proposal kajian tindakan (praktikum 3)

56
MENINGKATKAN PENGURUSAN KENDIRI BAGI TEMA SAYANGI DIRI TAHUN 4 MENGGUNAKAN SET KEJUJURAN SOLAT SAYA (SKSS) AHMAD NOOR MUHAIMI BIN NOOR LEY INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL OKTOBER 2013

Upload: hanif-malek

Post on 28-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

propsal

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

MENINGKATKAN PENGURUSAN KENDIRI BAGI TEMA

SAYANGI DIRI TAHUN 4 MENGGUNAKAN

SET KEJUJURAN SOLAT SAYA

(SKSS)

AHMAD NOOR MUHAIMI BIN NOOR LEY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

OKTOBER 2013

Page 2: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

1.0 PENDAHULUAN

Pengajian Sosial merupakan sesuatu bidang yang tidak lagi asing di dalam negara ini.

Menjadi salah satu pengkhususan yang digubal bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Sekolah Rendah, sukatan pelajaran Pengajian Sosial banyak terdiri daripada

bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Menurut perincian kursus Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) kursus major pengajian

sosial, terdapat 15 kursus yang ditawarkan (IPG KSM, t.t.). Kursus-kursus ini

merangkumi komponen disiplin ilmu Sejarah, Sains Politik, Sosiologi, Ekonomi dan

Geografi.

Menurut J.F. Forrester (1982), bidang Pengajian Sosial merangkumi Sains

Kemanusiaan dan Kemasyarakatan yang mengkaji pola interaksi manusia dalam pelbagai

budaya. Hal ini menuntut integrasi antara pelbagai disiplin-disiplin ilmu memandangkan

pengajian ini berkait rapat dengan kehidupan manusia sejagat. Melalui ilmu-ilmu yang

diperolehi inilah para pendidik yang memiliki major Pengajian Sosial diamanahkan untuk

mengajar matapelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)

merupakan dua matapelajaran teras yang diajarkan di sekolah rendah. Dua matapelajaran

ini mula dipelajari oleh para murid sewaktu mereka di tahun 4 hinggalah mereka berada

di tahun 6. Di peringkat menengah pula, para murid akan mempelajari matapelajaran

Page 3: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Sejarah dan Geografi. Kedua matapelajaran ini merupakan lanjutan kepada apa yang

telah mereka pelajari menerusi matapelajaran KT dan PSK.

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perkataan pendidikan sebagai perihal

mendidik. Perkataan sivik pula membawa maksud hak, perasaan tanggungjawab

seseorang terhadap masyarakatnya. Kewarganegaraan berasal dari perkataan warganegara

yang menurut Kamus Dewan ialah rakyat sesebuah negara. Menurut tafsiran yang

diberikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), sivik merujuk kepada hubungan

individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kewarganegaraan pula merujuk kepada

hubungan individu dengan negaranya (Kamus Dewan, 2002). Berdasarkan kepada

himpunan tafsiran di atas, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bolehlah difahami

sebagai satu matapelajaran yang menekankan pengamalan nilai-nilai murni dan patriotik

sebagai tunjang pembinaan warganegara yang dapat berbakti. Matlamat subjek ini adalah

seperti berikut:

Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada

murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara

untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik

dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

(Huraian Sukatan Pelajaran PSK KBSR 2001:2)

Bagi matapelajaran ini, terdapat enam tema untuk diajarkan iaitu tema Sayangi

Diri, Sayangi Keluarga, Hidup Bermasyarakat di Sekolah dan Masyarakat, Kenali

Page 4: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Budaya Malaysia, Malaysia Negaraku dan Sedia Hadapi Cabaran. Objektif bagi PSK

merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Diakhir pengajaran dan

pembelajaran, satu projek kewarganegaraan perlu dilakukan. Projek ini merupakan

komponen amali yang memerlukan penglibatan kesemua murid dalam kumpulan.

Menurut Anisah Harun dan Nurhijrah Zakaria (2011), Siti Halimah Md Yassin

dan Zainun Abu Bakar menyatakan bahawa kedua-dua matapelajaran KT dan PSK

memberi fokus kepada pembentukan warganegara yang mempunyai nilai-nilai murni

yang mantap serta semangat patriotik yang tinggi yang membolehkan semua murid dan

pelajar yang dididik mempunyai pemikiran dan sikap yang berdaya maju, berilmu

pengetahuan luas, bijak berfikir secara kritis dan kreatif, bijaksana, bertataetika tinggi

serta mampu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Realiti semasa menunjukkan pelbagai masalah sosial telah mulai menjadi barah

dalam masyarakat. Gejala seperti pergaulan bebas, pelumbaan haram, masalah

penggunaan dadah dan pelbagai bentuk masalah-masalah lain telah mengusarkan semua

pihak. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial,

Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya pada tahun 2000, sebanyak 32.9% remaja terlibat

dengan keganasan, 39.8% remaja terlibat dengan salahlaku seksual, 34.2% remaja terlibat

dengan penyalahgunaan dadah dan 49.9% remaja terlibat dengan lepak. Kajian ini

menunjukkan bahawa masalah sosial berada pada kadar yang cukup membimbangkan.

Page 5: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Islam yang diturunkan sejak 1403 tahun yang lalu mempunyai satu bentuk kaedah

penyelesaian untuk jangka masa panjang bagi masalah ini. Semuanya bermula dengan

proses pendidikan sejak anak-anak ini masih kecil. Sebenarnya proses ini bermula jauh

lebih awal lagi iaitu sewaktu pemilihan calon isteri lagi. Pendidikan yang dianjurkan oleh

Islam ini lebih dikenali sebagai proses pentarbiahan. Menurut Zahazan Mohamed (2006),

Sayyid Sabiq menyatakan pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi

jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang

berguna kepada masyarakatnya. Takrifan ini menunjukkan kepentingan pembinaan

aspek-aspek luaran dan dalaman individu. Islam telah mengandungi satu sistem

kehidupan yang jelas dan teratur meliputi setiap ruang lingkup kehidupan seperti ibadah,

muamalat, jinayah dan munakahat. Antara contoh bagi ibadah ialah solat yang menjadi

kewajiban untuk ditunaikan 5 waktu sehari semalam.

