tutorial 1 matematik

10
Tutorial 1.1 Soalan1 :Masalah Raja Gajah Pada suatu masa dahulu,Raja Siam bertanya kepada pahlawan untuk mengukur berat seekor gajah.Walau bagaimanapun ,berat gajah itu terlalu berat untuk diukur oleh mesin yang ada.Tugas anda adalah untuk membantu para pahlawan menyelesaikan masalah tersebut. Penyelesaian : Langkah 1 :Memahami masalah. - Raja Siam bertanya kepada pahlawan untuk mengukur berat seekor gajah. - Berat gajah itu terlalu berat untuk diukur oleh mesin yang ada. - Cari bagaimana cara untuk mengukur berat seekor gajah. Langkah 2 :Merancangkan strategi/ Pelan - Strategi yang dipilih ialah melakonkan masalah. - Memikirkan alatan yang akan digunakan untuk menimbang gajah iaitu seperti papan jongkang-jongket dan bongkah batu. - Berat batu mestilah seimbang dengan berat gajah. - Kira jumlah berat kesemua batu yang digunakan . Langkah 3 :Melaksanakan strategi/pelan aA CARA MENGIRA BERAT GAJAH Cari alternatif alatan yang boleh mengimbangi berat gajah dengan sesuatu seperti jongkang – jongket.

Upload: nur-fakhira-athirah-rosli

Post on 06-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

some toturial

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 1 Matematik

Tutorial 1.1

Soalan1 :Masalah Raja Gajah

Pada suatu masa dahulu,Raja Siam bertanya kepada pahlawan untuk mengukur berat seekor gajah.Walau bagaimanapun ,berat gajah itu terlalu berat untuk diukur oleh mesin yang ada.Tugas anda adalah untuk membantu para pahlawan menyelesaikan masalah tersebut.

Penyelesaian :

Langkah 1 :Memahami masalah.

- Raja Siam bertanya kepada pahlawan untuk mengukur berat seekor gajah.- Berat gajah itu terlalu berat untuk diukur oleh mesin yang ada.- Cari bagaimana cara untuk mengukur berat seekor gajah.

Langkah 2 :Merancangkan strategi/ Pelan

- Strategi yang dipilih ialah melakonkan masalah.- Memikirkan alatan yang akan digunakan untuk menimbang gajah iaitu seperti papan

jongkang-jongket dan bongkah batu.- Berat batu mestilah seimbang dengan berat gajah.- Kira jumlah berat kesemua batu yang digunakan .

Langkah 3 :Melaksanakan strategi/pelan

aA

CARA MENGIRA BERAT GAJAH

Cari alternatif alatan yang boleh mengimbangi berat gajah dengan sesuatu seperti jongkang – jongket.

Page 2: Tutorial 1 Matematik

Letak gajah di salah satu hujung papan dan letak pemberat iaitu batu di sebelah

Satu lagi.

Jika batu masih tidak mencukupi untuk mengimbangi berat gajah, papan disebelah

Gajah akan jatuh manakala papan disebelah batu akan naik.

Jumlah batu hendaklah ditambah sehingga papan tersebut betul-betul seimbang.

Page 3: Tutorial 1 Matematik

Langkah 4 :Semak semula.

- Adakah jawapan munasabah?- Dengan menggunakan strategi yang sama, gunakan manusia menggantikan bongkah

batu.- Bilangan manusia akan ditambah selagi kedudukan papan jongkang-jongket tidak

seimbang atau berat kearah gajah.- Bila sudah seimbang, timbang berat semua orang yang terlibat- Jumlah berat semua manusia terlibat sama dengan jumlah berat bongkah batu.

Jika sudah seimbang, ianya menandakan berat gajah dan berat batu adalah sama. Jadi, untuk mengetahui berat gajah, kita hendaklah menimbang batu yang digunakan tadi. Berat batu itu, boleh memberitahu kita berat gajah yang sebenar.

Page 4: Tutorial 1 Matematik

Soalan2 :Masalah Abu Nawas.

Dalam salah satu cerita-cerita dalam ‘Seribu Satu malam’ , Abu Nawas hanya akan membenarkan mana-mana pelancong untuk mengambil air dari telaga beliau selepas Berjaya menyelesaikan masalah berikut:

Para pelancong diberi bekas 3-liter dan bekas 5-liter. Mereka perlu menguku rdengan tepat empat dan tujuh liter air menggunakan bekas di atas. Anda dikehendaki membantu parapelancong menyelesaikan masalah ini.

