definisi pendidikan luar
DESCRIPTION
pendahuluanTRANSCRIPT
1.0 Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan luar merupakan satu pendidikan secara terus yang melibatkan alam semulajadi.
Berdasarkan Mohd Taib Harun dan Norlena, Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi
diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan golongan tenaga manusia yang profesional
dalam bidang Sukan dan Rekreasi.
Ford (1981) merumuskan penglibatan dalam penggunaan persekitaran bagi mencapai
pengajaran dan pembelajaran dalam ‘existing curicular’ bagi memperkembangkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap digunakan secara bijaksana dalam kegiatan kesenggangan.
Knapp (1989) mendefinisikan pendidikan luar sebagai penggunaan sumber luar dari
bilik darjah yang formal bagi mencapai objektif pendidikan.
Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait
rapat dengan masa dan tempat dalam kenyataannya dalam satu diskusi pada Hari
Kokurikulum 2004 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah
menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai:
"Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu.
Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengalaman
dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental,
rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke
arah kesepaduan nasional".
Persekitaran luar bukan hanya tempat untuk kita berpeluh, namun para pendidik,
jurutera, arkitek bersetuju dan menyokong idea yang mana ruang bermain luar dapat memberi
ruang kepada pertumbuhan dan pembelajaran sehingga ketahap maksimum (CCRU, 2008).
Oleh hal demikian, apabila ia digunakan dengan baik dapatlah dijadikan tempat untuk
menyiasat, menyelongkar serta interaksi sosial turut berlaku secara langsung.
1
1.1 Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Zaman Purba dan Era Moden
Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi
dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah
(Abu Bakar Sidek, 2004). Berdasarkan kenyataannya semasa diskusi pada Hari Kokurikulum
Universiti Pendidikan Sultan Idris, barangkali pendidikan luar berlaku bermula sejak
kewujudan manusia.
Walau bagaimanapun, apabila tertubuhnya satu pergerakan Outward Bound di
Colorado, permulaan pendidikan luar secara tidak formal telah bermula (Neil, 2004).
Seterusnya ia berkembang melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor
Leadership School (1974). Sehingga kini, pertubuhan dan projek berikut telah menjadi tiga
badan utama dalam pendidikan luar.
2
MASA
HARI7.00 – 9.00 09.00 – 12.00 12.00 – 02.00 02.00 – 05.00 05.00 – 06.30 06.30 -09.00 09.00 – 11.00
SABTU
(3 APRIL
2014)
PERJALANAN
KE TAMAN
REHLAH
PENGURUSAN
TAPAK
PERKHEMAHAN
TAKLIMAT
UJIAN
AMALI
MAKAN
TENGAHARI,
PENGURUSAN
DIRI & SOLAT
AKTIVITI 1:
ABSEILING
AKTIVITI 2:
ORIENTEERING
PENGURUSAN
DIRI SOLAT,
KULIAH
MAGHRIB DAN
MAKAN
MALAM
DINAMIKA
KUMPULAN
MASA
HARI
05.30 – 8.00 08.00 – 12.00 12.00 – 02.00 02.00 – 03.00 03.00 – 04.30 04.30 -05.00 05.00 – 06.30
AHAD
(4 APRIL
2014)
SOLAT SUBUH
& TAZKIRAH/
KEROHANIAN,
SENAMAN
PAGI &
SARAPAN
AKTIVITI 3:
KAYAK
MAKAN
TENGAHARI,
PENGURUSAN
DIRI & SOLAT
AKTIVITI 4:
KEMBARA,
KAJIAN FLORA
&
FAUNA/KAJIAN
EMPIRIKAL &
IKHTIAR
HIDUP
MAJLIS
PENUTUP
MENGEMAS
ALATAN,
PENGURUSAN
ALATAN &
BREAK CAMP
PERJALANAN
PULANG KE
SEKOLAH
2.0 Contoh Jadual Pelaksanaan Aktiviti Amali Pendidikan Luar 2014
3
4
2.1 Justifikasi Cadangan Aktiviti Pendidikan Luar
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan semalam aktiviti pendidikan luar.
