soalan tutorial 1-28

26
SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503) Soalan Tutorial 1: Bezakan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses. PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIAN PENGERTIAN Merupakan proses bagi menentukan perubahan tingkah laku. Merupakan proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid. Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran. KEGUNAAN -Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai. -Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran. -Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan. -Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran. -Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. -Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum. BENTUK -Terdiri daripada aspek pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis. -merangkumi ujian bertulis dengan markah dan gred. -Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan. PROSES -Proses melibatkan pelaksanaan yang berikut: 1. Persediaan ujian 2. Pentadbiran 3. Pemeriksaan. -Merangkumi pelaksaan berikut: 1. Proses pengujian 2. Merekod markah atau gred -Proses yang berlaku adalah: 1. Proses pengukuran 2. Proses penganalisisan 3. Proses interprestasi 4. Melapor 5. Tindakan Soalan Tutorial 2 : 1

Upload: shibuya-yuri

Post on 26-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Soalan-soalan penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 1:

Bezakan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses.

PENGUJIAN PENTAKSIRAN PENILAIANPENGERTIAN Merupakan proses

bagi menentukan perubahan tingkah laku.

Merupakan proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.

Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

KEGUNAAN -Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.

-Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.

-Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.

-Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.

-Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.

-Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.

BENTUK -Terdiri daripada aspek pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.

-merangkumi ujian bertulis dengan markah dan gred.

-Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

PROSES -Proses melibatkan pelaksanaan yang berikut:1. Persediaan ujian2. Pentadbiran3. Pemeriksaan.

-Merangkumi pelaksaan berikut:1. Proses pengujian2. Merekod markah atau gred

-Proses yang berlaku adalah:1. Proses pengukuran2. Proses penganalisisan3. Proses interprestasi4. Melapor5. Tindakan

1

Page 2: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 2 :

Bezakan penialaian formatif dan penilaian sumatif dari segi makna,

tujuan, proses dan produk.

Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Makn

a

Penilaian yang dibuat secara

berterusan, iaitu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran

untuk menilai keberkesanan

pengajaran guru dan pembelajaran

pelajar bagi setiap tajuk sebelum

meneruskan kepada pengajaran

seterusnya.

Penilaian yang dibuat pada akhir

pengajaran yang bertujuan untuk

menilai pencapaian akhir pelajar.

Ia lebih menumpukan kepada

penilaian penguasaan pelajar

dalam sesuatu unit

pembelajaran.

Tujua

n

Mengesan kekuatan dan

kelemahan penguasaan murid

dalam sesuatu kemahiran yang

telah diajar.

Menentukan kefahaman dan

pencapaian pelajar murid dalam

beberapa unit pembelajaran

untuk satu mata pelajaran.

Prose

s

-Menentukan topik pembelajaran.

-Menyatakan aspek dan tahap bagi

sesuatu topik pembelajaran.

-Menghubungkan elemen-elemen

yang terdapat dalam suatu topik.

-Membentuk soalan.

-Mencadangkan langkah susulan.

-Membentuk jadual penentuan

ujian.

-Menggubal soalan-soalan yang

berkaitan dengan isi dan

perlakuan yang ingin diuji.

-Mengumpul item secara

sistematik.

-Menyiapkan skema pemarkahan.

-Menyediakan arahan yang jelas

tentang apa yang harus calon

melakukan.

-Menguji item tersebut terlebih

dahulu melalui ujian rintis kepada

sampel pelajar.

-Menganalisis item yang telah

ditadbir secara rintis.

Produ

k

Kuiz, sesi soal jawab secara lisan

atau ujian bertulis selepas satu

Peperiksaan awam seperti UPSR,

2

Page 3: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

waktu pengajaran. PMR, SPM & STPM

Soalan Tutorial 3:

Terangkan kepentingan penilaian program dalam pendidikan.

Penilaian program boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang

menghasilkan keputusan, pengumpulan dan analisis data yang sistematik,

menurut Pang dan Denis Lajium (2008). Dalam sistem pendidikan di Malaysia,

pelbagai penilaian program telah dilaksanakan bagi meningkatkan taraf

pendidikan negara. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti Program

NILAM, Program Celik Huruf, Program Motivasi, Program Gerak Gempur, Program

Bina Insan dan sebagainya.

Kepentingan penilaian program dalam pendidikan yang pertama ialah

untuk memastikan bahawa pengurusan dan pengoperasian program atau projek

dapat dipantau dengan baik. Pengurusan program yang baik dapat memberi

maklumat tentang bilangan peserta, ciri-ciri peserta, jenis aktiviti program yang

akan dijalankan, peruntukkan sumber tenaga dan kos program kepada pentadbir

program. Contohnya, semasa mengadakan Program Motivasi bagi pelajar

sekolah yang menghadapi peperiksaan SPM, staf program dan guru-guru yang

terlibat boleh memperoleh maklumat tentang ciri-ciri peserta, masalah tekanan

dan kerisauan yang dihadapi oleh pelajar, menentukan aktiviti motivasi yang

sesuai dijalankan semasa program dijalankan, bilangan sumber tenaga yang

diperlukan, jenis pensyarah motivasi yang akan diundang dan kos Program

Motivasi yang dibelanjakan. Semua maklumat ini dapat membekalkan data-data

pengoperasian program yang boleh digunakan untuk menaksir hasil pelaksanaan

program tersebut (Pang & Denis Lajium, 2008).

Kepentingan penilaian program dalam pendidikan yang kedua ialah untuk

memastikan bahawa sesuatu program yang dilaksanakan adalah mengikut arah

tuju dan objektif pendidikan yang telah ditetapkan. Keadaan ini bermaksud

aktiviti-aktiviti program atau projek yang dilaksanakan adalah menggambarkan

rancangan dan matlamat projek. Contohnya, pelaksanaan Program NILAM

adalah berteraskan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Pelaksanaan program ini merupakan satu daripada hasrat pendidikan negara

Malaysia dalam memupuk budaya masyarakat yang berpengetahuan dan

membaca. Oleh sebab itu, bagi memastikan program NILAM ini mencapai arah

3

Page 4: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

tuju pendidikan tersebut, semua pihak khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia,

sekolah, pengetua, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar akan melibatkan diri

bagi menjayakan objektif tersebut. Pihak yang terlibat akan sentiasa

meningkatkan kualiti, kemahiran dan pengetahuan diri bagi menjamin matlamat

program, objektif dan perkhidmatan dapat dikekalkan (Pang, 2005).

Kepentingan penilaian program yang ketiga dan yang terakhir ialah untuk

memastikan bahawa keberkesanan pelaksanaan sesuatu program dijalankan

(Pang & Denis Lajium, 2008). Keberkesanan program bermaksud sama ada

program yang dilaksanakan dapat menghasilkan produk yang dikehendaki atau

mencapai tahap pencapaian yang telah ditetapkan. Penilaian program

membolehkan kelemahan dan kekuatan sesuatu program atau perkhidmatan

dapat dikenalpasti. Kelemahan yang wujud membolehkan staf-staf program

mengambil inisiatif untuk mengatasi kelemahan tersebut semasa mengadakan

program. Contohnya, apabila didapati bahawa kemahiran asas (kemahiran

menulis, membaca dan mengira) yang dikuasai oleh murid-murid pedalaman

yang terlibat dalam Program Celik Huruf masih tidak mencapai tahap yang

memuaskan, guru-guru atau staf program yang terlibat haruslah memikirkan

langkah atau mengubahsuai aktiviti program bagi meningkatkan keberkesanan

program tersebut.

