pembentangan tutorial 1 finalised version

24
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Semester 2 Sidang Akademik 2014/15 HSM 310/3 Sejarah Sosio-ekonomi Malaysia Nama: Addina Mubsyira binti Abd Hadi 114073 Lee Wai Keat 118628 Pensyarah: Puan Thilagavathi Vasudevan 1

Upload: lee-wai-keat

Post on 17-Feb-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

1

Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanSemester 2 Sidang Akademik 2014/15

HSM 310/3 Sejarah Sosio-ekonomi Malaysia

Nama: Addina Mubsyira binti Abd Hadi 114073

Lee Wai Keat 118628Pensyarah: Puan Thilagavathi Vasudevan

Page 2: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

2

“ ‘Laluan Rempah’ yang merentasi Selat Melaka telah memainkan peranan penting dalam melahirkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai empayar yang terulung di Asia Tenggara dalam kurun ke-15.” Bahaskan.

Tajuk Tutorial 1

Page 3: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

3

Kumpulan kami bersetuju dengan pernyataan tersebut bahawa “Laluan Rempah” merupakan faktor yang penting yang melahirkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar yang kuat. Kami akan mengemukakan beberapa hujah untuk menyokong pendirian kami.

Pendirian

Page 4: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

4

Perdagangan rempah telahpun bermula di Timur Tengah pada 4000 tahun dahulu.

Rempah-rempah seperti lada hitam, kayu manis, kemenyan, pala dan kunyit sangat penting dan menjadi rebutan dalam perdagangan.

Kepentingan dan ketinggian nilai rempah terserlah melalui contoh-contohnya berikut:

1. Kunyit (saffron) kadang-kala dibayar dengan emas yang sama beratnya.

2. Lada dibayar dengan perak yang seberatnya.3. Pada akhir abad pertama, terdapat gudang lada

khas (horreae piperatariae) di Rom.

Pengenalan

Page 5: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

5

Pada peringkat awal, pedagang-pedagang Arab merahsiakan sumber rempah dengan mencipta mitos-mitos. Dengan ini, pedagang Arab dapat mengawal perdagangan dan harga rempah.

Perdagangan rempah pada mulanya dijalankan oleh kafilah unta melalui laluan darat iaitu Jalan Sutera melalui Turki, Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan dan India. Jalan Sutera merupakan laluan penting yang menghubungkan Asia dengan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah.

Kejatuhan Constantinople kepada Empayar Ottoman pada tahun 1453 telah mengakhiri empayar Rom yang bertahan selama 1,500 tahun dan seterusnya memutuskan sambungan tanah antara Eropah dan Asia.

Laluan Rempah

Page 6: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

6

Peta 1: Kejatuhan Constantinople telah memutuskan jalan darat ke Asia

Page 7: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

7

Laluan Rempah

Empayar Ottoman (Islam) kini mengawal laluan perdagangan tunggal yang wujud pada masa itu.

Perdagangan rempah di Selat Melaka turut dikuasai oleh pedagang-pedagang Arab dan India Muslim.

Kuasa-kuasa Eropah yang tidak sanggup bergantung pada pedagang Islam dalam perdagangan rempah telah menemukan jalan laut ke Timur.

Page 8: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

8

‘Laluan Rempah’ yang merentasi Selat Melaka telah memainkan peranan penting dalam melahirkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai empayar yang terulung di Asia Tenggara dalam kurun ke-15 kerana ia:1. Mempunyai kedudukan yang strategik2. Membantu untuk meluaskan Empayar Kesultanan

Melayu Melaka3. Membolehkan Melaka menjalin hubungan antarabangsa

dan perdagangan4. Menambahkan kekayaan Melaka melalui kutipan cukai5. Kedudukannya memudahkan kedatangan pedagang

mengikut angin monsun6. Memperkukuh peranan Melaka sebagai pelabuhan

entrepot

Page 9: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

9

Dunia perdagangan maritim Asia Tenggara merangkumi wilayah yang amat luas dan memiliki kepelbagaian penduduk, kaum, bangsa agama dan bahasa pertuturan, tetapi mereka telah disatukan oleh dua faktor penentu iaitu kedudukan geografi dan angin monsun.(Nordin Hussin,2006;Chauduri 1990)

Selat Melaka merupakan bahagian yang terpenting kepada jalan dagangan dunia. Permulaannya ialah di Kep. Maluku dan berakhir di Venice atau jauh lagi. Di Selat inilah jalan dagang bagi penyebaran rempah yang sejauh 800 batu itu dapat dikuasai sepenuhnya. (Gibson-Hill:1955)

1. Kedudukan Selat Melaka yang Strategik

Page 10: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

10

Kelebihan dan keistimewaan ini dari segi geografi dan perairan merupakan faktor utama kejayaan perdagangan di Melaka sehingga ia menjadi persinggahan ramai pedagang. Malah, kedudukan Melaka sebagai lalu lintas di antara Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang-alik melalui Selat Melaka.

