resepi lauk pauk

32
1. Barbeque Ayam Berempah Bahan-bahannya 1 kg ayam @ 1kg kepak ayam 4 sudu besar serbuk cili 5 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 4 cm halia 4 cm lengkuas 10 batang serai(dihiris halus) 2 sudu besar jintan manis (blender kering) 1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering) Gula secukup rasa Garam secukup rasa Serbuk perasa caranya Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering. Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap) 2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit Bahan-bahannya Ayam seekor di potong ikut selera - 5 ulas bawang merah - 3 ulas bawang putih - Cili Api kampung 20 biji - Sedikit halia - Sedikit lengkuas - dua biji tomato dibelah empat - Sedikit kunyit serbuk - Sehelai daun kunyit disimpul - Santan RM1.00 bahagikan dua

Upload: jamilah-rajli

Post on 19-Jun-2015

4.361 views

Category:

Sports


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi lauk pauk

1. Barbeque Ayam Berempah

Bahan-bahannya

1 kg ayam @ 1kg kepak ayam4 sudu besar serbuk cili5 biji bawang besar10 ulas bawang putih4 cm halia4 cm lengkuas10 batang serai(dihiris halus)2 sudu besar jintan manis (blender kering)1 1/2 sudu besar jintan putih (blender kering)Gula secukup rasaGaram secukup rasaSerbuk perasa

caranya

Bersihkan ayam kemudian toskan airnya. Masukkan semua bahan ke dalam blender termasuk jintan yang telah diblend kering.

Perap ayam selama 2-3 jam sebelum dibakar. (Lebih lama perap lebih sedap)

2.Ayam Masak Lemak Daun Kunyit

Bahan-bahannya

Ayam seekor di potong ikut selera- 5 ulas bawang merah- 3 ulas bawang putih- Cili Api kampung 20 biji- Sedikit halia- Sedikit lengkuas- dua biji tomato dibelah empat- Sedikit kunyit serbuk- Sehelai daun kunyit disimpul- Santan RM1.00 bahagikan dua

caranya 

 

Page 2: Resepi lauk pauk

Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana.

Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.

Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.

Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.

3.Ayam Percik Special

Bahan-bahannya

 

 

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air)3 batang serai 2 inci halia3 biji bawang putih4 biji bawang merah Bahan B:1 1/2 cawan air asam jawa pekat7 sudu besar gulagaram secukupnya Bahan C:6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)1 cawan santan pekat

caranya

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula,

bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili

kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.

Page 3: Resepi lauk pauk

Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.

4. Ayam Berempah Ala Sate

Bahan-bahannya 

1/2 ekor ayamBahan untuk dikisar:2 sudu besar jintan manis2 sudu besar jintan putih1/2 inci halia1/2 inci lengkuas1 batang serai3 ulas bawang putih3 biji bawang merahsedikit serbuk kunyitgaramgula melaka

caranya

Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga hancur.

Perapkan bersama ayam selama 6 jam.Selepas itu gorenglah dgn api sederhana dan tutup sehingga ayam masak.Selamat mencuba

5. Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya

Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering30 gm halia20 gm bawang putih90 gm serai200 gm bawang besar300 gm tomato

Page 4: Resepi lauk pauk

200 gm minyak masakGaram, gula dan serbuk perasa secukup rasa1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

caranya

Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.

Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.

Apabila telah kering bolehlah diangkat.

 

  6. Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-bahannya

500 gm ayam dipotong kecil Sedikit sotong, udang, daging 4 biji tomato 1 batang carrot 1 peket jagung muda 100 gm bunga kobis 100 gm brocolli 2 helai daun limau purut2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa

caranya

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.

Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. Masukkan daun limau purut untuk baunya.

Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Page 5: Resepi lauk pauk

 7. Ayam Panggang Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati. Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan Seinci halia Seinci kunyit hidup 10 ulas bawang merah sederhana besarnya. 10 biji bunga cengkih 3 keping asam keping 5 helai daun limau parut Sehelai daun kunyit 3 Helai daun salam Garam secukup rasa

caranya

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.

Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.

Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana. Setelah kering santan, barulah diangkit. *Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar. *Susun dengan taburan sohon goreng.