Antaranya seperti berikut:
2.2 Perkhemahan
Aktiviti yang popular dalam pendidikan luar adalah aktiviti perkhemahan, secara umumnya
didefinisikan sebagai kandungan komuniti yang hidup bersama sebagaimana dirancang dalam
aturan kurikulum pendidikan luar (Meier & Mitchell, 1993). Mittelstaedt, Sanker dan
VanderVeer (1999), mendefinisikan perkhemahan sebagai pengalaman yang mana pelajar
tinggal di kem dan bermalam untuk dua hari atau lebih. Hammerman dan Hammerman
(2001), menyatakan perkhemahan turut mewujudkan perhubungan yang lebih erat di antara
pelajar dan guru.
Kajian peningkatan penglibatan sekolah-sekolah dalam menyediakan pengalaman
perkhemahan kepada pelajarnya menjadikan tugas guru pendidikan jasmani sebagai
pemudahcara aktiviti tersebut (Baley and Field, 1976).
2.3 Ikatan Tali
Terdapat lebih kurang 3000 anggaran jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa,
tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar.
Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan iaitu simpulan
dengan menggunakan tali kecil dan sederhana saiznya serta digunakan pada benda kecil dan
sederhana. Contoh simpulan ialah buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
Ikatan pula digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan ialah ikat seraya, ikat
serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Sambat digunakan untuk menyambung dua tali
dan membuat sesuatu peralatan adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat
iaitu sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. Mematikan tali seperti seseorang tidak
menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di
hujungnya. Contohnya lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.
5
2.3.1 .Jenis-jenis Ikatan dan Simpulan
Jenis Ikatan Fungsi Ikatan Rajah Ikatan
Buku Sila Digunakan untuk mengikat kain
pembalut luka, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan untuk
mematikan ikatan barang-barang.
Kedua-dua punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka semula.
Tindih Kasih Simpulan ini digunakan untuk
mengikat leher binatang supaya
tidak terjerut, dan membuat lubang
tali yang tidak terjerut untuk
mengangkat mangsa atau binatang
ke atas seperti kucing terjatuh ke
dalam telaga.
Simpulan
Himpit
(Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk
menyambung tali pada mata kail
dan menyambung tali yang licin.
Bunga Keti Simpulan ini digunakan bagi
menyambung hujung tali yang tidak
sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal.
6
Simpul Belit Simpul belit digunakan bagi
mengikat tali pada tiang, dan
mengikat tali khemah pada
pasaknya.
Ikatan Balak Digunakan bagi mengikat tali pada
kayu atau batang yang besar supaya
tidak licin.
Simpul Manok Simpulan ini akan digunakan
sebagai permulaan untuk mengikat
pada kayu atau sebagainya.
Ikatan Seraya Digunakan untuk membuat
jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan manok
kemudian lilitkan ketat-ketat.
Matikan dengan simpulan manok
juga.
7
Ikatan Serong Digunakan untuk membuat
jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat
balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian
melintang dan matikan dengan
simpulan manok.
Ikatan Silang
Gunting
Mulakan dengan simpulan manok
pada sebarang kayu, kemudian
belitkan pada kedua-dua batang
kayu itu dengan ketat. Akhir sekali
belitkan tali di celah kayu itu
beberapa kali supaya lebih ketat.
Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejek dan
menyambung kayu.
Simpul Pulih Digunakan untuk memendekkan tali
tanpa memotongnya serta untuk
menguatkan tali pada bahagian yang
reput, hendak putus atau rosak.
Simpulan
Pencuri
Digunakan untuk aktiviti mendaki
atau menurun bukit.
8
SIMPUL
KERUSI
Berfungsi untuk menurunkan orang
dari bangunan yang tinggi atau
juram dengan memasukkan tanjul
yang kecil keliling dada dan tanjul
yang besar keliling kaki atau
pelipatan lutut.
2.4 Abseiling
Abseiling adalah teknik yang menggunakan bagi memudahkan kita turun dari tempat yang
tinggi dan memerlukan kemahiran kawalan tangan untuk melancarkan pergerakan. Terdapat
dua jenis abseiling iaitu gaya duduk dan gaya junam. Gaya yang biasa digunakan dan mudah
untuk melaksanakan aktiviti abseiling ialah gaya duduk. Bagi gaya junam, penurunan adalah
kompleks dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Terdapat tiga teknik abseiling iaitu
menuruni bangunan, menuruni cenuram dan menuruni pokok.
