bmm3114 budaya

47
1.0 Pengenalan Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang- pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu semakin berkembang maju. Secara tidak langsung telah menggalakkan lagi kedatangan pedagang daripada luar negara. Hasilnya pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India. 2.0 Konsep dan Definisi Budaya

Upload: izzudin-abdullah

Post on 25-Nov-2015

150 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

asaimen mengenai budaya material dan bukan material

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu semakin berkembang maju. Secara tidak langsung telah menggalakkan lagi kedatangan pedagang daripada luar negara. Hasilnya pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India.2.0Konsep dan Definisi BudayaPengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut pengkaji. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya.

Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayuiaitu; Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang terima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama.

Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

2.1 Akulturasi:Akulturasi merupakan perpaduan dua budaya. Kedua-dua unsur kebudayaan yang bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi tetapi tidak menghilangkan unsur asli kedua-dua kebudayaan tersebut. Perpaduan antara kebudayaan yang berbeza ini berlangsung dengan damai dan serasi. Akulturasi ialah suatu proses sosial. Suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis rasmi.Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk suatu masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.2.2 Asimilasi:Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan, kepercayaan atau agama.

2.3 Akomodasi:

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C merujuk kepada budaya.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

3.0 Ciri-Ciri BudayaMasyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:a. Bersifat dinamikKebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan. b. Menerima dan menolak unsur tertentuPenolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama.c. DiwarisiKebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.

d. Proses kesinambungan Kebudayaan mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

4.0Konsep Masyarakat

Ralph Linton, 1936Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 19601. Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam suatu kelompok dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.2. Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.3. Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu generasi di samping mewariskan unsur-unsur tradisi.

Lucy Mair, An Introduction to Anthropology, 1965Masyarakat adalah suatu gagasan yang mengandung manusia yang berhubung bersama secara kolektif melalui hak dan obligasi yang saling mengiktiraf.

Koentjaraningrat, 1970Masyarakat adalah suatu kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

Atan Long, Psikologi Pendidikan, 1980Satu-satu masyarakat itu terdiri daripada individu yang telah hidup dengan saling bertindak semenjak beberapa lama dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup yang meliputi kepercayaan, agama, sikap, pandangan hidup, aspirasi, nilai dan ilmu pengetahuan yang telah diwarisi semenjak turun-temurun sehingga menjadikan kumpulan masyarakat itu mempunyai sifat yang tersendiri berlainan daripada masyarakat yang lain.

Secara umumnya, masyarakat bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Umumnya, istilah masyarakat pada asasnya merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.

4.1 Ciri-Ciri Masyarakat1.Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya.2.Masyarakat ialah komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.3.Anggota masyarakat mempunyai peranan yang tertentu.4.Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut boleh terus berkembang.5.Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan status.6.Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

4.2 Perkembangan MasyarakatAnn Arbor dalam bukunya Cultural Antropology (1986), menghuraikan pendapat ahli antropologi tentang perkembangan masyarakat. Menurut beliau, masyarakat awal sangat mementingkan hubungan dalam masyarakat. Ekonomi mereka bergantung pada perburuan. Hasil perburuan dikongsi bersama-sama. Walaupun seseorang itu kuat dan agresif, dia tidak bersifat dominan. Biasanya lelaki yang berburu manakala wanita dan orang tua tinggal di tempat kediaman. Orang tua diberi layanan yang baik oleh orang muda kerana mereka menganggap bahawa orang tua mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak. Lantaran itu, mereka patut diberi keistimewaan. Ann Arbor turut mengemukakan gagasan Yehudi Cohen dalam bukunya Culture as Adaptation (1974) bahawa masyarakat awal ialah masyarakat pemburu. Satu ciri yang dipunyai oleh masyarakat ini ialah perkongsian hasil yang diperoleh. Masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang mengamalkan pertanian pindah. Alat yang digunakan adalah mudah, misalnya kayu untuk mengorek tanah bagi meletakkan biji benih. Tanah pertanian pula tidak bersifat tetap. Kelompok ini menggunakan cara tebas dan bakar. Tanah yang dibakar ini subur untuk pertanian. Apabila tanah tidak lagi subur, tanah baharu pula dibuka. Yang berikutnya ialah masyarakat pertanian. Masyarakat ini memerlukan tenaga kerja. Penggunaan tanah bagi masyarakat ini adalah lebih luas dan lebih tetap. Dalam hal ini, terdapat sistem perairan, perhumaan dan juga penggunaan haiwan untuk pertanian dan kenderaan. Penanaman padi di sawah dan di lereng-lereng bukit merupakan contoh amalan masyarakat ini. Oleh sebab penggunaan tanah lebih lama dan tetap, pertambahan penduduk berlaku, sekali gus meningkatkan perhubungan antara kelompok atau kumpulan. Hal ini memerlukan peraturan tertentu bagi mengelakkan konflik. Dengan yang demikian, terbinalah sistem politik dalam masyarakat.Di bahagian tertentu, misalnya di Afrika utara, timur tengah, Eropah, dan Asia, terdapat masyarakat yang mengamalkan penternakan haiwan seperti lembu, kambing biri-biri, kambing dan unta. Daripada haiwan ini, mereka memperoleh daging, susu, mentega, dan juga kulit haiwan. Mereka turut melakukan aktiviti pertanian, menangkap ikan, dan perdagangan. Masyarakat seterusnya berkembang kepada masyarakat perindustrian. Masyarakat perindustrian menggunakan teknologi yang lebih canggih.Leslie White, ahli antropologi Amerika yang terkenal pada pertengahan abad ke-20 mempunyai teori tentang evolusi budaya. Beliau beranggapan bahawa teknologi dan inovasi dalam ekonomi merobah masyarakat. Aspek sosial dan politik berubah akibat daripada pertanian. Dengan adanya pertanian, kekayaan, taraf, dan hubungan bentuk baharu timbul dalam kalangan mereka. Terkini, timbul pula masyarakat yang berteknologi tinggi. Masyarakat berteknologi tinggi ini membentuk budaya yang lebih kompleks. Selain teori yang dikemukakan ini, terdapat satu lagi teori yang sangat popular. Pada abad ke-19, model atau teori yang paling popular mengenai perubahan masyarakat ialah evolusi. Menurut pandangan ini, masyarakat manusia terus naik dan naik ke atas dengan tidak terputus-putus. Model evolusi ini banyak dipengaruhi oleh teori Darwin. Ahli sosiologi yang menyokong teori Darwin ialah Herbert Spencer. Beliau mempercayai bahawa evolusi biologi boleh diterapkan kepada evolusi masyarakat. Teori evolusi sangat mempengaruhi cara berfikir para cendekiawan, ahli budaya, ahli undang-undang, ahli falsafah dan lain-lain mengenai beberapa perkara, misalnya tentang asal-usul dan bermulanya peradaban manusia, asal-usul kelompok keluarga, asal bermulanya evolusi konsep hak milik, kepercayaan dan sebagainya. Berbagai-bagai teori tentang evolusi telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh. Pada awalnya terdapat dua orang tokoh yang sangat terkenal dengan teori evolusi klasik iaitu Edward B. Tylor dan Lewis Henry Morgan. Mereka terkenal sebagai ahli antropologi abad ke-19 dan andaian mereka tentang evolusi manusia sangat berpengaruh. Untuk modul ini, hanya teori yang dikemukakan oleh Morgan sahaja yang dijelaskan. Pelajar dikehendaki meneroka maklumat tentang gagasan Tylor untuk melengkapkan pengetahuan.Skema Morgan:L. H. Morgan dalam penulisan karyanya yang sangat terkenal yang bertajuk Ancient Society (1877), mengemukakan satu andaian tentang evolusi masyarakat. Menurut beliau, sejarah manusia mengandungi tiga tahap, iaitu Savagery, Barbarisme dan tahap Tamadun (Civilized). Tahap savagery dan barbarisme dibahagi kepada tiga tahap atau subperiod seperti yang dijelaskan di bawah.