“Melaka adalah satu kepentingan dan tempat mencipta keuntungan yang tidak ada tempat yang sama dengannya di dunia. Ia adalah sebuah negara kota yang dibangunkan untuk perdagangan, lebih maju berbanding tempat-tempat lain di dunia .. ” - Tom Pires.

1. Kedudukan Selat Melaka yang Strategik

Page 11: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

11

Terdapat beberapa kelompok pedagang di Selat Melaka yang diletakkan di bawah Shahbandar:

a)Pedagang dari Gujeratb)Pedagang dari India Selatan, Benggala

(Arab, Parsi, Turki dan Absinia) Pegu dan Siam.

c)Pedagang dari Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina.

d)Pedagang dari China, Jepun dan Champa.

1. Kedudukan Selat Melaka yang Strategik

Page 12: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

12

Jajahan takluk Melaka terdapat di sepanjang Selat Melaka.

2. Meluaskan Empayar Kesultanan Melayu Melaka

Peta 3: Jajahan Takluk Kesultanan Melayu Melaka

Page 13: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

13

Terdapat 3 bentuk jajahan takluk: dalam, tengah dan luar. Di Melaka sendiri tiada barang eksport yang penting. Oleh itu, jajahan takluk memainkan peranan yang penting

dalam membekalkan barangan eksport. Bentuk ufti ditentukan berdasarkan “pengkhususan” iaitu

komoditi utama yang dihasilkan di sesuatu tanah jajahan itu. Contohnya, Kampar pembekal lada dan emas manakala Siak

membekalkan emas. Jawa pula ialah pembekal rempah ratus yang penting.

Tenaga manusia juga diperoleh dari tanah jajahan dan digunakan dalam ketenteraan dan usaha perluasan kuasa.

Dengan ini, Melaka mampu menjadi sebuah empayar yang terulung kerana penguasaan Selat Melaka telah memperkukuh perdagangan dan pertahanan di Melaka.

2. Meluaskan Empayar Kesultanan Melayu Melaka

Page 14: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

14

Melaka menjalin hubungan dengan China. Hubungan tersebut terjalin apabila Laksamana Cheng Ho dihantar oleh Maharaja Yung Lo sebagai utusan.

Hubungan dengan China dianggap telah menguntungkan Melaka.

Melaka amat bergantung pada perdagangan jarak jauh. “…the town depended almost entirely for its subsistence on its long-distance maritime network, since even a staple as vital as rice was imported --- mainly from Java, Siam, and Pegu.” (Thomaz, 1993)

Hasil pertanian di Melaka tidak mampu menampung keperluan populasinya.

Melaka bergantung pada Siam untuk bekalan makanan. Bagi menggalakkan import bekalan makanan, pengecualian

duti import diberikan kepada kapal yang membawa makanan.

3. Menjalin Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan

Page 15: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

15

Hubungan perdagangan yang erat juga terjalin. Gujerat: Setiap tahun menjelang bulan Mac, 4 kapal dagang

belayar dari Gujerat ke Melaka dengan membawa kargo yang bernilai kira-kira 15000 – 30000 cruzados.

Bengal: Setiap tahun sekurang-kurangnya dua buah kapal yang membawa kargo bernilai 80000 – 90000 cruzados akan berlabuh di Melaka.

Pegu: membawa masuk batu permata dan makanan yang penting.

“Laluan Rempah” di Selat Melaka telah membantu menjamin kestabilan Melaka dan memangkin perdagangan antarabangsa.

3. Menjalin Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan

Page 16: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

16

Selat Melaka merupakan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.

“Existing documents do not allow an exact evaluation of the revenues of the sultanate on the eve of the Portuguese conquest, but it is clear enough that levies on commerce represented the lion’s share of the state’s income.” (Thomaz,1993)

Cukai kastam perlu dibayar sebelum perdagangan bermula. Untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar, barangan

perdagangan perlu ditimbang dan disukat mengikut sistem sukatan dan timbangan Melaka.

Kadar cukai adalah berdasarkan tempat asal pedagang. Negara Asia Barat-Arab, India, Ceylon, Pegu -6% Pedagang yang menetap di Melaka- 3%

4. Menambahkan Kekayaan Melaka Melalui Kutipan Cukai

Page 17: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

17

Selain daripada cukai, pedagang perlu mempersembah hadiah kepada Sultan, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar. Hadiah ini berjumlah 1% atau 2% daripada jumlah barangan yang diimport. Saiz hadiah adalah ditentukan oleh syahbandar.

Para pedagang juga perlu mendapatkan ‘lesen’ sebelum dibenarkan berniaga di Melaka.

Lesen dan cukai merupakan pendapatan utama kerajaan Melaka. Walaupun Kerajaan Melaka mengenakan cukai ke atas pedagang,

namun jumlah cukai yang dikenakan adalah berpatutan sekiranya dibandingkan dengan pelabuhan yang lain. Misalnya, di Pegu duti import sebanyak 12% dikenakan.

