resepi

9
RESEPI : NASI MANDY PENYEDIAAN: 4 ORANG MASA: 30 MINIT BAHAN: 4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan 4 cawan Air/ air rebusan daging 1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung 1 sdm Serbuk jintan Manis 1 sdm Serbuk Jintan Putih 1 sdm Serbuk Ketumbar 1/2 sdk serbuk kunyit 1 inci kulit kayu manis 4 biji Buah pelaga 3 ktm Bunga Lawang 3 ktm Bunga cengkih 2 sdm Gula 1 sdm Garam 1 sdm Serbuk perasa Ayam Cara: 1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata. 2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

Upload: nur-asiah

Post on 11-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nasi mandy

TRANSCRIPT

RESEPI : NASI MANDY PENYEDIAAN: 4 ORANG MASA: 30 MINIT BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan 4 cawan Air/ air rebusan daging 1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung 1 sdm Serbuk jintan Manis 1 sdm Serbuk Jintan Putih 1 sdm Serbuk Ketumbar 1/2 sdk serbuk kunyit 1 inci kulit kayu manis 4 biji Buah pelaga 3 ktm Bunga Lawang 3 ktm Bunga cengkih 2 sdm Gula 1 sdm Garam 1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara: 1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata. 2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.

RESIPI : AYAM PANGGANG MOROCCOPENYEDIAAN: 10 ORANGSUHU KETUHAR : 150cMASA: 45 MINIT

Bahan:

1 ekor Ayam di bersih1 sudu kecil Serbuk kunyit1 sudu makan Bawang kecil - di cincang halus2 sudu makan Bawang merah - di cincang halus1 sudu makan Lada hitam - di kisar kasar2 sudu makan Garam secukup rasa3 sudu makan Gula Pasir8 sudu Makan Minyak Jagung

Cara:

1. Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk kecuali ayam, kemudian kacau hingga rata.2. Sapu adunan bahan perapan keseluruhan badan ayam , kemudian perap selama 30 minit.3. Panaskan ketuhar pada suhu kepanasan 150C, letak ayam yang telah di perap di atas dulang pembakar.4. Masukan dulang pembakar kedalam ketuhar, panggang ayam selama 45 minit.

RESIPI 2: TOMATO SALSA4 biji Tomato di buang biji - di potong dadu kecil1 biji Timun - di buang biji - di potong dadu kecil2 ulas Bawang besar - di buang biji - di potong dadu kecil2 biji Air limau nipis1/2 cawan Mayonnaise1 sudu kecil Daun ketumbar - di cincang4 biji Cili padi - di cincang1 sudu kecil Garam1 sudu makan Gula Pasir

Cara:Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk , kemudian gaul hingga rata. setelah siap bolehlah di hidang dengan ayam panggang.

RESIPI : 3 SOS LADA HITAM2 Sudu makan Serbuk sos perang/ brown sauce powder2 cawan Air2 ulas Bawang putih di cincang halus3 ulas Bawang merah di cincang halus1 sudu makan Lada hitam - di kisar3 sudu makan Minyak jagung80g Mentega1 biji Air limau nipis2 sudu kecil Garam secukup rasa1 sudu kecil Gula

Cara:1. Panaskan sos pan, kemudian masukan bawang putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau.kemudian masukan lada hitam2. Sementara itu bancuh serbuk perang dengan air dan kacau hingga serbuk perang benar-benar larut di dalam air.3. Masukan bancuhan sos perang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar ia renih seketika.4. Setelah itu masukan, air limau nipis, garam, gula secukup rasa.5. Akhir sekali masukan mentega dan kacau hingga mentega larut.6. Setelah siap boleh lah di hidang dengan ayam panggang.

RESIPI 4: CHEESE POTATO1 kg Ubi kentang - di rebus hingga empuk2 ulas Bawang putih - di cincang1 ulas Bawang besar - di cincang halus2 sudu makan Daun bawang - di hiris halus3 sudu Makan Minyak Masak80 g Mentega3 biji Cili merah - di buang biji - di cincang halus2 cawan Susu cair3 sudu makan Keju Parmesan1 sudu kecil serbuk perasa ayam1 biji Air Limua nipisgaram secukup rasa

cara:1. Kupas kulit ubi kentang yang telah direbus, kemudian di potong dadu atau di hiris kasar.2. Panaskan kuali, kemudian masukan minyak, bawang putih, bawang merah, cili merah dan kacau hingga naik bau.3. Masukan susu dan kacau hingga mendidih , kemudian masukan ubi kentang, keju dan kacau hingga rata.4. Akhir sekali masukan garam, serbuk perasa dan daun bawang.5. Setelah siap bolehlah di hidang dengan Ayam panggang dengan sos lada hitam.

Petua: Resipi ini sesuai di hidang untuk makan malam dan sangat berkhasiat serta amat sesuai untuk anak-anak. Akhir chef doakan semoga pembaca blog chef setiasa di berkat Allah dan murah rezeki. Pasti dengan amalam "Bismillah sebelum memasak" .

Chik Na suka guna beras Faiza Basmathi Moghul Parboiled Rice (yang dlm paket warna orange n color berasnya mcm nak perang sikit) sebab nasinya lebih panjang, lembut, gebu dan tak patah-patah bila digaul. Chik Na mula guna beras ni sejak tengok orang Syria gunakannya bila masak nasi arab :-). Cuma berasnya agak mahal, lebih kurang RM 10 sekilo ... bagi Chik Na apa salahnya beli yang mahal sikit untuk hasil yg sedap. Kalau makan nasi arab kat kedai pun depa charge around RM 15 - 30 sepinggan. Chik Na guna 1/2 kilo beras dah boleh makan untuk 5 org....

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih1/2 sudu kecil serbuk ketumbar1/2 sudu kecil serbuk jintan manis1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )2 biji bawang besar ~ dihiris bulat2 biji lemon ~ dihiris bulatGaramSedikit pewarna kuning/ saffronAluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan3 camca besar minyak sapi4 1/2 cawan air atau secukupnya1 biji bawang besar ~ hiris halus3 ulas bawang putih ~ hiris halus1 inci halia ~ hiris halus btg mancis1/3 cwn kismisRempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkihSedikit pewarna kuningGaram secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halusGaramGulaPerahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.