proposal kajian tindakan (1)

43
TAJUK KAJIAN: MASALAH MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU GAYA

Upload: raynold-raphael

Post on 27-Sep-2015

123 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

AR

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN:

MASALAH MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU GAYA

BAB 1 -PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai proses bacaan tersebut. Kebiasaannya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh murid diperingkat sekolah rendah. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar di sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini amat membimbangkan kerana jika mereka tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran membaca dikhuatiri mereka menghadapi kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk mendapatkan pekerjaan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa sebagaimana yang berikut:

i.Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;

ii.Bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

iii. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

iv. Menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;

v.Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

vi. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

vii. Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

viii. Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

ix. Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

x. Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan

xi. Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

1.2 LatarBelakang Masalah

Menurut Roselan Baki (2003), murid-murid sekolah rendah adalah aset negara di masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan dan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan2020. Namun, adanya jurang pemisah dalam mengembangkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan dalam konsep keragaman kecerdasan serta perbedaan individu murid membuat pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berhasil mencapai tujuan kehidupan dan keberhasilan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan adalah satu pendekatan yang berbeda dari kelas biasa dalam sistem persekolahan nasional. Pendidikan pemulihan berfokus tujuan memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu cacat dalam membentuk keterampilan pembelajaran murid. Permasalahan murid lembam amat merisaukan bukan hanya kepada para ibu bapanamun turut melibatkan masyarakat dan kerajaan. Masalah prestasi yang rendah atau masalah pembelajaran murid biasanya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran.

Ketika seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkanmereka tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan dasar. . Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti membuat murid salah faham dalam menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang tepat. Ketidakupayaan murid menguasai kemahiran membaca dan mengakibatkan murid tidak tertarik untuk belajar dan tidak fokus sepenuhnya. Selain itu, faktor luar kawalan juga penyebab masalah penguasaan kemahiran membacaseperti masalah kecacatan, penyakit dan genetik. Hal ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti kemiskinan dan kurang perhatian dari orang tua juga merupakan penyumbang kepada permasalahan menguasai kemahiran membaca.

Oleh halyang demikian,guru merupakan tonggak utamadalam mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pemulihan bacaan dengan segera. Pelbagai kaedah dan formula mengajar membaca yang boleh dilaksanakan untuk memulihkan murid yang lemah dalam membaca. Jadi,kaedah mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

1.3 Isu Isu Dalam Pendidikan

Pada tahun 2005, Kementerian Pendidikan menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di pada persidangan Dewan Rakyat Ketika itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah tersebut sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah ke sekolah sekolah yang terbabit. Sehubungan itu, terdapat lebih kurang dalam 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis. Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak. Selain itu, mutakhir ini juga masih ramai lagi murid yang keciciran bukan sahaja dalam kemahiran membaca malahan kemahiran menulis dan mengira.

Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, pada November 2005, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, di mana satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun satu ditangani segera. Kemahiran atau konsep 3M membaca, menulis dan mengira dengan digiat dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia yang melibatkan penglibatan awal murid prasekolah.Sehubungan itu, pelbagai pendapat daripada mulut masyarakat tentang siapakah yang harus dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak pendidik yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Oleh yang demikian, sebagai guru, haruslah peka dengan keadaan ini dan salah satu langkah untuk menanamkan minat membaca pelajar adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penerapan minat membaca. Dengan adanya minat membaca yang mendalam, murid akan dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan mudah.

1.4 Pernyataan Masalah

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi di mana prosesnya adalah tidak sama seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanakkanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermaksud, kemahiran membaca perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak berupaya menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Menurut Yahya Othman (2005), dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek bacaan dan pemahaman perlu diberi penekanan kerana kemahiran itu adalah pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata pelajaran yang lain. Menurut beliau lagi, penentuan kejayaan ini juga dapat dilihat dengan menilai sejauh mana pelajar dapat membaca teks bahasa Melayu serta dapat pula memahaminya dengan baik. Penguasaan kemahiran itu juga dapat membantu pelajar meneroka khazanah ilmu yang terkandung dalam bahasa serta mampu menjadi pengguna bahasa yang baik.