8. Ayam Bersos Tiram & Cili Kering

Bahan-bahannya

½ ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiramSedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa

Page 6: Resepi lauk pauk

Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

caranya

Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

9. Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahannya 

1 ekor ayam yang bersaiz serdahana 1 bungkus kecil rempah kari ayam 5 sudu mayonis Sedikit garam dan kunyit

caranya

Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan

maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

10. Ayam Masak Siam

Bahan-bahannya

5 ketul dada ayam 2 ketul kiub ayam 2 sudu besar lada giling 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk)

Page 7: Resepi lauk pauk

1 biji bawang besar(potong 4)2 batang serai (dititik) 4 helai daun limau purut 1 biji limau purut (ambil airnya) Sedikit minyak untuk menumis

caranya

Dada ayam dipotong kecil-kecil. Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau. Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut. Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup

masakan  dengan penutup sebentar. Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan

bawang besar. Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.

11. Gulai Lemak Ikan Haruan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruankelapa parut 1/2 bijiCili api - 6/7 btg, asam keping,serbuk kunyit,bawang,garam secukup rasa.

caranya

Ikan dibersihkan. Tumbuk cili padi sampai lumat. Dalam periuk,masukkan santan yg telah diperah,ikan,cili,asam

keping,dan garam secukup rasa.Masak sehingga kuah pekat.

  1 2. Ikan Merah Bersos Cili

Bahan-bahannya

400 gm ikan merah 150 gm cili kering75 gm serai100 bawang putih100 bawang merah1/2 sudu besar belacan

Page 8: Resepi lauk pauk

1 liter minak masak 1 sudu besar sos ikan1 sudu besar gula1/2 sudu kecil garam10 helai daun limau purut100 gm cili sos

caranya

Pearapkan isi ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.

Masukkan sos ikan , gula dan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Atur ikan yang telah digoreng di dalm pinggan. Kemudian tuangkan

sos yang telah siap tadi diatasnaya dan bolehlah dihidangkan.

13. Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahannya

seekor ikan siakap(sederhana besar)-2 batang serai dititik-satu inci halia dipotong halus-daun bawang, sup-sebiji bawang besar dihiris bulat-cili besar(belah dua) dan asam boi-rempah tomyam(botol),minyak jagung-2keping nenas keping, jeruk mempelamgula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

caranya

ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).

masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.

hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam. masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu

makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

Page 9: Resepi lauk pauk

14. Ikan Cencaru Goreng Terutup

Bahan-bahannya

3 ekor ikan cencaru (bersihkan)-lada kering*-bawang merah*-sedikit halia*-2 batang serai*-air asam jawa-garam,gula & sedikit perasa-minyak masak(kisar bahan yg bertanda * )

caranya

 

goreng ikan cencaru panaskan minyak masukkan bahan2 yg dikisar tadi biarkan hingga naik bau masukkan sebatang serai yg telah dititik masukkan ikan cencaru yg telah digoreng tadi masukkan sedikit air asam jawa,garam, gula dan sedikit perasa.. biarkan selama 2 minit

mesti sedap punya... Selamat mencuba

15. Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya

1 ekor ikan bawal1 sudu besar tepung jagung1 biji putih telur1 biji bawang besar ] dipotong dadu2 biji cili merah ]3 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos plum2 sudu besar sos cili50 ml air1 sudu kecil air limau nipisMinyak masakGaram dan gula

Page 10: Resepi lauk pauk

caranya

Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.

Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.

Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

16. Ikan bungkus daun pisang

Bahan-bahannya

3 ekor ikan kembung2 ulas bawang merah-kisar halus2 ulas bawang putih-kisar halus3 sm halia-kisar halus1 batang serai-kisar halus2 sudu besar cili pes1 helai daun kunyit-hiris halus1 keping asam-hiris halus100 ml santanGaram dan gula secukup rasa

caranya

Tumiskan bahan kisar (sebentar sahaja)dan masukkan cili pes,asam jawa,dan santan.Angkat.

Gaulkan garam dan gula.Apabila rasanya seimbang,gaulkan ramuan ke atas ikan.Gaul rata.

Bungkus ikan dengan daun pisang(seekor setiap bungkusan)dan ratakan ramuan serta lipat.

Bakar di atas arang api sehingga wangi. Hidang panas.

17. Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia

Bahan-bahannya

Page 11: Resepi lauk pauk

600 gm bawal kecil20 gm halia muda. diracik halus100 gm tomato, diracik halus100 gm cendawan hitam5 gm garamSedikit lada putih1 gm minyak bijan10 gm cili merah, diracik halus15 gm daun parsli cina60 gm minyak halia100 gm kicap cair20 ml stok ikan

caranya

Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan.

Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar.

Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.

18. Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya

1 kilo ikan keli [dipanggang]4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)1 mangkuk santan pekatsedikit santan cairsedikit buah cekurhirisan daun cekursedikit garamsedikit perasa

caranya

Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,dan buah cekur sehingga lumat.

MAsukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.

Page 12: Resepi lauk pauk

MAsukan santan cair. Kemudian didihkan pada api yangsederhana.

Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.

Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi.. Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..Selamat mencuba

19. Cencaru Bersumbat

Bahan-bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg beratMinyak untuk dilengser1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat1 camca besar cili giling-untuk disumbatGaram secukup rasa-untuk disumbat1 biji telur-untuk disumbat½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

caranya

Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan

bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat

dan masukkan garam, telur dan serbuk roti.Kacau hingga ia sebati. Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit

minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c.

Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

Page 13: Resepi lauk pauk

20. Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahannya 

600 gm ikan pari300 gm bendir2 batang serai, dititik2 kuntum bunga kantan4 - 6 helai daun kesumSedikit minyak untuk menumisSedikit air asam jawaGaram secukupnyaBahan-bahan digiling halus:15 tangkai cili kering5 biji bawang merah3 ulas bawang putih2.5 sm halia

caranya

Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air

asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan

garam. Kacau rata.

21. Daging Gulung Bakar

Bahan-bahannya

4 biji kentang, direbus dan dilenyek 200 gm keju parut Sedikit garam ½ camca teh serbuk lada putih 1 camca teh jintan putih, ditumbuk halus1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut

caranya

Page 14: Resepi lauk pauk

1 cm halia, dikisar Sedikit daun ketumbar 5 ulas bawang putih, ditumbuk 500 gm daging cincang 2 batang lobak merah, diparut

22. Daging Masak Kicap Lada Hitam

Bahan-bahannya

1kg Daging- 1 Sudu besar lada hitam ditumbuk- 2 biji cili masak dibelah dua- halia sebesar ibu jari dihiris- 4 ulas bawang merah di mayang- 2 ulas bawang putih di mayang- 2 batang serai diketuk- 5 biji cili api diketuk- 5 sudu besar kicap pekat tamin- 3 sudu besar cuka- 1 biji bawang besar dipotong bulat- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng- garam dan ajinomoto secukup rasa

caranya

Terlebih dahulu Daging direbus. Kemudian dipotong kecil-kecil. Panaskan kuali, kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang

merah sehingga wangi. Kemudian masukkan daging, lada hitam, kicap, cuka, cili api dan serai. Kacau rata dan tambahkan dgn sedikit air rebusan daging tadi. Gaul lagi hingga mendidih.

Sekiranya kuah menjadi kering, tambahkan lagi air rebusan daging tadi, kemudian masukkan bawang besar garam dan serbuk perasa secukupnya.

Bila kuah dah agak pekat sedikit, bolehlah dipadamkan api.

23.Daging Berempah

Bahan-bahannya

300 gm daging10 ulas bwang merah

Page 15: Resepi lauk pauk

4 ulas bawang putih3 camca serbuk rempah kari1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)2 cm halia1 kuntum bunga cengkih1 kuntum bunga lawang1 cm kulit kayu manis¼ cawan kerisik2 sudu minyak makan1 helai daun limau purutGaram

caranya

Daging dicuci & potong ikut suka. Tumbuk halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih

dimayang halus. Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga

lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,masukkan rempah, daging & santan cair.

Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat.

Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus

 24 . Daging Masak Merah

Bahan-bahannya

300 gm daging lembu2 biji bawang besar (dihiris)3 ulas bawang putih (dititik)125 gm sos tomato4 sudu besar cili kering (dikisar)Sedikit kicap cairGaram secukup rasaSedikit airMinyak untuk menumis

caranya

Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.

Page 16: Resepi lauk pauk

Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering.

Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.

Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

25. Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahannya

Daging (dihiris halus) Lada hitam secukup rasa Bawang merah Bawang putih Sedikit halia

Kesemua bahan di tumbuk.Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap pekat Garam Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.

caranya

Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)

Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.

Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.

26 .Daging Goreng Cili Padi

Bahan-bahannya

Page 17: Resepi lauk pauk

Daging (dihiris nipis)500gCili padi 10 ulas Bawang besar 3 bijiHalia 1/2 inciSos Tiram 2 sudu makanGaram secukup rasaGula sedikit(jika suka)Cili merah potong menyerongLimau kasturi 2 biji (jusnya)

caranya

Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar; Daging digoreng hingga garing. Seeloknya daging batang pinang agar

lembut. Setelah itu angkat; Tumis bahan (1) di atas hingga garing; Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang

besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi; Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan

bolehlah dihidangkan.

27. Daging Masak Serai

Bahan-bahannya

Daging Masak Serai1 kilo daging8 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1.5 inci halia2 batang seraisedikit gula melaka1 sudu budusedikit lada hitamgaram

caranya

serbuk perasa bawang merah,putih dan halia dimayang halus masukkan kedalam periuk bersama sama daging yang telah dihiris, serai diketuk,masukkan air untuk dibuat kuah.

masukkan semua bahan bahan tadi dan dibiarkan menggelegak.

Page 18: Resepi lauk pauk

28. Bergedel Goreng

Bahan-bahannya

125 gm daging cincang/kisar 5 biji besar ubi kentang (direbus & dibuang kulitnya) 2 camca mentega Garam & lada sulah secukup rasa 1 ulas bawang putih (dicincang halus) 6 ulas bawng merah (dihiris & digoreng hingga garing)1 pokok daun bawang (dicincang) 1 pokok daun sup (dicincang) 1 biji kuning telur ½ camca buah pala parut Sedikit serbuk perasa Putih telur dari 1 biji telur Minyak makan yang banyak untuk menggoreng sedikit serbuk perasa

caranya

Lecekkan ubi kentang bersama-sama 1 camca. Mentega & bubuh serbuk perasa secukup rasa. Campurkan daging, bawang putih bawang merah & mentega

selebihnya dengan kentang yang telah dilecek. Campurkan pula dengan bahan-bahan uyang lain kecuali minyak &

putih telur. Sesuaikan rasanya.Bentukkan bulat-bulat seperti bola & leperkan sedikit.

Pijarkan minyak di atas api yang sedrhana.Celupkan bergedel-gedel itu dalam putih telur & gorengkan.

Apabila telah masak & kekuning-kuningan,angkat & toskan minyaknya betul-betul di atas kertas dapur.

Hidangkan panas-panas dengan nasu putih

29. Bifstik Daging

Bahan-bahannya

600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka300 gm kentang, dihiris dan digoreng2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng1 tin kecil kacang pis2 camca sedang kicap pekat

Page 19: Resepi lauk pauk

2 biji tomato, dibelah empat3 biji bawang besar, dihiris bulat1 tin kecil puri tomato5 tangkai cili hijau, dibelah dua2 camca sedang minyak sapiAir untuk mengempukkan dagingGaram secukupnyaBahan-bahan tumis:PelagaKulit kayu manisCengkih

Bahan-bahan digiling lumat:

1 camca teh lada putih1 biji bawang besar1 camca teh jintan manis2 ulas bawang putih1 sm halia

caranya

Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga

kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk

baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

30. Daging Masak Sambal Halia

Bahan-bahannya

½ kg Daging ½ inci halia (dihiris) 2 biji kentang (dipotong 4 dan di goreng) 1 ulas bawang besar (dihiris) 1 cawan air asam jawa Garam dan gula (secukup rasa) Minyak (untuk menumis)Bahan dikisar: 9-11 keping cili kering 2 ulas bawang putih

Page 20: Resepi lauk pauk

6 ulas bawang merah 1 ½ inci halia

caranya

Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia yang telah dihiris. Tumis hingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan daging,biar hingga keluar airnya,baru dikacau. Tunggu

hingga daging masak. Masukkan air asam jawa. Tunggu hingga ia mengelegak. Masukkan

kentang dan bawang besar. Masukkan secukup rasa gula dan garam. Biarkan ia pekat

 

 

31. Singgang Daging TerengganuHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan500 g daging, tanpa lemak

Bahan-bahan A5 g (1 sudu makan) biji ketumbar           ditumbuk kasar2 g (1 sudu teh) lada hitam

