kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

38
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : PENCAPAIAN AKADEMIK BAHASA INGGERIS TINGKATAN DUA DI SMK SELAYANG BHARU,SELANGOR KUMPULAN SASARAN:TINGKATAN DUA SILIKON KPR5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN : NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101 NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107

Upload: abdol-rahim

Post on 02-Jun-2015

32.408 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : PENCAPAIAN AKADEMIK BAHASA INGGERIS TINGKATAN DUA DI SMK

SELAYANG BHARU,SELANGOR

KUMPULAN SASARAN:TINGKATAN DUA SILIKON

KPR5063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KUMPULAN : E

AHLI KUMPULAN :

NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102

NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101

NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107

ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ.GAPOR

Page 2: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

ISI KANDUNGAN

BIL ITEM MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Istilah

1

1

2.0 Masalah Kajian 1-2

3.0 Rasional Kajian 2

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif umum

4.2 Objektif Khusus

2-3

2

3

5.0 Kajian Lepas

5.1 Faktor Guru

5.2 Faktor Keluarga

5.3 Faktor Motivasi

3

3

4

5-6

6.0 Metodologi 6-7

7.0 Perancangan Tindakan

7.1 Perlaksanaan kepada Ibu Bapa

7.2 Perlaksanaan kepada Pelajar

7.3 Perlaksanaan kepada Guru

7

7-10

11-16

16-21

8.0 Jadual Perlaksanaan 22

Bibliografi 23-24

1.0 PENGENALAN

2

Page 3: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik

Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di

daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon sebagai sampel kajian kami. Isu

yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di

lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas

tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak

dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka

dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi

kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan

peperiksaan setengah tahun.

Berdasarkan rekod yang diperolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2

Silikon amat tidak memuaskan. Melalui pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa faktor

yang menyebabkan pencapaian akedemik B.I sangat rendah. Antaranya latar belakang

keluarga, tiada kesedaran motivasi guru dan murid.

1.1 DEFINISI ISTILAH

Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di

United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan

Kanada, dan bekas koloni British (wikipedia).

2.0 MASALAH KAJIAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah

yang terletak di Selangor. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah

kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah

sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun.

3

Page 4: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Mereka tidak menyedari kepentingan bahasa tersebut. B.I merupakan mata pelajaran yang

amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia

perlu di aplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.

Kajian ini dibuat kerana mendapati gred pencapaian pelajar lulus di dalam mata

pelajaran B.I bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50% kepada 40% sahaja.

3.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran

yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia

akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat

universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya

pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak

langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua

syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.

Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek

Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan

memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini

dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini

agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 2 jenis objektif di dalam kajian ini iaitu objektif umum dan objektif khusus.

4.1 Objektif Umum :

Meningkatkan pencapaian akademik B.I di tingkatan 2 Silikon

4

Page 5: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

4.2 Objektif Khusus:

a) Mengenal pasti punca kejatuhan pencapaian akademik B.I di kelas 2Silikon

b) Membantu memberikan pengetahuan kepada ibubapa tentang penekanan terhadap

akademik anak-anak iaitu pelajar 2 Silikon bagi mata pelajaran B.I

c) Memberi kesedaran motivasi kepada pelajar tentang mata pelajaran B.I

d) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran & pembelajaran yang sedia

ada guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta

kaedah yang baru.

5.0 KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa sebahagian besar pelajar gagal

menguasai B.I dengan baik, khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku

Razaleigh,2004). Melalui kajian dapat dikenalpasti bahawa beberapa faktor seperti keluarga,

motivasi dan guru itu mempengaruhi tahap pencapaian B.I yang baik dikalangan pelajar.

5.1 Faktor guru yang mempengaruhi pencapaian B.Inggeris

Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar

dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang

bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru

memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan

mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik.

Di samping itu, (Kamaruddin, 1989) menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan

itu memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik

dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang

dijalankan oleh Sinari (2003), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru

5

Page 6: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, dan aktiviti

yang dijalankan dalam pengajarannya.

