bmm 3110 golongan-kata

43
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am , nama khas , ganti nama dan nama terbitan . 1. Kata Nama Am 2 . Kata Nama Khas 3 . Kata Ganti Nama 4 .Kata Nama Terbitan Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah: :: orang: ''ayah, polis, perempuan dll.'' :: haiwan: ''ayam, itik, buaya dll.'' :: benda: ''televisyen, komputer, bank dll.'' :: tempat: ''stadium, jalan raya, pulau dll.'' Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu '''konkrit'' dan ''abstrak'''. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. Contoh: buai -> buaian Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Upload: aziz-ismail

Post on 29-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang

besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

1.  Kata Nama Am

2 . Kata Nama Khas

3 . Kata Ganti Nama

4  .Kata Nama Terbitan

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang

bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-

tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

:: orang: ''ayah, polis, perempuan dll.''

:: haiwan: ''ayam, itik, buaya dll.''

:: benda: ''televisyen, komputer, bank dll.''

:: tempat: ''stadium, jalan raya, pulau dll.''

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu '''konkrit'' dan ''abstrak'''. Kata nama

am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am

abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas

kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Page 2: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk

menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang

tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan

nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,

judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,

khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis

dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti

nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga

kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata

ganti tanya.

Kata Ganti Tak Tentu

Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seorang secara tidak tentu.

Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Kata Ganti Nama Tempat

Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama sesuatu tempat.

Contoh: sana, sini, dan situ.

Page 3: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan tempat atau cara.

Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.

Kata Ganti Tanya

Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.

Contoh: apa, berapa, siapa, dan seumpamanya.

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang

atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu

penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat

pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba

diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan 

1. Kata Nama Tunggal

Konotasi: Perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan dianggap perkataan

yang membawa makna yang lengkap, termasuk akronim.

Contoh: gejala, sekolah, negara, tadika, kerusi, pensel

Page 4: Bmm 3110 Golongan-kata

2. Kata Nama Terbitan

Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses pengimbuhan waima awalan, akhiran,

apitan, atau sisipan.

Contoh: a) imbuhan awalan - pel+ajar = pelajar; per+oleh = peroleh

b) imbuhan akhiran - hukum+an = hukuman; tari+an = tarian

c) apitan - per+buat+an = perbuatan; peN+pandu+an = pemanduan; meN+pamer+kan =

mempamerkan

d) sisipan - tunjuk = telunjuk (sisipan - el-); suling = seruling (sisipan -er-); kuning =

kemuning (sisipan -em-)

3. Kata Nama Majmuk

Konotasi: Perkataan yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau

lebih yang membawa makna tertentu

Contoh: ibu bapa; gejala sosial; pinggan mangkuk

4. Kata Nama Ganda

Konotasi: Perkataan yang terhasil melalui proses penggandaan untuk melahirkan makna

tertentu.

Contoh: murid-murid; anak-anak

Apakah Maksud Kata

Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti

menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu

kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon

Mohd ,1994:238 ).

    Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja

merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif

Page 5: Bmm 3110 Golongan-kata

dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak

berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula

dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja

transitif yang wujud dalam ayat pasif.

    Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa

Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat

empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk

dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan

( 2008: 150 ).  Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana

boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala

Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak

terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk

bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula

ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 )

menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata

ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan

( 2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa

kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa

bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem

bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).

   Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu

perbuatan yang dilakukan. 

Page 6: Bmm 3110 Golongan-kata

GOLONGAN KATA (KATA TUGAS)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama,

kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kesemuanya menimbulkan masalah

kepada para pelajar. Tetapi yang paling menyulitkan ialah golongan kata

tugas.

Yang menjadikan kata tugas bermasalah ialah kepelbagaiannya.

Bukan sahaja jumlahnya besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehingga

mengelirukan. Untuk memulakannya, kita hendaklah faham dan tahu akan

definisinya serta cara menjenis-jeniskan golongan kata ini.

KATA TUGAS

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam

ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis

kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat,

sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud

tertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu,

iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi

sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian

hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-

perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan

peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapat

dibahagikannya kepada empat, iaitu:

Page 7: Bmm 3110 Golongan-kata

1. Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (kata

hubung)

2. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata

praklausa)

3. Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)

4. Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataan

tertentu (kata pascakata)

Kata Hubung

Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung

gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancangan

relatif, dan kata hubung pancangan komplemen.

Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar,

antaranya, dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, dan lalu. Demikian juga

dengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya, walaupun, kerana,

hingga, jikalau, untuk, dan apabila. Sebaliknya, hanya terdapat satu kata

hubung pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangan

komplemen juga tidak banyak, antaranya, bahawa, untuk, dan supaya.

Page 8: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Praklausa

Golongan katat praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis,

masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas

tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah,

kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata Seru

Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan

perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan

ejekan. Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang

berikut:

1. Cis, penakut rupanya!

2. Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat

dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).

Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata

tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.

Misalnya:

1. Bilakah awak hendak ke pejabat pos?

2. Berapakah harga buku itu?

Page 9: Bmm 3110 Golongan-kata

Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaitu

ayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.

Kata Perintah

Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah.

Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat

silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah.

Misalnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. Perhatikan contoh-

contoh dalam ayat yang berikut:

1. Jangan ambil buku daripada almari itu.

2. Sila masuk ke dewan sekarang juga.

3. Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan.

Kata Pembenar dan Kata Pangkal Ayat

Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar

dan kata pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam

bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata

pembenar ialah benar dan ya, sementara contoh kata pangkal ayat ialah

maka, arakian, hatta, dan sebermula.

Page 10: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Prafrasa

Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalah

ialah golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Jumlah subjenis golongan ini

ialah lapan, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata

pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Bukan sahaja jumlah

subjenisnya banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga

banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam

bahasa Melayu. Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang

besar dan kompleks penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks,

dan para pelajar selalu keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata

pemeri.

Kata Bantu

Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata

adjektif untuk memberikan maksud tertentu. Terdapat dua jenis kata bantu

dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata

bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau

(telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa

hadapan (akan dan belum). Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud

ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat.

Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat ialah:

1. Mereka sedang menajalani latihan di pusat sukan.

2. Pisang itu masih muda lagi.

Page 11: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata

adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh

juga hadir di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat ialah paling, agak,

terlalu, amat, sangat, dan sungguh. Contoh dalam ayat ialah:

1. Pelajar itu sungguh rajin.

2. Karangan Anita agak baik.

Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan

pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata

penegas, iaitu:

1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata

penegas jenis ini ialah –kah, -tah, dan –lah.

2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai

subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-

bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja,

lagi, hanya, dan memang.

Beberapa contoh kata penegas dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Itulah ibu pejabat persatuan kami.

2. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah.

Page 12: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Nafi

Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud

yang terkandung dalam frasa tersebut. Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan

bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Peraturan inilah

yang kurang diketahui oleh para pengguna bahasa, sehingga menimbulkan

kesulitan. Sebenarnya, jikalau dipelajari dan difahami peraturan ini,

penggunaan kata nafi tidak akan menjadi masalah.

Kata nafi bukan hadir di hadapan frasa atau kata nama dan frasa atau

kata sendi nama, seperti ternyata dalam contoh yang berikut:

1. Encik Ahmad bukan guru sukan kami.

2. Dia bukan dari sekolah asrama penuh.

Kata nafi tidak pula hadir dalam ayat yang frasa predikatnya terdiri

daripada frasa / kata kerja dan frasa / kata adjektif, seperti dalam ayat-ayat

yang berikut:

1. Tetamu dia tidak datang.

2. Pelajar itu tidak cergas sangat.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai

antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis

kata pemeri, iaitu:

1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contohnya:

1. Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi

membasmi kemiskinan.

Page 13: Bmm 3110 Golongan-kata

2. Adalah, yang hadir di hadapan prediakt yang terdiri daripada frasa

adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:

a) Dengan predikat frasa sendi nama

1. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk

kampung tersebut.

b) Dengan predikat frasa adjektif

1. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik.

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa

nama. Jumlah kata sendi nama dalam bahasa Melayu agak banyak, masing-

masing dengna cara penggunaan tersendiri. Kata sendi nama adalah antara

perkataan yang menjadi masalah bagi para pelajar. Berikut disenaraikan kata

sendi nama dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

PERHATIAN

Jika predikatnya frasa kerja, ialah dan adalah tidak diperlukan. Ayat

1 yang berikut lebih tepat daripada ayat 2.