i. Tahap savagery: Rendah Pertengahan Atasii. Tahap barbarisme: Rendah Pertengahan Atasiii. Tahap tamadun.

Bagi tahap savagery rendah, manusia hidup dengan makan buah-buahan dan kekacang tanpa mengenal api. Dalam zaman ini, mereka juga meramu dengan mencari akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan liar. Mereka menggunakan api dan menjadikan ikan sebagai tambahan kepada menu mereka pada peringkat savagery pertengahan. Oleh itu, mereka menambah tugas seharian dengan menangkap ikan. Pada peringkat savagery atas, manusia mendapat busur dan panah untuk kegunaan berburu.

Pada masa barbarisme tahap rendah, periuk belanga telah dibuat. Ini diikuti dengan aktiviti penternakan binatang di Benua Lama dan menanam jagung di Benua Baharu pada tahap barbarisme pertengahan. Seni bina batu juga wujud pada tahap barbarisme pertengahan ini dengan menggunakan batu bata yang dikeringkan oleh cahaya matahari. Alat-alat daripada besi muncul semasa tahap barbarisme tahap atas. Pada tahap tamadun, abjad fonetik dan penulisan mulai dikenali.Menurut Morgan, manusia pertama hidup dalam keadaan kebebasan seks. Ini bermaksud bahawa mereka tidak ada struktur keluarga yang jelas. Perkahwinan dalam kalangan generasi yang sama seperti adik-beradik atau keluarga sedarah dilakukan. Pada tahap seterusnya pula, perkahwinan kelompok masih diteruskan tetapi perkahwinan antara abang dan adik perempuannya dilarang. Pada peringkat ketiga, satu bentuk peralihan antara perkahwinan kumpulan dan monogami, iaitu hal suami atau isteri, boleh menamatkan perkahwinan bila-bila masa dan sekerap yang diingini oleh si suami atau si isteri. Ini bermakna hubungan lelaki dan pasangannya tidak terlalu ketat sifatnya. Isteri boleh menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Tahap keempat pula ialah disebut keluarga kuasa bapa, iaitu satu bentuk kekeluargaan yang meletakkan tampuk kuasa di dalam tangan orang lelaki. Pada tahap ini, peranan lelaki menonjol, iaitu lelaki boleh memiliki seberapa banyak isteri. Tahap yang kelima ialah keluarga monogamian, iaitu ikatan perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita, dan secara progresifnya menyerupai unit keluarga asas moden. Menurut Morgan, dalam lingkungan organisasi sosiopolitik, urutannya bermula dengan dua tahap keluarga: hord perzinaan diikuti dengan suatu bentuk keluarga tersusun kepada beberapa pasangan perkahwinan dengan tahap keluarga punaluan (perkahwinan abang dengan adik perempuan dilarang). Tahap seterusnya dikawal oleh keluarga seketurunan ibu, keluarga seketurunan ibu bercampur untuk membentuk fratri, fratri pula bercampur untuk membentuk suku bangsa, suku bangsa bercampur untuk membentuk persekutuan.Kesemua organisasi ini, dibentuk daripada hubungan persendirian iaitu, atas dasar seks dan persanakan. Kesemua peraturan ini mestilah dibezakan daripada organisasi politik yang sebenarnya, yang seterusnya mengikut, dan diasaskan atas pengiktirafan hak-hak dan tanggungjawab dari segi pengenalan wilayah dan perhubungan harta. Unit-unit politik yang sebenarnya ialah pekan, jajahan dan negeri. Seterusnya ialah andaian Morgan mengenai sistem kekeluargaan institusi savagery rendah. Morgan mengiktiraf urutan yang berikutnya bagi istilah-istilah persanakan, iaitu Melayu (dalam klasifikasi moden sama dengan jenis orang Hawaii), Turanian - Gonowanian ( diklasifikasikan sebagai orang Iroquois dalam situasi moden), dan Aryan - Semetic -Uralian (sama dengan orang Eskimo)Istilah Melayu pada tahap savagery rendah, bagi Morgan perkahwinan kumpulan adalah agak sukar untuk mengetahui lelaki yang manakah dalam generasi menaik pertama yang menjadi bapa seseorang itu, oleh sebab kesemua bakal bapa dipanggil dengan gelaran yang sama. Dengan erti kata lain, kesemua lelaki pasangan ibu dipanggil bapa. Oleh itu, tidak dapat dipastikan