Kajian oleh Blair (1998) mendapati pendekatan pengajaran guru yang pelbagai

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajara serta akan

mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Hal ini disokong oleh Tajul Ariffin

(1998) yang menyatakan, guru yang sering menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama

akan menyebabkan responden rasa bosan terhadap pengajaran guru. Namun begitu, Jumrang

(2004) menyatakan , proses penyampaian dan pengajaran guru tidak akan berjalan dengan

lancar jika penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru tidak dapat difahami oleh pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini kerana membawa kepada masalah

pembelajaran kepada pelajar tersebut

Di samping itu, bahan bantu mengajar yang digunakan guru juga dalam B.I juga dapat

menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memotivasikan

mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan bermakna. Hal ini disokong

Kamaruddin (1986), daya tarikan sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran mengajar

dan kaedah guru. Ini sejajar dengan Mok Soon Sang (1995) yang menyatakan penggunaan

bahan bantu mengajar dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pelajar dalam

aktiviti pembelajaran. Abdul Rahim (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesediaan

seseorang guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam

pengajaran dan pembelajaran. Guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar sesuatu pelajaran

mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding

guru yang tidak bersedia. Tunjuk ajar daripada guru amat penting bagi membimbing pelajar

dan membolehkan pelajar tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru akan

membuat pengulangan terhadap perkara yang telah dipelajari untuk membolehkan ingatan

pelajar terhadap matapelajaran lebih kekal lama, Sinari (2003). Abdul Rahim (1984)

berpendapat bahawa penerangan yang berulang kali oleh guru menyebabkan pelajar akan

lebih cenderung mengingatinya dalam jangka masa yang lama serta mengukuhkan lagi

pemahaman pelajar.

5.2 Faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris

6

Page 7: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Hassan (1996) dalam kajiannya mendapati,sokongan, dorongan dan keyakinan diri

yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan menjadi satu kekuatan dan motivasi bagi

responden untuk memajukan diri. Manakala kajian oleh Fraser (1987) pula mendapati,

dorongan dan bimbingan terhadap responden akan menyebabkan pelajar sentiasa

bersungguh-sungguh meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Majoriti ibu bapa

responden menyediakan kemudahan pembelajaran kepada responden. Ini bagi memudahkan

pelajar membuat rujukan serta mengulangkaji pelajaran. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja

setakat memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak bahkan ia juga turut disertakan

dengan bantuan material contohnya menyediakan kelengkapan pembelajaran seperti buku

rujukan, buku latihan, dan sebagainya.

Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua

dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar

yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas B.I yang lemah. Ini

kerana mereka tidak didedahkan dengan penggunaan B.I serta tidak digalakkan menggunakan

bahasa tersebut dan keluarga lebih menekankan kepada bahasa ibunda dalam komunikasi

harian Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja tidak mungkin

dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan

pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Namun begitu hal ini tidak berlaku

kerana, keluarga tidak menitikberatkan penggunaan B.I dalam aktiviti harian dan

menganggap subjek ini sesuatu yang sukar. Oleh itu, keluarga tidak memberi galakan kepada

anak-anak.

Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan B.I

di kalangan pelajar adalah pengetahuan asas bahasa ini di peringkat sekolah . Di samping itu,

responden yang lemah pengetahuan asas B.I di peringkat sekolah adalah sukar untuk

menguasai bahasa tersebut (Jumali, 1992). Ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan B.I

semenjak sekolah rendah dan mereka tidak diberikan galakan atau motivasi untuk belajar B.I

oleh ibu bapa atau keluarga. Sementelah ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan dalam

B.I dan mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingannya.

5.3 Faktor motivasi yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris

7

Page 8: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Motivasi merupakan keadaan dalaman yang mendorong seseorang bersungguh-

sungguh untuk mencapai matlamat, Maarof (2004). Eh Meng (1992) menyatakan bahawa

persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan memberikan bermotivasi kepada

pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Suasana bilik darjah yang tenang dan

selesa penting bagi sesuatu pembelajaran yang optimum dan berkesan. Selain itu, Ibrahim

(1995) dalam kajian yang dijalankan mendapati, pembelajaran berkesan disebabkan oleh

faktor persekitaran yang menyenangkan dan dikenalpasti bahawa tempat belajar adalah

penting dalam memulakan aktiviti pembelajaran. Penyediaan tempat belajar sistematik

penting kerana mempengaruhi pembelajaran. Persekitaran yang selesa membolehkan proses

pembelajaran berlaku. Suppiah (2008) menyatakan guru perlu memberikan motivasi secara

entrinsik dan intrinsik kepada pelajar bagi menggalakkan dan meningkatkan keinginan untuk

terus pelajar. Motivasi ini seperti tanda-tanda pujian yang merangkumi bintang, tanda merah,

gred dan pengiktirafan yang dapat memotivasikan pelajar.