Oleh yang demikian penyelidikan yang dilakukan oleh ini akan mengupas cara

dan strategi berkesan untuk membantu meningkatkan pengurusan kendiri dalam konteks

pelaksanaan solat. Ini bersesuaian dengan tema sayangi diri yang berada di dalam

matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4. Diharapkan usaha ini

mampu membuka satu dimensi baru dalam kalangan warga pendidik untuk melihat

perkaitan yang boleh berlaku antara matapelajaran ini dengan ajaran Islam.

Page 6: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Penyelidik telah menjalani praktikum kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman dan

diberikan tugas mengajar matapelajaran KT dan PSK. Pada masa yang sama penyelidik

sentiasa diamanahkan untuk masuk ke kelas bagi mengantikan guru-guru yang tiada.

Pada minggu keenam, sewaktu penyelidik masuk mengantikan guru yang tiada,

penyelidik telah menemui sesuatu masalah besar yang cukup memeranjatkan. Apabila

soalan mengenai pelaksanaan solat diajukan kepada murid-murid di sebuah kelas

pertengahan, jawapan yang diterima amatlah mendukacitakan. Kurang dari separuh

bilangan mereka tidak menunaikan solat lima waktu dengan cukup. Soalan yang sama

turut diajukan terhadap kelas-kelas lain dan rata-ratanya bilangan murid yang tidak solat

dengan cukup sentiasa mengatasi bilangan murid-murid yang melaksanakannya.

Ketika menjalani praktikum ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1,

penyelidik ditugaskan mengajar matapelajaran major. Sewaktu melakukan sesi suai kenal

di sebuah kelas di tahun 4, penyelidik mengulangi kembali soalan yang telah ditanyakan

kepada murid-murid sewaktu praktikum kedua. Keputusan yang dperoleh tidak jauh

bezanya. Bilangan yang tidak solat dengan cukup mendominasi keseluruhan bilangan

murid-murid. Hal ini menimbulkan satu persoalan kepada penyelidik. Apakah punca

sebenar mereka tidak dapat melaksanakan pengurusan diri dengan baik dan

bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini. Apabila ditanyakan terhadap murid-

Page 7: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

murid mengenai puncanya, pelbagai jawapan yang diterima. Ada sesetengah jawapan itu

logik namun tidak kurang juga jawapan yang tidak masuk akal.

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran PSK di kelas

tersebut bagi tema Sayangi Diri, penyelidik menjadikan pengurusan waktu solat sebagai

salah satu hasil pembelajarannya. Murid-murid ditekankan mengenai nilai kejujuran

untuk mengakui kelemahan diri mereka. Hasilnya terdapat 28 daripada 32 orang murid

muslim mengakui mereka tidak solat dengan sempurna pada hari sebelumnya. Mereka

diterangkan mengenai kepentingan solat dan diminta untuk mencukupkannya untuk hari

itu. Pada hari berikutnya, penyelidik membuat tinjauan dan mendapati murid-murid yang

sama masih lagi tidak melaksanakan pengurusan diri mereka dengan baik. Mereka masih

lagi tidak mencukupkan bilangan solat mereka.

Penyelidik kemudiannya menjalankan proses temubual dengan beberapa orang

guru matapelajaran PSK dan Agama Islam. Menerusinya penyelidik mendapati bahawa

fenomena murid-murid tidak menunaikan solat merupakan sesuatu yang biasa berlaku.

Kandungan matapelajaran Pendidikan Islam ada menerangkan murid mengenai ibadah

solat. Disamping itu keputusan amali solat yang dilakukan. Pelaksaana Kem Solat Bestari

juga membuktikan bahawa murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai cara-cara

untuk menunaikan solat. Namun pokok permasalahannya ialah tindakan mereka yang

secara berterusan masih tidak menyempurnakan solat harian mereka. Guru-guru

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan turut cuba mengaitkan kepentingan pelaksanaan

Page 8: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

solat sewaktu proses pengajaran mereka. Jadual pengurusan waktu harian yang dilakukan

oleh murid-murid ada menyatakan waktu-waktu untuk mereka solat. Tetapi hasilnya

tidaklah begitu memuaskan hati. Oleh itu penyelidik ingin merungkai permasalahan ini

dengan melaksanakan satu bentuk intervensi yang bersesuaian.

1.2 Reflaksi Sorotan Literatur

Berdasarkan kepada Laporan Akhir PIPP 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

(2011) telah mengenalpasti 29 isu-isu yang memerlukan perhatian dan tindakan

sewajarnya. Antaranya ialah memantapkan aktiviti Pendidikan Islam bagi menangani

gejala sosial dan salah laku dalam kalangan murid dengan mempelbagaikan aktiviti

Pendidikan Islam, dakwah serta aktiviti sivik dan kewarganegaraan. Untuk itu menerusi

Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020, kementerian telah memasukkan pelan

memperkukuh penghayatan aqidah dan nilai murni sebagai salah satu pelan yang perlu

dilaksanakan. Pelaksanaan penghayatan aqidah ini penting sebagai satu benteng

mengawal tingkah laku murid secara intrinsik.