yang manakah bapa yang sebenarnya oleh sebab panggilan yang sama dan persepsi anak terhadap lelaki-lelaki ini sama. Hal yang demikian juga berlaku kepada ibu. Semua wanita dalam generasi menaik pertama sama ada ibu sebenar atau ibu-ibu tiri dipanggil dengan panggilan yang sama. Seterusnya, dengan larangan perkahwinan antara adik-beradik, Morgan telah memberikan istilah persanakan melalui transformasinya yang pertama. Oleh sebab abang dan adik perempuan bukan lagi pasangan hidup, anak-anak hasil perkahwinan adik-beradik ini tidak dikenali sebagai adik-beradik lagi.Oleh sebab adik-beradik lelaki adalah daripada satu kumpulan perkahwinan yang lain pula, anak-anak adik-beradik lelaki kekal menjadi adik-beradik dan begitu jugalah anak-anak adik-beradik perempuan. Jadi, ini adalah permulaan istilah tentang pupu dan bapa saudara silang-jantina dan jantina-selari. Dengan ini, organisasi masyarakat keseluruhannya adalah berasaskan perbezaan seks. Morgan berpendapat bahawa halangan perkahwinan adik-beradik menyebabkan generasi seterusnya mempunyai keupayaan intelek yang lebih baik. Ini dibuktikan dengan wujudnya kemajuan teknologi.Menurut Morgan lagi, kemajuan pada tahap ini merintis jalan bagi lahirnya saudara seketurunan ibu, satu hal yang mengukuhkan kebaikan yang didapati daripada sistem larangan perkahwinan adik-beradik, dan seterusnya meluaskan skop larangan sumbang mahram tersebut merangkumi semua yang mempunyai moyang yang sama melalui nasab itu. Pada mulanya suku tersebut ialah keluarga nasab itu. Oleh sebab paterniti masih belum ditentukan lagi, keturunan tidak boleh dikesan melalui orang lelaki. Walau bagaimanapun, emak seseorang itu tidak pernah diragukan, oleh sebab itu keturunan dikesan melalui orang perempuan. Suku nasab ibu yang bermula pada peringkat savagery, telah beransur-ansur menjadi sifat utama organisasi sosial orang primitif. Hal ini kekal hingga peringkat Barbarisme dan seterusnya hingga peringkat awal zaman tamadun.Kejatuhannya disebabkan oleh kuasa yang sama yang membawa masuk keluarga monogami, keluarga nasab bapa dan masyarakat politik, iaitu perkembangan pemilikan harta. Perkembangan pemilikan harta ialah hasil kemajuan beransur-ansur harta. Konsep suku dan keluarga monogami bertentangan dari segi prinsipnya. Satu menyokong penyatuan keluarga asas dalam kolektif suku, dan yang satu lagi pula menyokong unit-unit keluarga yang bebas. Pewarisan harta memberikan peluang kepada lelaki berfungsi dalam keluarga tersebut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh generasi seterusnya memerlukan pewaris. Dengan yang demikian, keturunan berubah daripada keturunan nasab ibu kepada keturunan nasab bapa. Dengan bertambahnya hubungan yang berkaitan dengan harta, masyarakat menerima politik. Begitulah teori yang dikemukakan oleh Morgan mengenai evolusi. Ringkasan yang dapat dibuat tentang evolusi ini ialah, manusia terus berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Tahap ini ditentukan melalui alat-alatan yang digunakan oleh mereka dalam kehidupan seharian, kepelbagaian makanan dan aktiviti sara diri, organisasi kekeluargaan yang dimulakan dengan kewujudan sistem unilineal, kemudian matrilineal, iaitu anak dapat mengetahui siapa ibunya. Suku matrilineal ini berubah kepada patrilineal, iaitu memberikan perhatian kepada peranan bapa. Hal ini menjadikan pasangan atau keluarga menjadi lebih stabil kerana berkembangnya satu pengertian tentang milik peribadi yang menandakan permulaan peradaban. Morgan berpendapat bahawa semakin berkembang masyarakat manusia itu, sistem kekeluargaan semakin maju dan sistematik. Kemampuan berdiri sendiri sebagai satu keluarga semakin meningkat. Kesimpulannya, terdapat perkembangan yang progresif dalam masyarakat manusia. Kebudayaan berkembang dari peringkat mudah (simple) kepada tingkat yang kompleks.

