proposal kajian tindakan "cuja"

73
APLIKASI KAEDAH LATIH TUBI BERASASKAN SUKU KATA DAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV NURUL HASNYTA BINTI HAMSANI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Upload: mohdbdin

Post on 30-Sep-2015

343 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Proposal kajian tindakan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

APLIKASI KAEDAH LATIH TUBI BERASASKAN SUKU KATA DAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV NURUL HASNYTA BINTI HAMSANILaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prasekolah

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKATAHUN 2012Pengesahan Penyelia

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pendidikan PrasekolahTandatangan

:

Nama Penyelia:Pn. Siti Miriam binti SayedTarikh

:

Halaman PengakuanSaya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:....Nama

: Nurul Hasnyta binti HamsaniTarikh

: 31 Oktober 2012Halaman Dedikasi

Buat yang amat dirindui,

Allahyarham Hj. Razak bin Che LehAllahyarhamah Hjh. Che Hasnah binti Che AhmadAllahyarham Abdul Rahman bin TalibAllahyarhamah Zabidah binti HasanSemoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian.

Istimewa buat keluarga tercinta,Ayahnda En. Hamsani bin Abdul Rahman dan

Bonda Pn. Roziah binti Hj. RazakYang telah memberikan semangat dan dorongan,kata-katamu menjadi penguat semangat ku Buat saudara yang dikasihi,

Nurul Haslaili binti HamsaniMohd Hasrul Syazwan bin Hamsani

Nurul Hasnyza binti Hamsani

Nurul Hasliana binti Hamsani

Nurul Fathihah binti HamsaniMohd Hasrul Nizam bin Hamsani

Nurul Hidayah binti Hamsani

Nurul Natasha binti Hamsani

Nurul Syazwani binti Hamsani

Juga kepada Mentor, Pn. Hjh Azizah binti Abd Samad dan semua rakan seperjuangan PISMP Prasekolah Januari 2009 yang disayangi.Terima kasih di atas sokongan kalian.PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada pensyarah penyelia Kajian Tindakan iaitu Pn. Siti Miriam binti Sayed atas bimbingan dan dorongan yang diberi kepada penyelidik sepanjang tempoh Kajian Tindakan ini dijalankan. InsyaAllah, segala ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau akan digunakan pada masa hadapan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah di Jabatan Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka terutamanya pensyarah yang mengajar mata pelajaran Kajian Tindakan 1 iaitu Dr. Segahran a/l Appoo dan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Kajian Tindakan 2 iaitu Tn. Hj. Md Yusof bin Othman yang sentiasa membimbing saya dan rakan-rakan unit PISMP Prasekolah 1 yang lain sepanjang menyiapkan laporan kajian ini.

Apa yang dipersembahkan adalah usaha yang terbaik yang mampu dilakukan. Akhir sekali, kepada rakan-rakan guru pelatih yang bakal menjadi lilin pembakar generasi masa akan datang, saya doakan semoga kalian akan terus maju mancapai cita-cita dan marilah sama-sama kita membentuk diri kita agar menjadi seorang guru yang berguna pada masa akan datang. Semoga Allah merahmati kita semua, amin.

Sekian, wassalam dan salam hormat.

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak bagi melancarkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pada kebiasaannya ramai kanak-kanak prasekolah masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal inilah menjadi kelemahan dan masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak, dan perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain sekaligus akan merencatkan perkembangan pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, satu kajian melibatkan lapan orang responden yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah tidak dapat membaca dengan lancar telah dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran asas membaca suku kata terbuka KV+KV melalui pendekatan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar. Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting bagi memastikan kognitif kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dan seiring dengan perkembangan fizikal mereka. Oleh hal yang demikian, pengkaji melaksanakan kajian ini bagi memastikan tiada kanak-kanak prasekolah yang tercicir dalam pelajaran disebabkan oleh kelemahan mereka menguasai kemahiran membaca. Impak yang akan diterima oleh kanak-kanak sekiranya masalah membaca ini tidak dapat dibantu dengan baik seiring perkembangan mereka ialah, kanak-kanak akan tercicir dalam pelajaran dan terpaksa ditempatkan ke program khas seperti Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Khas apabila mereka berada di tahun satu kelak. Relevannya kajian ini adalah bagi mengurangkan kadar keciciran murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakn oleh guru. ABSTRACTReading Proficiency is the Most basic skills in language proficiency. Proficiency reading should be mastered by every child for Teaching and Learning Process smooth. Often, most of the Preschool Children are still weak in reading proficiency. This problem become get weaknesses to children and it is a major problem. It need to be addressed because if they fail to master this proficiency this will disrupt another Mastery skill at once will inhibit their learning progress.

Due to this, a study involving eight respondents consisting of Preschool Children who can not read well were developed to improved the basic skills of reading open syllables KV+KV, approach through drills based on syllable and pictures.

Early childhood education is very important to ensure that childrens cognitive can grow well and consistent with their physical development. Therefore, researchers conducting this study to ensure that no more preschool children drop out in education due to their inability to master the skill of reading. Impact to be received by children if the problem can not assisted well pace of their development, they will drop out of education and had to be placed into a special programs such as Screening Program Literacy and Numeracy (LINUS) and special rehabilitation when they are in standard one later. The relevance of this study is to reduce the dropout rate of students in teaching and learning process execute by the teacher.

KANDUNGANMuka suratABSTRAK

iABSTRACT

iiPENGESAHAN PENYELIA

iiiPENGAKUAN

ivDEDIKASI

vPENGHARGAAN

viSENARAI LAMPIRAN

viiSENARAI JADUAL

viiiSENARAI RAJAH

ix 1.OPENDAHULUAN

1.1Pengenalan

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

1.3Refleksi Nilai Pendidikan

2.OFOKUS KAJIAN

2.1Isu Kajian

2.2Tinjauan Literatur berdasarkan isu Kajian 3.OOBJEKTIF KAJIAN

4.0KUMPULAN SASARAN

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0CARA PENGUMPUALAN DATA

7.0KEPUTUSAN KAJIAN

8.0RUMUSAN

9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN-LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka Surat

1 Kumpulan Sasaran2 Pelaksanaan Intervensi dalam P&P3 Senarai Perkataan Yang Digunakan Dalam Intervensi

4 Analisis Data Pra

5 Analisis Data Pasca

6 Analisis Data Pra dan Pasca

SENARAI RAJAH

Rajah

Muka Surat

1 Kerangka Teori Kajian2 Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)3 Carta Alir Langkah Pelakasanaan Kajian Tindakan4 Graf Pemeningkatan Peratus Ujian Pra5 Graf Pemeningkatan Peratus Ujian Pasca

