resepi saya.doc

182
kek coklat kukus Bahan-bahan ( saiz 7"x7" ) 3 biji telur 1 cawan serbuk koko ( sy guna serbuk coklat tak rasa pahit sgt) 1 cawan gula pasir (sy guna 1/2 cwn sbb tak tahan manis sbb topping dah manis) 1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung/masak 1 sudu teh vanilla *1 1/2 cawan tepung gandum *1 sudu baking powder * 1/2 sudu bikarbonate (*diayak bersama) 1/2 cawan susu manis Cara-cara 1. Campur semua bahan kecuali telur dan tepung di dalam periuk. Masak dgn api yg kecil dan kacau perlahan hingga sebati dan pekat. Sejukkan seketika 2. Dilain tempat pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bahan yang dimasak tadi. Kacau dengan senduk kayu atau mana-mana yg patut. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati. 4. Kukus selama 1 jam 45 minit. Pastikan loyang ditutup dgn aluminium foil supaya air tidak menitik di atas kek. 5. Hias mengikut citarasa sendiri Toping coklat.. Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 1/4 cawan serbuk koko (VAN HOUTEN) 1/3 cawan susu pekat manis 2 sudu besar butter 1 sudu besar air panas @ 1 sudu besar susu segar (susu lain pun boleh) Cara-cara

Upload: ctie-safika

Post on 30-Jan-2016

134 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: resepi saya.doc

kek coklat kukus

Bahan-bahan ( saiz 7"x7" )

3 biji telur

1 cawan serbuk koko ( sy guna serbuk coklat tak rasa pahit sgt)

1 cawan gula pasir (sy guna 1/2 cwn sbb tak tahan manis sbb topping dah

manis)

1 cawan susu cair

1 cawan minyak jagung/masak

1 sudu teh vanilla

*1 1/2 cawan tepung gandum

*1 sudu baking powder

* 1/2 sudu bikarbonate (*diayak bersama)

1/2 cawan susu manis

Cara-cara

1. Campur semua bahan kecuali telur dan tepung di dalam periuk. Masak dgn api

yg kecil dan kacau perlahan hingga sebati dan pekat. Sejukkan seketika

2. Dilain tempat pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bahan yang

dimasak tadi. Kacau dengan senduk kayu atau mana-mana yg patut.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

4. Kukus selama 1 jam 45 minit. Pastikan loyang ditutup dgn aluminium foil

supaya air tidak menitik di atas kek.

5.

 Hias mengikut citarasa sendiri

Toping coklat..Bahan-bahan ( 1 biji kek )

1/4 cawan serbuk koko (VAN HOUTEN)

1/3 cawan susu pekat manis

2 sudu besar butter

1 sudu besar air panas @ 1 sudu besar susu segar (susu lain pun boleh)

Cara-cara

1. Menggunakan kaedah double-boiling (harapnye semua tahu la ni),cairkan

butter dahulu

2. Masukkan serbuk koko,susu pekat,dan air panas. Siap !

Page 2: resepi saya.doc

3. Tips : boleh kurangkan susu pekat kalau manis sangat.kalau x suka susu

pekat,rasa nk guna gula jugak,dipersilakan :) Tapi kalau guna gula,masukkan gula

kastor 1 1/2 cawan

MEE HAILAMBahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu

10 ekor udang (sedang)

3 ulas bawang putih ( ditumbuk)

3 ulas bawang merah ( ditumbuk)

1 sudu besar cilibo

1 ikat sawi hijau

1 potong kobis

1/2 batang lobak merah

1 bungkus 'baby corn'

2 tangkai daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

Sos cili dan sos tomato Kicap

1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.

2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya.

Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.

3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam,

ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,'baby corn' dan

kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam

ramuan tadi.

4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.

5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk

menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta

hirisan limau nipis.

MURTABAK MAGGIE

Bahan-bahan ( 2 ORG )

2 bungkus maggie

3 biji telur

1 labu bawang besar

1 tangkai daun bawang

Page 3: resepi saya.doc

garam secukup rasa

1 bungkus perasa maggie

1 biji cili merah

Cara-cara

1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.

2. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)

3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.

4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan

bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.

5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.

6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.

7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.

MEE REBUSBahan-bahan ( 4-5 orang )

10 ulas bawang putih- kisar

15 ulas bawang kecil- kisar

1/2 inci halia- kisar

1/2 kilo daging- dadu kecil

1/2 kilo ubi kentang - Rebus dan kisar

200gm udang kering

4-5 sudu cili kisar

4-5 sudu cili sos

garam dan gula secukup rasa

sedikit serbuk kunyit, myk masak utk menumis

************

mee kuning( spagethi pun bole la )

Taugeh

Tauhu

Cili hijau

Telur rebus

Bawang goreng

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, bwg kecil dan halia.

2. Masukkan cili dan cili sos, goreng lagi

3. masukkan udang kering kisar, kacau lagi

4. masukkan daging, kacau 5 minit

5. masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.

6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih,

perasakan dengan garam dan gula secukupnya

Page 4: resepi saya.doc

7. Bolehlah dihidangkan...isikan didalam sebuah mangkuk dengan mee, taugeh,

telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi...

8. kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah

ditambahkan air.

AYAM PaprIK

Bahan-bahan ( 2-3org )

1/2 ekor ayam

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato

3 sudu besar cili kisar

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

sayur-sayuran ikut suka

minyak untuk menumis

Cara-cara

1. masukkan bawang putih goreng hingga wangi..tumiskan cili kisar hingga pecah

minyak.

2. sos tiram,sos tomato,sos cili di masukkan ke dalam tumisan cili td.masukkan

ayam n juga sedikit air.tunggu sehingga ayam empuk.

3. setelah ayam empuk masukkan pula sayur-sayur yg keras (lobak,brokoli,kubis

bunga,jagung muda) apabila empuk masukkan garam n perisa secukup rasa.

4. siap untuk dihidangkan.

SUP IKAN SIMPLE & ENAK. :)Bahan-Bahan:

bwg kecil - 2 bijibwg putih - 2 ulashalia - ½ incisemuanya ditumbuk

ikan segardaun bawang - kalau sukadaun sup - ikut sukaminyak masak - 1 suduair - 1 cawangaram - secukup rasa

Cara:

tumis bahan tumbuk. setelah garing masukkan air. biarkan mendidih. setelah itu masukkan ikan. biar masak. dan masukkan sedikit dau sup dan daun bwg. masukkan garam.

Cadangan Hidangan:

sup ni boleh gunakan berbagai jenis ikan iaitu ikan merah, ikan kerisi, ikan tenggiri, ikan jenak dll.

Tambahan:

Page 5: resepi saya.doc

berkhasiat dan menyelerakan untuk mereka2 yang sedang demam.

Posted by camylah shahari at 10:52 PM 0 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

TOM YAM IBUBahan-Bahan:

3 ulas bawang putih½ labu bawang besar3 batang serai diketuk1 batang sederi (potong serong)½ pokok kobis bunga (potong ikut suka)1 batang lobak merah (Potong ikut suka)2 batang daun sup (potong dalam 2 inci)sedikit daun ketumbarenam biji asam limau kasturi

1 pati ayam maggidaging ayam (ikut suka)daging lembu (hiris nipis)udang (ikut suka)sotong (ikut suka)sedikit garamsedikit serbuk perasa2 kiub tomyam knorr5 tangkai cili padi (diketuk)empat helai daun limau purut

Cara:

1. tumis bawang putih, bawang besar, serai dan batang daun sup sehingga naik bau2.masukkan ayam dan daging - goreng sebentar3. masukkan air dan pati ayam maggi dan kiub tom yam knorr4. masukkan lobak merah, bunga kobis - tunggu sampai empuk5. masukkan batang saderi - tunggu sekejap6. masukkan sotong dan udang7. masukkan daun limau purut8. masukkan cili padi9. masukkan garam dan serbuk perasa10. sebelum dihidangkan perahkan asam limau 

Cadangan Hidangan:

1.sebab masukkan ayam dan daging dulu bagi menghilangkan hanyir2. semasa menghidang boleh ditaburkan daun ketumbar -- kalau tak suka tak payah bubuh.4. Tak payah guna cili boh atau cili giling nak buat kuah jadi pedas, guna kiub knorr lagi sedap. 

Tambahan:

1.sesuai dimakan dengan nasi atau begitu sahaja2.kalau nak buat mihun tom yam cara sama cuma celur mihun dulu sebelum dicurahkan kuah tom yam.-- SELAMAT MENCUBA --

Posted by camylah shahari at 10:50 PM 0 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook MUSHROOM CREAM SOUP

Bahan-Bahan:

4-5 ketul ayam7-8 cawan air3 cawan full cream milk2 tin button mushroomtepung jagunggaram

Cara:

Rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat.Setelah mendidih, masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2.

Page 6: resepi saya.doc

Masukkan juga susu.Perasakan dengan garam.Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai.Its ready!!

Posted by camylah shahari at 10:50 PM 0 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook APAM POLKADOT

Bahan-Bahan:

-3biji telur-275gm tepung gandum-220gm gula halus-150ml susu segar

-3sudu teh baking powder-1sudu kecil ovalatte-1sudu kecil esen vanilla-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)-pewarna

Cara:

1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Cadangan Hidangan:

untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.

Tambahan:

1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik.2-bahan untuk 50biji papercup medium.

Posted by camylah shahari at 10:47 PM 1 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook MEE BANDUNG SUPERB!

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)300 gm daging (dipotong)300 gm daging ayam (dipotong)300 gm udang200 gm taugeGaram & minyak masak2 sudu besar cili kisar3 ulas bawang putih (ditumbuk)5 ulas bawang merah (ditumbuk)1 mangkuk stok ayam

4 sudu besar sos tomato4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)2 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tiram1 biji limau kasturi1 biji telurSedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok

Page 7: resepi saya.doc

ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Cadangan Hidangan:

Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Posted by camylah shahari at 10:44 PM 0 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook CHICKEN CHOP

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)1 biji telur1 biji tomato1 helai daun saladSedikit daun pasliSedikit lada sulah20 gm potato chip (digoreng)20 keping biskut tawar (dikisar halusSedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:1 biji lada buah1 biji bawang besar2 sudu besar sos cili½ batang lobak merah1 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos lea & perrin2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Posted by camylah shahari at 10:42 PM 0 commentsEmail This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook BAKED APPLE SLICES WITH PEANUT BUTTER CRUMBLE

Bahan-Bahan:

4 cawan kepingan epal1 cawan gula kastor1 cawan tepung gandum3 sudu kecil marjerin 

1 cawan quaker oat½ sudu teh serbuk kayu manis1 cawan peanut butter (kasar) 

Cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 350F', Griskan loyang bersaiz 9 inci persegi2. Didalam bekas, gaulkan epal bersama 3/4 cawan gula dan 1/4 cawan tepung. Masukkan kedalam loyang pembakar. Ratakan dan titikan dengan 2 sudu kecil marjerin3. Campurkan oat,lebihan tepung dan gula bersama serbuk kayu manis, ketepikan.4. Cairkan 1 sudu teh marjerin bersama peanut butter diatas dapur gas. Sejukan sebentar dan gaulkan bersama-sama campuran oat dan tepung tadi sehingga menjadi seperti serbuk roti.Taburkan ke atas epal tadi.5. Bakar selama 40 mins atau sehingga epal lembut dan kekuningan.

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama aiskrim vanilla

Page 8: resepi saya.doc

MEE GORENG 

      Bahan-bahan: 1 kg mee kuning 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 6 ulas bawang putih (ditumbuk) 20 ekor udang sederhana besar 1 mangkuk sotong yg telah dipotong 1 mangkuk taugeh } buang ekor 1 pokok sawi } hiris 1 sudu besar cili kisar } jika suka pedas boleh tambah lagi 2 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar cili sos 2 sudu besar sos tomato minyak utk menumis garam jika perlu 1 sudu besar gula atau mengikut citarasa 1 paket tauhu } digoreng dan hiris nipis 2 tangkai cili hidup } hiasan sedikit air jika perlu

Page 9: resepi saya.doc

      Cara membuat:

Panaskan minyak dlm kuali, masukkan bahan-bahan yg ditumbuk. Tumiskan sehingga agak garing dan wangi. Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga garing Masukkan  semua sos dan kicap  Masukkan sotong, udang, garam dan gula secukup rasa.  Masukkan mee & sawi kemudian kacau rata. Jika mee agak kering tambahkan sedikit air panas Masukkan tauhu dan taugeh, kacau sekejap boleh lah diangkat Angkat hiaskan dgn hirisan timun, tomato & cili merah 

MEE HOON SUP BEBOLA DAGING 

Bahan utk bebola daging: 

600g daging cincang 70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour) 50 g tepung jagung 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar serbuk lada sulah ¾ sudu kecil garam 

Cara membuat: 

Page 10: resepi saya.doc

Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.. Bulat-bulatkan mengikut size yg sesuai. Ketepikan 

Bahan utk kuah:

 2½ liter air 1 ketul kiub pati daging 2 sudu kecil kicap cair 4 ulas bawang putih }dicincang halus ½ sudu kecil serbuk lada sulah 1 sudu besar minyak masak garam secukup rasa 2 batang celery } dihiris nipis 2 tangkai daun bawang }dihiris 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis sedikit bawang goreng 1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian

dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat 

Cara membuat: 

Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.

Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung. Setelah daging terapung masukkan celery. Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon , daun bawang, hirisan cili, bawang

goreng dan sambal kicap.  Tuangkan sup dan bebola daging atasnya. Hidangkan panas-panas.

Page 11: resepi saya.doc

MEE KUNING 

Bahan-bahan: menghasilkan 700 g mee kuning 350g tepung high protein 2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur 1 sudu kecil air kapur 100 ml air sedikit pewarna kuning 1 sudu kecil garam (paras rata) 6 sudu besar minyak masak atau secukupnya sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:  Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam

kemudian kacau sebati Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental Bahagi doh kpd 4 bahagian

Page 12: resepi saya.doc

Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)

Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan

Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu

sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air

tersebut Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus,

celur sket2 mee tu) Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

KUEYTEOW 

Bahan-bahan: 

Page 13: resepi saya.doc

250g tepung high protein 100g tepung beras 2 biji putih telur - boleh ganti 1 biji telur tapi hasilnya akan kekuningan sket lah 100 ml air - tambah 2-3 sudu kecil jika perlu 1 sudu kecil garam (paras rata) 6 sudu besar minyak masak atau secukupnya sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:  Ayak kedua2 tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya Di dalam bekas lain campurkan telur, air dan garam kemudian kacau sebati Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental Bahagi doh kpd 4 bahagian Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal,

bermula no 1 kalau mesin K.Noor) Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg

makin berkurangan Pilih ketebalan yg paling nipis (K.Noor guna no 6), gelek utk kali terakhir disini Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila kueyteow keluar ianya tak melekat antara

satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian kueyteow Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air

tersebut Celur kueyteow dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali

gus, celur sket2) Kemudian toskan kueyteow tersbt, gaul dgn minyak masak Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh kueyteow ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

Page 14: resepi saya.doc

ASAM LAKSA

  Bahan-bahan: 

500 g laksa } direbus/celur hingga lembut 800 g ikan parang/kembung/selayang 2 1/2 pt (1500 ml) air 1/2 cawan asam jawa * 1 pt (600 ml)  air * sedikit gula garam secukup rasa MSG jika suka 1 kuntum bunga kantan 

* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air 

Bahan kisar: 

1 btg serai 1 inci lengkuas 10 ulas bawang merah 8 tangkai cili kering 4 tangkai cili merah 4 biji buah keras 1/2 inci kunyit hidup 1 inci belacan 

Ulaman/hiasan: 

1/4 biji nenas (dipotong kecil) 1/2 btg timun (dipotong halus) 4 tangkai cili merah (dihiris) 2 labu bawang besar (dimayang) beberapa tangkai daun pudina jika suka petis udang jika suka 

Cara membuat: 

Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit

Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.

Page 15: resepi saya.doc

Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut (tak perlu blend cukup sekadar hancurkan kasar2 dgn garpu/tangan)

Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, bunga kantan dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih

Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min. Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman

dan tuangkan kuah diatasnya. Hidang panas-panas. Selamat mencuba..dah cuba sekali pasti nak lagi

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH) 

Page 16: resepi saya.doc

Bahan-bahan: 

1 kg laksa basah/ 1 bungkus laksa beras kering 1 kuntum bunga kantan 10 urat kacang panjang 100 g taugeh 1 ikat pucuk gajus ½ biji kubis bulat 1 batang timun 1 ikat daun kemangi/selasih 

Semua ulam dimayang halus kecuali taugeh buang ekornya. 

Sambal belacan: 

4 tangkai cili merah 1 sudu kecil belacan } dibakar sekejap 

Cara:

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

 Bahan utk kuah: 

1 biji kelapa } jadikan 5 cawan santan 3 sudu besar cili kisar 6 ulas bawang merah } dikisar 2 ulas bawang putih } dikisar 1.5 cm halia }dikisar 1 cm lengkuas } dikisar ½ sudu kecil belacan 50g gula melaka 2 sudu besar kerisik 2 ½  sudu besar rempah laksa 3 keping asam keping 5-6 ekor/600g ikan selayang 4 sudu besar minyak masak utk menumis garam secukup rasa 

Cara membuat: 

Page 17: resepi saya.doc

Ikan dikukus/rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus. Semua bahan-bahan kisar hendaklah dikisar mengunakan santan dan air rebusan ikan. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar. Tumis dan kacau hingga pecah minyak. Di dalam mangkuk kecil campurkan bahan2 kisar, rempah laksa dan belacan.

Kemudian masukkan campuran ini ke dalam periuk kacau hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, dan gula melaka. Kacau

sehingga kuah pecah minyak dan sederhana pekat. 

Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan. 

MEE HOON GORENG SINGAPURA  

      Bahan-bahan: 350 g mee hoon } direndam hingga lembut ½ batang lobak merah} hiris panjang ½ biji cili benggala hijau} hiris panjang 20 ekor udang yg sederhana besar sedikit isi ayam } di potong kecil 4-5 ulas bawang putih } di tumbuk 2 sudu kecil serbuk lada sulah (lada putih) 1 sudu kecil sos tiram 1 sudu kecil kicap cair garam secukup rasa sedikit serbuk perasa jika suka sedikit air minyak utk menumis setangkai daun bawang } dihiris utk hiasan

     Cara membuat: Panaskan sedikit minyak di dlm kuali Tumiskan bawang putih hingga keperangan dan naik bau Masukkan daging ayam dan udang kacau hingga setengah masak. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada sulah, garam, serbuk perasa dan air secukupnya Kemudian masukkan mee hoon, kacau rata Masukkan lobak merah dan cili benggala Gaul hingga sebati, angkat dan taburkan daun bawang Sedap dimakan bersama cili hijau jeruk

 

Page 18: resepi saya.doc

SOTO           Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang  ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2 300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan 1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi suhun } digoreng 1 tangkai daun bawang }dihiris 1 tangkai daun sup} dihiris 100 g kacang tanah }digoreng 2 sudu besar minyak untuk menumis 100 g taugeh } buangkan ekornya 9-10 cawan air atau 2.5 liter air garam secukup rasa 

      Bahan penumis:  3 cm kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 

      Bahan kisar:  4-5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm halia 1 cm lengkuas 1 batang serai 1/2 sudu besar jintan manis

Page 19: resepi saya.doc

1/2 sudu besar jintan putih 1 sudu besar ketumbar 1/2 sudu kecil lada sulah 2 biji buah keras 

      Cara membuat sup/kuah:  Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar &

serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk. Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam

dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi. Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula

suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan. 