Sebagai seorang guru yang mengajar pada tahun lima dalam subjek Bahasa Melayu, saya seringkali berhadapan dengan situasi di mana murid murid yang menghadapi masalah dalam memahami bahan bacaan dan mereka gagal memahami maksud perkataan dan frasa,gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks lambat member tindakbalas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsiratau menggunakan carta,graf,peta,rajahdanlain-lain dalam bahan bacaan. Selain itu, ada juga terdapat murid yang mengeja ketika membaca dan ini juga adalah satu masalah dalam kemahiran bacaan. Proses membaca sememangnya bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan seterusnya mengeja perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca, mereka tidak perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca.

1.5 Kerangka Konseptual

Bagi menghuraikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, kerangka konseptual yang sesuai adalah berasaskan kepada model Pendekatan Bersistem CIPP(Context,Input, Processand Product). Menurut Hall (2012), model ini membincangkan tiga elemen penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu penggarisan, pemerolehan dan penyediaan. Elemen penggarisan memfokuskan kepada informasi yang dapat ditakrifkan dan lebih spesifik. Elemen pemerolehan melibatkan proses pengumpulan data, mengorganisasi dan menganalisis penilaian pengajaran dan pembelajaran. Dalam elemen penyediaan pula merupakan kesinambungan daripada tujuan sistem penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini merangkumi asas metodologi dalam kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Kerangka konseptual untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada empat model iaitu konteks, input, proses dan output.

Rajah 1.1 Kerangka Koseptual Model CIPP

Dalam kajian ini, konteks melibatkan antara guru dan murid manakala input merupakan murid sekolah. Proses pula melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan output ialah hasil pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kaedah pengajaran, sukatan pengajaran dan bahan pengajaran adalah elemen yang saling berhubung kait untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Manakala penilaian pula merujuk kepada satu sistem maklum balas yang dapat digunakan untuk menilai perubahan serta memberikan maklumat kepada guru berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian ini, pendekatan komunikatif, deduktif, induktif dan elektif diukur bagi mengetahui sejauh mana guru-guru mengaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Perkaedahan merujuk kepada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti mengajar, latihan, persoalan dan perbincangan yang selalu digunakan oleh guru-guru. Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan oleh guru bagi membantu pelajar mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Aspek penilaian pengajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan dan prestasi pelajar. Hasil daripada penilaian ini dapat digunakan oleh guru untuk menyediakan alternatif yang lebih baik bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

1.6 ObjektifKajian

Matlamat matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Usaha ini yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia. Antara objektif kajian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

i.Mensasarkan agar murid dapat membaca dengan lancar ketika mengunakan tanda baca dan membacanya dengan sebutan serta intonasi yang betul;

ii.Mengenal pasti masalah murid yang kelambatan dalam menguasai kemahiran membaca.

1.7 SoalanKajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian diatas, kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang berkaitan seperti:

i. Sejauh manakah murid dapat membaca dengan lancar ketika menggunakan tanda baca dengan sebutan serta intonasi yang betul?

ii.Apakah masalah murid yang kelambatan dalam menguasai kemahiran membaca?

1.8 KepentinganKajian

Kajian ini diharapkan dapat member manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam merancang dan menyusun penempatan guru-guru di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambilkira pengkhususan dan kekosongan di sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar matapelajaran BahasaMelayu merupakan guru-guru yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Guru juga perlu mengikuti perkembangan menggunakan bahan bantu mengajar yang sentiasa berkembang dengan pesatnya. Sebagai pendidik, guru perlu menilai kualiti bahan pengajaran yang ingin digunakannya. Melalui kajian ini, semua pihak dapat meneliti corak pengajaran yang diajar di dalam kelas dan menentukan kaedah yang sesuai sekiranya untuk membuat perubahan dalam proses pengajarandan pembelajaran.

1.9 Skop dan batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Kajian melibatkan murid dari kelas tahun 2 Berlian yang dipilih secara rawak. Data dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik dan kejujuran telah ditegaskan semasa instrumen ditadbirkan di bawah bimbingan pengkaji sendiri. Subjek kajian atau murid tidak dibenarkan berbincang di antara satu sama lain semasa menjawab dan mereka diingatkan dari masa ke semasa bahawa tiada jawapan yang betul bagi setiap item. Setiap item dibacakan sekurang-kurangnya dua kali kepada subjek kajian atau pelajar dan segala kesukaran dalam memahami kehendak item dijelaskan oleh pengkaji. Ini kerana umur subjek kajian atau pelajar yang masih muda iaitu bawah 12 tahun. Selain itu, sesi temubual bersama guru yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama yang padu memungkin kajian ini tidak dapat dijalankan dan mungkin terkandas dipertengahan kajian.

