tutorial 1

7
 PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAY SIA Perkembangan bimbingan dan kaunseling di Malaysia, kususnya di sek!la se"ara rasminya bermula dengan #r!gram bimbingan ker$aya yang di#erkenalkan #ada %aun enam #uluan a#abila k!nse# Guru Panduan Ker$aya mula di#erkenalkan dalam sis%em  #ersek!laan di Malaysia& Bagaimana#un, makluma% yang berkai%an dengan ker$aya un%uk #anduan ibu ba#a 'u$ud se$ak %aun ()*+an lagi, iai%u a#abila #iak -aba%an Pela$aran NegeriNegeri Sela% dan NegeriNegeri Melayu Berseku%u menerbi%kan sebua  buku ber$udul  A Guide to Care er in Malaya for Parents, T eachers, and Pu#ils& Pada ().), iai%u dua %aun sele#as merdeka, kera$aan baru /ana Melayu di ba'a Kemen%erian Buru %ela menyediakan #erkidma%an #eker$aan belia di Pe$aba% Buru  Negeri& Usaausaa a'al ini lebi men$urus ke#ada bimbingan %erada# ker$aya 0Amla ()123& Piak Kemen%erian Pendidikan 0Pela$aran ke%ika i%u3 mula menun$ukkan mina% dalam  bidang bimbingan $uga bermula dengan #r!gram bimbingan ker$aya yang dikenali sebagai #anduan ker$aya& Mina% yang di%un$ukkan !le #iak Kemen%erian Pendidikan  bermula #ada a'al ()4+, a#abila #iaknya mengeluarkan #ekeliling berkai%an ke#en%ingan 5!kasi!nal dan ke#erluan ke#ada guru ker$aya yang di%em#a%kan di sek!la sek!la& Pada %aun beriku%nya sebua -a'a%ankuasa Penyelarasan Bimbingan 6! kasi!nal 06! "a%i!nal Guidan"e 7!!rdina%ing "!mmi%%ee3 di%ubukan dan sebua buku  #anduan di%erbi%kan dengan $udul  Handbook on Tr aining Facilities in the Federation of  Malaya, diiku%i #enubuan sebua $a'a%ankuasa bagi menyelaras bimbingan 5!kasi!nal yang diberi nama 86! "a%i!nal Guidan"e 7!!rdina%ing "!mmi%%ee8 0Suradi ())43& Usaa yang semakin serius ke ara me'u$udkan guru #embimbing yang kemudiannya dikenali sebagai 8guru #anduan8 adala asil dari#ada #erubaan #!lisi #endidikan Malaysia 0/a na Melayu3 yang meluaskan #eluang #endidikan dari enam %aun ke#ada sembilan %aun& Pelaksanaan #!lisi baru ini menyaksikan sa%u #erubaan besar %erada#