Gaya duduk
2.4.1 Peralatan Abseiling
Peralatan Gambar
Full Harness
9
Figure of 8
Karabiner
Tali Karmental Dinamik
Helmet
Sarung Tangan
Sling
Tali Hemps ¼ inci
10
Gri-gri
Juma
2.4.2 Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa melakukan aktiviti ialah memakai
pakaian yang sesuai, tidak memakai barang perhiasan, memeriksa semua barang dengan teliti
sebelum dan selepas digunakan, menguji ikatan selepas digunakan beberapa kali, mematuhi
setiap arahan dan peraturan serta melakukan aktiviti dengan pengawasan pembimbing.
2.5 Orienteering
Orienteering adalah satu cabang pengetahuan berkenaan teknik-teknik pergerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Ia
merupakan satu sukan yang memerlukan imbangan terhadap koordinasi fizikal dan mental
yang baik. Peserta hendaklah mengemudi arah dirinya dari satu titik kawalan yang
ditetapkan kepada yang lain berpandukan peta dan kompas yang diberikan serta ditanda atas
peta dan dipermukaan bumi.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Ia boleh diibaratkan gabungan
antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun serta meliputi pelbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi,
cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh
menggunakan panduan angin untuk menentukan arah.
Walaubagaimanapun, cara ini perlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara
ini bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan
kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat, pergerakan bintang arah ke
11
barat, kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara, pengaliran air mata air ke
sungai dan mengalir terus ke kuala atau laut yang selalunya terdapat perkampungan dan arah
tiupan angin.
2.5.1 Kebaikan Orientering
a) Sukan Untuk Semua
Orienteering boleh dan mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tahap umur,
kecergasan atau jantina..
b) Meningkatkan Kecergasan Fizikal.
Satu acara yang diadakan dikawasan yang beralun adalah amat, mendaki atau menuruni cerun
dan kadang kala terpaksa meredah di kawasan yang tidak rata atau berpaya. Aktiviti ini
membantu menguatkakan kaki, sistem degupan jantung dan meningkatkan stamina serta
ketahanan.
c) Meningkatkan Kecergasan Mental dan Daya Tumpuan
Orienteering merupakan satu aktiviti menyelesaikan masalah navigasi ketika berlari. Bukan
sahaja anda berlari, malah anda perlu untuk berfikir untuk menentukan laluan yang terbaik
dan mencari kedudukan titik kawalan. Di dalam keadaan tertentu juga, ketika anda berlari
menuruni cerun, anda perlu mengawal langkah anda untuk mengelak dari tersepak akar-akar
kayu, lubang-lubang atau batu-batu dan di masa yang sama anda perlu menentukan hala
laluan pergerakkan supaya tidak terpesong atau pun tersesat. Kesemua aktiviti ini yang anda
lakukan serentak merupakan satu latihan yang baik bagi minda dan kodinasi deria
terutamanya kodinasi antara mata dan kaki.
d) Memberi Cabaran dan Keseronokan.
Peserta akan melalui kawasan rata atau yang terbuka sehinggalah pendakian cerun yang
curam lagi licin, terpaksa meredah hutan atau merentasi kawasan berpaya. Dapat
dibayangkan bagaimana seseorang berjaya mengatasi keadaan-keadaan yang merumitkan
tetapi apabila tiba di distinasi yang dituju, penanda kawalan tidak ditemui dan mungkinkah
kita tersesat? Inilah cabarannya, namun setiap kali apabila anda tiba di titik kawalan dan
12
menemui penanda kawalan, satu kepuasan dan keseronakkan sudah tentu akan timbul di
dalam diri anda. Lebih menyeronokkan lagi jika berjaya menemui kesemua penanda-penanda
kawalan dan mengharungi cabaran-cabaran di sepanjang laluan.
e) Membina Keyakinan Diri dan Sikap Positif.