1.10 Definisi Operasi

Secara amnya kajian ini berfokus kepada masalah membaca murid dan pendekatan guru terhadap aspek membaca bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan untuk kepentingan kajian ini.

MasalahMenurut Nordin Mamat, (2005), masalah bermaksud suatu soalan atau masalah bergantung kepada pengetahuan, minat atau kecenderungan serta soalan yang mencabar minda.

MembacaMenurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, membaca bermaksud aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

PembelajaranMenurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

1.11 Rumusan

Rumusan yang dapat disimpulkan adalah pengetahuan tentang kepentingan matapelajaran Bahasa Melayu terhadap murid melalui latar belakang kajian, penyataan masalah,soalan kajian dan objektif kajian. Objektif kajian yang menekankan kepada aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui persoalan, pengkaji cuba untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang dihadapi oleh guru dan murid. Kepentingan kajian adalah untuk dijadikan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pendidik kepada murid dalam pembelajaran kemahiran membaca. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat itu tidak akan berhasil. Diharapkan kajian ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin. (2008). Penguasaan Kemahiran Membaca danMenulis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.Prosiding KONPEN.

Awang Sariyan.(2004).Teras Pendidikan Bahasa Melayu:Asas Pegangan Guru. PTSPublications Sdn. Bhd.

Crow, Lester D. & Crow Alice. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (trj.Habibah Elias). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Mohd Radzi, D. J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mahamod,Z. (2007). PsikolinguistikDalam Pembelajaran dan Pemerolehan Bahasa

Pertama dan Kedua. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Nordin Mamat. (2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Prospecta Printers Sdn.Bhd.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. ShahAlam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan:Pendekatan Kontemporari.

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hall.S.(2012). How to use the CIPP model for program evaluation. eHow Contributor. Yahya Othman. (2003).Mengajar Membaca:Teori dan Aplikasi. PTS Publications Sdn. Bhd.

Diperolehi daripada

Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). Diakses pada 10 April 2015 dari

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-pembelajaran-kognitif.htmlBAB 2 - TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam Bab 2 ini menerangkan secara jelas bagaimana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan dijalankan. Teori dan konsep yang digunakan mampu mengubah statistik pengkaji sebelum ini ke arah yang lebih memuaskan. Penggunaan konsep yang bersesuaian dengan masalah dapat mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa hadapan. Guru-guru perlu mahir dan arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam proses memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran seterusnya dapat menyepadukan kemahiran ini dengansubjek lain. Guru juga perlu menunjukkan sifat matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana.

2.2 Teori dan Konsep Yang BerkaitanSalah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan adalah melalui membaca. Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith (SofiahHamid,1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca. Dalam bahagian ini, kajian ini akan menerangkan teori dan konsep yang sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolahrendah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru harus menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan diri, kebolehan, keupayaan dan bakat pelajar-pelajar. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan mudah difahami. Aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilakukan secara sistematik bagi menjamin setiap pelajar mendapat peluang yang sama bagi mengembangkan minda dan kebolehan masing-masing.

Oleh itu mereka memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran sebenar sama ada secara individu atau berkumpulan. Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas adalah pengalaman yang sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan Negara pada masa hadapan. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta member kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat. Oleh itu, kerajaan menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendakimenyelitkan penerapan nilai-nilaimurnikepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru tidak seharusnya melupakan pelajar yang lemah di dalam kelas. Usaha perlulah diambil bagi menangani kelemahan pelajar dengan pengajaran modul yang bersesuaian. Pengajaran seperti ini hendaklah dilakukan oleh guru tanpa jemu kepada pelajarnya demi masa hadapan mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian yang dikenali sebagai konsep 5P. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap konsep dalam 5P ini amat penting dalam membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menghiburkan. Dalam Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,konsep5P digunakan bermula dari Tahun1 sehingga Tahun 6. Keselarasan penggunaan konsep ini memudahkan para guru untuk melaksanakan tugas dan juga memastikan murid-murid semakin mahir sekaligus dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Penggabung jalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak dimana penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang berkaitan. Cara ini juga dapat menarik minat pelajar bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain. Konsep penyerapan membantu pelajar dalam memahami pelbagai ilmu dalam setiap matapelajaran dengan mudah. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti membaca, berfikir, kajian masa depan dan kemahiran belajar. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dalam matapelajaran dan membuka minda pelajar dalam pembelajaran di sekolah. Bahan seperti bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada pelajar yang menguasai kemahiran dalam jangkamasa yang ditetapkan atau lebih awal daripada masa yang ditentukan.

