proposal kajian tindakan pendidikan islam

41
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Menjelang abad ke 21, perspektif Pendidikan Islam di Malaysia dilihat semakin berkembang mengikut arus peredaran global, dan tidak dapat lari dari tempias era keterbukaan maklumat dan tanpa sempadan sebagaimana pelajaran-pelajaraan yang lain seperti sains dan matematik. Langkah kerajaan memperkenalkan sistem pembelajaran j Qaf serta beberapa penambahbaikan sukatan, kandungan, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta usaha peningkatan tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam mula membuka dimensi pendidikan Islam ke arah yang lebih terbuka dan meluas. Ruh dan semangat falsafah Pendidikan Islam juga digarap seiring dengan aspirasi falsafah pendidikan negara melalui beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pembestarian sekolah, idea 1

Upload: abuayyub

Post on 21-May-2015

24.597 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

Draf Proposal M pendidkan UPSI 2011

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Menjelang abad ke 21, perspektif Pendidikan Islam di Malaysia dilihat semakin

berkembang mengikut arus peredaran global, dan tidak dapat lari dari tempias era

keterbukaan maklumat dan tanpa sempadan sebagaimana pelajaran-pelajaraan yang

lain seperti sains dan matematik. Langkah kerajaan memperkenalkan sistem

pembelajaran j Qaf serta beberapa penambahbaikan sukatan, kandungan, pelaksanaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta usaha peningkatan tahap

profesionalisme guru Pendidikan Islam mula membuka dimensi pendidikan Islam ke

arah yang lebih terbuka dan meluas.

Ruh dan semangat falsafah Pendidikan Islam juga digarap seiring dengan aspirasi

falsafah pendidikan negara melalui beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan

seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pembestarian sekolah, idea

pendemokrasian pendidikan nasional serta penekanan konsep pembangunan modal

insan melalui pendidikan.

Selain itu, isu meritokrasi, kecenderungan kepada aspek pendidikan teknikal dan

multimedia, keperluan kepada tenaga kerja , peningkatan tahap sosio ekonomi serta

perubahan nilai budaya masyarakat turut menuntut perluasan fungsi Pendidikan Islam

seiring dengan pendidikan teras yang lain.

Semua perkembangan ini akhirnya menuntut agar Pendidikan Islam berubah ke arah

lebih ofensif , proaktif, dan perlukan suntikan idealisme yang lebih segar dalam

konteks kandungan pelajaran, proses pengajaran pembelajaran, tahap profesionalisme

1

Page 2: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

guru serta daya intelek murid. Guru Pendidikan Islam pula harus perlu memiliki

pandangan dan rancangan yang bersifat futuristik. Perkara ini pernah diutarakan oleh

Dr Wan Zahid Nordin, mantan Ketua Pemgarah Pelajaran Malaysia bahawa betapa

wawasan, impian dan pandangan mengenai masa hadapan Pendidikan Islam sangat

mustahak untuk masyarakat kita membuat perancangan secukupnya bagi menghadapi

cabaran zaman tersebut. (Khailani dan Ishak, 1993)

1.2. Latar belakang kajian

Berikutan daripada senario tersebut, ia turut memberi kesan kepada amalan pengajaran

dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah apakala semakin lama ia dilihat dan di

rasa semakin kompleks, rencam, rumit dan mencabar. Situasi ini mendorong para guru

pendidikan Islam khususnya untuk lebih fleksibel dan serba anjal dalam mengurus

pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan mencapai objekitif

pembelajaran yang dirancang samada untuk jangka pendek atau jangka panjang.

Sebagai agen pembangunan agama, masyarakat dan negara yang penting, mengelak

daripada menghadapi keadaan ini adalah pilihan yang sumbang sementara

menghadapinya tanpa sebarang persediaan dan persiapan dalam pelbagai disiplin ilmu

bantu pula akan hanya menyukarkan lagi keadaan yang sedia ada.