Soalan Tutorial 4:

Apakah perbezaan antara penilaian dan penyelidikan pendidikan?

Berikan contoh-contoh projek penilaian dan penyelidikan pendidikan.

Elemen Penilaian Penyelidikan

Definisi Penggunaan kaedah-kaedah

penyelidikan dalam menjelaskan

sesuatu masalah yang yang

berkaitan dengan tindakan.

Usaha yang dikehendaki

secara sistematik, objektif

dan dinamik menerusi

langkah-langkah menentukan

masalah dan alat kajian,

mengumpul dan menganalisis

data, mentafsir dan

4

Page 5: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

melaporkan penyelidikan.

Motivasi

Pengkaji

Membuat penilaian semata-

mata mencari penyelesaian

masalah.

Hanya untuk memuaskan

rasa ingin tahu.

Objektif

Kajian

Dijalankan untuk mendapatkan

keputusan.

Dijalankan untuk

memperolehi rumusan.

Kriteria Mengutamakan kegunaan (utiliti

dan kebolehpercayaan

(kredibiliti).

Mementingkan kesahan

dalaman dan kesahan luaran.

Nilai yang

dipentingk

an

Mengutamakan faedah(worth)

yang diperolehi.

Mementingkan

kebenaran(truth) yang harus

dibuktikan.

Contoh Contoh jenis penilaian yang

sering dilakukan ialah penilaian

terhadap projek, kajian kes,

portfolio, bengkel dan seminar.

Contoh jenis penyelidikan

yang dilakukan adalah

penyelidikan dalam

penggunaan Bahasa Inggeris

dalam mata pelajaran Sains

dan Matematik.

Soalan Tutorial 5:

Bandingkan model objektif dengan model goal free.

MODEL OBJEKTIF MODEL GOAL FREE

Model objektif boleh ditakrifkan

sebagai kejayaan atau kegagalan

sesebuah program atau pengajaran

dalam kadar kesepadanan di antara

prestasi pelajar-pelajar yang

dijangkakan dengan prestasi yang

sebenar.

Model goal free ini menekankan

bahawa pertimbangan dan penilaian

matlamat bukan sahaja tidak

diperlukan tetapi mungkin merupakan

langkah yang menganggu penilaian.

Meneruskan model objektif, penilaian

dikaitkan dengan usaha menentukan

nilai sesuatu hasil.

Fokus utama dalam penilaian tanpa

matlamat adalah hasil sebenar dan

bukannya setakat hasil yang dihendaki

5

Page 6: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

oleh program.

Mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan program.

Menumpukan pada kesan sebenar

tanpa menghiraukan matlamat.

Penggunaan kaedah –kaedah

kuantitatif seperti statistik.

Tiada penggunaan kaedah–kaedah

kuantitatif seperti statistik.

Dalam Model Objektif menyatakan bahawa penilaian dikaitkan dengan

usaha dalam menentukan nilai sesuatu hasil atau produk. Manakala, Model Goal

Free menyatakan bahawa pertimbangan dan penilaian matlamat adalah langkah

yang bukan sahaja tidak diperlukan dan kewujudannya berkemungkinan akan

menganggu proses penilaian.

Teras utama Model Objektif ialah membandingkan objektif-objektif

sesuatu program dengan hasil-hasilnya untuk mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan program. Manakala, teras utama bagi Model Goal Free ialah

menumpukan pada kesan sebenar sahaja tanpa menghiraukan matlamat.

Soalan Tutorial 6 :

Apakah model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di

Malaysia? Berikan contoh-contoh yang sesuai.

Model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di Malaysia ialah

Model Objektif. Melalui model ini, penilaian dapat dikaitkan dengan usaha

menentukan nilai sesuatu hasil dan ianya berfungsi untuk membandingkan

objektif-objektif sesuatu program dengan hasil-hasilnya. Antara contoh-contoh

yang sesuai untuk model ini ialah :

i) Pembinaan soalan ujian/peperiksaan mengikut Taksonomi Objektif

Pendidikan iaitu Taksonomi Kognitif Bloom),

ii) Penggunaan konsep “behavioral objectives” dalam menilai dan

mengukur tahap pencapaian matlamat sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran,

iii) Perbandingan dibuat antara objektif dan hasil sesuatu pengajaran,

6

Page 7: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

iv) Penggunaan kaedah-kaedah kuantitatif seperti statistik dalam

mengukur kekuatan dan kelemahan sesuatu bahan pengujian serta

dalam menilai tahap pencapaian pelajar.

Selain model objektif, model yang sering digunakan dalam penilaian

pendidikan di Malaysia adalah Model CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam

pada tahun 1985. Model tersebut berupaya menentukan kesesuaian

persekitaran dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program.

Antara contoh program yang dilakukan oleh kerajaan ialah program pengajaran

dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI). Dari segi

konteks, model ini adalah relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara, sikap

pensyarah atau guru terhadap perubahan kurikulum ini adalah negatif kerana

ketidakfasihan dalam bahasa Inggeris dan tahap keyakinan pensyarah atau guru

terhadap pelaksanaan kurikulum adalah rendah. Dari segi input, jabatan

pelajaran negeri mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi mencetak

buku baru, memberi latihan kepada guru, penyediaan alat untuk pengajaran dan

pembelajaran serta kemudahan untuk pengajaran dan sebagainya. Selain itu,

guru juga tidak dilengkapi dengan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi

bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah

disebabkan oleh mereka tidak menerima latihan dan kursus mengenai

kemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris sebelum ini. Dari segi proses,

pelaksanaan PPSMI menghadapi masalah ketidakfasihan Bahasa Inggeris bagi

guru dan pelajar dan guru terpaksa menggunakan strategi pembelajaran dan

pengajaran yang menarik seperti CD-rom, kaedah perbincangan, “brain-

storming” dan sebagainya untuk menarik perhatian pelajar. Dari segi produk,

PPSMI telah dimansuhkan dan kembali kepada pengajaran dan pembelajaran

sebelum ini disebabkan pencapaian akademik pelajar yang tidak

memberangsangkan dan objektif tidak tercapai.

Soalan Tutorial 7:

Apakah kepentingan Taksonomi dalam pentaksiran pendidikan?

Pentaksiran pendidikan merujuk kepada langkah-langkah untuk

menentukan sejauh mana tahap seseorang pelajar itu memiliki sifat tertentu.

7

Page 8: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Pentaksiran ini berguna dalam menentukan kedudukan dan pencapaian

seseorang murid. Dalam proses pentaksiran pendidikan, taksonomi-taksonomi

pendidikan memainkan suatu peranan yang sangat penting.