Bahan-bahan B4 g (2 sm) lengkuas4 g (2 sm) halia                dihiris4 g (2 sm) kunyit4 g ( 4 biji) cili kering, dipotong anggaran 2 sm dan dibuang biji

Page 21: Resepi lauk pauk

10 g daun kesom, tanpa batang5 g (3 keping) asam keping60 g (5 biji) bendi, dipotong tangkai dan hujung ekor210 g (2 biji) ubi kentang, dipotong 2.5 sm x 2.5 sm3 g (1/2 sudu teh) garam2 liter (8 cawan) air, untuk merebus daging

Cara memasak

1. Daging dibersihkan dan dipotong nipis (1/2 sm - 3/4 sm). 2. Rebus daging hingga empuk. Sekiranya daging tidak empuk,

tambahkan air dan biarkan sehingga air rebusan menjadi 4 cawan. Masukkan bahan-bahan (A), (B), ubi kentang dan rebus lagi dengan api perlahan.

3. Masukkan asam keping dan garam secukupnya. 4. Bila mendidih, masukkan cili kering yang dipotong. Bila daging dan ubi

kentang sudah cukup empuk, masukkan bendi, daun kesom dan kacau balik-balikkan.

5. Bila bendi sudah agak masak, angkat dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 280 g

 

 

32. Kerutup Ayam (Lauk Nasi Dagang)Hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan1 kg ayam, dipotong 10 dan dibuang kulit10 g (10 biji) cili kering

Page 22: Resepi lauk pauk

200 g (20 ulas) bawang merah15 g (3 ulas) bawang putih              (A) dikisar halus10 g (2 sm) halia10 g (2 sm) lengkuas200 g kelapa parut dibuat kerisik60 g (6 sudu makan) rempah kerutup, dibancuh dengan 1/4 cawan air10 g (1 sudu makan) gula/gula melaka5 g (2 keping) asam keping20 g (1 batang) serai diketuk30 g (4 sudu makan) minyak sayuran100 g (6 - 8 biji) cili hijau250 ml (1 cawan) air5 g (1 sudu teh) garam

Cara menyediakan kerisik

1. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan kekuningan. 2. Tumbuk atau kisar kelapa goreng semasa ia masih panas sehingga lumat dan

mengeluarkan minyak.

Cara memasak kerutup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A) bersama rempah kerutup, serai, garam, gula dan asam keping sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan kerisik, tambahkan air dan masak sehingga pekat. 3. Masukkan cili hijau untuk menambah perisa. 4. Perlahan api dan biarkan sebentar, kemudian angkat. 5. Hidangkan lauk ini bersama nasi dagang.

Berat satu hidangan: 160 g

 

Page 23: Resepi lauk pauk

33. Asam Pedas Sayur KeladiHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan300 g (1) pohon keladi (batang bersama ubi)5 g (2 sm) kunyit hidup       (A) 10 g (5 biji) cili padi           ditumbuk halus80 g (4 sudu makan) tempoyak20 g udang kering/geragau basah2 g (2 keping) asam keping                                              Bahan (B)3 tangkai daun kesom (pilih daun dan batang kecil)10 g (2 sudu teh) garam1250 ml (5 cawan) air

Cara memasak

1. Bersihkan sayur keladi dan buang kulit pada batangnya. 2. Potong sepanjang 5 sm dan manakala ubi keladi dipotong dadu.

3. Celur batang dan ubi keladi di dalam air mendidih selama lebih kurang 3 minit dan toskan. 4. Campurkan bahan (A), (B) dan air ke dalam periuk. 5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih. 6. Masukkan batang keladi, ubi serta garam dan kacau. Biarkan seketika. 7. Kecilkan api dan masak sehingga ubi empok. 8. Angkat dan hidangkan.

Nota:

1. Sukatan tempoyak boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing dan jenis tempoyak (masam/manis).

2. Resipi ini adalah satu pilihan dari pelbagai hidangan sayuran. Selain dari lazat, ianya sesuai untuk hidangan rendah lemak.

