assigment nkra

7
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU3109 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Page 4 1.0 Soalan Tugasan Bidang Keberhasilan Negara Utama Negara (NKRA) menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, bagaimanakah anda melaksanakan strategi perubahan supaya murid anda mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah? 2.0 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Dalam Pendidikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Areas (NKRA) adalah antara perkara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk memperkasakan system pencapaian kepada rakyat serta melaksanakan keputusan pantas bagi mencapai Wawasan 2020 yang kian tiba. Secara umumnya NKRA dapat dibahagikan kepada enam bidang tumpuan utama iaitu mengurangkan jenayah, memerangai rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar Bandar, serta menambah baik pengangkutan awam luar Bandar. Daripada 6 bidang yang disenaraikan, ternyata sebagai warga pendidik, bidang pendidikan adalah bidang yang paling dekat kerana dalam usaha meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, warga pendidik terlibat secara langsung. Berdasarkan siaran Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, NKRA bagi bidang

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 27-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nkra

TRANSCRIPT

GURU DAN CABARAN SEMASA

1.0 Soalan TugasanBidang Keberhasilan Negara Utama Negara (NKRA) menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, bagaimanakah anda melaksanakan strategi perubahan supaya murid anda mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah?

2.0 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Dalam PendidikanBidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Areas (NKRA) adalah antara perkara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk memperkasakan system pencapaian kepada rakyat serta melaksanakan keputusan pantas bagi mencapai Wawasan 2020 yang kian tiba. Secara umumnya NKRA dapat dibahagikan kepada enam bidang tumpuan utama iaitu mengurangkan jenayah, memerangai rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar Bandar, serta menambah baik pengangkutan awam luar Bandar. Daripada 6 bidang yang disenaraikan, ternyata sebagai warga pendidik, bidang pendidikan adalah bidang yang paling dekat kerana dalam usaha meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, warga pendidik terlibat secara langsung. Berdasarkan siaran Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, NKRA bagi bidang Pendidikan dibahagikan kepada 4 sub-NKRA seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Senarai 4 Sub-NKRA dalam bidang pendidikan.*sumber dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebagai pelajar pengkhususan Pemulihan Khas, Sub-NKRA yang dilihat terlibat secara langsung adalah Sub-NKRA kedua; Sasaran 90% menguasai Literasi dan Numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah.

3.0 PELAKSANAAN STRATEGI PERUBAHANSebelum menjawab soalan bagaimana saya dapat melaksanakan strategi perubahan supaya murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah, saya sendiri perlu jelas mengenai dua perkara penting iaitu apa yang dikatakan sebagai pembelajaran optimum serta kemampuan murid yang menjadi client saya.

Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah. Pembelajaran optimum mengikut kemampuan murid dilihat sebagai satu keadaan yang mana murid dapat mempelajari serta memahami perkara yang diajarkan oleh guru pada kadar yang paling baik, pada masa yang sama perkara yang diajarkan adalah selari atau bersesuaian dengan kemampuan murid itu sendiri. Perkataan Optimum ini sendiri bermaksud suatu kedudukan (jumlah) yang terbaik atau paling menguntungkan (Kamus Dewan, ______). Oleh itu, sebagai seorang guru kelak, pelbagai perkara perlu diambil kira bagi mewujudkan pembelajaran yang optimum ini.

Mengenalpasti kemampuan murid merupakan satu perkara yang amat penting sebelum seseorang guru itu merancang strategi, kaedah serta pendekatan yang ingin digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikendalikan. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar serta mengikut keperluan murid (client), guru perlu merancang satu sesi pengajaran yang baik. Antara punca masalah tingkah laku serta prestasi murid yang rendah di sekolah berakar umbi daripada sesi pengajaran yang tidak dirancang dengan baik berdasarkan kemampuan serta keperluan murid dalam bilik darjah. Pengurusan sesi pengajran yang berkesan dapat menjadi pemangkin kecemerlangan murid dalam pendidikan global masa kini seterusnya dapat melahirkan modal insan kelas pertama (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Menurut Abdullah Sani, 2003, proses mengenal pasti murid cemerlang, sederhana, dan lemah untuk setiap mata pelajaran dan keseluruhan mata pelajaran dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan betul. Tepat dan betul yang dinyatakan oleh Abdullah Sani bermaksud aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kemampuan murid yang telah dikenalpasti sebelum perancangan aktiviti tersebut dilakukan. Abdullah Sani turut menyatakan dalam bukunya bertajuk Mengurus Sekolah, 2003, dengan mengenalpasti kemampuan murid sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia dapat memastikan bahawa murid dapat mengembangkan potensi mereka dengan baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, perancangan aktiviti berdasarkan kemampuan murid mampu memberikan murid peluang yang baik untuk belajar pada kadar yang optimum, mengikut kemampuan murid.