Secara amnya, taksonomi pendidikan digunakan sebagai satu panduan

semasa guru menggubal item/soalan pengujian kepada murid-murid. Guru harus

membina item/soalan pengujian untuk pelajar mereka mengikut peringkat demi

peringkat agar item/soalan yang dibina mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan yang tinggi.

Kepentingan Taksonomi pendidikan membolehkan guru membina

item/soalan pengujian yang dapat menguji semua aras pelajar. Mengikut

Taksonomi Bloom, aras-aras yang diuji merangkumi aspek pengetahuan,

kefahaman, analisis, aplikasi, sintesis dan penilaian. Semua aspek pelajar dapat

diukur sama ada memenuhi objektif pengajaran atau sebaliknya.

Soalan Tutorial 8:

Berikan contoh-contoh soalan dalam mata pelajaran major anda untuk

semua aras kesukaran.

Mata pelajaran major kumpulan kami ialah ekonomi. Contoh-contoh

soalan dalam aras kesukaran dapat ditunjukkan melalui jadual yang berikut:

Aras Kesukaran Contoh Soalan

1) Aras Pengetahuan Senaraikan tiga jenis sistem ekonomi yang

diamalkan pada masa sekarang?

2) Aras Kefahaman Apakah perbezaan diantara perubahan

kuantiti diminta dengan perubahan dalam

permintaan?

3) Aras Aplikasi Berdasarkan kepada Teori Kuantiti Wang

Fisher, kira jumlah penawaran wang dalam

ekonomi tersebut tanpa mengambil kira

kadar inflasi pada masa itu.

8

Page 9: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

4) Aras Analisis Mengapakah Malaysia tidak mengamalkan

sistem ekonomi kapitalis?

5) Aras Sintesis Dengan menggunakan gambar rajah,

apakah kemungkinan yang terjadi kepada

keluk permintaan kereta sekiranya harga

minyak petrol meningkat?

6) Aras Penilaian Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor

yang menyebabkan pengurangan

permintaan telefon bimbit di Malaysia.

Soalan Tutorial 9:

Apakah mata pelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan Taksonomi

Krathwohl? Berikan contoh-contoh.

Taksonomi Krathwohl telah diasaskan oleh David R. Krathwohl pada tahun

1964 yang menitikberatkan domain afektif yang boleh dikelaskan dalam lima

peringkat, iaitu penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

Salah satu mata pelajaran yang boleh mengaplikasikan Taksonomi Krathwohl

adalah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebagai contoh, dalam Pendidikan

Jasmani guru akan mengajar mengenai kepentingan nilai semangat kesukanan

seperti menerima kekalahan dan menghormati pihak lawan.

Dalam aras penerimaan, semasa guru menjelaskan mengenai kepentingan

nilai semangat kesukanan, para pelajar akan menyedari tentang kepentingan

yang dijelaskan. Kemudian pelajar sanggup memberi perhatian terhadap

pengajaran dalam kelas dengan mendengar dengan penuh perhatian sebagai

tanda untuk kesudian menerima nilai tersebut. Pelajar akan mula mendengar

dengan berhati-hati semasa sesi pengajaran mengenai nilai semangat

kesukanan dan mengambil bahagian secara aktif seperti mengutarakan soalan.

9

Page 10: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Dalam aras tindak balas, berlaku penglibatan aktif pelajar dalam sesuatu

perkara serta kesanggupan bertindak balas terhadap rangsangan. Sebagai

contoh, nilai semangat kesukanan menarik perhatian pelajar kemudian

membolehkan para pelajar dengan sukarela mencari bahan berkaitan dengan

nilai semangat kesukanan untuk memenuhi perasaan kepuasan atau

keseronakan dalam menimba ilmu tambahan mengenai nilai semangat

kesukanan.

Dalam aras menilai, pelajar akan memberikan nilai kepada sesuatu objek,

fenomena atau tingkah laku. Proses penilaian adalah berdasarkan penghayatan

satu set nilai spesifik pada pelajar. Sebagai contoh, pelajar menunjukkan

kepentingan nilai semangat kesukanan dengan menerima kekalahan dan

menghormati pihak lawan dalam permainan yang diceburi oleh pelajar.

Dalam aras organisasi, pelajar akan membina satu sistem yang konsisten.

Sebagai contoh, para pelajar mempercayai bahawa semangat kesukanan adalah

penting dalam apa jua jenis sukan. Oleh itu, menyedari kemenangan dan

kekalahan bukanlah faktor paling penting dalam permainan sukan dan

mengetahui terdapat nilai yang lebih penting sepeti semangat sepasukan agar

mampu meningkatkan lagi kekuatan dan kelemahan pasukan.

Dalam aras perwatakan, para pelajar akan menjaga mengekalkan

semangat kesukanan dalam gaya hidup seharian. Sebagai contoh, para pelajar

akan mengamalkan kehidupan yang sihat dengan mengamalkan kepentingan

sukan dalam membentuk gaya hidup yang sihat.

SOALAN TUTORIAL 10:

Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan aras-aras

Taksonomi Krathwohl dalam pendidikan moral.

Pendidikan moral merupakan ilmu yang menekankan dan mementingkan

penyampaian maksud dan pengaplikasian pelbagai nilai. Mengikut Krathwohl,

aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat iaitu penerimaan,

tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan nilai. Aras-aras Taksonomi

10

Page 11: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Krathworl boleh diterangkan menggunakan nilai berdikari dalam mata pelajaran

pendidikan moral.

Aras pertama bagi Taksonomi Krathwohl ialah penerimaan iaitu keinginan

dan kesanggupan pelajar bergerak balas kepada suatu rangsangan. Contohnya,

pelajar yang berdikari akan mendengar dengan penuh perhatian dan berhati-hati

dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana

pelajar tersebut sedar dengan kepentingan pelajaran. Hal ini juga kerana pelajar

sudah mula dengan sifat ingin tahu tentang perkara atau nilai yang dipelajari.

Pelajar yang berdikari dikatakan berada dalam aras kedua Taksonomi

Krathwohl apabila dia memberikan tindak balas. Dalam aras ini, pelajar akan

bergerak balas iaitu dengan mengambil perhatian, memberi tindak balas dan

mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas. Contohnya, pelajar akan berasa

seronok apabila melengkapkan kerja rumah Pendidikan Moral dan mengambil

bahagian dalam perbincangan kelas iaitu tentang isu pembuangan bayi yang

popular sejak akhir-akhir ini. Pelajar juga turut bersedia membantu rakan yang

lain dalam menyelesaikan tugasan dengan kurangnya bantuan daripada guru.

Aras ketiga dalam Taksonomi Krathwohl ialah menilai yang bermaksud

memberikan nilai kepada sesuatu objek, fenomena atau tingkah laku.

Contohnya, pelajar yang berdikari akan menunjukkan sikap penyelesaian

masalah. Apabila pelajar tersebut menemui masalah, pelajar tersebut akan

menilai sama ada pelajar tersebut perlu mendapatkan pertolongan daripada

orang lain atau selesaikan sendiri. Pelajar berusaha dalam mendapatkan

penyelesaian dan mempunyai komimen menyelesaikan masalah yang tinggi.

