tutorial 1 sce 3108

26
Tutoria l 1 Tieu Jue Kai Khoo Rui Hung Tan Chun Poh

Upload: haha-hoho-t

Post on 03-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

15

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 1 Sce 3108

Tutorial 1

Tieu Jue KaiKhoo Rui HungTan Chun Poh

Page 2: Tutorial 1 Sce 3108

Kenapa guru harus merancang pengajaran

???

Soalan 1

Page 3: Tutorial 1 Sce 3108

KEPERLUAN MERANCANGTu

juan Membolehkan

sesuatu tugasan dilaksanakan dengan baik dan berkesan

Kunc

i Merancang pengajaran merupakan kunci kejayaan kepada guru dalam bilik darjah

Page 4: Tutorial 1 Sce 3108

KEPENTINGAN MERANCANG

Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah

Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.

Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Page 5: Tutorial 1 Sce 3108

Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

• Mengehadkan skop yang diajar dalam sesuatu jangka masa yang diperuntukkan supaya objektif pengajaran dapat dicapai

Dapat membuat pertimbangan tentang teknik yang sesuai digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan menilai pencapaian murid

• Memperkembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun- setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu sama lain dengan jelas

Page 6: Tutorial 1 Sce 3108

Dapat menyediakan aktiviti yang menarik lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk

pembelajaran dengan isu-isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui oleh murid

Page 7: Tutorial 1 Sce 3108

Guru dapat bersedia untuk mengajar dengan terancang dan teratur.

• Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing bagi memastikan keberkesanan pelajaran.

• Oleh itu, satu persediaan mengajar atau dikenali sebagai rancangan pengajaran harian perlu disediakan.

Page 8: Tutorial 1 Sce 3108

• Guru akan dapat merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran seperti – objektif,– pengetahuan sedia ada yang berkenaan,– bahan bantu mengajar,– isi pelajaran, – stratergi dan kaedah penyampaian yang berkesan, – aktiviti guru-murid, – penilaian, – penutup dan– tugasan pengukuhan.

Page 9: Tutorial 1 Sce 3108

Guru perlu merancang aktiviti murid-murid

• Aktiviti yang dirancang akan menghasilkan pembelajaran yang menarik.

• Perancangan aktiviti akan melancarkan proses pengajaran. Sekaligus, guru dapat mengawal bilik darjah dengan baik.

Page 10: Tutorial 1 Sce 3108

Apakah Aspek-Aspek Yang Harus Dipertimbangkan Semasa

Merancang Pengajaran????

Page 11: Tutorial 1 Sce 3108

Persediaan mengajar hendaklah dibuat

berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang

telah diubahsuai kepada satu unit pengajaran

Semasa merancang sesuatu pengajaran, terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan oleh guru

Page 12: Tutorial 1 Sce 3108

Apakah perkara yang akan dipelajari oleh murid ? ( Kemahiran, fakta, konsep, nilai dsb)

Apakah yang perlu dipelajari @ dicapai oleh murid ? ( merangkumi objektif pengajaran )

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk @ tugasan yang dirancang

Apakah kaedah pengajaran yang sesuai supaya objektif pengajaran tercapai ?

Bagaimana cara terbaik untuk menilai pencapaian murid ?

Page 13: Tutorial 1 Sce 3108

Masa

•Masa untuk guru mengajar seboleh-bolehnya tidak merupakan masa yang bosan bagi pelajar.

•Guru seharusnya mengoptimumkan masa mengajar dan diselang-selikan dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai.

Guru perlu merancang menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana murid-murid memang tidak akan fokus kepada pembelajaran sekiranya guru mengajar pada masa sebelum pulang.

Untuk mengelakkan masalah ini guru seharusnya mempunyai strategi untuk menarik minat pelajar.

Page 14: Tutorial 1 Sce 3108

Pengetahuan Sedia Ada

• Semasa merancang pengajaran, guru perlu sedar akan tingkahlaku kemasukan murid

• Perkaitan diantara pengetahuan sedia ada dan tajuk pengajaran akan dapat memastikan kesinambungan proses pembelajaran

• Guru perlu mengaitkan kembali, menyemak dan menstrukturkan kembali pengetahuan sedia ada murid dengan tajuk yang akan diajar.

Page 15: Tutorial 1 Sce 3108

Tahap pemahaman dan pemikiran murid

• Guru seharusnya mengetahui bahawa murid-murid mempunyai tahap pehaman dan pemikiran yang berbeza bagi setiap murid.

• Jadi guru seharusnya merancang satu pembelajaran yang membolehkan semua pelajar mendapat pemahaman yang sama dalam sesuatu pelajaran tersebut.