Aqidah atau akidah menurut Kamus Dewan (2002) bermaksud kepercayaan atau

keyakinan. Menurut Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mohd Aizam Mas’od (2012), ibn

Manzur dan Muhammad Mukram menyatakan bahawa akidah bererti kemuktamadan,

keyakinan, pegangan, keutuhan dan kepercayaan. Aqidah Islamiah merujuk kepada

keimanan yang teguh dan bersikap pasti kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala

Page 9: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

kewajipan. Ulama besar nusantara bernama Abdul Qadir Abdul Muthalib Al-Mandili

(1963) menyatakan di dalam kitabnya bahawa konsep iman menurut mazhab Syafie,

Maliki dan Hambali mempunyai tiga tunjang penting. Tunjang-tunjang ini wajib berjalan

sekali iaitu mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan

anggota (ibadah). Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan seseorang itu sama ada

fasik atau munafik.

Ibadah merupakan salah satu daripada dua matlamat penciptaan manusia. Ini berpadukan

kepada firman Allah di dalam Surah Az-Zariyat yang bermaksud :

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat

kepadaku”.

(51: Ayat 56)

Wahbah al-Zuhaily (2002) menafsirkan ayat di atas sebagai kewajipan beribadah kepada

Allah itu adalah kerana mereka mengenali Allah bukan kerana Allah memerlukan atau

berhajat kepada mereka. Hikmah jin disebut terlebih awal ialah kerana mereka tidak

dilihat orang jadi ibadah mereka tidak dicemari sifat riya’, seperti halnya dengan ibadah

manusia.

Page 10: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Menurut Roslan Mohamed, Ahmad Wafiq Mokhtar dan Ahmad Husni Abd

Rahman (2012), ibadah dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu ibadah wajib,

ibadah sunat, ibadah zahir dan ibadah batin. Dari sudut konsep pula ibadah dibahagikan

kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Solat merupakan ibadah wajib yang

bersifat khusus untuk setiap muslim. Kepentingan solat diakui Saidina Umar r.a.

menerusi perkataannya yang direkodkan oleh Imam Malik (t.t.) :

“…Sesungguhnya perkara yang paling penting bagiku dalam urusan kamu ialah

solat, siapa yang memelihara dan berusaha menjaganya, maka dia telah menjaga

agamanya dan siapa yang mengabaikannya nescaya dia akan lebih mengabaikan

perkara-perkara lain.

(Riwayat Malik no. 6)

Solat menurut takrifnya ialah beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang

dimulai dengan takbir dan disudahi dengan memberi salam (Abdul Qadir Abdul

Muthalib, 1963). Syeikh Daud Abdullah al-Fathoni (1827) menyatakan bahawa solat

mempunyai rupa iaitu rupa luaran dan rupa dalaman. Rupa luaran berbentuk jasmani

yang dapat dilihat merangkumi segala bentuk rukun dan syarat sah solat yang dilakukan.

Rupa dalaman pula bersifat rohani yang merangkumi tumpuan dan ingatan seseorang

semasa melaksanakan solat. Kedua-dua rupa luaran dan dalaman solat ini penting untuk

menjamin kesempurnaan solat seseorang.

Page 11: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Solat merupakan satu tuntutan yang amat dipandang berat dalam Islam dan

mempunyai disiplinnya yang tersendiri (Zahazan Mohamed, 2006). Sewaktu berusia 7

tahun, seorang kanak-kanak wajib disuruh oleh ibubapanya untuk mengerjakan solat.

Dosa akan ditanggung oleh kedua ibubapanya jika gagal berbuat demikian. Perintah

mewajibkan seorang kanak-kanak solat pula bermula pada usia 10 tahun. Dendaan

berbentuk rotan diharuskan sebagai hukuman jika kanak-kanak itu mengingkarinya. Hal

ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w :

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a

katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan

sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan

sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara

mereka (lelaki dan perempuan).

(Hadis riwayat Abu Daud).

Menurut Zahazan Mohamed (2006), Al-Qobisi menyatakan bahawa mengajar

anak-anak bersolat dan berwudhu dan membiasakan mereka membuatnya akan

meringankan beban kesusahan bersolat apabila mereka sampai ke usia wajib menunaikan

solat. Suruhan demi suruhan ini merupakan satu bentuk latihan yang selari dengan teori

behaviorisme.

Page 12: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Islam mendahulukan solat daripada ibadat-ibadat lain. Di dalam satu hadis yang

diriwayatkan oleh Thalhah bin Ubaidillah, Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh seorang

lelaki dan menanyakan baginda mengenai perihal Islam. Rasulullah s.a.w kemudiannya

bersabda :

“Lima sembahyang sehari semalam….”

(Riwayat Bukhari no.38)

Di dalam hadis yang lain, Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya

kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amal yang paling disukai oleh Allah. Rasulullah

kemudiannya bersabda :

“Solat pada waktunya,”

Abdullah menyambung pertanyaannya mengenai amal selepas itu. Rasulullah s.a.w.

bersabda :

“Berbuat baik kepada ibubapa,”

Abdullah meneruskan pertanyaannya mengenai amal selepas itu. Rasulullah s.a.w.

bersabda :

“Jihad (berjuang) di jalan Allah.”

(Riwayat Bukhari no. 299)

Page 13: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Di dalam satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., beliau telah

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bagaimanakah pendapat anda sekalian, jikalau sebuah sungai mengalir dekat pintu

rumah anda; kemudian anda mandi di sungai itu lima kali sehari. Masih adakah daki

yang tertinggal di badan ?”

Mereka yang mendengar menjawab tidak tinggal sedikitpun. Rasulullah s.a.w.

kemudiannya bersabda lagi :

“Begitulah perumpamaan solat lima waktu; Allah menghapuskan dengannya segala

kesalahan.”