Aras keempat dalam Taksonomi Krathwohl ialah organisasi iaitu

mengumpulkan nilai-nilai yang berlainan, menyelesaikan konflik antara nilai-nilai

den membentuk satu sistem nilai yang konsisten. Terdapat banyak nilai yang

mempunyai konflik antara satu sama lain. Contohnya, nilai berdikari dan nilai

saling menolong. Pelajar seharusnya boleh menyelesaikan konflik antara nilai ini

dengan membina satu sistem di mana sesetengah masalah boleh diselesaikan

sendiri tetapi sesetengah masalah perlu berkongsi dan diselesaikan dengan

bantuan orang lain.

Aras kelima dalam Taksonomi Krathwohl ialah perwatakan di mana pelajar

mempunyai sistem nilai yang mengawal tingkah lakunya untuk

11

Page 12: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

membolehkannya membentuk gaya hidup tersendiri. Contohnya, seorang pelajar

yang berdikari akan menetapkan rutin hariannya berdasarkan keperluan dan

memastikan mental dan fizikalnya terjaga. Setiap aktiviti yang telah ditetapkan

seperti bersenam, buat kerja rumah, mengulang kaji akan dilakukan oleh pelajar

tersebut secare sukarela setiap hari untuk menunjukkan daya usaha dan disiplin

dirinya.

Soalan Tutorial 11:

Dengan menggunakan contoh-contoh, huraikan aplikasi Taksonomi

Simpson dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Aras-aras domain psikomotor ialah peringkat-peringkat yang terdapat

dalam bidang kemahiran atau kebolehan melakukan sesuatu pergerakan.

Aras persepsi adalah penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran

dan sentuhan kepada pemainan bola untuk memandu aktiviti motor.

Aras set merujuk kepada kesediaan mental, fizikal dan emosi sebelum

melakukan aktiviti permainan bola. Kesediaan mental seperti bersedia belajar

bagaimana menendang bola, kesediaan fizikal seperti memanaskan badan

sebelum menendang bola dan kesediaan emosi seperti pemikiran yang positif

dan optimis adalah contoh persediaan badan sebelum menendang bola.

Aras tindak balas terpandu adalah melakukan sesuatu berdasarkan

kriteria yang ditentukan sebagai contoh menendang bola seperti yang

ditunjukkan. Pada aras ini, guru akan terlebih dahulu menunjukkan cara

menendang bola di depan pelajar. Selepas itu murid baru sendiri melakukannya

(menendang bola).

Aras makenisme merujuk kepada tingkahlaku yang dipelajari dapat

dipersembahkan dengan yakin dan mahir. Sebagai contoh, pelajar dapat

mendemostrasikan cara menendang bola ke arah pintu gol. Murid mampu

mempraktikkan semua teknik atau kemahiran menendang bola dengan baik.

Aras tindak balas kompleks nyata yang mana murid mempersembahkan

kemahiran dengan pola pergerakkan yang kompleks. Contohnya, murid mampu

12

Page 13: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

berlari dengan cepat dengan penguasaan bolanya dengan kemas, lancar, cepat

dan tepat.

Aras adaptasi adalah murid sendiri mengubah atau menyusun corak atau

teknik permainan bola bagi mengalahkan lawan. Contohnya, murid mengubah

teknik dan strategi dalam permainan bola untuk mengatasi lawan.

Aras originasi merujuk kepada mengubahsuai pergerakkan yang lama

untuk menjadi pergerakkan baru yang lebih mantap dan hebat di peringkat yang

lebih tinggi. Contohnya menggunakan kepala untuk menendang bola dalam

perlawanan bola sepak.

Soalan Tutorial 12:

Adakah Taksonomi-taksonomi Bloom, Krathwohl dan Simpson memadai

dalam menerangkan pencapaian objektif pendidikan? Mengapa?

Penggunaan Taksonomi Bloom, Krathwohl dan Simpson adalah memadai

dalam menerangkan pencapaian objekif pendidikan. Ketiga-tiga taksonomi ini

merangkumi semua peringkat pembelajaran murid.

Taksonomi pendidikan Bloom, Krathwohl dan Simpson sudah merangkumi

tiga aspek pembelajaran murid iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Taksonomi

Bloom melibatkan aspek pembelajaran kognitif yang merangkumi aras-aras

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aspek ini

lebih menekan kepada ilmu yang disalurkan daripada guru kepada pelajar.

Pelajar akan mempelajari dan mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip,

hukum, kaedah, cara dan prosedur. Selain mempelajari, pelajar juga boleh

mengaplikasikan sesuatu ilmu dengan menterjemahkan dalam bentuk bahasa,

rajah, carta dan graf. Pelajar juga mampu merancang dan menilai sesuatu

artikel, lukisan atau persembahan.

Taksonomi Krathwohl melibatkan aspek pembelajaran afektif yang

merangkumi aras penerimaan, tindak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

Melalui aspek pembelajaran afektif, pelajar akan mempelajari nilai murni dan

kelakuan yang baik dalam setiap mata pelajaran yang di ajar disekolah. Melalui

13

Page 14: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

pembelajaran pada tahap ini, sikap positif dapat diserap kepada semua pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Taksonomi Simpson pula melibatkan aspek pembelajaran psikomotor yang

mana dalam aspek ini, ia merangkumi aspek persepsi, set, tindak balas

terpandu, mekanisme, tindak balas kompleks nyata, adaptasi, dan originasi.

Pada pembelajaran tahap ini, segala peringkat pembelajaran pelajar boleh

dijelaskan dan dicapai. Antara bidang psikomotor yang terlibat ialah termasuklah

hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti menulis,

menaip, berlari, merangkak dan sebagainya.

Soalan Tutorial 13:

Terangkan empat jenis kesahan dalam pengujian pendidikan.

Menurut Pang dan Denis Lajium (2008), kesahan boleh dijelaskan sebagai

“benar” dan “tepat”. Sesuatu ujian yang yang benar-benar tepat mengukur

semua perkara yang hendak diukur adalah dikenali sebagai ujian yang sah.

Kesahan dalam pengujian pendidikan adalah penting kerana merujuk kepada

setakat mana sesuatu ujian sama ada dapat memenuhi objektif pendidikan atau

sebaliknya. Terdapat empat jenis kesahan dalam pengujian pendidikan iaitu

kesahan kandungan (content validity), kesahan gagasan (construct validity),

kesahan ramalan (predict validity) dan kesahan serentak (concurrent validity).

Kesahan kandungan atau kesahan isi merupakan prinsip ujian yang

penting dan selalu digunakan dalam proses pembinaan ujian di peringkat

sekolah. Kesahan kandungan merujuk kepada sesuatu ujian itu dikatakan

mempunyai kesahan isi atau kesahan kandungan sekiranya ujian itu benar dan

tepat menguji isi kandungan mata pelajaram. Ini bermaksud item-item dalam

suatu ujian perlu mempunyai keupayaan untuk mengukur objektif pengajaran.