Antara faktor dalaman yang dilihat mendorong kepada kerencaman dan kerumitan

pengajaran Pendidikan Islam di sekolah ialah aras pemikiran dan kognitif pelajar yang

berkembang lebih pantas berbanding pelajar seusia sama di era lepas.

Justeru itu, antara alternatif yang cuba penyelidik cadangkan ialah menggunakan

kaedah amalan Kajian Tindakan untuk memperbaiki, menambah nilai serta menaik

2

Page 3: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

taraf kualiti pengajaran pembelajaran oleh guru Pendidikan Islam pada peringkat yang

paling asas iaitu di bilik darjah.

Amalan kajian Tindakan diakui oleh sarjana khususnyaa dalam bidang pengurusan dan

pendidikan mampu menjadi kaedah alternatif untuk menambahbaik sistem

pembelajaran sedia ada. Menurut Mok Soong Sang (1996) dalam konteks

perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan

teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha

membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi

meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang

profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah

asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mereka di dalam bilik darjah , menggunakan teknik refleksi dan

menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menariknya, ketiga-tiga aspek ini terkandung di

dalam prinsip asas bidang Kajian Tindakan.

1.3. Pernyataan Masalah

3

USER, 03/06/11,
CARI ISU ATAU MASALAH BERKAITAN P&P P. ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DI PERAK SERTA RUJUKAN
Page 4: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Namun begitu, satu perkara yang harus di teliti dan difikirkan terlebih dahulu ialah

sejauhmana tahap kefahaman, amalan dan motivasi para guru pendidikan islam dalam

bidang kajian tindakan.

Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam tahun 2007 hingga 2008 telah menerbitkan

Koleksi senarai kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru-guru dari seluruh negeri

Perak dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik, bahasa, serta kemanusiaan .

Jadual 1 di bawah adalah Analisis penulis berdasarkan Buku Prosiding Konvensyen

Kajian Tindakan anjuran Jabatan Pelajaran Perak bertemakan Kajian Tindakan Teras

Komuniti Berilmu yang diadakan di Pangkor Coral Bay Resort dari 19 hingga 21

September 2006 dan Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan 2007 bertema

Kajian Tindakan menjana Modal Insan Gemilang yang diadakan di The Summit Hotel,

Bukit Mertajam, P. Pinang dari 27 hingga 29 Ogos 2007

BIL BIDANG N %

1 Pengurusan dan pentadbiran 36 20.2

2 Bahasa dan Kesusateraan Melayu 19 10.6

3 Bahasa Inggeris 18 10.2

4 Matematik / Sains 42 23.6

5 P. Islam 16 8.9

6 Sejarah dan Geografi 12 6.6

7 P. Moral dan Sivik 3 1.6

8 Kemahiran hidup, lukisan dan kejuruteraan 16 8.9

9 Pengajian Am, ekonomi dan perdagangan 17 9.4

Jumlah 178 100

Jadual 1

4

Page 5: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Berdasarkan analisis pemilihan seperti pada jadual 1, didapati bahawa kajian tindakan

dalam hidang kemanusiaan khususnya pendidikan Islam amat kurang diberi tumpuan

berbanding bidang teras seperti bahasa, sains dan matematik.

Sebagai guru pendidikan islam yang melihat, menghadapi dan terbabit secara langsung

dalam pendidikan Islam, pengkaji telah terkesan dengan keadaan tersebut. Pelbagai

masalah, kekangan, idea dan keperluan yang bersilihganti mengitari amalan pengajaran

dan pembelajaran termasuk tuntutan-tuntutan kesegaran idea di bilik darjah

menimbulkan masalah dan cabaran yang amat besar.

Kerana itu juga , pengkaji merasa amat terdorong untuk mencetuskan sesuatu kerangka

yang baru sebagai alternatif dan peransang kepada keanjalan dan penambahbaikan

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam seiring dengan pelajaran lain.