(Riwayat Bukhari no. 300)

Mustafa Abd. Rahman (1989) menyatakan bahawa solat dapat mendidik fikiran,

hati dan jiwa manusia ke arah kesucian dan kemuliaan. Solat dikatakan berupaya

membimbing akhlak, gerak geri hidup manusia dan memelihara diri daripada sebarang

anasir luar yang merosakkan. Solat merupakan salah satu alat pendidikan yang amat

penting dalam pengajaran Islam. Hal ini kerana solat melatih aspek pembersihan dan

penyucian jiwa manusia yang menjadi sumber kebaikan dan kehalusan budi.

Kedudukan solat dalam Agama Islam adalah seumpama kepada pada tubuh

manusia (Mustafa Masyhur, 1987). Solat merupakan tiang pengukuh, rukun dan syiar

Page 14: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

atau lambang kepada agama Islam. Solat juga merupakan pembeza antara orang beriman

dengan orang tidak beriman, sebagai penjaga dan pemelihara iman, sebagai tali

penghubung di antara hamba dengan Penciptanya, sebagai penyejuk mata dan penenang

jiwa. Solat merupakan sebaik-baik cara untuk mendidik jiwa dan menyegarkan roh insan

serta membentuk akhlak.

Menurut Napisah Humni dan etc. (2004) yang menjalankan kajian terhadap

pelaksanaan ibadah solat fardhu dalam kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Batu

Lintang mendapati kesedaran diri, mendapat ketenangan dan kedamaian serta iman dan

takwa merupakan tiga faktor tertinggi yang mendorong seseorang untuk menunaikan

solat fardhu lima waktu sehari semalam. Dalam kajian yang sama juga menyatakan

bahawa malas dan pengaruh rakan merupakan dua faktor utama yang menyebabkan

seseorang tidak menunaikan solat.

Mohd Suhardi Mat Jusoh (2001) yang menjalankan kajian terhadap pengabaian

solat dalam kalangan remaja di sekolah menengah di Pasir Puteh menyatakan bahawa

53.2% remaja secara konsisten mengerjakan solat fardhu manakala bakinnya 46.7% tidak

konsisten melaksanakannya. Seramai 77.8% reapondan menjawab malas dan sibuk

dengan urusan lain sebagai punca mereka tidak menunaikan solat.

Page 15: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Siti Rokiah Abdul Ghani (2007) yang menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar

SPM mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap amalan solat dengan

akhlak pelajar. Mereka yang menunaikan solat memperoleh skor akhlak yang tinggi

berbanding mereka yang tidak melakukannya. Pelajar-pelajar ini juga memperoleh

pencapaian yang baik dalam subjek Pendidikan Islam.

Program j-QAF yang dimulakan pada tahun 2005 merangkumi empat kerangka

utama iaitu Pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain. Terdapat pelbagai jenis

model program yang terdapat di dalam j-QAF seperti kelas pemulihan jawi, Tasmik,

khatam Al-Quran, pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi dan kem Bestari Solat. Menurut

Nasrudin Basar dan etc (2007), antara masalah yang dihadapi menerusi program j-QAF

ini ialah aktiviti Kem Bestari Solat selama dua hari yang harus dilaksanakan selama

empat kali setahun masih kurang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Penilaian bagi solat

murid pula adalah bersifat umum dan tiada pemantauan berkala terhadap pelaksanaan

solat harian mereka dilakukan secara bertulis.

Mohamad Fadzli Madiah dan Shahrin Awaludin (2003) yang menjalankan

tinjauan terhadap masalah pengajaran pembelajaran KAFA di enam buah sekolah rendah

agama rakyat daerah Seremban telah mengenalpasti tiga masalah yang dianggap utama.

Salah satu daripada masalah tersebut ialah ibubapa kurang memberi kerjasama dan hanya

mengharapkan guru mengajar fardhu ain. Menurut Sharifah Nur Abu (t.t.) peneguhan

agama bukan sahaja diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja tetapi ibubapa

Page 16: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

perlu mengambil peranan dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap anak-anak

mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN

Menurut Carr dan Kemmis yang dinyatakan oleh Choong Lean Keow (2011),

penyelidikan tindakan ditakrifkan sebagai sejenis inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan

oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan untuk meningkatkan

kerasionalan dan keadilan amalan-amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri. Menurut

Amin Yusof (2000), Lomax menjelaskan bahawa kajian tindakan merupakan satu cara

untuk penyelidik mengadakan disiplinnya sendiri dalam hal menyelenggara dan menilai

amalannya yang dijangka akan membawa hasil pembelajaran yang manfaat.

Menurut Anisah Harun dan Nurhijrah Zakaria (2012), Dalin menyatakan bahawa

keberkesanan sesuatu kursus itu atau matapelajaran tidak dilihat secara tersendiri atau

terpisah namun merangkumi keseluruhan elemen kurikulum yang terdiri daripada

objektif dan matlamat, isi kandungan, strategi pengajaran, penyebaran dan penilaian.

Melihat kepada matlamat matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

menekankan kepentingan penyerapan nilai, penyelidik berpendapat langkah

menyuaikannya dengan unsur keagamaan adalah bertepatan. Hal ini disokong oleh Siti

Safariah (1990) yang menyatakan bahawa nilai adalah berkait rapat dengan prinsip

Page 17: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

akhlak yang secara langsung ada kaitannya dengan aqidah dan syariat. Terdapat 16 nilai-

nilai utama yang perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran

terutamanya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Nilai-nilai ini telah diputuskan oleh

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kementerian Pelajaran yang dianggotai oleh wakil

pelbagai agama pada tahun 1976.