Kesahan gagasan adalah ciri sah yang terkandung dalam sesuatu jenis

ujian yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku dan trait mental

manusia. Ujian kesahan gagasan ini adalah selalu digunakan dalam mengkaji

tingkah laku dan interaksi manusia dalam masyarakat. Item-item ujian kesahan

gagasan adalah dibina mengikut hipotesis-hipotesis atau teori tertentu. Dalam

14

Page 15: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

bidang pendidikan, kesahan gagasan dapat digunakan dalam menguji terhadap

kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, motivasi, sikap dan pencapaian

pelajar. Sekiranya maklumat daripada kajian menunjukkan perkara yang

diandaikan dalam hipotests-hipotesis, jadi ujian itu dikatakan mempunyai

kesahan gagasan yang tinggi.

Kesahan ramalan pula merujuk kepada ciri ujian yang berkaitan dengan

kebolehan meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon dalam

menjalankan sesuatu tugas atau kerja pada masa depan. Contonya, peperiksaan

percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM di peringkat sekolah adalah digunakan

untuk meramal keputusan peperiksaan awam yang berkenaan. Sekiranya

keputusan peperiksaan percubaan tersebut menunjukkan skor yang serupa

dengan peperiksaan yang sebenar, jadi peperiksaan percubaan tersebut

dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang baik. Oleh itu, untuk

memdapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi, item-item ujian hendaklah

benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan kemahiran,

keupayaan dan kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa

depan.

Kesahan serentak bermaksud pencapaian seseorang dalam suatu ujian

adalah selaras dengan pencapaian terdahulu dalam sesuatu ujian yang lain

tetapi serupa. Kesahan serentak adalah berbeza dengan kesahan ramalan yang

mempunyai selang masa. Menurut Pang dan Denis Lajium (2008), ciri kesahan

serentak dapat ditentukan dengan mentadbirkan dua set ujian yang serupa pada

masa yang hampir sama. Jika kedua-dua ujian mempunyai keputusan yang

serupa dan hampir sama, jadi ujian tersebut mengandungi kesahan serentak

yang tinggi.

SOALAN TUTORIAL 14:

Huraikan isu-isu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip penilaian dalam

Penilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia.

15

Page 16: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Sistem saraan berasaskan prestasi yang diamalkan secara meluas di

sektor swasta dan kemudiannya diperkenalkan di sektor awam sekitar tahun

70an dan 80an merupakan satu sistem saraan yang berasaskan prestasi pekerja.

Berdasarkan sistem ini, kenaikan gaji ditentukan melalui satu penilaian yang

subjektif terhadap prestasi kerja yang lalu dengan tujuan untuk memotivasikan

pekerja pada masa akan datang. Perkhidmatan awam Malaysia juga tidak

ketinggalan melaksanakan sistem ganjaran ini dengan memperkenalkan Sistem

Saraan Baru pada Januari 1992. Berdasarkan kepada rangka pelaksanaannya,

sistem saraan berasaskan prestasi yang menjadikan wang sebagai faktor

motivasi dilihat seperti mampu membawa pelbagai kebaikan seperti

meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja serta mengurangkan kadar

lantikhenti. Walau bagaimanapun realitinya, perlaksanaan sistem ini telah

menimbulkan pelbagai rungutan dari pihak pekerja.

Kebolehpercayaan dan kesahan masih menjadi masalah utama dalarn

kebanyakan sistem penilaian prestasi semasa SSM baru diperkenalkan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang

hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal

dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Manakala kesahan

merujuk kepada sebagai konsep pengukuran prestasi kerja, keberkesanan

penilaian prestasi boleh dinilai dengan menggunakan petunjuk kecukupan

pengukuran seperti kesahan, kebolehpercayaan, ketepatan, kesilapan

psikometrik dan kepraktisan.

Namun, dalam PTK, penilaian yang subjektif dan sukar dinilai digugurkan

dan salah satunya adalah kebolehpercayaan. Hal ini disebabkan antara penilaian

baru yang diperkenalkan termasuklah temu duga bagi tahap kecekapan tertentu

dan kajian menunjukkan bahawa temuduga tidak berstruktur tidak menunjukkan

prestasi sebenar calon. Temu duga tidak berstruktur biasanya menunjukkan

kebolehpercayaan yang rendah dan kesahan yang rendah atau sederhana.

Selain memberi kesan kepada kebolehpercayaan dan kesahan penilaian,

kekurangan dari segi keseragaman kaedah temu duga dan soalan juga

menyebabkan temu duga tidak berstruktur boleh dipertikaikan.

Dalam PTK, penemu duga terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik

oleh Panel Penilaian bagi melaksanakan sesi temu duga, contohnya pengetua.

Oleh itu, untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam

16

Page 17: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

penilaian prestasi SSM, kesesuaian PTK sebagai alat atau kaedah untuk menilai

prestasi hendaklah diperbaiki. Sebagai contoh, bagi memastikan sesi temu duga

dilaksanakan dengan baik, adalah penting untuk memastikan bahawa semua

penemu duga mendapat latihan secukupnya. Latihan kepada penemu duga

akan meningkatkan keberkesanan dan ketepatan temu duga. Sebelum

berlangsungnya sesuatu temu duga, penemu duga seharusnya mendapat

gambaran yang jelas tentang pelaksanaan temu duga secara terperinci.

Soalan Tutorial 15 :

Apakah penggunaan JPU/JSU?

JPU/JSU ialah spesifikasi mengenai ujian yang dibina yang memberikan

maklumat mengenai taburan item mengikut topik atau subtopik pelajaran dan

aras kesukaran item (taksonomi) dalam setiap ujian yang dibina. JPU/JSU

digunakan semasa proses penentuan dan pembinaan item soalan sesuatu

matapelajaran. Contohnya, seseorang guru akan membuat JPU/JSU terlebih

dahulu sebelum membina soalan peperiksaan untuk akhir tahun dalam

matapelajaran Ekonomi Asas tingkatan 4. Selain itu, JPU/JSU digunakan sebagai

satu panduan kepada pembina item untuk memastikan item yang dihasilkan

adalah seimbang dari segi tahap kesukaran atau seimbang dari taburan topik.

JSU/JPU membantu pembina memastikan taburan item tidak terdiri daripada

soalan dari topik sahaja atau item tidak terdiri daripada satu aras sahaja.

Contohnya, sekiranya semua item terdiri daripada aras pengetahuan sahaja,

item tersebut adalah tidak seimbang kerana terlalu mudah.

Soalan Tutorial 16:

Bincangkan kesesuaian soalan objektif dalam pengujian di pendidikan

tinggi.

Pada pandangan saya, soalan objektif dalam pengujian di pendidikan

tinggi mempunyai pro dan kontra iaitu sama ada sesuai atau tidak, ia

17

Page 18: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

bergantung kepada tahap pengukuran dan tahap kesukaran soalan yang dibuat

oleh pensyarah itu sendiri. Soalan objektif sesuai digunakan dalam pendidikan

tinggi jika pensyarah tersebut meletakkan aras kesukaran soalan pada tahap

yang tinggi yang boleh menggalakkan perkembangan idea dan pemikiran yang

tinggi bagi menjawab soalan tersebut. Kebiasaan soalan objektif digunakan

dalam peperiksaan pertengahan tahun yang mana pengujian soalan adalah

untuk menilai sama ada pelajar faham atau tidak tentang apa yang diajar dan

dipelajari semasa kuliah.