6 Graf Perbandingan Data Pra dan PascaSENARAI CARTA

Carta

Muka Surat

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan

Membaca merupakan amalan yang mulia dan amat dituntut dalam Islam. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud; Bacalah dan Tuhanmulah byang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah berkaitan dengan perintah membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah s.w.t mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Dalam era globalisasi sekarang, kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi satu keperluan. Tanpa kemahiran membaca kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. Jika kemahiran membaca ini telah dapat dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia tiga tahun lagi, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka serta mencuba sesuatu perkara baru. Pelbagai usaha perlu dilakukan sama ada oleh guru , ibu bapa mahupun kanak-kanak itu sendiri untuk menguasai kemahiran membaca. Menurut Cecil D Mercer (1989) seperti dinyatakan dalam Maimunah Sabran (2012), untuk mencapai matlamat ini tidak semudah seperti yang dibayangkan kerana proses pembelajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan menimbulkan masalah dalam pembelajaran membaca.Aspek membaca turut ditekankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2011) iaitu melalui penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) supaya kanak-kanak dapat memperoleh ilmu pengetahuan secukupnya dan dapat menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut sebelum melangkah ke tahun satu.Kegagalan murid menguasai bacaan ini pada peringkat yang telah ditetapkan akan menyekat penguasaan kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Keadaan ini menyebabkan masalah pembelajaran membaca berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, timbul kesedaran dalam diri penyelidik untuk memikirkan bentuk alternatif dengan menggunakan latih tubi berasaskan suku kata dan gambar yang mampu meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah secara lebih berkesan. Kajian ini akan berfokuskan kepada kemahiran membaca suku kata KV+KV dan kumpulan yang terlibat sebagai subjek kajian adalah daripada kalangan kanak-kanak prasekolah.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak kerana teknik ini menekankan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Ianya sesuai digunakan untuk pengajaran Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu) dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menggabungkan suku kata, menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta penting.

Melalui teknik latih tubi ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan dan kefahaman.

Berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang telah dikemukakan oleh Edward L.Thorndike (1889), beliau ada menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau hubungan gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Hal ini terbukti dalam kajiannya dimana beliau Berjaya membentuk tiga hokum pembelajaran dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike percaya bahawa sekiranya kaedah latih tubi ini dijalankan, kesan terhadap sesuatu pembelajaran dapat dilihat dalam jangka masa panjang, pendek dan kaedah latihan berulang-ulang (latih tubi) ini dapat membantu dala mengukuhkan kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Sepanjang menjalani Program Praktikum dan Internship di beberapa buah sekolah di sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan, pengkaji mendapati bahawa masalah yang sama sering berlaku di kalangan kanak-kanak prasekolah setiap kali aktiviti P&P berlaku iaitu merekatidak dapat membaca dengan lancar. Berdasarkan pengalaman pengkaji melaksanakan P&P bagi slot Bahasa Melayu di prasekolah, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang kanak-kanak prasekolah yang masih belum dapat membaca dengan lancar sedangkan rakan sebaya mereka yang lain sudah dapat menguasai kemahiran ini. Berdasarkan Standard Pembelajaran dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu (KSPK, 2011), pada semester kedua sepatutnya kanak-kanak sudah menguasai kemahiran membaca dan membatangkan suku kata terbuka untuk menjadikan perkataan (BM 3.5.3 Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan). Akan tetapi, situasi di prasekolah yang dikaji kanak-kanak masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran tersebut dan mereka juga sering menunjukkan sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengecam sesuatu huruf atau perkataan KV+KV mudah contohnya bola, batu, buku dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila pengkaji melaksanakan aktiviti pra bacaan terhadap 25 orang kanak-kanak prasekolah dan 8 orang daripada mereka adalah lemah dalam membaca suku kata KV+KV (Rujuk Lampiran 1). Disebabkan oleh masalah kanak-kanak tidak dapat membunyikan dua suku kata, ia telah menyukarkan mereka untuk membaca dan memahami perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Apabila guru memberikan lembaran kerja, mereka juga tidak dapat menyiapkannya kerana tidak faham bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut. Pengkaji mendapati, kanak-kanak yang tidak dapat membaca ini lazimnya akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising dan mengganggu rakan-rakan lain semasa dalam kelas, serta kurang berminat dalam pembelajaran. Apabila guru meminta mereka menyiapkan lembaran kerja, kanak-kanak ini akan meniru rakan-rakannya yang lain. Secara umumnya, jika masalah membaca kanak-kanak ini tidak diatasi dengan segera, kanak-kanak ini akan mengalami masalah apabila mereka berada di Tahun 1 dan peringkat seterusnya.

Merujuk kepada tulisan Hassan Salleh yang bertajuk Di Manakah Silap Guru yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak boleh membaca dan menulis. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa lapan peratus daripada 6,667 pelatih PLKN didapati tidak boleh membaca dan menulis. Hal ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah ini masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia normal, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6 tahun.Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, kanak-kanak sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik. Melalui pemerhatian pengkaji, faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat membaca dengan baik adalah kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa proses P&P dan aras P&P terlalu tinggi dan tidak selaras dengan kobolehan dan keupayaan mereka. Hal ini menyebabkan objektif P&P sukar dicapai. Hasil daripada temubual semasa, didapati bahawa mereka kurang keyakinan diri, tidak berminat, bosan dan berasa bahawa mereka sering dipinggirkan. Oleh hal yang demikian, pengkaji terpanggil untuk membantu kanak-kanak ini untuk menguasai kemahiran membaca di peringkat yang lebih awal. Guru perlu memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak seperti ini dengan cara mendekati mereka supaya mereka dapat menanamkan minat untuk terus belajar, rasa lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri mereka dalam pelajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad suku kata dan gambar yang mengandungi perkataan dan ayat-ayat mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu kanak-kanak ini menguasai kemahiran yang dikaji.1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Sebagai guru sekolah rendah, pengkaji merasakan bahawa adalah satu tanggungjawab untuk memastikan semua pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas membaca sebelum mereka meninggalkan prasekolah untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Menurut Noriati (2010), keperihatinan dan kepekaan guru terhadap isu-isu ini akan membantu kanak-kanak menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Kajian ini perlu dilaksanakan kerana kemahiran membaca ini merupakan antara kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai sejak di peringkat awal kanak-kanak lagi. Hal ini kerana melalui pembacaan, seorang individu itu akan berupaya untuk memahami mesej yang ingin disampaikan melalui tulisan. Proses membaca itu sebenarnya sudah membawa kepada suatu pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. (John Everatt dalam Mastuti Isa, 2008). Selain itu, membaca juga dikatakan sebagai kunci kepada komunikasi berdasarkan kepada penjelasan oleh Staiger dan O. Anderson (1968) yang menyatakan bahawa:"Membaca adalah kunci untuk komunikasi dan menyumbang kepada penyelesaian masalah dunia kemiskinan dan permusuhan. Membaca adalah kunci kepada pendidikan pekerjaan yang berterusan, dan juga keseronokan".

Beberapa kajian juga mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran membaca tidak mempunyai kecekapan memahami bahan yang dibaca secara langsung. Di Malaysia, pencapaian pelajar dalam ujian kefahaman membaca didapati masih belum memuaskan. Kelemahan ini kerap dikaitkan dengan kelemahan pelajar dalam pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah (KBSR) mahupun sekolah menengah (KBSM). Laporan yang dihasilkan oleh Awang Sariyan (1981) menjadi kejutan kepada semua pihak iaitu sejumlah lima ribu pelajar Melayu gagal mendapat kepujian dalam mata pelajaran kefahaman Bahasa Melayu.