Pengkaji juga positif bahawa rakan seperjuangan juga tercari-cari pendekatan alternatif

untuk menyegarkan dan memudakan Pendidikan Islam. Masalah ini sebenarnya

menyatukan pengkaji dengan rakan setugas untuk menyelesaikan masalah dan

menambahbaik amalan penegajaran dan pembelajaran pendidikan islam seterusnya

meningkatkan kualiti Pendidikan Islam.

Justeru itu kajian ini akan melihat sejauhmana tahap amalan iaitu kefahaman, amalan,

dan motivasi dan guru Pendidikan Islam terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan harapan seterusnya ia akan mencetuskan rangsangan untuk kajian

yang lebih mendalam untuk mengembangkan budaya kajian tindakan dalam kalangan

guru Pendidikan Islam khususnya dan seluruh warga pendidik amnya.

5

USER, 03/10/11,
Cari isu-isu jqaf da p. islam
Page 6: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.4. Tujuan Kajian

Matlamat Kajian

Kajian ini secara umumnya diharap dapat memberi tumpuan untuk mengenalpasti tahap

kefahaman dan amalan bidang kajian tindakandalam kalangan guru pendidikan islam

sekolah rendah dalam proses pengajaran pendidikan islam.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan yang wujud dalam

kalangan guru pendidikan islam dari segi jantina, lokasi sekolah dan kelulusan

akademik guru.

Seterusnya kajian ini juga akan melihat hubungan yang wujud antara amalan kajian

tindakan dengan pencapaian akademik pendidikan islam pelajar sekolah rendah di

samping mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambahbaik amalan

kajian tindakan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Objektif kajian

1.4.1. Untuk mengkaji tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah

rendah terhadap bidang kajian tindakan .

1.4.2. Untuk mengkaji tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah

terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan islam .

1.4.3. untuk melihat perbezaan amalan kajian tindakan dalam kalangan guru

Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi dan kelulusan akademik.

1.4.4. untuk melihat hubungan antara amalan kajian tindakan guru Pndidikan

Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di sekolah rendah.

1.4.5. untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian

tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

6

Page 7: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengkaji persoalan persoalan

berikut:

1.5.1. Sejauhmanakah tahap kefahaman guru pendidikan islam sekolah

rendah terhadap bidang kajian tindakan .

1.5.2. Sejauhmanakan tahap amalan guru Pendidikan Islam sekolah rendah

terhadap kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan islam .

1.5.3. Sejauhmanakah wujudnya perbezaan amalan kajian tindakan dalam

kalangan guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, lokasi

dan kelulusan akademik.

1.5.4. Sejauhmanakah hubungan antara amalan kajian tindakan guru

Pendidikan Islam dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar di

sekolah rendah.

1.5.5. Apakah langkah-langkah penambahbaikan amalan kajian

tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

1.6. Hipotesis Kajian

Ho1 Tidak ada perbezaan antara amalan kajian tindakan dalam kalangan

guru dengan pencapaian murid.

Ho2 Tidak ada perbezaan tahap amalan kajian tindakn antara sekolah di

bandar dengan sekolah luar bandar

Ho3 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru

berdasarkan lokasi sekolah

Ho4 Tidak ada kaitan amalan kajian tidakan dalam kalangan guru

berdasarkan jantina

7

Page 8: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.7. Konseptual Kajian

Setiap kajian yang baik akan mempunyai prosedur dan kaedah yang tetantu yang

bersifat saintifik dan tersusun berdasarkan objektif yang digariskan. Kajian yang akan

dijalankan ini adalah berdasarkan tinjauan dan kajian kes iaitu dalam lingkungan

komuniti guru pendidikan Islam sekolah rendah di dalam negeri Perak.

Berdasarkan tajuk kajian, pengkaji menmbahagikan kajian kepada 2 pembolehubah

iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

Aspek yang diletakkan dalam pembolehubah bersandar ialah aspek kefahaman, amalan,

dan motivasi dalam pengajaran pembelajaran sementara pembolehubah tidak bersandar

melibatkan jantina, usia, dan pengalaman mengajar

Kajian ini dijalankan melalui 3 bentuk iaitu taburan soalselidik, pemerhatian amalan

pengajaran pembelajaran serta temubual bersama responden bagi mencapai objektif

kajian serta mendapatkan input pandangan daripada responden.