      Bahan sambal kicap:  10 biji cili api 7 sudu besar kicap manis 1 ulas bawang putih 

      Cara membuat sambal kicap:  Campurkan semua bahan kemudian kisar halus. 

      Bahan untuk begedil:  500 g kentang 150 g daging kisar ½ sudu kecil serbuk lada sulah ½ gengam bawang goreng 1 biji telur sedikit daun sup }dimayang garam secukup rasa minyak untuk menggoreng 

      Cara membuat begedil:  Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat

ketepikan. Daging digoreng hingga kering airnya. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan

garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan

goreng hingga keperangan. 

Nota: Jika suka, nasi impit boleh digantikan dgn mee hoon atau mee kuning yang telah dicelur.

Page 20: resepi saya.doc

LAKSA JOHOR

      Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang

500 g spaghetti- direbus hingga lembut. 500 g ikan selayang/parang }direbus  200 g udang basah- direbus                 } 100 g udang kering                              } 1 sudu besar ketumbar                         } 1/2 sudu besar jintan manis                   } 1/2 sudu kecil jintan putih                     }      dikisar 2 cm halia                                            } 1 cm lengkuas                                      } 2 ulas bawang putih                             }       6 ulas bawang merah                           } 1-2 batang serai                                  } 1 sudu makan kerisik 2 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar rempah kari ikan 1 biji kelapa - jadikan 5 cawan santan garam secukup rasa 2 keping asam keping/gelugor 4 sudu besar minyak untuk menumis

     Cara membuat kuahnya:

Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang basah & kering.

Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah  sehingga garing.

Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang telah dikisar halus

Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.

     Bahan Ulam:

1 biji timun 1 kuntum bunga kantan 4 batang kacang panjang 4 biji limau kasturi 20 helai daun selasih Sedikit daun kesum 200 g taugeh

Page 21: resepi saya.doc

      Cara menyediakan ulam:

Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong halus. Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur) Limau kasturi dibelah 2.

      Cara menghidang:

Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.

LAKSAM TERENGGANU

        Bahan-bahan membuat laksam:  2 cawan tepung beras 4 cawan air ½ sudu kecil air kapur 2  sudu kecil tepung ubi secubit garam

         Cara menyediakan:  Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk

dalam pengukus. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan

terangkat menggelembung bila masak) Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai

semuanya.

Page 22: resepi saya.doc

Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah ke atasnya secukup rata apabila dihidangkan.

         Bahan untuk kuah:  4 ekor ikan kembung/selayang 1 sudu makan lada hitam 5 ulas bawang merah 1 biji kepala parut diambil santannya 2 keping asam gelugur sedikit garam

         Cara membuat kuah:  Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat. Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan

garam secukup rasa. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

        Bahan untuk ulam:  Daun kesum secukupnya dimayang halus Kacang panjang secukupnya dimayang Timun dimayang Daun selasih/kemangi dimayang

MEE HOON GORENG SPECIAL

        Bahan-bahan:

1 bungkus mee hoon (direndam dlm air hingga lembut) 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 5 ulas bawang putih (ditumbuk) 20 ekor udang sederhana besar

Page 23: resepi saya.doc

1/2 mangkuk isi ayam 1 mangkuk taugeh sedikit daun kucai } dihiris 1 sudu besar cili kisar } jika suka pedas boleh tambah lagi 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili sos sedikit air asam jawa minyak utk menumis garam secukup rasa 1 sudu besar gula

      Cara membuat:

Panaskan minyak dlm kuali, masukkan bahan-bahan yg ditumbuk. Tumiskan sehingga agak garing.

Kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sehingga garing Masukkan  semua sos dan kicap serta air asam jawa. Masukkan isi ayam, udang, garam dan gula secukup rasa.  Masukkan mee hoon yg telah direndam lembut, kacau rata. Jika mee hoon masih kurang lembut tambahkan sedikit air panas Bila agak masak masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau rata. Angkat hiaskan dgn hirisan timun, tomato, cili merah dan telur dadar.

LAKSA KEDAH

      Bahan-bahan:

sebungkus laksa kering-direbus 1 kg ikan selayang atau ikan kembung 1 kuntum bunga kantan-dimayang 1 ikat daun kesum 2 sudu besar cili kering kisar-boleh ditambah jika suka pedas 20g belacan 10 keping asam keping ( asam gelugor) 10 ulas bawang merah garam secukup rasa air secukupnya

       Cara membuat kuah laksa:

Ikan dibersihkan dan rebus sehingga masak.

Page 24: resepi saya.doc

Buangkan tulang ikan, kisar isi ikan bersama bawang merah menggunakan air rebusan. Tulang ikan dikisar berasingan kemudian ditapis, ambil air nya sahaja. Masuk ke dalam periuk semua bahan-bahan kisar, bunga kantan, daun kesum, asam

keping, belacan dan cili kisar. Masak dengan api sederhana, biarkan mendidih sehingga masak. Kuah jangan

terlampau cair dan tidak terlalu pekat. Masukkan garam secukup rasa. Sedia dihidang panas-panas bersama laksa yang telah direbus serta salad, timun, telur

rebus, limau nipis, cili merah/cili padi dipotong

MEE KARI SPECIAL

Bahan-bahan: 

1 kg mee kuning } dicelur 1/2 ekor ayam } dipotong kecil 5-6 sudu besar minyak utk menumis 5 sudu besar serbuk kari ayam Babas } campurkan dgn sedikit air panas jadikan pes 2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar pun boleh - nak pedas tambah lagi 1 sudu kecil serbuk kunyit 1.5 - 2 liter santan 100 g bebola ikan } dibelah dua 2 keping kek ikan }dihiris 5 keping tauhu kering } dihiris 200 g isi kerang yg telah direbus 2 keping asam keping garam secukup rasa

Bahan tumis: 

2 batang serai } diketuk 5 ulas bawang merah } dimayang 1 ulas bawang putih } dimayang 2 cm kulit kayu manis

Page 25: resepi saya.doc

2 biji buah pelaga 1 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:

2.5 cm halia 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih

Bahan hiasan: 

3 batang sawi } dipotong kecil dan dicelur 1-2 min 100 g taugeh - buang ekor } lebih enak tanpa celur 4 tangkai cili merah} dihiris 4 tangkai cili hijau } dihiris 1 tangkai daun bawang } dihiris 100 g bawang goreng 5 biji limau kasturi } belah dua

Cara membuat: 

Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis dan goreng hingga garing/wangi Masukkan bahan kisar, pes kari, serbuk cili dan serbuk kunyit Kacau sehingga sebati dan pecah minyak (dgn api yg perlahan) - pastikan sampai pecah

minyak dan garing baru sedap Kemudian masukkan santan, ayam dan asam keping Bila ayam empuk dan pecah minyak, masukkan bebola ikan, kek ikan, tauhu kering, isi

kerang  dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika boleh lah diangkat. Bubuh mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah ke atasnya diikuti bahan-bahan hiasan.

MEE BANDUNG MUAR

Bahan-Bahan:

Page 26: resepi saya.doc

1 kg mee kuning - dicelur 400g sawi - dipotong dan dicelur 4 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng bawang goreng 3 tangkai cili merah - dihiris nipis 2 sudu besar sos tiram 1 cawan udang - buang kulit 1 cawan daging - rebus dan hiris nipis ½ cawan sotong - hiris 4 cawan air rebusan daging 1 paket fish cake -hiris nipis 1 biji keledek oren - direbus dan dilecek 1/2 cawan gula garam secukup rasa 4 sudu besar kacang tanah digoreng tanpa minyak - dikisar minyak utk menumis

Bahan kisar: 10-15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 1/2 cawan udang kering - direbus 

Cara membuat: Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan2 kisar kemudian masukkan gula kacau

sehingga wangi  Masukkan sos tiram,sotong, udang dan daging rebus, kentang lecek, kacang tanah &

masak sampai mendidih. Bila hampir masak masukkan fish cake  Di dalam kuali lain, ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu. Semasa hendak menghidangkan, ambil mee masukkan ke dalam pinggan diikuti sawi

kemudian curahkan kuah diatasnya, letakkan sebiji telur yg telah dimasak tadi, hirisan cili merah, tauhu goreng dan taburkan daun sup dan bawang goreng. 

MEE JAWABahan-bahan: 1 kilo mee kuning - dicelur 2 cawan keledek kuning/oren - direbus dan dilenyek 1 cawan udang kering - digoreng (tanpa minyak) dan dikisar 1 cawan udang hidup - direbus & dikisar 15 tangkai cili kering - direbus & dikisar 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 1 inci halia

Page 27: resepi saya.doc

5 cawan air (lebih/kurangkan ikut kepekatan) Sedikit belacan - dibakar minyak untuk menumis garam dan gula secukup rasa

Hiasan: Telur rebus Cili hijau dan cili merah - dihiris Bawang goreng Daun saderi dan daun bawang - dihiris Taugeh - dicelur Limau kasturi - dibelah

Cara membuat: Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. Pijarkan minyak didalam periuk Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau Masukkan udang-udang yang telah dikisar halus dan gaul sebati Masukkan air dan biar mendidih Masukkan keledek  Kacau sehingga pekat, kalau terlalu pekat, tambah air. Sesuaikan rasa gula dan garamnya

Cara menghidang: Masukkan mee yang sudah dicelur ke dalam mangkuk Letakkan cili hijau, cili merah, bawang goreng dan taugeh di atas

mee Curahkan 1 atau 2 senduk kuah di atasnya Letakkan telur di atasnya Taburkan daun saderi & daun bawang Letakkan belahan limau kasturi di atasnya. Hidangkan.

Page 28: resepi saya.doc

NUGGET AYAM 

Resepi I: 

Bahan-bahan: 500 g isi ayam } dikisar/cincang 1/4 cawan fresh breadcrumbs sedikit serbuk lada sulah garam secukup rasa serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating' 1-2 biji telur }dipukul sedikit

Cara membuat: Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah

dan garam Gaul sebati Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga

habis Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk

cornflake/roti ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal

Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan Sedia dimakan bersama sos.

Resepi II: 

Page 29: resepi saya.doc

Bahan-bahan: 2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci 1 1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti

(bread crumbs) garam secukup rasa sedikit serbuk lada sulah sedikit serbuk bawang putih jika suka 1-2 biji telur } dipukul sedikit minyak utk menggoreng

Cara membuat: Ayam dicucikan dan toskan. Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk

cornflake atau serbuk roti, kacau sekata. Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk

cornflake/roti kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti

Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan Hidangkan bersama cili sos

MASAK LEMAK AYAM & REBUNG ALA SIAM 

Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam } potong kecil 300 g rebung 2 batang serai } diketuk 10 tangkai cili padi } dlm gambo akak guna 2 tangkai cili hidup sbb takmo pedas

sgt 3 helai daun limau purut - siat sket

Page 30: resepi saya.doc

2 cm kunyit hidup 2 keping asam keping 2 1/2 cawan santan garam secukup rasa

Cara membuat: Kisar kunyit dgn cili padi hingga hancur Masukkan bahan kisar, serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Apabila kuah mendidih masukkan ayam dan daun limau purut Reneh hingga ayam empuk Kemudian masukkan rebung dan garam secukup rasa Bila masak boleh lah diangkat.

AYAM MASAK UNGKEP

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong 8 2 sudu besar ketumbar -disangai 1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai 2 cm halia 6 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 keping asam keping 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1-2 sudu besar cili kisar - optional garam secukup rasa minyak utk menumis air secukupnya

Page 31: resepi saya.doc

Cara membuat:

Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih

Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar

Tumis sehingga garing Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat (kepekatan

kuahnya ala2 rendang gitu) Rasakan garam secukupnya boleh lah diangkat. Variasi: Kadang2 akak baling serai ketuk sebtng dlm masakan ni,

pong sodapp

Mempedal Goreng 3 in 1 

Bahan Bahan: 

½ kg mempedal  } dihiris & gaul garam kunyit 1 labu bawang besar } dimayang 3 ulas bawang putih }dimayang 1-2 sudu besar crushed cili

Page 32: resepi saya.doc

minyak untuk mengoreng dan menumis Segenggam suhun direndam dalam air panas hingga lembut Sedikit kacang panjang } dipotong 

Cara membuat: 

Goreng mempedal hingga masak , ketepikan. Ambil sedikit minyak tadi kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga

wangi. Masukkan crushed cili, kacau sebentar hingga agak garing. Masukkan mempedal, suhun dan kacang panjang. Kacau sebati dan tambah garam jika perlu. Hidangkan panas panas. 

    

 

ASAM TUMIS AYAM

     Bahan-bahan:

1 kg ayam } potong kecil 1 kuntum bunga kantan } dihiris 2 btg serai }diketuk 1 sudu besar asam jawa* 2 cawan air * 1 sudu besar gula 5 sudu besar minyak utk menumis garam secukup rasa * campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa

     Bahan kisar:

15 tangkai cili kering sedikit belacan 2-3 btg serai 5 ulas bawang putih 1.5 cm lengkuas 1.5 cm kunyit hidup 5-6 ulas bawang merah

     Cara membuat:

Page 33: resepi saya.doc

Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak

Masukkan ayam, goreng sekejap selama 2-3 minit Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih Masukkan gula dan garam secukup rasa Kecilkan api, renehkan sehingga ayam empuk Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih

ROJAK AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam  - panggang di dlm  oven pd suhu 200'C selama 1 jam atau hingga masak kemudian potong kecil2

4 biji kentang } rebus hingga empuk kemudian potong kecil 4 biji telur } rebus potong 2 4 keping tauhu } goreng kemudian hiris nipis 1/2 ketul daun salad }hiris 300 g taugeh } buang ekor kemudian celur 1 minit dlm air panas 1 btg timun } hiris 1 biji sengkuang } hiris

Kuah:

400 g kacang tanah } digoreng kemudian kisar kasar2

Page 34: resepi saya.doc

5 ulas bawang merah } belah 2 15 tangkai cili kering } potong 2 - kalau suka pedas leh tambah

lagi ikut citarasa sket cuka atau air asam jawa 2-3 sudu besar gula merah (gula melaka) atau mengikut citarasa garam secukupnya minyak utk menumis air panas secukup nya

Cara membuat:

Panaskan minyak, goreng bawang merarh hingga naik bau angkat ketepikan

Kemudian goreng pula cili kering bila agak garing angkat Kisar bawang dan cili tersbt hingga hancur Campurkan kacang kisar, bahan kisar, cuka, gula merah, garam

dan air panas secukupnya supaya kuah tidak terlalu cair atau pekat Adjust supaya rasa masam, manis, pedas dan masin seimbang

mengikut citarasa

Cara menghidangkan:

Masukkan kentang, timun, taugeh, ayam panggang, sengkuang, daun salad kemudian curahkan kuah atasnya.

Sedia di makan nyum nyum

Kalau versi rojak Trg, dorang buh sket mee kuning dan juga cucur udang hok nipis tu.

AYAM PANGGANG MADU

     Bahan-bahan:

1.5 kg kepak ayam 1/4 cawan kicap pekat 3 sudu besar madu 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos tiram 6 ulas bawang putih }ditumbuk 1 sudu kecil lada sulah } ditumbuk halus - nak tambah lagi boleh jugak..ikut citarasa

masing2 lah

     Cara membuat:

Basuh ayam dan toskan sehingga kering.

Page 35: resepi saya.doc

Gaulkan semua bahan dan lumurkan pada ayam sehingga sekata Perapkan selama 1 malam di dalam peti ais. Panggang ayam di dalam oven pada suhu 200’C atau diatas bara api. Semasa proses memanggang bolehlah disapu ayam dgn lebihan bahan perapan tadi

berulang-ulang sehingga ayam masak. Hidangkan panas-panas

AYAM PANGGANG PERCIK      1 kg  ayam } dipotong 4      Bahan kisar:  6 ulas bawang merah 1 cm. halia 1 cm. lengkuas 1 batang serai 1 cm. kunyit hidup 2 ulas bawang putih garam secukup rasa sedikit gula 

     Cara membuat:   Lumurkan ayam dgn bahan kisar dan perapkan selama selama 1 jam Letakkan ayam di dalam loyang dan bakar dlm di dalam oven pada suhu 200'C selama

40 minit atau sehingga 3/4 masak 

     Kuah percik:  2 1/2  cawan santan pekat 6 ulas bawang merah  } dikisar 1-2 batang serai }dikisar 2 biji buah keras }dikisar 2 cm. halia  }dikisar 2 ulas bawang putih }dikisar 1 sudu besar cili kering kisar 1 keping asam gelugur 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air garam dan gula secukup rasa 

     Cara membuat:  Masukkan ke dalam periuk bahan kisar, santan, cili kisar, asam gelugur, garam serta

gula secukup rasa Masak sehingga mendidih seketika kemudian masukkan bancuhan tepung jagung

Kacau sebati sehingga pekat Kemudian bolehlah diangkat Keluarkan ayam dari oven, siramkan kuah diatas ayam sehingga sekata. Masukkan ayam semula ke dalam oven, panggang/bakar sehingga kuah kering

Kemudian ulang dgn menyiram semula kuah diatas ayam sehingga ayam masak.

Page 36: resepi saya.doc

Sedia untuk dihidang

GULAI AYAM TERENGGANU

      Bahan-bahan :

1 ekor ayam }dipotong kecil 4 sudu besar rempah gulai ayam} dicampur sedikit air panas menjadi pes 1 sudu besar kerisik 4 cawan santan minyak masak untuk menumis sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa

      Bahan kisar:

2 cm halia 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1.5 cm lengkuas 2 sudu besar cili kering kisar

      Bahan tumis: 

1  ulas bawang merah }dimayang 1 ulas bawang putih } dimayang 4 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 

     Cara membuat:

Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah gulai. Tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula. Renehkan sehingga ayam separuh masak, baru masukkan santan dan kerisik. Didihkan perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan pecah minyak Rasakan garam secukupnya. 

AYAM MASAK PAPRIK

Page 37: resepi saya.doc

      Bahan-bahan:

1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil 100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat 100 g bunga kobis } dipotong kecil ikut bunganya 100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm 1 biji buah tomato } dipotong 4 3 helai daun limau purut } disiat/koyak skit 2 ulas bawang putih } dicincang 1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat 1 inci halia } dimayang 2 btg serai } diketuk 6 sudu besar sos cili 3 sudu besar kicap manis 3 sudu besar kicap masin 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil sos ikan 7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi 4-5 sudu besar minyak untuk menumis sedikit air sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan - jika suka, tak bubuh pun tak apa

      Cara membuat:

Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan. Panaskan minyak didalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air

ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning) Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi tumiskan bawang putih, serai

dan halia sehingga wangi dan kekuningan Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air  Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.  Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua

sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan Kacau 3 minit kemudian bolehlah diangkat Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

      Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sbb dah cukup masin.

Page 38: resepi saya.doc

AYAM BAM BAM

                 Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- dipotong  4 1 biji kelapa - jadikan 2 mangkuk santan 3 helai daun salam 3 helai daun limau purut garam secukup rasa minyak untuk menggoreng 

      Bahan-bahan kisar:

15 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia 8 biji buah keras 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 batang serai 2 cm lengkuas jika suka sedikit pedas boleh masukkan 3-4 tangkai cili padi 

     Cara membuat:  

Ayam dibersihkan, lumurkan dgn sedikit garam. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga 3/4 masak.   Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan

pecah minyak Kemudian masukkan masukkan santan, daun limau purut, daun salam ,garam dan gula

secukup rasa Masak hingga kuah menjadi agak pekat.  Masukkan ayam, masak hingga empuk. Angkat sedia untuk dihidangkan 

Page 39: resepi saya.doc

 

      KERUTUP AYAM

      Bahan-bahan:            

1/2 ekor ayam 1 sudu besar rempah kerutup 1/2 sudu besar rempah masak 1 sudu kecil cili kisar 1 inci halia -kisar 1 inci lengkuas-kisar 6 ulas bawang merah-kisar 2 ulas bawang putih-kisar 1 sudu besar kerisik 1 cawan santan atau susu segar 2 batang cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga minyak utk menumis sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 labu bawang besar dipotong 8 (potong baji) 1 biji cili merah dipotong dua

      Cara-membuat:

Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar serta rempah kerutup dan rempah masak.

