nota exam bmm3114

Click here to load reader

Post on 27-Apr-2017

238 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA

Konsep Budaya

Kamus Dewan :

Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dari sudut etimologi ;

Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya.

budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia.

daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

Pandangan Inggeris ;

Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan pemikiran mereka yang berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut.

Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture.

Pandangan Bahasa Arab ;

Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan

al-thaqafah. Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan kecerdikan.

Thomas J.Sullivan (1993) :

Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang

Lucy Mair :

Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama.

Taib Osman (1988) :

Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1 kelompok manusia.

Kandungan (elemen)

Budaya Material

Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.

Contoh ;

keris : alat kebesaran bagi raja/lambang kekuasaan/kedaulatan. orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

Budaya Bukan Material

Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.

Contoh ;

setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza seperti dalam perkahwinan masyarakat Melayu iaitu pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

dalam masyarakat Melayu juga ada adat pepatih & adat temenggung.

Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum & peraturan yang harus dipatuhi.

Istiadat: cara2/ peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan/resam.

TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA

DEFINISI SECARA UMUM

Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya

Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama

Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.

Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia.

DARI SUDUT ETIMOLOGI

Perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya.

Kalimah budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

DARI PANDANGAN INGGERIS

Istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture.

KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA

Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari budi dan daya serta bahasa Arab al-thaqafah lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang berhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia. Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, culture yang merujuk kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti pertanian. Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture.

Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal.

Proses internal (dalaman) bersumberkan budi ataupun kecerdikan akal yang menjana proses eksternal yang berasaskan daya ataupun tenaga manusia sebagai momentum dalam mengatur urusan hidupan harian bermasyarakat.

KANDUNGAN (ELEMEN)

BUDAYA MATERIAL

Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya.

Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo

BUDAYA BUKAN MATERIAL

kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.

Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

CIRI-CIRI BUDAYA

Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

iii. Umur seseorang.

iv. Tahap pendidikan

v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Perkongsian

Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Kesejagatan

Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

iii. sistem sosial.

iv. Bahasa

v. kesenian.

vi. sistem pengetahuan.

vii. agama dan kepercayaan.

Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.

Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat

ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.

iv. pertembungan budaya.

v. konflik yang berlaku.

vi. perubahan alam sekitar.

Perlambangan

Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendukungnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.

Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan Semesta

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

AKOMODASI Sedar perbezaan budaya. Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan harmoni A + B + C = A + B + CAKULTURASI Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal. Berlaku proses pinjaman tali leher, angpow, makanan, hiburan A + B + C = Ai + Bi + Ci

ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan Contoh : masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya A + B + C = A

TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT

DEFINISI MASYARAKAT

Ralph Linton, 1936 :

Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960 :

Masyarakat ialah manusia yang hidup