resepi

6
Resepi : PERIUK NOXXA Kari tulang daging lembu ini. Bahan A: 1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi) 2 cawan pati santan 4 - 5 biji kentang 2 biji tomato - dibelah 2 2 biji cili hijau Garam dan gula secukup rasa Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes) 4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS 1 sudu besar serbuk cili 1/2 sudu teh serbuk jintan manis 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Air secukupnya Bahan C: Menumis 3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 batang serai dititik 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya Penyediaannya: 1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula. Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa: 1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas. 2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan

Upload: lanz-arahill

Post on 23-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

resepi pc

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi

Resepi : PERIUK NOXXA

Kari tulang daging lembu ini.   Bahan A:1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)2 cawan pati santan4 - 5 biji kentang2 biji tomato - dibelah 22 biji cili hijauGaram dan gula secukup rasa

Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS1 sudu besar serbuk cili1/2 sudu teh serbuk jintan manis1/2 sudu teh serbuk jintan putih1 biji bawang besar4 ulas bawang putih1 inci haliaAir secukupnya

Bahan C: Menumis3 biji bawang merah (bawang kecil) - dihiris2 ulas bawang putih - dihiris1 inci halia - dihiris1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga1 batang serai dititik2 tangkai daun kariMinyak secukupnya

Penyediaannya:1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula. 

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY' dan tunggu sehingga minyak panas.2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.

Page 2: Resepi

3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.  7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE', Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk. 8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.9.  Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT'.   

Daging masak kunyit

Bahan-bahannya:250 gram daging pinang – dipotong kecil3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges1/4 cawan air1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat1 biji cili merah – dihiris serongGaram dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris2 ulas bawang putih – dihiris1 inci halia – dihiris3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk. 3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan. 

Page 3: Resepi

4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata. Masukkan sedikit air.5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan On.6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk.  Bebaskan wap.  Putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.

9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

Page 4: Resepi

Masak Lemak Labu Air

Bahan - Bahan:1 biji labu air dipotong kecil2 cawan air 1 helai daun kunyit ( diracik ) 1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan pati santan.Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:1) Masukkan air, labu air dan daun kunyit didalam periuk 2) Setkan 1 minit low presure. 3) Selepas 1 minit, bebaskan tekanan 4) Masukkan 1/2 cawan pati santan @ susu cair serta garam dan gula secukup rasa 5) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat 6) Selepas 20 saat tekan "Stop"7) Siap

Bubur Caca Rainbow

Bahan - Bahannya:1 cawan caca 3 cawan air 1/2 cawan gula 1 helai daun pandan secubit garam dan gula secukup rasa 

Cara Memasak:1) Masukkan semua bahan kecuali santan, gula dan garam2) Setkan "1 minit low pressure"3) Selepas 1 minit, Bebaskan tekanan 4) Buka tutup periuk 5) Masukkan 1/2 cawan santan, gula dan garam.6) Tukar fungsi periuk kepada "Stir/Fry - 20 saat"7) Bubur Caca Rainbow telah siap

Sayur Lemak Kacang Panjang 

Bahan - bahan :1/2 kg kacang panjang (di potong)1/2 ulas bawang besar dimayang 100ml santan pekat 3 buku tauhusedikit ikan bilis 2 sudu teh garam 2 sudu teh gula

Page 5: Resepi

2 cawan air 

Cara Memasak1) Rebus kacang panjang + bawang besar + ikan bilis selama 1 minit ( low pressure )2) Selepas 1 minit , "Bebaskan tekanan" 3) Buka tutup periuk 4) Masukkan 100 ml santan pekat dan tauhu5) Tutup periuk6) Tukar fungsi stir / fry - 1 minit 7) Dah siap

Ayam Goreng Noxxa

Bahan - bahan6 ketul peha ayamserbuk kunyitsecubit garam secukup rasa3 sudu Minyak masak

Cara memasak :1) Campurkan garam ke dalam serbuk kunyit2) Gaulkan ayam dengan kunyit dan perap selama 10 minit3) Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa4) Masukkan ayam ke dalam periuk5) Tekan stir fry 6) Goreng selama 8 - 10 minit.7) Selepas 8 - 10 minit, "on high pressure" lima minit 8) Bebaskan tekanan 3 minit.9) Siap

Ayam Panggang NOXXA

Bahan -Bahan := 250ml stok ayam = 1/2 sudu teh lada hitam - dikisar= 2 sudu teh sos soya manis= 1/2 sudu teh garam= 1 sudu teh garam= ayam (kuantiti bergantung kpd bilangan si pemakan) - diperap dgn stok ayam, lada hitam, sos soya, garam= beberapa helai daun kunyit= 2 biji kentang - dipotong dadu= 1 biji lobak merah - dipotong dadu= minyak= 1 keping pembalut aluminium utk membungkus ayam

Cara Memasak :1. Perapkan ayam bersama - sama stok ayam, lada hitam yang dikisar, sos soya, garam, gula dan daun kunyit selama 20 - 30 minit.

Page 6: Resepi

2) Masukkan minyak ke dlm periuk dalaman dan tekan butang GORENG/STIR-FRY utk memanaskan minyak3) . Masukkan ayam yg telah diperap bersama2 kentang & karot yg dibalut dgn pembalut aluminium ke dalam periuk4) Tutup penutup 'pressure cooker' & pastikan kepala knop berada di posisi 'pressure'5) Tekan butang 'High Pressure' sehingga menjadi 25 minit6) Kemudian tekan butang 'On/Off' utk memulakan tekanan7) Selepas 25 minit (alarm berbunyi), pusingkan kepala knop ke posisi 'steam' utk mengeluarkan stim8) Periuk hanya akan boleh dibuka selepas semua stim dikeluarkan9) Anda sudah bersedia utk MAKAN...

Ayam Panggang Lemon Ala2 Kenny Rogers

Bahan-bahan Seekor ayam yang telah dibersihkan1 biji buah lemon 2 sudu mentegaKertas Aluminium

Bahan - Bahan yang perlu dikisar :2 ulas bawang putih2 ulas bawang besar1 biji bawang besar1 inci haliasedikit herba campuransedikit lada hitamoregano2 kiub ayam2 sudu madusedikit serbuk kunyitsedikit sos tiramlada putih3 sudu gula perangsedikit garam. 

Cara membuatnya:1) Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan. 2) Masukkan mentega ke dalam periuk3) On ‘stir=fry’ selama 4 minit4) Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)5) On ‘High Pressure’ selama 30 minit 6) Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)7) On 'High Pressure 'selama 1 jam.