6.0 METODOLOGI

Hasil daripada pemerhatian terhadap data rekod keputusan ujian pertengahan tahun

tingkatan 2 Silikon, mendapati bahawa hanya segelintir pelajar memperolehi keputusan yang

sederhana dan selebihnya gagal. Oleh sebab itu, satu kajian akan dijalankan bagi

mengenalpasti faktor yang menyumbangkan kepada pencapaian B.I yang tidak memuaskan

dan seterusnya langkah mengatasi masalah kajian.

Kajian yang di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Sekolah

yang dipilih merupakan populasi pemyelidikan kami. Populasi menurut Ahmad Mahdzan

(1989) berpendapat bahawa populasi ini boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan unsur atau

benda yang menjadi kajian kita. Selain itu, setiap unsur atau elemen ini boleh digunakan

untuk dijadikan sebagai sampel kajian.manakala sampel pula merujuk kepada sekumpulan

kecil unsur yang telah diambil dari rangka persempelan atau dengan kata lain sampel ini

8

Page 9: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

mewakili sesuatu populasi daripada sebarang tinjauan. Oleh itu, di sini jelas menunjukkan

bahawa sampel bagi kajian kami ialah melibatkan semua pelajar tingkatan 2 Silikon.

Kajian yang dilakukan ini akan melibatkan pengagihan soal selidik kepada setiap

pelajar tingkatan 2 Silikon iaitu melibatkan seramai 30 orang pelajar. Didapati bahawa soal

selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan kerana ia boleh digunakan untuk soalan-

soalan yang berbentuk sensitiviti. Menurut Mohd Majid Konting (1990), soal selidik

digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,

kehendak dan sebagainya.

Soalan soal selidik dibina berdasarkan 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Soalan di bahagian A lebih tertumpu kepada soalan untuk melihat latar belakang

pelajar. Manakala Bahagian B pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan,

keberkesanan dan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di gunakan oleh guru tersebut.

Serta melihat kesedaran para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris. Bagi soalan jenis

ini, penggunaan skala pengukuran yang sesuai ialah dengan menggunakan skala Likert 5

mata (5 = sangat tidak setuju, 4 = setuju, 3= kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat

tidak setuju). Penggunaan skala jenis ini amat sesuai di gunakan kan untuk melihat sikap

pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengagihan soal selidik itu akan mengambil masa

lebih kurang 30 minit semasa proses pengajaran guru Bahasa Inggeris tersebut berlangsung.

(Rujuk Lampiran 1)

Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kuantitatif (Min, mod,

median) iaitu untuk menilai pencapaian para pelajar melalui ujian bulanan dan ujian

pertengahan tahun. Selain itu hasil kajian juga akan di analsis dengan menggunakan analisis

demografi (Microsoft Exel) . Analisis jenis ini digunakan untuk melihat gambaran secara

keseluruhan tentang maklumat peribadi pelajar kelas berkenaan.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

7.1 PERLAKSANAAN KEPADA IBU BAPA

9

Page 10: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Bagi membantu para pelajar tingkatan 2 Silikon menguasai B.I. Ibu bapa perlu

bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka berminat untuk belajar matapelajaran ini.

Ibu bapa merupakan model teladan yang terbaik untuk anak-anak mencontohinya. Oleh itu,

peranan ibu bapa amat penting bagi membantu anak-anak menguasai matapelajaran B.I

Antara langkah-langkah yang dikenalpasti bersesuaian dengan peranan ibu bapa dalam

mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan program seperti seminar dan perjumpaan

berperingkat. Program ini dapat memberi peluang kepada guru-guru berjumpa dengan ibu

bapa serta dapat bekerjasama bagi membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran

terutamanya penguasaan B.I.

7.1a Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris

Dalam hal ini program bersama ibu bapa melalui PIBG akan dilaksanakan bagi

memberi motivasi kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak untuk menguasai B.I. Antara

program yang akan dijalankan adalah “Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak

Untuk Belajar Bahasa Inggeris”. Seminar ini akan mengambil masa selama sehari. Ia

bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 ptg bertempat di Dewan Sek Men Selayang

Bharu. Dalam Seminar ini Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari

Fakulti Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia akan dipanggil untuk menerangkan

langkah-langkah yang terbaik bagi membantu anak-anak untuk belajar B.I.