Kacau hingga naik pecah minyak. Masukkan kerisik. Masukkan ayam, air asam jawa dan santan. Masak hingga kuah pekat. Masukkan garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan bawang besar yg dipotong baji serta cili merah.

AYAM GORENG KETUMBAR

      Bahan-bahan:

Setengah ekor ayam 1 biji bawang besar (di potong bulat)                                     2 ulas bawang putih (dimayang)

Page 40: resepi saya.doc

1 inci halia (dimayang) 1 sudu kecil ketumbar biji (ditumbuk) 2 tangkai daun ketumbar  2 biji cili merah (dipotong ) 1/2 sudu kecil kunyit serbuk 1/2 sudu kecil garam Minyak untuk menumis

      Cara membuat:

Ayam dipotong kecil-kecil. Gaulkan ayam bersama garam, kunyit serbuk dan ketumbar biji yg ditumbuk halus. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan ayam yg diperap. Goreng hingga garing. Bila ayam dah masak, masukkan bawang besar, cili merah.  Kacau seketika. Angkat, hiaskan dgn daun ketumbar.

Page 41: resepi saya.doc

AYAM MASAK MERAH

    Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam 6 ulas bawang merah                   } 2 ulas bawang putih                     }   dikisar 1/2 inci halia                               } 1 batang serai                             } 1/4 inci lengkuas                         } 3-4 sudu besar cili kering kisar    2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar tomato puree 1/2 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang

Page 42: resepi saya.doc

2 kuntum cengkih 1/4 cawan susu cair 1/2 cawan kacang peas sedikit serbuk kunyit garam dan gula secukup rasa minyak untuk menggoreng ayam & menumis

     Cara membuatnya:

Ayam dipotong kecil-kecil. Cuci dan toskan. Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng ayam separuh

masak. Dalam kuali lain dimasukkan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih,

bunga lawang) dan goreng hingga wangi Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak dan garing. Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air. Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat. Bila hampir masak, masukkan buah tomato yg telah dipotong 4 (jika suka) dan kacang

peas. Hiaskan dengan taburan bawang goreng sebelum dihidang.

AYAM TANDOORI   

      Bahan-bahan:

1.25 kg ayam } dipotong besar 1 1/4  cawan natural yogurt 1 biji bawang merah 2 sudu besar tandoori masala 2 ulas bawang putih di tumbuk 3 sudu besar jus limau nipis 2 sudu kecil garam masala 1 inci halia ditumbuk 1 tangkai daun ketumbar untuk hiasan

      Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan kacau sebati. Lumurkan bahan-bahan yg telah dicampur tadi kpd ayam dan perapkan di dalam peti ais selama

sekurang-kurangnya 1 jam atau paling lama satu malam. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga

ayam masak. Hidangkan bersama roti naan.

      Bahan untuk tandoori masala:

Page 43: resepi saya.doc

3 sudu kecil  jintan putih 3 sudu kecil ketumbar 3 sudu kecil serbuk cayenne pepper sedikit pewarna merah

      Cara membuat tandoori masala:

Kisar jintan putih dan ketumbar hingga halus kemudian campurkan cayenne pepper dan pewarna merah, gaul sebati.

Lebihan boleh disimpan di dalam botol kedap udara.

      Bahan untuk garam masala:

4 sudu kecil buah pelaga 3 inci kulit kayu manis 2 sudu kecil cengkih 4 sudu kecil lada hitam 3 sudu besar jintan putih 3 sudu besar ketumbar

      Cara membuat garam masala:

Masukkan semua rempah di atas di dalam kuali tanpa minyak, goreng selama 10 minit sehingga wangi. Sejukkan dan kisar halus menjadi serbuk. Lebihan boleh disimpan di dalam botol kedap udara.

  

AYAM MASAK KICAP

      Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

Page 44: resepi saya.doc

sedikit serbuk kunyit 1/2 sudu besar cili kering kisar 1/2 inci halia                } dimayang 1 labu bawang besar   } dipotong bulat 2 ulas bawang putih    } dimayang 1/2 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum cengkih 2 biji buah pelaga sedikit air asam jawa kicap secukupnya 1 biji buah tomato 1 biji cili merah } dibelah  2

     Cara membuat:

Ayam diperap dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng. Dalam kuali lain, panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih, halia, serta

rempah tumis. Goreng hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili kisar garing. Masukkan kicap, air asam jawa serta ayam. Bila ayam hampir masak masukkan bawang besar, cili merah  serta buah tomato.

 

  

KARI AYAM 

     Bahan-bahan: 1 ekor ayam 3 biji ubi kentang }dipotong 2 jika besar potong 4 2 cm halia                   } dikisar

Page 45: resepi saya.doc

8 ulas bawang merah } dikisar 2 ulas bawang putih   } dikisar 1 ulas bawang merah }dimayang 4 cm kulit kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih 3 biji  buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1 paket serbuk kari } dicampur  sedikit air panas supaya menjadi pes 1 sudu besar cili kering kisar 1 tangkai daun kari 4 cawan santan minyak masak  untuk menumis sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa

    Cara membuat:  Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bawang merah yg dimayang, buah pelaga, cengkih ,bunga

lawang dan daun kari. Goreng hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kari. Tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula. Renehkan sehingga ayam separuh masak, baru masukkan santan dan ubi kentang. Didihkan perlahan-lahan sehingga ayam dan kentang menjadi empuk Masak sehingga

kepekatan yg dikehendaki. Rasakan garam secukupnya.

AYAM GAJUS(Chinese Style)       Bahan-bahan:  500 g daging ayam dipotong dadu 125 g  gajus 4 ulas cendawan kering 1/2  biji cili capsicum hijau   }dihiris dadu

Page 46: resepi saya.doc

1/2  biji cili capsicum merah }dihiris dadu 3 ulas bawang putih dicincang 1 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil garam 2 sudu kecil tepung jagung 2 tangkai daun bawang } di hiris minyak kacang untuk menumis 

     Sos:  1/2 sudu kecil garam                       } 1 sudu kecil kicap cair                     } di campurkan dalam satu mangkuk 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah       } 1 sudu kecil tepung jagung               }

      Cara masak:  Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil. Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam. Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus

dari kuali. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam.

Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja. Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua

capsicum dan cendawan Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan

daun bawang. Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

BERYANI KAMBING SPECIAL

Bahan-bahan:

Page 47: resepi saya.doc

1 kg daging kambing 1 biji tomato } dicincang 2 sudu besar bawang goreng } diramas 4 sudu besar rempah biryani 1/2 cawan tairu 1/2 cawan susu cair 1/2 biji jus limau nipis 1 tangkai daun ketumbar 1 tangkai daun pudina 1/4 tin tomato puree 2 cawan air 1 sudu besar minyak sapi minyak masak  secukupnya garam secukup rasa Bahan tumis: 4 labu bawang besar  } dihiris 4 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 3 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar: 6 ulas bawang putih 4 cm halia 2 tangkai cili merah   3 tangkai cili  hijau    1 sudu besar badam    1 sudu besar gajus   

Cara membuat: Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .   Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng

dan daging.   Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air. Kacau rata.  Masak hingga daging 3/4 masak. Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam.  Kacau rata. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar

Page 48: resepi saya.doc

OPOR DAGING 

Bahan-bahan: 1200 g daging 1 biji kelapa - ambil santan 1/2 biji kelapa - buat kerisik minyak masak utk menumis

Bahan tumis: 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih 5 kuntum bunga lawang 5 cm kulit kayu manis

Bahan perapan (A): - disangai kemudian dikisar (jika suka boleh beli yg dlm btk serbuk) 4 sudu besar ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar (B): 20 tangkai cili kering 3 btg serai 2cm lengkuas 2 cm halia 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1-2 keping asam keping/gelugur

Page 49: resepi saya.doc

garam dan gula secukup rasa

Cara membuat: Bersihkan daging kemudian perapkan dgn bahan A. Panaskan 2-3 senduk minyak masak, tumiskan bahan tumis

hingga wangi. Masukkan bahan kisar B kacau hingga wangi kemudian masukkan

daging & santan Bila kuah agak pekat masukkan kerisik dan asam keping Masak hingga pecah minyak dan daging empuk Masukkan garam dan gula secukup rasa Boleh lah dihidangkan

SINGGANG DAGING NENEK KAK NOOR

Bahan-bahan:

600 g daging lembu 2 keping asam keping 2 ulas bawang putih } dihiris 1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar 1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar 2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk garam secukup rasa cili api } dibelah 2 - jika suka air secukupnya

Cara membuat:

Page 50: resepi saya.doc

Masukkan semua bahan2 diatas serta air secukupnya Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk. Rasakan garam secukupnya Sebelum diangkat masukkan cili api Sedia utk dihidangkan

RENDANG KETUPAT Bahan-bahan: 

700 g daging} dipotong sederhana besar 2 biji kelapa } ambil santan pekat 2 sudu besar kerisik } lebih elok guna home made kerisik (tumbuk sampai berminyak) sedikit serbuk kunyit garam secukup rasa gula melaka secukup rasa 1 keping asam keping 

Bahan kisar: (kisar hingga halus dgn sebahagian drp santan) 

10 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 3 sudu besar ketumbar 2 cm halia 2 batang serai (dimayang halus baru baling dlm blender) 

Page 51: resepi saya.doc

Cara membuat: 

Satukan daging dgn bahan kisar, kunyit serbuk dan asam keping Jerang atas dapur hingga daging kecut Tuangkan santan biarkan hampir kering Masukkan garam, gula melaka diikuti kerisik dan kacau hingga kering Enak digandingkan bersama ketupat, nasi impit atau lemang..dgn nasi putih pung enak

jugaaa…nyummy !

RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU

Bahan-bahan: (utk 4-5 org) 700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris 4 cawan santan pekat 1 helai daun kunyit } dihiris halus 4 helai daun limau purut }hiris halus 3 sudu besar kerisik 1 keping asam keping garam secukup rasa sket gula merah jika suka minyak utk menumis

Bahan kisar: 15 tangkai cili kering 15-20 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 4 cm halia 3 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup

Page 52: resepi saya.doc

3 batang serai 2 biji buah keras

Cara membuat: Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air) Panaskan minyak tumiskan bahan kisar. Kacau hingga wangi dan naik minyak. Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping. Renehkan sambil sesekali kacau Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula Bolehlah diangkat

DAGING MASAK HITAM      Bahan-bahan: 500 g daging 25 g kerisik 1/2 cawan kicap pekat manis sedikit air asam minyak untuk menumis 

     Bahan tumis:  2 ulas bawang merah } dimayang 1 ulas bawang putih } dimayang 2 kuntum bunga lawang 2 cm kulit kayu manis beberapa helai daun kari 

     Bahan kisar:  1 1/2 labu bawang besar 2 cm halia 2 ulas bawang putih 2 sudu besar jintan manis } disangai terlebih dahulu 2 sudu besar jintan putih }disangai terlebih dahulu 2 sudu besar cili kisar 

     Cara membuat:  Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga terbit minyak Masukkan daging, kerisik, kicap dan  air asam jawa Renehkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat Sedia untuk dihidangkan..

 

HATI GORENG BEREMPAH

Page 53: resepi saya.doc

      Bahan-bahan:

500 g hati lembu/ayam 2 sudu besar rempah kari daging } dibancuh dgn sedikit air panas 1/2 cawan santan pekat 5 ulas bawang merah } dimayang 3 ulas bawang putih } dimayang 2 cm halia } dimayang 2 batang serai } diketuk atau dihiris 2 sudu kecil lada hitam } ditumbuk halus 1 labu bawang besar } dipotong bulat air asam jawa secukup rasa sedikit serbuk kunyit garam secukup rasa. 6 sudu besar minyak untuk menumis

      Cara membuat:

Hati dipotong kemudian dibersihkan. Gaulkan hati dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Goreng hati hingga masak. Keluarkan hati, dgn menggunakan minyak yg sama tumiskan bawang merah,

bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan lada hitam, tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan santan, air asam jawa bila mendidih masukkan hati. Bila kuah pekat rasakan garamnya kemudian masukkan bawang besar kacau

sekejap bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

BEGEDIL DAGING

      Bahan-bahan:  500 g kentang 150 g daging kisar 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah 1/2 gengam bawang goreng 1 biji telur sedikit daun sup }dimayang garam secukup rasa minyak untuk menggoreng 

      Cara membuat :  Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat

ketepikan. Daging digoreng hingga kering airnya. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan

garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan

goreng hingga keperangan. 

Page 54: resepi saya.doc

 SUP TULANG

       Bahan stok:  1 kg tulang lembu bersum-sum 2 cm halia, diketuk 1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar 1/2 sudu kecil garam kasar 1 biji tomato, dihiris 8 1 batang saderi, dihiris 3 cm 2.5 liter air 

      Bahan dikisar:  4 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 2 cm halia 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

      Rempah tumis:  4 cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 

      Bahan sampingan:  4 sudu besar minyak 1 bunjut Rempah Sup Tulang garam secukup rasa jus 1/2 biji limau nipis, jika suka  6 tangkai cili api

      Bahan hiasan:  bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup 

      Cara membuatnya: Jerang bahan stok hingga menggelegak, perlahankan api dan masak selama 4-5 jam.

Tambah air jika perlu. Bila air rebusan tinggal 2 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar. Asingkan semua bahan kecuali tulang tadi.

Panaskan minyak, bubuh rempah tumis dan bahan kisar, kacau hingga wangi dan garing.

Masukkan air rebusan tadi, tulang, rempah bunjut dan garam. Bila mendidih semula, angkat dan campurkan dengan jus limau dan cili api sebiji-sebiji

(jika suka).

Page 55: resepi saya.doc

Sajikan dengan bahan hiasan.  

KERABU DAGING BAKAR

      Bahan-bahan:

500 gm daging batang pinang 2 biji limau nipis (diambil airnya jika kurang masam boleh tambah sebiji lagi) 2 biji tomato (di buang biji kemudian dipotong nipis) 2 sudu besar sos ikan garam secukup rasa 1 labu bawang besar         } 12 tangkai cili padi           } 3 tangkai cili merah          } 2 batang serai                   } dihiris 2 tangkai daun ketumbar } secubit gula jika suka

Page 56: resepi saya.doc

      Cara membuat:  Daging dibakar sehingga masak dan dihiris nipis-nipis. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dihiris. Masukkan sos ikan, tomato, gula, garam dan air limau nipis. Gaul sebati 

DALCA KAMBING

       Bahan-bahan: 600 gm daging kambing bertulang 2 biji terung bulat 1 biji kelapa    } jadikan 4 cawan santan 3 sudu besar rempah kari daging } dibancuhkan dengan sedikit air panas 6 ulas bawang merah  } 2 ulas bawang putih    } di mayang 3 cm halia                  } 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 4 cm  kulit kayu manis setangkai daun kari 3 biji buah pelaga 2 biji ubi kentang 10 batang kacang panjang 1 biji lobak merah 1/2  cawan kacang dal } direndam dalam air panas 4 biji buah belimbing buluh 3 biji cili hijau } tak perlu dipotong 1 biji mangga muda 2 biji tomato 1 labu bawang besar 2 biji terung bulat 100 gm bunga kobis 1 sudu besar minyak sapi 3 sudu besar minyak masak sedikit air asam jawa garam secukup rasa secubit gula

      Cara membuat:

Potong daging dan bersihkan. Kentang, tomato, bawang besar dan terung dibelah 4. Mangga muda dan bunga kobis dipotong kecil. Kacang panjang dipotong sepanjang 4 cm. Lobak merah dipotong sepanjang 4 cm kemudian dibelah 3 @ 4 mengikut saiz lobak itu. Panaskan minyak sapi & minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan yg dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga

wangi. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak. Masukkan daging , air asam jawa dan sedikit santan. Renehkan sehingga daging lembut. Masukkan kacang dal dan lebihan santan. Apabila mendidih dan pecah minyak masukkan semua sayur yang dipotong. Kacau lagi hingga mendidih seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa, bila hampir masak masukkan belimbing buluh dan cili hijau. Kacau seketika boleh lah dihidangkan

Page 57: resepi saya.doc

DAGING MASAK MERAH

        Bahan-bahan:

400 g daging lembu 3 sudu besar cili sos 3 sudu besar sos tomato 2 ulas bawang putih- diketuk 1 labu bawang besar dipotong bulat 6 tangkai cili api } dibelah 2 jika suka pedas boleh tambah lagi 1 sudu besar sos ikan jika suka minyak untuk menumis

         Cara membuat:

Daging direbus sehingga empuk. Angkat dan potong daging nipis-nipis. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan daging, goreng sehingga daging agak garing. Masukkan sos cili , sos tomato dan sos ikan. Kacau sebati barulah dimasukkan bawang besar dan cili . Kacau sekejap, sedia untuk dihidang.

PARU GORENG ALA MINANG

       Bahan-bahan:  1/2 kilo paru 1 sudu besar lada hitam   } 1 sudu besar ketumbar    } 3 biji bawang merah        } ditumbuk kasar 2 ulas bawang putih         } garam secukup rasa      sedikit minyak

       Cara membuat: Rebuskan paru terlebih dahulu bersama sedikit garam. Apabila sudah masak hiriskan nipis-nipis. Perapkan paru yang telah dihiris tadi dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng paru tadi sehingga agak garing, bolehlah diangkat dan ditoskan.

Sedia untuk dihidangkan.

 KERABU PERUT 

       Bahan-bahan: 250 g  perut (yang dah putih dibasuh) 30 sen taugeh

Page 58: resepi saya.doc

5 ulas bawang merah }dimayang 2 cm halia  }dimayang 1 sudu besar lada hitam }ditumbuk garam secukup rasa air asam limau secukup rasa 1/2 biji kelapa parut } digoreng hingga perang

      Cara membuat:

Perut lembu di rebus sehingga empuk kemudian hiris nipis-nipis. Didihkan air didalam periuk, celurkan taugeh sekejap saja, kemudian toskan. Campurkan kesemua bahan diatas, gaul sebati sedia untuk dihidangka

PASTA  & CHICKEN SALAD

Bahan-bahan:

250 g tricolor fussili 5-6 biji baby potato } tak de baby potato boleh guna mak potato

dlm 1-2 biji 1 keping dada ayam mayonis sket lada hitam sket } tumbuk garam secukup rasa olive oil

Page 59: resepi saya.doc

lemon jus secoet } optional

Cara membuat:

Rebus fussili dgn sket garam sehingga lembut, toskan kemudian gaul dgn sket olive oil

Dada ayam perap dgn sket garam dan lada hitam pastu masukkan dlm oven selama 30 min, bila masak potong dadu

Baby potato rebus dgn kulit hingga empuk kemudian kupas dan potong 2

Dalam mangkuk yg besar, masukkan fussili, potato, mayonis, lada hitam, olive oil dan garam secukup rasa

Gaul sekata, sebelum dihidangkan tabur kan ayam atasnya Variasi: Ayam boleh digantikan dgn tuna flake dlm tin...pung

sodappppp.