Menurut Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Mohd Aizam Mas’od (2012), Imam

Abu Hanifah menyatakan bahawa kefaqihan dalam agama lebih utama daripada

kefaqihan dalam ilmu kerana kefaqihan dalam agama itu prinsip manakala kefaqihan

dalam ilmu itu cabang. Menerusi penyataan di atas, dapatlah difahami bahawa

pengetahuan terhadap ilmu-ilmu agama mesti dijadikan tunjang utama sebelum mengenal

ilmu-ilmu dunia yang lain. Dalam kerangka ini penyelidik menyesuaikan intipati

kandungan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menerusi tema

Sayangi Diri – Pengurusan Diri yang diajarkan ini agar berada di dalam kerangka agama.

2.1 Tinjauan Masalah

Berpandukan kepada proses pemerhatian dan soal jawab yang dijalankan sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di tahun 4 dengan

Tema Sayangi Diri – Pengurusan Diri, beberapa kesimpulan yang dapat dibuat oleh

penyelidik adalah seperti berikut:

1. Murid tidak mampu mencukupkan bilangan solat mereka dalam sehari.

Page 18: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

2. Murid tidak bermotivasi untuk melaksanakan kewajipan solat mereka.

3. Murid tidak dapat menguruskan waktu mereka dengan baik.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid-murid dilihat

tidak memberikan reaksi penyesalan di atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Mereka cenderung untuk terus bergelak ketawa meskipun telah melakukan suatu

perbuatan yang berdosa di sisi agama. Hanya apabila penyelidik menggunakan

pendekatan psikologi dengan bercerita mengenai kesan dan azab bagi kesalahan itu

barulah murid-murid menunjukkan riak-riak keinsafan. Apabila murid-murid diminta

membina jadual pengurusan waktu mereka, penyelidik memastikan bahawa ke semua

lima waktu solat turut dimasukkan. Sebelum mengakhiri kelas penyelidik memberikan

kata-kata peneguhan kepada murid-murid agar bersungguh-sungguh melaksanakan

perancangan waktu mereka itu. Namun keesokkan harinya tiada perubahan ketara yang

berlaku terhadap pelaksanaan solat murid-murid itu.

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penyelidik adalah murid-murid masih lagi

belum mampu menguruskan diri mereka dengan baik walaupun kefahaman dan

kesedaran telah wujud dalam diri mereka.

Page 19: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Rentetan kepada tinjauan masalah yang telah dijalankan terhadap murid tahun 4 itu,

penyelidik telah mengenalpasti 3 perkara yang masih belum boleh dikuasai oleh murid.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Murid-murid tidak dapat menghitung bilangan solat yang dilakukan mereka sehari

semalam dalam kerangka yang jelas. Mereka cenderung untuk menganggap

pelaksanaan solat kurang daripada 5 waktu sudah mencukupi bagi diri mereka.

2. Murid-murid tidak memiliki motivasi berbentuk intrinsik dan masih bergantung

penuh terhadap motivasi-motivasi berbentuk ekstrinsik dalam melakukan sesuatu

tugasan.

3. Murid-murid tidak dapat membezakan keutamaan-keutamaan yang perlu

dilaksanakan terlebih dahulu dan yang mana boleh dikemudiankan.

Peratusan murid mengikut tahap pelaksanaan solat mereka pada tarikh 22 Januari 2013

diterjemahkan ke dalam bentuk carta pai. Jumlah ke semua murid yang beragama Islam

ialah 32 orang.

Page 20: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Rajah 2.1 : Pelaksanaan Solat Murid-Murid di Kelas 4 Rasional

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh manakah pengaplikasian

penggunaan Set Kejujuran Solat Saya dapat membantu murid-murid dalam melaksanakan

tanggungjawab solat mereka sehari semalam. Ini bertepatan dengan hasil pembelajaran

bagi tema Sayangi Diri PSK Tahun 4.

Page 21: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

3.1 Objektif Kajian

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengurusan solat bagi murid-

murid beragama Islam dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bertemakan Sayangi Diri.

3.1.2 Objektif Khusus

i. Meningkatkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid.

ii. Membantu murid menguruskan waktu dengan lebih berkesan.

iii. Mendorong perubahan sikap dan peningkatan motivasi murid dalam

kehidupan seharian mereka khususnya dalam pengamalan agama.

iv. Mengintegrasikan kandungan matapelajaran Pendidikan Islam, Kelas Asas

Fardhu Ain (KAFA) dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

3.2 Soalan Kajian

i. Sejauh manakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya mampu membantu murid-

murid mengatasi masalah pengurusan solat mereka?

ii. Bagaimanakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya dapat membuka minda

murid-murid mengenai penggabungjalinan ilmu antara matapelajaran-

matapelajaran yang telah mereka pelajari?

Page 22: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

iii. Sejauhmanakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya releven sebagai

pengukuhan kepada proses pengajaran solat yang telah diajarkan kepada murid-

murid menerusi matapelajaran Pendidikan Agama dan KAFA?

3.3 Kepentingan Kajian

Pembangunan menurut kerangka Islam meliputi pembangunan jasmani dan rohani.

Ruang lingkup pembangunan jasmani meliputi aspek-aspek memenuhi keperluan dan

kehendak manusia yang biasanya bersifat keduniaan seperti kediaman, makanan dan

pakaian. Di satu sudut lagi pembangunan rohani menekankan aspek-aspek keperluan

spiritual seseorang insan sejajar dengan matlamat penciptaannya. Hal ini berkait rapat

dengan elemen-elemen keagamaan dan moral seperti keimanan, ibadat dan akhlak.

Kedua-dua bentuk pembangunan ini sedia terangkum di dalam komponen-komponen

kurikulum yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk pendidikan rendah manakala Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KSSR) untuk pendidikan menengah.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem

pendididikan dalam negara menyataan bahawa:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

Page 23: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001)

Menerusi pernyataan di atas, proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan

hendakah mampu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Hal ini penting

bagi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Penekanan terhadap

perkembangan potensi seseorang individu telah lama digariskan oleh Rasulullah s.a.w.

dalam sabda baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

“Manusia itu bagai logam tambangan (berlain-lain asalnya). Orang-orang yang

baik (berpotensi) pada masa jahiliah, mereka itu orang yang baik di zaman Islam,

bila mereka mengerti.”