Penyelesaian:

Langkah 1: Memahami masalah.

- Para pelancong diberi bekas 3-liter dan 5-liter.- Mereka perlu mengukur dengan tepat empat liter dan tujuh liter air menggunakan

bekas di atas.- Cari bagaimana cara untuk membantu para pelancong menyelesaikan masalah ini.

Langkah 2: Merancang strategi/pelan.

- Strategi yang dipilih ialah melakonkan masalah.- Memastikan dengan tepat jumlah liter air yang perlu diukur.- Untuk mengukur 4 liter air.

o –Ambil bekas 5 liter dan isi air penuh di dalamnya. Air tersebut hendaklah dituang kedalam bekas 3 liter.Air yang selebihnya ( 2 liter) hendaklah dipindahkan kedalam bekas lain yang dinamakan bekasA.Ulang proses ini sekali lagi. Jadi,jumlah air di dalam bekas A berjumlah 4 liter kesemuanya.

- Untuk mengukur 7 liter airair.o Isi air kedalam bekas 5 liter.Tuang air tersebut ke dalam bekas lain yang

dinamakan bekas B. Ambil semula bekas 5 liter dan isi air.Tuang air ini ke dalam bekas 3 liter.Air yang selebihnya iaitu sebanyak 2 liter dipindahkan ke dalam bekas B tadi. Jadi jumlah air di dalam bekas B ialah sebanyak 7 liter.

Langkah3 :Melaksanakan strategi / pelan.

CARA UNTUK MENGUKUR 7 LITER AIR

Page 5: Tutorial 1 Matematik

5 LITER

BEKAS B

5 LITER

KO

SO

NG

2 LITER

3 LITER 5 LITER

7 LITER

BEKAS B 2 LITER

2 + 5 LITER

Page 6: Tutorial 1 Matematik

CARA UNTUK MENGUKUR 4 LITER AIR

5 LITER

3 LITER

5 LITER

2 LITER

BEKAS A

Page 7: Tutorial 1 Matematik

Langkah 4 :Semak semula

- Adakah jawapan munasabah ?

- Untuk 4 liter air :-

Operasi 1 5 liter air – 3 liter air = 2 liter.

Operasi 25 liter air – 3 liter air = 2 liter.

Jadi, 2 liter air + 2 liter air = 4 liter air.

Untuk 7 liter air.

Operasi 1Menggunakan 5 liter air penuh.

Operasi 25 liter air – 3 liter air = 2 liter.

Jadi,5 liter air + 2 liter air = 7 liter air.

Page 8: Tutorial 1 Matematik

Tutorial 1.2 :Penyelesaian masalah kreatif.

1.2.1. Kenal pasti strategi yang anda gunakan untuk menyelesaikan masalah dalam tutorial 1.1.

1.2.2 Cari/ cipta satu lagi masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan strategi yang berlainan

1.2.3 Bentangkan dalam kumpulan.

Jawapan

1.2.1 Strategi yang digunakan ialah melakonkan masalah.

1.2.2. Dalam satu kandang ada 34 kaki haiwan.Dalam kandang itu, hanya ada kuda dan ayam. Kira kebarangkalian berapa ekor kuda dan ayam yang ada di dalam kandang itu.

Langkah 1: Memahami masalah

- Dalam satu kandang,ada 34 kaki haiwan.

- Dalam kandang itu hanya ada kuda dan ayam sahaja.

- Cari kebarangkalian berapa ekor kuda dan ayam yang ada di dalam kandang itu.

Langkah2 :Merancangkan strategi/pelan

- Strategi yang dipilih ialah membina model.- Menggunakan batang mancis sebagai model,sebatang mancis mewakil isatu kaki

haiwan.- Susun batang mancis untuk kuda dahulu.Kemudian, susun batang mancis untuk ayam

pula.- Bina kebarangkali yang boleh didapati daripada proses di atas.

Langkah 3 :Melaksanakan stretegi/pelan.

Page 9: Tutorial 1 Matematik

Langkah 4 :Semak semula.

- Adakah jawapan munasabah? - 6 ekor kuda

6 x 4 = 24- 5 ekor ayam.

5 x 2 = 10

Jadi ,24 kaki + 10 kaki = 34 kaki kesemuanya.