8

Page 9: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Jadual 2

9

KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

PEMBOLEH UBAH BERSANDAR

Kefahaman Amalan

Pengajaran dan pembelajaran PencapaianKurikulum

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

LokasiJantinaUmur

Tahap akademikPengalaman mengajar

Laporan , cadangan dan dokumentasi

SoalselidikPemerhatian

temubual

Dapatan kajian

Analisis SPSS

Page 10: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.8. Metodologi Kajian

1.8.1. Skop dan batasan kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada aspek berikut

1.8.2. Aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan islam sekolah rendah.

1.8.3. Melibatkan kumpulan responden dalam kalangan guru Pendidikan

Islam sekolah rendah di negeri Perak melalui kerjasama Sektor

Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak.

1.8.4. Kajian ini melibatkan populasi seramai 4000 orang guru Pendidikan

Islam sekolah rendah termasuk guru j QAF sebagai responden dan

mengambil 400 atau 10% daripadanya sebagai sampel kajian.

1.8.2. Rekabentuk Kajian

1.8.2.1 Kajian perpustakaan

Tujuan penyelidik telah memilih metod ini untuk mendapatkan data dan bukti dari

kajian yang telah didokumenkan seperti buku-buku,majalah, jurnal, kertas seminar,

akhbar dan internet. Selain itu, penyelidik juga menjalankan rujukan terhadap beberapa

tesis sarjana muda, sarjana dan doktor Falsafah yang berkaitan dengan tajuk

penyelidikan

Data-data yang telah diperolehi dikaji dan dijadikan panduan dalam penyelidikan ini.

Selain itu,pemilihan tajuk juga dibuat melalui metod ini.

1.8.2.2 . Kajian Lapangan

Proses kajian lapangan dijalankan dalam bentuk soalselidik akan dimulai dengan

maklumat latarbelakang responden selain mendapatkan maklum balas pengetahuan

10

Page 11: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

sedia ada responden terhadap bidang kajian. Bagi mencapai objektif, soal selidik

berbentuk skala likert dengan lima pilihan jawapan digunakan untuk mendapatkan

maklumat berkaitan dengan persoalan kajian.. Soalan-soalan yang diajukan bertujuan

untuk mengenal pasti kandungan persoalan kajian dan dengan tujuan untuk mencapai

objektif kajian dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang ditetapkan.

1.8.3. Instrumen Kajian

Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Faktor

penulis memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat

daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian.

Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden

menjawab dengan cepat.

Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A (Demografi)

menjelaskan latar belakang responden yang mengandungi 3 item iaitu jantina, umur,

dan pengalaman mengajar.

Bahagian B pula ialan soalan berbentuk skal Likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu

amat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan amat tidak setuju untuk mengukur

maklum balas responden terhadap kajian sebelum dibuat rumusan bagi menjawab

persoalan kajian dan tahap pencapaian objektif kajian.

Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian

yang telah ditetapkan iaitu berkaitan tahap kefahaman dan amalan kajian tindakan

dalam pengajaran dan pembelajarn pendidikan islam selain daripada motivasi dalam

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru pendidikan islam

Selain itu, responden juga diminta untuk memberi pandangan atau pendapat secara

bertulis terhadap isu yang dikaji. Kekerapan pilihan jawapan, peratusan serta purata

11

Page 12: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

pilihan jawapan atau min keseluruhan komponen akan dianalisis bagi tujuan menjawab

persoalan kajian

1.9 Kepentingan Kajian

1.9.1. Memberi persepsi dan alternatif baru kepada individu dan organiasi

yang terbabit dengan Pendidikan Islam dalam proses pengajaran

pembelajaran pendidikan islam

1.9.2. Menyesuaikan konsep pendidikan islam dengan metodologi pendidikan

yang lebih anjal dan sesuai dengan perkembangan sosio budaya moden.