Kedudukan pelabuhan Melaka yang strategik di Selat Melaka telah membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menambah kekayaan melalui kutipan cukai.

4. Menambahkan Kekayaan Melaka Melalui Kutipan Cukai

Page 18: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

18

Perdagangan antara Barat-Timur dengan Selat-Melaka-

Kepulauan Melayu amat terikat dan ditentukan oleh arah aliran musim angin monsun (Alan Villiers:1952)

Hal ini kerana perubahan arah tiupan angin monsun telah menyatukan para pedagang dari Lautan Hindi, gugusan Kep. Tanah Melayu, dan juga tanah besar China.

Di gugusan Kep. Tanah Melayu, angin monsun barat membawa pedagang ke Kep. Rempah manakala angin monsun timur membawa mereka ke Sumatera dan pelabuhan Selat Melaka.

Arah tiupan angin ini memberi kesan besar kepada para pedagang. Hal ini kerana, pedagang yang tiba awal di situ dan menetap lebih lama dapat membeli dengan harga yang jauh lebih murah dan berpeluang menjualnya dengan harga lebih tinggi apabila tiba musim berdagang.

5. Memudahkan Kedatangan Pedagang Mengikut Angin Monsun

Page 19: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

19

Menurut Zainal Abidin (1996), antara barang dagangan yang didagangkan ialah emas, timah, kayu,-kayan, ubat-ubatan

daripada akar, kulit dan daun kayu, ukiran kayu dan damar. Di sini, Melaka diibaratkan memegang anak kunci penting dalam perniagaan laut antarabangsa di Laut Merah dan

Teluk Parsi di Asia Barat,negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia sehingga ke Kep. Asia Tenggara.

Keistimewaan ini menyebabkan para pedagang begitu memberi perhatian kepada Selat Melaka kerana mereka

tidak perlu lagi ke tempat lain kerana segala barang dagangan terdapat di Melaka.(Zainuddin Hassan dan

Rozeyta Omar

6. Memperkukuh Peranan Melaka sebagai Pelabuhan Entrepot

Page 20: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

20

Selat Melaka memberikan perkhidmatan sebagai tempat transit dan membekalkan bahan-bahan segar dan makanan kepada pedagang yang berlayar jauh.

Malah ia juga berperanan sebagai tempat untuk tempat pengumpulan barang dari serata tempat gugusan kepulauan Tanah Melayu untuk disebarkan oleh pedagang dari China dan India.

6. Memperkukuh Peranan Melaka sebagai Pelabuhan Entrepot

Page 21: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

21

6. Memperkukuh Peranan Melaka sebagai Pelabuhan Entrepot

Contohnya pedagang dari membawa barang dagangan seperti wangian, permata, sutera, satin,balerang, besi, alat memasak, tembikar dan peluru.

Jepun-kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas dan perak, kipas dan kertas yang ditukar dengan rempah, arak dan kain dari Benggala.

Page 22: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

22

“Kegiatan ekonomi perdagangan adalah mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain. Hal ini menjadikan Melaka bertindak sebagai pusat pengumpulan, penyaluran dan pertukaran barang-barang dagangan.”

Kapal-kapal dagang yang singgah di Selat Melaka juga mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika berlabuh di negeri-negeri Melayu. Kanun Laut Melaka yang diperkenalkan oleh pemimpin Melaka ketika itu bagi melicinkan kegiatan perdagangan di Selat Melaka menjadikan perdagangan lebih sistematik dan teratur.

6. Memperkukuh Peranan Melaka sebagai Pelabuhan Entrepot

Page 23: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

23

Kesimpulan

Sebagaimana Srivijaya, Melaka tidak menjadi gah kerana empayarnya, sebaliknya ia menjadi gah disebabkan kekuatan perdagangannya sehingga menjadikannya sebagai sebuah kerajaan yang kaya. Kekukuhan Melaka juga banyak bergantung kepada suasana perdagangan laut di Selat Melaka. Tanpa perdagangan, Melaka berkemungkinan tidak mampu menjadi city state jika hanya bergantung pada kekayaan wilayah-wilayah jajahan. Keistimewaan ini menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar yang terunggul di Asia Tenggara pada kurun ke-15.

“Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice”-Tom Pires-

Page 24: Pembentangan Tutorial 1 Finalised Version

24

RujukanMeilink-Roelopsz, A.M.P. 1962. Asian Trade and European Influence in the Indonesian Archipelago between 1500 and about 1630. The Hague: M. Nijhoff.Pollmer, D.U. 2000. “The Spice Trade and Its Importance for European Expansion”, Migration & Diffusion, Jil. 1, Isu Nombor 4.Thomaz, Luis Filipe Ferreira Reis. 1993. “The Malay Sultanate of Melaka.” Dalam: Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power, and Belief. Disunting oleh Anthony Reid. Ithaca and London: Cornell University Press