5.0Masyarakat Melayu

5.1 Takrif Melayu Sebelum mengkaji Kebudayaan Melayu, kita perlu mengetahui takrif Melayu terlebih dahulu. Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal daripada "Sungai Melayu" di Jambi. Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Oleh sebab itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Walau bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.Istilah "Mo-lo-yu" dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.Istilah Melayu yang lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur, Sumetera, Brunei dan beberapa kawasan yang berhampiran. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia, dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di negara Indonesia.Berkaitan dengan taburan penduduk Melayu, UNESCO menandai Melayu meliputi kawasan-kawasan Austronesia lain, termasuklah kawasan di sebelah timur yang meliputi keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. UNESCO membahagikan kawasan Austonesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia Timur)5.2 Takrif Melayu Berdasarkan Undang-undangDi negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur bahasa Melayu 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.

Latar Belakang Bangsa MelayuSecara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu: Bangsa Melayu berasal dari Yunan (Teori Yunan) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara) Teori YunanTeori ini disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti yang berikut:1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemukan di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan bahawa adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. Teori NusantaraTeori ini didukung oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan seperti yang di bawah:1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. 2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku dalam kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan". 3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. 4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.Dari segi sejarah, apakah keistimewaan orang Melayu? Menurut Asmah Hj. Omar (2003), terdapat perdebatan dalam kalangan budayawan Malaysia sama ada orang Melayu pada asasnya petani atau pelayar. Menurut beliau lagi, orang Melayu biasanya digolongkan sebagai petani. Hal ini bermakna bahawa dari awal sejarah mereka dalam alam Melayu, mereka dikatakan menempati kawasan tanah yang subur, yang dipugar untuk menanam tanaman yang menjadi sara hidup mereka. Pengembara China, antaranya I-Tsing dalam abad ketujuh Masihi telah mencatatkan bahawa orang-orang Kedah sudah pun mempunyai cara bercucuk tanam yang canggih, yakni dalam pertanian padi. Keadaan alam di Kedah dengan sawah bendang yang terbentang luas serta kaedah orang-orang Kedah menanam dan menuai padi menyokong pendapat ini, dan juga merupakan bukti bahawa tradisi yang seperti itu adalah tradisi yang sudah wujud berabad-abad lamanya. Pertanian yang seperti ini menggambarkan bahawa teknologi dan pengetahuan tentang keadaan alam (termasuk kualiti dan jenis tanah) yang telah ada merupakan ciri budaya tinggi.Kemudiannya, muncul pula pemikiran pakar sejarah dan budaya Melayu bahawa orang-orang Melayu lebih merupakan pelayar yang merantau ke merata-rata tempat, dan bukan petani yang memugar tanah. Jika diterima teori bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan di Selatan China, maka sudah tentulah cara mereka bermigrasi ke tempat mereka sekarang adalah dengan melayari selat dan juga lautan terbuka. Jika inilah caranya, maka pastilah mereka mempunyai pengetahuan tentang selok-belok pelayaran. Hal ini memperlihatkan bahawa orang Melayu ialah pelaut atau pelayar yang hebat. Bukti yang menjelaskan hal ini ialah kawasan petempatan mereka di seluruh kepulauan Asia Tenggara. Kehebatan dalam bidang pelayaran ini diteruskan oleh pelayar solo negara, iaitu Datuk Azhar Mansor.

6.0Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa serta Kesusasteraan

6.1 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku, kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu kelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era penyesuaian kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal dan menuju kearah yang lebih sivil.

6.1.1 Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara.

Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata.

Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993). Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).

Di dalam masyarakat Melayu dahulu juga, pemimpin politik biasanya terdiri daripada mereka yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat biasa. Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih berdasarkan kepada jasa dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui perkahwinan (Mahadzir 1989). Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan rakyat biasa yang dilantik menjadi pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan Bendahara Melaka dari serangan orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau cermin budaya politik Melayu yang berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan.

6.1.2 Sistem Demokrasi

Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin mereka yang unggul. Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk menegakkan keadilan dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya

Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepada demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis sistem beraja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan baru dalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapi jiwa orang Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu, sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan sejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah membawa evolusi baru dalam budaya politik Melayu.

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya politik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep RajaBerpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu. Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan. .

6.2 Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

6.2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa

Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi: Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15. .

6.2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian

Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.

6.3 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, adat resam dan bahasa.

6.3.1 Nilai-nilai murni

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi: Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri .

Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya.

Nilai : Berbudi. Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi. Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah dibiasakan dengan nilai-nilai budi. Nilai : Kasih Sayang.Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk kasih sayang. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan sebagai nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini. Nilai : Patuh kepada perintah agama.Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

6.4Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar. Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi: Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita.

6.4.1 Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan).

6.4.2 Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara. Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.

6.4.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi: Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu.

6.4.4 Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.

7.0Analisis Tentang Budaya Material Dan Budaya Bukan Material

7.1Teks Cerpen Komsas Tingkatan 2 Warkah Daripada Ibu

Disediakan Oleh : Ahmad Izzudin Bin Abdullah

7.1.1Budaya MaterialBudaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam masyarakat yang berlainan. Budaya MaterialContoh Ayat Dalam CerpenFungsi

KampungMira ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini.Istilah tempat tinggal asal orang melayu

MasjidDatuk dan nenek sedang bersiap-siap untuk ke masjid.Tempat orang-orang islam bersembahyang

TudungMira pergi ke bilik nenek dan ambil tudung, perintah nenek.Pakaian yang dipakai di kepala oleh wanita melayu untuk menutup aurat.

Berbaju kurungMereka berbaju kurung dan memakai tudung.Baju kurung merupakan lambang pakaian wanita melayu terdahulu hingga ke hari ini.