PASTA GORENG BERSAMBAL SARDIN

Bahan-bahan: 500 g makaroni atau apa2 bentuk pasta yg lain 3 sudu besar minyak masak utk menumis 1 labu bawang besar } tumbuk 2 ulas bawang putih } tumbuk 2 sudu besar cili kisar - nak lagi pedas boleh tambah lagi 2 sudu besar cili sos 425 g sardin dlm tin 200 g sawi } potong kecil 1 kiub pati ikan bilis dihancurkan - jika suka sedikit garam sedikit serbuk lada sulah

Hiasan: 1 tangkai daun ketumbar} hiris 1 biji cili merah } hiris

Cara membuat: Pasta direbus hingga lembut kemudian toskan dan digaul dgn

sedikit minyak Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama bawang putih

sehingga wangi. Masukkan cili kisar bersama sos cili, kacau sehingga terbit minyak

dan cili garing. Bubuh sardin bersama sosnya dan kiub ikan bilis kemudian gaul

sebati (jgn hancurkan sardin, hanya potong kecil2 saja)

Page 60: resepi saya.doc

Masukkan sawi dan kacau lagi Apabila sawi masak, masukkan pasta kacau sehingga pasta

bersalut rata. Bubuh garam jika perlu dan serbuk lada sulah secukup rasa Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan cili merah

  

FUSILLI GORENG      Bahan-bahan:  500 g Fusilli  } direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit

minyak 1 cawan daging/isi ayam dipotong dadu atau dicincang 1 labu bawang besar    } dipotong dadu 3 ulas bawang putih     } dicincang halus minyak masak untuk menumis 1 tin cendawan butang    } dibelah dua 1/2 biji capsicum hijau     } dipotong dadu 1/2 biji capsicum merah  } dipotong dadu 4 sudu besar tomato sos 4 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah garam secukup rasa

      Cara membuat: Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi Masukkan daging/ayam , goreng sebentar sehingga masak.

Page 61: resepi saya.doc

Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata.

Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.

MACARONI SUP

     Bahan-bahan :

1 paket macaroni 1 sudu besar minyak masak  air secukupnya

     Cara membuat:

Rebus air dalam periuk hingga mendidih.  Kemudian masukkan macaroni ke dalam air yang mendidih .  Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu dalam penapis sambil dibilas dengan air

paip/air sejuk.  Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan tak melekat Gaul dgn minyak sehingga sekata

     Bahan-bahan Sup:

5 ulas bawang merah }dimayang 3 ulas bawang putih   }dimayang 1 inci halia                  }dimayang 3 keping dada ayam  } dipotong kecil-kecil 1 batang lobak merah } dihiris bulat-bulat 1 potong pokok kobis bunga 1 potong pokok brocolli 2-3 biji ubi kentang  } dipotong kecil-kecil 1/3 peket serbuk rempah sup (campur dengan sedikit air) 1 sup bunjut sedikit minyak masak untuk menumis garam, ajinomoto dan gula secukup rasa 1 tangkai daun sadri bawang goreng untuk hiasan 

      Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan kekuningan.

Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan dengan air tadi dan ditumis. Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air hingga paras ¾ periuk tadi. Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke dalam periuk dan biarkan ubi kentang

empuk dan sup tu mendidih.

Page 62: resepi saya.doc

Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi serta garam secukup rasa Bila sayur-sayuran dah masak bolehlah diangkat dan tabur sedikit bawang goreng dan

daun sadri 

      Bahan-bahan Sambal Kicap:

5 sudu besar Kicap Masin 1 sudu besar Kicap Manis 5-6 ulas cili padi boleh tambah jika suka pedas

      Cara membuat sambal kicap

Kisar cili bersama kicap

      Cara menghidang:

Bila nak makan baru campurkan macaroni bersama sup dan kicap

CREAM OF MUSHROOM SOUP

Bahan-Bahan: 1/2 ulas bawang besar, didadu 3 ulas bawang putih, dimayang 1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris 1/2 biji ubi kentang } potong dadu 1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk 4 cawan air rebusan ayam atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air Garam, secukup rasa 1/3 cawan  fresh krim 1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)

Cara: Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma

cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.

Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. 

Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk. Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan

berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.

Masukkan semula sup ke dalam periuk.  Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam

secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.

Page 63: resepi saya.doc

Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

MOROCCAN COUSCOUS(Resepi sumbangan Pn Calimero) 

Bahan-bahan: 

3 1/2 pound chicken, cut in 6 pieces 4 tbsp vegetable oil 1 tbsp tomato paste 1 large onion, cut into wedges 5 pounds plum tomatoes, quartered 1 tsp black pepper, ground 1 tsp ground turmeric 1 tsp ground cumin 2 1/2 tsp cayenne pepper - k Noor ganti je dgn serbuk cili lagi sedap pedas2 gitu 5 small turnips, peeled,quartered

Page 64: resepi saya.doc

4 large carrots, peeled,quartered lengthwise and crosswise 3 zucchini, cut quartered lengthwise then crosswise 3 large potatoes, peeled cut halves 1 sweet pepper, quatered lengthwise then crosswise 1 canned kacang kuda water 1/2 tbs salt 3 cups couscous (ready in 5 mins pun ada, lagi senang) 

Cara membuat: 

Potong ayam kecik-kecik Panaskan minyak dalam periuk masukkan ayam dan gorengkan sehingga keperangan,

keluarkan dan letakkan ke tepi dulu Masukkan bawang, goreng sampai kekuningan.  Masukkan tomato paste,sayur, cumin, cayenne pepper, black pepper, tumeric, kacau

sampai semuanya bercampur. Lepas tu masukkan air. Tutup periuk dan biarkan mendidih selama 20 minit. Bila sayur dah setengah masak, masukkan ayam & garbanzo beans.  Masukkan garam secukup rasa 

Couscous grains (semolina)

Kalau guna semolina express, just tambah air like indications on the box and masukkan dalam micro wave lepas tu leraikan grains dengan tangan atau garpu. 

Dalam satu pinggan hidang yang besar, tuangkan semolina tadi dan buat macam satu lubang kat tengah-tengah. Ambik sayur-sayuran & ayam tadi dan tuangkan kat tengah-tengah. Kuah janngan letak banyak-banyak sangat sebab semolina ni akan serapkan kuah couscous ni

Page 65: resepi saya.doc

COD & PRAWN PIE 

Bahan-bahan: 

480 g cod fillets 1 helai daun bay 450 ml susu segar 800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus hingga empuk, toskan 50 g mentega 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar parsley cincang – k Noor guna parsley kering je 150 g udang kecil } buang kulit Parutan cheddar cheese secukupnya Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

Cara membuat: 

Masak cod fillet & udang bersama daun bay & 2 sudu besar susu selama 5-8 minit

Page 66: resepi saya.doc

Setelah masak buang daun bay, dgn menggunakan garpu lorek2kan isi ikan menjadi kepingan (flakes) simpan susu tersbt (masukkan dlm sos nanti)

Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 g mentega, 2 sudu besar susu dan secubit garam.

Panaskan periuk, masukkan lebihan mentega dan tepung, kacau selama 1 minit Tutup api, masukkan saki baki susu Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat Masukkan parsley, garam dan serbuk lada hitam, tutup api Masukkan isi ikan dan udang ke dlm sos tersbt (A) Panaskan oven pd suhu 200’C / gas mark 6 Ambil mangkuk/loyang tahan panas (ovenproof dish), ratakan A Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi (lihat

gambar) Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya Masak dlm oven selama 20-25 minit atau sehingga perang Hidangkan panas-panas

SATE AYAM/LEMBU 

Bahan-bahan satay: 1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm 1 1/2 sudu kecil garam 4 sudu besar gula pasir 2 sudu besar madu 2 sudu besar minyak masak lidi sate minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar halus: 3 ulas bawang merah

Page 67: resepi saya.doc

2 biji buah keras 2 ulas bawang putih 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk 4 cm halia 2 batang serai 4 cm lengkuas 1 sudu besar ketumbar   } disangai 1 sudu kecil jintan manis } disangai 1 sudu kecil jintan putih  } disangai

Cara membuatnya: Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam . Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai

hingga sate masak. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun. 

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar. 

      Kuah Kacang:Bahan-bahan:

minyak untuk menumis air secukupnya 1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa  2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa garam secukupnya 250 ml santan pekat 500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar 2 batang serai diketuk 15 biji bawang merah    } 20-30 tangkai cili kering } 2 cm lengkuas               } dikisar halus 2 ulas bawang putih      } 2 biji buah keras           }

  Cara membuat kuah kacang: Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk. Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air

CHOCOLATE & NUTS STUFFED LACY CREPE 

Page 68: resepi saya.doc

       Bahan-bahan utk crepe: Anggaran 10 keping crepe 100 g tepung gandum ¾ sudu besar gula caster 2 biji telur 300 ml susu segar 75 g mentega/majerin }dicairkan

     Bahan-bahan utk inti chocolate: 

½ botol chocolate spread } ada dijual dikedai 120 g walnut atau hazelnut atau kacang tanah atau lain-lain } disangai kemudian

ditumbuk kasar     Cara membuat: 

Ayak tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan gula kacau sekata. Campurkan susu ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan campuran susu/telur ke dalam mangkuk tepung kacau lagi kemudian

masukkan mentega. Pukul sehingga sebati. Tapis jika ada ketulan. Panaskan pan leper yg dilenserkan dgn

sedikit mentega/minyak. Ambil sesenduk kecil adunan (crepe ni mesti nipis), curahkan kedlm pan, goyang2kan

pan supaya sama rata. Masak dgn api sederhana selama 1 minit kemudian balikkan, masak lagi selama 1 minit

bolehlah diangkat. Ulang langkah tersbt hingga habis adunan. Ambil sekeping crepe sapukan lebih kurang 1 sudu kecil (atau mengikut citarasa)

chocolate spread ratakan kemudian tabur sedikit kacang tumbuk tadi rata-rata. Kemudian lipat dua kemudian lipat dua lagi sekali menjadi bentuk segitiga. Ulang hingga habis crepe tersebut. Sedia untuk dimakan.

 

 TORTILLA AYAM

      Bahan-bahan: 6 keping tortilla 2 keping dada ayam 1 biji capsicum merah } dipotong memanjang berukuran 4 cm 1 labu bawng besar  } dipotong dadu 2 ulas bawang putih } dicincang halus sedikit serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar sedikit minyak untuk menumis mayonis-jika suka boleh gantikan dengan sour cream sos tabasco

Page 69: resepi saya.doc

daun salad } dipotong timun         } dipotong

     Cara membuat:  Dada ayam dipotong memanjang berukuran 4 cm panjang dan 1 cm lebar. Perapkan isi ayam yg telah dicuci dan ditoskan bersama serbuk kunyit, garam dan

ketumbar. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Akhir sekali masukkan capsicum, kacau seketika dan boleh diangkat. Ambil sekeping tortilla, sapukan dengan sedikit mayonis, letakkan salad, timun,

campuran ayam tadi dan sedikit sos Tabasco. Lipatkan tortilla menjadi spt poket. Sedia untuk dimakan. 

 

 

PAKORA AYAM

      Bahan-bahan:

2 cawan isi ayam dicincang halus 1 labu bawang besar dicincang 2 biji cili hijau dicincang 1/2 inci halia ditumbuk 1 ulas bawang putih ditumbuk 1 sudu besar perahan lemon garam secukup rasa 1 cawan tepung gram (besan) -tepung ini diperbuat drp kacang dal 1 sudu besar tepung beras 1/2 sudu kecil minyak masak 1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus air secukupnya Minyak utk mengoreng

      Cara membuatnya:

Masukkan  isi ayam di dlm bekas disertai dgn  bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.

Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.

Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak hingga kekuningan.

Hidangkan panas-panas bersama sos.

Page 70: resepi saya.doc

PIZZA

      PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

      Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in

350 g tepung roti (strong white bread flour) 1 sudu kecil garam (paras rata) 3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera (easy blend dried yeast) 225 ml air suam 1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti dgn minyak masak jika suka

     Cara membuat:

Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan. Larutkan garam dalam air. Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan

tidak melekat Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit

minyak dan ditutup dgn cling film. Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam. Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2 Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan

naik semula Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3

campuran keju Bakar semula sehingga keju cair

      SOS TOMATO

1 labu bawang besar } di cincang 2 ulas bawang putih } dicincang halus 2 sudu besar minyak 2 biji buah tomato } dicincang 3 sudu besar tomato puri 2 sudu besar sos tomato 3/4 sudu kecil gula 1 sudu kecil oregano garam secukup rasa

      Cara membuat sos:

Page 71: resepi saya.doc

Panaskan minyak. Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam Kacau sehingga pekat

      BAHAN TABURAN

200 g sayuran campur beku 5-6 cendawan butang }dihiris nipis 125 g parutan keju mozzarella 125 g parutan keju cheddar 1 keping dada ayam } dipotong nipis direbus sehingga masak

Celur semua sayuran didalam air mendidih selama 1 minit kemudian toskan atau pun masak dlm microwave selama 1 minit High Power

Inti boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing samada nak letak isi ayam, sosej, udang, sotong yg telah direbus/celur terlebih dahulu atau masak dlm microwave selama 1-2 minit High Power

Peringatan penting: Utk membuat base pizza, cara mengadun berbeza mengikut jenis yis yg digunakan jika guna yis segera yg boleh dicampurkan terus ke dlm tepung ikut cara spt diatas tetapi:

A. jika anda menggunakan yis basah (fresh yeast) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 10 g hendaklah dihancurkan yis tersebut dgn 75 ml air suam dan dibiarkan selama 10-15 sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung dan masukkan baki air 150 ml kedlm tepung (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

B. jika anda menggunakan yis kering biasa (bukan jenis segera) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 5 g kena campurkan yis tersebut & 1/4 sudu kecil gula kedlm 75 ml air suam dan dibiarkan sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung bersama baki air 150 ml. (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

Nota: Utk mengetahui yis tersebut jenis segera atau tidak baca arahan mengguna di paket jika yis tu boleh dimasukkan terus kedlm tepung bermakna yis tersebut adalah yis segara (easy blend) tetapi jika yis tersebut perlu dibancuh dgn sedikit gula dan air suam bermakna yis tersebut bukan yis segera

SPAGHETTI BOLOGNESE

      Bahan-bahan:

Page 72: resepi saya.doc

Sebungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak sedikit olive oil untuk menumis 700gm daging cincang sebiji bawang besar } potong dadu 2 ulas bawang putih} di tumbuk 1/2 tin tomato puree 2 sudu besar tomato sauce 2 biji tomato       }dicincang sebatang carrot } potong dadu 1 batang celery } potong dadu 1 tin cendawan butang } dibelah 2 1 sudu kecil oregano 1/2 sudu kecil serbuk basil 2 helai bay leaves Keju parut Parmesan secukupnya jika suka Garam dan gula secukup rasa.

     Cara membuatnya :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya  Masukkan daging cincang, biarkan seketika  Masukkan pula tomato puree dan sedikit tomato sauce . Kacau lagi  Masukkan oregano dan daun bay Masukkan pula carrot, celeri, cendawan butang , tomato , garam dan gula secukupnya  Kacaukan sekali sekala hingga masak dan kuah agak pekat Semasa menghidang , letakkan  kuah bersama keju parut diatas spaghetti .

 Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

       Bahan-bahan:  3 ulas bawang putih } ditumbuk 175 g mentega 12 ketul roti hotdog } dibelah 2 daun parsley } dicincang halus

      Cara membuat:  Panaskan oven pada suhu 160 o C. Campurkan bawang putih bersama mentega dan digaul sebati. Sapukan mentega tadi pada roti Taburkan daun parsley jika suka. Tutup kembali roti tadi dan bolehlah dibakar di dalam oven selama 20-30 minit. Hidang panas-panas.

   

Page 73: resepi saya.doc

KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) 

     Bahan-bahan: 1 kg kentang 1/4 cawan susu segar 2 sudu besar mentega 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam garam secukup rasa

     Cara membuat: Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih

bersama garam sehingga empuk. Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih

panas Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada

hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati. Sedia untuk dihidangkan

      Bahan Sos: 200 g tulang lembu 2 cawan air 1 labu bawang besar }dipotong dadu 1 batang carrot }dipotong kecil 1 batang celery }dipotong kecil sedikit tepung jagung sedikit serbuk lada hitam

      Cara membuat:

Tulang lembu dipanggang didalam oven sehingga perang kemudian direbus bersama carrot, bawang besar, celery dan lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan

Tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air kemudian kacau sebati

Didihkan selama 10 minit. Setelah agak pekat boleh dihidangkan bersama mashed potato

Page 74: resepi saya.doc

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS & PETAI

Bahan-bahan: 1 mangkuk ikan bilis 6 ulas bawang merah }ditumbuk 20 tangkai cili kering }dikisar sket air asam jawa garam gula melaka secukup rasa 1/2 labu bawang besar }dimayang 2-3 papan petai minyak masak secukupnya

Cara membuat: Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan cili kisar sehingga naik

minyak dan garing dgn api yg perlahan Masukkan ikan bilis dan air asam jawa Masukkan garam dan gula melaka Apabila agak kering kuahnya boleh lah dimasukkan bawang besar dan petai Kacau sekejap boleh lah diangkat

Page 75: resepi saya.doc

KETUPAT SOTONG (versi Trg)

Bahan-bahan: 12 ekor sotong jarum (hok ada telur lagi sedap) 1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih 1 sudu kecil halba 2 cm halia } dimayang halus 5 ulas bawang merah } dimayang 1 1/2 cawan santan pekat 1 1/2 cawan santan cair garam dan gula secukup rasa 12 btg lidi sepanjang 2 cm

Cara membuat: Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-

kurangnya 2 jam Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir 1/2

badan sotong Semat dgn lidi supaya beras tak keluar Selepas tu masukkan santan cair dan sotong Rebus hingga sotong hampir masak Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah

dan halba ,garam dan sket gula Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat. Sedap diratah begitu saja..nyummy.

jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

Page 76: resepi saya.doc

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas

FRIED BUTTERFLY PRAWNS 

Bahan-bahan: 20 ekor udang harimau minyak masak utk menggoreng

Bahan A:  1 biji telur putih 3/4 sudu kecil garam 2 sudu kecil gula sedikit serbuk lada hitam

Bahan B:  250 g tepung naik sendiri garam secukup rasa 1 cawan  (250ml) air sejuk

Cara membuat: Kupas kulit udang, tinggalkan kulit kat bahagian ekor sahaja.  Cuci dan toskan kering-keirng kemudian gaul dgn bahan A biarkan

selama 30 min.

Page 77: resepi saya.doc

Gaul bahan B sehingga sebati. Panaskan minyak, celupkan udang kedlm adunan B kemudian

gorengkan sehingga masak dan kekuningan Hidangkan panas2 bersama cili sos Thai Nota: Kepekatan batter utk udang ini lebih pekat jika dibandingkan

dgn batter goreng pisang

SINGGANG PEDAS

Bahan-bahan: 600 g ikan kembung/selar kuning atau apa2 ikan yg digemari

(gambo diatas menggunakan ikan butir nangka) air secukupnya 2 keping asam keping beberapa tangkai daun kesum garam secukup rasa

Bahan tumbuk: 6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api 3 ulas bawang merah 1.5 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup

Cara membuat: Ikan dibersihkan dan di toskan.