Antara usaha yang dilihat mampu dilaksanakan adalah dengan mengukuhkan kemahiran pedagogi guru dengan memastikan penggunaan pelbagai strategi pengajaran yang optimum dan berkesan, sesuai dengan kemampuan murid. Seperti sedia maklum, murid di sekolah pastinya mempunyai kemampuan berbeza-beza walaupun mereka merupakan murid dalam kelas yang sama. Guru yang hanya mempunyai kemahiran pedagogi yang terhad tidak mampu memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Sebagai contoh, murid dalam kelas A terdiri daripada 50% daripadanya mempunyai gaya belajar secara kinestetik yang mana mereka lebih mudah memahami sesuatu perkara melalui pergerakan, melalui aktiviti melibatkan pergerakan motor halus dan kasar mereka, walhal 50% lagi mempunyai gaya belajar secara latih tubi. Apabila guru yang mengajar kelas A ini hanya mahir dengan kemahiran pedagogi yang melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang hanya menggunakan teori behavioris yang memberi penekanan pada ulangan atau latih tubi sahaja. Perkara ini menguntungkan 50% murid yang mempunyai gaya belajar secara latih tubi tadi, akan tetapi, apakah nasib 50% murid yang mempunyai gaya belajar yang lebih melibatkan pergerakan kinestetik ini. Kemahiran Pedagogi guru yang terhad menyebabkan situasi dalam kelas A tadi sering berlaku. Kesan dari kemahiran pedagogi yang terhad ini menyebabkan sesi pembelajaran optimum mengikut kemampuan murid tidak dapat direalisasikan. Guru perlu menyertai latihan professional. Latihan ini ada dikendalikan oleh guru pakar. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan (2009) yang dikeluarkan dalam Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, 69% responden mencadangkan supaya peningkatan kualiti guru diberi keutamaan oleh kerajaan. Perkara ini secara tidak langsung menuntut usaha dalam memperkasakan latihan dalam perkhidmatan dan pra perkhidmatan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran secara pelbagai.

Disamping pengukuhan kemahiran pedagogi guru, pembangunan bahan juga dilihat penting dalam membantu mewujudkan satu pembelajaran optimum disamping mengikut kemampuan murid itu sendiri. Bahan yang ingin diberi penekanan di sini adalah modul. Modul merupakan perkara yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan pembelajaran optimum mengikut kekmpuan murid. Nurma Yunita Indriyani dalam jurnal yang bertajuk Pengembangan Modul menyatakan bahawa antara ciri modul yang baik meliputi satu ciri yang dikatakan berdaya guna. Berdaya guna bermaksud modul ini mampu digunakan berdasarkan tahap penguasaan murid secara efektif. Sebagai contoh, guru ingin mengajar topik operasi tolak satu digit daripada dua digit tanpa melibatkan pengumpulan semula. Modul yang baik akan mempunyai perincian yang tepat mengikut objektif yang telah guru tetapkan mengikut kemahiran murid. Merujuk pada objektif tadi, guru ingi mengajar kemahiran operasi tolak satu digit daripada dua digit tanpa melibatkan pengumpulan semula. Oleh itu modul yang baik tidak akan mencampurkan soalan yang melibatkan pengumpulan semula. Modul yang tidak baik akan mencampurkan soalan yang melibatkan pengumpulan semula dan soalan yang mengumpulkan semula. Perkara ini menyebabkan murid keliru. Murid belum bersedia untuk operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Murid sukar memahami kerana soalan di dalam modul yang tidak mengikut kemampuan murid.

Page 4