1.9.3. Membantu memperkemas dan menambah nilai sistem Pendidikan Islam

supaya seiring dengan situasi zaman dan tahap mentaliti dan

kematangan murid.

1.9.4. Memberikan pengisian dan maklumat atau bahan kajian lepas berkaitan

untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjutan dalam bidang yang

berkaitan dengan Pendidikan Islam ataupun bidang kajian tindakan

dalam pendidikan.

1.10. Definisi Istilah

12

USER, 03/06/11,
Kepentingan Kajian kepada KPM, EPRD, JPN,BPG, SPI, PPD, Sekolah, Guru, murid dan ibubapa
Page 13: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

10.1. Kajian Tindakan

Menurut Ann Curry (2005), kajian Tindakan adalah Action research is focused on

problem solving through inquiry into human problems in areal context atau penumpuan

kepada penyelesaian masalah melalui penyiasatan masalah manusia dan konteks

tertentu. Dalam kes pengajaran dan pembelajaran, ia merujuk kepada situasi guru dan

pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kurt Lewin (1946), antara pencetus amalan kajian tindakan memberikan takrifan

klasik kajian tindakan melalui dua idea utama iaitu komitmen untuk penambahbaikan

dan keputusan bersama . Beliau menambah Kajian Tindakan sebagai satu kitaran

proses yang melibatkan 3 langkah iaitu perancangan yang melibatkan tinjauan,

mengambil tindakan, dan mencari maklumat tentang keputusan tindakan.

Stephen Corey ( 1953) pula mentakrifkan Kajian Tindakan sebagai satu proses di mana

pengamal cuba mempelajari tentang masalah yang dihadapi secara saintifik dengan

tujuan mendapatkan panduan amalan, tindakan yang betul, dan dapat menilai keputusan

serta tindakannya.                      

Selain itu ada beberapa takrifan yang diberikan oleh para pengamal kajian tindakan

yang asas menuju kesimpulan yang sama iaitu satu bentuk penyelidikan dan

pemerhatian yang ringkas untuk menyelesaikan masalah kecil dengan urutan dan

disiplin tertentu antaranya (Che Wa b Halim, 2005)

Dengan kata lain Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ”(SKPM,

KPM 2006)

10.2. Pendidikan Islam

Hasan Langgulung (1995) melihat Pendidikan Islam adari 3 sudut , iaitu Pendidikan

Islam Khas, Penndidikan Islam Umum dan Sistem Pendidikan Islam.

13

Page 14: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Pendidikan Islam khas merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai

bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah

atau Sirah, Falak dan lain-lain.  Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai

dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.

Pendidikan Islam Umum.  Ia meliputi segala bidang hidup manusia, seperti rohani,

jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media,

teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain.  Maknanya, dalam setiap

bidang itu ada pendidikan Islamnya.  Contohnya dalam ekonomi; kita boleh

berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam

ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan

sebagainya.  Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira

bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya. 

Demikianlah juga Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut

kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam.  Untuk mengetahui apa yang disuruh

dan apa yang dilarang memerlukan ilmu.  Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja,

sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.

Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan.  Ia merangkumi segala aspek

yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan

mengikut prinsip Islam.  Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah

atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian),  kriteria pemilihan guru, pemilihan

kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah,

matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam.  Kalau tidak

berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam,

walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama

Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi

pendidikan. 

14

Page 15: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan

sebagai tempelan atau sulaman sahaja.  Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang

Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem,

sebaliknya lahir daripada tempelan.  Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab

perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita

tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal

Sulam.  

Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi, (1976) dalam suatu

seminar Pendidikan Islam anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya ketika

menyampaikan makalah dengan tajuk : Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat

Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia, menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalam

konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan

punya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah

pengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia

dengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan

cara perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan

manusia itu berilmu pengetahuan.