Page 16: Tutorial 1 Sce 3108

Objektif pembelajaran/hasil pembelajaran

(a) Objektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai oleh murid selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

(b) Objektif pengajaran ditulis hendaklah mempunyai asas yang berikut:

(i) Hasil yang akan diperoleh oleh murid iaitu pemusatan kepada murid.

(ii) Prestasi atau tingkah laku murid yang boleh diukur, selepas sesuatu sesi pengajaran.

(iii) Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku.

Page 17: Tutorial 1 Sce 3108

Ciri-ciri objektif pengajaran adalah:

(a) mudah(untuk dicapai oleh murid).(b) sesuai (daripada segi tahap pencapaian

murid dan peruntukan masa).(c) realistik(boleh atau mampu untuk

dilaksanakan).(d) jelas( daripada segi maksud dengan

menggunakan laras bahasa yang betul).(e) disusun( mengikut susunan dan urutan yang

betul dan sesuai daripada mudah ke sukar.)

Page 18: Tutorial 1 Sce 3108

Kemahiran proses sains.

(a) Rancangan pengajaran harian sains yang berlandaskan rancangan pengajaran tahunan menekankan penguasaan kemahiran proses sains sama ada kemahiran proses sains asas mahupun kemahiran proses sains manipulatif.

(b) Kemahiran yang ingin diterapkan hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.

Page 19: Tutorial 1 Sce 3108

Pengetahuan sedia ada murid

(a) Pengetahuan sedia ada murid merujuk kepada pengetahuan,kemahiran dan kebolehan sedia ada murid yang telah dikuasai oleh murid yang berkaitan dengan pengajaran rancangan.

(b) Perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid dengan rancangan pengajaran penting supaya wujud kesinambungan pelajaran. Kesinambungan pelajaran dapat memastikan keinginan murid untuk belajar tinggi ketika pengajaran dilakukan.

Page 20: Tutorial 1 Sce 3108

Bahan bantu mengajar.

(a) Bahan bantu mengajar adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan.

(b) Bahan bantu mengajar yang baik adalah bahan yang dapat meningkatkan minat dan dapat menarik perhatian murid.

Page 21: Tutorial 1 Sce 3108

Kepentingan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

(a) Murid dapat mengikuti pengajaran dengan penuh minat.

(b) Murid dapat memfokus kepada pemikiran yang diajar.

(c) Melihat struktur atau konsep dengan jelas.(d) Menyusun serta menggabungkan segala

aspek yang dipelajari secara global sebagai contoh peta konsep dan sebagainya.

Page 22: Tutorial 1 Sce 3108

Pengenalan Pengajaran

(a) Pengenalan pengajaran berperanan menarik dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi murid.

(b) Elakkan pengajaran secara stereotaip di mana guru terus masuk ke kelas dengan menulis tajuk pengajaran membosankan kerana murid belum bersedia dengan tajuk pelajaran dan tidak jelas dengan tajuk pelajaran yang akan dipelajari.

Page 23: Tutorial 1 Sce 3108

(c) Terdapat pelbagai cara yang membolehkan bahagian pengenalan pengajaran menjadi menarik.

(d) Contohnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau perbincangan sesuatu isu semasa.

Page 24: Tutorial 1 Sce 3108

Refleksi Pengajaran

(a) Penulisan refleksi bertujuan membolehkan guru menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran.

(b) Penulisan refleksi membantu guru menjadi lebih peka,bersistem dan kritis terhadap pengajaran mereka.

Page 25: Tutorial 1 Sce 3108

(c) Sebarang masalah dalam pengajaran juga hendaklah dicatat dalam penulisan refleksi kendiri seperti peruntukan masa p dan p yang tidak mencukupi dalam mencapai objektif pengajaran.

(d) Penulisan refleksi berbentuk peneguhan seperti penggunaan bahan bantu mengajar memudahkan para pelajar menguasai objektif pelajaran untuk memberi kesan positif kepada guru tersebut.

Page 26: Tutorial 1 Sce 3108

(e) Panduan penulisan refleksi kendiri adalah:

(i) Adakah murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran?

(ii) Adakah bahan pengajaran sesuai dengan aras pencapaian murid?

(iii) Adakah bahan pengajaran mencukupi? Tidak mencukupi?.

(iv) Adakah guru berjaya menarik minat murid hingga ke akhir pengajaran? Jika tidak, mengapa?.

(v) Adakah guru berjaya menyampaikan pengajarannya dalam masa yang diperuntukkan? Jika tidak mengapa?