Perlu melakukan sendiri dengan membaca peta, menggunakan kompas dan menentukan
laluan yang anda fikirkan terbaik bahkan akan berlari seorang diri. Pastinya peserta akan
cuba sebaik mungkin untuk mencari dan menemui kesemua penanda kawalan. Peserta juga
cuba mengatasi segala halangan dan tetap meneruskan pergerakkan walaupun menghadapi
keadaan yang mencurigakan. Sentiasa yakin boleh merupakan satu sikap positif yang dibina
melalui penyertaan acara-acara orienteering dan akan membuatkan kita lebih berkeyakinan
untuk menghadapi apa jua cabaran dan masalah.
f) Persekitaran Yang Sihat.
Orienteering lazimnya dijalankan di kawasan taman dan hutan kecuali bagi acara orienteering
jalanraya. Bagi acara yang dibuat di kawasan taman atau hutan, keadaan dan persekitaran
sudah tentunya nyaman, udara yang bersih dan tenang.
g) Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta dan Kompas.
Orienteering memerlukan anda membaca peta dengan baik dan dibantu oleh kompas dagi
memudahkan anda mencari titik kawalan. Ini secara tidak langsung membantu anda
meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas setiap kali anda menyertai orienteering.
Kemahiran ini turut berguna kepada anda untuk mencari jalan atau tempat atau menyesuaikan
diri apabila tiba di suatu tempat yang baru.
Kemahiran membaca peta juga turut memudahkan anda menyertai lain-lain aktiviti
seperti perkhemahan, mengembara dan mendaki kerana aktiviti-aktiviti seperti yang
disebutkan turut memerlukan penggunaan peta dan kompas.
h) Memupuk Sifat Keberanian dan Ketenangan di Dalam Keadaan Cemas.
Apabila berlaku keadaan yang mencemaskan, tindakan yang awal yang perlu dilakukan
adalah bertenang dan jangan panik. Walau bagai mana pun bertenang dalam keadaan cemas
dan berani menghadapi sebarang kemungkinan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk di
buat secara spontan tetapi ianya memerlukan latihan
13
2.6 Kayak
Objektif bagi aktiviti kayak ialah memahami dan mempelajari kemahiran dan teknik
berkayak secara sistematik. Kedua ialah mengenali jenis kayak dan penggunaannya.
Seterusnya menyelaras prosedur melaksanakan semua aktiviti yang berkaitan kayak dan
menetapkan prosedur keselamatan. sebelum,semasa dan selepas menjalankan aktiviti dengan
selamat. Kayak merupakan pengangkutan air dan merupakan alat keperluan harian zaman
dahulu. Ia digunakan oleh penduduk-penduduk Eropah, Asia dan Afrika. Kayak dihasilakn
daripada pokok, paip, kulit, kanvas, simen dan plastik. Kayak Eskimo dan Canadian Canoe
atau dugout kini dikenali sebagai kenu.
2.7 Kembara/Kajian emperikal/Ikhtiar Hidup
Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar.
Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini
merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha
untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan
keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai
usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup
ketika menghadapi sesuatu ancaman.
Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan
oleh seseorang. Situasi ikhtiar hidup seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman,
ancaman binatang buas dan masalah perlindungan. Ia dapat dicegah daripada berlaku melalui
perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti. Persediaan mental iaitu pengetahuan
tentang ikhtiar hidup. Dari segi fizikal iaitu kecergasan dan ketahanan tubuh badan. Teknik
pula berkait dengan kemahiran ikhtiar hidup serta material berkenaan peralatan, pakaian dan
bekalan.
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu
perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam
kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran
dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang
yang terlibat dalam kegiatan luar.
2.8 Pendidikan konservasi
14
Menurut Kamus Dewan, pendidikan adalah kaedah mendidik untuk membentuk perubahan
dalam pemikiran dan cara hidup. Alam semula jadi-alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek
yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi. Oleh itu, pendidikan
konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga
dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan. Pendidikan konservasi merupakan
salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat
terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar.
2.8.1 Objektif pendidikan konservasi
a) Kesedaran
Membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula
jadi.
b) Pengetahuan
Memberi pengetahuan asas terhadap kepentingan serta masalah dan krisis
alam semula jadi.
c) Sikap
Melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta
bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi.
d) Kemahiran
Melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam
semula jadi.
e) Kebolehan Menilai
Membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira
faktor persekitaran dalam semua tindakan.
f) Bekerjasama
Melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar
g) Sikap Menghargai
Memupuk sikap menghargai hutan dengan menganggap hutan sebagai
khazanah yang paling berharga.
