

4.1 Proses Mengawan4.2 Status Taburan dan Populasi

5.0 Faktor – Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna 7 – 10

5.1 Pembalakan5.2 Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian5.3 Pemburu Haram

6.0 Usaha-usaha Konservasi 10 -12

6.1 Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar6.2 Penguatkuasaan Undang-Undang6.3 Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

7.0 Kesimpulan 12 – 13

RUJUKAN

2

Page 3: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

1.0 Pengenalan

KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela,

menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara,

dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamed juga mengenalpasti cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang

perlu ditangani oleh Malaysia dalam perjalanannya ke destinasi menjadi negara maju pada

2020. Dalam artikel Malaysian Timber Council melaporkan keluasan hutan di Malaysia

32.83 juta hektar, Malaysia terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan tiga Wilayah

Persekutuan; 11 daripada negeri-negeri tersebut serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Putrajaya merangkumi kawasan seluas 13.16 juta hektar terletak di Semenanjung

Malaysia, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkeluasan 7.37 juta

hektar, dan juga Sarawak yang berkeluasan 12.30 juta hektar, terletak di Kepulauan Borneo.

Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan

Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan

Makanan dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada

keluasannya masih dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar

terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak.

Luas kawasan yang dilitupi pokok-pokok ini akan meningkat kepada lebih 76% (25.90 juta

hektar) sekiranya tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko dan kelapa diambil kira. Hanya

24% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

2.0 Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar.

Pendidikan Pemuliharaan dan pemeliharaan atau konservasi merupakan satu usaha yang

dilakukan secara berperingkat-peringkat atau terus-menerus supaya masyarakat mempunyai

kesedaran dan keprihatinan terhadap konservasi alam sekitar dan segala permasalahannya

yang meliputi pengetahuan, sikap, ciri-ciri, motivasi, kaedah dan komitmen untuk manangani

masalah konservasi. Terdapat beberapa objektif Pendidikan Konservasi mengikut UNESCO

1976.

3

Page 4: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

Tujuan pendidikan konservasi yang pertama ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan

terhadap alam sekitar dan alam semula jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan

meningkatkan keprihatinan individu dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap

konservasi alam semula jadi. Contoh isu-isu yang perlu kita ambil perhatian adalah seperti

masalah kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon serta kenaikan purata suhu.

Seterusnya ialah pengetahuan ‘knowledge’. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pemahaman

dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam sekitar, permasalahan, peranan dan

tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini dapat memberikan peluang kepada

semua orang untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama

berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi.

Objektif yang seterusnya ialah sikap ‘attitude’. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah

rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta dalam usaha-usaha

perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam secara lestari yang harus

ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan

menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber yang semakin kurang dan generasi

yang akan datang tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber.

Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam konservasi sumber

daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Objektif ini dapat

mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara dan kaedah

yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar.

Seterusnya ialah kemampuan penilaian ‘evaluation ability’. Sekiranya setiap pelajar

mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan dari segi

ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan pasti dapat

dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani dengan mudah.

Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian ‘participation’. Apabila pelajar mengambil

bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap

sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan yang relevan dan sewajarnya

untuk mengatasinya. Contohnya mereka yang mengambil bahagian akan menggunakan

4

Page 5: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kesan rumah hijau dengan cara yang saintifik

dengan menggunakan kemajuan teknologi yang ada.

3.0 Kepupusan Rafflesia

Rafflesia adalah salah satu spesies flora yang hampir pupus. Rafflesia ialah tumbuhan yang

aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk,

dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai

daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan

oksigen.

Rafflesia ditemukan di hutan hujan Indonesia oleh seorang pemandu dari Indonesia yang

bekerja untuk Dr. Joseph Arnold tahun 1818, dan dinamai berdasarkan nama Thomas

Stamford Raffles, pemimpin ekspedisi itu. Ia terdiri atas kira-kira 27 spesies (termasuk empat

yang belum sepenuhnya diketahui cirinya seperti yang dikenali oleh Meijer 1997), semua

spesiesnya ditemukan di Asia Tenggara, di Malaysia, Kalimantan, Sumatra, dan Filipina.

Tumbuhan ini tidak memiliki batang, daun ataupun akar yang sesungguhnya. Rafflesia

merupakan endoparasit pada tumbuhan merambat dari genus Tetrastigma (famili Vitaceae),

menyebarkan haustoriumnya yang mirip akar di dalam jaringan tumbuhan merambat itu.

