pendidikan luar 3

34
TUGASAN A Pendidikan luar 1.0 PENGENALAN Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2009). Pendidikan luar merupakan suatu bidang pendidikan yang unik kerana ia adalah gabungan antara proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teori dan praktikal di alam sekitar. Terdapat beberapa pemahaman atau definisi terhadap pendidikan luar. Tetapi secara luhurnya, Brookes mengatakan pendidikan luar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan masa dan tempat (Abu Bakar Sidek, 2004). Demi membantu menjelaskan apakah yang difahamkan dengan pendidikan luar, beberapa definisi telah diberikan. Namun, definisi-definisi tersebut perlu diawasi kerana definisi-definisi pendidikan luar boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah. Definisi pendidikan luar boleh dibahagikan kepada dua; definisi

Upload: redzallica

Post on 28-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan luar 3

TUGASAN A

Pendidikan luar

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian

masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan

semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak

institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktiviti rekreasi

seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2009).

Pendidikan luar merupakan suatu bidang pendidikan yang unik kerana ia adalah

gabungan antara proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teori dan praktikal di

alam sekitar. Terdapat beberapa pemahaman atau definisi terhadap pendidikan luar. Tetapi

secara luhurnya, Brookes mengatakan pendidikan luar merupakan sesuatu yang berkaitan

dengan masa dan tempat (Abu Bakar Sidek, 2004). Demi membantu menjelaskan apakah

yang difahamkan dengan pendidikan luar, beberapa definisi telah diberikan. Namun, definisi-

definisi tersebut perlu diawasi kerana definisi-definisi pendidikan luar boleh berubah dan

bertukar mengikut zaman dan wilayah. Definisi pendidikan luar boleh dibahagikan kepada

dua; definisi berkaitan dengan psiko-sosial dan definisi berkaitan peranan alam persekitaran.

2.0 DEFINISI

Secara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan luar

bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan

pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson & Masters,

1972). Manakala Knapp (1990), mendefinisikan pendidikan luar sebagai penggunaan sumber

di luar kelas untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Definisi lain menyatakan

pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan (Priest,

1986). Selain itu Gair (1997), mendefinisikan pendidikan luar sebagai meliputi sebarang

aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka samada di bandar atau di pedalaman. Walau

bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak. Ramai pengkaji percaya

Page 2: Pendidikan luar 3

yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam semulajadi sahaja tetapi juga

kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et al, 1972; petikan dari Md Amin, 2003;

m.s. 21). Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan idea dalam

mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji bersetuju yang proses

pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman

Salah satu contoh definisi pendidikan luar yang berkaitan dengan psiko-sosial ialah

daripada Neill yang mengatakan pendidikan luar sebagai “…satu istilah yang mempunyai

maksud yang berlainan kepada manusia, tamadun dan organisasi. Tema yang sama meliputi

penekaan ke atas pengalaman terus di alam luar untuk mencapai matlamat kendiri, matlamat

sosial, pendidikan, pemulihan serta persekitaraan..” (Abu Bakar Sidek, 2004). Contoh definisi

bagi pendidikan luar yang berkaitan dengan peranan alam persekitaran ialah seperti yang

diberikan oleh Lund, di mana beliau mengatakan pendidikan luar sebagai suatu “…kaedah

pembelajaran melalui pengalaman dengan mengaplikasikan kesemua deria panca indera. Ia

berlaku, terutamanya melalui pendedahan kepada persekitaraan semula jadi. Dalam

pendidikan luar penekanan untuk subjek yang dipelajari ke atas perkaitan antara manusia dan

sumber alam” (Abu Bakar Sidek, 2004).

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber

luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990).

Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan

pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan.

Dalam dunia pendidikan, ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Definisi lain yang

diberikan oleh beliau tentang pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran

dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka

sama ada di bandar atau di pedalaman.

Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait

rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan

dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi

bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah.