Al-QuranMira akan dapat mempelajari al-Quran dan mendalami agama dengan datuk dan nenek. Panduan kepada umat islam untuk menjadi khalifah di bumi Allah yang mengikuti perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

SekolahSuzana, ini cucu nenek Amira dari Johor Bharu. Dia akan bersekolah di sini.Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu yang memberi didikan menyeluruh kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui perancangan dalam bidang kurikulum, kurikulum, hal-ehwal murid pengurusan am dan kemudahan fizikal dan kecerian

a) Pakaian Pakaian merupakan budaya tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Pakaian mencerminkan sesuatu bangsa dalam masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa seperti cina, india dan melayu. Bangsa ini merupakan bangsa yang paling ramai yang menghuni di Malaysia. Pakaian juga merupakan satu faktor yang membezakan antara bangsa tersebut. Sebagai contoh, kaum melayu lebih kepada pakaian seperti baju melayu, baju kurung, bertudung dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan seorang orang melayu. Baju Cheong Sam merupakan pakaian tradisional masyarakat kaum cina manakala sari pula merupakan pakaian tradisional masyarakat india. Melalui cerpen yang saya kaji, sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di Kampung dalam cerpen Warkah Daripada Ibu menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian asasi mereka. Contohnya bagi anak gadis adalah biasa apabila memakai baju kurung tetapi apabila baju kurung dipakai bersama tudung dan menutup aurat, maka itu melambangkan gadis tersebut adalah seorang yang sopan. Pakaian yang menutup aurat ini ditunjukkan oleh datuk dan nenek mira serta orang-orang kampung yang memakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung serta tudung bagi perempuan semasa hendak ke masjid.b) Mengaji al-QuranSudah menjadi satu amalan dan budaya penduduk di kampung tersebut untuk menghantar anak-anak mereka sedari kecil lagi. Kebiasannya mereka menghantar anak-anak mereka untuk belajar membaca dan mengaji al-Quran dengan seseorang yang arif tentang bacaan al-Quran sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Ini bagi memastikan anak-anak mereka mudah dibentuk dan khatam al-Quran awal. Setelah anak-anak mereka berjaya menamatkan pembelajaran al-Quran dengan guru mengaji tersebut, maka kenduri atau jamuan kecil diadakan bagi melahirkan kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada guru mengaji atas tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Ajaran al-Quran ini amat penting yang perlu diamalkan bagi setiap masyarakat yang beragama islam khususnya kanak-kanak yang meningkat dewasa supaya mereka membesar dengan ilmu-ilmu agama yang pastinya dapat meningkatkan keimanan pada diri untuk tidak mudah terjerumus dengan budaya-budaya yang negatif. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu ini juga, ayah dan ibu menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung adalah untuk menjaga akhlak anak-anaknya daripada terjeremus gejala sosial di bandar. Ayah dan ibunya mennghantar mira ke kampung untuk dididik oleh datuk dan neneknya untuk mengaji al-Quran dan diberikan didikan agama yang secukupnya supaya menjadi anak yang solehah untuk ayah dan ibunya. Tambahan lagi, masyarakat di kampung mempunyai ukhwah yang berlandaskan syariat yang mengamalkan ajaran islam sebagai panduan hidup dan ini sudah tentu mempengaruhi gaya hidup Mira dan adik-adiknya supaya kehidupannya bertambah baik dengan memupuk akhlak dan sahsiah yang baik.c) MasjidMemanfaatkan fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan Islam di kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Masjid ini bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu pendidikan islam dan menunaikan solat berjemaah sebagai kewajipan kita sebagai umat islam, tetapi juga untuk menyatukan pendudukan kampung serta masyarakat dalam mengamalkan kehidupan bersatu padu dan tolong menolong dalam masyarakat. Perpaduan ini amat penting dalam membentuk budaya yang sihat khususnya kepada golongan-golongan muda yang masih mentah dalam menentukan arah dan tujuan kehidupan yang di redhai oleh Allah S.W.T. Dalam cerpen Wardah Daripada Ibu amat menekankan aspek keagamaan. Datuk Mira selalu pergi ke masjid apabila masuk waktu azan untuk menunaikan solat. Sebagai contoh, semasa Mira dan keluarga sampai di kampung, datuk dan neneknya baru balik dari masjid. Ini menunjukkan datuk dan neneknya menekankan aspek agama dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, Ayah dan Ibu Mira menghantar anak-anaknya ke kampung untuk mendalami ilmu agama dengan datuk dan neneknya. Bukan sahaja keluarga Amira, bahkan semua penduduk kampung di situ mengamalkan budaya sembahyang di masjid apabila masuk waktu solat secara berjemaah.d) KampungKampung yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah suatu kawasan penempatan yang diwarisi oleh orang Melayu secara turun temurun dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu, persekitaran dan laman yang berkonsepkan perkampungan Melayu. Kampung Tradisional yang terlibat dalam Kajian ini adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan. Suasana kampung lebih baik daripada suasana di bandar di mana suasana kampung mempunyai keadaan udara yang begitu menyegarkan dan tidak ada pencemaran udara atau pencemaran bunyi. Ini jelas dinyatakan dalam cerpen yang saya kaji dimana Ibu Amira menerangkan kepada Mira bagi menyakinkannya untuk tinggal di kampung datuk dan neneknya. Seterusnya, bagi seni bina rumah di kampung, ciri-ciri ini menepati kampung yang terdapat dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Ini dibuktikan melalui harapan datuk dan neneknya agar Mira dapat tinggal di rumah kayu datuknya. Ini kerana Mira biasa tinggal di Bandar dan datuknya bimbang agar Mira tidak selesa tinggal di rumah kampung. e) Harta PusakaHarta pusaka ialah segala harta peninggalan si mati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak. Dalam konteks yang lebih mudah difahami, harta pusaka merupakan peninggalan harta oleh nenek moyang atau ayah ibu seseorang yang kemudiannya di serahkan kepada beliau. Namun harus diingat jikalau seseorang itu mempunyai adik-beradik, harta pusaka tersebut perlulah di bahagikan mengikut pesanan si pemberi harta seperti yang telah diwasiatkan. Jika tidak diwasiatkan pula, harta pusaka itu dibahagikan sesama adik-beradik mengikut hukum ditetapkan agama Islam atau budaya setempat. Budaya setempat ini misalnya di Negeri Sembilan yang lebih mementingkan pembahagian harta di sebelah perempuan mengikut Adat Perpatih. Budaya material ini senantiasa wujud dan masih kekal pada zaman milenium ini. Kadang kala timbul juga masalah pembahagian harta pusaka ini jika tidak diwasiatkan oleh si pemberi atau peninggal harta. Perebutan harta pusaka mungkin wujud walaupun sesama adik beradik. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu, penulis ada menceritakan tentang pengumpulan harta yang diselitkan dalam masyarakat dalam cerpen tersebut. Ini ditunjukkan oleh ibu Amira yang bekerja keras untuk mengumpul harta untuk masa depan anak-anaknya. Ibunya ingin mengumpul seberapa banyak harta selagi kudrat masih ada bagi menjamin masa depan ke semua anak-anaknya. Jika ibunya meninggal kelak, ada harta pusaka yang boleh dibahagikan kepada Mira dan adik-beradiknya supaya mereka sekurang-kurangnya dapat meneruskan kehidupan dengan harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibunya bukan hanya tinggal mereka dengan bergantung tanpa bertali.Berbanding zaman sekarang, kebanyakan masyarakat lebih mementingkan harta pusaka berbanding talian persaudaraan. Bagi mereka, persaudaraan itu tidak penting kerana tidak mendatangkan hasil yang menguntungkan berbanding harta pusaka yang sangat menguntungkan malah boleh memberi kekayaan seseorang dalam masa yang singkat. Oleh itu,sifat pentingkan diri sendiri perlu dielakkan oleh semua masyarakat agar dapat menjalinkan hubungan yang harmoni, aman dan damai sesama insan.7.1.2 Budaya Bukan MaterialBudaya Bukan Material ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki Budaya MaterialContoh Ayat Dalam CerpenFungsi

