pkp 3133-tutorial-1

23
Penyelidikan Tindakan merupakan satu kaedah kajian yang dilaksanakan bagi mendapat input-input baharu dan penyelesaian masalah yang terdapat dalam bidang sektor pendidikan di Malaysia. Justeru itu berdasarkan kepada rujukan dan bahan bacaan yang sesuai, bincangkan secara mendalam tentang perkara-perkara berikut: 1.1 tujuan penyelidikan pendidikan dilaksanakan 1.2 ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan 1.3 pendekatan penyelidikan pendidikan dan 1.4 etika dalam penyelidikan Ahli Kumpulan : Goh Fong Chin Ong Shu Wee N2

Upload: v-ong

Post on 28-Jan-2018

96 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Penyelidikan Tindakan merupakan satu kaedah kajian yang dilaksanakan bagi mendapat input-input baharu danpenyelesaian masalah yang terdapat dalam bidang sektorpendidikan di Malaysia. Justeru itu berdasarkan kepadarujukan dan bahan bacaan yang sesuai, bincangkan secaramendalam tentang perkara-perkara berikut:

1.1 tujuan penyelidikan pendidikan dilaksanakan1.2 ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan1.3 pendekatan penyelidikan pendidikan dan1.4 etika dalam penyelidikan

Ahli Kumpulan :

Goh Fong Chin

Ong Shu Wee

N2

Tujuanpenyelidikanpendidikandilaksanakan

Penerokaan

Penghuraian

Penerangan

Ramalan

Penerokaan• Biasanya, kajian dijalankan untuk menerokai

apabila sesuatu masalah masih dalam peringkatawal atau isu yang diterokai agak baru.

• Ia digunakan untuk menjawab soalan seperti apa, mengapa, dan bagaimana.

• Contohnya, pada awal pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris), kajian mungkindijalankan untuk menerokai apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajarandan pembelajaran.

Penghuraian

• Satu lagi tujuan penyelidikan ialah untukpenghuraian.

• Kajian sedemikian biasanya dijalankan untukmenghuraikan perkara seperti sifat-sifat murid yang suka ponteng kelas, ciri-ciri guru yang baik dansebagainya.

Penerangan

• Akan tetapi kajian sedemikian tidak menerangkanmengapa dan bagaimana.

• Untuk itu, seseorang penyelidik akan menjalankankajian dengan tujuan untuk menerangkan.

• Contohnya, kajian boleh dijalankan untukmenerangkan mengapa tahap kelesuan guru di Lembah Kelang adalah agak tinggi.

Ramalan

• Tujuan terakhir penyelidikan adalah untuk ramalan.

• Dalam hal ini, kajian dijalankan untuk menentukankesudahan pada masa depan berdasarkan data pada masa kini.

• Contohnya, kajian boleh dijalankan untukmenentukan sama ada calon yang mendapat skoryang tinggi dalam Ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test) juga akan menjadi guru yang cemerlang pada masa hadapan.

Ciri-ciripenyelidikan

dalampendidikan

Empirikal

Sistematik

Langkahlogikal

KaedahSaintifik

Empirikal• Penyelidikan dikatakan berbentuk empirikal kerana

data dikutip melalui pemerhatian, pengalaman ataupengujian yang sebenar.

• Sering kali data dikutip secara langsung daripadaresponden.

• Data boleh dikutip melalui pelbagai kaedah.

• Contohnya, data boleh dikutip daripada respondenmelalui soal selidik; atau data boleh dikutip apabilapengkaji memerhati responden dalam setting tertentu (misalnya, bilik darjah).

• Data juga boleh dikutip melalui analisis dokumenseperti buku kedatangan murid dan rekod profilmurid.

Sistematik

• Penyelidikan dikatakan sistematik kerana biasanyaia dirancang dan diurus dengan teliti sertamengikuti prosedur-prosedur tertentu.

• Kesemua ini adalah perlu untuk meningkatkankesahan dan kebolehpercayaan penyelidikan.

Langkah logikal

• Penyelidikan juga mengikuti langkah-langkah yang logikal.

• Biasanya, penyelidikan bermula denganpengenalpastian masalah dan ini diikuti dengantinjauan literatur, pembentukan soalan kajian, pengumpulan data, penganalisisan data danrumusan kajian.

Kaedah Saintifik

• Penyelidikan dalam pendidikan biasanya bermuladengan pengenalpastian masalah.

