report assigment sce 3110

Upload: fatin-nazirah

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Report Assigment Sce 3110

    1/3

    Impian untuk menjejakkan kaki ke angkasa lepas kini bukan sekadar impian lagi

    bagi kita khususnya rakyat Malaysia apabila Negara kita Berjaya menghantar seorang

    anak jati Negara kita ke angkasa lepas. Bidang aeroangkasa ini atau secara terperinci

    lagi teknologi angkasa sebenarnya telah menyumbang peratusan yang timggi dalam

    kajian serta pembangunan teknologi canggih yang telah diaplikasikan untuk kegunaan

    awam. Menyelusuri sejarah, apabila manusia pertama dihantar ke angkasa lepas oleh

    Soviet Union (sudah berkubur) pada tahun 1961, pelbagai alternatif telah dirancang

    untuk membolehkan manusia tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan. Melalui

    proses ini, terhasil pelbagai kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi

    angkasawan, kesan persekitaran angkasa terhadap fisiologi dan fizikal angkasawan

    dan fizikan angkasawan serta keperluan alatan yang ergonomic untuk membantu

    angkasawan untuk bekerja di stesen angkasa.

    Melalui hasil kajian National Aeronautics and Space Administration ( NASA ),

    terdapat pelbagai produk sampingan spinoff produk yang telah dihasilkan. Teknologi

    spin-off NASA ini adalah teknologi yang telah dikomersilkan melalui penyelidikan,

    kajian, kemudahan, pelesenan atau pun bantuan daripada pihak NASA. Malah, NASA

    juga telah menerbitkan jurnal tahunan yang bertajuk spinoff yang mengandungi

    pelbagai produk. Pembangunan produk ini boleh dikaitkan secara langsung kepada

    pihak Nasa seperti funding, pelesenan ( daripada NASA patents), kemudahan ( seperti

    product testing di tempat NASA), bantuan NASA ( bantuan saintis NASA untuk

    menghasilkan produk) atau kajian NASA.

    Penghasilan produk seperti kasut sukan merupakan satu perniagaan yang besar

    dan juga mempunyai persaingan yang amat kuat. Pengeluar produk seperti ini akan

    berbelanja jutaan ringgit setahun untuk menjalankan kajian dan pembangunan, mencari

    alternatif dan inovasi yang mampu membuat syarikat mereka ataupun produk yang

    terhasil sentiasa berada di hadapan berbanding pesaing yang lain. Maka, terdapat

    beberapa syarikat yang mengambil satu langkah ke depan untuk memastikan produk

    yang dihasilakn adalah yang berkualiti dan juga terbaik. Antara syarikat yang

    mengambil satu langkah ke depan ialah AVIA Group International Inc. Syarikat ini

    dimiliki oleh American Sporting Good Corporation. Secara khusunya, syarikat ini

    menghasilkan pelbagai jenis kasut untuk kegunaan sukan.

  • 7/29/2019 Report Assigment Sce 3110

    2/3

    Syarikat AVIA ini telah mengaplikasikan hasil kajian teknologi angkasa lepas

    kedalam produk kasut mereka. Mereka telah mengubahsuai dan menghasilkan satu

    komponen yang telah diperkenalkan melalui produk mereka iaitu AVIA Compression

    Chamber Midsole, yang telah diperkenalkan di pasaran pada tahun 1990.

    Lewat tahun 1980, syarikat ini telah memulakan satu projek untuk menyingkirkan

    serta menghapuskan kesan kemampatan yang tidak diperlukan ataupun kerosakan

    yang berlaku dalam kasut sukan yang mengakibatkan kehilangan resapan kasut

    tersebut. Justeru, AVIA mengikat kontrak dengan Alexander L. Al Gross daripada

    Lunar Technology Incorporation untuk menghasilkan satu produk kasut sukan yang

    mampu untuk mengekalkan penyerap hentakan, kestabilan serta ciri-ciri fleksibel

    produk tersebut bagi satu tempoh hayat yang lama.

    Pendekatan yang digunakan oleh Al Gross adalah dengan mereka satu produk

    kasut dengan menyingkirkan bahan getah berbusa ( foam material ) daripada bahagian

    tapak kasut kerana bahan tersebut menyebabkan kehilangan resapan (cushioning)

    akibat pengulangan daya menegak akibat daripada berat badan. Beliau menjelaskan

    lagi bahawa sewaktu kasut sukan ini digunakan, ia menerima daya enam kali ganda

    lebih besar daripada berat badan. Akibatnya, daya yang diterima ini mengakibatkan

    kasut sukan mula mengalami kerosakan selepas sekali dan digunakan dan terus

    mengalami prestasi yang menurun dan jauh berbeza daripada tujuan asal ia dicipta.

    Bahkan, struktur dinding getah berbusa juga akan rosak akibat daripada beban yang

    melampau. Oleh itu, kasut tersebut tidak lagi akan mampat apabila mempunyai beban

    sebaliknya akan kehilangan cushioning capability.

    Tugasan yang dijalankan oleh Al Gross ini yang dibantu oleh kajian AVIA telah

    bersetuju terhadap satu penyelesaian iaitu satu sistem yang rigid/flexible yang sama

    dengan pakaian angkasa yang bertekanan. Apabila diberikan tekanan, maka pakaian

    angkasa ini haruslah rigid tetapi ia juga perlu mempunyai fleksibeliti yang mencukupi

    untuk membolehkan angkasawan bergerak. Cabaran yang besar yang terpaksa

    dihadapi ialah untuk membolehkan pergerakan di bahagian sendi. Untuk mengatasi

    masalah ini, terdapat satu sistem dalam pakaian angkasa (Moon suit) iaitu convoluted

    system ( sistem berbelit@berpulas). Sistem ini merupakan satu siri pam (bellow) di

    kawasan sendi yang akan mengembang dan mengecut setiap kali pergerakan

  • 7/29/2019 Report Assigment Sce 3110

    3/3

    dilakukan. Dengan melapiskan dan menggabungkan bahan yang berbeza dari segi

    saiz, bentuk, bilangan dan ketebalan dinding bahan, maka pereka cipta pakaian

    angkasa akan dapat mempelbagaikan fleksibiliti sendi.

    Teknologi pakaian angkasa ini telah diaplikasikan dalam projek kasut AVIA.

    Tugasan projek adalah untuk menghasilkan tekanan luar dinding dengan pam mendatar

    untuk pelapik dan kolum menegak untuk kestabilan dengan mempelbagaikan bentuk,

    bilangan serta ketebalan dinding bahan. Pereka-pereka akan mampu untuk mengawal

    kekakuan dan juga ciri-ciri pelapik tapak kasut.

    Selain itu, AVIA dan Gross juga telah mengadaptasi satu lagi teknologi NASA

    iaitu process blow molding tanpa tekanan. Proses ini digunakan untuk mendapatkan

    kesan impak rintangan yang lebih besar terhadap helmet lunar Apollo dan visor. Ruang

    kemampatan tidak mampu untuk membuang getah berbusa sepenuhnya. Plastik yang

    diperbuat daripada bahan yang kuat tetapi ringan, plastik Hytel akan memenuhi kasut

    tersebut dengan kestabilan, dengan jumlah ketumpatan getah berbusa yang sedikit

    yang akan memberikan sedikit kesanpelapik. Jumlah ketumpatan getah berbusa yang

    rendah akan memberikan berat yang lebih ringan sebanyak 10 % daripada berat asal

    kasut.

    Dalam ujian yang telah dijalankan di Penn State Center, tapak ruang

    kemampatan ini diberikan tekanan sebanyak 400 batu jarak larian dan hasil keputusan

    menunjukkan tiada tanda-tanda haus mahupun keletihan pada kaki. Kasut yang

    mempunyai ciri ruang kemampatan ini pada mulanya hanya terdapat pada kasut bola

    keranjang dan latihan campuran namun telah diperluaskan lagi oleh AVIA pada tahun

    1991.