Satu-satunya bagian tumbuhan Rafflesia yang dapat dilihat di luar tumbuhan inangnya adalah

bunga bermahkota lima. Pada beberapa spesies, seperti Rafflesia arnoldii, diameter bunganya

mungkin lebih dari 100 cm, dan beratnya hingga 10 kg. Bahkan spesies terkecil, Rafflesia

manillana, bunganya berdiameter 20 cm. Bunganya tampak dan berbau seperti daging yang

membusuk, karena itulah ia disebut "bunga bangkai" atau "bunga daging". Bau bunganya

yang tidak enak menarik serangga seperti lalat dan kumbang kotoran, yang membawa serbuk

sari dari bunga jantan ke bunga betina. Sedikit yang diketahui mengenai penyebaran bijinya.

Namun, tupai dan mamalia hutan lainnya ternyata memakan buahnya dan menyebarkan biji-

bijinya. Rafflesia adalah bunga rasmi negara Indonesia, begitu pula provinsi Surat Thani,

Thailand.

Nama "bunga bangkai" yang dipakai untuk Rafflesia membingungkan kerana nama umum ini

juga digunakan untuk menyebut Amorphophallus titanum (suweg raksasa/batang krebuit) dari

famili Araceae. Terlebih lagi, karena Amorphophallus mempunyai perbungaan tak bercabang

terbesar di dunia, ia kadang-kadang secara salah dianggap sebagai bunga terbesar di dunia.

5

Page 6: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

Baik Rafflesia maupun Amorphophallus adalah tumbuhan bunga, namun hubungan

kekerabatan mereka jauh. Rafflesia arnoldii mempunyai bunga tunggal terbesar di dunia dari

seluruh tumbuhan berbunga, setidaknya bila orang menilai dari beratnya. Amorphophallus

titanum mempunyai perbungaan tak bercabang terbesar, sementara palem Talipot (Corypha

umbraculifera) memiliki perbungaan bercabang terbesar, terdiri atas ribuan bunga; tumbuhan

ini monokarpik, yang artinya tiap individu mati setelah berbunga

4.0 Seladang

Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan

berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari

ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar

daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan

safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal.

Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.

Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara

tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang

bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang,

manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai

ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya.

Rabung di bahagian belakang sangat ketara.

Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang

yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk

berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat,

dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada

bahagian belakangnya. Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang

mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang

hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning

hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.

6

Page 7: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

4.1 Proses Mengawan:

Dalam kurungan, seladang mencapai usia matang pada 2.3-2.4 tahun. Di habitat asal,

pembiakan berlaku sepanjang tahun walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan

Disember dan Jun. Semasa proses mengawan, seladang jantan akan mengeluarkan bunyi

mengawan yang khas dan boleh didengar sejauh 1.5 km. Anak seladang akan lahir selepas

tempoh bunting selama 310-314 hari dan menyusu sehingga 9 bulan. Seladang betina dalam

kurungan boleh melahirkan lebih kurang 13 ekor anak sepanjang hayatnya, dengan tempoh

selang kelahiran 373-590 hari. Hayat seladang dalam kurungan adalah antara 17-19 tahun.

4.2 Status Taburan Dan Populasi

Di seluruh negara dianggarkan terdapat 13,000-30,000 ekor seladang dengan 5,200-18,000

ekor individu matang, namun demikian corak populasi keseluruhan adalah menurun.

Seladang terdapat di negara Bangladesh, Kemboja, China, India, Semenanjung Malaysia,

Myanmar, Nepal, Thailand dan Veitnam. Subspesis Bos gaurus hubbacki hanya boleh

dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Thailand. Di Semenanjung Malaysia, ia boleh

ditemui di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu. Anggaran populasi minimum

seladang sekarang dianggarkan di antara 273-333 ekor, berbanding dengan 549-577 pada

tahun 1991.

5.0 Faktor – Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna

Kita seolah-olahnya tiada pilihan dalam memenuhi tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita

terpaksa mengorbankan flora dan fauna dalam proses memajukan negara. Akibat dari itu

banyak flora dan fauna diancam kepupusan. Selain itu kepupusan flora dan fauna akan

menakibatkan ketidakseimbangan kitaran ekologi. Alam sekitar dan manusia adalah

sebahagian dari keseimbangan itu.

Sudah jelas kepada kita akitiviti manusia yang menjadi punca masalah kemusnahan flora dan

fauna ini. Faktor-faktor penyebab kepupusan ialah;

7

Page 8: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

5.1 Pembalakan

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari

makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan

bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Keadaan ini menjadi

lebih seruis lagi apabila wujudnya pembalakan haram.

Pembalakan- pembalak haram giat membuat aktiviti pembalakan di tempat yang tidak

sepautunya. Pokok-pokok yang tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada

di bawahnya. Keadaan ini menyebabkan tubuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila

hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dan fauna. Pada

tahun 1986 hingga Jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang

dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna

dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan

pokok yang dilindungi. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan

dan Taman Negara.

5.2 Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan

hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan

dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,

pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia

Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap

tahun di seluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun

untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.

Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling

banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun

makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2

kilogram perhektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk

tempoh yang sama.

Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat

Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk

8

Page 9: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila

menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun

makhluk perosak. Oleh sebab itu, flora dan fauna ini pupus akibat penggunaan bahan kimia

yang berluasa. Refllesia tumbuhan yang sensitif memerlukan kawasan hutan untuk hidup

subur sudah tentu tiada peluang tumbuh lagi.

Penanaman kelapa sawit dan getah secara komesial telah menyebabkan banyak hutan di

Malaysia ditebang dan di bersihkan. Ini dilakukan tanpa memikirkan habitat flora dan fauna.

Setakat 2009, Malaysia mempunyai 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit, 416 kilang, 43

pelumat, 51 kilang penapis, 18 loji oleokimia dan 25 loji bio-diesel.

5.3 Pemburu Haram

Selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat

pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan

perhiasan. Gajah, badak, beruang, seladang dan penyu adalah antara spesies dilindungi yang

semakin pupus kerana sering menjadi sasaran pemburu haram bagi mendapatkan anggota

badan haiwan berkenaan.

Di rantau Asia, pemburuan haram bermula sejak beratus-ratus tahun lalu dan dipercayai kerja

mengeksport penyu dan kura-kura dari Sumatera keluar negara dilakukan hampir setiap

minggu dan perdagangan haram dianggar mencecah nilai AS$6 bilion (RM22.8 juta) setahun.

Permintaan itu semata-mata memenuhi selera eksotik sebahagian masyarakat Asia yang

percaya mengenai ‘khasiat’ anggota badan haiwan. Menrut pegawai Saintifik Persatuan

Pencinta Alam Malaysia (MNS), StellaMelkion, pemburuan itu dilakukan untuk perubatan,

perhiasan, dan makanan eksotik selain dijadikan haiwan peliharaan.

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum,

walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang

untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan

memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak, dan

gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut

keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran

9

Page 10: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini

berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan

terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan

Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

5.4 Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka untuk tujuan menerangkan tanah pertanian menymbang

kepada kepupusan flora dan fauna. Pembakaran ini boleh melibatkan kawasan yang luas

terutama untuk penanaman tanaman komersial seperti kelapa sawit. Pertanian skala kecil juga

turut menyebabkan habitat fauna musnah. Flora di kawasan hutan yang dibakar akan pupus

sama sekali. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan

memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

6.0 Usaha-usaha Konservasi

6.1 Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar

Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan menyedari kepentingan alam

sekitar dan ada kesdaran untuk memeliharanya.. Satu cara untuk menjalankan pendidikan

alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik

darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada

tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas

Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah buku berkenaan diterbitkan pada

tahun 2005.

Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran

seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang akan diperkenalkan pada tahun 2005

(Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain daripada pendidikan formal dalam bilik

darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti

kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K

(Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula,

ceramah dan lawatan.

10

Page 11: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

6.2 Penguatkuasaan Undang-Undang

Usaha pemuliharan dan pemeliharan flora dan fauna sukar dicapai jika tiada penguatkuasaan

undang-undang yang lebih tegas oleh badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Perhutanan

dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Alam Sekitar,

pihak Kastam dan Polis.. Dendaan dan penjara terhadap pesalah yang melakukan kerosakan

terhadap alam sekitar misalan penebangan balak secara haram, memburu binatang yang

dilindungi, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Rrisalah yang diterbitkan oleh Majlis Perkayuan Malaysia bertarikh Mac 2007 bertajuk

‘Pengurusan Hutan Mampan’ menyatakan Kerajaan Malaysia memang mengambil berat

tentang penyeludupan kayu yang diragui sumber asalnya kerana ini boleh mengancam usaha-

usaha Malaysia untuk membasmi pembalakan haram dalam negara seterusnya memusnahkan

reputasi kayu dan produk-produk kayunya. Berikutan tindakan Indonesia mengharamkan

eksport kayu balak bulat pada Oktober 2001 untuk memerangi masalah pembalakan haram di

negara itu, Malaysia pula mengharamkan import kayu balak dari negara tersebut pada 25 Jun

2002.

Untuk menunjukkan kesungguhan dalam membanteras kemasukan kayu balak Indonesia,

Malaysia telah memperkukuhkan usaha penguatkuasaan dan mengetatkan ruangan yang boleh

menggugat perlaksanaan pengharaman itu dengan mengharamkan import ‘roughly squared

logs’ atau ‘Large Scantlings and Squares (LSS)’ dengan keratan rentas melebihi 60 inci

persegi pada 1 Jun 2003. Beberapa langkah lagi telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan

penguatkuasaan dan mencegah penyeludupan terutamanya di sepanjang sempadan dan

pesisiran pantai. Antaranya ialah dengan membuat pemeriksaan yang kerap dan melawat

pelabuhan serta jeti-jeti persendirian yang terletak bersama-sama dengan pasukan Kastam

Diraja Malaysia dan Penguasa Pelabuhan Malaysia. Prosedur dalam pengeluaran lesen juga

telah diperketatkan, termasuklah dengan mengenakan syarat kepada para pengimport kayu

balak untuk menunjukkan bukti sumber-sumber kayu yang sahih selain dari Indonesia.