15
Menikmati keindahan alam dan menyedari akan kepentingan alam semula
jadi.
Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang untuk
menikmati keindahan hutan yang hijau.
h) Berani
Bersedia dan sanggup melakukan sebarang aktiviti pencegahan pada bila-bila
masa.
Tabah menghadapi cabaran akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar.
2.8.2 Prinsip-prinsip Konservasi Dalam Pendidikan Luar
a) Prinsip Rendah Diri
Kita perlu menanam perasaan rendah diri tentang kebesaran Pencipta di dalam
jiwa.
Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurniaNya.
Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta
alam semula jadi dan perlu memeliharanya.
b) Prinsip Bekerjasama
Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan dapat menyelesaikan
masalah alam semula jadi.
Merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar.
Contohnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perkhemahan.
16
c) Prindip Menghormati Alam Sekitar
Menghormati alam semula jadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup
dengan memelihara alam sekitar.
d) Prinsip Kehidupan Seimbang
Sentiasa mengimbangi antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar.
Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar.
e) Prinsip Mementingkan Kemampanan Ekosistem
Mementingkan kemapanan ekosistem dengan tidak mengganggu ekosistem
alam semula jadi.
Sensitif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem
daripada pelbagai pihak.
17
f) Prinsip Mengekalkan Kehidupan Liar dan Kepelbagaian Hidup
Mengekalkan hidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ke tempat
lain.
Memegang teguh prinsip ‘melihat tanpa mengganggu’ dalam aktiviti yang
dijalankan dan kehidupan seharian.
g) Prinsip Kerosakan Minima
Sentiasa mencuba untuk mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan
menggunakan ketika perlu sahaja.
Sentiasa memikirkan cara, corak hidup atau alternatif lain sebelum
menggunakan atau mengganggu alam sekitar.
h) Prinsip Perubahan Berterusan
Bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan dalam menjaga dan memulihkan
alam sekitar.
i) Prinsip Ekonomi Bukanlah Segala-galanya
18
FaunaFlora
Contoh racun serangga.
Menanam kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan
alam sekitar, kita akan mendapat kerugian pada esok hari.
Sedar bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau dibeli dengan wang
ringgit.
j) Prinsip Mengikut Hak Mereka Yang Belum Lahir atau Hak Generasi Akan Datang
Menyedari alam semula jadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan
nenek moyang kita.
Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar.
Tanamkan kesedaran dalam diri bahawa generasi akan datang berhak
merasakan nikmat alam semula jadi.
k) Prinsip Kesederhanaan
Perlu bersederhana dalam menggunakan hasil alam semula jadi tanpa
membazir.
Bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan alam
sekitar.
l) Prinsip Tanggungjawab Setiap Individu
Perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama dalam menjaga alam semula
jadi.
Memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab dalam
pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik.
19
ALAM SEKITAR YANG TERPELIHARAPEMBAGUNAN
Jangan merosakkan papan kenyataan yang diletakkan di hutan, taman dan
sebagainya.
m) Prinsip Perlindungan dan Pemulihan Ekosistem
Sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam
sekitar.
Sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada kemusnahan alam
sekitar.
n) Prinsip Etika Melebihi Hukum
Selesaikan masalah alam sekitar secara beretika dan berdisiplin.
o) Prinsip Mengalami dan Menghayati
Menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti berlandaskan
alam sekitar.
Menyertai dan mengalami sendiri usaha untuk menjaga dan memulihkan alam
sekitar.
p) Prinsip Mencintai Persekitaran
Mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan sewenang-
wenangnya.
Menyayangi binatang dan tumbuhan.
Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup.
3.0 Kesimpulan
Oleh hal demikian, aktiviti yang dirancangkan ini dapat membantu pelajar agar lebih peka
terhadap alam sekeliling mereka. Ia juga dapat mengaitkan antara manusia dan alam sekitar.
Pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Penerapan sikap
20
bekerjasama antara murid-murid bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Secara tidak
langsung, murid dan guru mendapat faedah berdasarkan pengalaman pembelajaran bersama
ini. Murid juga memperoleh keseronokan ketika melaksanakan aktiviti.
21