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran asas. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid.

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini. Pendekatan teori konstruktivism adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar cara belajar dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada (Colliver, 2000). Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Teori konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan dalam pembelajaran kerana ia memberikan peluang dan membuka ruang kepada pelajar dalam merealisasikan kehidupan seharian mereka. Dari kenyataan-kenyataantersebut, jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.

Manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Sebaliknya pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat. Mengikut teori konstruktivism, pembelajaran akan lebih berkesan dengan pembelajaran secara aktif, melakukan aktiviti, pembelajaran dalam kumpulan, sentiasa berhubung dengan kumpulan yang lain, sama-sama berusaha untuk mendapatkan pengetahuan baru dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam kaedah pembelajaran berdasarkan masalah. Hasil daripada pembelajaran ini, pelajar akan mendapat pengetahuan yang dibina iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran dan afektif. Kesan pada pembelajaran yang aktif ini, pelajar dapat berfikir secara kritis, menjalankan perawatan dengan berasaskan bukti, pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat (Theodora,2005).

Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Sehubungan dengan itu juga, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

i. Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan computer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

iii. Kemahiran belajarcarabelajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak.

iv. Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isipelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat,dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,s ecara konkrit yang melibatkan latihamal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

2.2 Kajian-kajian Berkaitan

Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat rujukan kepada hasil kajian yang terdahulu bagi membantu dalam kajian yang dijalankan. Rujukan tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan informasi berguna dan menjadi panduan kepada pengkaji untuk melakukan kajian yang berguna kepada semua pihak. Hasil kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Affendy Bin Mustapa(2013) telah mendapati seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tahun 3 Arif tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Hasil tinjauan dilakukan menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak menguasai kemahiran membaca. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak soalan dan juga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Roziah (2005) di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan,Jerantut,Pahang Darul Makmur, seramai 10 orang daripada 27 orang murid Tahun Satu begitu lemah dalam membaca. Membaca bererti memerhati isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. MembacaBukan hanya proses mekanikal yang melibatkan menulis huruf semata-mata. Penglibatan proses yang berhubung kaitan antara huruf dan seterusnya proses menterjemah penulisan serta permaknaan perkataan yang diterjemahkan. Penguasaan dan kefahaman membaca bergantung kepada teknik dan cara pembaca menggunakan mata serta minda dalam memahami satu-satu makna.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Zamri dan Razah (2011) mendapati guru-guru kerap bertanya soalan kepada pelajar untuk menguji pengetahuan dan kefahaman tentang tajuk yang dipelajari. Daripada persoalan yang diajukan kepadapelajar,ia akan memotivasikan pelajar tersebut serta menggalakkan pelajar berfikir. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa komponen kemahiran penyoalan yang telah diaplikasikan dengan baik oleh guru-guru. Sebagai contoh kemahiran penyoalan seperti pembentukan soalan yang jelas dan tepat dilaksanakan dengan baik oleh guru semasa menyoal pelajar. Pelajar dapat menjawab soalan guru dengan segera dan mudah sepanjang pemerhatian di dalam kelas. Sepanjang pemerhatian, guru-guru memanggil nama pelajar sama ada yang cemerlang ataupun yang lemah dan sama ada lelaki atau perempuan.Setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar dilayan dengan baik sama ada dengan memberikan pujian atau membantu pelajar tersebut.