(Riwayat Bukhari no.1520)

Untuk merealisasikan hasrat di atas, para pendidik khususnya yang beragama Islam perlu

memainkan peranan mereka untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan ke dalam apa juga

matapelajaran yang diajarkan. Nilai-nilai keagamaan ini dalam istilah yang lain juga

disebut sebagai nilai-nilai rabbani.

Sidek Baba (2006) menekankan penerapan nilai-nilai rabbani dalam proses

pendidikan dengan membahagikan nilai-nilai ini kepada dua bahagian iaitu nilai teras dan

Page 24: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

nilai sampingan. Nilai-nilai teras seperti benar, jujur, ikhlas, amanah, bijaksana, adil,

telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam

hidup. Nilai-nilai sampingan seperti rajin, menepati waktu, bersungguh-sungguh pula

adalah pengukuh kepada nilai teras.

Melihatkan kepada bentuk-bentuk nilai-nilai rabbani yang digariskan di atas,

penyelidik berpendapat bahawa pelaksanaan ibadah solat merupakan satu bentuk disiplin

yang tepat ke arah itu. Menerusi penggabungjalinan unsur-unsur Pendidikan Islam yang

disesuaikan dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajarkan, murid-murid

akan cenderung melihat ilmu-ilmu yang dipelajari mereka dalam kaca mata yang luas.

Kesemua matapelajaran yang perlu mereka ikuti saling berkaitan antara satu sama lain

dan yang lebih penting lagi kaitan ini membina satu bentuk peneguhan aqidah dalam diri

murid-murid.

3.4 Definisi Operational

Terdapat beberapa istilah yang perlu diterangka maksud ataupun dari segi definisinya di

mana istilah-istilah ini adalah penting untuk menjelaskan lagi pemahaman terhadap tajuk

kajian yang dijalankan. Di antara istilah-istilah yang perlu didefinisikan adalah

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, j-QAF, KAFA, Solat, Set,

Pengurusan, Kejujuran dan Sayangi Diri.

Page 25: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

3.4.1 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan satu matapelajaran teras yang

diajarkan kepada murid-murid tahap 2 bermula dari tahun 4 hingga ke tahun 6.

Matapelajaran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang

peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk

melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan

yang boleh menyumbang kea rah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

3.4.2 Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merupakan satu matapelajaran teras yang diajarkan kepada

murid-murid di peringkat rendah dan menengah iaitu dari tahun 1 hinggalah ke

tingkatan 5. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang

berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia

berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang

bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

3.4.3 j-QAF

Program j-QAF berasaskan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah

dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di

peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar, bengkel dan mesyuarat j-QAF.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu

Page 26: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah. Pelaksanaan

program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri.

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Tenaga guru

yang khusus digunakan bagi mengendalikan program ini.

3.4.4 KAFA

Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan

pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada

kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain. Kelas ini berjalan

dengan mengikuti kurikulum KAFA yang digubal oleh Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM). Murid-murid yang mengikuti kelas KAFA boleh mengambil

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sewaktu mereka di tahun lima.

3.4.5 Solat

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada

solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh

dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu

merupakan Rukun Islam yang kedua dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang

wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar,

Maghrib dan Isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya

untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang musafir, mereka

diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Page 27: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

3.4.6 Set

Set bermaksud sekumpulan barang yang merupakan suatu kesatuan. Barang-

barang in digunakan bersama-sama sehingga setiap satu merupakan pelengkap

kepada yang lain. Kit merupakan himpunan beberapa set untuk digunakan.

3.4.7 Pengurusan

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang

terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan

mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pengurusan biasanya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia,

kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga

boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi

pengurusan.

3.4.8 Kejujuran

Jujur bermakna keselarasan antara berita dengan kenyataan yang ada. Jika sesuatu

penyampaian itu sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan benar / jujur.

Lawan bagi jujur ialah dusta. Islam mengajar bahawa jujur merupakan perbuatan

baik yang mendatangkan pahala manakala dusta merupakan perbuatan jahat yang

berdosa. Kejujuran boleh dilihat pada pengucapan dan perbuatan. Namun ianya

bersifat intrinsik yang sukar dibuktikan jika tidak diluahkan oleh seseorang

individu.

Page 28: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

3.4.9 Sayangi Diri

Sayangi Diri merupakan salah satu daripada enam tema yang terdapat di dalam

matapelajaran PSK. Tema ini terdapat pada setiap sukatan pelajaran PSK bagi

tahun 4, 5 dan 6. Bagi tahun 4, terdapat dua topik di bawah tema ini iaitu

Mengenali Diri dan Pengurusan Diri. Mengenali Diri menekankan kepada proses

murid-murid mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta melakukan

pengukuhan atau pemulihan mengenainya. Pengurusan Diri pula menekankan

aspek kesihatan dan penampilan diri.

3.4.10 Kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia

menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep

kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi

persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan

tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Carl Rogers (1950),

mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang

tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding

dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan

mengenai cara memahami konsep kendiri.