Mengambil beratibu terpaksa bekerja kuat untuk masa depan kamu. Ayah juga begitu. Jadi Mira kena faham keadaan kami, dengan tenang ibu cuba menerangkan kepadaku.Tindakan untuk menunjukkan kasih sayang dan prihatin terhadap orang yang disayangi supaya dapat menjadi insane yang berguna kepada keluarga, masyarakat mahupun Negara.

Memberi salamAssalamualaikum Nek Milah, nak beli sayur? sapa seorang gadis. Cara sapaan orang islam apabila bertemu dengan orang islam khususnya masyarakat melayu.

Bersalaman Aku bersalaman dengan Suzana.Bersalaman merupakan adab orang melayu untuk menjalinkan ukhwah sesame mereka

Adab berjiranNanti Suzana bolehlah datang ke rumah nenek belajar bersama Mira, kata nenek.Jiran adalah orang yang terdekat yang boleh kita meminta bantuan dan memberi pertolongan jika menghadapi kesusahan.

Adab bersahabatBermula daripada perkenalan dengan suzana di kedai, aku mula mengenali banyak lagi teman sebaya.Bersahabat untuk mewujudkan hubungan antara masyarakat dalam membina ikatan persaudaraan yang baik dan harmoni.

Azan dan IqamahWaktu subuh di kampung begitu hening dengan kesyahduan suara azan Bilal Zaman.Menandakan masuknya waktu solat fardhu bagi umat islam di sesuatu tempat.

Budaya lepakGejala sosial yang hebat melanda masyarakat kota seperti dadah, budaya lepak, bohsia atau lebih teruk sekali kes buang bayi begitu menghantui dan menakutkan ibu. Budaya lepak merupakan budaya negatif khususnya dalam kalangan remaja yang patut dihindari daripada melular dalam persekitaran masyarakat.

Didikan agamaMira akan dapat mempelajari al-Quran dan mendalami agama dengan datuk dan nenek.Didikan agama dapat menjadikan seseorang mempunyai matlamat dan panduan hidup yang dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara.

a) Amalan gotong- royongTradisi dan adat bagi masyarakat Melayu berkait rapat dengan agama Islam. Justeru itu, penduduk di Kampung ini masih lagi mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya di dalam majlis atau kenduri. Ia bukan sahaja suatu budaya bahkan tuntutan agama yang masih dipegang kuat oleh penduduk kampung tersebut. Sifat kerjasama atau gotong-royong dalam majlis kenduri bukan sahaja dibuktikan dalam satu aspek seperti menyediakan jamuan makan, malah melibatkan aspek kerohanian dan hadir ke majlis itu sendiri. Hadir ke majlis kenduri itu sendiri adalah suatu bentuk budaya gotong-royong yang dizahirkan secara tradisi. Tujuannya adalah untuk meringankan beban orang yang mengadakan kenduri tersebut selain untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Sifat gotong-royong dalam kenduri telah bermula sebelum hari kenduri diadakan. Untuk persediaan mengadakan kenduri orang ramai dijemput datang untuk kerja-kerja memotong bawang, halia, dan serai. Di kawasan lapang didirikan khemah bagi para jemputan. Biasanya orang-orang yang terlibat dalam gotong-royong tersebut akan saling membantu apa-apa yang perlu sehingga majlis selesai.