Selain itu, satu kajian yang dibuat terhadap pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah mendapati satu perempat atau 25 % pelajar gagal dalam ujian kefahaman. Menurut Abd Rahim Talib (1998) seperti dinyatakan dalam Rio Sumarni et.al (2012), Peratus ini boleh dikatakan agak tinggi jika dibandingkan dengan peratus pelajar yang mendapat cemerlang. Faktor penyumbang kegagalan seumpamanya ini adalah disebabkan mereka tidak mengusai kemahiran membaca dan faham apa yang dibaca .

Sehubungan itu, pengkaji melihat perlunya bagi guru mahupun individu yang akan mengajar membaca ini untuk menggunakan satu kaedah yang khusus bagi meningkatkan kebolehan murid untuk membaca dengan lebih baik contohnya seperti kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu menggunakan teknik latih tubi bagi menangani masalah murid yang tidak dapat membaca. Hal ini kerana, antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan murid dalam pembelajaran yang meliputi kemahiran membaca ini adalah juga disebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap ataupun kelemahan kurikulum, (Otto dan Smith, 1980, seperti dinyatakan dalam Azila, 2012). Di sini jelas menunjukkan bahawa perlunya sesuatu pendekatan mahupun kaedah yang sesuai digunakan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.Kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji mengenai keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV ini selari dengan kajian Nur Syazwina et.al (2012) yang bertajuk Kajian Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Melalui Kemahiran Membaca Al-Quran dan kaedah latih Tubi dan kajian Abdillah (2009) yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV. Oleh yang demikian, pengkaji lebih yakin untuk turut menggunakan kaedah yang sama bagi membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KV. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas, didapati kebanyakan kanak-kanak tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata, terutamanya bentuk suku kata KV + KV. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang disamping menimbulkan rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah. Menurut Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL (2009, ms.215-227,) jumlah murid yang ramai sehingga mencecah 25 orang dalam sekelas menyebabkan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kemudiannya dihantar ke kelas LINUS atau Pemulihan Khas sekiranya masalah ini masih lagi tidak dapat dibantu. Menurut Rosner (1990) seperti dinyatakan dalam Ai Hong Chen et.al (2002), dalam perkembangan fizikal dan mental sepanjang zaman prasekolah, kanak-kanak biasanya mengalami kekeliruan huruf. Kekeliruan tersebut biasanya hilang secara beransur-ansur bila melangkah ke alam persekolahan. Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu belajar untuk membaca dan membaca untuk belajar (Barnard et al. 1996). Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi seseorang murid itu untuk mengenal dan menyebut huruf dengan betul supaya dapat membantu perkembangan pembelajaran murid. 2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu KajianMasalah tidak boleh membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah dan juga

menengah di Malaysia amat membimbang semua pihak terutamanya para pendidik dan

juga ibu bapa. Menurut berita yang disiarkan oleh Berita Harian (2009), Kementerian

Pelajaran telah mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu

membaca dan menulis. Masalah ini masih berlarutan apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Utusan Malaysia, 15 Februari 2010) telah membuat pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu di sekolah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendedahan ini bukan

sahaja mengejut seluruh rakyat Malaysia malah ahli-ahli akademik juga. Mereka turut

berharap satu tindakan yang serius dan komprehensif perlu diambil oleh kerajaan bagi

mengatasi masalah ini.

Kebanyakan guru dan ibu bapa mementingkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca iaitu dapat mengenal abjab, membunyikan suku kata, membaca perkataan dan ayat mudah. Aspek dalam kelancaran membaca kurang diberi perhatian

kerana mereka beranggapan kanak-kanak akan lancar membaca apabila kemahirankemahiran membaca telah dikuasai. Namun proses untuk mencapai kelancaran ini akan memakan masa sekiranya kurang diberi penekanan oleh guru. Terdapat kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca tetapi tidak boleh membaca dengan lancar. Ada kanak-kanak yang perlu mengeja untuk membaca perkataan dan ayat mudah. Apabila ini berlaku, kanak-kanak kurang berminat untuk membaca kerana kurang memahami apa yang dibaca oleh mereka. Kefahaman merupakan matlamat yang penting dalam membaca dan apabila salah satu komponen dalam kelancaran hilang, pembaca berkemungkinan kurang memperolehi makna daripada teks (Rasinski, 2006).

Dalam kajian ini kaedah bacaan berulang dipilih untuk melihat kesan penggunaannya dalam meningkatkan kelancaran dan kefahaman kanak-kanak prasekolah. Bacaan berulang merupakan pendekatan yang dikenalpasti untuk

meningkatkan kelancaran kerana kaedah ini memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk berlatih membaca teks secara berulang-ulang sehingga mencapai kelancaran.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji terhadap kanak-kanak ini sewaktu P&P dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat satu masalah yang ketara berlaku semasa mereka membuat prabacaan. Pengumpulan maklumat dilakukan dengan menggunakan senarai semak penguasaan bacaan awal murid (Rujuk Lampiran 2). Berdasarkan masalah ini, pengkaji telah melakukan beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujian pra bacaan terhadap seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah. Ujian yang dijalankan meliputi membaca suku kata KV+KV berasaskan suku kata dan gambar. Mereka tidak boleh membaca perkataan dan ayat-ayat mudah yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka KV+KV seperti bola, kaki, mata, satu, beca, buku, lori, roda, raga, titi dan sebagainya. Mereka juga menghadapi masalah membaca secara mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan dan perkataan yang dikuasai pula terbatas pada perkataan KV+KV dan V+KV seperti kami, saya, ini dan itu. Oleh itu, pengkaji telah melakukan usaha untuk membantu kanak-kanak yang lemah ini menguasai kemahiran membaca suku kata ini. Kemahiran membaca amat penting bagi seorang murid. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai, hal ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan mereka. Kajian ini berfokuskan kepada meningkatan penguasaan membaca murid yang mengandungi suku kata KV+KV.Hasil daripada pemerhatian awal berdasarkan senarai semak penguasaan bacaan murid, pengkaji mendapati 8 daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah lemah dalam membaca suku kata KV+KV dengan betul dan lancar. Pada peringkat ini, murid sering keliru dalam membunyikan suku kata yang melibatkan KV+KV. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan mengeja mereka adalah sangat lemah. Keadaan ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang dibaca dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang menyusul. Hal sedemikian akan mengakibatkan mereka berasa bosan serta hilang fokus seterusnya membuat bising. Oleh hal yang demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah menerusi kaedah latih tubi berasaskan kad suku kata KV + KV dan gambar.Selain itu juga, pengkaji telah melakukan temubual dengan guru prasekolah kajian untuk meneroka secara lebih mendalam lagi mengenai masalah yang dihadapi oleh responden. Fokus utama temubual dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tingkah laku dan pencapaian penguasaan membaca responden. Bentuk temubual yang dijalankan adalah dengan menggunakan temu bual tidak berstruktur.