Page 29: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

3.5 Batasan Kajian

Kajian meningkatkan pengurusan kendiri bagi tema sayangi diri tahun 4

menggunakan Set Kejujuran Solat Saya ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan

Sultan Sulaiman 1 Sekolah Berprestasi Tinggi dan hanya melibatkan murid tahun

4. Kelas yang telah dipilih ialah kelas 4 Rasional yang mempunyai 37 orang

murid. 32 orang murid merupakan murid Islam manakala 5 orang lagi beragama

Buddha. Seramai 10 orang murid dipilih untuk terlibat dengan kajian ini. Topik

yang dipilih mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Sekolah Rendah di bawah tema Sayangi Diri. Kajian ini memberikan tumpuan

kepada aspek pengurusan kendiri solat murid-murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid dari tahun 4 Rasional seramai 10 orang yang terdiri

daripada 4 orang lelaki dan 6 orang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Sultan

Sulaiman 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, Kuala Terengganu, Terengganu. Pemilihan

sampel adalah berdasarkan kepada ujian pra yang telah dijalankan selama seminggu

bermula 3 hingga 9 Februari 2013. Mereka merupakan murid-murid yang paling sedikit

melaksanakan solat dalam minggu itu. Pemilihan respondan juga adalah berdasarkan

pelbagai latar belakang keluarga. Berikut merupakan maklumat mengenai kesepuluh

respondan yang telah dipilih.

Page 30: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Jadual 4.1 : Maklumat Asas Mengenai Respondan

BIL. KOD BILANGAN SOLAT SEMINGGU PERATUSAN

SOLAT

SEMINGGU

1. L1 24 daripada 35 68.57%

2. L2 18 daripada 35 51.42%

3. L3 14 daripada 35 40%

4. L4 22 daripada 35 62.85%

5. P1 19 daripada 35 54.28%

6. P2 15 daripada 35 42.85%

7. P3 24 daripada 35 68.57%

8. P4 17 daripada 35 48.57%

9. P5 19 daripada 35 54.28%

10. P6 0 daripada 35 0 %

Page 31: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.0 CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Terdapat beberapa contoh-contoh model kajian tindakan yang boleh untuk dijadikan

rujukan kepada para pengkaji. Menurut Ting Len Siong etc. (2013), pada asasnya

terdapat lima peringkat dalam satu-satu kitaran penyelidikan iaitu merancang, penentuan

langkah dan cara, bertindak, memerhati dan mereflek. Bagi melaksanakan kajian ini, saya

memilih gelung kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Setiap tahap

mengandungi empat langkah utama yang berbentuk gelungan bermula dengan mereflek,

merancang, bertindak dan memerhati.

Proses ini diterjemahkan dalam bentuk rajah berikut:

Rajah 5.1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

(1)

MEREFLEKS

(2)

MERANCANG

(3)

BERTINDAK

(4)

MEMERHATI

Page 32: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.1.1 Merefleks

Menurut Poh Swee Hiang (1997), proses merefleks ialah proses membentuk

kerangka, membentuk semula kerangka lalu merancang tindakan baru yang

berkesan. Apabila menghadapi sesuatu masalah atau situasi, penyelidik akan

memperoleh pemahaman baru tentang situasi berkenaan lalu mencari

kemungkinan-kemungkinan baru untuk menyelesaikannya. Proses merefleks ini

adalah langkah pertama sebelum melaksanakan langkah-langkah dalam kajian

tindakan seterusnya.

Kajian yang dilakukan ini adalah bertitik tolak daripada proses refleksi

penyelidik mengenal kekurangan, kelemahan serta masalah yang dihadapi oleh

para murid mengenai pengamalan hasil daripada pembelajaran mereka. Masalah

yang telah dikenalpasti ialah murid-murid tidak dapat melaksanakan solat mereka

dengan mencukupi 5 waktu dalam waktu sehari. Penyelidik telah membuat

tinjauan dan pengumpulan data awal bagi mengelaipasti masalah yang dihadapi

murid. Proses ini telah dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, soal selidik dan

ujian pra.

Daripada ketiga-tiga instrumen ini, penyelidik telah mengenalpasti tahap

pencapaian murid-murid dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh

itu, rawatan atau kaedah yang efektif perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Page 33: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.1.2 Merancang

Menerusi data-data yang telah diperoleh, penyelidik kemudiannya merancang satu

tindakan rawatan kepada masalah yang difokuskan. Penyelidik mula membina

kerangka kajian iaitu objektif kajian, pembentukan soalah kajian, kepentingan

kajian, rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran dan perancangan tindakan

yang perlu dilaksanakan.

Penyelidik telah merancang satu kaedah yang dinamakan sebagai Set

Kejujuran Solat Saya (SKSS) yang menerapkan unsur penilaian kendiri dan

refleksi. Bagi menyiapkan set ini, penyelidik telah memuat turun beberapa

gambar dan kata-kata yang berkaitan melalui laman web. Kemudian, pengkaji

memilih gambar dan kata-kata yang mudah difahami dan menarik untuk disusun

ke dalam set tersebut.

Bagi menjayakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa

instrumen untuk proses tinjuan masalah dan pengumpulan data. Penyelidik juga

telah merujuk beberapa jenis sumber yang diperakui kebolehpercayaannya untuk

mengetahui fakta-fakta dan teknik-teknik untuk melatih murid melaksanakan

solat. Sorotan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lain turut membantu

penyelidik mendapatkan gambaran mengenai masalah-masalah yang biasanya

dihadapi oleh mereka yang tidak melaksanakan solat.

Page 34: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.1.3 Bertindak

Penyelidik kemudiannya memilih kaedah yang dinamakan Set Kejujuran Solat

Saya (SKSS). Kaedah ini memberikan fokus kepada penilaian kendiri murid. Set

yang dibentuk dicetak dan diberikan kepada setiap respondan.

Dalam melaksanakan proses kajian ini, penyelidik telah menggunakan

empat bentuk instumen iaitu gambar foto, senarai semak, soal selidik dan

temubual. Seterusnya, kaedah ini diperkenalkan kepada respondan seramai 10

orang dari kelas 4 Rasonal yang telah dipilih melalui ujian pra.