b) Mengambil beratMerupakan suatu adat yang sentiasa dipegang oleh penduduk kampung tersebut. Budaya ini boleh dilihat secara jelas melalui sikap penduduk yang sentiasa prihatin tentang apa saja yang berlaku kepada jiran atau semua penduduk kampung tersebut. Budaya ini amat dititiberatkan dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Ini dibuktikan melalui ibu Mira yang sangat mengambil berat tentang masa depan anaknya. Ibunya telah merancang sebaik mungkin masa depan Mira supaya masa depannya cerah dan terjamin. Ibunya menghantar mira ke kampung untuk dididik dengan cara yang betul supaya menjadi anak yang solehah bukan menjadi anak yang tidak menghormati ibu bapa. Dengan didikan di kampung, mereka dapat mengalami suasana kampung yang penuh dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta ajaran agama yang baik, c) Memberi salamMerupakan sesuatu budaya yang sentiasa diamalkan oleh semua umat Islam. Ucapan salam itu adalah termasuk dalam doa sesama muslim. Memberi dan menjawab salam berertisaling mendoakan antara seorang muslim kepada muslim yang lain. Jika ini yang anda amalkan dalam kehidupan seharian maka kehidupan akan sentiasa beroleh kesejahteraan dan akan terus diberkati olehNya. Walaupunmemberi salam itu sunat tapi menjawab salam adalah menjadi wajib bagi seorang muslim. Pahala memberi salam juga adalah lebih besar daripada menjawab salam. Cara menjawab salam yang paling baik adalah menjawab secara penuh dan sempurna iaitu waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Inilah jawapan yang kita berikan sesama umat islam dalam menjawab salam. Sebagai kesimpulan, sentiasalah mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian bagi masyarakat yang beragama islam. Begitu juga di Kampung dalam cerpen Warkah Daripada Ibu, penduduknya sentiasa mengamalkan budaya memberi salam samada ketika bertegur sapa apabila bertemu, ketika mengunjungi rumah saudara mara atau jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Ini ditunjukkan oleh penduduk kampung apabila berjumpa mira di kedai semasa mengikuti neneknya membeli barang di kedai tersebut.

d) BersalamanBudaya ini dianggap suatu yang penting dan dianggap sopan dan tinggi akhlaknya jika seseorang itu sentiasa mengamalkannya. Bersalaman dilakukan apabila seseorang itu berjumpa, hadir dalam sesuatu majlis, ketika hendak berpisah dan lain-lain. Kebiasaannya seorang yang muda akan mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya ketika bersalaman. Salam juga adalah tanda wujudnya perasaan kasih dan cinta dalam sebuah perhubungan manusia. Cinta adalah tiang seri utama kepada perhubungan sesama manusia yang akan mengwujudkan keharmonian. Cinta adalah sesuatu benih yang hidup di dalam hati dan akan muncul di permukaan alam bentuk ekspresi dan perilakuan. Salam dalam Islam bukan sekadar simbol ekspresi perbuatan manusia tetapi ia merupakan ekspresi sebuah ketulusan yang lahir dari perasaan cinta, kasih sayang, doa, harapan, suka cita, motivasi, kecaknaan, keperhatian, penghargaan dan ikatan hati yang suci dalam berbagai bentuk. Salam merupakan salah satu bentuk pemberian motivasi yang sangat bererti dalam sebuah hubungan agar dapat meningkatkan semangat dalam kehidupan. Baik hubungan kekeluargaan, persahabatan, atau sebagainya. Malah dalam Islam , ia menjadi suatu keharusan yang syari dalam pergaulan seharian mukmin untuk saling membudayakan alam secara positif, efektif dan konsisten. Ini jelas ditunjukkan oleh Mira dan adik-adiknya semasa bersalam dengan ayah dan ibunya yang mahu meninggalkannya anak-anaknya di kampung. Keluarga dalam cerpen ini menitikberatkan budaya salam dalam ahli keluarganya agar budaya salam menjadi satu kebiasaan untuk di amalkan oleh ahli keluarganya.e) Adab Berjiran Merupakan sesuatu yang selalu diamalkan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka saling mengambil berat tentang apa pun yang berlaku terhadap jiran mereka di dalam kehidupan mereka seharian. Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita. Untuk itu, bagi penduduk di kampung tersebut adalah penting untuk menghormati mereka, menjaga hati mereka dan mengambil berat tantang apa yang berlaku pada jiran kita. Umumnya ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya. Antaranya ialah sama-sama menanggung penderitaan tetangga iaitu bersimpati dan membantu kesusuahannya. Kita juga perlu menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangga serta melindungi tetangga daripada kezaliman orang lain. Kita juga mestilah memaafkan kesalahan tetangga yang tidak disengajakan atau yang disengajakan. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu juga menekankan aspek adab berjiran. Biasanya, di kampung amat menekankan adab berjiran. Oleh sebab itu, kehidupan di kampung lebih harmoni dan mempunyai ukhwah yang tinggi sesama penduduk di bandingkan kehidupan di bandar. Ini jelas di tunjukkan Mira mudah mesra dengan penduduk kampung apabila neneknya membawanya ke kedai untuk membeli barang dan penduduk di situ menegur mira dan beramah mesra seperti mengenalinya sudah lama walaupun baru mengenalinya. f) Adat bersahabatMerupakan suatu adat yang sangat ditekankan olah penduduk di kampung tersebut. Sudah menjadi suatu yang lumrah setiap ibu bapa akan berharap agar anak-anak mereka mendapat sahabat yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariat. Mereka amat menganbil berat tentang pergaulan anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan lain-lain lagi. Dalam cerpen Warkah Daripada Ibu, adat bersahabat ini jelas ditunjukkan oleh adik-adik Mira apabila kanak-kanak di kampung tersebut mengajak adik-adiknya bermain basikal. Oleh sebab itu, ayah dan ibunya mahu menghantar anak-anaknya ke kampung bukan sahaja mendalami ajaran agama bahkan menggalakkan anak-anaknya berkawan dengan orang-orang yang baik di kampung. g) Azan dan IqamahAzan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang. Budaya ini diamalkan di kampung dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Setiap kali masuk waktu sembahyang, bilal akan melaungkan azan dan iqamah. Seterusnya, menghidupkan suasana masjid di kampung tersebut. Begitu juga dengan datuk dan nenek Mira, mereka sering ke masjid setiap kali masuk waktu azan untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah.h) Budaya LepakBudaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah. Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak. Budaya lepak inilah yang membimbangkan ayah dan ibu Mira. Ayah dan ibunya bimbang akan mira terjerumus dalam budaya lepak bersama-sama kawannya. Budaya melepak ini amatlah berleluasa di kalangan remaja di Bandar. Ini merupakan salah satu tujuan ayah dan ibu menghantar mira ke kampung agar tidak terjerumus dengan budaya lepak yang sangat tidak baik untuk akhlak dan sahsiah anaknya.