Mengenai hubungan sesama manusia dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu sosial Islam

yang merangkumi ilmu-ilmu ekonomi, undang-undang, politik, kenegaraan dan

antarabangsa, etika kebudayaan dan ilmu-ilmu natural sains dan teknologi yang

berasaskan dasar hidup Islam. Selain itu, tabi‘i manusia itu sendiri yang dijadikan Allah

bermula dari kejadian Adam A.S adalah dimulakan dengan persediaan penemuan ilmu

pengetahuan dan cahaya kebenaran sebagai persediaannya membawa amanah sebagai

wakil Allah di bumi (Khalifat Allah Fi al-Ard).(Syahrul Riza, 2008)

1.11. RUMUSAN

15

USER, 03/06/11,
Pandangan pengkaji berdasarkan rumusan daripada pendapat yang dikumpul.
Page 16: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1. PENDAHULUAN

2.2 PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI PERAK

2.2.1. Sejarah Pendidikan Islam di Negeri Perak

2.2.2. Struktur pentadbiran pendidikan Islam di Perak

2.2.2.1. Sektor pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Perak

2.2.2.2. Bahagian Pendidikam , Jabatan Agama Islam Perak

2.2.3. Prestasi Pendidikan Islam Negeri Perak

2.3. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN KAJIAN TINDAKAN

2.3.1. Pengenalan Kajian Tindakan

2.3.2. Sejarah Kajian Tindakan

2.3.2. Kepentingan Kajian Tindakan

2.4. KAJIAN LITERATUR BERKAITAN PENDIDIKAN ISLAM

2.4.1. Pengenalan

2.4.2. Konsep Pendidikan Islam

2.4.3. Sejarah pendidikan Islam

2.4.4. Kepentingan Pendidikan Islam

2.5. KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM

2.5.1. Pengenalan

2.5.2. Kajian Tindakan menurut Al Quran dan hadis

2.5.3 Sorotan kajian lepas berkaitan kajian tindakan Pendidikan islam

2.5.4. Rumusan hubungan Kajian Tindakan dengan Pendidikan Islam

2.6. RUMUSAN

16

Page 17: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1. PENDAHULUAN

3.2 REKABENTUK KAJIAN

3.3. PROFIL RESPONDEN KAJIAN

3.4. LOKASI , POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

3.5. ALAT KAJIAN

3.6. TATACARA PEMEROLEHAN DAN ANALISIS KAJIAN

3.7. BATASAN KAJIAN

3.8. RUMUSAN

17

Page 18: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.10. Rujukan

Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Fajar Bakti, Shah Alam 1997

Ahmad Mohd. Salleh, Pendidikan Islam, Dinamika Guru Jld 2, Fajar Bakti, Shah Alam 1998

Ahmad Shalaby, Prof. Dr, Kurikulum Islam dalam perkembangan Sejarah, Pustaka Nasional Pte. Ltd, Singapura,2003

An Na’ami, Abdullah al Amin, Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al Qabisi, Terjemahan Mohd. Ramzi Omar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994

Asmah bt. Hj. Ahmad, Pedagogi 1, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, 1989

Ee Ah Meng, Pedagogi, Satu Pengenalan, Edisi 2 Fajar Bakti, Petaling Jaya 1990

Ee Ah Meng, Pedagogi 1, Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997

Ee Ah Meng, Pedagogi 2, Pelaksanaan Pengajaran, Fajar Bakti, Petaling Jaya , 1997

Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1996

Ee Ah Meng, Psikologi pendidikan 2, Psikologi Perkembangan, Fajar Bakti, Petaling Jaya 1997

Hanafi Mohamed, Drs, Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran, Pustala Ilmi, Selangor, 1996

Mok Soong Sang, Pendidikan Di Malaysia, Edisi 6, Kumpulan Budiman, Subang Jaya, 1996

Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman, Razali Haji Nawawi Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia,1976 Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah (Editor), Seminar Pendidikan Islam

18

Page 19: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Era 2020, Tasawwur dan Strategi, Maktab Perguruan Islam, Tekno Edar, Selangor,1993

Syahrul Riza , Konsep Pendidikan Islam menurut Ibn Khaldun : Satu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan islam, Tesis Ijazah Sarjana Sastera, USM. Pulau Pinang , 2008.