Page 78: resepi saya.doc

Masukkan air, asam keping, lengkuas dan bahan tumbuk ke dalam periuk

Kemudian masukkan ikan. Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun

kesom. Rasakan  garam secukupnya, bolehlah diangkat

GULAI IKAN SELAR KERING DGN NENAS (versi TRG )

Bahan-bahan:

1/2 biji nenas } potong kecil 10 ekor ikan selar kering }direndam dlm air terlebih dahulu 1 biji kelapa }ambil santan sebyk 3 1/2 cawan

Bahan kisar: 

2 cm lengkuas 1 ulas bawang putih  5 ulas bawang merah 2 cm kunyit hidup 2 cm halia 10 tangkai cili api  

Cara membuat:  Masukkan bahan kisar kedlm periuk bersama santan & ikan Biarkan mendidih Bila hampir masak baru masukkan nenas

Page 79: resepi saya.doc

Biarkan sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan Garam dimasukkan jika perlu

SUP IKAN SALMON      Bahan tumis:  2 kuntum cengkih 2 kuntum bunga lawang 2 cm kulit kayu manis 2 ulas bawang merah } dimayang 3 ulas bawang putih } dimayang 2 cm halia } dihiris

      Bahan lain:  600g ikan  Salmon 1 sudu kecil serbuk lada sulah 4 cawan air 1 batang celery } dihiris 1 tangkai daun bawang }dihiris 1 biji buah tomato} belah 2 1 batang karot } dipotong bulat 1 biji kentang }dipotong kecil garam secukup rasa sedikit minyak utk menumis 

      Cara membuat:  Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Kacau hingga naik bau.  Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap   Kemudian masukkan ikan, serbuk lada sulah, kentang dan garam.    Apabila kentang hampir empuk masukkan tomato, karot dan batang celery. Apabila kentang empuk bolehlah diangkat Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang

Page 80: resepi saya.doc

Enak dimakan panas-panas.

SALMON STEAK

Bahan-bahan: 2 keping salmon steak sedikit dried mixed herbs sedikit serbuk lada hitam secubit garam sedikit majerin

Bahan sampingan: 2 biji potato } potong wedges 2 biji karot } potong memanjang 1/4 biji lettuce } hiris mayonis atau apa2  salad dressing yg digemari

Cara membuat: Bersihkan salmon kemudian lumurkan dgn mixed herbs, serbuk

lada hitam dan garam Panaskan pan, masukkan sedikit majerin kemudian masukkan

salmon steak Masak dgn api perlahan dan terbalik kan kedua2 belah sehingga

masak Potato dan karot direbus hingga empuk kemudian toskan Masukkan dlm pan dgn sedikit majerin, saute sekejap kemudian

angkat supaya nampak cantik dan berkilat Hidangkan salmon steak bersama sayuran tadi dan mayonis/salad

dressing Enak dimakan ketika steak masih panas

SIAKAP KUKUS ALA THAI      Bahan-bahan:  1 ekor ikan siakap/senangin/seabass (seberat 600 g) 2 tangkai cili merah } dihiris 8 tangkai cili padi }diketuk 3 biji asam boi 3 ulas bawang putih }dimayang 1 inci halia muda }dimayang 2 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap cair air perahan limau nipis secukup rasa 1 tangkai daun bawang }dihiris 1 tangkai daun ketumbar }dihiris 

Page 81: resepi saya.doc

     Cara membuat:  Bersihkan ikan dan toskannya. Masukan ikan ke dalam pinggan bujur yg sesuai utk pengukus . Campurkan sos ikan dan kicap cair kemudian curahkan di atas ikan sehingga

sekata. Kemudian taburkan halia , bawang putih dan asam boi diatasnya. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih Letakkan pinggan yg mengandungi ikan ke dalam pengukus. Kukus sehingga masak lebih kurang 20-25 minit. Setelah masak taburkan cili merah , cili padi, daun ketumbar, daun bawang dan

perahan limau nipis ke atas ikan tadi. Sedia untuk di hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

 

IKAN MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK 

      Bahan-bahan:  600 g ikan mackerel (atau apa-apa ikan yg digemari) 4 sudu besar tempoyak 10 tangkai cili api }ditumbuk 2 cm kunyit hidup }ditumbuk 1 kuntum bunga kantan } dibelah garam secukup rasa setangkai daun kesom 1- 2 keping asam keping 2 1/2 cawan air  

     Cara membuat:  Ikan dibersihkan dan di toskan. Masukkan air, cili api dan kunyit ke dalam periuk Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.

Page 82: resepi saya.doc

Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping. Rasakan  garam secukupnya, bila ikan masak bolehlah diangkat

 HOMEMADE FISH BALL

Bahan-bahan: 400 g isi ikan tenggiri 1 sudu kecil garam (paras rata) 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah 3 sudu besar tepung jagung 2 sudu kecil tepung ubi 60 ml air sejuk atau secukupnya 1/4 sudu kecil soda bikarbonat secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat: Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan

garam, mesin hingga lumat Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk

kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.  Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu

ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball

timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat. 

 IKAN GORENG TAUCU

       Bahan-bahan: 500g ikan bawal atau ikan kembung } digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit 10-20 tangkai cili padi } ditumbuk kasar 2 tangkai cili merah } dihiris 1 labu bawang besar } dihiris 3 ulas bawang putih } dimayang 1-2 batang serai } dititik 1 tangkai daun bawang } dihiris 3 sudu besar taucu} masukkan ke dalam penapis kemudian lalukan air sedikit perahan limau nipis 1 biji buah tomato }dipotong 4 minyak masak secukupnya

     Cara membuat: Panaskan minyak kemudian goreng ikan hingga masak kemudian angkat

Page 83: resepi saya.doc

Keluarkan minyak yg berlebihan kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, serai, cili merah dan cili padi sehingga wangi

Masukkan taucu dan buah tomato Kacau rata kemudian masukkan ikan, kacau seketika perahkan limau nipis dan taburkan

daun bawang Sedia utk dihidangkan.

 SERUNDING IKAN

      Bahan-bahan: 500 g ikan selayang/mackerel } direbus kemudian ambil isinya 1 biji kelapa } jadikan 2 cawan santan pekat  5 sudu besar cili kering kisar boleh ditambah/kurang mengikut citarasa 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai 1 keping asam gelugur 1 sudu besar gula garam secukup rasa

      Cara membuat: Masukkan kedalam pengisar halia, lengkuas, bawang besar, bawang putih, serai dan 1

cawan santan. Kisar hingga lumat, keluarkan. Kemudian masukkan pula isi ikan dan 1 cawan lagi santan, kisar hingga hancur. Masukkan kesemua bahan-bahan kisar kedalam kuali bersama cili dan asam gelugor. Kacau selalu dengan menggunakan api yg perlahan, rasakan gula dan garam secukupnya. Bila serunding betul-betul kering bolehlah diangkat kemudian sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama

SUP KUPANG (MUSSEL) ALA THAI

      Bahan-bahan:

1 kg mussels 2 batang serai } dihiris nipis 1 cm lengkuas } dihiris nipis 1 tangkai daun ketumbar } dihiris 1 ulas bawang putih } diketuk 7-8 tangkai cili api } diketuk/dihiris jika suka pedas boleh tambah lagi 5-6 helai daun limau purut 2 sudu besar sos ikan jus limau nipis secukup rasa 1 sudu besar pati santan 750 ml air

Page 84: resepi saya.doc

     Cara membuat:

Dalam periuk , campurkan serai, daun limau purut, lengkuas, bawang putih dan air. Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis , cili api, mussel

dan garam secukup rasa. Biarkan makanan laut masak boleh lah diangkat. Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan 

Nota: Kupang tu boleh juga digantikan dgn seafood lain yg digemari

GULAI NENAS IKAN MERAH 

      Bahan-bahan:  500 g ikan merah 3 1/2  cawan santan 2 cm lengkuas    } diketuk garam secukup rasa 300 g nenas 2 sudu besar cili kering kisar 4 biji cili api                    } 5 ulas bawang merah      } 2 ulas bawang putih        } dikisar 2 cm halia                       } 1.5 cm kunyit hidup        }

      Cara membuat:  Bersihkan ikan. Di dalam periuk masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali nenas &

ikan, biarkan ianya mendidih. Kemudian masukkan ikan. Biarkan ikan betul-betul masak baru masukkan nenas Kacau dan biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan

TOM YAM CAMPUR

       Bahan-bahan:  Anggaran untuk 5 orang

250 g udang sederhana besar 250 g sotong 400 g ayam } dipotong kecil 5 helai daun limau purut 3 batang serai } diketuk 2 labu bawang besar Holland } dipotong bulat 2 ulas bawang putih } diketuk 1 sudu besar sos ikan  (nampla) 2 sudu besar air limau nipis 2 biji tomato } dipotong 4 150 g bunga kobis } dipotong kecil 150 g lobak merah } dipotong bulat

Page 85: resepi saya.doc

5 cawan air } jika nak kuah banyak tambahkan 1 cawan lagi 10 tangkai cili api } dibelah 2 garam secukup rasa sedikit daun ketumbar } dihiris 1 inci 1 kiub tomyam } jika suka kuah yg jernih tak perlu bubuh pun tak apa

       Cara membut:

Masukkan air ke dalam periuk bersama serai dan bawang putih. Bila air mendidih masukkan ayam, udang dan sotong

Setelah masak, masukkan bawang besar,sos ikan, daun limau purut, lobak merah, bunga kobis, buah tomato, cili api dan garam secukup rasa

Kacau sekejap dalam 3 minit kemudian masukkan air limau nipis dan sebelum diangkat taburkan beberapa tangkai daun ketumbar.

Padamkan api sedia untuk dihidang.

       Nota: Setelah dimasukkan sayuran, jangan dibiarkan lama diatas dapur, untuk mengelakkan  sayuran menjadi  lembik.

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

        Bahan-bahan:

500 g ikan tenggiri boleh diganti dgn ikan pari, terubuk atau kembung 6 sudu besar cili kering kisar 7 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1.2 cm halia 1 cm kunyit hidup seikat daun kesum sekuntum bunga kantan }dibelah 4 sedikit air asam jawa 4 cawan air 5 - 6 sudu minyak untuk menumis garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

        Cara membuat:

Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa. Bawang merah, mawang putih, halia dan kunyit ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kacau sehingga

wangi dan garing masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga garing. Masukkan air asam jawa dan air biasa.

Page 86: resepi saya.doc

Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan, garam, perasa dan secubit gula.

Bila hampir masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

        Nota: Jika suka boleh juga diletakkan sebiji buah tomato yg dibelah 4 atau beberapa biji kacang bendi (masukkan sebiji-sebiji tanpa dipotong)

IKAN BAKAR SUMBAT 

      Bahan-bahan:  1 ekor ikan mackerel yg besar (boleh digantikan dgn ikan cencaru/terubuk) 1 labu bawang besar }dimayang 3 sudu besar cili kering kisar 1 batang serai } dimayang sedikit belacan sedikit air asam jawa garam gula minyak untuk menumis

     Cara membuat:  Ikan di belah belakang. Buang perut dan insang ikut belakang. Cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan cili kisar, serai dan belacan. Goreng hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Bila hampir masak masukkan bawang besar. Masukkan sambal yg telah masak tadi ke dalam ikan. Bakar bawah grill setelah 10-15

minit, balikkan ikan tadi. Bakar dlm masa 25 minit atau sehingga masak. Jika hendak panggang di atas bara api, ikan bolehlah dibalut dengan aluminium foil

atau daun pisang barulah diletak atas pemanggang. Panggang hingga masak.

Page 87: resepi saya.doc

 UDANG GORENG BERCILI ALA MINANG       Bahan-bahan: 1/2 kilo udang besar 1 labu bawang besar  } dihiris minyak untuk mengoreng garam secukup rasa sedikit serbuk kunyit 7 biji cili merah          } 1 biji tomato merah    } dikisar 3 ulas bawang merah  } gula

      Cara membuat:  Udang dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu

digoreng hingga masak, angkat . Dengan menggunakan  minyak yang telah digoreng udang tadi , tumiskan bawang besar

kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Goreng hingga garing dan pecah minyak dengan api yg perlahan.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika ingin masakan ini masam sedikit bolehlah di masukkan sedikit air limau nipis. Akhir sekali masukkan udang goreng, balik-balikkan biar sebati dan bolehlah diangkat. 

  

 LALA GORENG BELACAN

                      Bahan-bahan:

1 kg lala 2 biji bawang besar } dihiris 5 biji lada merah 1 sudu kecil belacan 3 biji limau kasturi } ambil airnya 3 tangkai daun bawang sedikit garam sedikit gula

Page 88: resepi saya.doc

1/2 cawan air minyak untuk menumis  

      Cara membuat: 

Cuci lala hingga bersih dan toskan.   Lada merah ditumbuk hingga halus, masukkan belacan, air limau kasturi, garam dan

gula.   Panaskan minyak, masukkan bawang yang telah dihiris, masukkan sambal belacan,

tumis hingga garing, masukkan lala dan sedikit air.   Masak hingga mendidih, taburkan daun bawang. Hidangkan panas-panas

  

 IKAN TIGA RASA

         Bahan-bahan: 500 g ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam 4 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung ½ sudu kecil serbuk lada sulah 300 ml minyak masak untuk mengoreng 2 sudu besar halia yg telah dicincang 1 sudu besar bawang putih yg telah dicincang 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos cili ½ sudu kecil minyak bijan 200 ml air 1 sudu besar bancuhan tepung jagung 3 sudu besar minyak masak untuk menumis  3 tangkai daun ketumbar 2 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang kasar 

      Cara membuat:  

Panaskan minyak masak. Campurkan kedua-dua jenis tepung Lumurkan serbuk lada sulah bersama ikan. Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia dan bawang putih, layukan

sahaja. Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Masukkan tiga jenis sos kemudian kacau rata. Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.

Page 89: resepi saya.doc

Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah.

LALA GORENG MANIS

      Bahan-bahan:

1 kg lala 3 sudu besar minyak masak 2 sudu kecil bawang putih yang dicincang ¾ sudu kecil taucu - ditumbuk 3 hirisan halia 2 sudu besar cili kisar 2 batang serai - dititik 2 sudu besar sos tomato 10 tangkai cili padi - dibelah 2 ¾ sudu kecil sos tiram 3 sudu besar air  1 sudu kecil minyak bijan ¼ sudu kecil lada sulah 2 sudu kecil gula secubit kecil serbuk perasa (jika suka) ½ sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn 2 sudu kecil air  daun bawang }hiasan cili merah   } hiasan

      Cara membuat:  

Rendamkan lala ke dalam air garam selama 1 jam, cuci dan tos hingga kering.   Panaskan minyak dan goreng serai, bawang putih, cili kisar dan halia sehingga wangi. Masukkan taucu.  Setelah wangi, masukkan cili api , sos tiram, sos tomato, minyak bijan, lada sulah dan

lala. Goreng beberapa minit kemudian tuangkan air dan bancuhan tepung jagung Masukkan garam, gula dan perasa. Apabila lala sudah masak, keluarkan dan hiaskan.   Hidangkan panas-panas.

Page 90: resepi saya.doc

KOD KUKUS ISTIMEWA

      Bahan-bahan:

3 keping ikan kod (800g)          } ½ sudu kecil garam                   } diperapkan selama 1 sudu kecil gula                       } 10 minit ½ sudu kecil lada sulah            } 3 ulas bawang putih yang dicincang  3 cm  halia - dihiris  1 sudu besar minyak masak 5 sudu besar kicap cair 2 sudu kecil minyak bijan 1 sudu kecil gula  daun bawang } hiasan daun ketumbar } hiasan cili merah   } hiasan

     Cara membuat:  

Kukus ikan kod selama 10 minit atau sehingga masak dan keluarkan ia.   Panaskan minyak. Goreng segera (sauté) halia beberapa minit, masukkan bawang putih

dan gorengkan sehingga berwarna kuning keemasan, masukkan kicap, minyak bijan, gula dan biarkan ia mendidih.  

Tuangkan sos yang sedang mendidih ke atas ikan kod kukus. Hias dan hidangkan panas-panas.

HARUAN MASAK ASAM

      Bahan Bahan:

1 kg ikan haruan - dicuci dan dibersihkan bersama air asam dan garam 2 batang serai - dititik 5 ulas bawang merah - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 4 cm lengkuas muda - dihiris 3 keping asam 3 sudu besar pati asam jawa 450 ml air 90 ml minyak masak garam secukup rasa    

     Cara membuat:  

Page 91: resepi saya.doc

Panaskan minyak masak, tumis bahan hirisan bersama serai sehingga wangi baunya.   Masukkan air, asam keping dan pati asam jawa dan didihkan.   Masukkan ikan, kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Renihkan selama 4 minit dengan api yang perlahan.

       

SUP IKAN MERAH

       Bahan-bahan:

Kepala ikan merah 3 ulas bawang merah } dihiris 2 ulas bawang putih   } dihiris 1 sudu kecil lada hitam } ditumbuk 1 sudu besar minyak masak 2 batang serai } diketuk 1 keping asam gelugor 4 cawan air 2 sm halia }dihiris sedikit daun sup & daun bawang }dihiris serbuk perasa  jika suka garam secukup rasa

      Cara membuat:

Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih & lada hitam sehingga naik bau. Kemudian masukkan air, ikan, garam, asam gelugor, halia & serai. Apabila ikan masak, sebelum angkat tabur daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dimakan

 PAJERI BOMBAY NENAS

       Bahan-bahan A: 5 ulas bawang merah } potong wedges 3 ulas bawang putih   } dimayang

Page 92: resepi saya.doc

1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih 1 sudu kecil serbuk kunyit 20 g udang kering 1/2 sudu kecil biji sawi

     Bahan-bahan B: 1 biji nenas 2 biji cili merah } dihiris 2 biji cili hijau   } dihiris 1/2 cawan air 2 sudu besar minyak masak garam dan gula secukup rasa

      Cara membuat: Kupas nenas dan dibelah dua . Potong setebal 2 cm Tumis bahan-bahan A hingga terbit bau Kemudian masukkan nenas, cili merah, cili hijau, air, gula dan garam secukup rasa Gaul sehingga sekata dan masaklah sehingga mendidih.

PAJERI NENAS

       Bahan-bahan:

1 biji nenas - buang kulit dan potong kecil 1 mangkuk santan pekat 1 paket serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas) 1 sudu besar kerisik sejemput udang kering

Page 93: resepi saya.doc

garam & gula secukup rasa minyak untuk menumis 

     Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah (dihiris ) 2 ulas bawang putih (dihiris) 2 cm halia (dihiris ) 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 1 tangkai daun kari 

     Cara membuat:

Panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya  Masukkan udang kering dan daun kari  masak hingga wangi Masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan air, masukkan garam & kerisik

masak dengan api perlahan sehingga naik minyak Masukkan santan & gula, bila kuah hampir pekat baru masukkan nenas Masak hingga nenas lembut

Page 94: resepi saya.doc

CURRIED ROAST POTATOES

Bahan-bahan:

800 g ubi kentang (boleh juga guna baby new potatoes) 3 tangkai cili kering } hiris 2 ulas bawang putih } ketuk 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil kunyit serbuk 2 sudu kecil biji ketumbar 1 sudu kecil jintan putih (cumin) 3-4 sudu besar minyak masak secubit garam

Cara membuat:

Kentang dibuang kulit dan potong kecil - ( jika guna baby potato tak yah potong..basuh bersih2 buh bulat2 cam tu je)

Tumbuk ketumbar dan jintan putih kasar2 (tak perlu lumat sgt..kasi pecah2 sket2 aje)

Panaskan oven pd suhu 200'C Ambil dulang pembakar masukkan minyak, kunyit, biji sawi, bawang putih, cili

kering, jintan dan ketumbar..gaul sebati Masukkan dlm oven selama 5 minit Keluar kan dulang kemudian masukkan kentang dan secubit garam, gaul biar

sebati dgn rempah tadi. Masukkan semula dlm oven, sesekali kuarkan dan gaul kentang tersbt biar rata. Bakar selama 25-30 min atau sehingga kentang masak dan agak garing (nak

test..cucuk dgn lidi sate..kalau senang je cucuk maknanya kentang tu dah masak Enak makan panas2.

KERABU PEGAGA 

Page 95: resepi saya.doc

Bahan-bahan:

1 ikat pegaga } dibersih dan dihiris 1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit 2-3 ekor ikan kembung/selayang } dipanggang 4 ulas bawang merah 1.5 cm halia 1 sudu kecil lada hitam garam secukup rasa sedikit air limau nipis 2 tangkai cili padi/hijau }dihiris

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.