Dengan ada usaha yang berterusan ini diharapkan kawasan hutan dapat dikekalkan dan sudah

tentu habitat flora dan fauna dapat dipulihara.

11

Page 12: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

6.3 Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam

sekitar dalam perancangan dan pembangunan dipertingkatkan. Usaha untuk meningkat

kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan.

Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk

menggabung 18 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan

mengukuh kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan kesedaran

terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas

kepada Kerajaan. Bagi menggalak pihak berkuasa tempatan mengguna pakai amalan mesra

alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada tahun 2005 dan

Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut.

Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan

terpakai, mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan

amalan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan

penggunaan sumber semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk. Pelajar sekolah boleh

diajak mengikuti program kitar semula dengan mengadakan pertandingan kitar semula

mengumpul kertas, tin aluminium dan botol plastik untuk dijual dan wang jualan dijadikan

dana kelas. Program ini tentu mengujakan pelajar di samping diterapkan nilai sayangkan alam

sekitar. Pertandingan kuiz, syarahan dan pidato berkaitan pemuliharaan dan pemeliharan alam

sekitar juga boleh diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar.

Kempen melalui media masa dan media cetak dapat memberi kesedaran menjaga kebersihan.

kempen yang berterusan diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam

sekitar.

7.0 Kesimpulan

Kepupusan flora dan fauna bermakna alam sekitar negara kita juga turut musnah.

Pembangunan memang tidak dinafikan amat penting untuk kemajuan negara namun harus

mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. Semua pihak harus bekerjasama dan

bertanggungjawab memelihara alam sekitar kita yang indah. Kehidupan tidak akan sempurna

12

Page 13: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

tanpa flora dan fauna di sekeliling kita. Semua pihak harus sedar kepupusan flora bermakna

kualiti udara yang kita sedut juga akan tercemar.

Pemuliharan dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa menjadi agenda utama negara. Walaupun

negara kita antara pengeluar kayu balak dan juga penanam kelapa sawit utama dunia, kerajaan

tidak mengabaikan aspek pemuliharan dan pemeliharaan hutan. Dalam tempoh Rancangan

Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan dan

pembangunan dipertingkatkan. Usaha ini membolehkan pelaksanaan pengurusan alam sekitar

dan sumber asli yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Keupayaan institusi dan rangka kerja

kawal selia diperkukuh serta pendekatan dan instrumen perancangan baru diperkenal. Usaha

mempromosi pembangunan mampan telah menempatkan Malaysia di kedudukan ke-38 di

kalangan 146 negara di dunia dan kedua di Asia dari segi kemampanan alam sekitar. Di

samping itu, Kajian Indeks Prestasi Alam Sekitar meletakkan Malaysia di kedudukan

kesembilan daripada 133 negara dari segi usaha untuk mengurangkan tekanan persekitaran ke

atas kesihatan manusia dan memelihara daya hidup ekosistem.

13

Page 14: Assigment HBPE3203 Pendidikan Luar

RUJUKAN

Abdul Latif Mohamad & Norhayati Ahmad (2010). Pemuliharaan dan Kepelbagaian Biologi untuk pembangunan Eko Pelancongan di Langkawi Geopark. Dicapai pada 1 Mac 2012 dari www.ukm.my/penerbit/akademika/.../jademik80-lock-Bab4.pdf.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (2007). Laporan Tahunan 2007. Dicapai pada 1 Mac 2012 dari www.frim.gov.my/v1/download/annualreport/AR07.pdf.

Jabatan Alam Sekitar (2006).Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9 /bahasa/Bab22.pdf.

Jabatan Alam Sekitar (2009). Ke Arah Generasi Lestari. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.apps.doe.gov.my/portal_efiles/e.../view.php?file.../Era.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (2003). Alam Semulajadi. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.wildlife.sabah.gov.my/edu/.../Marin%20LAYOUT(N).pdf.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Melati Mohd Ariff ( 2011, Mac 21). Khazanah Hari Hutan Sedunia. Dicapai pada 3 Mac 2012 dari www.waterwatchpenang.org/C/Forest+and+Water.

Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.

Jamili Nais (2004). Rafflesia. Bunga Terbesar di Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.

Ebin bin Yusof (1981, July). A Review Of The Malayan Seladang: Kuala Lumpur.Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara. Dicapai pada 3 mac 2012 dari www.wildlife.gov.my/.../AReviewOfMalay.

14