Soalan objektif tidak juga sesuai untuk menguji pelajar di universiti kerana

pelajar di universiti kebiasaannya pelajar yang pandai dan pemikiran mereka

juga sangat tinggi. Oleh itu, soalan subjektif lebih sesuai diuji berbanding dengan

soalan objektif kerana mereka dengan menggunakan soalan subjektif, mereka

boleh menggunakan pemikiran pada tahap yang tertinggi dan segala jawapan

yang diberikan memerlukan mereka belajar dengan tekun. Selain itu,

penggunaan soalan objektif juga tidak menggalakkan perkembangan idea dan

pemikiran pelajar kerana pelajar hanya akan belajar apa yang diberikan dam

malals untuk berfikir. Di samping itu, pemikiran kritikal juga tidak dapat

dipraktikkan oleh pelajar kerana soalan objektif tidak berupaya menguji

kemahiran calon dalam menyusun dan menghuraikan jawapannya berdasarkan

kepada pemikirannya. Keadaan ini adalah kerana soalan objektif telah diberikan

jawapan yang mana pelajar hanya perlu memilih jawapan sahaja yang mana

pelajar hanya perlu meningat apa yang dipelajari kembali dan tahap pencapaian

pelajar untuk di ukur adalah tidak tepat kerana berkemungkinan markah yang

diperolehi hasil daripada penipu semasa peperikasaan.

Soalan Tutorial 17:

Apakah jenis soalan yang sesuai untuk digunakan di institusi

pendidikan tinggi? Mengapa?

Pada pandangan saya, jenis soalan subjektif lebih sesuai digunakan di

institusi pendidikan tinggi berbanding dengan jenis soalan objektif. Jenis soalan

subjektif mudah digubal dan sesuai digunakan dalam banyak mata pelajaran.

Masa dan kos untuk jenis soalan ini boleh dijimatkan. Ia boleh menguji kebolehan

calon dalam menyususn, menganalisis, dan mengintegrasi idea-idea.

18

Page 19: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Pelajar yang menuntut dalam insitusi pendidikan tinggi boleh menngendali

soalan yang beraras lebih susah dan tinggi seperti soalan dalam aras sintesis

dan penilaian. Maka, jenis soalan subjektif ini lebih berkesan untuk mengesan

punca kelemahan calon dalam sesuatu mata pelajaran. Kebaikan jenis soalan

subjektif termasuklah mengurangkan masalah peniruan. Peluang untuk calon

meneka juga dapat dikurangkan berbanding dengan jenis soalan objektif.

SOALAN 18:

Kebolehpercayaan (i) soalan objektif dan (ii) soalan subjektif.

Menurut Pang dan Denis Lajium (2008), kebolehpercayaan merujuk

kepada pencapaian calon yang tekal apabila dia mengambil soalan ujian itu

beberapa kali. Sekiranya bilangan soalan ujian adalah banyak dan berpatutan,

jadi soalan ujian tersebut mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi jika

semakin tekal pencapaian pelajar dalam ujian tersebut.

Soalan objektif mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi kerana

banyak item atau soalan boleh ditadbirkan dalam masa yang berpatutan.

Contohnya pelajar telah diberi masa selama 1jam untuk menjawab 40 soalan

objektif. Tambahan pula, soalan objektif adalah lebih sesuai digunakan sebagai

soalan ujian sumatif kerana dapat menguji banyak bidang dan topik pengajaran

dalam satu masa yang berpatutan.

Namun begitu, ciri kebolehpercayaan bagi soalan subjektif adalah rendah.

Keadaan ini disebabkan bidang pengajaran yang hendak diuji dalam soalan

subjektif adalah terbatas sehingga boleh menyebabkan pelajar meramal soalan-

soalan yang mungkin akan dikeluarkan dalam ujian. Di samping itu, soalan

subjektif adalah kurang sesuai digunakan untuk menguji pencapaian pelajar

dalam banyak topik yang dipelajari jika tujuan ujian adalah mengukur aras

pengetahuan sahaja dalam sesuatu bidang. Sebagai contohnya, mengikut jadual

spesifikasi ujian (JSU) yang dibuat didapati bahawa soalan subjektif yang boleh

ditadbir bagi sesuatu mata pelajaran adalah tidak banyak. Oleh itu, soalan

subjektif mempunyai ciri kebolehpercayaan yang rendah sedangkan bilangan

soalan subjektif yang boleh diberikan adalah terhad.

19

Page 20: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan 19 :

Sebagai setiausaha Peperiksaan sekolah, anda diminta untuk

menerangkan kepada guru baru tentang pemeriksaan jawapan

subjektif. Tuliskan penerangan anda.

Soalan subjektif merupakan soalan esei yang memerlukan pelajar untuk

memberikan jawapan dalam bentuk tulisan dengan perkataan sendiri. Dalam

ujian ini, pelajar bebas untuk memilih, menerangkan dan membentangkan idea-

idea dengan perkataan sendiri.. Terdapat dua jenis soalan subjektif iaitu soalan

jenis respons terhad dan soalan jenis respons lanjutan. Soalan subjektif jenis

respons terhad memerlukan calon untuk menjawab dengan jawapan pendek

manakalaa jenis respons lanjutan memerlukan calon untuk menulis dan

menyusun jawapan mengikut kefahaman, pendapat dan pandangan masing-

masing.

Terdapat dua cara untuk pemeriksaan dan permarkahan jawapan

subjektif, iaitu kaedah analitik dan kaedah holistik. Kaedah analitik juga dikenali

sebagai kaedah markah point kerana ianya memerlukan skema permarkahan

yang terperinci. Skema pemarkahan yang terperinci akan memudahkan

pemeriksa untuk memberi markah dengan lebih tepat. Setiap unit jawapan akan

diberi perhatian dan pemberatan. Pemarkahan juga diberikan kepada organisasi

dan intergrasi (kesepaduan) unsur-unsur seperti kriteria kandungan, pengolahan

dan proses. Secara tidak langsung, penggunaan kaedah ini boleh meningkatkan

keobjektifan dan kebolehpercayaan ujian subjektif tersebut.

Skema pemarkahan yang terperinci dalam kaedah analitik memudahkan

pemberian markah esei dengan lebih tepat. Ini akan memudahkan skrip jawapan

diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dalam perihal

memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Selain itu,

penggunaan kaedah ini juga dapat memberikan gambaran yang jelas tentang

taburan skor dan seterusnya dapat menjelaskan punca pencapaian calon adalah

tinggi atau rendah. Pemarkahan menggunakan kaedah analitik juga kurang

20

Page 21: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

dipengaruhi oleh faktor-faktor tidak relevan seperti emosi atau oleh kesan halo

atau kesan horn. Oleh itu, skrip jawapan adalah memadai jika diperiksa sekali

sahaja. Namun begitu, pemeriksaan jawapan berasaskan kaedah ini memerlukan

masa yang agak lama. Pemeriksaan juga dilakukan secara fakta demi fakta dan

tiada penekanan terhadap kemahiran penulisan. Oleh itu, markah tambahan

sukar untuk diberikan.

