resepi ketam

Post on 16-Jul-2015

175 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Bahan-bahan: 2 ekor ketam - sederhana besar 2 ulas bawang putih - hiris halus 1 labu bawang besar - hiris halus 40 gram halia - hiris halus 1 tangkai cili merah - hiris 50 gram sos lada hitam 2 sudu makan kicap cair 1 sudu makan kicap pekat 1 biji telur - pukul sedikit 1 sudu lada hitam - ditumbuk 1 sudu teh minyak bijan Garam secukup rasa Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan: Rebuskan ketam hingga masak, tos dan ketepikan.

Panaskan minyak minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang dihiris halus. Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau hingga rata. Masukkan ketam, minyak bijan, garam secukup rasa dan telur. Gaul rata dan biarkan mereneh. Tutup api dan hidangkan

0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Lauk,Resepi Makanan Laut Resepi Ketam Kukus

Resepi Ketam Kukus (Steamed Crabs Recipe click here for English) Bahan-bahan: 1 kg ketam Buang perisainya dan belah 2 Sos: 6 tangkai cili merah 2 ulas bawang putih tumbuk/kisar bersama cili 1 sudu teh cuka Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan: 1. Kukus ketam dalam pengukus hingga masak. 2. Sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos dan kacau. Tambahkan secwan air jika sos terlalu pekat. 3. Hidangkan ketam panas-panas bersama sos. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut,Resepi Mudah Resepi Ketam Bercili

Chilli Crabs Recipe click here for English Bahan-bahan: a) 1 kg ketam buang perisainya, bersihkan dan potong 2 b) 1 batang serai c) 10 bawang merah (kecil) d) 6 ulas bawang putih e) 2 cm halia f) 2 cm kunyit g) 3 cm lengkuas h) 2 cm belacan i) 15 cili kering j) 2 sudu makan asam jawa campurkan dengan cawan air dan tapis k) Garam dan gula secukup rasa l) cawan minyak masak

Cara penyediaan: 1. Tumbuk/kisar bahan (b) hingga (c) bersama-sama. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yamg telah ditumbuk/kisar hingga naik bau. 3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. 4. Masukkan cawan air dan biarkan mereneh. 5. Masukkan ketam dan gaul rata dengan bahan-bahan dalam kuali. Biarkan hingga ketam masak. Kuahnya akan menjadi sedikit kering. 6. Hidangkan bersama nasi. Selamat mencuba Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Kari Ketam

Resepi Kari Ketam (Crab Curry Recipe click here for English) Bahan-bahan: 600 gram ketam 10 bawang meraf hiris 5 ulas bawang putih hiris 3 sudu teh serbuk kari ikan 2 tangkai daun kari 300 gram kelapa parut Garam dan serbuk perisa secukup rasa Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan: 1. Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian jika terlalu besar. 2. Campurkan serbuk kari dengan sedikit air menjadi paste pekat. 3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 4. Masukkan paste serbuk kari, masak hingga naik bau kari. 5. Dapatkan 2 cawan santan dari kelapa parut, cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair. 6. Masukkan santan cair ke dalam peiuk. Masak hingga mendidih. 7. Masukkan ketam, daun kari, garam dan serbuk perisa secukup rasa. 8. Setelah ketam masak (ketam bertukar warna menjadi kemerahan), masukkan santan pekat dan kecilkan api. 9. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama nasi. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Ketam Lemak Cili Api Mudah

Bahan-bahan:

3 ekor ketam saiz sederhana besar - bersihkan, buang perisainya dan belah 2 2 batang serai - diketuk-ketuk 200 ml santan UHT tanpa kolestrol (santan segera kotak kecil) 2 keping asam keping(asam gelugur) Garam halus secukup rasa

Bahan kisar: 1 biji bawang besar saiz kecil 12 tangkai cili api (lebihkan jika suka pedas) 2 cm kunyit hidup, buang kulitnya 2 sudu makan garam kasar 200 ml air Cara penyediaan: Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan serai, santan dan asam keping. Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul. Setelah bahan-bahan dalam periuk mula mendidih, masukkan ketam. Kacau sekali sekala sehingga ketam masak. Ketam adalah masak setelah warnanya bertukar menjadi warna oren/jingga. Rasa masin kuah, jika kurang masin, masukkan garam halus secukup rasa. Kacau hingga garam rata. Biarkan mereneh seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Sedap juga dimakan bersama sayur salad sebagai ulaman. Selamat mencuba. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Ketam Goreng Telur WanNo

Harini teringin nak makan ketam. Balik keje terus pegi Giant beli 2 ekor ketam bunga. Mula-mula rasa nak masak lemak cili api. Bila dah sampai rumah rasa malas pulak nak menggulai, jadi buat ketam goreng dengan telur je. Idea resepi ni datang dari kedai makan ala thai kat area rumah. Kat kedai tu ada jual nasi goreng ketam. Sepinggan RM6.50. Memang sedap tapi tak puas makan ketamnya. Nak puas makan ketam kena masak sendiri la jawabnya... :-)

Ni dia gambar ketam goreng bertelur yang dimasak balik kerja tadi.