1. Pandangan itu merupakan suatu yang dapat diberikan

pertimbangan.

Page 14: Bmm 3110 Golongan-kata

di bagi umpama hingga

ke demi sejak untuk

dari untuk terhadap antara

daripada tentang akan dengan

kepada seperti oleh dalam

pada

Kata Bilangan

Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang

jumlah kepada frasa nama. Contohnya, dua, lima belas, segala, semua,

ketiga-tiga, masing-masing, dan separuh.

Kata Pascakata

Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu.

Terdapat dua subjenis kata pascakata, masing-masing ditandai dengan

perkataan –nya, iaitu kata penekan, yang memberikan penegasan, dan kata

pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama.

Contoh fungsi penekan ialah sesungguhnya, bahawasanya, dan nampaknya.

Contoh fungsi pembenda ialah lajunya, sakitnya, dan datangnya.

Demikianlah huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu

memerlukan huraian yang lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata

ini penting dalam bahasa Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiap-

tiap jenis.

Page 15: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang

berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja

tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda

lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang

menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini

biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada

imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,

mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama

dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men,

men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya

berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Radio itu didengari Atan

Burung itu ditangkap oleh seekor kucing

Sayur itu dijual oleh seorang perempuan

Ikan itu dijala oleh Pak Abu

Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Page 16: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri

kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak

memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak

transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang

melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek

(penyambut).

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan

Kami mandi di tasik

Dia senyum semasa berjalan

Air sungai beransur surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya

berada di hujung ayat.

Pembuat Kata Kerja Tak Transitif

Rumahnya roboh

Radio itu berbunyi

Turunnya Union Jack itu,

Jalur Gemilang pulaberkibar

Page 17: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata Kerja ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada

sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-

bahagian tertentu dalam

perkataan tersebut.

          Kata ganda terdiri daripada:

          (a) kata ganda seluruh;

          (b) kata ganda semu;

          (c) kata ganda separa;

          (d) kata ganda bersajak atau berima;

          (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

a. Gandaan Seluruh Kata

b. Gandaan Separa / Separuh

c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.

2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().

3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan

kata keterangan.

 Contoh :

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku

lembu-lembu

murid-murid

kawan-kawan

baring-baring

pandang-pandang

jalan-jalan

usik-usik

manis-manis

besar-besar

awal-awal

bulat-bulat

 

sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Page 18: Bmm 3110 Golongan-kata

2.       Kata ganda terdiri daripada:

          (a) kata ganda seluruh;

          (b) kata ganda semu;

          (c) kata ganda separa;

          (d) kata ganda bersajak atau berima;

          (e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.

2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().

3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan

kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh

alat-alat, awal-awal ,baik-baik, benar-benar ,besar-besar ,budak-budak ,cacing-cacing

,cepat-cepat ,curam-curam, dalam-dalam ,daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-

erat, gajah-gajah, gemuk-gemuk, hampir-hampir, hitam-hitam, ibu-ibu, jarang-jarang,

jari-jari, kadang-kadang, kasar-kasar, kereta-kereta, lazat-lazat, lembu-lembu,

lembut-lembut, nakal-nakal, nanas-nanas ,nyaris-nyaris, pagi-pagi ,putih-putih

1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan

2. Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang

digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.

Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Semu

Agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-buli, dekak-dekak,

epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, kunang-

kunang ,kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, laying-layang, oleh-

Page 19: Bmm 3110 Golongan-kata

oleh ,onde-onde, panji-panji,pijat-pijat, rama-rama, sumpah-sumpah, ubun-

ubun ,umang-umang, undang-undang

3. Kata Ganda Separa

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang

digandakan.

Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima

Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa

bebawang ,bebenang ,bebudak ,cecair ,dedalu ,dedaun ,dedawai ,gegendang ,geguli,

jejari ,jejarum ,jejentik ,kekabu ,kekisi ,kekunci ,kekuda ,lelaki ,lelangit ,lelayang,

pepejal, pepijat ,pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut ,tetamu tetangga

4 Kata Ganda Bersajak/Berima

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami

persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau

seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan

sebagainya.

persamaan bunyi di hujung:

karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.

penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan

sebagainya.