Bagi mengalakkan ibu bapa menghadiri seminar ini, jamuan akan disediakan pada

waktu pagi, tengah-hari dan petang. Selain itu, saguhati akan diberikan kepada setiap ibu

bapa yang hadir. Cabutan bertuah juga akan dibuat semasa sesi terakhir seminar ini. Ia

bertujuan agar ibu bapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam seminar ini dan

bekerjasama dengan penceramah bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar

serta informasi yang diperolehi dari seminar tersebut dapat digunakan dalam membantu anak-

anak untuk menguasai B.I. Jadual dibawah ini menunjukan anggaran belanjawan bagi

seminar ini serta tentatif program yang akan dilaksanakan.

ANGGARAN BELANJAWAN SEMINAR

10

Page 11: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

ITEM RM

1. Jamuan Makan

Pagi

Tengah-hari

Petang

2. Cenderahati Kepada Penceramah

3. Saguhati Kepada Ibu bapa (30 keluarga x

RM 5)

4. Hamper (cabutan Bertuah)

50.00

150.00

50.00

50.00

150.00

50.00

Total 500.00

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi: Pendaftaran / Ketibaan Para ibu bapa

8.30 pagi: Majlis Perasmian

11

Page 12: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Bacaan Doa

Ucapan Pengetua Sek Men Keb Selayang Bharu

Ucapan pengerusi PIBG

9.00pagi: Minum Pagi

9.30pagi: Seminar “Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa

Inggeris” Oleh Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari

Fakulti Kaunselling Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.30t/hari: Jamuan makan tengahari/ Sembahyang Zohor

2.00 ptg: Seminar Disambung

4.00ptg: Minum Petang

4.30ptg: Majlis Penutup

Penentuan Cabutan Bertuah

Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah

Penyampaian Saguhati Kepada Ibu bapa

7.1b Perjumpaan Berperingkat

Selain itu, perjumpaan berperingkat akan dilakukan bertujuan untuk mengetahui

apakah yang telah dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka. Ibu bapa dapat

berbincang dengan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini guru

dapat memberi jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perjumpaan

antara guru dan ibu bapa ini akan dilaksanakan dua bulan sekali iaitu seminggu selepas

seminar yang telah dilaksanakan. Sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan oleh guru

untuk menjayakan program ini iaitu. Perjumpaan yang yang kerap dapat menjalin hubungan

yang baik antara kedua-dua pihak seterusnya perbincangan dapat dilakukan dengan lebih

baik. Setiap perjumpaan guru akan melihat apakah yang telah ibu bapa lakukan dalam masa

12

Page 13: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

dua bulan untuk membantu anak-anak mereka, kemudian guru akan memberi idea-idea yang

bernas untuk ibu bapa laksanakan dirumah. Selain itu, guru akan menilai adakah langkah-

langkah yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Jika tidak perjumpaan seterusnya akan

dilaksanakan sehingga langkah-langkah yang dilaksanakan berjaya.

7.1c Anugerah Ibu bapa Cemerlang

Anugerah ibu bapa cemerlang juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan mereka

prihatin terhadap anak-anak mereka dalam menguasai matapelajaran ini. Anugerah ini akan

mengambil kira bagaimana ibu bapa mengurus anak-anak mereka untuk belajar B.Inggeris.

Antara perkara yang akan dilihat ialah masa pembelajaran di rumah, adakah masa yang

disediakan cukup untuk mereka belajar. Selain itu, alat yang digunakan untuk membantu

anak-anak belajar contohnya membeli buku, majalah, surat khabar atau movie yang

berbahasa inggeris. Penentuan kepada ibu bapa cemerlang akan dinilai dengan memberi ujian

kepada anak-anak mereka. Sekiranya anak mereka menunjukan prestasi yang cemerlang

dalam ujian tersebut maka ia akan dinilai dalam penentuan tersebut. Anugerah ini akan

diberikan selepas keputusan peperiksaan akhir pelajar. Ia akan diberikan semasa

perhimpunan sekolah. Hadiah untuk anugerah tersebut terdiri daripada sijil penghargaan dan

hamper.