Kaedah holistik pula merupakan pemarkahan secara global atau

menyeluruh iaitu keseuruhan esei adalah lebih penting daripada bahagian-

bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankan aspek yang baik dalam

sesuatu jawapan di mana skrip jawapan yang mengandungi banyak kesilapan,

maka markah yang diberikan akan dikurangkan. Pemarkahan holistik sesuai

digunakan untuk memeriksa karangan bahasa kerana skema pemarkahan yang

terperinci tidak disediakan, tetapi pemarkahannya bersifat subjektif. Ia

memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan mahir dalam bidang

berkenaan. Ketua pemeriksa boleh memeriksa beberapa contoh skrip jawapan

bersama pemeriksa lain untuk mengelakkan perselisihan dalam markah antara

pemeriksa.

Pemeriksaan jawapan secara kaedah holistik dilakukan menggunakan dua

skala iaitu skala ordinal dan sakala norminal. Skala ordinal memerlukan

pemeriksa untuk memeriksa skrip jawapan secara menyeluruh pada peringkat

pertama dan menyusun skrip-skrip jawapan mengikut presatasinya. Skrip

jawapan disusun dengan prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi yang

kurang baik diletakkan di bawah. Kemudiannya, pemeriksa akan menentukan

peratus calon yang patut diberikan gred A,B,C,D dan sebagainya. Dan akhir

sekali pemeriksa memberikan gred kepada skrip jawpan mengikut kumpulan

berdasasrkan peratus calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred. Skala

norminal pula memerlukan pemeriksa untuk membaca skrip jawapan seimbas

lalu pada peringkat pertama berdasarkan kriteria kandungan, pengolahan dan

proses untuk memperoleh gambaran tahap jawapan calon. Kemudian, pemeriksa

akan membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai

diberikan kepada skrip jawapan tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang

disediakan. Selepas itu, pemeriksa membaca skrip kali ketiga bagi

pengubahsuaian dan menentukan gred sebenar yang patut diberikan kepada

skrip jawapan tersebut.

21

Page 22: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Kaedah holistik boleh dilakukan dengan cepat kerana tidak melibatkan

skema pemarkahan yang terperinci. Ia juga dapat menilai jawapan secara

keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan dan dapat menilai

kemahiran yang lain terutamanya kemahiran asas tinggi. Melalui kaedah holistik

juga perselisihan markah dapat dikurangkan kerana ia melibatkan penilaian

jawapan yang dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa.

Walaubagaimanapun, pemarkahan yang dilakukan menggunakan kaedah ini

adalah kurang objektif kerana pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain

tidak relevan seperti bentuk tulisan, dan kekemasan skrip jawapan. Pemeriksaan

juga hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan

yang berpengelaman. Kaedah holistik juga bersifat subjektif dan pemeriksaan

agak leceh di mana ianya perlu dibuat untuk kali kedua dan ketiga. Selain itu,

pemeriksa mudah dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang

pelajar sekiranya wujud kesan halo dan kesan horn.

Soalan Tutorial 20:

Apakah jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem

Penilaian Prestasi SSM? Global atau analitik? Terangkan.

Jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem Penilaian Prestasi

SSM melibatkan kedua- dua kaedah sama ada global/ holistik atau analitik.

Semasa penilaian prestasi dijalankan kaedah analitik akan digunakan bagi

penilaian awal kerana kaedah analitik memperuntukkan markah kepada unsur-

unsur penting mengikut pemberatannya seperti kriteria, kandungan,

pengolahan. SSM mempunyai satu set kriteria yang membantu mereka menilai

prestasi kakitangan untuk memastikan proses penilaian ini adalah adil. Kaedah

analitik ini membantu memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan

markah dalam penilaian.

Kemudian, kaedah holistik akan digunakan dalam Sistem Penilaian

Prestasi SSM untuk menekankan aspek yang baik dalam prestasi. Penilai akan

menilai prestasi dengan menggunakan skala ordinal dan nominal. Penilaian ini

akan dijalankan oleh pakar atau pihak yang sangat memahami sistem penilaian

untuk memastikan sepanjang proses penilaian ini dijalankan dengan berkesan.

22

Page 23: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Secara konklusinya, kaedah analitik digunakan untuk memberikan satu

gambaran jelas tentang kriteria yang perlu diambil kira dalam sistem penilaian

prestasi SSM manakala kaedah holistik digunakan untuk menilai prestasi secara

keseluruhan.

Soalan Tutorial 21:

Kirakan median untuk tabuaran di bawah

Skor (x) sempadan

kelas

Frekuensi (f) Frekuensi Kum.(cf)

59.5-64.5 3 3

64.5-69.5 10 13

69.5-74.5 20 33

74.5-79.5 15 48

79.5-84.5 2 50

N=jumlah f=50

Kirakan median untuk taburan di atas.

Formula bagi pengiraan median adalah seperti berikut:

M= L + (N/2 - S) x C/fm

L= Sempadan kelas bawah dalam kelas median

N= Jumlah frekuensi

S= Jumlah frekuensi sebelum kelas median

23

Page 24: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

fm= Frekuensi dalam kelas median

C= saiz sempadan kelas

Berdasarkan informasi yang disediakan di jadual atas:

L = 69.5 N = 50 s = 10 C = 5 fm = 20

M = 69.5 + (50/2 - 10) x 5/20

= 72.5

Soalan Tutorial 22:

Kirakan mod untuk taburan di atas (soalan 21).

Mod merupakan skor yang mempunyai frekuensi tertinggi dalam 1 taburan skor.

Skor Min Median

A 0,45,50,60,70 45 50

B 40,48,50,62,100 60 50

Dalam taburan di atas, mod ialah 50. Sebab frekuensi bagi skor ini mencapai

dua kali, iaitu tertinggi bagi skor yang lain.

SOALAN 23:

Kirakan skor Z dan Skor T untuk Ali dan Samad dalam mata pelajaran Matematik.

Mata Pelajaran Geografi Matematik

24

Page 25: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Min ujian 30 60

Sisihan piawai ujian 10 15

Skor x Ali 25 70

Skor x Samad 40 50

Skor Z = X- x

X= skor mentah, x = min, σ = sisihan piawai

Skor T = 50 + 10Z, Z = nilai skor Z

Mata Pelajaran Geografi Matematik

Skor z Ali 25 - 30 = - 0.5

10

70 - 60 = 0.67

15

Skor z Samad 40 – 30 = 1

10

50 – 60 = - 0.67

15

Skot T Ali 50 + 10(- 0.5) = 45 50 + 10(0.67) = 56.7

Skor T Samad 50 + 10(1) = 60 50 + 10(- 0.67) = 43.3

Soalan 24 :

Ali mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi atau

Matematik? Samad mendapat pencapaian yang lebih baik dalam

Geografi atau Matematik?

Berdasarkan kiraan skor T dan skor z, Ali mendapatkan pencapaian yang

lebih baik dalam Matematik manakala Samad mendapat pencapaian yang lebih

baik dalam Geografi.

25

σ

Page 26: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 25:

Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk Item 7.