Upload: mila-glieshiiteru

Post on 04-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah BNK

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA

PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIAPerkembangan bimbingan dan kaunseling di Malaysia, khususnya di sekolah secara rasminya bermula dengan program bimbingan kerjaya yang diperkenalkan pada tahun enam puluhan apabila konsep Guru Panduan Kerjaya mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Bagaimanapun, maklumat yang berkaitan dengan kerjaya untuk panduan ibu bapa wujud sejak tahun 1930-an lagi, iaitu apabila pihak Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menerbitkan sebuah buku berjudulA Guide to Career in Malaya for Parents, Teachers, andPupils. Pada 1959, iaitu dua tahun selepas merdeka, kerajaan baru Tanah Melayu di bawah Kementerian Buruh telah menyediakan perkhidmatan pekerjaan belia di Pejabat Buruh Negeri. Usaha-usaha awal ini lebih menjurus kepada bimbingan terhadap kerjaya (Amla 1984).Pihak Kementerian Pendidikan (Pelajaran ketika itu) mula menunjukkan minat dalam bidang bimbingan juga bermula dengan program bimbingan kerjaya yang dikenali sebagai panduan kerjaya. Minat yang ditunjukkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bermula pada awal 1960, apabila pihaknya mengeluarkan pekeliling berkaitan kepentingan vokasional dan keperluan kepada guru kerjaya yang ditempatkan di sekolah-sekolah. Pada tahun berikutnya sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional (Vocational Guidance Coordinating committee) ditubuhkan dan sebuah buku panduan diterbitkan dengan judulHandbook on Training Facilities in the Federation of Malaya,diikuti penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menyelaras bimbingan vokasional yang diberi nama 'Vocational Guidance Coordinating committee' (Suradi 1996).Usaha yang semakin serius ke arah mewujudkan guru pembimbing yang kemudiannya dikenali sebagai 'guru panduan' adalah hasil daripada perubahan polisi pendidikan Malaysia (Tanah Melayu) yang meluaskan peluang pendidikan dari enam tahun kepada sembilan tahun. Pelaksanaan polisi baru ini menyaksikan satu perubahan besar terhadap peraturan memasuki sekolah menengah. Syarat lulus Peperiksaan Darjah Enam untuk masuk sekolah menengah dihapuskan pada 1964. Kemasukan secara terbuka ini menyebabkan bilangan pelajar yang memasuki sekolah menengah mencapai angka yang sangat besar dan tiada piawai untuk mengukur keupayaan pelajar. Polisi ini mengakibatkan perbezaan kebolehan pelajar yang sangat luas dan menyebabkan perkhidmatan bimbingan yang dikenali sebagai 'panduan' diperkenalkan di sekolah-sekolah pada awal 1960-an (Amla 1984).Dengan bantuan UNESCO seorang perunding dari Kanada, iaitu R.K.Mackenzie pada 1962-1963 telah membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan khidmat bimbingan yang lebih dikenali sebagai 'panduan' di sekolah. Beliau menyediakan latihan mengendalikan perkhidmatan bimbingan kepada beberapa pegawai pendidikan Malaysia. Kemudian pada 1969, seramai 275 orang guru diberikan kursus singkat di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dengan bantuan UNESCO sehingga 1980, kemudiannya program Sijil Khas Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di maktab yang sama.Selaras dengan usaha awal melahirkan guru 'panduan' tersebut, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil satu lagi langkah untuk menjayakan rancangan panduan itu dengan mengeluarkan peraturan yang dapat mengembangkan lagi bidang ini. Pada 1968, jawatan Ketua Unit Panduan Pelajaran telah diwujudkan. Ini diikuti dengan peraturan yang menentukan supaya guru panduan mengajar tidak lebih daripada 25 waktu setelah tugas guru panduan dikenal pasti. Pada waktu itu istilah 'panduan' telah digantikan dengan 'bimbingan'. Guru bimbingan sekolah menengah mempunyai 14 tugas, sementara guru bimbingan sekolah rendah mempunyai 11 tugas. Pada 1972 pihak Kementerian telah menyediakan peruntukan kewangan kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Kemudian pada 1973, Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah yang diletakkan di bawah bahagian sekolah-sekolah. Pada 1975 jawatan Penolong Ketua Unit Panduan Kerjaya telah diwujudkan.Laporan Kabinet 1979 menyarankan supaya peranan guru panduan diluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar dan tidak terbatas kepada panduan kerjaya sahaja. Laporan tersebut seterusnya mencadangkan supaya sebuah unit Hal Ehwal Murid di sekolah yang mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling yang baru diwujudkan. Cadangan ini telah dilaksanakan dan guru bimbingan kemudiannya diarahkan supaya meluaskan khidmat bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial (Kementerian Pendidikan 1993).Kemudian pada 1981, Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah ditukar menjadi Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan diketuai oleh seorang yang bertaraf Ketua Penolong Pengarah dan dibantu oleh empat pegawai. Pada tahun yang sama pegawai untuk menyelaraskan pendidikan penyalahgunaan dadah turut dilantik. Peranan mengajar guru bimbingan terus dikurangkan kepada 12 waktu apabila pihak Kementerian Pendidikan semakin peka terhadap kepentingan peranan program bimbingan dan kaunseling dalam membantu pertumbuhan yang sihat dalam kalangan murid-murid.Pekeliling KP (BS) 859/Jld.2 (29) Kementerian Pelajaran Malaysia bartarikh 2 Januari 1985 (Kementerian Pendidikan 1993) mengarahkan supaya ditubuhkan satu Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. Dasar yang menggariskan beban kerja guru bimbingan ini disertakan dengan peruntukan kewangan sebanyak 40 sen setahun untuk setiap pelajar mulai 1993 dan jumlah itu kekal hingga ke hari ini (Pekeliling KP 1573/17/Jld.8/(78)). Akhirnya pada bulan Jun tahun 1996, jawatan kaunselor sekolah sepenuh masa diwujudkan.Aspek profesionalisme kerja dalam bidang ini semakin diberi perhatian. Sebuah pertubuhan vokasional yang dipanggil 'Malaysian Vacational Guidance Association' ditubuhkan pada 1973 untuk mengembangkan bidang ini pada tahap nasional dan antarabangsa. Persatuan Kaunseling Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai PERKAMA kemudian ditubuhkan secara rasminya pada 1982. Pada awal 1990 bidang kaunseling dijangka mampu untuk memberikan perkhidmatan yang profesional. Dengan itu langkah tertentu telah diambil untuk meningkatkan taraf kerjaya dalam bidang tersebut sebagai sebuah profesion. Pihak Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif memulakan langkah menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk memulakan usaha ke arah penggubalan akta kaunselor, yang kemudiannya diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan akhirnya diwartakan pada awal 2000. Akta yang dikenali sebagai Akta Kaunselor 580 ini, selain menjadi pelindung kepada pengguna dan klien dalam aktiviti kaunseling, juga mempunyai peruntukan penubuhan sebuah lembaga yang dinamakan Lembaga Kaunselor Malaysia dengan fungsinya mengawal selia amalan kaunseling di Malaysia. Tugas utama lembaga tersebut ialah mendaftarkan semua kaunselor di Malaysia dan mengeluarkan lesen amalan kaunseling bagi kaunselor berdaftar yang ingin memberikan khidmat mereka kepada orang ramai. Selain daripada itu, lembaga juga bertanggungjawab menentukan piawai latihan kaunseling di negara ini dan kuasa mendakwa terhadap amalan kaunseling yang bertentangan dengan peruntukan dalam akta. Ringkasnya dengan terwartanya Akta Kaunselor 580 tersebut, maka tahap profesionalisme kaunseling di Malaysia dapat dipertingkatkan (Abdul Halim 2001; Akta Kaunselor 580 1998).Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.`Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`.Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling.g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum.i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.Bidang bimbingan dan kaunseling suatu bidang yang masih muda usianya dan mempunyai sejarah yang aktif di Malaysia. Sejarahnya dapat dilihat melalui beberapa dasar kerajaan, permulaan kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan kebelakangan ini melalui perkembangan program-program ijazah, diploma dan sijil untuk guru-guru bimbingan dan para kaunselor.