7.2 PERLAKSANAAN KEPADA PELAJAR

Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tingkatan 2 Silikon merupakan pelajar

yang lemah di dalam mata pelajaran B.I . Bagi meningkatkan motivasi di kalangan pelajar,

pelbagai aktiviti telah disarankan. Ia termasuklah :

7.2a Menjalankan Kem Motivasi Pengukuhan Bahasa Inggeris

Program utama yang akan dilakukan bagi meningkatkan motivasi para pelajar ialah

melalui program kem motivasi. Kem ini diadakan di Kem Motivasi Hulu Langat, Ulu Yam,

Selangor. Ia memakan masa selama 3 hari 2 malam dan program ini akan di jalankan

13

Page 14: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

bermula pada hari Jumaat. Terlebih dahulu, kebenaran memohon pelepasan kelas pada hari

Jumaat akan dilakukan supaya proses perlaksanaan berjalan dengan lancar.

Pengelolaan keseruluhan program akan di lakukan oleh kumpulan penyelidik dan di

bantu oleh guru-guru yang mengajar tingkatan 2 Silikon. Mereka juga akan bertindak sebagai

pemantau atau fasilitator bagi program berkenaan. Manakala sesi ceramah pula akan

disampaikan oleh penceramah pengajian Bahasa Inggeris Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif

merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Bagi mendorong penyertaan para pelajar pula, tiada cas bayaran akan di kenakan termasuk

tajaan makan dan minum mereka. Kesemua kos aktiviti di tanggung oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM).

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

Aktiviti / Kegunaan Anggaran kos (RM) Total (RM)

Tempat tinggal (rumah

tumpangan)

10 bilik x RM 25 x 3 hari = 750.00

Pengangkutan ( Bas ) 1 unit x RM 150 x 3 hari = 450.00

Makanan :

Sarapan pagi

Tengah hari

Minum Petang

Makan malam

RM 150 x 2 hari

RM 200 x 3 hari

RM 70 x 3 hari

RM 200 x 2 hari = 1,510.00

Upah penceramah RM 150 x 3 hari = 450.00

Cenderahati :

Penceramah RM 50 x 1 unit

14

Page 15: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Guru-guru RM 30 x 5 unit = 200.00

Lain-lain Belanja = 500.00

TOTAL RM 3, 860.00

Berdasarkan jadual diatas, di anggarkan perbelanjaan yang akan terlibat ialah sebanyak

RM 3,860.00. Lain-lain belanja merujuk kepada perbelanjaan yang tidak di duga. Selain itu,

bagi penginapan pelajar pula mereka akan ditempatkan Kem Motivasi Hulu Langat, Hulu

Yam,Selangor sebagai lokasi pilihan program. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam

30 minit dari Selayang Bharu, maka bas akan disewa untuk mengangkut pelajar ke kem

berkenaan. Ceramah yang diberi pula lebih berkisarkan bagaimana cara untuk meningkatkan

pemahaman terhadap mata pelajaran berkenaan serta memberi pendedahan tentang cara

belajar bahasa inggeris dengan berkesan. Di dalam program berkenaan, pelajar juga akan

diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pemerhatian dan

membimbing pelajar berkenaan.

7.2b Menjalankan Program Minggu Bahasa Inggeris

Langkah kedua untuk meningkatakan motivasi pelajar ialah dengan menjalankan Minggu

B.I. Minggu bahasa ini dijalankan bertujuan bagi melatih pelajar supaya belajar untuk

bercakap atau menggunakan perkataan B.I pada hari yang telah di tetapkan iaitu pada hari

rabu. Bagi memudahkan proses pemahaman dan penerimaan pelajar, program ini akan

bermula dari bawah iaitu bermula dengan penggunaan perkatan dan seterusnya apabila

mereka telah fasih, mereka akan menggunakan B.I dalam pertuturan. Jika mereka gagal untuk

berbuat demikian, mereka akan di denda. Denda yang di kenakan itu ialah berbentuk

pembinaan ayat di dalam B.I. Sebagai contohnya jika Ali gagal untuk menggunakan

perkataan B.I pada hari Rabu maka denda yang akan di berikan ialah Ali terpaksa

menggunakan satu perkataan dasar dan kemudiannya akan membetuk ayat. Konsep denda itu

boleh di lakukan pada hari lain semasa kelas B.I tersebut. Kaedah ini boleh dilakukan semasa

proses pengajaran B.I berlangsung pada hari rabu dan ia boleh di panjang selepas waktu

pengajaran iaitu boleh mengaplikasikan penggunaan B.I semasa berjumpa guru bahasa