Campurkan kelapa parut dgn bahan tumbuk kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Gaul kan kelapa tadi dgn pegaga, cili padi, garam dan perahkan air limau nipis sehingga sekata

Sedia utk dihidangkan

Page 96: resepi saya.doc

SAYUR LODEH 

Bahan-bahan: 

90 ml minyak makan

Page 97: resepi saya.doc

1 1/4 litre santan (daripada 1 1/2 biji kelapa parut) 4 keping daun salam 1 biji lobak merah dipotong - dipotong 1 inci panjang 10 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang 1/2 biji kobis 3 biji lada merah - dipotong dua 3 biji lada hijau - dipotong dua 2 keping tahu - dipotong 6 2 keping tempe - dipotong 6 garam secukup rasa 2 batang serai } diketuk 

Bahan kisar: 

10 batang cili kering 1 sudu teh serbuk ketumbar 1/2 sudu teh jintan halus        1/2 sudu teh jintan kasar        8 biji buah keras 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 55 g udang kering direndam 1 cm lengkuas 2 in kunyit hidup 

Cara membuat:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan santan dan daun salam. Setelah mendidih masukkan lobak merah masak selama 10 minit barulah masukkan

sayur yang lain. Setelah mendidih, masukkan tahu, tempe dan garam

Page 98: resepi saya.doc

PERIA MASAK TAUCU 

      Bahan-bahan:

300 g peria 2 ulas bawang putih } ditumbuk 2 tangkai cili merah } ditumbuk 2 sudu besar taucu } dimasukkan dlm penapis kemudian lalukan air 1 biji tomato } dipotong 4 serbuk perasa jika suka 2 sudu besar minyak untuk menumis

     Cara membuat:

Bersihkan peria, buang bijinya dan potong kecil Rendam peria dalam air garam selama 15 minit kemudian basuh dan toskan Panaskan minyak, tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga naik baunya. Masukkan taucu dan sedikit air jika perlu Masukkan peria dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sedikit bahan perasa dan tomato Goreng sekejap dan angkat. 

ROJAK BETIK ALA TERENGGANU

      Bahan-bahan:

300 g ikan selayang } dipanggang tawar hingga masak 1 biji betik muda } diparut /sagat

Page 99: resepi saya.doc

1 biji timun } dipotong halus 1 biji nenas } dipotong kecil 200 g taugeh } dicelur dlm air mendidih selama ½ minit 4 sudu besar cili kisar/giling 1 sudu makan asam jawa 2 cawan air masak ½ keping gula melaka 10 sudu besar cuka garam secukup rasa

      Cara membuat:

Ambil isi ikan kemudian tumbuk sehingga lumat. Asam jawa dicampurkan dgn air buang bijinya utk ambil airnya sahaja. Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan

garam, kacau sebati. Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh kemudian tuangkan kuah diatasnya. Sedia untuk dimakan.

SAYUR TUMIS LABU AIR      

      Bahan-bahan:

1 biji atau 400g labu air}dibuang kulit kemudian potong kecil 1 ulas bawang merah } ditumbuk 2 ulas bawang putih } ditumbuk 1 sudu kecil lada hitam } ditumbuk 10 ekor udang basah sedikit suhun 1-2 sudu besar minyak untuk menumis 2 cawan air garam secukup rasa

      Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air serta udang.

Bila mendidih masukkan labu dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika masukkan suhun kemudian kacau sebati bolehlah diangkat.

Page 100: resepi saya.doc

ACAR BUAH

     Bahan-bahan:

600 g buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll)

10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji 3 cm halia } dimayang 15-20 biji cili kering } dikisar 15 tangkai cili padi jeruk 1/3 cawan cuka gula dan garam secukup rasa minyak untuk menumis sedikit bijan } disangai untuk hiasan

    Cara membuat:

Panaskan minyak, masukkan cili, kacau sampai wangi dan garing. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata. Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di

atasnya. Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara

Page 101: resepi saya.doc

      Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.

SALAD KENTANG

    Bahan-bahan: Anggaran untuk 1-2 orang

400 g kentang 2 sudu besar mayonis atau mengikut citarasa 1 biji telur } direbus keras kemudian dipotong dadu perahan jus lemon secukup rasa 4 helai daun salad 2 helai daun bawang } dihiris secubit serbuk lada hitam garam secukup rasa

    Cara membuat:

Kentang dikupas dan dipotong dadu kemudian direbus bersama secubit garam sehingga empuk (jgn terlebih empuk tak best)kemudian toskan.

Dalam mangkuk, campurkan mayonis,lada hitam ,garam dan jus lemon secukup rasa.Gaul sebati.

Kemudian masukkan kentang, telur dan daun bawang. Gaul sekata. Ambil mangkuk/piring hidangan, susun daun salad kemudian letakkan bahan2 yg telah

digaul tadi. Sedia untuk dimakan begitu saja.  Nota: Jika suka kentang tak perlu dikupas just basuh bahagian luarnya bersih2

kemudian potong dadu sebelum direbus 

Page 102: resepi saya.doc

CENDAWAN BERSALUT RANGUP

     Bahan-bahan: 25 g tepung gandum 1/2 sudu kecil rempah kari 275 g cendawan butang segar 1 ulas bawang putih } dicincang halus 2 biji telur } dipukul minyak untuk menggoreng 80 g serbuk roti garam secukup rasa

     Cara membuat: Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul

sekata. Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan. Di dalam mangkuk lain, campurkan telur dan bawang putih. Ambil cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg

berisi campuran telur.

Page 103: resepi saya.doc

Selepas itu di golekkan  pula ke dalam serbuk roti. Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke

dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti. Buat begini sehingga habis cendawan tersebut. Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan. Angkat dan bolehlah dihidangkan panas-panas bersama sos cili

 

 

KERABU EPAL ALA THAI

Bahan-bahan: 2 biji epal hijau  } dicincang kasar & direndam dalam air garam 1 labu bawang besar } dimayang 1 batang serai  } dimayang 7 biji cili api  } dihiris halus 1 camca besar udang kering } ditumbuk sedikit 3 camca besar kacang tanah } digoreng dan ditumbuk kasar 1 camca besar sos tiram 1 camca besar sos ikan cap sotong gula secukup rasa garam jika perlu

Page 104: resepi saya.doc

Cara membuat: Toskan epal kemudian masukan semua bahan dalam mangkuk kacau sebati dan

sesuaikan rasa jika perlu boleh tambah garam Nota: Jika menggunakan epal yg kurang masam, perahkan sedikit air limau nipis.

ACAR KUNING TIMUN

     Bahan-bahan:

1 batang timun           } dibuang pulur tengah dan dipotong memanjang 2 ulas bawang merah } dipotong 4 2 ulas bawang putih   } dibelah 2 3 sudu besar cuka 1 cm halia                  } dimayang sedikit serbuk kunyit 1/2 sudu kecil biji sawi garam gula minyak untuk menumis 1 biji cili merah  } dihiris 3 sudu besar air

     Cara membuatnya:

Timun digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Letakkan atas penapis supaya air timun tadi akan keluar.

Panas sedikit minyak dalam periuk. Masukkan halia, bawang putih serta bawang merah. Goreng hingga layu sebentar. Masukkan cuka, biji sawi, air, gula dan garam secukup rasa Bila mendidih tutup api kemudian masukkan timun dan cili merah. Kacau sebati , sedia utk dihidangkan

Page 105: resepi saya.doc

ACAR MENTAH

     Bahan-bahan:

1 batang timun-dopotong panjang 1 batang karot-dipotong panjang 2 ulas bawang merah -dipotong nipis 3 sudu besar cuka 1 biji cili merah -dipotong nipis gula dan garam secukup rasa

    Cara membuat:

Gaulkan kesemua bahan dalam bekas, masukkan garam dan gula secukupnya.  Enak dimakan setelah dibiarkan seketika supaya rasanya sebati.

    Nota: Boleh juga gantikan karot atau tambah 1/2 biji nenas yg dipotong nipis

ACAR MASAK TIMUN

    Bahan-bahan:

1 batang timun-dopotong panjang, lebar-lebar sikit 1 inci halia-dipotong memanjang 3 ulas bawang merah-dibelah 4 2 ulas bawang putih-dibelah 2 2 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar cuka garam dan gula minyak untuk menumis

    Cara membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan cili kisar sehingga wangi.

Masukkan cuka, sedikit air, garam dan gula secukup nya. Bila mendidih tutup api kemudian masukkan timun, kacau sebati Sedia dihidang.

Page 106: resepi saya.doc

YONG TAU FU

       Bahan-bahan:

5 keping tauhu - dibelah 2 bentuk tigasegi ½ biji terung 3 batang kacang bendi ¼ biji buah peria - dipotong serong 2 tangkai cili merah 2 tangkai biji cili hijau  600 g pes ikan tenggiri                         } 1½ sudu kecil garam                            } 1 sudu kecil lada sulah                         } bahan A 4 sudu kecil tepung jagung                   } 100 ml air sejuk (air dari peti sejuk)     }  

      Cara membuat:

Campur dan gaulkan bersama bahan bahan A, kacau ke satu arah sehingga ianya melekit dan kenyal.   Belah bahagian tengah tauhu, bendi, cili dan terung.   Sumbatkan campuran bahan A ke dalam sayur sayuran tadi. Lebihan campuran bahan A boleh dibulat-bulatkan menjadi bebola ikan  Kesemua tauhu, bendi, cili, terung dan bebola ikan boleh digoreng atau direbus sehingga masak.   Hidangkan dengan sos cili atau tomato.

      Sos Cili:

8 biji cili merah, dibuang biji 2 sudu kecil bijan goreng/bakar 100 ml cuka 2 sudu besar sos plum 3 sudu besar gula garam secukupnya

      Cara membuat:

Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api dan biarkan sejuk

KERABU PUCUK PAKU ALA GANU

      Bahan-Bahan:

2 ekor ikan kembung/selayang 500 g pucuk paku 250 g taugeh

Page 107: resepi saya.doc

3 ulas bawang merah kecil 1/2 biji kelapa parut 10 tangkai cili padi 1 biji limau nipis  garam secukup rasa

      Cara membuat:

Pucuk paku dipotong kecil dan dicelur dalam air mendidih beserta sedikit garam hingga masak kemudian toskan airnya.

Taugeh dicelup selama 3 minit di dalam air mendidih kemudian toskan airnya. Ikan di panggang hingga masak kemudian diambil isinya dan ditumbuk hingga hancur tanpa

menggunakan air. Kelapa parut ditumbuk sedikit hancur kemudian dicampurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi

lalu digoreng sekejap didalam kuali tanpa minyak sehingga kelapa/isi ikan agak berderai tetapi JANGAN sampai perang.

Tumbuk halus bawang merah dan cili padi. Kemudian di dalam mangkuk besar masukkan bahan-bahan tumbuk ( ikan, kelapa, bawang merah , cili

padi) beserta dgn pucuk paku dan taugeh yg telah ditoskan tadi. Tambahkan garam secukup rasa dan air perahan asam limau nipis sambil digaulkan bahan-bahan

sehingga sebati. Sedia untuk dimakan.

 

ACAR JANTUNG PISANG 

      Bahan-bahan:  1 biji jantung pisang 10 tangkai cili kering 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar } dipotong 4 1 mangkuk santan pekat 2 sudu besar cuka garam dan gula secukupnya

     Cara membuat:  Jantung pisang direbus dan dipotong kecil. Panaskan minyak dan tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih yang dikisar.

Campurkan santan dan biar mendidih. Masukkan jantung pisang dan bawang besar. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa.

 KERABU MANGGA MUDA

 

Page 108: resepi saya.doc

      Bahan-bahan:  600 gm mangga muda } diparut 4 sudu besar udang kering  } dimesin 6 ulas bawang merah    }dimayang halus 10 tangkai cili padi       } ditumbuk-jika suka pedas boleh tambah lagi 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos plum 1 ½ sudu besar gula } mengikut citarasa 1 sudu kecil garam   } mengikut citarasa bijan } hiasan

      Cara membuat:  Campurkan mangga dengan semua bahan di atas. Gaul sebati sedia untuk dihidangkan.

 

 Kerabu Udang

       Bahan-bahan:  500 gm udang sederhana } dibelah belakang 6 ulas bawang merah } dimayang nipis 2 batang bunga kantan } dimayang nipis 4 batang serai } dihiris nipis 2 biji cili merah } 5 biji cili padi    } dikisar bersama sedikit belacan  } 4 sudu besar kelapa parut } digoreng kekuningan 3 sudu besar santan pekat 1 ½ sudu besar gula garam secukup rasa air limau nipis secukup nya 

      Cara membuat:  Udang dicelur sekejap dan campurkan dengan semua bahan. Kacau sebati sedia untuk

dihidangkan. 

 KERABU JANTUNG PISANG

       Bahan-bahan:   2 biji jantung pisang 5 gm udang kering 50 gm sambal belacan 40 gm kelapa parut } digoreng hingga perang kemudian ditumbuk 20 gm santan pekat

Page 109: resepi saya.doc

2 biji limau nipis garam dan gula secukup rasa 2 batang serai                    } 3 helai daun limau purut      } 1 kuntum bunga kantan      } 10 ulas bawang merah       } dimayang halus 10 tangkai cili padi            } 5 tangkai cili merah           } 

      Cara membuat:  Jantung pisang direbus hingga masak. Toskan airnya dan dipotong halus-halus. Campurkan semua bahan-bahan  diatas dan digaul sebati sebelum dihidangkan.

KERABU PUCUK PAKU 

      Bahan-bahan:  1 ikat pucuk paku 2 ulas bawang merah 6 biji cili merah 10 tangkai cili padi 10 gm belacan 10 ml santan pekat 30 gm kelapa parut } digoreng hingga perang dan ditumbuk 2 batang serai 30 gm udang kering sedikit air limau nipis gula dan garam secukup rasa 

      Cara membuat:  Pucuk paku diambil daun dan batang muda kemudian dicelur. Belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili merah. Campurkan bersama pucuk paku. Selepas itu masukkan pula udang kering, bawang merah yang telah dihiris beserta cili

padi yang dipotong halus. Gaul sebati kesemua bahan tersebut barulah masukkan kelapa goreng dan santan pekat. Akhir sekali masukkan sedikit air limau nipis, gula dan garam secukup rasa.

SAMBAL DAUN/TEMPOYAK

        Bahan-bahan: 1 ikat pucuk ubi - dihiris asingkan 1 biji bawang besar/bawang kecil - dihiris asingkan 2 batang serai - dihiris asingkan 2 helai daun kunyit (buang tulang tengahnya)– dihiris boleh disatukan 1 cekak daun kaduk tak tua sangat - dihiris boleh disatukan 2 ikat petai segengam ikan bilis - ditumbuk

Page 110: resepi saya.doc

cili padi ikut kepedasan - ditumbuk ½ inci kunyit hidup - ditumbuk ½ cawan tempoyak 1 biji kelapa (jadikan 2 cawan santan) garam secukup rasa

      Cara membuat: Daun disusun sama-sama setiap helai dapatkan dalam secekak dan mulakanlah hirisan. Daun dihiris kasar sedikit dari bunga rampai, buangkan awalan hirisan iaitu antara tangkai dan daun. Ramas pucuk ubi yang dihiris 2 atau 3 kali dengan air biasa last sekali dengan air panas mendidih dalam

2 ke 3 minit kemudian toskan - perah & masukan dalam periuk. Begitu juga dengan daun kunyit, daun kaduk yang dihiris tadi diramas macam proses meramas daun ubi

tadi lepas tu masukan dalam periuk. Masukan bahan yang ditumbuk, petai, serai, bawang besar, tempoyak, garam dan santan  Masak hingga mendidih. Imbangkan rasanya antara pedas, lemak, masam (kalau tak berapa masam boleh bubuh sedikit asam

keping) pastikan kuahnya tak berapa cair dan tak berapa pekat. 

  

 PAJERI TERUNG/NENAS

       Bahan-bahan:

3 biji terung ( dibelah dua ) 1 mangkuk santan pekat 1 paket serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas) 1 sudu besar kerisik sejemput udang kering garam & gula secukup rasa minyak untuk menumis 

     Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah (dihiris ) 2 ulas bawang putih (dihiris) 2 cm halia (dihiris ) 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 1 tangkai daun kari 

     Cara membuat:

Panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya  Masukkan udang kering dan daun kari  masak hingga wangi Masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan air, masukkan garam & kerisik

masak dengan api perlahan sehingga naik minyak

Page 111: resepi saya.doc

Masukkan santan & gula, bila kuah hampir pekat baru masukkan terung Masak hingga terung lembut

MASAK LEMAK PISANG MUDA

      Bahan-bahan:

1 sisir pisang rastali muda 10 g cili api                }dikisar 1/2 inci kunyit hidup   }dikisar 5 ulas bawang merah  }dikisar kelapa sebiji (diambil santan) 20 g ikan bilis garam secukup rasa

      Cara membuat:

Pisang disiat-siatkan sedikit kulitnya dipotong serong setebal 3 sm. Kemudian direbus tetapi jangan empuk takut hancur bila masuk dlm gulai nanti. Perah santan tetapi jgn terlalu cair. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali pisang Didihkan atas api yang sederhana sambil dikacau supaya tidak pecah minyak  Bila mendidih bubuhlah pisang tadi bersama garam.  Kacau sekejap saja bolehlah tutup api .

ACAR TIMUN PULANG HARI

      Bahan-bahan:

500 g timun } dipotong 3 dan buang tengahnya 1/2 cawan cuka 1/4 cawan gula 3 ulas bawang merah      } dikisar 1 ulas bawang putih        } dikisar 1 cm halia                       } dikisar 1/4 cawan udang kering  } dikisar 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar cili kisar 2 biji cili merah } dipotong 2 1 biji cili hijau   } dipotong 2 2 ulas bawang merah } dipotong 2 2 ulas bawang putih   } dipotong 2 2 cm halia } dimayang

Page 112: resepi saya.doc

1/4 cawan minyak untuk menumis sedikit bijan } disangai

      Cara membuat:

Potong timun memanjang dan rendam dengan air garam dan toskan. Panaskan minyak. Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga harum masukkan cuka,

gula dan sedikit garam. Apabila kauhnya mendidih, angkat dan biar sejuk sedikit kuahnya barulah

masukkan hirisan bawang, cili, halia, bijan serta timun. Gaul sebati.

 KAILAN GORENG IKAN MASIN

      Bahan-bahan:

1 ikat sayur kailan } dipotong 1 keping ikan tenggiri masin/jeruk } dipotong kecil2 3 ulas bawang putih } dicincang 6 tangkai cili api } ditumbuk kasar 1 sudu besar sos tiram sedikit minyak untuk menumis

      Cara membuat:

Panaskan minyak di dalam kuali .Gorengkan ikan masin, ketepikan. Kemudian tumiskan pula bawang putih dan cili api hingga naik bau kemudian

masukkan ikan masin, sayur kailan, sos tiram, dan sedikit air. Masak seketika bolehlah diangkat.

KERABU PERIA

      Bahan-bahan:

1 biji peria ½ biji kelapa, digoreng tanpa minyak hingga kuning, kemudian ditumbuk lumat ¼ biji kelapa, ambil pati santan (dimasak sekejap hingga mendidih) 4 biji bawang merah 2 cm halia 1 sudu kecil lada hitam 2 ekor ikan kembung, dibakar dan ambil isinya garam gula

Page 113: resepi saya.doc

air limau nipis secukup rasa

     Cara membuat:

Peria dihiris nipis-nipis kemudian direndam dalam air garam selama 20 minit, lepas tu diperah

Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah hingga lumat kemudian masukkan isi ikan bakar dan tumbuk lagi sehingga lumat.

Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama kelapa goreng, garam, gula, air limau nipis, pati santan dan peria

Gaul sebati bolehlah dihidangkan.

 

PERIA MASAK LEMAK UDANG

      Bahan-bahan:

500 gm udang hidup 1 biji peria 2 cm kunyit hidup 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 10 tangkai cili padi 3 cawan santan pekat garam secukup rasa

      Cara membuat:

Mula-mula bersihkan udang. Potong peria kemudian rendam selama 20 minit dalam air yang dicampur dengan

sedikit garam selepas itu ramas sedikit dan toskan.  Kisar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Masukkan bahan kisar, udang, peria, garam dan santan pekat ke dalam periuk.  Masak dgn api yg sederhana. Sentiasa kacau selalu supaya santan tidak berketul. Setelah mendidih lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan

 MASAK TIGA RASA

Page 114: resepi saya.doc

   

1 ekor ikan bersaiz besar.. (bawal/siakap @ lain2.. Ikut citarasa)

3 ulas bwg putih dan 2 biji cili padi diketuk

3 sd bsr sos cili thai

4 sd besar sos tiram

1 sd besar sos ikan

Air asam limau nipis ( sikit je)

Gula dan perasa.. 

Air ( sikit je, tu pon kalau nmpk cam pekat sgt)

Utk hiasan: 1 inci halia- mayang halus

Setgh biji bwg besar, buah nenas, timun batang- potong dadu

Cili merah..@ capsicum

Lain2 ikut suka hati nk letak: cth: tomato

 

Page 115: resepi saya.doc

 Cara2: ikan digaul dgn garam dan kunyit, perap jap, pastu goreng.

Angkat dan ketepikan.

Tumis bwg putih dan cili padi, pastu masukkan semua jenis sos,

kalau nmpk pekat, masukkan air sikit.. 

Masukkan gula dan perasa

Tutup api dan madukkan bahan utk hiasan..

Curah sos atas ikan dan perah limau nipis keatasnya... 

 

sumber:FB

 

Gulai Rebung

 

Gulai Rebung

Bahan2nya

Rebung

7-10 ekor udang segar

1 biji bawang besar~mayang

Kunyit hidup

Page 116: resepi saya.doc

1 batang serai

10 biji cili padi

1/2 kilo santan

1 asam keping~tak letak pon tak pe

Garam secukup rasa

 Cara2nya:

1-Tumbuk cili padi bersama-sama dengan kunyit hidup sehingga

halus

2-kemudian tumbuk kasar serai dan bawang besar

3-Masukkan bahan2 tumbuk tadi kedalam periuk bersama-sama

dengan santan,asam keping dan rebung

4-Masak diatas api yang sederhana~harus dikacau selalu

5-bila da mendidih masukkan udang dan garam.Biarkan seketika

kemudian padamkan api

sumber: FB-Pn Rosnany

KARI HIJAU SIAKAP

   

Bahan-bahan

80 ml minyak

5-6 keping ikan siakap (anggaran 900 gm)

Page 117: resepi saya.doc

700 ml santan (dari 1 biji kelapa)

jus 2 biji limau kasturi

2 sudu besar biji ketumbar } goreng tanpa minyak, tumbuk halus

2 sudu besar jintan manis }

1 sudu teh lada putih, ditumbuk 

2-3 keping daun limau purut

Garam, gula secukupnya

Bahan (kisar halus)

5 biji cili hijau

5-6 biji cili padi hijau

1/2 labu bawang besar

3 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih

1 cm halia

1 cm kunyit 

1 pokok (4 tangkai daun), batang & akar ketumbar

1 batang serai

2 helai daun limau purut

Cara membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan kacau rata.

2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan lada putih. 

3. Bila wangi, masukkan daun limau purut dan santan. Kacau hingga

mendidih. 

4. Masukkan ikan, garam dan gula. Kacau sekali-sekala. 

5. Bila kuah mendidih, perlahankan api dan kacau lagi hingga ikan

masak.

6. Sebaik saja ikan masak, masukkan pula jus limau dan angkat.

— with Norwati Mohd Salleh and Suhana Sufian.

sumber:FB

Bolehlah cuba resipi ini pada hujung minggu (bagi mereka yg bekerja). Ia hidangan lengkap yg pasti sesuai utk berbuka puasa.

Page 118: resepi saya.doc

AYAM PANGGANG

 1 ekor ayam1 camb herba kering campuran Italy (jika suka)40 g mentega2 labu bawang putih, dihiris atasnya2 camb minyak zaitunGaram, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan sos2 camb sos Blackpepper }2 camb sos cili }2 camb sos barbeku } campuran sos (belum masak)2 camt kicap manis }Serbuk lada hitam secukupnya }150 ml air }2 camb mentega2 camb tepung gandum50 ml susu segar200 ml air

Sayuran campur

Page 119: resepi saya.doc

1 camb minyak1 batang lobak merah80 g cendawan tiram100 g pis 1 camb sos tiramSedikit air

Salad kentang1 biji telur, direbus & dikupas2 camb mayonis3 camb sos Thousand Island 3 biji ubi kentang, direbus & potong 1 batang salderi, dicincang halusGaram, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya1. Lumur ayam dengan herba campuran, serbuk lada hitam dan garam.2. Letak di atas tin pembakar yang dialas dengan foil. Sapukan mentega di seluruh ayam.3. Bubuh bawang putih di sisi ayam, titiskan minyak zaitun pada bahagian atas.4. Bakar di dalam ketuhar 200 C selama 1 hingga 1¼ jam atau hingga masak. 5. Hendaklah menjirus ayam dengan jus (cecair) dan sedikit campuran sos (belum masak) setiap 10 minit.6. Untuk sayuran campur: Panaskan minyak, goreng lobak merah hingga separuh empuk. Tambah sedikit air.7. Masukkan cendawan, pis dan sos tiram. 8. Kacau hingga pis empuk dan kuahnya agak kering kemudian angkat.9. Untuk salad kentang: Lecek telur dengan mayonis dan sos Thousand Island.10. Gaul dengan semua bahan lain. Ketepikan.11. Untuk sos: Cairkan mentega atas api perlahan. Masukkan tepung dan kacau tanpa henti.12. Bila mendidih, masukkan susu, air dan baki campuran sos tadi.

Page 120: resepi saya.doc

13. Kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan bersama ayam serta bahan-bahan sampingan yang lain.

Daging Masak Sos Berempat

    

400 gram daging batang pinang, dihiris nipis

3 sudu besar minyak

1 batang kulit kayu manis

1 sudu besar sos plam

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

Air untuk mengempukkan daging

Garam, gula secukup rasa

Hirisan daun bawang, cili merah (tabur)

Bahan kisar

1/2 biji bawang besar 

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar pes cili 

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan kulit kayu manis

hingga terbit bau.

Page 121: resepi saya.doc

2. Masukkan daging, kacau rata. Bubuh sos plam, sos tiram, sos cili

dan sos tomato.

3. Bila daging berubah warna, tuangkan air.

4. Tutup kuali dan kacau sekali-sekala hingga daging empuk. 

5. Tambah garam dan gula sebelum diangkat.

6. Hias dengan daun bawang dan cili merah.

* Daging yang lembut tak perlu air banyak untuk empukkan ia.

— with Norwati Mohd Salleh.

LAMB CHOP

 

4 kpg daging kambing (sesuai utk dibuat lamb chop)

4 ulas bawang putih, dikisar

2 cm halia, dikisar

2 sb sos lada hitam

1 sb sos tiram

1 st kicap manis

1/2 st madu

1 sb mentega

2 sb minyak

garam & serbuk lada hitam secukupnya

Page 122: resepi saya.doc

BAHAN SOS

2 sb mentega

1 labu bawang besar, didadu kecil

1 ulas bwang putih, ditumbuk

100 gm cendawan butang, dihiris

3 sb sos lada hitam

1 paket (16 gm) sup cendawan segera + 250 ml air panas

1/2 st kicap pekat

garam & serbuk lada hitam secukupnya

CARA

Campurkan semua bahan perap.

Perap kambing dalam bekas bertutup selama 4 jam.

Goreng dengan sedikit minyak dan mentega hingga masak. [Jangan

dibalik2kan kerana ia takkan garing sempurna. Tutup supaya

mudah masak, pastikan api perlahan TETAPI hendaklah kuat pada

mulanya utk memanaskan minyak]

Untuk sos. Cairkan mentega. Tumis bawang besar dan bawang

putih. Masukkan sos lada hitam, sup, cendawan, kicap dan bahan

lain.

Masak hingga pekat dan mendidih barulah diangkat.

**Hidangkan dengan kentang putar atau kentang goreng.

BAR-BE-QUE

Page 123: resepi saya.doc

4 keping paha ayam, tanpa tulang

4 keping steak

4 keping daging kambing

1 camb tepung jagung } campur

60 ml air }

Bahan sos/perap

125 ml sos masam manis

125 ml sos cili

125 ml sos tomato

90 ml sos plam

125 ml sos blackpepper

60 ml sos tiram

30 ml madu

1 camb kicap manis

1 camb serbuk lada hitam

1 camt herba Itali, jika suka

Garam secukupnya

Page 124: resepi saya.doc

Cara membuat

1. Satukan semua bahan perap di dalam bekas plastik.

2. Campurkan dengan ayam, steak dan daging kambing.

3. Tutup dan biar selama 4 jam. Hendaklah digaul (atau dibalik-

balikkan) sebanyak 2 hingga 3 kali (tak perlu buka bekas plastik).

4. Panggang di atas bara api hingga masak.

5. Untuk sos: Jerang bahan perap dengan campuran tepung jagung.

6. Kacau atas api sederhana hingga pekat. Hidangkan bersama

bahan barbeque.

**Sajikan dengan Potato Salad atau nasi.

  Pajeri Jantung Pisang

 Pajeri ni sebenarnya versatile - boleh dimasakkan dengan nanas, terung, jantung pisang, rebung atau kegemaran anak-anak saya: telur rebus yang digoreng.  Kuah asas pajeri ni pun saya belajar dengan mak.

2-3 sudu besar serbuk kari daging5 ulas bawang merah3 ulas bawang putihsegenggam udang kering/udang segarsedikit haliaRempah tumis - bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga

Page 125: resepi saya.doc

3-5 biji cili api120gram santan1 biji jantung pisang - dibelah dua dan direbussedikit asam gelugor kering Panaskan minyak.  Tumis dengan rempah tumis dan bawang, halia serta cili api. Setelah bawang garing, masukkan rempah kari.  Biarkan sehingga rempah masak atau pecah minyak. Masukkan udang/udang kering dan sedikit air. Masukkan santan, asam gelugor dan perisakan dengan garam dan gula. Masukkan jantung pisang.  Masak sehingga jantung pisang empuk.

 

Sayur Acar Jawa

 Belajar dari Bibik.  Sedap....

Bahan-bahan yang dikisar halus:Segenggam bawang merah (dalam 6 ulas kot)3 ulas bawang putih5 biji buah kerasSedikit halia3 hiris lengkuas1/2 sudu teh lada putih1cm kunyit hidup

Page 126: resepi saya.doc

Daun salamSedikit udang

10 ulas bawang merah - dikupas10 tangkai cili padi1 batang timun - potong macam untuk buat acar1 batang carrot - potong macam untuk buat acarsedikit bunga kobis.

Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan  udang. Masukkan air secukupnya... (acar ni berkuah). Perisakan dengan garam, gula dan lada. Masukkan sayur-sayuran dan daun salam.

Ubahsuai pelbagai sayur atau ulam dengan ayam, udang dll. Mudah sangat jika bahan sambal belacan sentiasa ada di dalam peti sejuk.

KERABU TOMATO BERDAGING

 1 biji tomato (sederhana)1 labu bawang besar½ biji timun

Page 127: resepi saya.doc

200 gm daging, direbus 

Bahan sambal belacan4 biji cili merah7-8 biji cili padi1 cm kiub belacan2 camca besar jus limau nipis1 camca teh gula pasirGaram secukup rasa

1. Potong berbaji nipis (wedges) tomato dan bawang besar. 2. Potong timun menjadi kepingan nipis kemudian hiris halus. 3. Potong daging nipis-nipis.4. Tumbuk atau kisar bahan sambal belacan. 5. Kemudian gaulkan dengan bahan lain. 6. Tambah gula dan garam mengikut rasa.

Masak Lemak Pisang Muda

 Pisang Muda - my favorite.  Susah dah sekarang ni nak dapat hidangan yang macam ni.

1 sikat pisang muda9 biji cili padi7 ulas bawang merah2 inci kunyit hidup

Page 128: resepi saya.doc

1 genggam ikan bilisGaram, gula, lada dan asam secukup rasa100gram santan pekat180gram santan cair

Tumbuk halus cili padi, bawang merah dan kunyit hidup. Ikan bilis ditumbuk kasar-kasar. Rebus pisang dengan bahan-bahan yang dikisar bersama santan cair sehingga empuk. Perisakan dengan garam, gula dan lada serta asam secukupnya. Tuang santan pekat dan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.

eriani ini enak disajikan dengan acar atau sayuran lain. Mudah & jimatkan masa selain rasanya memang enak...

BERIANI MASALA KAMBING

 

500gm kambing, dipotong kiub1 paket Perencah Masak Merah SERI-AJI®60ml minyak1 sudu teh halia tumbuk1 sudu teh bawang putih tumbuk1 biji tomato, dibuang kulit, dicincang

Page 129: resepi saya.doc

2 sudu besar rempah kari400-450 ml air1½ sudu besar stok ayamSedikit garamAir (ikut sukatan diberi di bawah)500gm beras Basmathi, direndam 20 minit1 sudu besar puri tomato

Bahan A1 labu bawang besar, didadu2 tangkai daun kari1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang

Cara membuat1. Perap kambing dengan Perencah Masak Merah SERI-AJI® selama 30 minit.2. Panaskan minyak, tumis A hingga wangi. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau 1 minit.3. Bubuh pula campuran kambing. Masak hingga berubah warna.4. Bubuh tomato, rempah kari dan air.5. Bila mendidih, perlahankan api dan tutup periuk.6. Biar hingga kambing empuk kemudian masukkan stok ayam dan garam.7. Padamkan api, keluarkan kuah ke dalam bekas penyukat. Tambah air menjadi 900 ml.8. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan beras dan puri tomato.9. Masak hingga air kering, letak kambing tadi di atasnya dan tanak seperti biasa.

Ayam Gulai Padang

Page 130: resepi saya.doc

 Resepi ini daripada Majalah Saji Mei 2008.  Kalau orang utara, gulai tu maksudnya, kari. Tapi, gulai ni tak guna rempah kari. Ala-ala gulai ayam yang dijual di Restoran Masakan Padang.  

2 ekor ayam1 liter santan400 gm cili giling500gm bawang merah100gm bawang putih100gm kunyit hidup50gm halia8 helai daun limau purut3 helai daun kunyit3 batang serai100gm gula melakaGaram secukup rasa

Bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia dikisar. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan cili giiling, gula melaka dan serai. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Renih sehingga mendidih.

Sambal Udang Bersantan 

Page 131: resepi saya.doc

 Bahan2 :1kg udang1/2 cawan santan @ 1/2 biji kelapa1/2 cawan air1 biji bwg besar - dipotong bulatSedikit air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masakBahan Kisar :8 tangkai cili kering6 biji bwg merah4 ulas bwg putihSedikit belacanCara membuat :1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing.2. Masukkan udang, kacau hingga udang separuh masak.3. Tuang air asam jawa dan santan, tambah air jika perlu, kacau sekali sekala hingga mendidih.4. Akhir sekali masukkan bwg besar, garam dan gula. Kacau sekejap.. masak lagi hingga mendidih.Selamat mencuba..

Sambal Udang Kering

Page 132: resepi saya.doc

 Mak dapat resipi ni daripada Auntie Jamilah, kawan mak dari Myanmar.  Dulu mak selalu buat tapi guna udang geragau.  Sedap makan dengan nasi panas-panas. Cuma dulu, bila mak nak masak dish ni, susah hati sangat sebab nak kena tunggu masukkan air asam jawa satu sudu demi satu sudu sehingga habis.....lambat.  Standard la masa kecik dulu, mana suka masak.  Sorry ya mak...tapi nasib baik mak paksa duduk dapur dulu.  Kalau tak macamana la nak masak untuk hubby n kiddos sekarang nih.  Kena ajak Sara masuk dapur jugak nanti..

Sambal Udang Kering

1/2 kilo udang kering (atau udang geragau)20 ulas bawang merah5 ulas bawang putih20 biji cili kering5 biji cili merahSedikit belacan2 sudubesar asam jawa - jadikan 1/2 cawan air asam jawa. Masukkan 2 sudu besar gula.

Kukus udang selama 20 minit.  Tumbuk halus. Panaskan 3/4 cawan minyak. Tumsikan cili yang digiling sehingga garing. Masukkan udang.  Kacau. Masak selama 5 minit.  Masukkan air asam jawa satu sudu besar sekali.  Masak sehingga kering dan masukkan lagi sedikit-sedikit air asam jawa. Ulang sehingga habis air asam jawa. Masak dengan api perlahan sehingga kering.

Page 133: resepi saya.doc

Masak Lemak Ketam Nenas

Ini favorite anak-anak.  Mungkin sebab main itemnya, "ketam".  Belajar dengan Kak Lily, my hubby's cousin.  

Bahan-bahannya:

2 kilo ketam1 biji nenas2 labu bawang besar10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih4-5 sudu besar rempah masak lemak (atau guna aja rempah kari ADABI utk ketam)180gram santanBahan tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan daun kari. Panaskan minyak.  Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.  Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan separuh daripada nenas.  Tumiskan. Kemudian, masukkan rempah dan biar sehingga rempah garing.

Page 134: resepi saya.doc

Then masukkan santan. Kalau suka kuah, tambah sedikit air.  Bila dan mendidih, masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak. Lepas tu masukkan nenas yang selebihnya. Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.

Daging Masak Hitam Simple

 1 kilo daging5 sudu besar cili gilingKismis/buah prune

Semua bahan-bahan ni direbus bersama sehingga daging masak.  

2 labu bawang besar4 tangkai daun kari

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang dan daun kari.  Goreng bawang sehingga kekuningan (macam nak buat bawang goreng).  Then tuangkan ke atas daging tadi.  Perisakan dengan garam dan gula.

Note:Another resipi from Auntie Fishah, kawan mak kat Alor Setar.  Yang best resipi dari Auntie Fishah ni, resipi dia semuanya simple tapi sedap.  Semuanya yang boleh masak after office.

RESEPI IKAN SINGGANG - Kelate .sumber:famenu

Page 135: resepi saya.doc

 

Bahan2: ikan tenggiri 2 keping bawang puteh 2 ulas *dimayang* lengkuas dua tiga hiris asam keping 1 cili api lima enam bijik garam buku secukup rasa secubit dua gula *ganti aji-no-moto*

Cara membuatnya:Semua bahan kecuali garam dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Tambah air paras2 tenggelam ikan. Renihkan hingga masak ikan. Akhir sekali baru masukkan cili api, garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan... :)

SINGGANG IKAN DAUN SELASIH

sumber:tiffinbiru

Page 136: resepi saya.doc

  BAHAN-BAHANNYA :-)2 ekor ikan japanese mackerel, siang, kerat, cuci dan toskan1 biji tomato, belah 62 batang serai, dititik1 genggam daun selasih3 keping asam gelugorAir secukupnyaGaram dan gula secukup rasa1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)6 biji bawang merah2 ulas bawang putih1/2 inci lengkuas1/2 inci kunyit hidup1/2 inci halia15 biji cili padi merah thai1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik, hingga harum. Tuang air secukupnya, dan masukkan asam gelugor. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.