8.0PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

8.1 Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu ( Cerpen Warkah Daripada Ibu) (Disediakan Oleh : Ahmad Izzudin Bin Abdullah)Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Sebagai contoh dalam cerpen Warkah Daripada Ibu, budaya kampung dan budaya bandar diterapkan dalam cerpen tersebut. Ternyata, kedua-dua budaya ini amatlah berbeza dari segi cara hidup bagi sesuatu masyarakat. Budaya kampung mengamalkan adab-adab yang sopan dan penuh dengan kesopanan manakala budaya bandar lebih mementingkan hal peribadi masing-masing khususnya dalam mengejar duit, harta dan sebagainya. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu pengaruh luar dalam dalam masyarakat melayu, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau ini. Mengikut Dato Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam dalam Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu sangat kuat. Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu digantikan dengan amalan Islam. Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.

Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu dan ini menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup mereka. Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain). Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa. Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya. Dalam cerpen Warkah Daripada ibu, konsep ibadat seperti fardhu, solat dan azan ada diserapkan dalam cerpen ini. Terdapat beberapa kali perkataan Solat dan azan di ulang dalam cerpen ini bagi menunjukkan masyarakatnya menekankan aspek agama islam.

Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam. Madrasah dibina untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam. Pengajian pondok begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal yang demikian menyebabkan lahirnya masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu. Dalam cerpen ini lebih kepada pengajian tidak formal di masjid. Datuk dan nenek Mira selalu mengajak dan mengajar ilmu-ilmu agama di masjid di kampungnya. Pendidikan ini amat perlu untuk pengisian rohani Mira dalam proses memasuki alam dewasa. Pengaruh islam amat mempengaruhi bagi masyarakat dalam cerpen ini sehinggakan setiap perbuatan yang dibuat mesti mengikut ajaran agama yang telah ditetapkan.

Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.

Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan animisme tidak terhapus seratus-peratus. Masih terdapat pengaruh tersebut dalam kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan animisme. Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain. Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya. Melalui cerpen Warkah Daripada Ibu, latar masyarakatnya merupakan masyarakat islam. Masyarakatnya amatlah mementingkan ajaran islam dalam kehidupan. Ini dibuktikan dengan cara didikan ibu dan ayah Amira kepada anak-anaknya dan begitu juga dengan datuk dan neneknya yang selalu mengingatkan kepada anak dan cucunya supaya berpegang teguh kepada ajaran islam supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan. Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain. Pengaruh ini yang menakutkan kepada ibu bapa Amira. Mereka tidak mahu gejala ini meresap ke dalam pemikiran Amira. Oleh sebab itu, Mira yang sedang melalui proses memasuki alam remaja dan dewasa perlu didedahkan dengan persekitaran yang membolehkannya menjadi seorang insane yang berguna kepada masyarakat yang membantu keinginan yang dikenhendaki oleh kedua-dua ibu bapanya. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986). Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam. Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini. Dalam cerpen Warkah daripada ibu, cerpen ini tidak ada menyatakan bahawanya masyarakat ini meminati muzik-muzik seperti itu. Ini kerana masyarakat dalam cerpen ini menunjukkan budaya yang baik-baik yang berlandaskan ajaran islam. Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Ini menunjukkan masyarakat Bandar yang terdapat dalam cerpen Warkah Daripada Ibu. Itu merupakan symbol masyarakat yang hidup di Bandar dengan reka bentuk ke arah idea yang direalisasikan oleh barat. Dalam cerpen ini juga menerangkan tentang seni bentuk rumah di perkampungan. Di mana perkampungan tersebut didiami oleh rumah-rumah kayu dan reka bentuknya mempunyai unsur-unsur masyarakat luar seperti belanda dan siam. Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.

Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan. Sebelum itu, aktiviti perdagangan berlaku. Kedatangan mereka turut mempengaruhi orang Melayu. Apabila barat menjajah rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif. Budaya barat inilah yang membimbangkan ayah dan ibu Mira memandangkan kehidupan di bandar dengan penuh budaya negatif seperti melepak, dadah dan sebagainya. Untuk menjaga Mira daripada terjerumus daripada gejala tersebut, ayah dan ibu Mira menghantar dia dan adik-adiknya ke kampung untuk menikmati kehidupan kampung yang menitikkan ajaran dan adab yang baik-baik.

Bibliografi

1) A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.3) Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang.4) Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.5) Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn.Bhd.6) Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)