Indeks Kesukaran = BT+BR

Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu

(J)

BT = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/ soalan dengan

betul

BR = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/ soalan

dengan betul

IK item 7 = 4 + 0

12

= 0.33

Berdasarkan indeks kesukaran item 7 iaitu 0.33, tahap kesukaran item ini adalah

sederhana dan item ini boleh diterima.

Indeks Diskriminasi = BT- BR

0.5(NT+NR)

BT = Bilangan calon dalam kumpulan tinggi yang menjawab item/soalan

dengan betul

BR = Bilangan calon dalam kumpulan rendah yang menjawab item/soalan

dengan betul

NT = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi

NR = Jumlah calon dalam kumpulan rendah

ID item 7 = 4-0

0.5(12)

= 0.67

Berdasarkan indeks diskriminasi item 7 iaitu 0.67, diskriminasi positif item ini

adalah tinggi dan amat sesuai untuk pengujian dan harus diterima.

Kesimpulannya, sebagai tindakan akhir item 7 adalah diterima dan boleh

dimasukkan ke dalam bank soalan.

26

Page 27: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 26:

Apakah julat indeks kesukaran dan indeks kesukaran yang terbaik?

Mengapa?

Indeks kesukaran item/soalan digunakan untuk menunjukkan sama ada

item/soalan yang dibina itu telalu sukar, sederhana dan terlalu mudah. Indeks

kesukaran di hitung berdasarkan kepada nisbah calon yang memberi jawapan

betul kepada jumlah keseluruhan calon, atau markah purata dibahagikan dengan

julat markah penuh. Rumus pengiraan indeks kesukaran ialah:

Bilangan calon yang menjawab dengan betul (B)

Jumlah calon yang mencuba item/soalan itu (J)

Antara julat indeks kesukaran yang boleh dijadikan sebagai panduan ialah

seperti jadual dibawah:

I.K Pentafsiran Keputusan

IK<0.25 Terlalu sukar Ubahsuai

0.25=<IK=<0.75 Sederhana Terima

IK>0.75 Terlalu mudah Ubahsuai

Item/soalan yang mempunyai indeks kesukaran yang terbaik ialah berada

pada tahap IK 0.25=<Ik=<0.75 di mana merupakan soalan yang tidak terlalu

mudah dan soalan terlalu sukar. Jika nilai indeks kesukaran berada pada nilai IK

< 0.25, ia telah menunjukkan item/soalan yang dibina ini terlalu sukar untuk

menguji calon hanya sedikit sahaja calon yang mampu menjawab soalan ini.

Selain itu, jika nilai IK > 0.75, ia menunjukkan item/soalan yang dibina ini terlalu

mudah untuk menguji calon dan jumlah calon yang menjawab adalah terlalu

ramai. Jika nilai IK terlalu mudah dan terlalu sukar, soalan ini tidak boleh menguji

dan membezakan pelajar yang keupayaannya rendah dan tinggi serta guru-guru

tidak dapat mengenal pasti dimana kelemahan dan kekuatan bahagian mata

pelajaran yang tidak dapat dikuasai oleh pelajarnya.

27

Indeks Kesukaran

=

Page 28: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Soalan Tutorial 27. Terangkan kepentingan penilaian tidak formal

berbanding dengan penilaian formal.

Penilaian formal dibuat secara sistematik dan saintifik, lengkap dengan

maklumat yang diperlukan seperti data, bukti dan kritiria. Seterusnya,

pertimbangan dilakukan terhadap maklumat tersebut. Penilaian tidak formal

melibatkan pengumpulan maklumat yang dibuat dengan cara pemerhatian

secara langsung dan tidak langsung.

Penilaian tidak formal turut memainkan satu peranan yang sama dengan

penilaian formal iaitu mengukur perkembangan pelajar dan memahami tingkah

laku mereka. Namun terdapat perbezaaan antara kedua-dua jenis penilaian ini.

Terdapatnya keadaan sebegini, pelajar dapat menghasilkan tugasan yang baik

tetapi tidak dapat menunjukkan kebolehan yang baik apabila mereka

menghadapi tekanan peperikasaan. Dengan penilaian tidak fomal, mereka

berpeluang untuk menunjukkan kebolehan terbaik mereka dalam suasana yang

selesa.

Penilaian tidak formal memberkan lebih fleksibiliti dalam membina

tugasan penilaian. Pelajar yang lemah dalam bidang akademik akan menghadapi

masalah menjawab soalan-soalan peperiksaaan, akan diberi peluang

menjalankan tugasan dalam bentuk lain. Dalam penilaian tidak formal, proses

penilaian boleh digubal berdasarkan syarat calon yang dinilai. Syarat calon

tersebut termasuklah latar belakang, tahap pendidikan, personaliti dan lain-lain.

Penilaian tidak formal juga dapat membolehkan guru menjalakan penilaian

tentang pelajar dengan lebih komprehensif pada jangka waktu panjang.

SOALAN 28:

Bincangkan kesukaran-kesukaran dalam perlaksanaan penilaian tidak formal di sekolah.

Penilaian tidak formal di sekolah bukan sahaja memerlukan seseorang guru itu

untuk memerhati gerak geri pelajar mereka malahan, guru juga harus membuat

catatan tentang perkembangan kendiri, sahsiah dan akademik murid mereka.

28

Page 29: Soalan Tutorial 1-28

SOALAN TUTORIAL PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN (TT00503)

Antara kesukaran yang dihadapi termasuklah dari segi memerlukan

tenaga dan perbelanjaan yang banyak untuk dilaksanakan. Guru perlu

mengekalkan momentum pemerhatian terhadap murid–muridnya sepanjang

mereka bersekolah di sekolah sehingga mereka tamat persekolahan, di samping

menelan belanja yang banyak kerana pemerhatian juga harus dicatat dalam

portfolio pelajar.

Di samping itu, adalah sukar untuk guru untuk mendapat kerjasama dan

jawapan yang tepat tentang pemerhatiannya terhadap seseorang murid itu

kerana ia juga dipengaruhi oleh pengaruh seperti personality, subjek kegemaran,

keturunan, agama, kepercayaan, sikap, jantina, tempat tinggal, bahasa, longhat

dan sebagainya. Jika kekangan ini menjadi satu masalah, adalah sukar untuk

guru meneruskan pemerhatian dengan mendapatkan hasil yang tepat.

Selain itu, pengaruh faktor luaran seperti keletihan, kebosanan,

keupayaan menjawab, kebolehan merekod, sikap dan pandangan penyelidik juga

menyumbang kepada ketidaktepatan hasil pemerhatian. Hasil yang tidak tepat

memberikan pandangan yang salah terhadap pencapaian mahupun prestasi

sebenar seseorang murid itu. Sekaligus, ia bukan sahaja memberikan hasil yang

tidak tepat tetapi merendahkan motivasi murid untuk berubah dari segi

pencapaian mahupun sahsiah kerana mereka akan merasakan pemerhati

mahupun penyelidik mempunyai anggapan yang lain dari persepsi sebenar

mereka.

Rujukan

Pang, V. & Denis Lajium (2008). Penilaian dalam Pendidikan. Penerbit UMS :

Universiti Malaysia Sabah.

29