Prosedur-prosedur yang dilakukan adalah seperti berikut :

i. Penyelidik mengedarkan SKSS kepada setiap respondan pada hari Ahad

minggu yang ingin dikaji.

ii. Penyelidik membuat pemerhatian gambar foto secara rawak pada mana-

mana hari dalam minggu itu. SKSS akan diminta oleh penyelidik.

Respondan akan disusun secara sebaris. Mereka akan mengangkat tangan

sebagai tanda tidak solat bagi setiap waktu solat yang dibacakan oleh

penyelidik. SKSS akan dikembalikan semula kepada murid.

iii. Penyelidik akan mengumpul semua SKSS yang telah disiapkan oleh murid

pada hari Ahad minggu berikutnya.

iv. Penyelidik kemudiannya meminta para respondan menjawab set soal

selidik Semak Analisis Sembahyang Saya (SAYANG).

Page 35: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.1.4 Memerhati

Melalui data-data yang diperoleh menerusi SKSS yang dikumpulkan, penyelidik

kemudiannya melaksanakan proses analisis. Analisis ini kemudiannya

diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan rajah.

Bagi soal selidik pula, data-data yang dikumpul menerusi SAYANG

adalah bertujuan untuk melihat sama ada berlaku perubahan pada tanggapan

respondan mengenai solat. Pada masa yang sama mendapatkan perubahan yang

mungkin berlaku terhadap masalah-masalah yang mereka biasa hadapi.

Temubual dilakukan untuk melihat dengan lebih mendalam mengenai

masalah-masalah yang menganggu respondan daripada melaksanakan solat

mereka. Nasihat dan cadangan mengatasinya kemudiannya diberikan oleh

penyelidik.

5.2 Gelung Kedua

Oleh kerana penyelidik mendapati bahawa tahap pelaksanaan solat dalam kalangan

respondan masih lemah, gelung kedua kemudiannya dilaksanakan. Proses-proses

yang terlibat dalam gelung-gelung ini digambarkan dalam rajah berikut :

Page 36: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

Rajah 5.2 : Perubahan dari gelungan pertama ke gelung kedua

5.2.1 Merefleks

Penyelidik telah menyempurnakan kitaran pertama sesi rawatan terhadap

respondan yang dipilih. Namun keputusan yang diterima tidaklah mencapai

matlamat yang disasarkan. Oleh itu, penyelidik telah mengenalpasti punca-punca

respondan masih belum mencukupkan solat mereka.

Kebanyakkan respondan masih belum menyedari keperluan mereka untuk

mencukupkan 5 waktu solat mereka. Kesemua respondan meninggalkan solat

mereka kerana urusan di luar rumah. Selain itu kebanyakkan mereka juga

Merefleks

Merancang

Bertindak

MemerhatiGelung 1

Merefleks

Merancang

Bertindak

MemerhatiGelung 2

Page 37: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

meninggalkan solat atas faktor orang lain dan kerana bermain. Disebabkan faktor-

faktor inilah kebanyakkan mereka meninggalkan solat untuk minggu itu.

5.2.2 Merancang

Setelah mengenalpasti masalah-masalah itu, penyelidik merancang satu

penambahbaikan terhadap SKSS yang telah dibina. Dengan mengambilkira

kepentingan nasihat sebagai dorongan, penyelidik menyelitkan gambar-gambar

dan kata-kata nasihat mengenai solat di dalam set tersebut. Pada masa yang sama

SKSS untuk minggu ini dicetak dengan berwarna. Hal ini kerana warna dikatakan

mampu menarik fokus seseorang terhadap sesuatu.

5.2.3 Bertindak

Penyelidik masih mengekalkan instrumen yang sama seperti yang terdapat di

dalam gelung pertama. Prosedur pelaksanaan turut dikekalkan.

5.2.4 Memerhati

Penyelidik membuat analisis terhadap setiap data yang diterima dari SKSS.

SAYANG kemudiannya dilaksanakan dan keputusannya diterjemahkan ke dalam

bentuk jadual dan rajah. Anasilis SAYANG minggu ini masih menunjukkan

dapatan masalah yang tidak jauh bezanya dengan SAYANG sebelumnya.

Page 38: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

5.3 Gelung Ketiga

5.4 Gelung Keempat

5.5

5.2.1. Instrumen Kajian

Pemerhatian dilakukan dengan cara mengangkat tangan. Memandangkan

penyelidik tidak dapat berada sepanjang masa dengan murid, kaedah pemerhatian

dilakukan dengan cara ini. Guru akan

5.6 Cara Menganalisis Data

5.7 Pelaksanaan Tindakan

Dalam konteks pendidikan, murid-murid yang menunaikan solat dengan cukup

merupakan insan yang istimewa. Solat yang mereka lakukan itu merupakan satu

bentuk latihan pengurusan diri yang sempurna. Hal ini kerana solat itu bukan sahaja

merupakan kunci kepada ibadat-ibadat lain malahan turut mendisplinkan pelakunya

agar menepati masa. Menerusi solat seseorang dilatih untuk membahagikan masanya

dengan bijak, mengenalpasti keutamaan yang perlu dilaksanakan dan seterusnya

Page 39: Proposal Kajian Tindakan (Praktikum 3)

membuat keputusan yang tepat berpandukan kepada garis panduan yang telah

ditetapkan syarak. Jika dikaitkan dengan kehidupan semasa, penekanan kepada

pelaksanaan solat yang cukup dan sempurna bukan sahaja selari dengan tuntutan

fitrah kejadian insan, malah turut bertepatan dengan hasrat melahirkan modal insan

berkualiti seperti yang digariskan menerusi dasar-dasar Kementerian Pelajaran

Malaysia.