MenurutMahzan(2007),guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat kurikulum BahasaMelayu. Ini kerana guru-guru yang akan memastikan pendekatan pengajaran secara komunikatif terutamanya aktiviti komunikatif dapat dijalankan. Pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip pendekatan pengajaran secara komunikatif yang baik dipercayai akan melahirkan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dari segi system bahasa dan juga kemahiran berbahasa. Pelbagai pendekatan digunakan bagi mencapai matlamat pengajaran. Antara pendekatan yang sering digunakan adalah pendekatan komunikatif. Kajian ini perlu memandangkan pengajaran bahasa Melayu menerusi pendekatan aktiviti komunikatif jarang dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Menurut Nur Aisyah(2012), bahan bantu mengajar khususnya penggunaan komputer adalah elemen yang penting untuk mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dengan lebih efektif di dalam bilik darjah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Medium yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan bantuMengajar seperti computer atau multimedia berada pada tahap yang sederhana. Kebanyakan guru kurang berpengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi yang memungkinkan mereka menggunakan medium tersebut untuk menghasilkan bahan bantu mengajar. Dalam menangani masalah ini, pihak kementerian boleh memberikan kursus- kursus mahupun bengkel-bengkel jangka pendek secara berkala untuk memastikanguru-guru Bahasa Melayu sentiasa dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kemajuan dalam teknologi pendidikan terkini. Kajian menunjukkan murid berminat dalam kelasyang menggunakan computer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka sudi memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan komputer.Kajian Faridah (2001) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer memanfaatkan murid. Murid akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada tugasan dan kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat. Selainitu, kajian ini juga telah membuktikan bahawa komputer mempercepatkan proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid-murid.

2.3 Rumusan

Kesimpulannya untuk Berjaya dalam mendidik pelajar dalam sesuatu matapelajaran, guru-guru perlu memahami isi kandungan kurikulum dan dapat menguasai teori pengajaran seterusnya kaedah mengajar dengan baik. Masalah guru yang kurang dalam kepenggunaan bahan berbantu elektronik dapat diatasi melalui kelas tambahan secara berkala berkaitan cara-cara penggunaan alat elektronik. Melalui rujukan terhadapkajian-kajian terdahuludapat membantu pengkaji dalam mengenalpasti masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan dan meningkatkan produktiviti pembelajaran.

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Dalam bab ini aspek yang dititik beratkan adalah rekabentuk kajian, persampelan, instrumen kajian dan analisis data. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data melalui kaedah pemerhatian dan analisis. Data kualitatif dianalisis mengikut criteria yang ditetapkan yang diselaraskan dengan pemerhatian. Penyelarasan ini dilakukan bertujuan bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data lengkap yang dapat dikemukakan dalam laporan. Persampelan dibuat dengan memilih seorang responden iaitu guru yang mengajar Bahasa Melayu. Instrumen kajian terdiri daripada soalselidik, pemerhatian dan temubual terhadap responden. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam kajian pendidikan. Soal selidik yang digunakan terbahagi kepada empat bahagian. Temubual dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai dua jenis temubual dilakukan iaitu temubual tidak formal dan temubual formal berpandu. Seterusnya pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi daripada tiga kaedah yang digunakan dan menyimpulkan dalam laporan.

3.2 RekabentukKajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian,pengkaji menggunakan reka bentuk kaedah kajian kualitatif dengan menggunakan teknik pengutipan data iaitu soal-selidik, pemerhatian dan temu bual responden. Pendekatan kualitatif ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat yang bercorak proses yang melibatkan persoalan kepada aktiviti yang dilakukan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji akan berperanan sebagai instrument utama yang hadir sendiri di tempat kajian bagi membuat pemerhatian dan mengutip data yang diperlukan. Soal selidik dibuat untuk mengetahui reaksi responden terhadap sesuatu masalah yang diutarakan. Kaedah yang kedua untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah pemerhatian dimana pengkaji akan mengikuti sesi pengjaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selepas itu, pengkaji akan menemu bual responden berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaranyangberlaku di dalam kelas tersebut.