• Ini diikuti dengan cadangan hipotesis untukmenerangkan sesuatu fenomena dan kemudianmenjalankan langkah-langkah penyelidikan untukmenentukan sama ada hipotesis yang dicadangkanitu boleh diterima atau tidak.

• Penyelidikan juga dijalankan secara objektif iaitusemua dapatan adalah berdasarkan bukti empirikal.

• Disebabkan itu, penyelidikan dalam pendidikandikatakan mengikuti kaedah saintifik.

• Contohnya, seseorang penyelidik mungkin bermulakajian dengan hipotesis bahawa masalah disiplin di sekolah semakin bertambah disebabkan pengaruhmedia massa.

• Kemudian beliau akan menjalankan langkah sepertimengumpul data melalui soal selidik ataumemerhatikan murid di beberapa buah sekolahuntuk mengumpul data bagi menentukan sama adahipotesis beliau boleh diterima atau tidak.

Pendekatan PenyelidikanPendidikan• Terdapat dua pendekatan dalam penyelidikan iaitu

pendekatan positivis (kuantitatif) dan interpretatif(kualitatif).

PendekatanPenyelidikanPendidikan

PendekatanPositivis

PrndekatanInterpretatif

Pendekatan Positivis

• Menekankan ketepatan bukti penyelidikan denganmenggunakan data dalam bentuk numerikal.

• Dalam pendekatan ini, pengkaji percaya bahawailmu objektif iaitu ilmu dan realiti tidak bergantungkepada interpretasi manusia.

• Oleh itu sesuatu situasi boleh digambarkan melaluinombor.

• Contohnya, kita boleh tentukan sebab-sebab utamamengapa murid ponteng sekolah berdasarkankepada purata skor item-item sebuah soal selidik.

• Pendekatan positivis juga biasa dikenali sebagaipendekatan kuantitatif.

Pendekatan Interpretatif

• Menghuraikan sesuatu fenomena denganmenggunakan data deskriptif verbal iaitu denganmenggunakan perkataan berbanding nombor.

• Dalam pendekatan ini, pengkaji berpegang kepadakepercayaan bahawa ilmu dan realiti adalah dibinaoleh manusia.

• Oleh itu, realiti sesuatu situasi hanya dapatdigambarkan melalui interpretasi pengkaji.

• Contohnya, kita boleh tentukan sebab-sebab utamamengapa murid ponteng sekolah berdasarkanpemerhatian kita tentang apa yang berlaku di sekolah serta temu bual kita dengan guru, murid, ibu bapa dan mana-mana pihak yang terlibat.

• Kemudian kita membuat huraian dan interpretasiberdasarkan pemerhatian dan temu bual kita untukmenentukan sebab-sebab utama mengapa murid ponteng sekolah. Ini berbeza dengan pendekatanpositivis yang bergantung kepada nombor semata-mata.

• Pendekatan interpretatif juga dikenali sebagaipendekatan kualitatif.

Perbezaan antara pendekatan Positivisdan Pendekatan Interpretatif

Etika Penyelidikan DalamPendidikan• Etika boleh didefinisikan sebagai norma-norma

perlakuan yang membezakan antara tingkah lakuyang boleh dan yang tidak boleh diterima.

• Kod etika penyelidikan diperlukan untukmemastikan bahawa dapatan kajian sah, bolehpercaya dan diperoleh melalui cara yang wajar.

• Unsur-unsur dalam kod etika termasuklah nilai, kesedaran diri, profesionalisme, kebolehpercayaandan panduan disiplin

Kod Etika Penyelidikan

1. Jujur dalam semua hal berkaitan dengan kajianyang dijalankan.

Contohnya, seseorang penyelidik tidak seharusnyamereka data atau melaporkan dapatan yang palsu.

2. Berintegrasi.

Contohnya, seseorang penyelidik perlu bertindakdengan ikhlas, tekal dengan pemikiran dantindakannya dan akur dengan semua janjinya.

3. Menghormati dan merahsiakan identitiresponden.

4. Adil kepada semua responden.

5. Mendapat persetujuan responden sebelummelibatkannya.

6. Membenarkan responden berhenti daripadamelibatkan diri pada bila-bila masa.

7. Tidak menggunakan paksaan dalam pengumpulandata.8. Berhati-hati dalam semua kerja berkaitan denganpenyelidikan yang dijalankan.

9. Mempunyai sikap terbuka.

Contohnya sedia menerima kritikan.

10. Menghormati harta intelek dan hak ciptaterpelihara semasa membuat laporan.

Sekian, terima kasih.