2.2 Tinjauan Literature berkaitan dengan isu KajianTeori behavioris boleh dikaitkan dengan kaedah bacaan berulang kerana dalam kaedah bacaan berulang ini teori yang dipelopori oleh mazhab behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan yang dimulakan oleh Edward Thorndike (1874-1949) dan B.F Skinner (1904-1990) adalah bersesuaian kerana ia menekankan kepada latihan yang berulang. Thorndike yang terkenal dengan teorinya law of effect menekankan jika tindak balas diikuti dengan keadaan yang memuaskan, maka tindakan itu diulangi (Azizah, 2007). Kanak-kanak belajar selepas mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu rangsangan (Rohani,Nani dan Sharani, 2007). Dalam hal ini, membaca secara berulang-ulang sesuatu teks atau bahan bacaan akan membantu pelajar mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan bercetak dan dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika mereka membaca setelah melakukan bacaan tersebut secara berulang-ulang. Kelancaran merupakan tindakbalas yang diperolehi kesan daripada latihan yang berulang-ulang membaca perkataan atau teks. Sekiranya guru memberi pengukuhan yang positif, pelajar akan terus membaca secara berulang-ulang kerana mereka tahu kesan daripada bacaan berulang-ulang akan menyebabkan mereka dapat mengecam perkataan serta mengingati perkataan tersebut.

Rajah 1

Kerangka Teori KajianDalam sistem pendidikam di negara kita, penguasaan kemahiran membaca merupakan satu aspek penguasaan yang sangat penting dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa, membolehkan pembelajaran berlaku secara berkesan dan mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik seseorang pelajar. Penguasaan kemahiran membaca yang baik membolehkan seseorang pelajar meluaskan pengetahuan, berfikir secara rasional dan mematangkan pemikiran serta menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran secara lancar dan berkesan.

Menurut Fatimah Idris (1998), pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang baik dapat membina kemahiran dan membentuk makna daripada bahan bacaan, mengumpul maklumat penting yang berkaitan, membuat tafsiran tepat, membuat inferensi sesuai, membuat rumusan bernas, menilai keutamaan idea dan perkaitan, menghayati bahan dan seterusnya membentuk daya berfikir di samping membantu mereka menjadi pelajar yang cekap, matang serta berfikiran kritis dan kreatif.

Konsep bacaan adalah sebagai satu proses aktif untuk mendapatkan makna yang memerlukan pembaca membuat interpretasi terhadap bahan bacaan. Menurut Marohaini Yusoff (1999) pula, bacaan melibatkan pembaca mengintegrasikan pengetahuan latarnya dengan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis. Di sini peranan pengetahuan sedia ada sangat penting untuk membolehkan mereka membina kemahiran membaca. Pandangan ini bersesuaian dengan pendekatan terhadap bacaan sebagai satu proses yang mementingkan strategi strategi dalam mencapai pemahaman.

2.2.1 Membaca dan Faham Apa yang Dibaca

Membaca dengan faham apa yang dibaca merupakan satu pelengkap yang penting bagi perlakuan membaca. Oleh itu, tanpa memahami apa yang dibaca, sesuatu perlakuan membaca itu tidak lengkap dan tidak boleh dikenali sebagai perlakuan membaca. Hal ini dapat diertikan bahawa bacaan ialah memahamkan bacaan. Memahamkan bacaan ialah keupayaan menubuhkan, mentafsir dan menilai sesuatu perkaitan perkara atau apa-apa yang dibaca. Kefahaman merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang-lambang tertentu. Proses ini juga merangkumi proses mental yang kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada , menyusun idea, menubuhkan generalisasi dan juga menilai.

Kefahaman membaca adalah satu proses yang kompleks bagi mendapatkan maklumat-maklumat daripada apa yang dibaca (Morsberg dan Shima, 1969). Proses ini dilihat sebagai proses mental yang melibatkan satu sistem pengolahan tingkah laku linguistik, psikologi, dan pengamatan. Flesch (1955) menyatakan bacaan ialah mendapatkan makna daripada huruf-huruf yang digabungkan dan kanak-kanak dapat membaca sekiranya mereka diajarkan tentang perlambangan setiap huruf. 2.2.2 Kemahiran Membaca

Kefahaman membaca terdiri daripada pelbagai kemahiran dan berasingan serta perhatian terhadap pengajaran yang perlu difokuskan terhadap kemahiran kefahaman ini. Bagi menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlu menguasai kemahiran kebolehan-kebolehan berikut:

a) Keupayaan kognitif memori, tumpuan dan keupayaan visualisasi.

b) Kemampuan linguistik perbendaharaan kata, pengetahuan sedia ada, strategi pengajaran dan pembelajaran, keupayaan memahami bahasa pertuturan dan mentafsir perkataan.

c) Motivasi dan kaedah pengajaran2.2.3 Literatur Berkaitan

Beberapa orang pengkaji barat dan tempatan telah melakukan pelbagai kajian tentang tahap-tahap bacaan dan faham sebagai panduan untuk guru dan golongan pendidik. Soalan-soalan untuk memahamkan murid-murid dapat dibahagikan kepada enam tahap seperti berikut:a) Peringkat Pengetahuan:

Pelajar berupaya mengingat kembali atau mengenali maklumat.

b) Peringkat Pemahaman:

Pelajar dapat menukar kepada simbolik bahasa yang berlainan dan hubungan wacana antara fakta dan generalisasi dan kemahiran yang sesuai.

c) Peringkat Aplikasi:

Pelajar menyelesaikan masalah yang memerlukan mengenalpasti isu dan memilih serta menggunakan generalisasi dan kemahiran yang sesuai.

d) Peringkat Analisis:

Pelajar berupaya menyelesaikan masalah melalui pengetahuan berhubung bahagian-bahagian cara-cara berfikir.

e) Peringkat Sintesis:

Pelajar berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran yang tulen dan kreatif yang melibatkan aktiviti yang mencerna kesimpulan atau membuat keputusan.

f) Peringkat Penilaian:

Pelajar membuat pertimbangan baik atau buruk serta betul ataupun salah berdasarkan ukuran yang ditetapkan. Bagi Zalizan Jelas (1982), beliau telah membahagikan tahap-tahap kemahiran bacaan kepada empat komponen asas iaitu:

a) Pada peringkat literal, pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan makna perkataan-perkataan, ayat-ayat dan perenggan-perenggan mengikut teks. Murid-murid juga dikehendaki menceritakan semula kandungan teks yang telah dibaca.

b) Pada peringkat inferensi, murid-murid dikehendaki menginterpretasi maksud pengarang, membuat kesimpulan, meramal kesudahan, membuat ringkasan dan menganalisa rumusan pengarang.

c) Pada peringkat penilaian, murid-murid dikehendaki membandingkan dan menginterpretasikan satu keadaan dengan satu keadaan yang dijadikan kriteria.

d) Kemahiran mengaplikasi merujuk kepada kebolehan untuk mengaplikasi. Azman Wan Chik (1986) pula menyarankan empat komponen asas dalam memahami bacaan iaitu :

a) Peringkat pemahaman literal: Pemahaman literal merujuk kepada proses

mengingat kembali perkara-perkara konkrit atau fakta yang dinyatakan dalam teks. Pemerolehan maklumat dinyatakan secara eksplisit.

b) Peringkat pemahaman inferens: Pemahaman ini membolehkan pelajar membuat

kesimpulan ke atas teks yang dibaca. Pemahaman literal dan pengetahuan sedia ada digabungkan bagi membuat inferens.

c) Peringkat pemahaman penilaian: Pemahaman ini menjurus kepada keupayaan

pelajar membuat konsepsi dan pendirian ke atas teks.

d) Peringkat pemahaman aplikasi: Pemahaman ini merujuk kepada kebolehan

pelajar mengaplikasikan atau menggunakan bahan yang dipelajari. Walaupun terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan pengkaji barat dan tempatan tentang tahap-tahap membaca, namun kesemua pandangan tersebut menjurus ke arah kepentingan seseorang untuk menguasai sesuatu bahan bacaan dan keupayaan menggunakan proses berfikir. Pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu bacaan akan membantu para kanak-kanak untuk menguasai isi kandungan teks. Hal ini akan membolehkan mereka membuat penilaian terhadap bahan bacaan tersebut dan seterusnya merasai kepuasan daripada pembacaannya.

2.2.4 Kajian Lepas

Laporan kajian Belize Development Trust (2000) menunjukkan umumnya 92 % daripada murid-murid boleh membaca namun 50 % atau lebih daripadanya kurang faham apa yang mereka baca. Keadaan ini disahkan pula dengan laporan Snow Catherine E (2002) yang menyatakan salah satu masalah yang kini dipandang serius dan menjadi topik perbincangan di kalangan penyelidik di Amerika Syarikat ialah pelajar sekolah rendah , menengah dan peringkat tertinggi tidak mempunyai kemahiran atau kecenderungan membaca dengan faham terhadap bahan yang mereka pelajari.

Berikutan itu, kajian terkini dalam pengajaran membaca menunjukkan secara signifikan bahawa kemahiran membaca boleh diperbaiki semasa pengajaran awal kanak-kanak. Didapati juga pengajaran membaca dengan faham perlu diajar kepada kanak-kanak bagi membekalkan mereka dengan pengetahuan asas membaca di samping faham apa yang dibaca.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian yang mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran membaca dengan faham pada tahun 3 persekolahan mereka, tidak secara automatik mempunyai kecekapan memahami bahan yang dibaca. Oleh itu, guru disarankan supaya mengajar membaca secara eksplisit bermula daripada tahun satu persekolahan kanak-kanak (semasa berumur 6 tahun). Walaupun pengajaran membaca dengan faham merupakan pengajaran dasar bagi sekolah rendah selepas murid mahir mengenal perkataan, namun faham membaca juga perlu didedahkan dalam pengajaran awal membaca. Pengajaran bahasa lisan, perbendaharaan kata dan kefahaman mendengar adalah elemen membaca dan faham yang perlu bermula daripada pendidikan prasekolah.

Paris dan Jacobs (1984) telah mengkaji kesedaran membaca dan kebolehan memahami teks dalam kalangan gred 3 dan 5. Mereka menggunakan teknik temubual diikuti dengan soalan berbentuk objektif dan latih tubi berasaskan gambar bagi mengukur kesedaran bacaan kanak-kanak.

Kanak-kanak kemudian akan diajar beberapa minggu berdasarkan latihan yang telah disediakan menggunakan strategi-strategi tertentu. Skor pelajar dan ujian pra dan ujian pasca menunujukkan terdapat hubungan antara kesedaran bacaan dengan prestasi kefahaman. Dapatan kajian menunjukkan subjek kajian yang mempunyai tahap kesedaran metakognitif tinggi mendapat skor ujian yang lebih tinggi dalam kefahaman bacaan berbanding pelajar yang lemah. Pengajaran strategi secara eksplisit atau langsung dapat meningkatkan kesedaran bacaan dan penggunaan strategi pemahaman secara signifikan.3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN3.1 Objektif kajian Kajian ini dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan objektif tersebut :1) Penggunaan teknik latih tubi berasaskan suku kata dan gambar dapat miningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah membaca suku kata terbuka KV+KV.3.2 Persoalan Kajian3.2.1 Adakah penggunaan teknik latih tubi berasaskan suku kata dan gambar dapat miningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah membaca suku kata terbuka KV+KV?4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan aspek-aspek asas kemahiran membaca dua suku kata terbuka KV+KV seperti mana yang digariskan dalam KSPK tunjang komunikasi BM 3.5.3 Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan bagi kanak-kanak prasekolah yang masih tidak dapat dapat membaca dan membunyikan dua suku kata ini walaupun telah memasuki semester kedua persekolahan. Kajian ini hanya melibatkan sebuah prasekolah di kawasan luar bandar. Sampel yang dipilih ialah seramai 8 orang daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah iaitu terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan. Tahap pencapaian mereka adalah sederhana dan ada diantaranya sangat lemah. Dapatan kajian hanya berfokuskan kepada sekolah yang dipilih sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada sekolah kebangsaan yang lain. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak penguasaan bacaan murid dalam suku kata terbuka KV+KV melalui aktiviti pra bacaan yang dilaksanakan.

Melalui pemerhatian tersebut, terdapat seorang kanak-kanak yang agak lemah dalam penguasaan bacaan ini iaitu MSJ. Hal ini adalah kerana responden merupakan seorang murid yang pendiam dan tidak aktif melibatkan diri semasa di dalam kelas. Responden juga agak pasif dan sering tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Bagi responden MHN dan NAN pula, kedua-dua mereka mempunyai penguasaan bacaan yang sederhana. Perbezaan antara kedua-dua responden ialah, MHN berumur 6 tahun manakala NAN berumur 5 tahun. Kedua-dua responden ini menunjukkan sikap yang baik di dalam kelas dan minat untuk terus belajar walaupun mereka tergolong dalam kalangan yang tidak dapat membaca dengan baik. Bagi responden lain pula iaitu MTR, MIH, NAS, NAL dan NAD masing-masing menunjukkan penguasaan bacaan yang lebih kurang sama iaitu lemah dalam menguasai kemahiran membaca.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru prasekolah kajian, didapati bahawa rata-rata responden yang lemah dalam bacaan ini menunjukkan sikap yang lebih kurang sama iaitu acuh tidak acuh dalam P&P. Lazimnya mereka ini akan duduk dalam kelompok mereka dan sering membuat bising dalam kelas dan mengganggu rakan yang lain. Oleh hal yang demikianlah pengkaji terpanggil untuk melaksanakan kajian ini bagi membantu menyelesaikan masalah responden melalui kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar. Jadual 1 di sebelah menunjukkan maklumat mengenai responden.BilNama RespondenUmurJantinaPencapaian Akademik

1MHN6LSederhana

2MTR6LLemah

3MSJ5LLemah

4MIH6LLemah

5NAN5PSederhana

6NAS6PLemah

7NAL6PLemah

8NAD6PLemah

Jadual 1: Kumpulan Sasaran

Merujuk kepada jadual di atas, pengkaji memilih 8 orang responden yang mana 2 orang berumur 5 tahun dan 6 orang berumur 6 tahun. Responden ini masing-masing mempunyai kebolehan yang lemah dan sederhana dalam membaca suku kata terbuka KV+KV. Kesemua responden ini sudah mengenal huruf tetapi tidak dapat membaca gabungan dua suku kata KV+KV yang ditentukan oleh guru walaupun telah diajar beberapa kali. Melalui pemerhatian, responden ini akan dinilai oleh guru dengan menggunakan pemerhatian melalui intervensi latih tubi berasaskan suku kata dan gambar yang telah disediakan.5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Prosedur TindakanPengkaji telah mengambil masa selama empat minggu untuk menjalankan kajian tindakan ini. Carta alir di bawah menujukkan proses yang telah digunakan oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini.

Carta Alir 1: Proses menjalankan kajian tindakan

Berdasarkan carta alir di atas, tempoh masa empat minggu diambil untuk menjalankan kajian. Sebelum melaksanakan ujian pra iaitu pada minggu pertama kajian, pengkaji telah melakukan proses refleksi dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P. Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan data awal bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh responden. Proses ini telah dilakukan dalam bentuk pemerhatian dan temubual. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden iaitu responden lemah dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV, tidak fokus semasa P&P dijalankan dan sering membuat bising dengan mengganggu rakan lain semasa dalam kelas. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, pengkaji turut membuat beberapa sesi temubual bersama guru-guru bagi melihat tahap pencapaian murid-murid dan apakah masalah yang sering dihadapi (Rujuk Lampiran 3). Setelah menganalisis masalah yang dihadapi oleh responden, pengkaji merancang satu tindakan rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Untuk itu, pengkaji menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, membuat rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, instrumen kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian ialah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata terbuka KV+KV menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar. Alat kajian yang akan pengkaji gunakan adalah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan menilai tahap kebolehan murid membaca suku kata terbuka KV&KV berasaskan suku kata dan gambar. Ujian Pra dan Ujian Pasca ini menggunakan soalan yang sama. S elain itu, pengkaji juga menggunakan pemerhatian berstruktur sebagai alat kajian bagi melihat minat responden sepanjang P&P dijalankan. Kolaborasi bersama rakan telah dilakukan agar pemerhatian yang akan dijalankan tersebut tidak mengganggu sesi pembelajaran yang berlangsung.

Setelah mengenal pasti masalah responden, pengkaji mula menjalankan ujian pra iaitu dengan menggunakan senarai semak penguasaan bacaan (Rujuk Lampiran 4). Menerusi ujian pra ini juga, pengkaji turut menggunakan senarai semak kesediaan membaca sebelum meminta subjek untuk membuat bacaan terhadap 30 suku kata terbuka KV+KV yang disediakan . (Rujuk Lampiran 5).

Intervensi dilaksanakan setelah pengkaji mendapat hasil ujian pra yang telah dijalankan. Intervensi dilaksanakan sewaktu P&P bagi slot Bahasa Melayu dijalankan di dalam kelas pada setiap hari. Jadual di bawah menunjukkan tempoh masa yang diambil untuk menjalankan intervensi.

MingguPerkara/Tindakan

Minggu 2

Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang disediakan. Latih tubi berasaskan kad suku kata dan gambar dengan bimbingan guru (guru sebut perkataan, murid eja). Melaksanakan aktiviti penguasaan bacaan mengeja suku kata KVKV yang diperhatikan oleh guru menggunakan senarai semak.

Minggu 3 Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang disediakan.

Latih tubi membaca suku kata dilaksanakan oleh responden secara berpasangan dengan rakan mereka. Melaksanakan aktiviti penguasaan bacaan mengeja suku kata KV+KV yang diperhatikan oleh guru menggunakan senarai semak.

Minggu 4 Pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi responden perlu membaca kad suku kata bergambar yang disediakan.

Latih tubi membaca suku kata oleh responden secara individu dan dipantau oleh guru. Melaksanakan aktiviti penguasaan bacaan mengeja suku kata KV+KV yang diperhatikan oleh guru menggunakan senarai semak.

Jadual 2: Pelaksanaan intervensi dalam P&P

Merujuk kepada jadual 2 di sebelah, pengkaji memfokuskan terhadap pengajaran mengeja dua suku kata KV+KV. Pemilihan suku kata tersebut adalah melihat kepada kelemahan subjek untuk membacanya dengan betul sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Di dalam fasa intervensi ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi secara ansur maju dalam mengajar subjek untuk membunyikan setiap suku kata dengan betul seterusnya mampu untuk membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Dalam memastikan subjek kajian dapat membaca dengan betul, pengkaji meminta subjek untuk mengulangi setiap suku kata KV+KV yang disebut sebanyak sepuluh kali semasa proses P&P. Hal ini kerana, pengkaji mendapati bahawa semakin kerap subjek mengulangi sebutan yang dipelajari, semakin mudah bagi subjek untuk menyebut setiap suku kata. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Teori Pelaziman iaitu menekankan proses pengulangan dapat membantu subjek dalam proses mengenal dan menyebut suku kata dengan betul. Jadual 3 di bawah menunjukkan antara perkataan yang digunakan sewaktu proses pengajaran di dalam fasa intervensi.

BILPERKATAANBILPERKATAANBILPERKATAAN

1bola8roda15hati

2kaki9raga16meja

3mata10titi17batu

4satu11dahi18tali

5beca12pipi19topi

6buku13jari20tepi

7lori14kaki21peti

Jadual 3: Senarai perkataan yang digunakan dalam intervensi6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Pengkaji menggunakan dua jenis instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca serta pemerhatian yang mana kedua-duanya menggunakan senarai semak.

6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pengkaji menggunakan senarai semak penguasaan bacaan yang diberikan kepada responden untuk Ujian Pra (Lampiran 4) dan Ujian Pasca (Lampiran 5). Ujian yang diberikan mengandungi 30 perkataan bagi suku kata terbuka KV+KV seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Senarai semak tersebut telah dibahagikan kepada dua item untuk menilai pencapaian keseluruhan responden dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV yang menekankan pembacaan menggunakan kaedah latih tubi sama ada sebelum dan selepas mereka dibantu oleh kaedah tersebut berasaskan suku kata dan gambar dengan pengawasan guru. Dalam senarai semak tersebut, guru hanya menandakan ya atau tidak sekiranya responden menyebut perkataan yang ditunjukkan. Penilaian akan dibuat berdasarkan peratus jumlah sebutan yang mampu disebut oleh setiap responden. Ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar dilaksanakan kepada responden bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai tahap kebolehan responden membaca suku kata terbuka KV+KV yang ditunjukkan.Bagi mengetahui peningkatan kemahiran responden membaca suku kata tersebut, pengkaji telah melaksanakan Ujian Pasca setelah responden selesai menjalani tempoh intervensi selama etiga minggu. Seterusnya pengkaji membuat analisis terhadap data kedua-dua ujian untuk melihat perubahan atau peningkatan peratus penguasaan murid membaca suku kata terbuka KV+KV sebelum dan selepas responden menjalani proses P&P menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar.6.2 Pemerhatian menggunakan senarai semak

Pemerhatian dilakukan sebanyak empat kali bagi mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang proses P&P dilaksanakan. Dua sesi pemerhatian dilakukan semasa pengkaji menjalankan pengajaran tanpa menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar. Manakala, dua sesi pemerhatian lagi dilakukan semasa proses P&P menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar dijalankan. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Minat responden diperhatikan dan direkod agar pengkaji dapat membuat perbandingan minat responden mengikuti pembelajaran terhadap kemahiran membaca suku kata KV+KV menggunakan kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar.

Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian secara berstruktur dengan menggunakan borang pemerhatian (Lampiran 6). Pengkaji akan merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang pemerhatian yang telah dibina. Terdapat tiga aspek utama yang diperhatikan merangkumi minat atau penglibatan, tingkah laku pasif, dan masalah disiplin. Ketiga-tiga aspek tersebut dipecahkan kepada dua bahagian lagi yang kesemuanya berkait rapat dengan tingkah laku yang dapat menunjukkan dengan jelas minat responden semasa mengikuti P&P.

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Setelah melakukan analisis, pengkaji dapat membuat penilaian terhadap kajian yang dilakukan sama ada kaedah latih tubi berasaskan suku kata dan gambar ini menampakkan hasil yang memberansangkan ataupun tidak melalui peningkatan pencapaian responden.

Seterusnya, hasil daripada data-data yang dikumpul bermula daripada ujian pra telah dikumpul dan dianalisis sebagaimana berikut:6.1 Analisis data pra

Ujian Pra: Menyebut 30 perkataan dalam senarai semak

BilSubjek Kajian (murid)Data Pra Peratus (%)

1MHN10/3033.3%

2MTR7/3023.3%

3MSJ3/3010%

4MIH7/2023.3%

5NAN10/3033.3%

6NAS9/3030%

7NAL7/3023.3%

8NAD8/3026.7%

Jadual 4: Analisis data pra

Rajah 4: Graf pemeringkatan peratus ujian praJadual 4 dan Rajah 2 di atas menunjukkan hasil analisis data pra yang diperoleh sewaktu pengkaji menjalankan ujian pra kepada 8 orang subjek kajian sewaktu berada di prasekolah. Pengkaji akan meminta setiap subjek untuk membaca dan menyebut setiap perkataan yang ditunjukkan dan pengkaji akan menanda sama ada perkataan yang disebut adalah benar atau salah. Pengkaji akan lebih memfokuskan kepada cara bacaan yang betul bagi setiap subjek.

Merujuk kepada Jadual 4, didapati bahawa subjek NAS mencatat pertus paling rendah iaitu sebanyak 23.3% manakala subjek MHN dan NAN mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu 53.3%. Apabila dilihat kepada analisis data pra tersebut, pengkaji melihat bahawa data yang diperoleh ini mungkin disebabkan oleh tahap dan kemahiran subjek masing-masing di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan, subjek MHN dan NAN merupakan murid yang berada dalam kumpulan sederhana manakala subjek NAD merupakan murid yang berada di dalam kumpulan lemah. Oleh yang demikian, faktor tersebut menyumbang kepada keupayaan subjek untuk membaca dengan betul.

Dalam analisis data kali ini, pengkaji telah mendapati bahawa kesemua subjek mempunyai masalah dalam menyebut suku kata KV+KV dengan sebutan yang betul. Mereka boleh menyebut dan mengenal suku kata yang ditunjukkan, namun tidak dapat menyebut gabungan dua suku kata dengan betul.

6.2 Analisis data pasca

Ujian Pasca : Menyebut 30 perkataan dalam senarai semak

BilSubjek (murid)Data PascaPeratus

1MHN27/3090%

2MTR24/3080%

3MSJ16/3053.3%

4MIH23/2076.7%

5NAN28/3093.3%

6NAS24/3080%

7NAL26/3086.7%

8NAD25/3083.3%

Jadual 5: Analisis data pasca

Rajah 5: Graf pemeringkatan peratus ujian pascaBerdasarkan Jadual 5 dan Rajah 3 di atas, didapati bahawa terdapat peningkatan yang berlaku terhadap kebolehan kesemua subjek untuk menyebut suku kata KV+KV dengan betul. Subjek NAN dilihat mencatat peratusan tertinggi dengan peratusan sebanyak 93.3% manakala subjek MSJ mencatat peratusan paling rendah iaitu dengan peratusan sebanyak 53.3%.

6.3 Analisis Perbandingan Data Pra dan Pasca

Bagi melihat hasil dengan lebih jelas lagi, jadual 7 di bawah menunjukkan perbandingan hasil analisis bagi data pra data dan data pasca.

BilSubjek (murid)Peratusan Data PraPeratusan Data PascaPeratus Peningkatan

1MHN53.3 %90%36.7%

2MTR46.7%80%33.3%

3MSJ26.7%53.3%26.6%

4MIH46.7%76.7%30%

5NAN53.3%93.3%40%

6NAS30%80%50%

7NAL33.3%86.7%53.4%

8NAD36.7%83.3%46.6%

Jadual 6: Perbandingan data pra dan pasca

Rajah 6: Graf perbandingan data pra dan pasca

Melalui Jadual 7 dan Rajah43 di atas, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan peratusan yang dicatatkan oleh kesemua subjek selepas ujian pasca dijalankan. Subjek NAL yang mencatat keputusan paling tinggi mendapat peningkatan sebanyak 63.4% manakala subjek MSJ yang mencatat keputusan paling rendah juga turut mendapat peningkatan iaitu sebanyak 26.6%.

Oleh yang demikian, melalui hasil analisis yang telah dilakukan, pengkaji telah dapat membuat beberapa interpretasi terhadap kajian tindakan yang dilakukan kali ini. Hasil analisis yang telah ditunjukkan ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan sebelum ini. Melalui hasil tersebut, didapati kaedah latih tubi dapat membantu murid untuk menyebut suku kata KV+KV dengan sebutan yang betul. Teknik latih tubi yang digunakan juga dapat membantu murid dalam mengingati serta mengenal cara membunyikan setiap suku kata dengan betul. Seterusnya, apabila murid telah dapat menyebutnya, murid akhirnya akan mampu untuk membaca perkataan dan ayat yang bermakna melalui cantuman suku kata KV+KV dengan sebutan yang betul.7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ini, maka pengkaji melihat bahawa beberapa persoalan kajian yang diutarakan sebelum ini telah dapat dijawab menerusi hasil analisis yang telah dijalankan. Pengkaji mendapati bahawa kaedah latih tubi ini dapat membantu menningkatkan lagi kemahiran subjek dalam menyebut suku kata KV+KV seterusnya membaca ayat mudah dengan sebutan yang betul. Latih tubi yang dijalankan berulang kali juga dilihat mampu membantu murid untuk mengingati perkataan yang telah dipelajari dan boleh menyebutnya dengan betul. Pengkaji juga melihat keberkesanan kaedah latih tubi ini lebih kurang sama dengan pencapaian kajian yang telah dijalankan oleh Fuziati (2012) bagi Meningkatkan Penguasaan Membaca Murid Tahun Satu (LINUS) Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Dengan Teknik Latih Tubi dan kajian Nur Syazwina .(2012). Selain itu, pengkaji juga dapat melihat perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek sewaktu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka berasa lebih dihargai kerana guru dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajjaran mereka dan memastikan subjek dapat menunjukkan peningkatan dalam masalah membaca yang dialami oleh mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri subjek dan secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat di kalangan mereka untuk terus maju dan menguasai kemahiran membaca. Oleh yang demikian, pengkaji melihat bahawa subjek mampu mengikuti sesi pembelajaran dengan berkesan jika mereka menyukai aktiviti yang dilakukan dan boleh menerimanya dengan baik.8.0 RUMUSAN

Pengkaji mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKV tetapi ayat mudah yang bermakna kepada diri mereka. Ini membuktikan bahawa semua murid tersebut mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka.9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji menyarankan bahawa kanak-kanak bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah dapat bantu meningkatkan penguasaan murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV+KV dan kesemua aktiviti yang dijalankan telah membantu menjayakan kajian tindakan yang dijalankan ke atas murid-murid prasekolah ini, saya bercadang meneruskan program ini disamping berkongsi idea bersama guru Tahun 1 (LINUS) bagi mengurangkan kadar keciciran kanak-kanak dalam kemahiran membaca. Seterusnya saya akan menjalankan aktiviti seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu kemahiran membaca ayat atau petikam mudah.Saya juga berpendapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan prasekolah. Semoga hasil kajian saya dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p lebih menarik dan berkesan.9.0 RUJUKANAwang Sariyan. (1981). Cabaran Besar Kepada Pelajar-Pelajar Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azila Alias dan Mazlina Che Mustafa. (2010). Perbandingan Tiga Pendekatan Pengajaran Awal Membaca Bahasa Melayu Di Kalangan Kanak-Kanak Tabika. Diperolehi Ogos 25, 2012 dari

http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p63.pdfAbdillah bin Nurdin Asis. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang

Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.72-78.Ai Hong Chen dan Noor Suriani Mohamad. (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B-D- P-Q Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas.Azman, Wan Chik. (1982). Uiian bahasa Malaysia: Panduandanteknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.Bachetal. (1996). Bach, J.R., Fuller, C., Gupta, A., Hampapur, A., Horowitz, B., Jam, R., & Shu, C.F. 1996.The virage image search engine: An open framework for image management. Pages 76-87 of:Proceedings of SPIE Storage and Retrieval for Still Image and Video Databases IV.BHonline. (2012). Program Khas Pelatih PLKN Yang Tidak Tahu Membaca, Tuli dan Kira. Diperolehi Julai23 dari

yangtidaktahubaca tulisdankira/Article/" http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramkhaspelatihPLKN

yangtidaktahubaca tulisdankira/Article/

Fatimah Idris. 1998. Hubungan Kesedaran Metakognisi dengan Pemahaman Teks Bacaan Teks Ekspositori di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.Hampir 60% murid belum menguasai kemahiran asas (2010, Februari 14). Utusan Malaysia Online. Diperolehi Februari 15,2010 daripada http://www.utusan.com.my/ Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. (2012). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Sarawak: Instutut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.John Everatt. (2008). Membaca dan Disleksia: Proses Penglihatan dan Perhatian. Kuala Lumpuir: Institut Terjemahan Negara Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (Edisi Percubaan). Pusat Perkembangan Kurikulum.Kerajaan sasar 85 peratus ikuti prasekolah pada 2012 (2009, September 12). Berita Harian Online. Diperolehi Januari 24,2010 daripada

http://www.bharian.com.my/69000 Children Barely Read Or Write. (23 September 2006). News Strait Times.Maimunah Sabran. (2011). Meningkatkan Kemahiran Membina Dan Menulis Ayat Mudah Bagi Murid Tahun 4 Menggunakan Modul Latih Tubi Maju Minda. Diperolehi Ogos 28, 2012 dari

http://maismoon.blogspot.com/?zx=e19464f945e23128Marohaini Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.Membaca dan Pelbagai Aspeknya. (n.d). Diperolehi Ogos 26, 2012 dari

jenis_8558.html" http://tarjo2009.blogspot.com/2009/03/hakekat-membaca-proses-membaca-

jenis_8558.html

Morsberg, L. &Shima, F. (1969). Comprehension of connected discourse. Engelwood Cliffs: Southwest National Laboratory.Noriati A. Rashid. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme

Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Rio Sumarni et.al (2012). Reka Bentuk Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca-

Faham Berasaskan Gambar Visual Bagi Kanak-Kanak Prasekolah. Diperolehi Ogos 25, 2012 dari 167/18-language-communication-and-early-literature-dev/99-reka-bentuk-dan-

keberkesanan-perisian-multimedia-membaca-faham-berasaskan-gambaran-visual-

bagi-kanak/" http://ncdrc.upsi.edu.my/index.php/en/--jounals-articles-a-papers-ncdrc-e-journals

167/18-language-communication-and-early-literature-dev/99-reka-bentuk-dan-

keberkesanan-perisian-multimedia-membaca-faham-berasaskan-gambaran-visual-

bagi-kanak/ Tafsir Al-Quran ResmUthmani. (2007). Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd. Zalizan, Mohd. J elas. (1987). Teori-teori yang berhubung dengan menguji kefahaman

membaca. Azman, Wan Chik. (Ed.). Isuisu dalam pengukuran danpenilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka

Teori Pelaziman Operan

(Teori Pembelajaran Cuba Jaya Thorndike)

Hukum Kesediaan:

1. Kesediaan Kognitif

2. Kesediaan Afektif

Hukum Latihan:

Latihan membaca secara berulang-ulang melalui aktiviti:

a. Bacaan kuat

b. Bacaan berirama

c. Bacaan bergilir-gilir

d. Bacaan berpasangan

Hukum Kesan:

Hasilnya ialah peningkatan dari segi:

1. Kelancaran

2. Kefahaman

_1408241827.xlsChart1

90MHNMHN

76.7MTRMTR

53.3MSJMSJ

63.3MIHMIH

93.3NANNAN

70NASNAS

Peratus Ujian Pasca %

p

Column1

Sheet1

Peratus Ujian Pasca %pColumn1

MHN90

MTR76.7

MSJ53.3

MIH63.3

NAN93.3

NAS70

NAL66.7

NAD66.7

_1408241785.xlsChart1

53.390

46.780

26.753.3

46.776.7

53.393.3

3080

33.386.7

36.783.3

pra

pasca

Bilangan Murid

Peratus bilangan sebutan yang betul

Graf Perbandingan Data Pra dan Pasca

Sheet1

prapasca

MHN53.390

MTR46.780

MSJ26.753.3

MIH46.776.7

NAN53.393.3

NAS3080

NAL33.386.7

NAD36.783.3

To resize chart data range, drag lower right corner of range.