15

Page 16: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

tersebut di luar bilik darjah pada hari berkenaan. Situasi dan kitaran pembelajaran tersebut

boleh diterangkan seperti berikut:

Carta Aliran penggunaan BI

7.2c Menyediakan sudut bacaan dan rujukan B.Inggeris di dalam kelas

Bagi menarik minat pembacaan para pelajar, sudut bacaan B.I akan di sediakan di satu

sudut di dalam bilik darjah. Selain itu juga bahan rujukan seperti kaedah menulis esei B.I,

grammar dan vocabulary di sediakan. Bahan bacaan ini akan di sediakan dan akan di berikan

secara percuma kepada kelas berkenaan. Pemilihan bahan ini di lakukan bersesuaian dengan

tahap IQ dan penerimaan mereka terhadap B.I. Bagi menarik minat pelajar berkenaan, teknik

pemilihan buku adalah termasuk reka bentuk, gambar rajah, ataupun carta yang mempunyai

kritria yang menarik seperti teknik warna yang menarik selain mementingkan aspek bahan

yang mudah di fahami oleh mereka. Penyediaan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan kamus

Inggeris-Inggeris juga akan disediakan bagi memudahkan mereka untuk membut rujukan.

Anggaran kos kasar bagi membeli buku-buku tersebut ialah sebanyak RM 300.00.

7.2d Mengadakan aktiviti Pop Kuiz dan Uji Minda

16

Jika berjaya

Jika gagal

Denda :

Membuat ayat dengan menggunakan kata

dasar

Page 17: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Aktiviti pop kuiz dan uji minda akan di adakan bagi menguji keberkesanan pemahaman

mereka terhadap mata pelajaran B.I. Aktiviti ini boleh di jalankan sebelum atau semasa sesi

pengajaran B.I berlaku. Kuiz dan ujian ini akan disoal dan dengan menggunakan BI. Bentuk

soalan yang di ajukan mestilah berlandaskan modul matapelajaran berkenaan dan ia mestilah

menggunakan ayat-ayat B.I mudah bagi mempercepatkan proses pemahaman pelajar

terhadap soalan yang di berikan. Selain itu, guru mestilah memastikan bahawa soalan yang

diberikan adalah berkisarkan pengajaran yang telah lepas. Ini bagi mengurangkan aspek

lupaan murid-murid berkenaan terhadap pelajaran yang telah diajar. Aktiviti pop kuiz dan uji

minda ini akan berlansung kira-kira 15 minit sahaja, kemudian guru berkenaan boleh

memulakan sesi pengajaran seperti biasa.

7.2e Mengadakan pertandingan mengarang esei

Pertandingan mengarang esei B.I juga boleh dilakukan. Pertandingan ini boleh

diadakan semasa sesi pengajaran berlangsung. Tajuk-tajuk yang dipilih mestilah berkaitan

dengan isu semasa dan ia boleh di aplikasikan di dalam matapelajaran B.I kertas 2.

Pertandingan ini akan di adakan setelah mendapti terdapat peningkatan penguasaan B.I di

kalangan pelajar. Sekirannya keadaan ini beerlaku, maka pertandingan mengarang esei B.I ini

boleh dilakukan sebulan sekali. Bagi menggalakan peserta menyertai aktiviti ini, hadiah akan

di berikan. Hadiah yang diberikan ialah berbentuk pemberian buku rujukan bahasa inggeris.

Anggaran kos bagi membeli buku rujukan ialah seperti berikut :-

ANGGARAN KOS

Perkara Anggaran Kos Perbelanjaan

Pembahagian hadiah: Sumbangan buku rujukan Bahasa

17

Page 18: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

Inggeris bernilai :

RM 50.00

RM 30.00

RM 20.00

TOTAL RM 100.00

Pemberian hadiah ini, di harapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi

para pelajar supaya lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang

lebih baik di dalam mata pelajaran B.I kelak. Selain itu, diharapkan semua saranan aktiviti ini

akan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi meningkatkan peratusan pencapai

matapelajaran B.I ini seterusnya di harapkan agar penggunaan bahasa ini dapat diaplikasikan

oleh setiap pelajar apabila mereka sudah melangkah ke alam pekerjaan kelak.