Page 137: resepi saya.doc

2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, daun selasih dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi putih dan ulam-ulaman...

Sambal Tumis Sardin

 

 Bahan-Bahan:Bahan A (tumbuk)5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih½ inci belacan30 batang cili kering 1 tin besar ikan sardin1 labu bawang besar - hiris sederhana tebal1 cawan air asam jawagaramCara:Pijarkan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau dan cili masak.

Page 138: resepi saya.doc

Masukkan sardin tin dan masak selama 5 minit.

Masukkan pula air asam jawa dan bawang besar, masak hingga bawang layu.

Masukkan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidang.Cadangan Hidangan:Boleh dimakan dengan nasi atau roti/biskut.

Sardin Sambal Sedap

 Bahan-Bahan:1 tin sarding (tin besar-cap Ayam@Botan)10 tangkai cili kering (ditumbuk),3 ulas bawang merah (ditumbuk),2 ulas bawang putih (ditumbuk),2 sm halia (ditumbuk),1 sm kunyit hidup (ditumbuk),2 ulas bawang merah(mayang halus),1 ulas bawang putih(mayang halus),2 biji bawang besar (potong bulat),2 biji cili merah (belah 2),1 biji tomato (potong bulat),

Page 139: resepi saya.doc

2 sudu besar kicap manis,Sedikit soohoon (direndam hingga kembang),1" kulit kayu manis(utk. mewangikan masakan, jika tak suka jgn. letakkan)Air asam jawa secukupnya(1 cawan)Garam secukup rasa,Minyak masak untuk menumis.Cara:1.Gorengkan sarding terlebih dahulu anggaran 1 ~ 2 minit saja. Angkat dan ketepikan. Simpan sedikit sos sardin tadi.2.Panaskan minyak dan tumis bawang merah&putih yang telah di mayang halus hingga kuning besama-sama kulit kayu manis,masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan goreng sehingga wangi.3.Masukkan air asam jawa dan renih sehingga mendidih dan masukkan ikan sardin,kicap manis,tomato,bawang besar,sos sardin tadi, cili merah dan garam secukup rasa.Gaul sebati dan renihkan beberapa minit.4. Akhir sekali masukkan soohoon yang telah direndam tadi, gaul sekali lalu dan angkat.

Ikan Sardin Masak Lemak

 Kiriman: Syarmilah Irani Mamat 

Bahan-Bahan:1 tin besar Ikan Sardin (Dlm Tin)1 biji kelapa (ambil Santan)3 biji telur

Page 140: resepi saya.doc

GaramAjinamoto 3 ulas bawang merah3 ulas bawang putihSedikit lada kering(semua bawang merah + bawang putih + lada kering di mesin)Cara:1) Tumiskan bahan2 yang telah dimesin.2) Masukkan Kuah ikan sardin.3) Lepas itu masukkan ikan dan santan sampai naik minyak.4) Masukkan garam dan ajinamoto.Cadangan Hidangan:Rebuskan telur dan goreng, masukkan ke dalam masakan tadi. 

Kari Ikan Sardin Special

 Bahan-Bahan:1 tin besar sardin cap King Cup7 sudu makan serbuk kari ikan5 ulas bawang merah dimayang5 ulas bawang putih dimayang1 inci halia dimayangsedikit serbuk ciliair 2 biji ubi kentang dipotong petakminyak untuk menumissedikit garamsedikit perasasedikit asam jawasantandaun kariCara:1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan daun kari hingga kekuningan.2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air.Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau.3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.

Page 141: resepi saya.doc

4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.5.Biarkan kuah kari ini mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.Cadangan Hidangan:Sedap dimakan bersama-sama nasi panas, berulamkan timun dan sambal belacan.Selamat mencuba.Tambahan:Cuba la...sedaaapppp

Kurma Ayam Mamak Kiriman: ayisha Sumber: ibu Hits: 47 Rating: 0.00 Review: 0 

 

Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong 3 biji bawang merah besar dipotong 3 biji tomato dipotong 5 sudu besar adunan halia dan bawang putih yang dikisar bersama daun kari 3 batang cili hijau 1 cawan teh santan 5 sudu besar minyak jagung

3 sudu kecil serbuk lada hitamsar 1 sudu kecil serbuk cili kering 4 sudu besar serbuk kurma 3 sudu kecil serbuk gajus garam secukup rasa 3 cawan air 

Page 142: resepi saya.doc

campuran 3 biji buah pelaga, 2 biji bunga cengkih dan 1 batang kayu manis Daun pudina

Cara:

panaskan minyak dan masukkan buah pelaga,bunga cengkih dan kayu manis dan bawang merah serta biarkan sehingga naik bau, masukkan halia dan bawang putih yang dikisar bersama serta tomato, tumis sehingga naik minyak,masukkan serbuk kurma, lada hitam, serbuk cili dan garam dan ayam bersama. masukkan air, serbuk gajus, cili hijau dan santan. biarkan sehingga memasak.

Cadangan Hidangan:

Tuangkan kurma ayam yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun pudina

Tambahan:

hidangkan bersama nasi briyani atau roti canai.....masakan akan lebih sedap jika masukkan sedikit yogurt selepas memasukkan santan.

Masakan Menggunakan Slow-Cooker SUP TULANG 

 

Bahan-bahan 

1 kg tulang rusuk 

3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 

4 biji kentang [belah 4] 

1 batang carrot [potong kecil] 

Page 143: resepi saya.doc

1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan] 

1 batang serai [ketuk] 

2 biji tomato [belah 4] 

garam 

bawang goreng 

air secukupnya 

bahan tumbuk 

7 ulas bawang merah 

3 ulas bawang putih 

3 sm halia 

1 s/k lada hitam 

bahan rempah tumis 

1 inci kulit kayu manis 

2 kuntum bunga lawang 

5 kuntum bunga cengkih 

2 biji buak pelaga 

Cara 

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan. 2. Masukkans emua bahan dalam slow cooker. 3. Setkan pada setting HIGH selama 4-5 jam atau SLOW selama 6-7 jam. 4. Bila telah masak masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup hiasan.

Egg-Drop Soup

Page 144: resepi saya.doc

 Nama orang putih.  Tapi saya belajar dari Bibik.  Mudah dan ringkas tapi sedap.

Rebuskan ikan bilis dengan tulang ayam untuk dijadikan stok.

5 ulas bawang putih1-2 inci halia muda.3 biji telurSedikit daun bawang dan daun sup. Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan bawang putih dan halia muda yang dihiris halus/ didadu kecil. Masukkan stok ikan bilis-ayam tadi. Bila dan mendidih, masukkan telur dan kacau segera. Perisakan dengan garam dan lada secukupnya. Taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus.

Rasam   Kiriman: Puspalatha Hits: 1072 Rating: 8.12 Review: 0

Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

Bahan A Lada hitam - 10 biji jintan putih - 2 sudu teh Bawang putih - 10 ulas Daun Kari Air asam jawa sedikit Garam secukup rasa Kunyit 2 sudu teh Air 1 liter

Bahan B Minyak utk tumis Halba Campuran - 1 sudu teh Bawang Besar dipotong Tomato - 1 biji 

Cara:

Page 145: resepi saya.doc

Tumbuk lada hitam, jintan putih dan bawang putih. Kemudian masukkan ke dalam air. Masukkan juga daun kari, air asam jawa, garam dan kunyit. Kemudian panaskan periuk dan tuang minyak untuk tumis. Masukkan halba campuran kemudian bawang besar. Masukkan Tomato. Kacau. Kemudian tuangkan bahan A. Biarkan masak. Jangan bagi masak sangat.

Cadangan Hidangan:

Sedap dimakan bersama ikan sambal, ayam sambal, telur sambal. Amat sesuai untuk wanita bersalin dan yang menghidapi selesema.

Ayam Kurma Merah 

Sekejap dah jumaat balik. Pejam celik, keluar dapur masuk dapur, masak, basuh pinggan basuh periuk basuh kuali, dah nak sampai hujung tahun. Buku resepi yang simpan dalam otak, ada yang dah blur dan terpaksa rujuk balik di tempat yang kita catat.  Itu kalau kita catat.  Kalau main ingat-ingat je, alamat ada yang dah tak ingat lah tu. Especially orang yang macam bundo ni.  Jangankan benda yang dah lepas-lepas, nak ambil benda dalam peti ais pun kadang-kadang kena termenung dulu depan peti ais sebab dah lupa apa benda yang nak diambil. Feel familiar?

Masak kurma kat kedai mamak memanglah sedap. Mungkin sebab diaorang bubuh kaskas. Bundo ada staff geng mamak yang buat masak kurma guna kacang yang rupanya macam kacang dal dan rasanya macam 'kacang putih' untuk memekatkan kuah.  Dia ada bagi bundo sepeket dan bubuh dalam segenggam.  Blender dululah.  Memang kuah sedap macam yang kat kedai mamak tu.  Kalau nak

Page 146: resepi saya.doc

beli, pergi kat kedai india yang jual bahan runcit. Cakap nak beli kacang untuk pekatkan kuah kurma, dia tahulah.

Kali ni bundo nak letak resepi ayam kurma tapi yang telah lari dari kebiasaan. Biasalah kita ni kalau duduk di dapur sebolehnya nak cuba buat lain dari yang lain.

 1 ekor ayamsantan daripada sebiji kelapa 6 sudu besar rempah kurma2 sudu besar cili kering giling5 ulas bawang merah ditumbuk2 ulas bawang putih ditumbuk1 cm halia dihiris panjangrempah 4 sekawan3 sudu besar yogurt1 sudu besar perahan lemon3 biji ubi kentang dibelah dua1 biji tomato dibelah empat2 biji cili merah dibelah2 biji cili hijau dibelah

CARA-CARA

Page 147: resepi saya.doc

 -Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan. Bila berbau wangi, masukkan cili. Goreng sehingga masak.-Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga masak.-Masukkan ayam dan yogurt. Masak sehingga berubah warna dan airnya kering.-Masukkan santan dan garam.-Apabila mendidih seketika, masukkan kentang.-Biar kentang empuk dan kuah pekat masukkan perahan lemon, cili dan tomato.-Siap.  Bundo makan dengan nasi briyani.

Acar Buah-Buahan Kering

 Ini resipi tok.  Yang saya tahu, ramai orang sukakan acar ni.  Tapi mungkin sebab masa tu saya masih kecil, jadi saya tak reti nak appreciate acar ni.  Sampai sekarang pun saya tak berapa sangat dengan acar buah.  Makan...bukan tak makan, tapi macam ada makan, tak ada pun tak kisah.  Inisiatif nak masak sendiri, lagilah jauh sekali kemungkinannya.  Apalagi hubby pun tak berapa makan sangat.  Budak-budak lagilah....cuma bila belek-belek kotak resipi mak dan jumpa resipinya, saya ingat saya simpan ajalah dalam blog.  Kot-kot in future teringin nak cuba...

1 sudu besar serbuk jintan manis

Page 148: resepi saya.doc

1 sudu besar serbuk jintan putih2 sudu besar serbuk cili Goreng tanpa minyak sehingga garing.

10 ulas bawang putih20 ulas bwang merah2 inci halia10 biji kurma Giling halus (err...resipi tok ni, tak habis-habis dengan giling.  Kira kisar dengan blender jer la zaman sekarang ni kot), dan gaul dengan rempah yang digoreng di atas. Gaulkan dengan 3/4 cawan cuka.

1 1/2 cawan minyakGaram dan gula secukup rasa.Buah-buahan kering secukupnya.  Sekarang kan banyak pilihan buah-buahan kering ni.10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih1' halia

Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak.  Tumis sehingga garing. Masukkan bancuhan rempah-rempah dan cuka tadi. Bila garing, masukkan 2-3 cawan air, garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan buah-buahan kering tadi. Gaul rata, reneh sehingga kuah pekat. Angkat dan sejukkan.

Acar Daging dan Rebung

Page 149: resepi saya.doc

 Rebung - hubby's favorite dish.  Pajeri rebung, acar rebung, kari rebung.  This is another variation of masakan rebung....

1 kati daging3 ulas bawang merah5 ulas bawang putih1 inci haliasedikit garam

Daging dipotong nipis dan diperap dengan bahan-bahan di atas (yang dikisar halus, resipi mak kata tumbuk.  Cara orang sekarang, main masuk blender jer...), goreng sehingga garing.

10 biji cili kering1 sudu kecil jintan putih1 sudu kecil jintan manis2 sudu kecil ketumbar Goreng tanpa minyak dan digiling halus.

2 sudu besar cukaGula dan garam secukup rasa3 tangkai cili merah - dibelah 2 dan dibuang biji3 tangkai cili hijau - dibelah 2 dan dibuang biji10 cili padi300 gram rebung - dihiris halus dan dicelur Tumis bahan giling (blend pun boleh) sehingga naik minyak. Masukkan cuka, garam dan gula sehingga naik minyak. Bila mendidih, masukkan daging dan rebung.  Kacau rata. Masukkan cili-cili tadi. Reneh sehingga kuah pekat.

Ayam Cili Padi

Page 150: resepi saya.doc

 Resipi ni mak belajar dari Tok Tam Nah, salah seorang tukang masak handalan dalam family.  Selalu jadi consultant chef sessi kenduri kahwin, kenduri arwah dan apa saja majlis makan-makan kat kampung.

1 ekor ayam - dipotong kecil.

Dikisar halus dan ditumis sehingga pecah minyak bahan-bahan berikut: 15-20 tangkai cili padi hijau 5 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 15 batang serai 1 inci kunyit hidup 3-5 biji belimbing buluh (optional)

Kemudian, masukkan gula dan garam lebih kurang 1 sudu kecil.  Kacau rata.Kemudian, masukkan ayam dengan 2-3 asam keping, jika perlu (kalau tak masukkan belimbing buluh).Renehkan sehingga kuah pekat.Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

Sambal Lengkuas

Page 151: resepi saya.doc

 Sambal lengkuas ni pun sedap.  Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas-panas.  Kawankan dengan ikan kering goreng...yummy!!!

2 cawan lengkuas - kisar, rebus dan tapis airnya.300gram bawang besar - dimayang10 batang serai30 biji cili kering5cm belacan5cm halia300gram ikan bilis - tumbuk pecah-pecah300gram bawang besar - dimayangkerisik daripada sebiji kelapaair asam jawa secukupnyagaram dan gula

Kisar halus serai, cili kering, belacan dan halia Panaskan minyak.  Tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga garing dan wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, lengkuas tadi, ikan bilis, bawang besar, kerisik, air asam jawa.  Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak di atas api sederhana selama 1 jam atau sehingga betul-betul kering dan garing.

Sambal Serai

Page 152: resepi saya.doc

 Hari ni, nak kongsi beberapa resipi sambal yang selalu mak buat.  Bukan saya buat...

10 ulas bawang merah - dimayang halus3 ulas bawang putih - dimayang halus1 paket (25gm) rempah kurma5 labu bawang besar - dikisar1 cawan santan1 cawan udang geragau21 batang serai - dihiris nipis-nipis (ni sebab saya tak nak buat sendiri, mak aja buat, saya makan)21 biji belimbing buluh - dihiris nipis memanjang3 biji cili merah-dihiris nipis3 biji cili hijau-dihiris nipis10 biji cili padi2 labu bawang besar - dimayang300 gram udang hidup (lagi banyak, lagi sedap)

Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan rempah kurma dan bawang besar yang dikisar halus. Apabila telah pecah minyak, masukkan santan, udang geragau, serai dan belimbing buluh. Kacau sehingga pekat dan serai betul-betul masak. Masukkan cili, bawang besar yang dimayang serta udang. Kacau sebati dan biarkan sehingga udang masak.

Chicken Chop

Page 153: resepi saya.doc

Chicken chop ni versi SBC Butterworth.  Uniknya, ayamnya dipotong kecil-kecil, dicampurkan sekali dengan kentang goreng, carrot, tomato, bawang besar, greenpeas dan baked beans dan dimakan dengan kuah yang banyak....

5 keping dada ayamDiketuk sehingga leper, gaulkan dengan garam dan lada hitam.Celupkan dengan telur yang dipukul, gaulkan dengan oat/nestum/serbuk roti.Goreng sehingga kekuningan.

Untuk kuahnya:1 tin tomato sup1 tin kecil green peas1 tin kecil kacang panggang5 ulas bawang putih2 labu bawang besar - dibelah 81 batang carrot - dipotong bulat2 biji tomato - dibelah 4

Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan tomato sup dan sedikit air. Masukkan kacang panggang, green peas dan carrot. Bila carrot dah masak, masukkan tomato dan bawang.

Page 154: resepi saya.doc

Perisakan dengan garam, gula dan lada.

Goreng kentang atau fries.Goreng telur mata lembu.

Masukkan ayam dan kentang dalam mangkuk.  Tuangkan kuah ke atas ayam dan kentang.  Hidangkan sekali dengan telur goreng.  Kalau chicken chop versi SBC yang ori, ayamnya dipotong memanjang, macam fries jugak.

Ayam Goreng 13 Perencah

 Ini masakan pertama yang saya   hidangkan kepada hubby.  Lebih  kurang first time suami makan air tangan isteri.  And he loved it...sebab betul-betul sedap ker sebab baru kahwin, apa yang wife masak semua sedap.  Entah.  Tapi ini hidangan kegemaran kawan-kawan mak dan ayah kalau usrah kat rumah.

1 ekor ayam - potong 16

Bahan-bahan berikut digiling halus dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya 5 jam:10 ulas bawang merah

Page 155: resepi saya.doc

2 labu bawang besar5 ulas bawang putih2 inci halia1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis2 sudu kecil serbuk jintan manis2 sudu kecil serbuk lada hitam2 sudu besar garam2 sudu besar madu2 sude besar kicap pekat2 sudu kecil serbuk kunyit2 batang serai2 sudu besar air asam limau1 sudu kecil serbuk kas-kas

Goreng sehingga garing.

Daging Masak Kicap

 Ini resipi Tok Tam Nah.  Mak saudara kepada mak.  Tok Tam memang terkenal dengan masakannya.  Cuma standard la....orang tua-tua masaknya main sesedap rasa.  Tak ada sukatan spesifik, dan memang betul-betul sedap.  Kalau orang macam saya main masak sesedap rasa...hihihihi...

Daging, diperap dengan rempah kari daging, bawang putih dan halia yang dikisar halus, bawang besar dimayang halus, dan kicap pekat.

Page 156: resepi saya.doc

Tumis rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga), serai dititik, bawang merah yang dimayang dan daun kari.

Bila garing, masukkan daging dan air.Masak sehingga daging empuk.

Tambahkan secukupnya air asam jawa, gula merah, gula batu dan daun kari.

Kacau sebati dan angkat.

PASTA BEBOLA DAGING BLACKPEPPER

1 paket Perencah Lada Hitam SERI-AJI600ml air3 sudu besar minyak1 labu bawang besar4 ulas bawang putih60ml puri tomato1 sudu teh herba campuran

Page 157: resepi saya.doc

Sedikit garam, gula 1 sudu besar stok ayam500 gm bebola daging

Bahan pemekat (campur)60ml air1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat1. Larutkan Perencah Lada Hitam SERI-AJI dengan 200 ml air. Ketepikan.2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga keperangan.3. Masukkan bawang putih, kacau 1-2 minit.4. Tuangkan baki air, puri tomato, herba campuran, garam dan stok ayam. 5. Bila mendidih, masukkan bebola daging dan tutup periuk. 6. Renihkan hingga daging masak. Masukkan Perencah Lada Hitam SERI-AJI, gula dan bahan pemekat.

* Sedap dimakan dengan kentang lecek (mashed potatoes) atau pasta.