kajian tindakan proposal kumpulan 4

21
Mempertingkatkan Penguasaan Bagi Menentukan 3 Pemboleh ubah Dalam Eksperimen Fizik Pelajar Tingkatan 4E Melalui Teknik SEdAK dan 2B1S

Upload: zam2h

Post on 17-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan Fizik Eksperimen

TRANSCRIPT

Mempertingkatkan penguasaan menentukan 3 pembolehubah dalam eksperimen pelajar tingkatan 4e melalui teknik Cae dan 2b1s

Mempertingkatkan Penguasaan Bagi Menentukan 3 Pemboleh ubah Dalam Eksperimen Fizik Pelajar Tingkatan 4E Melalui Teknik SEdAK dan 2B1SNama PenyelidikSalmiah Binti SamsudinSubia Binti MohammedNadziah Al Rose Binti PutitMohd Hisyam YongMuhammad Zakir Bin Wan AhmadAbu Anas Bin Abd MalekNama SekolahSMKA MEGA,Miri, Sarawak.REFLEKSI PENGAJARAN LALUSaya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi Tingkatan 4E pada tahun 2014 dan pelajar-pelajar ini mempunyai potensi untuk mencapai 100% lulus. Selaras dengan tujuan itu, perkara paling asas yang perlu mereka kuasai ialah kemahiran menentukan tiga pemboleh ubah dalam eksperimen..Saya telah memulakan sesi pengajaran dengan memberi satu soalan berbentuk situasi berkaitan suatu eksperimen. Para pelajar dikehendaki menentukan tiga pemboleh ubah berkaitan eksperimen itu. Saya dapati hanya 5 orang daripada 30 orang pelajar dapat menentukan ketiga-tiga pemboleh ubah dengan tepat. Hal demikian mengecewakan saya. Mereka memberi alasan keliru dan tidak faham dalam mengenal pasti pemboleh ubah tersebut kerana kurang pendedahan dalam pengendalian eksperimen. Disebabkan oleh kekangan masa, pelajar juga tidak dapat berfikir secara kreatif untuk mengenal pasti pemboleh ubah dalam eksperimen yang dijalankan. Maka pelajar tidak dapat mengaplikasi kemahiran itu dalam menjawab soalan dengan baik. Melalui temubual secara tidak formal dan pemerhatian ke atas hasil laporan eksperimen, saya dapati aktiviti eksperimen yang dijalankan selama ini mengelirukan dan sebagai seorang guru saya cuba untuk menangani masalah ini. Memandangkan masalah pelajar dalam Sains berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mengenal pasti pemboleh ubah maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu mereka menguasai kemahiran tersebut. Kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah merupakan asas yang penting terutamanya untuk menjawab soalan yang melibatkan Kertas 3. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada pelajar-pelajar serta merealisasikan kata-kata bahawa Science is Awesome.

FOKUS KAJIANDaripada refleksi di atas, didapati pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bagi menentukan tiga pemboleh ubah dalam eksperimen dengan alasan:Tidak faham.KeliruMasalah ini berlaku dalam kalangan pelajar adalah kerana mereka kurang pendedahan dalam aktiviti eksperimen.Jika perkara ini tidak diatasi ianya akan membawa kepada kegagalan pelajar untuk menjawab Kertas 3 dengan baik.Pelajar akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah dalam membina inferens , hipotesis dan tujuan eksperimen .Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba teknik SEdAK dan 2B1S.Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar menguasai kemahiran mengenal pasti tiga pemboleh ubah dalam eksperimen yang akan datang.Kajian ini melibatkan 25 daripada 30 orang pelajar Tingkatan 4E.OBJEKTIF KAJIANAMTujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan markah Kertas 3 Sains bagi pelajar Tingkatan 4E.KHUSUSMemastikan 25 orang pelajar Tingkatan 4E mendapat skor penuh dalam soalan menentukan tiga pemboleh ubah.Membolehkan kesemua pelajar Tingkatan 4E menentukan inferens, hipotesis dan tujuan eksperimen daripada situasi atau penyataan masalah.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tingkatan 4E yang terdiri daripada 15 orang perempuan dan 10 orang lelaki.TINDAKAN YANG DICADANGKANAKTIVITI 1Langkah 1 : Guru meminta pelajar mengeluarkan batu yang berada di dalam kolam.Langkah 2 : Guru meminta pelajar untuk menyatakan apa yang mereka rasa (mudah atau susah) semasa mengangkat batu di dalam air.Langkah 3: Pelajar disuruh mengeluarkan batu tersebut daripada air dan menyatakan apa yang mereka rasa (mudah atau susah) apabila batu diangkat di luar air.Langkah 4: Guru meminta pelajar menyatakan perbezaan kesukaran semasa mengeluarkan batu yang masih berada di dalam air berbanding di luar air.

Langkah 5: Guru meminta pelajar menyatakan apakah sebab yang mengakibatkan mereka berasa mudah atau susah semasa mengeluarkan batu tersebut di dalam air dan di luar air.Langkah 6: Pelajar menyatakan seberapa banyak sebab yang berkaitan dengan situasi yang telah mereka alami.Langkah 7: Guru membimbing pelajar mengaitkan jawapan mereka kepada sebab (SE) dan akibat (AK) dan hubungan di antara kedua-duanya .

AKTIVITI 2Langkah 1 : Murid membentuk 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar.Langkah 2 :Guru menayangkan 2 gambarajah suatu situasi kepada pelajar menggunakan projektor.Langkah 3 : Guru meminta pelajar mencari 2 perbezaan yang nyata daripada 2 gambarajah yang dipaparkan iaitu perbezaan sebelum dan selepas bagi situasi. Kemudian mencari 1 persamaan daripada 2 rajah tersebut.Langkah 4 : Pelajar menanda 2 perbezaan dan 1 persamaan daripada gambarajah tersebut.Langkah 5 : Kemudian guru menjelaskan perbezaan pertama sebelum dalam gambarajah adalah pemboleh ubah dimanipulasi dan perbezaan kedua selepas dalam gambarajah adalah pemboleh ubah bergerak balas manakala persamaan pula adalah pemboleh ubah dimalarkan. Dimaklumkan pemboleh ubah dimalarkan biasanya melibatkan bahan bukan radas.Langkah 6 : Seterusnya guru mengedar lembaran kerja kepada setiap kumpulan dan meminta pelajar mencari kesemua pemboleh ubah melalui teknik tadi.Selepas 4 kali sesi pengajaran dan pembelajaran, guru akan menguji penguasaan pelajar dalam menentukan ketiga-tiga pemboleh ubah dalam eksperimen menggunakan soalan ujian Kertas 3. Aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan sekolah saya selepas tinjauan awal.JADUAL PELAKSANAANBilAktivitiTempoh Pelaksanaan 1Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal1 minggu2Menulis proposal kajian1 minggu3Merancang tindakan1 minggu4Melaksana tindakan Aktiviti 12 minggu5Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 11 minggu6Melaksana tindakan Aktiviti 22 minggu7Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 21 minggu8Ujian untuk mengesan perubahan murid1 minggu9Refeksi Kajian1 minggu10Menulis laporan kajian1 minggu11Pembentangan dapatan kajian untuk makluman sekolah1 minggu