Sumber Jurnal

Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan, Jabatan Pelajaran Perak ,2006

Buku Prosiding Konvensyen kajian Tindakan 2007, Jabatan Pelajaran Perak, 2007

Jurnal Pendidikan, Jilid 1 Oktober 1990, Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor, 1990

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008, bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 13 Bil 01 Jun 2003, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2003

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 17 Bil 02 Dis 2007, Institut Aminuddin Baki, Kemeterian Pelajaran Malaysia, 2

Sumber Lawan Sesawang

http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html

Action Research in Action: Involving Students and ProfessionalsAugust 14th - 18th 2005, Oslo, Norway Conference Programme:http://www.ifla.org/IV/ifla71 /Programme.htm 7 Jun 2005

http://www.broward.k12.fl.us/hrd/actionresearchstudies/introduction/ar/definitions. htm pada 20 Julai 2008 dan diterjemahkan oleh Akhiar Pardi.

http://pendislami.tripod.com/new_page_2.htm 21 Sept 2010

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir Malaysia sumber http://khirkassim.blogspot.com/2009/04/kajian-tindakan.html

Che Wa bt Halim, Jawatankuasa Penyelaras Kajian Tindakan Negeri Kedah 2005

19

Page 20: Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Page 21: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

1.11. Jadual Rangka Kerja

CARTA GANT TINDAKAN BIL TINDAKAN BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

1 Penyediaan proposal2 Perjumpaan Penasihat akademik3 Pendaftaran kursus/kod disertasi

/tesis4 Seminar, kolokium, bengkel5 Sesi bimbingan/ tutorial

penyelidikanSerah Borang cadangan Penyelidikan

6 Pembentangan 1 2 37 Penulisan bab 18 Penulisan bab 29 Penulisan bab 310

Penyediaan dan pembetulan soalselidik

11

Kajian rintis

12

Analisis kajian rintis

13

Menjalankan soalselidik

14

Pengisian data soalselidik

15

Analisis soalselidk

16

Penulisan bab 4

1 Penulisan bab 5

Page 22: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

718

Pembentangan cadangan penyelidikan

19

Hantar LKPS ke Fakulti & IPS

20

Hantar Notis penyerahan disertasi

21

Serah Disertasi awal

22

Penetapan tarikh Viva Voce

23

Sesi Viva Voce

24

Pembetulan disertasi

25

Penjilidan Tesis

Page 23: Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Page 24: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA PENDIDIKAN

Para Responden yang di hormati,

Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan

maklumbalas mengenai

AMALAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU

PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

NEGERI PERAK

Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian:Bahagian A : Maklumat dan latar belakang RESPONDEN

Bahagian B : Soalan berkaitan bidang kajian

Panduan untuk menjawab soal selidik:1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang

terkandung dalam set ini.2. Semua maklumat yang diberi adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian

semata-mata.3. Kejujuran anda memberi maklumat akan menentukan kejituan kajian ini. 4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik.5. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan

penyelidikan ini.

Page 25: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

Arahan:Sila isikan ruang kosong atau tandakan ( ) di petak yang disediakan bagi setiap jawapan yang difikirkan sesuai oleh saudara / saudari.BAHAGIAN A.

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Umur (Nyatakan): Kurang 30 Tahun 31 - 40 Tahun Lebih 40 Tahun

3. Jenis sekolah : Bandar luar bandar

4. Tahap pendidikan : SPM /Tsanawi STPM / STAM

B.A / MA

5. Pengalaman sebagai guru pendikan islam : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun

6. Pengalaman terbabit dalam kajian tindakan : Kurang 1 Tahun 1 - 5 Tahun Lebih 5 Tahun

7. Pandangan saya terhadap keperluan bidang kajian Tindakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di Sekolah. .................................................................................................................

Page 26: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

.......................................................................................................................................

BAHAGIAN B

Arahn : Jawab semua soalan dan Tandakan ( √ ) dalam ruangan yang disediakan.

1. Amat tidak Setuju2. Tidak Setuju3. Kurang Setuju4. Setuju5. Amat Setuju

KEFAHAMAN TENTANG KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 51 Saya memahami secara umum konsep Kajian Tindakan 2 Saya pernah baca artikel @ teks berkenaan Kajian

Tindakan3 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian

Tindakan peringkat sekolah4 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian

Tindakan peringkat Pejabat Pelajaran Daerah5 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian

Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri6 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian

Tindakan peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia7 Saya pernah menyertai kursus atau latihan kajian

Tindakan anjuran IPGM atau IPTA8 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan

Kajian Tindakan kepada orang lain secara umum9 Saya mampu menyampaikan maklumat berkenaan

Kajian Tindakan kepada orang lain secara terperinci10 Saya mengenali tokoh dan pakar yang mengendalikan

bidang kajian tindakan

Page 27: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN TERHADAP KAJIAN TINDAKAN

1 2 3 4 5

1 Saya yakin pada kepentingan kajian tindakan terhadap Pendidikan Islam

2 Saya yakin Kajian Tindakan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

3 Saya yakin pendidikan Islam akan lebih berkualiti dan berkesan melalui amalan Kajian Tindakan

4 Saya percaya Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah

5 Saya percaya amalan Kajian Tindakan boleh meningkatkan kualiti pengajaran guru Pendidikan Islam

6 Saya percaya amalan Kajian Tindakan beleh membantu guru mencapai objektif pengajaran dengan pembelajaran dengan lebih cepat.

7 Saya percaya amalan kajian tindakan boleh menghasilkan alternatif gaya dan persembahan pengajaran pembelajaran guru pendidikan Islam

8 Saya percaya amalan kajian tindakan bersesuaian dengan falsafah dan prinsip pendidikan islam

9 Saya percaya amalan kajian tindakan tidak bertentangan dengan prinsip dan falsafah pendidikan Islam

10 Saya meyakini kepentingan dan kebaikan Kajian Tindakan kepada pendidikan Islam

Page 28: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

AMALAN KAJIAN TINDAKAN 1 2 3 4 5

1 Saya pernah menjalani latihan kajian tindakan diperingkat sekolah

2 Saya pernah menjalani latihan berkaitan Kajian Tindakan di peringkat daerah .

3 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di peringkat negeri

4 Saya pernah menjalani latihan Kajian Tindakan di peringkat kebangsaan

5 Saya pernah menjalani @ menyertai latihan Kajian Tindakan di peringkat antarabangsa

6 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat bilik darjah

7 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat sekolah

8 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat daerah

9 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat negeri

10 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat kebangsaan

11 Saya pernah menjalankan kajian tindakan di peringkat antarabangsa

12 Saya mempunyai idea untuk menjalankan kajian tindakan di bilik darjah

MINAT DAN KECENDERUNGAN 1 2 3 4 5

1 Saya amat berminat terhadap bidang kajian tindakan

Page 29: Proposal kajian tindakan pendidikan islam

2 Saya terlibat aktif dalam amalan kajian tindakan

3 Saya suka mencari maklumat dan bahan bacaan berkaitan kajian tindakan

4 Saya suka mencari maklumat dan bahan kaian tindakan melalui laman sesawang internet

5 Saya suka berbincang dengan rakan berkenaan amalan kajian tindakan

6 Latihan dan pendedahan berkaitan amalan Kajian Tindakan perlu di sebarluaskan dalam kalangan guru

7 Amalan kajian Tindakan perlu diteruskan dengan beberapa unsur penambahbaikan

8 Amalan kajian Tindakan perlu diterapkan di semua jenis sekolah secara aktif.

9 Saya percaya guru-guru perlu meningkatkan kemahiran dan kefahaman terhadap amalan kajian tindakan

10 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam setiapwaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

11 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap hari dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah

12 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap minggu dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah

13 Saya ingin menjalankan amalan kajian tindakan dalam sekali setiap bulan dalam pengajaran dan pembelajran di bilik darjah