Berat satu hidangan: 160 g

Page 24: Resepi lauk pauk

 

 

 

34. Daging Panggang ala KelantanHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan1 kg daging tanpa lemak30 g (6 sm) halia80 g (8 ulas) bawang merah                              (A) ditumbuk halus20 g (seketul besar ibu jari) kunyit hidup70 g (3 batang) serai20 g (4 sudu teh) lada sulah10 g (2 sudu teh) garam

Untuk Hiasan5 helai daun salad1/2 biji timun1 biji tomato

Cara memasak

1. Daging dicuci dan dipotong 5. 2. Perap daging dengan bahan (A) bersama garam dan lada sulah selama 1 jam.

3. Panggang daging sehingga masak. 4. Potong daging kepada kepingan nipis dan hidang bersama timun, tomato, daun salad

dan sambal air asam.

Berat satu hidangan: 200 g

Page 25: Resepi lauk pauk

Sambal Air Asam

Bahan-bahan100 g (10 biji) cili merah50 g (5 ulas) bawang merah10 g (2 sm) halia                            ditumbuk halus30 g udang kering20 g belacan20 g air asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air3 g (1/2 sudu teh) garam

Cara menyediakan

1. Campurkan bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa dan garam. 2. Hidangkan dengan daging panggang.

 

 

35. Kerabu Mangga MudaHidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan350 g (5 biji) mangga muda, dibuang kulit dan diparut halus20 g (1 biji) bawang besar, dimayang10 g (1 biji) cili hijau, dipotong dadu10 g (1 biji) cili merah, dipotong dadu100 g sotong basah saiz sederhana, dicelur sehingga empuk dan dipotong bulat10 g (1 sudu makan) udang kering, ditumbuk halus10 ml (1 sudu makan) cuka

Page 26: Resepi lauk pauk

10 ml (1 sudu makan) jus limau nipis/kasturi5 g (1 sudu teh) garam10 g (2 sudu teh) gula

Hiasan100 g kacang gajus panggang/kacang tanah (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Cara memasak1. Masuk kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul.2. Hiaskan dengan taburan kacang gajus/kacang tanah tumbuk dan hidangkan.

Berat satu hidangan: 80 g

 

 36. Ayam Masak Gulai TempoyakJerantut

 

Bahan-Bahan:

Ayam ½ ekor 15 biji cili padi(ikut rasa) kunyit hidup ½ inci garam secukup rasa

bawang kecil 1 biji serai 2-3 batang Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)

Cara:

Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau. Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.

Tambahan:

Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuih semakin pekat..jika tempoyak baru dan dibuat oleh orang jerantut..lagiiiii..kaw..percayalah..

 

  37. Begedil Istimewa

 

Page 27: Resepi lauk pauk

Bahan-Bahan:

10 keping roti gardenia (direndam dgn sedikit air masak)

2 Biji telur ayam (di pukul dgn sedikit garam)

Bahan A 5 tangkai lada merah segar 1 biji bawang merah 4 ulas bawang putih Daun sup Daun bawang

Bahan B daging ayam / lembu yang di kisar

garam secukup rasa minyak masak

Cara:

Mayang bahan A. gaul semua bahan A dan B sehingga rata. masukkan roti yang telah kembang satu demi satu ke dalam adunan dan ramas. masukkan secubit garam.

apabila adunan telah boleh di bentuk, kepalkan adunan seperti ikut saiz yg di ingini. panaskan minyak di kuali.

balut adunan dengan telur tadi dan goreng sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

Tambahan:

pastikan begedil di balikkan selalu semasa memasak. masak dengan api yang sederhana.

 

 38. Asam Pedas Ayam

 

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 2 keping asam gelugur 1 cawan minyak masak 1 ikat daun kesum Gula dan garam secukupnya 2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling

6 biji bawang merah, digiling 1 sm halia, digiling Sedikit belacan, digiling 4 tangkai cili merah, digiling 2 ulas bawang putih, digiling 1 sm kunyit basah, digiling

Cara:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.

 

  39. Ayam bakar enak

 

Bahan-Bahan:

Page 28: Resepi lauk pauk

3 camca besar minyak masakSedikit garam1 ekor ayam1 camca besar perahan limau nipis500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:8 biji cili merah

2 batang serai1 cm kunyit8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:1 camca teh jintan putih1 camca teh lada hitam4 biji buah keras

Cara:

Panskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam. Letak ayam di dalam bekas tahan panas. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.

 

 

40. Ayam Berempah

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahandengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4 orang saja