Sejarah perkembangan kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1938 menerusi pembentangan laporan keperluan bimbingan di sekolah melalui pentadbiran Kolonial Britain H.R Cheeseman. Pada tahun 1939 , kaunseling di Malaysia semakin berkembang dengan penerbitan buku panduan A Guide to Careers in Malaya for Parents , Teachers and Pupils. Penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kebajikan komuniti pada tahun tahun 1946 menunjukkan kaunseling di Malaysia semakin berkembang. Pada tahun 1959 , tertubuhnya Perkhidmatan Pekerjaan Belia oleh Jabatan Buruh. Kaunseling di Malaysia semakin berkembang dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperkenalkan di sekolah pada tahun 1962. Pada tahun 1964 pula pekeliling pendidikan dikeluarkan supsys setiap sekolah melantik seoarang guru bimbingan yang memeberi focus kepada khidmat panduan pelajaran , kerjaya dan peribadi. Setelah itu , UKM menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Runing Cara pada tahun 1973. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1978 , Penjara Seremban memulakan perkhidmatan kaunseling dadah dipenjaranya dan seramai 168 pegawai penjara dilatih oleh Bereau of International Narcotic matters , USA dalam bidang kaunseling pemulihan. Setelah itu , pada tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memeperkenalkan kursus Persijilan Kaunseling dan pada tahun 1982 , Persatuan Kaunselor Malaysia didaftarkan. Kemudiannya pada tahun 1989 , Persatuan Kaunselor Malaysia ditukar kepada persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA ) bertujuan untuk mewujudkan satu asas professional untuk kaunselor. Pada tahun 1992 , jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) dengan kerjasama PERKAMA. Akta Kaunselor 1998 diluluskan oleh kerajaan pada 1 Disember 1998.