Siapa peminat ketam, bolehla cuba resepi simple ni. Resepi Ketam Goreng Telur WanNo (saje nak interframe... hehe) Bahan-bahan: 2 ekor ketam, bersihkan dan belah dua 1 sudu tepung beras 1/2 sudu teh garam 1 biji telur Minyak masak untuk menggoreng sos cili Thai sayur salad dan mini tomato sebagai ulaman Cara penyediaan: Panaskan minyak untuk goreng terendam. Satukan tepung beras, garam dan telur. Gaul rata. Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan lumur rata. Goreng ketam hingga masak dan garing.

Setelah masak, angkat dan toskan minyak di atas tisu. Susun sayur salad dan mini tomato pada pinggan hidangan. Letakkan ketam yang telah digoreng. Tuangkan sos cili Thai secukupnya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Kari Ketam

Bahan-bahan: Serbuk kari secukupnya 2 biji bawang besar - dihiris 2 batang cili merah - dihiris 1 cawan santan Serbuk perasa secukupnya Gula secukupnya Garam secukupnya 2 cawan air 2 ekor ktam - belah 2

Penyediaan: Rebus air dan masukkan ketam. Masukkan serbuk kari dan santan. Gaul rata.Biarkan mendidih. Masukkan bawang, cili merah, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga mendidih sekali lagi. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Nasi Menara

Bahan-bahan: 375 gram beras 200 ml air 2 helai daun pandan 250 gram susu cair 2 sudu kecil marjerin 1 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang merah (kisar) 2 ulas bawang putih (kisar 5 cm halia 3 sudu besar rempah beriani 4 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 4 biji buah pelaga 20 gram kismis 20 gram gajus Bahan goreng: 3 ekor ketam 5 ekor udang besar Cara penyediaan: Panaskan minyak dan marjerin Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah beriani dan susu cair. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Kacau perlahan-lahan. Tutup dan tanak hinggan masak.

Sementara itu goreng ketam dan udang. Setelah nasi masak, hidangkan bersama ketam dan udang goreng. 0 comments Labels:Resepi Ketam,Resepi Nasi,Resepi Udang Resepi Ketam Lembut Goreng Gaya Ayutthaya ~ Resepi Thai

Bahan-bahan: 2 ekor ketam, bersihkan dan buang bahagian perisai Garam secukup rasa 1 sudu makan tepung beras 1 sudu makan tepung gandum 3 helai daun limau purut 5 biji cili padi (dipotong kecil) 1 biji telur 1 sudu makan mentega 2 cawan minyak masak untuk menggoreng Cara membuatnya: Gaulkan tepung gandum, garam dan tepung beras dengan ketam. Goreng ketam tetapi jangan terlalu garing. Angkat, tos dan ketepikan. Masukkan mentega ke dalam kuali. Tumis cili merah, cili padi dan telur. Masukkan daun limau purut. Tuang di atas ketam goreng tadi. Sedia untuk dihidangkan. 0 comments Labels:Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut,Resepi Thai Resepi Ketam Sumbat

Bahan-bahan: 2 keping kulit ketam 50 gram isi ketam (dicincang halus) 20 gram sotong (dicincang halus)

20 gram lala (dicincang halus) 30 gram ikan (dicincang halus) 20 gram lobak merah (dipotong dadu) 5 gram daun saderib(dipotong dadu) 2 sudu besar bawang besar (dicincang kasar) 20 gram tepung gandum 1 camca besar mentega @ minyak zaitun 2 camca besar krim 1 camca besar keju parmesan Garam secukup rasa Bahan sos: 2 camca besar mayonnaise Dicampurkan dengan 1 sudu teh bawang putih yang telah dicincang halus. Kacau rata dan dijadikan sos. Cara membuat: Panaskan mentega atau minyak zaitun. Tumis bawang besar hingga naik wangi. Masukkan sayur-sayuran dan kacau selama 5 minit. Masukkan isi-isi makanan laut. Kacau dengan api perlahan. Setelah isi cukup masak, masukkan tepung untuk menjadikan masakan lebih pekat. Kacau selama 5 minit. Masukkan krim dan garam secukupnya. Setelah siap, ambil kulit ketam dan masukkan isi-isi tadi. Setelah siap, taburkan keju parmesan di atasnya dan bakar. Setelah nampak keemasan, bolehlah di keluarkan. Hidang dengan sos mayonnaise tadi. 0 comments Labels:Resepi Ketam,Resepi Makanan Laut Resepi Ketam Masam Manis

Bahan-Bahan 1 kilo Ketam 1 cawan Minyak 1 cawan Cili yang telah dikisar 1 cawan Tomato puri/sos

1 cawan Tepong jagung dicampur dengan cwn air 5 biji Bawang putih (kisar hingga halus) 5 biji Bawang merah (kisar hingga halus) 1 sudu besar Perasa 1 sudu besar Cuka 25 gm Asam jawa 3 sudu besar Gula pasir 2 biji Telor ayam

Cara Cara 1. Ketam digoreng dan diketepikan 2. Tumiskan cili hinggga mendidih, campurkan tomato puri, cuka, asam jawa, serbuk perasa, gula pasir. 3. Masukkan air 2 cawan dan tunggu sehingga mendidih. 4. Pecahkan telor dan masukkan tepong jagung yang sudah dicampurkan dengan air ikut pekat sesuka hati. 0 comments Labels:Lauk / lain-lain,Rese