1

Page 3: Pendidikan luar 3

Definisi Pendidikan Luar Yang Berkait Definisi Pendidikan Luar Yang

Dengan Psiko-sosialmementingkan peranan alam persekitaran

Pendidikan luar merupakan ………… Pendidikan luar ialah ......................“aplikasi pengalaman di alam luar “pendidikan DALAM, UNTUK, danuntuk mendidik dan pembangunan MENGENAI alam luar” (Donaldson &‘insan’.” (The Outdoor Institute) Donaldson,1958, Outdoor Education :

A definition , JOPER,29(17),63)Pendidikan luar ………. “menarik Pendidikan luar merupakan ……………

perhatian kepada penggunaan deria –“pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan

audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau - ‘untuk’ alam sekitar.untuk pemerhatian dan pemahaman”(C.A.Lewis 1975, The Administration OfOutdoor Education Programs, Dubuque (Phyllis Ford, 1986)IA, Kendall-Hunt)Pendidikan luar …… “menyentuh

Pendidikan luar ialan …….. sekumpulan

ketiga-tiga domain pembelajaran yang Kecil manusia yang menyertai aktiviti-terdiri daripada ‘pengetahuan, aktiviti “adventure” yang terancang dikemahiran, dan sikap’ (Phyllis Ford,1981, dalam suasana semula jadi dan

Principles dan Practices ofmenjadikan diri sendiri sebagai sumber

Outdoor/Environmantal Education, New utama untuk menyelesaikan masalah.York, Wiley) (Neill 2003)Pendidikan luar ialah ……… “satu Pendidikan luar ialah ………. “suatuperantaraan yang memberi peluang perkara yang mempunyai perkaitan.untuk pendidikan tak formal mengenai Perkaitan tersebut mengenai bukanperkembangan kendiri dan sosial untuk

sahaja sumber semula jadi , tetapi juga

individu dan masyarakat”(Outdoor manusia dan masyarakat”.(SimonEdinburgh) Preist,1986, Redefining Outdoor

Education, Journal of EnvironmentalEducation, 17 (3) 13)

Pendidikan Luar…. “satu istilah yangPendidikan Luar …..…. “kaedah

mempunyai maksud yang berlainan pembelajaran melalui pengalaman

kepada manusia, tamadun dandengan mengaplikasikan kesemua deria

organisasi. Tema yang sama meliputi panca indera. Ia berlaku, terutamanya

penekaan ke atas pengalaman terus dimelalui pendedahan kepada persekitaraan

alam luar untuk mencapai matlamat semula jadi. Dalam pendidikan luarkendiri, sosial, pendidikan, penekanan untuk subjek yang

Page 4: Pendidikan luar 3

matlamat dipelajaripemulihan serta persekitaraan”. ke atas perkaitan antara manusia dan

(Neill 2003) sumber alam”. (Lund 2002)

Pendidikan Luar………. “suatu caraPendidikan Luar …..….. “satu fenomena

pengkayaan kurikulum, di mana proses pengalaman pendidikan antarabangsa

pembelajaran berlaku di alam luar.yang melibatkan manusia dalam aktiviti

Pendidikan luar merangkumi merbahaya bagi meningkatkan

pendidikan persekitaraan, pendidikankesejahteraan individu, masyarakat dan

konservasi, pendidikan cabaran, persekitaraan”.perkhemahan sekolah, terapi alam (Neill 2002)semula jadi dan beberapa aspek

rekreasi luar”.(Edward Leppain 2000)

Secara keseluruhannya, pendidikan luar ialah satu cabang falsafah pendidikan yang

berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman (experiental learning), kerap dilaksanakan di

alam semula jadi dan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak seperti berkayak, mendaki gunung,

dan berenang sebagai medium membina kemahiran insaniah (Md Amin, Azlizam, & Jaffry, 2011).

Menurut kepada Knapp (seperti yang diungkap oleh Mazuki et al, 2008), pendidikan luar boleh

didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai

matlamat dan objektif pendidikan. Ia merupakan suatu aktiviti menarik di mana ia boleh dijalankan

dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial, dan aktiviti ibadat selain untuk pendidikan.

Dalam dunia moden, ia boleh dikatakan sebagai merentas pendidikan.

Page 5: Pendidikan luar 3

3.0 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era Moden

Dalam masyarakat primitif, pendidikan luar dan sukan merupakan satu aspek yang amat mustahak

dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan

kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang

berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan

kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.

Tidak jelas bila pendidikan luar bermula -- tidak terdapat dokumentasi yang menyatakan

hal ini. Mungkin kewujudan manusia itu sendiri yang memberi gambaran bahawa pendidikan

luar sudah ada. Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya

kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak

manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini.

Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi

dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah.

Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal

tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang

kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership

School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project Adventure dan NOLS

menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga kini.

Page 6: Pendidikan luar 3

PENDIDIKAN LUAR DI ZAMAN PURBA

Namun menurut shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak Zaman kuno lagi,

yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula

untuk mendapat makanan amat penting sejak Zaman awal kewujudan manusia. Manusia Zaman

purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka juga tinggal di gua dan

kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak

Zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut Zaman itu. Corak latihan Zaman

purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak

dilihat merupakan permulaan pendidikan luar.

PENDIDIKAN LUAR ERA MODEN

Pada tahun 1907 Lord Badan Powell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah

menganjurkan bayak program Pendidikan Luar. Di peringkat awal program Pendidikan Luar

lebih tertumpu kepada kekuatan fiZikal, kemahiran perkhemaha dan displin dalam persatuan

serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program Pendidika Luar dianjurkan oleh

badan-badan berunifom contohnya pengakap dan pandu puteri.

Tentatif program Pendidikan Luar

Masa aktiviti

8.00 pagi – 8.30 pagi - menyiapkan tempat perkhemahan8.30 pagi – 9.00 pagi - taklimat tentang aktiviti program9.00 pagi – 9.30 pagi - Makan pagi9.30 pagi – 10.30pagi - Kayak

- Pengenalan Kayak- Anatomi Kayak- Demonstrasi teknik berkayak

10.30pagi –- Demonstrasi ‘Capside’

- Amali ‘Capside’ secara berpasangan1.30tengahari- Ekspedisi Kayak

Page 7: Pendidikan luar 3

- Pulang ke tapak perkhemahan

1.30 – 2.30 tengahari- Rehat dan makan tengahari

2.30 – 5.30 petang- Pengenalan ‘Abseiling’

- Pengenalan peralatan- Peraturan ketika ‘Abseiling’- Melakukan Abseiling

5.30 – 6.00 petang- Minum petang

6.00 – 7.00 malam- Persiapan Malam Kebudayaan-setiap kumpulan membuat latihan

7.00 – 8.30 malam- Rehat- Persiapan ‘BBQ’

8.30 – 11.00 malam- Persembahan Malam Kebudayaan- Karaoke- ‘BBQ’

Page 8: Pendidikan luar 3

6.00 – 6.30 pagi - Persiapan diri6.30 – 7.30 pagi - Senaman pagi7.30 – 8.00 pagi - Kudapan pagi

8.00 – 9.00 pagi - ‘Orienteering’- Pengenalan sukan ‘Orienteering’- Anatomi Kompas- Bagaimana membaca bearing kompas dan peta

9.00 – 12.00 - Pertandingan ‘Orienteering’- Jarak sejauh 5km

- Secara berkumpulan12.00 – 2.00 ptg

- Rehat- Kudapan tengahari

2.00 – 4.00 ptg- Sesi refleksi

- Refleksi secara individu dan berkumpulan- Majlis Penutup

4.00 – 5.00 ptg - Sesi bergambar

- Mengemas barang- Menyimpan khemah- Menyimpan barang perkhemahan- Mengemas tapak perkhemahan

Page 9: Pendidikan luar 3

PERKHEMAHAN

Page 10: Pendidikan luar 3
Page 11: Pendidikan luar 3
Page 12: Pendidikan luar 3
Page 13: Pendidikan luar 3
Page 14: Pendidikan luar 3
Page 15: Pendidikan luar 3
Page 16: Pendidikan luar 3
Page 17: Pendidikan luar 3
Page 18: Pendidikan luar 3
Page 19: Pendidikan luar 3
Page 20: Pendidikan luar 3
Page 21: Pendidikan luar 3
Page 22: Pendidikan luar 3
Page 23: Pendidikan luar 3
Page 24: Pendidikan luar 3
Page 25: Pendidikan luar 3
Page 26: Pendidikan luar 3

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-

jasmani.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-

jasmani.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-

jasmani.html

Page 27: Pendidikan luar 3
Page 28: Pendidikan luar 3
Page 29: Pendidikan luar 3
Page 30: Pendidikan luar 3

Ibrahim, A. B. (2004). Pendidikan luar- Satu pendekatan. Kuala Lumpur: UPSI.

Md Amin Md Taff, A. A. (2011). Kerelevenan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di

Malaysia. AJTLHE , 3, 11-27.

Yasim, M. b. (2008). Kesan perkhemahan pendidikan luar terhadap kesepaduan kumpulan. Johor Bahru:

Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga.