proposal kajian tindakan audio visual

22

Click here to load reader

Upload: faiz-saleh

Post on 31-Jul-2015

221 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Pendahuluan

1.0 Pengenalan

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak. Ia

merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas

pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu

pengetahuan dan sukakan sekolah.

Lim The Eng (dalam Mok Soon Sang, 2009) menyatakan tahap pencapaian murid arus

perdana (darjah 1 hingga 6) dalam kemahiran 4M iaitu menulis, membaca mengira dan

menaakul adalah merosot berbanding jika murid yang mendapat pendidikan awal yang

baik. Murid sekolah rendah gagal memperolehi kemahiran ini walaupun menduduki kelas

arus perdana selama enam tahun. Jika kebanyakan murid melalui perkembangan awal

kanak-kanak yang sihat, kita tidak mungkin akan menghadapi masalah ini.

Oleh sebab itu guru prasekolah perlulah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai

pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak,

strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain

yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Seiring dengan itu timbul pelbagai teknik dan pendekatan yang diguna pakai oleh guru bagi

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh

guru gunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak

prasekolah. Antaranya adalah penggunaan audio-visual. Penggunaan audio-visual untuk

sesi pengajaran dan pembelajaran telah lama diperkenalkan tetapi kebanyakan guru hanya

memandang remeh kerana menganggap penggunaannya hanyalah sama jika mengajar

menggunakan teknik tradisional.

1

Page 2: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji adalah guru pelatih yang telah menjalani program Praktikum Fasa 3 di

sekolah kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) selama 12

minggu. Daripada pengalaman ke sekolah tersebut, pengkaji dapati terdapat pelbagai

masalah telah berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran slot Bahasa

Inggeris dijalankan. Sebagai contoh, murid tidak faham apakah yang guru sebutkan, murid

tidak memberi respon kepada arahan guru dan murid tidak tahu untuk berkomunikasi

dengan menggunakan bahasa kedua. Pengkaji telah mengenalpasti punca kepada

masalah ini iaitu kebanyakan murid tidak menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dan

mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang sedikit.

Menurut teori peniruan Albert Bandura, seseorang kanak-kanak akan meniru apa sahaja

yang ditunjukkan dan diperlihatkan kepada mereka sejak mereka kecil. Ibu bapa

memainkan peranan yang penting semasa proses pembesaran anak-anak. Murid-murid

menghadapi masalah ini kerana bahasa komunikasi di rumah menggunakan Bahasa

Melayu. Oleh itu, murid tidak terdedah kepada penggunaan Bahasa Inggeris dan

menghadapi masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran slot Bahasa Inggeris di

prasekolah.

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran slot Bahasa Inggeris

dijalankan. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati

pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak dapat

menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali

pengkaji terdengar mereka berkata, “Ala, cikgu, saya lupalah”, “Saya tak tahu” dan kadang-

kala murid-murid hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji)

mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.

Pengkaji berasa kesal dan sedikit kecewa dengan tindak balas tersebut. Namun,

pengkaji mengakui bahawa mungkin pengkaji tidak memberikan tunjuk ajar dengan

baik pada pengajaran sebelumnya ataupun strategi pengajaran yang pengkaji gunakan

tidak sesuai dengan minat dan perkembangan mereka. Mereka terlalu bergantung kepada

2

Page 3: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

guru dan rakan- rakan yang lain untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan soalan

kepadanya.

Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid sangat lemah terutamanya dalam kalangan

murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah.

Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar

masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas

arus perdana.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah

mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Prasekolah ini dalam

pengajaran Bahasa Inggeris sebagai contoh, murid tidak faham apakah yang guru

sebutkan, murid tidak memberi respon kepada arahan guru dan murid tidak tahu untuk

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kedua namun pengkaji akan fokuskan

kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris sahaja. Ini adalah

kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam Bahasa

Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan kemahiran-kemahiran lain.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua

kepada subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek adalah Bahasa

Melayu. Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah

mahupun di sekolah. Mungkin faktor ini menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih

berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun dengan menggunakan bahasa

mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada

ibu bapa juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan

3

Page 4: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

baik. Mungkin mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar di rumah yang menyebabkan mereka masih tidak menguasai perkataan-

perkataan Bahasa Inggeris yang mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk

menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar

masalah ini dapat diatasi. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan penyelidikan

tindakan dengan penggunaan kaedah audio visual untuk meningkatkan penguasaan

kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid Prasekolah.

2.2 Tinjauan Masalah

Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa

Inggeris, pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual

secara individu dengan subjek sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak.

Jadual 1 di bawah adalah cara tinjauan masalah dalam penyelidikan ini.

Jadual 1 : Cara Tinjauan Masalah

Langkah Cara tinjauan masalah Kumpulan

sasaran

Tujuan

Langkah 1

Pemerhatian

Catatan pemerhatian

menggunakan Borang

Rekod Pemerhatian pada

Lampiran A.

25 orang

murid-murid

prasekolah.

- Melihat penggunaan kosa kata

Bahasa Inggeris dalam kalangan

murid.

- Melihat respon murid semasa P&P

slot Bahasa Inggeris.

Langkah 2

Tinjauan awal

Menggunakan Senarai

Semak pada Lampiran B.

5 orang subjek

terlibat.

- Mengenal pasti dan mengetahui

tahap penguasaan kosa kata

Bahasa Inggeris subjek.

4

Page 5: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Alat kajian 1: Pemerhatian

Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek akan direkodkan.

Kekerapan ini akan dijumlahkan selepas 5 pemerhatian dibuat.

Alat kajian 2: Borang senarai semak

Borang senarai semak untuk tinjauan awal yang digunakan adalah set soalan sama yang

akan digunakan dalam penilaian selepas intervensi. Dalam senarai semak ini, murid

perlu menjawab soalan-soalan guru dengan jawapan dalam Bahasa Inggeris.

Sebanyak 26 perkataan telah dipilih untuk diuji.

Alat kajian 3: Borang temubual

Borang temubual untuk persoalan kedua telah disediakan. Sebanyak dua set temubual

untuk guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid telah disediakan. Dalam temubual

ini, guru dan pembantu pengurusan murid telah disoal dengan 5 persoalan.

5

Page 6: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

2.3 Analisis Masalah

Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan,

terdapat 5 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa

Inggeris. Masalah ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran slot Bahasa

Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak memahami apa yang diperkatakan oleh

guru. Jadual 2 di bawah adalah hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek.

Jadual 2: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek

Subjek

Pemerhatian / kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris Jumlah

Kekerapan1 2 3 4 5

A 1 2 0 1 0 4

B 0 0 0 1 0 1

C 1 0 1 1 0 3

D 2 2 0 0 1 5

E 0 0 1 0 1 2

Kelima-lima subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi P&P slot Bahasa

Inggeris dijalankan kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa

Inggeris ke bawah sahaja dalam setiap slot P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali

pemerhatian dibuat, jumlah kosa kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek A

adalah 4 kosa kata, subjek B 1 kosa kata, subjek C dengan 3 kosa kata, subjek D 5 kosa

kata dan subjek E dengan 2 kosa kata.

6

Page 7: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Jadual 3 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada

tinjauan awal.

Jadual 3: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek

Sampel A B C D E

Jumlah jawapan yang betul 2/18 3/18 0/18 1/18 5/18

Peratusan (%) 11.11 16.67 0 5.56 27.78

Hasil analisis mendapati subjek E mencatatkan 27.78%, subjek B 16.67%, subjek A

dengan 11.11% dan subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56% dan 0%.

Oleh itu, kelima-lima subjek ini mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang

terhad kerana hanya mencapai 27.78% ke bawah sahaja iaitu min sebanyak

15.74% sahaja.

Hasil dapatan mendapati bahawa kelima-lima subjek kurang aktif semasa sesi P&P

slot Bahasa Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya

mendiamkan diri sepanjang P&P dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa

Inggeris yang terhad. Oleh itu, latihan demi latihan perlu dilakukan bagi

meningkatkan tahap penguasaan kosa kata subjek.

3.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Patsy M. Lightbown (dalam Chua Y. D. 2006), kanak-kanak mula menguasai

kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah

lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada

peringkat persekolahan yang sebenar. Pendapat Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow

(dalam Helen Bee, 2007) ini disokong oleh B.F. Skinner (dalam Mok Soon Sang, 2009)

di mana B.F. Skinner berpendapat perkembangan bahasa adalah dipengaruhi oleh faktor

alam sekitar. Noam Chomsky (dalam Mok Soon Sang, 2009) mewakili perspektif

7

Page 8: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

nativisme mengandaikan kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk

menguasai pertuturan bahasa yang kompleks.

Dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, Hart & Risley, Huttenlocher dan Snow

(dalam Helen Bee, 2007) berpendapat kanak-kanak yang ibu bapanya sering berbual,

sentiasa bercerita kepada mereka dan menggunakan banyak perkataan dalam

permulaan percakapan mereka, memperkembangkan banyak perbendaharaan kata,

menggunakan banyak ayat kompleks dan mempelajari bagaimana untuk membaca

dengan lebih bersedia apabila mereka memasuki zaman persekolahan.

Selain itu, (Helen Bee, 2007) pula mengatakan, kanak- kanak yang kurang didedahkan

kepada bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang mereka

tidak dapat mengecam banyak kosa kata. Jadi, pendedahan kepada bahasa adalah

sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu perkembangan bahasa mereka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah menjalankan Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap

618 respon di Prasekolah KPM semua negeri pada tahun 2010. Hasil dapatan uji

rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa

Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking

skills, Reading skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9%

responden masih belum menguasai kemahiran ini. 18.5% masih belum menguasai

speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0% bagi writing

skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan

bahasa yang penting untuk dipelajari di negara kita.

Penggunaan muzik dan video kanak-kanak merupakan salah satu cara untuk

membantu murid- murid dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Murid-murid

prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar.

Murid-murid prasekolah pada masa kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks

dan berbagai-bagai jenis lagu mengikut video yang ditayangkan. Nyanyian adalah salah

satu aktiviti menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi di

8

Page 9: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui

nyanyian (Nani Menon, 2005).

Peery (1987) (dalam Levinowitz, 1998) mencadangkan kanak-kanak patut didedahkan,

dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga. Muzik perlu didedahkan

bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi untuk memperluaskan pengalaman

pembelajarannya.

Kajian yang telah dijalankan oleh Edi Mohd Ezral Bin Mohammad (2010) dalam kajiannya

yang bertajuk penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata

dalam kalangan murid prasekolah. Tujuan kajian ini berhasrat untuk meninjau tentang

penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan

murid-murid sama ada responden cepat menghafaz dan memahami atau sebaliknya.

Bentuk kajian yang dijalankan ini ialah kajian penyelidikan dan pengkaji telah

menggunakan tinjauan awal, ujian selepas intervensi, temu bual dan pemerhatian sebagai

alat kajian. Secara keseluruhan, analisis yang telah dikira melalui perbezaan peratusan

antara tinjauan awal dan ujian selepas intervensi menunjukkan perbezaan yang ketara

antara melalui bacaan dan teknik nyanyian. Peratusan bagi teknik nyanyian amat berkesan

kerana peratusan kearah cemerlang berbanding dengan membaca.

4.0 Objektif Kajian / Soalan kajian

Pendidikan Prasekolah di Malaysia mengalami perubahan sejajar dengan pembangunan

negara. Pemikiran rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya pendidikan di peringkat

kanak-kanak memberi impak kepada pertumbuhan pusat-pusat bimbingan dan didikan

khas untuk kanak-kanak. Perkembangan teknologi maklumat dewasa ini mendorong pusat

bimbingan kanak-kanak agar mengikut arus teknologi terkini.

4.1 Objektif Umum :

9

Page 10: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa

Inggeris kanak-kanak prasekolah menggunakan kaedah audio-visual dengan teknik muzik

dan video.

4.2 Objektif Khusus :

1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah audio-visual melalui teknik

muzik dan video mampu untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa

Inggeris kanak-kanak prasekolah.

2. Mengenalpasti adakah menggunakan teknik audio-visual dalam pengajaran dan

pembelajaran dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran kepada kanak-

kanak prasekolah.

4.3 Soalan Kajian

Bahagian ini akan lebih menfokuskan kepada tajuk kajian yang spesifik di mana soalan-

soalan dibina bagi membantu mengumpulkan serta mendapatkan bahan dan maklumat

yang mencukupi untuk melihat kesan penggunaan audio-visual dalam meningkatkan

penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Beberapa soalan telah

dipilih dan diharap dapat memberikan sumbangan terhadap kajian yang dijalankan. Antara

soalannya ialah : -

i) Adakah penggunaan kaedah audio-visual melalui teknik muzik dan video mampu

meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak?

ii) Adakah penggunaan kaedah audio-visual melalui teknik muzik dan video dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran mampu untuk memudahkan guru

menyampaikan isi pelajaran kepada kanak-kanak prasekolah?

10

Page 11: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

5.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang murid prasekolah yang berumur 6 tahun di

sebuah sekolah sekitar Petaling Jaya. Murid-murid prasekolah ini terdiri daripada tiga

orang lelaki dan dua orang perempuan. Di antara kelima-lima murid ini terdapat murid

yang mempunyai akademik yang baik dan sederhana namun mempunyai satu ciri yang

sama iaitu tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Pemilihan

responden bagi kajian ini di buat semasa menjalankan latihan perguruan selama 12

minggu dan telah mendapat nasihat daripada pensyarah pembimbing dalam pemilihan

tersebut. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas 5

orang responden tersebut untuk melihat tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris

dengan menggunakan teknik audio-visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 4 : Maklumat Responden

Subjek kajian Bangsa Umur Jantina

Murid A Melayu 6 tahun Perempuan

Murid B India 6 tahun Perempuan

Murid C Melayu 6 tahun Lelaki

Murid D Melayu 6 tahun Lelaki

Murid E India 6 tahun Lelaki

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Hasil tinjauan literatur, kaedah audio visual yang digunakan terhadap murid-murid

prasekolah amat memberangsangkan kerana murid lebih seronok belajar kosa kata

dengan kaedah ini. Oleh yang demikian, saya cuba membuat penambahbaikkan dengan

11

Page 12: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

menggunakan teknik muzik dan video dalam membantu penguasaan kosa kata bahasa

Inggeris kanak-kanak. Aktiviti ini dijalankan bagi mengatasi masalah yang akan

difokuskan. Bahan yang digunakan untuk prosedur tindakan bagi menjalankan kaedah

audio-visual ini ialah komputer, pembesar suara, muzik dan video. Aktiviti ini dijalankan

setiap hari sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris selama 30 minit

sepanjang dua minggu dengan menggunakan 2 set muzik dan video yang berbeza. Berikut

merupakan langkah untuk melaksanakan aktiviti muzik dan video dalam membantu

penguasaan dan kefahaman kosa kata bahasa Inggeris responden dengan menggunakan

audio-visual.

Jadual 5 : Jadual perancangan langkah-langkah tindakan

Kaedah/teknik Penggunaan muzik dan video Bahasa Inggeris

Cara pelaksanaan Langkah 1

Murid akan diajar dengan menggunakan set muzik

dan video sehingga murid benar-benar dapat

memahami apakah kosa kata yang dilihat dan

didengar oleh mereka.

Langkah 2

Murid akan cuba menyebut kosa kata tanpa iringan

muzik dan video.

Langkah 3

Beberapa perkataan / kosa kata diberi penekanan

yang lebih. Murid diterangkan dengan maksud atau

pengertian dalam Bahasa Melayu untuk setiap

perkataan yang ingin diuji.

12

Page 13: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Langkah 4

Muzik dan video ini dinyanyikan oleh murid sebagai

salah satu rutin prasekolah iaitu seperti pada waktu

Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu

pengajaran dan pembelajaran.

Muzik dan video yang

digunakan

1. Phoenics Songs

Bahan Bantu Belajar Komputer, pembesar suara, muzik dan video

6.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

6.2.1 Alat-alat Kajian Yang Digunakan

Untuk mengumpul data, kaedah-kaedah yang berikut digunakan untuk mengenal pasti

masalah yang dihadapi murid dalam menyatakan kosa kata bahasa Inggeris:

a) Pemerhatian

b) Soal selidik

c) Temubual

6.2.3 Perancangan langkah-langkah tindakan kaedah audio-visual dalam membantu

penguasaan kosa kata kanak-kanak prasekolah.

1) Guru merancang slot selama 30 minit bagi tunjang bahasa dan komunikasi (Bahasa

Inggeris).

2) Guru menunjukkan muzik dan video yang berkaitan kosa kata yang mewakili huruf

a hingga z

13

Page 14: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

3) Guru menyanyi mengikut muzik dan video yang ditunjukkan.

4) Guru mengajar murid secara lisan mengenai huruf a hingga z dan murid cuba

menyatakan perkataan apa yang diwakilkan dengan huruf yang guru sebutkan

dalam bahasa Inggeris.

5) Guru menjadikan aktiviti sebagai rutin selama 5 minit setiap pagi semasa rutin

perbualan pagi murid.

6.2.3 Cara Mengumpul Data Menggunakan Alat Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set borang senarai semak untuk

membuat tinjauan awal melalui pemerhatian, membuat nota lapangan, satu set ujian awal

lisan, tindakan intervensi aktiviti muzik dan video, satu set ujian selepas intervensi

dilakukan, dan temu bual bersama guru prasekolah dan pembantu prasekolah. Berikut

adalah cara mengumpul data :

Langkah 1 : Pemerhatian

Pemerhatian ini dilakukan untuk membuat tinjauan awal dan mengenal pasti masalah

responden yang hendak di kaji melalui satu set borang senarai semak. Ianya dijalankan

secara berkumpulan untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.

Langkah 2 : Membuat nota lapangan

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah, saya akan

melakukan permerhatian. Secara tidak langsung, saya akan membuat nota lapangan

seperti rekod anekdot ataupun rekod berterusan ke atas murid-murid yang telah di kenal

pasti melalui set borang senarai semak yang dilakukan.

Langkah 3 : Ujian Awal Lisan

Ujian ini dilakukan untuk melihat tahap penguasaan kosa kata dan prestasi subjek kajian.

Ujian ini dilaksanakan dengan cara guru menyediakan satu set ujian kosa kata

berdasarkan tema prasekolah minggu berkenaan dan guru akan membacakan set ujian

tersebut secara lisan kepada murid yang bermasalah secara individu. Selepas itu guru

14

Page 15: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

akan menguji kefahaman murid berkaitan kosa kata yang disebut berdasarkan set ujian

yang sama. Langkah di ulang kepada beberapa orang subjek kajian yang lain.

Langkah 4 : Melakukan intervensi aktiviti muzik dan video dalam meningkatkan

penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah.

Saya akan melakukan intervensi muzik dan video sebanyak lima kali dalam seminggu

ketika rutin perbualan pagi murid prasekolah bermula iaitu pada pukul 7.55 sehingga pukul

8.00 pagi.

Langkah 5 : Ujian lisan selepas intervensi

Dengan menyediakan satu set borang senarai semak berkaitan muzik dan video yang

diperlajari, saya akan membuat ujian lisan terhadap kelima-lima subjek kajian secara

individu. Subjek kajian perlu menyanyi tanpa muzik tetapi hanya dibantu oleh video/visual.

Namun penekanan diberikan kepada kosa kata bahasa Inggeris untuk sesi ujian ini.

Langkah 6 : Temu bual

Akhir sekali saya akan melakukan temu bual bersama guru prasekolah berkenaan dan

pembantu prasekolah selepas menjalankan intervensi muzik dan video ini untuk

mendapatkan kesahan serta mengumpul data dan perkembangan subjek kajian berkaitan

kosa kata dan pemahaman bahasa Inggeris mereka.

Jadual 6 di bawah adalah jadual perancangan pengumpulan data untuk menjalankan

penyelidikan ini;

Jadual 6: Perancangan cara mengumpul data

15

Page 16: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Langkah Cara

Mengumpul Data

Kumpulan

Sasaran

Tujuan

Langkah 1 Pemerhatian 25 orang murid

prasekolah

Melihat percakapan dan

penggunaan kosa kata Bahasa

Inggeris sepanjang slot P&P

Bahasa Inggeris menggunakan

borang senarai semak.

Langkah 2 Membuat Nota

Lapangan

5 orang subjek

yang terlibat

Melihat tahap kosa kata Bahasa

Inggeris kanak-kanak yang

terlibat.

Langkah 3 Ujian Awal Lisan 5 orang subjek

yang terlibat

Mengetahui jumlah kosa kata

Bahasa Inggeris subjek yang

terlibat mengikut tema.

Langkah 4 Melakukan

Intervensi

5 orang subjek

yang terlibat

Melakukan intervensi

menggunakan teknik muzik dan

video.

Langkah 5 Ujian Lisan

Selepas

Intervensi

5 orang subjek

yang terlibat

Mengetahui jumlah kosa kata

Bahasa Inggeris yang dapat

disebutkan oleh subjek kajian.

Langkah 6 Temu Bual 5 orang subjek

yang terlibat

Mendapatkan kesahan daripada

guru prasekolah dan pembantu

pengurusan murid.

6.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

16

Page 17: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Bahagian ini menerangkan berkaitan dengan bagaimana analisis dapatan yang diperoleh

hasil daripada kajian yang akan dilaksanakan melalui alat kajian pemerhatian, soal selidik

dan temu bual. Hasil-hasil dapatan ini dapat menjawab persoalan kajian yang di utarakan.

Persoalan Kajian:

i) Adakah penggunaan kaedah audio-visual melalui teknik muzik dan video dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran mampu untuk memudahkan guru

menyampaikan isi pelajaran kepada kanak-kanak prasekolah?

ii) Adakah penggunaan kaedah audio-visual melalui teknik muzik dan video mampu

meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak?

Langkah 1 : Perbandingan penggunaan jumlah kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian

sebelum dan selepas intervensi.

Saya akan membuat pemerhatian tidak berstruktur dan merekod jumlah kosa kata

bahasa Inggeris yang digunakan oleh subjek kajian semasa aktiviti rutin pagi dan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran bagi slot bahasa Inggeris berlangsung. Selepas

intervensi dijalankan saya akan merekod jumlah kosa kata bahasa Inggeris yang

digunakan ketika aktiviti rutin dan sesi pembelajaran slot bahasa Inggeris.

Langkah 2 : Penggunaan ujian lisan dan ujian pemahaman.

Dengan menggunakan satu set ujian lisan dan satu set ujian pemahaman

berdasarkan audio visual yang digunakan, skor peratusan kosa kata akan di buat. Dengan

ini, saya akan dapat menganalisis dan membanding beza tahap perkembangan dan

pemahaman kosa kata bahasa Inggeris di antara subjek-subjek kajian bagi setiap minggu.

Langkah 3 : Soal selidik.

17

Page 18: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Penggunaan audio visual yang sering ditunjukkan dan dimainkan tetapi tidak

dirutinkan dan penggunaan audio visual secara teknik muzik dan video akan dinyanyikan

oleh subjek kajian secara individu . Peratusan skor pemarkahan akan dibuat dan pengkaji

akan membanding beza penguasaan kosa kata bahasa Inggeris subjek kajian dan

dianalisis menggunakan skor peratusan.

Dengan ini, hasil analisis akan dapat mengenal pasti keberkesanan penggunaan

audio visual dalam membantu penguasaan kosa kata bahasa Inggeris bagi kanak-kanak

prasekolah. Hasil analisis ini juga membantu pengkaji mengenal pasti penglibatan murid-

murid dalam memberikan respons terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

tunjang Bahasa Inggeris dengan menggunakan kosa kata yang dipelajari daripada

penggunaan audio visual ini. Soal selidik ini juga akan menentukan samada penggunaan

teknik audio visual mampu untuk memudahkan penyampaian isi pelajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Hasil analisis kesemua alat

kajian yang digunakan ini akan membuktikan bahawa penggunaan audio visual dapat

membantu penguasaan kosa kata bahasa Inggeris bagi kanak-kanak prasekolah dan

memudahkan proses penyampaian isi pelajaran kepada kanak-kanak prasekolah.

Jadual 7 di bawah adalah jadual perancangan cara menganalisis data dalam penyelidikan

ini.

Jadual 7: Perancangan cara menganalisis data

Langkah Cara Mengumpul

Data

Cara Menganalisis Data

Langkah 1 Perbandingan

sebelum dan

selepas intervensi

Data akan dikumpulkan dengan melihat perbandingan

penggunaan jumlah kosa kata bahasa Inggeris subjek

kajian sebelum dan selepas intervensi.

Langkah 2 Ujian Lisan dan

Ujian Pemahaman

Penggunaan ujian lisan dan ujian pemahaman dengan

menggunakan skor peratusan.

Langkah 3 Soal Selidik Peratusan skor pemarkahan akan dibuat dan pengkaji

akan membanding beza penguasaan kosa kata bahasa

18

Page 19: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

Inggeris subjek kajian dan dianalisis menggunakan skor

peratusan

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Berikut adalah carta yang menunjukkan perlaksanaan kajian secara keseluruhan.

Bil Perkara Tarikh

1 Mengenal pasti masalah

Pemerhatian-Dijalankan pada slot P&P modul teras 5-6 Mac 2012

2 Pengumpulan data tinjauan awal

Dengan menggunakan senarai semak, 5 orang sampel

telah dikenalpasti mempunyai masalah kosa kata Bahasa

Inggeris yang terhad

12-13 Mac 2012

3 Menentukan objektif / soalan kajian

- penentuan objektif umum kajian

- penentuan objektif khusus kajian

13 Mac 2012

4 Merancang tindakan

Merancang langkah tindakan dan cara mengumpul data 15-16 Mac 2012

5 Menulis proposal kajian 19-30 Mac 2012

6 Melaksanakan tindakan 2-24April 2012

19

Page 20: Proposal Kajian Tindakan Audio Visual

7 Menganalisis tindakan

Mengira kekerapan dan peratusan hasil dapatan daripada

pengumpulan data

1-31 Mei 2012

8 Membuat refleksi 4-8 Jun 2012

9 Membuat laporan kajian 1 Jun – 31 Ogos

2012

10 Pembentangan dapatan kajian 9-13 September

2012

7.2 Kos Kajian

Berikut adalah carta yang menunjukkan kos untuk perlaksaanaan kajian yang

dilakukan.

Bil Jenis Bahan Jumlah Kos (RM)

1 Kertas A4 ( 1 rim) RM 12.00

2 Kad Manila ( 5 x RM 1.00) RM 5.00

3 Mounting Board (6 x RM3.00) RM 18.00

4 Ink Printer (2 x RM70) RM 140.00

5 Speaker (pembesar suara) RM 80.00

Jumlah RM 255.00

20