7.3 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPADA GURU

Bagi meningkatkan pencapaian akademik Bahasa Inggeris bagi tingkatan 2 Silikon,

peranan guru amat penting dalam membantu pelajar cenderung untuk belajar subjek ini

seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

7.3a Seminar Motivasi

Kami telah menyediakan beberapa rancangan program yang akan di laksanakan

sepanjang sesi kajian di buat. Program pertama yang akan dijalankan terlebih dahulu ialah

seminar motivasi yang bertajuk “Peranan Guru Dalam Pendidikan Bahasa Inggeris”. Di

sebabkan guru B.I hanya seorang, maka kami telah merancang bahawa kesemua guru B.I di

Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu wajib menghadiri seminar yang diadakan

pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan De Palma Inn

Resort,Selangor. Keadaan Ini kerana untuk memberi motivasi serta lebih input dan

membangkitkan semangat guru-guru dalam mempertingkatkan usaha dalam pendidikan B.I.

Kami telah menjemput 2 orang panel iaitu :

18

Page 19: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

1. Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti

Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

2. Profesor Madya Dr Shameem Rafik Khan merupakan pensyarah Fakulti Bahasa

Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.

Seminar ini akan dijalankan selama satu hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Segala

modul akan disediakan oleh panel itu sendiri sesuai dengan informasi peranan guru dalam

pendidikan B.I terkini.

Melalui seminar ini, guru-guru akan lebih sedar betapa pentingnya inisiatif guru itu

sendiri dalam mendidik pelajar dalam subjek tersebut. Secara tidak langsung guru-guru akan

tingkatkan usaha mereka untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan

apa jua cara sekalipun.

Di akhir sesi seminar ini, kami akan mengadakan sesi soal-jawab supaya guru-guru akan

lebih sedar dan memahami konteks guru dalam pendidikan Bahasa Inggeris itu sendiri.

ANGGARAN KOS PROGRAM

BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS

(RM)

1 BAYARAN PANEL UNTUK 3 ORANG 1000

19

Page 20: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

2 TEMPAT PROGRAM 750

3 PERSEGARAN (MAKANAN) 500

JUMLAH 2250

7.3b Kursus Information Technology Communication

Kami akan menjalankan satu kursus pada hari Sabtu sebanyak sekali setiap sebulan

selama 2 bulan di sekolah tersebut. Kursus ini melibatkan semua guru Bahasa Inggeris di

sekolah tersebut. Kursus ini akan diadakan di sekolah kerana memudahkan guru-guru untuk

menghadiri kursus tersebut.

Kami akan menjemput dua orang yang mahir dalam teknologi maklumat dari Fakluiti

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia iaitu:

1. Dr.Norwati Binti Tapah

2. Dr.Abu Bakar Bin Md Sultan

Kursus latihan ICT akan bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.00 tengahari iaitu

selama 3 jam bagi satu sesi. Modul yang akan di ajar adalah seperti berikut:

Power point

3D

Grafik dan Animasi

Movie Maker

Audio

Flash

Modul ini akan di ajar dengan detail oleh tenaga pengajar dan guru-guru akan di uji

melalui hasil kerja yang di buat oleh guru tersebut secara individu. Melalui kaedah ini,

pengajar dapat mengenalpasti kelemahan guru tersebut dan dapat mempertingkatkan

20

Page 21: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menarik minat guru supaya berusaha

bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik ICT, pihak kami akan menyediakan

hadiah kepada guru yang berjaya mendapat markah yang paling tinggi. Dengan cara ini,

secara tidak langsung guru akan mempraktikkan kemahiran ICT yang ada dalam P&P

mereka.

Selepas tamat kursus tersebut, kami akan memberikan Sijil Kursus Information

Communication Technology (ICT) kepada guru-guru tersebut. Selepas sebulan program ini

selesai, kami akan kembali semula ke Sek Men Keb Selayang Bharu untuk mengetahui

sejauh mana kaedah ICT tersebut berkesan dalam menarik minat pelajar atau pun tidak.

ANGGARAN KOS PROGRAM

BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS

(RM)

1 BAYARAN UNTUK 2 ORANG PENGAJAR 2800

2 KOS PERALATAN 1000

3 KOS HADIAH DAN CENDERAHATI 500

JUMLAH 4300

7.3c Penyampaian Anugerah Guru ICT

Kaedah seterusnya yang akan kami laksanakan ialah penyampaian anugerah guru

kreatif dan inovatif dalam P&P. Program ini akan dilaksanakan pada hari Isnin iaitu semasa

perhimpunan pagi. Ini adalah untuk menarik minat guru-guru dalam menggunakan kaedah

21

Page 22: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

teknologi dalam P&P mereka. Secara tidak langsung, objektif kami yang paling utama iaitu

meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris akan tercapai kerana minat pelajar dapat dipupuk

dari semasa ke semasa. Pemerhatian akan dilakukan selepas dua minggu anugerah ini

dijalankan samada guru-guru B.I semakin menggunakan ICT dalam proses P&P mereka atau

tidak.

ANGGARAN KOS PROGRAM

BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS

(RM)

1 KOS PUBLISITI 200

2 KOS PERALATAN 150

3 KOS HADIAH DAN CENDERAHATI 200

JUMLAH 550

7.3d Program Mentor Mentee

Program ini di jalankan untuk mambantu pelajar menyelesaikan masalah yang di

hadapi dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan program ini bimbingan yang sempurna

kepada setiap aspek kecerdasan dan potensi pelajar dalam B.I.

Program ini akan melibatkan 6 orang guru B.I di sekolah tersebut dan 30 orang

pelajar 2 Silikon. Seorang guru akan menjadi mentor kepada 5 orang mentee iaitu pelajar

tersebut. Dalam Program ini akan dijalankan bermula pada hari Isnin hingga Khamis setiap

minggu. Pelajar akan dipanggil untuk berjumpa dengan mentee masing-masing setiap hari

mengikut jadual masa kosong mentee mereka. Panggilan sebagai mama bagi guru

perempuan dan papa bagi guru lelaki ditetapkan bagi menerapkan keakraban di antara

mereka. Melalui program ini, mentor akan bertanya secara terperinci tentang minat dan

kefahaman pelajar terhadap B.I.

22

Page 23: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Setiap mentor pula hendaklah menyumbangkan sebuah Kamus Oxford kepada pelajar

tersebut untuk memudahkan mereka mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris dalam

Bahasa Melayu yang akan dibekalkan oleh kami di rumah. Ini adalah kerana majoriti pelajar

tidak mampu untuk membeli kamus tersebut. Ini adalah kerana latar belakang keluarga yang

miskin.

Secara tidak langsung program ini akan memupuk minat, perasaan ingin tahu dan

bakat mengikut kemampuan pelajar. Selepas mentee memberitahu sedikit sebanyak tentang

masalah pembelajaran dalam B.I, mentor pula akan memberi nasihat dan respon serta

bimbingan kepada mentee tersebut. Sepanjang program berlansung peranan guru atau mentor

amat penting dalam memberi tunjuk ajar yang baik supaya pelajar mudah faham mata

pelajaran ini dan seterusnya menarik perhatian mereka untuk belajar subjek ini dengan tekun.

Selepas 2 minggu program ini tamat dan kami akan sekali lagi pergi ke sekolah

tersebut untuk membuat pemerhatian tanpa pengetahuan pelajar 2 Silikon samada mereka

lebih berminat untuk belajar subjek ini atau sama sahaja seperti sebelum ini.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BIL BULAN DAN TAHUN 2010 2011

23

Page 24: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

PERKARA 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3

1 Mesyuarat Jawatankuasa                      

2 Penulisan kertas cadangan                      

3 Mesyuarat perancangan                      

4 Mesyuarat pembinaan ujian pro/pos                      

5 Pelaksanaan ujian pra                      

6 Memproses data ujian pra                      

7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian                      

8 Perlaksanaan pemerhatian                      

9 Analisis data ujian pro dan pemerhatian                      

10

Mesyuarat perancangan edaran borang soal

selidik                      

11 Pelaksanaan edaran borang soal selidik                      

12 Analisis data borang soal selidik                      

13 Pelaksanaan ujian pos                      

14 Refleksi dan penilaian                      

15 Penulisan laporan kajian                      

16 Pemurnian laporan                      

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.

Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya

24

Page 25: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.

Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey

Enterprise.

Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford

University Press.

Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second

Language. New York : Tesol Quarterly.

Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication

And Distributors Sdn. Bhd.

Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa

Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa.

11 : 1071 - 1080.

Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik

Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota

Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :

Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.

25

Page 26: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata

Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi

Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA

Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics

In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 :

247 - 255.

Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi

Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

http://www.fbmk.upm.edu.my/penyelidikan

26

Page 27: Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)

27