3.3 InstrumenKajian

Tujuan utama kajian iniialah memahami proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu teknik pemerhatian merupakan teknik utama yang digunakan dalam pengutipan data. Teknik pemerhatian di setiap kelas Bahasa Melayu akan dilakukan untuk mengetahui dan memahami situasi sebenar dan dapat mengenalpasti punca kepada masalah. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat secara langsung tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menyediakan beberapa instrumen mengajar dan salah satu yang menarik perhatian pengkaji adalah penggunaan kad bacaan dimana terdapat beberapa ayat yang sama tetapi menggunakan tanda baca yang berbeza. Ayat tersebut di petik dari dari petikan yang disediakan oleh guru (Lampiran 1).Di sini sudah tentu murid-murid akan mendapat satu intonasiyang berlainan mengikut kad bacaan dan tanda baca yang telah diberikan. Kesediaan guru untuk mengaplikasikan pembelajaran yang lebih efektif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diperlukan dalam aktiviti ini. Guru-guru juga boleh menggunakan bahan bantu belajar. Persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian pembelajaran menggunakan bahan bantu elektronik dalam pembelajaran BahasaMelayu adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi proses pemerhatian ini, pengkaji menyediakan satu borang khas (lampiran 2) bagi mencatat dan meneliti aktiviti yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Senarai criteria pengajaran yang diperolehi akan dijadikan sebagai panduan untuk membuat pemerhatian selanjutnya. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap setiap gerak-geri, percakapan, reaksi dan suasana persekitaran. Selain membuat catatan lapangan, pengkaji juga membuat catatan jurnal bagi merekod apa-apa idea, pemikiran, pendapat, pengalaman, perancangan dan masalah yang timbul berkaitan dengan pemerhatian. Berbeza dengan catatan lapangan yang merekodkan maklumat yang didapati secara lengkap daripada pemerhatian.Untuk melakukan kajian pemerhatian, pengkaji akan menurut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan membuat catatan. Responden akan ditemubual tentang semua faktor-faktor yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kelas, kelengkapan, suasana kelas dan persekitaran serta kekangan masa. Terdapat dua jenis temubual yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu temubual tidak formal dan temu bual formal berpandu. Temu bual tidak formal ialah temu bual yang mengemukakan soalan secara spontan dalam perbualan. Temubual formal berpandu pula mempunyai senarai soalan mengikut isu yang dikaji semasa dalam proses pemerhatian yang dijalankan.Temubualdijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang mana-mana aspek yang kurang jelas semasa pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Analisis data

Analisis data dilakukan berdasarkan criteria pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pandangan hasil kajian soal-selidik,temubual dan pemerhatian yang dijalankan akan digunakan. Sebagai panduan kepada pengkaji, antara beberapa soalan yang dikemukakan kepada responden dalam temubual ialah soalan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kelas, kelengkapan, suasana kelas dan persekitaran serta kekangan masa. Daripada kaedah temu bual yang dijalankan dengan responden, pengkaji memperolehi pelbagai maklumat yang selama ini kurang jelas melalui kaedah pemerhatian. Selain itu, pengkaji dapat mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencungkil penjelasan tentang perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Kajian ini dijalankansecara penulisan berinteraksikan lisan bagi membantu penyelidik mendapat maklumat sebenar dalam ujian membaca. Pada tahapini, responden membaca tanpa memikirkan makna yang tersirat. Responden lebih suka membaca secara kuat berbanding secara senyap. Responden menulis jawapan secara mengeja semula perkataan yang dibacakan.

3.5 Rumusan

Peranan guru amat penting dalam murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Guru-guru dapat mengetahui tindakan yang perlu mereka lakukan dan kesan tindakan tersebut kepada pembelajaran pelajar. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dengan ini membolehkan guru membuat keputusan yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini akan memberikan maklumat kepada guru-guru tentang kepentingan melihat kembali pengajaran yang telah dijalankan menggunakan bahan bantu mengajardan membolehkan guru membuat refleksi kepada yang lebih baik. Menerusi kajian ini juga didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi murid- murid bermasalah di dalam menguasai kemahiran membaca. Antaranya ialah factor keluarga, persekitaran dan juga genetik. Pelbagai kaedah penyampaian guru didapati berjaya menarik minat murid untuk terus menguasai kemahiran membaca dengan baik. Daripada analisis data yang diperolehi, pengkaji dapat membuat kesimpulan melalui pengunaan instrument yang betul dapat membantu dalam meningkatkan mutu pengajaran da pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. PTSPublications Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. (2001).MediaPengajaran:Pengajaran Bahasa danSastera. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Harison Othman.(2005).KajianTindakan:Meningkatkan Kemahiran Membaca DenganMenggunakan Kaedah Kad Bacaan.Institut Perguruan Perlis.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.MultimediaSdn. Bhd.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

CONTOH BORANG PEMERHATIANPemerhatian ini digunakan untuk melihat kelakuan sampel sebelum dan semasa pengajaran dan pembelajaran.Data sampel 1Nama : .Tarikh /Masa : .Aktiviti : ITEMNOTA PEMERHATIAN

Memerhati kelakuan sampel sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula.

Memerhati kelakuan sampel semasa pengajaran guru dalam kelas.

Memerhati kelakuan sampel ketika sedang berlangsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Memerhati kelakuan sampel apabila sesi soal jawab.

Memerhati kelakuan sampel semasa membuat latihan yang diberi.