resepi chesecake biskut !

Download resepi chesecake biskut !

Post on 19-Jun-2015

342 views

Category:

Self Improvement

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. (RESEPI) Cheesecake biskut ! Cheesecake paling senang nak buat. Tak perlu bakar pon :D Nak up lah satu entri resepi sebelum nak masuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku memang suka lah masak-masak or baking membaking (oh my bahasa melayu!) ni. Tapi aku suka buat benda yang simple je. Tak suka buat benda yang renyah dan remeh-temeh. Hari ni nak share dengan korang cara nak buat cheesecake paling senang dalam dunia. Tak payah nak beli oven,janji ada peti ais. Tak payah bakar, sejuk kan dalam peti ais jahh. Pastu bahan pon senang je nak cari. Pendek kata memang senang lah resepi kali ni. Pendek je kata camtu,panjang tak kata apa apa. ok tak kelakar Ok ni lah bahan-bahan nak buat Cheesecake Biskut Teduhan Kasih. Auww feeling nak suap cheesecake dekat abang Ehsan sambil berteduh di tepian pantai pulak.kuikui padahal cerita teduhan kasih dah habis dah pon. Bahan-bahan nak buat cheesecake biskut: Cream cheese (250g) 1/2 tin susu pekat manis Nestum Biskut Hup Seng (Guna biskut yang Deluxe Cracker tau.Guna Cream Cracker kesedapan nya kurang.Aku ni kes salah beli biskut lah ni. haha )

2. Guna biskut ni, Deluxe Crackers original flavour.Jangan ambil yang perasa sayur pulak. Harap tak confused antara Cream Cracker dengan Deluxe Cracker . 3. Susu segar untuk celup-mencelup biskut. Guna susu Low fat kalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. kehkeh ok padahal sama je.Tak ada kena mengena pon. Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon Cara-cara nak buat cheesecake biskut: 4. Pukul cream cheese sampai lunyai guna stand mixer 5. Masuk kan 1/2 tin susu (kalau kuat manis,bubuh lah lebih.Kalau tak suka manis,kurangkan.tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak,kencing manis pulak karang) 6. Gaul-gaul sampai sebati. Ok siap dah part ni 7. Ambil biskut celupkan dalam susu segar tadi. Jangan sampai lembik sangat-sangat. Cukuplah sekadar soggy di bahagian depan dan belakang body biskut itu. Kemain biskut feeling mandi susu tauu. 8. Pastu susun dalam loyang kiut kiut macam ni. Loyang aku ni memang cun-cun je muat 9 keping biskut . Bagus kau loyang! Tak payah aku nak patah-patah kan biskut-biskut ituww :D Then celet lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi 9. Pastu tabur nestum Then ulang benda yang sama.Letak biskut >>cream cheese>>nestum. Layerkan sampai lah cream cheese tu macam dah nak habis.Letak sekaligus banyak-banyak biskut dalam susu ni pon boleh. Lagi cepat kerja kau nak melayerkan cheesecake itu. MELAYERKAN? Hazabedah nya bahasa melayu kau ni. weee 10. Untuk topping atas sekali,tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu Akhir sekali tabur nestum. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman. Siap! 11. Haaa senang je kan?? Buat cheesecake biskut ni ala-ala kek batik je. Cuma tak payah masak atas api je. Celup-mencelup biskut tu tujuan dia untuk melembutkan isi cheesecake ni. Nanti nak potong senang lah. Kalau tak celup biskut tu kang, patah lak pisau nak memotong nya sebab biskut keras berdentung. Gituww saja hiperbola. Ni lah hasilnya cheesecake biskut teduhan kasih itu. Jom papa Ehsan kita dating. Cheesecake Biskut siap dah ni. Nganga cepat Ehsan....aummm *masuk kek dalam mulut sendiri* kehkehkeh 12. Cheesecake biskut ni sesuai untuk dijamukan di birthday party ke,open house ke, jamuan bos bersara ke...hehe tak kesah lah bila nak makan pon.Nak makan hari biasa-biasa pon boleh. Rasa cheesecake biskut ni lembut je bila gigit. Macam makan kek :D Tapi kalau time berbuka puasa nak makan ni memang tak lah kan. Muak nanti. Perut kita pon lagi gembira riang ria bila tengok lauk pauk daripada cheesecake biskut ni time berbuka.Melainkan perut kau perut omputeh.Memang boleh lah kot kau hadap makan 13. cheesecake time berbuka puasa. Perut aku perut melayu totok je. But time raya kalau nak jamu orang makan cheesecake biskut ni memang sangat sesuai! *buat thumbs up sambil kenyit mata bajet wondergirl* Ok tu je. Kalau sesiapa nak cuba,selamat mencuba :)