proposal kajian tindakan

Upload: perumall-athimulam

Post on 12-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kertas cadangan

Kertas cadangan

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama pengkaji :

Nama sekolah :

Tajuk Kajian : Meningkatan kemahiran asas Sains di kalangan 3 orang murid Tahun 5MEREFLEK

Saya mengajar di kelas Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains Masalah utama bagi murid saya ialah menguasai kemahiran sains menjawab Bhagian B. Saya dapati bahawa murid-murid ini kurang memahami kehendak soalan oleh yang demikian mereka tidak dapat menggunakan kemahiran asas Sains yang betul ketika menjawab soalan kertas 2 struktur bahagian B. Saya menyedari bahawa murid-murid ini perlu diberi pendedahan yang secukupnya untuk menguasai kemahiran ini. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/ temubual/analisis head count/ analisis item ( sekurang-kurangnya daripada dua sumber data) dalam kelas semasa saya mengajar. Apabila saya mengkaji secara mendalam saya dapati bahawa murid-murid ini tidak mahir membaca dan menulis. Analisis yang didapati daripada mengajar matapelajaran Sains untuk Tahun 5 selama 8 minggu seperti berikut : Murid-murid ini tidak mahir membaca dan menulis. Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian 1. Kemahiran inferens2. Kemahiran Hipotesis

3. Kemahiran meramal Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran

(a) Inferens(b) Hipotesis(c) Meramal Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus membuat kesilapan yang sama. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana jawapan yang salah dan tidak tepat. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba Pendekatan Ujikaji Klinikal Tujuan kajian :-

Secara amnya akan dapat mengukuhkan penguasaan membaca dan menulis. Secara khususnya :-

1. Murid dapat menjawab dengan betul2. Murid dapat menjawab dengan tepat.3. Guru membantu murid-murid menguasai kemahiran asas Sains. Kajian ini melibatkan 3 orang pelajar daripada Kelas Tahun 5

Kertas cadanganMERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi bergantung kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

i. Mengadakan ujian pengesanan untuk mengesan kelemahan.ii. Mengadakan pertemuan dengan murid.Pelaksanaan tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-

i. Aktiviti 1 : Menulis Proposal Kajian ( Tarikh 06/04/2012)

Langkah 1 : Hasil daripada P&P dapat menulis proposal kajian. Langkah 2 : Merandcang tindakanii. Aktiviti 2 : Melaksanakan tindakan ( Tarikh 23/04/2012)

Langkah 1 : Menjalankan Ujian pra Langkah 2 : Menganalisis Keputusan Ujian Praiii. Aktiviti 3 : Melaksanan aktiviti susulan ( Tarikh 13/05/2012)

Langkah 1 : Memberi kerja-kerja pemulihan Langkah 2 : Melatih murid membaca dan menulis* bilangan aktiviti dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

LaporanBERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut

Aktiviti 1 : Melaksanakan Tindakan 2&3 ( Tarikh 16/06/2012)

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini berkesan.Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid-murid ada kemajuan dari segi menguasai kemahiran.Aktiviti 2 : Refleksi ( Tarikh 25/06/2012)

Aktiviti 3 : Melaksanakan Tindakan 4&5 ( Tarikh : 01/07/2012 )

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini berkesanRefleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa murid-murid dapat menguasai serba sedikit kemahiran asas Sains.

MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Saya berpendapat bahawa saya perlu melakukan sesuatu perubahan untuk mengatasi kelemahan tersebut, kerana murid-murid harus menguasai kemahiran membina ayat.Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang merangsangkan.Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan dengan kemahiran proses sains.

PROJEK P&P TERANCANG

(Kaedah P&P untuk merawat masalah)

Jenis perancangan

Mengubah suai cara /kaedahmencipta cara baru

yang sedia ada.(inovasi P&P guru terhasil

dari sini)

Melaksanakan perubahan.

(tindakan/rawatan)

Catat segala tindakan

dan buat refleksi

bagi setiap aktiviti

semasa pelasanaan.

Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri, yang penting dalam kawalan guru sebagai pengkaji)

Membuat penilaian keberkesanan proses tindakan dan mengukur pencapaian objektif kajian.

Guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan sama ada berjaya atau tidak .Dapatkan data sekali lagi Gunakan cara mengutip data yang sama semasa peringkat awal(pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/ temubual/analisis head count/) analisis item

Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri sebagai penyelidik atau guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru . Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan TINDAKAN.

Laporan juga ditulis di peringkat ini. Dokumentasi penting. Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Jika tidak berjaya, perlu dirancang semula.

PAGE 1