modul pim 3110

32
(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Bi l. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1 Definisi konsep. 8 8 2 Penilaian Formatif dan Sumatif dalam pendidikan Islam. 2 2 4 3 Bentuk penilaian, contoh dan pelaksanaan. 2 5 7 4 Bidang Pembelajaran yang diuji. 6 6 5 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pendidikan Islam 8 8 Pembinaan Item Pendidikan Islam 8 8 Penilaian PAFA Sekolah Rendah 4 4 JUMLAH 30 15 45

Upload: tg-farra-waheeda

Post on 10-Aug-2015

1.812 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )Bil. Tajuk/Topik Interaksi

Bersemuka

(jam)

Modul(jam)

Jum.Jam

1 Definisi konsep.8 8

2 Penilaian Formatif dan Sumatif dalam pendidikan Islam. 2 2 4

3 Bentuk penilaian, contoh dan pelaksanaan.2 5 7

4 Bidang Pembelajaran yang diuji.6 6

5 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pendidikan Islam 8 8

Pembinaan Item Pendidikan Islam8 8

Penilaian PAFA Sekolah Rendah4 4

JUMLAH 30 15 45

Page 2: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciri-

ciri penting pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran

dan penilaian dan tujuan penilaian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang:

1. konsep pengujian.

2. konsep pengukuran.

3. Ciri-ciri penting pengukuran.

4. konsep penilaian.

5. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

6. Tujuan penilaian.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP

PENGUJIAN PENGUKURAN PENILAIAN

Page 3: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

1.3 Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya

sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek

teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan

penilaian.

1.4Pengujian

Pengujian adalah merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang

perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau

tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian

mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti medefinisikan sesuatu

perkataan, menyusun ayat-ayat al quran, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu

kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan

kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah.

Berikut adalah antara tujuan pengujian:

a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.

b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil

pembelajaran yang lain.

c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan,

kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui

proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-

satu kemahiran yang telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh

para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui

Page 4: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru,

penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.

1.5Pengukuran

Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan

pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin

terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.

Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian

kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :

a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.

b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.

c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek

pembelajaran yang lain.

d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid

e) Bagi mendapatkan maklumat untuk :

i. Bimbingan.

ii. Kecekapan guru.

iii. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas

kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-

tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):

a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih

10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat

membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan

Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui

sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid

Page 5: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid

yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan di

tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal).

b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran

jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang

memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1%

adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan

sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

1.5.1 Ciri-ciri Penting Pengukuran

Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran:

a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai,

dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur

kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang

dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan

Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau

pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya.

Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.

b) Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau

dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang

pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah

pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam pemdidikan

adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang

perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap

tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan

seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi

pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya

(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986).

Page 6: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

1.6Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku

berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu,

mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat

pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan,

penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti

mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang

sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

dengan cara yang lebih berkesan.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:

a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.

b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.

c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil

pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,

penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara

ringkas:

a) Peringkat persediaan ujian.

b) Peringkat pentadbiran ujian.

c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.

d) Peringkat analisis.

e) Peringkat interpretasi dan tindakan.

Page 7: modul PIM 3110

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan

gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran dan pengujian

1.7Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari

pelbagai aspek seperti berikut:

a) Takrif.

Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu.

Pengukuran pula ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi

menentukan pencapaian pembelajaran individu. Manakala penilaian ialah

proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan

kualitatif.

b) Fungsi.

Pengujian berfungsi mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh.

Pengukuran juga mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran

dan kemajuan. Penilaian berfungsi membuat pentaksiran tentang

pencapaian murid untuk tujuan pemulihan atau peggredan.

Page 8: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

c) Masa diberi.

Kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum,

semasa dan selepas pengajaran.

d) Cara.

Pengujian dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian. Pengukuran

dijalankan melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif. Penilaian

dijalankan melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod

anekdot dan senarai semak.

e) Fokus.

Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit

pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula adalah

berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari

pemerhatian, soal selidik atau senarai semak.

f) Hasil.

Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit

pembelajaran. Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen

pelajaran yang diukur. Manakala Penilaian menunjukkan pencapaian dan

tingkah laku murid secara keseluruhan.

1.8 Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran guru.

Melalui penilaian, guru dapat :

a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran

lebih awal dari semasa ke semasa;

c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;

d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

Page 9: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu

murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat

awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu

kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui

aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh

pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

LatihanNyatakan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian?

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya!

Page 10: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 2 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep penilaian formatif, penilaian

sumatif diikuti dengan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:

1. konsep penilaian formatif

2. konsep penilaian sumatif

3. perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 Jenis Penilaian

Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif

dan penilaian sumatif:

PENILAIAN

FORMATIF SUMATIF

Page 11: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

2.4 Penilaian Formatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan

murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian

pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam

buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki

pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam

kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan

pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh

disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam

sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai

seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan

prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti

pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu.

Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian

bulanan. Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran

Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti

berikut:

a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat

1-5:

i. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa.

ii. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.

iii. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat

di atas.

2.5 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid

Page 12: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian

dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid

yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat

membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.

Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-

aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu

UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi

maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian

berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM

bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut:

a) Soalan 1

i. Jelaskan pengertian Islam.

ii. Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam.

b) Soalan 2

i. Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.

ii. Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan.

c) Soalan 3

i. Terangkan maksud poligami dalam Islam.

ii. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

2.6 Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa

aspek seperti berikut:

Page 13: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

a) Fungsi.

Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru

tentang kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan

untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan

untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus.

b) Masa diberi.

Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi

pada akhir satu-satu unit atau kursus.

c) Tekanan dalam penilaian.

Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif,

psikomotor dan afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku

kognitif sahaja.

d) Fokus pengukuran.

Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif

difokuskan kepada objektif kursus.

e) Sifat sampelan.

Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah

mengikut segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.

f) Kesukaran item.

Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif

kesukarannya terdapat pada semua peringkat, ada yang sangat senang

dan ada pula yang sangat susah.

g) Jenis alat.

Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif

adalah pada peperiksaan akhir tahun.

h) Jenis-jenis skor.

Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya

merupakan ujian rujikan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian

rujukan kriteria.

i) Cara melapor skor.

Page 14: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian

sumatif, jumlah skor diambil kira.

j) Contoh.

Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh

ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan

seumpamanya.

LatihanTerangkan konsep penilaian formatif dan sumatif beserta dengan contoh.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya!

Page 15: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 3 BENTUK PENILAIAN

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang bentuk penilaian yang terdiri daripada

penilaian secara pemerhatian, penilaian secara lisan, instrumen penilaian lisan,

penilaian secara penulisan, instrumen penilaian penulisan dan akhir sekali

contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:

1. Konsep penilaian secara pemerhatian.

2. Konsep penilaian secara lisan.

3. Instrumen penilaian lisan.

4. Konsep penilaian secara penulisan.

5. Instrumen penilaian penulisan

6. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK PENILAIAN

TULISAN LISAN PEMERHATIAN

Page 16: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.3 Pendahuluan

Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai

dengan menggunakan kaedah:

a) Pemerhatian.

b) Lisan.

c) Penulisan.

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan

untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai

kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh

digunakan untuk :

a) Mengesan serta-merta.

b) mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam

pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.

c) Mengesan kemajuan.

d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran.

e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan.

f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja,

ujian bertulis.

g) Mengesan pencapaian.

h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir

program.

i) perlu dirancang secara individu.

j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian

bertulis dan ujian lisan.

Page 17: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.4 Penilaian Secara Pemerhatian

Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar

dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

a) sikap.

b) perlakuan/amalan.

c) Amali.

d) kemahiran manipulatif.

e) kemahiran bersosial.

f) kemahiran belajar.

g) kemahiran kinestetik.

h) kemahiran literasi komputer.

i) kemahiran mereka cipta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf

tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan

sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran

mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan

penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala

kadar.

3.5 Penilaian Secara Lisan

Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku

interaksi antara:

a) murid dengan guru.

b) murid dengan murid.

c) murid dengan bahan pembelajaran.

Page 18: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

a) kefahaman konsep.

b) pengetahuan fakta.

c) kecekapan mendengar.

d) penggunaan bahasa yang tepat.

e) kefasihan menghafaz.

f) sebutan dalam berbahasa.

g) kecekapan mencongak.

h) gaya persembahan.

i) pertuturan dan sikap.

3.5.1 Instrumen Penilaian Lisan

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

a) bacaan kuat.

b) Syarahan.

c) Perbahasan.

d) Bercerita.

e) Perbincangan.

f) Hafazan.

g) temu bual.

h) soal jawab.

i) Nyanyian.

j) deklamasi sajak.

k) mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar

dan bertutur secara gramatis.

b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman

murid.

c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

Page 19: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

d) mengesan kelancaran dalam sebutan.

e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan

aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan

instrumen tersebut guru perlu memastikan:

a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan

mudah difahami.

b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan

untuk merangsang murid berfikir.

d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

3.6 Penilaian Secara Penulisan

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa

tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

a) karangan.

b) laporan projek/kerja kursus/folio.

c) latihan dan ujian bertulis.

d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

3.6.1 Instrumen Penilaian Penulisan

Instrumen Penilaian Penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa

dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

a) kemahiran menulis.

b) menyusun idea.

c) penggunaan tanda baca.

d) perbendaharaan kata.

Page 20: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

e) Mengaplikasi.

f) Mentafsir.

g) Menilai.

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah

diambil kira:

a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.

b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.

c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan.

e) skema pemarkahan disediakan.

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan

ialah:

a) soalan subjektif.

b) soalan objektif.

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif

peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai

peningkatan tahap pemikiran murid.

Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan

pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh

merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan

difahami secara kritis dan kreatif.

Page 21: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.6.2 Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian

Aras Kemahiran DomainKognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur

Mengetahui

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta sfesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip

- Mengingati kembali- Mentakrif- Memerihal- Mengenal pasti- Melabel- Menyenarai- Melakar- Memadan- Menama- Menyatakan- Melukis- Menulis

Memahami

Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip.

- Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain;

- mentafsir bahan atau idea; - merangkakan trend masa depan- mengubah- menganggar- menerangkan- memberi contoh- mengukur- menyukat- menentukan- menukar- membanding dan membeza- menambah- meramalkan- membuat inferens- menghubungkait- mencirikan- mengelas

Page 22: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Aras Kemahiran DomainKognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur

Mengaplikasi

Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

- menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit:

- mengira- menunjuk cara- mengubahsuai- menghitung- menjana idea- menjelaskan dengan contoh

Menganalisis

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.

- mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen.

- mencerakin- menjelaskan melalui contoh- memilih- mengasingkan- membuat andaian- menghuraikan- mengawal pembolehubah- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menggunakan perhubungan ruang

dan masa- membuat kesimpulan- menyelesaikan masalah

Page 23: modul PIM 3110

(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Aras Kemahiran DomainKognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur

Mensintesis

Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

- Menggabungkankomponen-komponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif.

- menggabungkan- merancang- meringkaskan- membina- merangkakan- berkomunikasi- mengeksperimen- menganologi- mereka cipta- mengkonsepsikan- membuat gambaran mental- mendefinisikan secara operasi- membuat hipotesis- mereka bentuk

Menilai

Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

- Menilai idea/bahan maklumat/ kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu.

- Menaksir- Mengkritik- Mentafsir- Mewajarkan- mengesan kecondongan- membuat keputusan- menyokong

Fikirkan dan buat satu peta minda yang boleh menyatakan perbezaan antara aras kemahiran domain kognitif (mengetahui, memahami, mengaplikasi….dll) dan sertakan contoh frasa atau ayat untuk membuat penilaian.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya!Tamat.