Persamaan Bunyi

di Pangkal

Persamaan Bunyi

di Hujung

Penyesuaian bunyi

Seluruhnya

batu-batan anak-pinak bolak-batik

beli-belah calar-balar compang-camping

bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik

corat-coret comot-momot gopoh-gapah

degap-degup gotong-royong gunung-ganang

dentam-dentum karut-marut haru-biru

Page 20: Bmm 3110 Golongan-kata

desas-Jesus kaya-raya huru-hara

gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang

gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Separa  Separuh

1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian

perkataan asalnya.

2. Hanya diambil hujung perkataan itu.

Contohnya :

lelaki bebola lelabah pepohon jejari

kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi

Gandaan Berirama

1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya

kepada perkataan asal.

2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :

lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau

tunggang-

langgang

tanah-tanih semak-samun bengkang-

bengkok

gelap-gelita

Gandaan Menyalin

1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti

dengan kata berimbuhan.

2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )

contoh :

tahu-menahu tolong-

menolong

jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar

Page 21: Bmm 3110 Golongan-kata

sulam-

menyulam

tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-

mengarang

tari-menari tangis-menangis rampas-

merampas

tumbuk-

menumbuk

simpan-

menyimpan

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan

GANTINAMA

dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )

b) Kata Nama Khas

c) Kata Ganti Nama

d) Kata Nama Terbitan

e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang

bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-

tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am

atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

Page 22: Bmm 3110 Golongan-kata

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat

dilihat

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama

terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian

tua - ketua

raja - kerajaan

tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada

awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor

gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

 

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk

menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak

bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan,

dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau

khas.

a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

Page 23: Bmm 3110 Golongan-kata

c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf

besar.

manusia Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama

Am

Kata Nama Khas

Benda bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang doktor

kerani

guru

budak lelaki

Doktor Efendi

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang kucing

lembu

Si Tompok

Lembu Sapi

Page 24: Bmm 3110 Golongan-kata

katak

ayam

burung

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

          di awal kata ( awalan )

          di akhir kata ( akhiran )

          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -

an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada

beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peraga

latih

peragawati

latihan

Page 25: Bmm 3110 Golongan-kata

bawa

lawan

pembawaan

perlawanan

kata sendi oleh

untuk

perolehan

peruntukan

kata nama lombong

rumah

guru

perlonbongan

perumahan

perguruan

kata adjektif cantik

besar

tinggi

kecantikan

pembesar

ketinggian

Kata majmuk

Kata majmuk merupakan proses percantuman dua atau lebih kata dasar yang

membentuk suatu makna tertentu.

Contohnya:

- kapal terbang

- balai polis

- jalan raya

- buku kerja

Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan

utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.

Contoh kata majmuk dieja sebagai satu perkataan:

- kerjasama

- antarabangsa

- setiausaha

- tandatangan

- tanggungjawab

- matahari

Page 26: Bmm 3110 Golongan-kata

- beritahu

- kakitangan

- jawatankuasa

BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK

Tediri daripada tiga kumpulan yang dieja terpisah kecuali bentuk yang sudah mantap

sebagaimana disenaraikan di atas.

1. Terdiri daripada rangkaian kata bebas

Kata majmuk ini terdiri daripada gabungan dua atau lebih golongan kata iaitu kata

nama, kata adjektif, kata kerja(kata sendi biasanya dieja bercantum walaupun

terdiri daripada 2 perkataan)

Kata mamjuk yang digolongkan dalam kategori ini juga dapat digunakan sebagai gelaran

khusus seperti guru besar, perdana menteri dan ketua jabatan.

2. Terdiri daripada istilah khusus ; merujuk kepada perkara-perkara khusus dalam sesuatu

bidang.

3. Terdiri daripada kata majmuk yang menunjukkan kiasan iaitu simpulan bahasa

yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Maksudnya kata majmuk ini mendukung

maksud kiasan yang berbeza daripada maksud asal perkataan berkenaan. Misalnya kata

majmuk "makan suap" bukanlah bermaksud makan bersuap, sebaliknya bermaksud

"menerima rasuah".

Imbuhan pada kata majmuk

Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan bagi tujuan membentuk kata terbitan. Bagi

kata majmuk yang dieja terpisah walaupun menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan

ataupun imbuhan akhiran tetap dieja terpisah.

Contoh:

Page 27: Bmm 3110 Golongan-kata

- berterima kasih

- bersatu padu

- direka bentuk

- menyusun atur

Bagi kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, kata majmuk ini dieja sebagai satu

perkataan dan tidak boleh dipisahkan.

Contoh:

- mencampuradukkan

- menyatupadukan

- mengurusniagakan

- penguatkuasaan

Penggandaan pada kata majmuk

Berbeza dengan rangkai kata setara yang tidak boleh digandakan langsung, kata majmuk

yang dieja terpisah (kecuali bentuk yang telah mantap - mesti digandakan

keseluruhannya) hanya perkataan pertama sahaja yang digandakan. Penggandaan pada

kedua-dua perkataan akan menyebabkan kesalahan pada pembentukan kata majmuk.

Pembentukan rangkai kata setara

Rangkai kata setara secara umum dilihat serupa dengan kata majmuk, bezanya rangkai

kata setara terdiri daripada satu golongan kata iaitu kata nama + kata nama seperti ibu

bapa, pinggan mangkuk, adat resam, lembu kambing dsb. Sekiranya kata majmuk tidak

boleh disisipkan kata hubung "dan" ataupun "atau", rangkai kata setara dapat menerima

sisipan ini tanpa mengubah maksud asal rangkai kata berkenaan.

Rangkai kata setara juga tidak boleh digandakan mana-mana perkataannya sama ada

perkataan pertama atau kedua.

Page 28: Bmm 3110 Golongan-kata

Analisis Secara Kritis Penggunaan Golongan kata

Konsep Kata Kerja

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar kata kerja ialah “kata yang berfungsi

pada predikat dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada kata kerja leksikal

dan kata kerja bantu. “ (Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu

Mutakhir, hal. 81)

Kata kerja merupakan perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.

Manakala unsur lain yang wujud dalam binaan frasa tersebut boleh terdiri

daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan bagi

menyempurnakan lagi atau mengindahkan lagi sesuatu ayat. Contoh;

i. Dia membaca novel cinta.

ii. Adik menangis dalam buaian.

iii. Rumah besar itu dibina oleh kontraktor.

iv. Dia tiba-tiba ditelan oleh keramaian orang.

Dalam frasa di atas, ‘membaca’, ‘menangis’, ‘dibina’ dan ‘ditelan’,

merupakan unsur intinya, iaitu unsur yang wajib ada dalam binaan ayat

tersebut. Jika unsur atau inti tersebut tiada, ayat-ayat tersebut tidak akan

berfungsi atau bermakna.

Menurut nahu yang disusun Za’ba, kata kerja adalah juga disebut sebagai

segala perkataan yang yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau

keadaan yang diadakan. Namun, definisi tersebut kurang memuaskan.

(Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal.

50)

Page 29: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata kerja bahasa Melayu tidak dapat ditentukan oleh perubahan bentuk.

Oleh sebab itu, ia sudah ditegaskan bahawa penjenisan golongan kata

dalam bahasa Melayu melalui tiga tahap (menurut Liaw Yock Fang dan

Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50 - 51) iaitu;

i. Imbuhan

ii. Penanda kata

iii. Golongan kata

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 50-

51

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 81

2.2 Penjenisan Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi

unsur inti dalam binaan frasa. (Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga, hal. 88). Kebanyakan sarjana menjeniskan golongan

kata kerja kepada dua golongan iaitu transitif dan tak transitif. 

Namun, penjenisan yang agak berbeza menurut Liaw Yock Fang dan

Abdullah Hassan, (1998). Menurut penulisan mereka, dalam bahasa Melayu

terdapat dua golongan kata kerja iaitu kata kerja sederhana tidak

berimbuhan; dan kata kerja terbitan yang dibentuk daripada penggunaan

imbuhan tertentu. (Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu

Melayu Moden, hal. 51). Kata kerja sederhana adalah kata-kata yang

menyatakan gerak-geri seharian, seperti;

i. Zuhairi tidur dengan nyenyak.

ii. Yati sudah pergi ke pasar.

iii. Semua pelajar duduk di atas lantai.

iv. Azmilia baru pulang dari sawah.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008), dalam bukunya Bahasa Melayu 1 (Siri

Page 30: Bmm 3110 Golongan-kata

Pendidikan Guru) halaman 152, menjeniskan kata kerja kepada dua

golongan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif, ia sama

dengan Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,

halaman 88. Dua golongan kata kerja tersebut kemudiannya terbahagi pula

kepada dua lagi kategori iaitu transitif aktif dan pasif, manakala tak transitif

pula ialah berpelengkap dan tanpa pelengkap. 

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1998). Nahu Melayu Moden, hal. 51

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), hal.

152

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 88

2.2.1 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek yang

terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ia tidak boleh

berdiri dengan sendirinya sebagai predikat. 

Menurut Prof. Dr. Asmah Hj. Omar (1982), menyatakan bahawa kata kerja

transitif adalah;

“kata kerja yang boleh diikuti oleh objek.” (Prof. Dr. Asmah hj. Omar.

(1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86)

Beliau memberi contoh;

i. Dia menulis surat

KK Objek

ii. Dia membaca buku

KK Objek

Nik Safiah Karim et al.,(2008), dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga

mengatakan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut

sesudahnya, yang disebut objek. 

Objek yang digunakan dalam kata kerja transitif boleh berubah tempat

Page 31: Bmm 3110 Golongan-kata

menjadi subjek atau dalam erti kata lain ia boleh dipasifkan. Justeru, kata

kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang disebut

oleh Siti Hajar dalam rajah di atas iaitu kata kerja transitif aktif dan kata

kerja transitif pasif. 

Kata kerja transitif juga dicerminkan melalui penggunaan imbuhan. Antara

imbuhan yang digolongkan dalam kata kerja transitif ialah imbuhan

pentransitif iaitu imbuhan yang boleh membentuk kata kerja ini. Kehadiran

imbuhan tersebut berhubungan dengan bentuk kata dasar iaitu ‘awalan’

dan ‘akhiran’. Setiap daripada imbuhan yang termasuk dalam golongan

pentransitif boleh berlaku bersendirian atau bergabung dengan yang lain di

mana kata dasar awalan boleh bergabung dengan akhiran. Namun, bagi

kedua-dua akhiran ‘kan’ dan akhiran ‘i’ tidak boleh hadir sekali atau

serentak dalam satu perkataan. Contohnya bagi perkataan ‘mengatakan’, ia

tidak boleh menjadi ‘mengatakani’. Oleh itu, imbuhan ini berfungsi untuk

menerbitkan kata kerja transitif sama ada pasif atau aktif.

Prof. Dr. Asmah hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir, hal. 86

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal. 89

Kata kerja transitif aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan

penyambut atau objek (frasa/ perkataan yang bergaris) dalam predikat

frasa kerja. Ia juga melibatkan dua kata nama iaitu kata nama pertama ialah

pelaku kepada perbuatan dan kata nama yang kedua ialah mangsa atau

yang diperlakukan/ dikenai. Kata kerja transitif aktif juga banyak

menggunakan awalan ‘meN-‘, Contoh;

a) Ibu menyidai kain.

b) Dia melihat bintang.

c) Ibu membersihkan halaman rumah.

d) Dia membuang sampah.

e) Ali mencuci kereta.

Page 32: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata kerja transitif pasif 

Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja yang terhasil daripada proses

perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Dalam proses inilah yang berlaku di

mana objek hadir menjadi subjek dan biasanya ia menggunakan awalan ‘di’

dan perkataan ‘oleh’ seperti;

i. Kain disidai oleh ibu.

(Perkataan bergaris = Objek menjadi subjek)

ii. Bintang dilihat oleh dia.

iii. Halaman rumah dibersihkan oleh ibu.

iv. Sampah dibuang oleh dia.

v. Kereta dicuci oleh Ali.

Penggunaan imbuhan memudahkan penggolongan kata kerja transitif.

Penggolongan kata kerja ini berdasarkan penggunaan imbuhan.

2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang sudah lengkap

maksudnya dan ia tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya.

Jika dinoktahkan sekali pun pada kata kerja tersebut ia masih dapat

difahami dan sesuai serta tidak janggal. Kata kerja ini tidak boleh

dipasifkan dan juga tidak terkena pada orang lain atau benda lain. Contoh;

i. Budak itu bernyanyi.

ii. Ibu sedang tidur.

iii. Aku amat terkilan.

iv. Aku hendak melaung.

v. Ali suka berbual.

Page 33: Bmm 3110 Golongan-kata

Kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata

kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

Kata kerja tak transitif berpelengkap bermaksud kata kerja yang

memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan frasa ayat. Unsur-unsur

yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif

dan frasa sendi nama. Contoh;

i. Rumahnya berlantaikan tanah. (pelengkap kata nama)

ii. Burung-burung bersiul riang. (pelengkap kata adjektif)

iii. Ayah beransur pulih. (pelengkap kata adjektif)

iv. Para perwakilan akan melawat ke Langkawi. ( Frasa sendi nama)

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang tidak

memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Kata kerja ini boleh berdiri

sendiri sebagai predikat ayat. Contohnya;

i. Ramai orang yang datang.

ii. Mereka selalu berbincang.

iii. Dia suka bergurau.

iv. Tina nak lari.

v. Layang-layang tu boleh terbang.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ini juga boleh diikuti oleh unsur

keterangan selepasnya yang berfungsi sebagai maklumat tambahan atau

keterangan (frasa yang bergaris dalam ayat). Contohnya;

i. Ramai orang yang datang ke surau itu. 

ii. Mereka selalu berehat di bilik tamu.

iii. Dia suka bergaduh dengan kawan-kawannya.

Page 34: Bmm 3110 Golongan-kata

Kesimpulan

Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas,cerpen ‘Tina’ karya Aminhad

dalam Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka telah menggunakan kesemua jenis penggolongan kata kerja iaitu

kata kerja transitif aktif dan pasif juga kata kerja tak transitif berpelengkap

dan tak berpelengkap. Kajian dibuat bermula dari perkataan yang pertama

hingga perkataan ke-350 sahaja dan secara kesimpulan dapat dibuat

terhadap kajian penggunaan kata kerja dalam cerpen tersebut ialah

penulisnya iaitu Saudara Aminhad lebih banyak menggunakan jenis kata

kerja tak transitif tanpa pelengkap dalam karya ini. Antara faktor beliau

lebih selesa menggunakan kata kerja jenis tersebut ialah peredaran masa

yang berlaku dan karya ini adalah merupakan karya moden. Jika karya

klasik, kemungkinan bentuk kata kerja transitif pasif digunakan secara

dominan. Hasil dapatan kajian dapat dilihat dalam jadual yang disediakan.

Kaedah jadual serta gundalan telah digunakan bagi memudahkan saya

untuk memperoleh jumlah kata kerja yang terdapat dalam cerpen ‘Tina’ ini

dengan kadar seberapa banyak yang mungkin. 

Justeru, melalui tugasan ini para pelajar telah memperoleh ilmu yang

sangat berguna terutama mengenai penggunaan kata kerja. 

Rujukan

Page 35: Bmm 3110 Golongan-kata

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am (Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu), Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom, et al., (2007). Kamus Dewan edisi keempat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Kamarudin Hj. Husin et al., (1997). Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan, (1997). Nahu Melayu Moden,

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar)

Nik Safiah Karim et al., (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. (2004). Bahasa Melayu STPM

Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford Fajar

Sdn. Bhd.) 

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, (1982). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, (1985). Kajian Bahasa (untuk pelatih

Maktab Perguruan), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (kini Oxford

Fajar Sdn. Bhd.)

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru),

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, (2006). Tatabahasa Melayu

Page 36: Bmm 3110 Golongan-kata

Mesra Pengguna, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn.

Bhd.

BibiliografiAbdullah Hassan. (2006).Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2006).Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari.

(2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu.Selangor :

Open University Malaysia.

http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html.

Diakses pada 16.3.2009.http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada16.3.2008

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka