resepi

5
Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu ) 1 biji bawang besar ( potong dadu ) 3 ulas bawang merah ( dikisar ) 2 ulas bawang putih ( dikisar ) segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas) 3 sudu besar serbuk kari 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak ) Minyak masak untuk menumis Cara Masak Inti Karipap Kentang 1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti. 2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan. 3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk. 4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat. 5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.

Upload: norsyuhada-suhaimi

Post on 24-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mmmmmm

TRANSCRIPT

Page 1: resepi

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang  

5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )

1 biji bawang besar ( potong dadu )

3 ulas bawang merah ( dikisar )

2 ulas bawang putih  ( dikisar )

segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar

atau ayam

3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)

3 sudu besar serbuk kari

2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )

Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar

yang sudah 

    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk

nanti.

2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik

bau,     

    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.

3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya

terlebih 

   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.

4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air

dapat 

    lembutkan kentang dengan cepat.

5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan

separuh lagi 

    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.

6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat

sejuk dan   

    boleh di buat inti karipap.

Page 2: resepi

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap ) dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin ) satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 

Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah

tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika

anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut

resepi mereka. 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi ) 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )

Cara buat   kulit karipap Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng 

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat

kelim dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa

digoreng.Kelim karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan

karipap.Kelim karipap jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup

Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng

rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa

menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan

Page 3: resepi

gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya

masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap

digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga

masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Memasak Dalam 30Minit added 2 new photos.

Menu petang bersama resepi Doraemon Mesti anak anda cakap : Eh kuih doraemon laa ibuu .Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:

Page 4: resepi

100gm tepung kek atau tepung gandum1/2 sudu kecil baking soda60gm gula halus2 sudu madu2 biji telur1/2 sudu besar minyak masak1/2 sudu kecil esen vanila

inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup

Cara-cara:

1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.

4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.

Kentang Putar

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)Garam secukup rasa1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.4 sudu besar tepung gandum5 sudu besar mentegaSedikit lada

Cara-cara

- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.- Kentang dah siap...untuk sos pulak..1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap