proposal kajian tindakan 2

29
Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID SLOW LEARNER TERHADAP KONSEP SAINS NAMA PENGKAJI: SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN PISMP G 7.2 1

Upload: noor-najua-aiman

Post on 11-Aug-2015

613 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

kajian tindakan pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN:

PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN

DAYA INGATAN MURID SLOW LEARNER

TERHADAP KONSEP SAINS

NAMA PENGKAJI:

SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

PISMP G 7.2

1

Page 2: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.0 PendahuluanSains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara

mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan

dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu

melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara

optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan

dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti

adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan

bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

1.1 Pengenalan

Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pendidkan di Malaysia telah

mengalami anjakan paradigma kearah pembentukan negara maju menjelang tahun

2020. Perubahan abad ke – 21 menyaksikan cabaran yang lebih besar di dalam

senario dunia pendidikan dan persekolahan. Cabaran era globalisasi, liberasi dan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi impak yang lebih besar

terhadap permantapan sistem pendidikan di negara kita.

Kemajuan dan sumbangan sains membuatkan kehidupan bertambah maju

dan berkualiti khususnya dari segi inovasi dan pembikinan peralatan dan teknologi

baru. Untuk ini, pendidikan Sains di Malaysia mestilah benar- benar berkualiti untuk

membolehkan Negara terus maju dalam arus perkembanagan sains dan teknologi di

peeringkat global. Hanya sesuatu yang logik diterima sebagai fakta sains. Jika tidak,

perkara ini dianggap salah, khayalan atau tidak saintifik ( Tajul Ariffin Noordin,2010).

Pembelajaran adalah proses membina penyampaian yang bermakna oleh

guru terhadap pelajar. Oleh itu, di sepanjang proses ini, kesalahan pelajar tidak

penting, tetapi pembelajaran berfungsi untuk mengorganisasikan dunia pengalaman

seseorang pelajar. Menurut Fosnot (1996), pembelajaran bukanlah bermatlamat

perubahan tingkah laku atau kemahiran tetapi lebih menekankan kepada pembinaan

konsep dan pemahaman yang mendalam.

2

Page 3: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Tiga elemen di dalam bidang Sains iaitu pengetahuan, kemahiran , sikap

saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan

Sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka

konsep bagi bagi murid memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran Sains

adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran Sains yang

memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai- nilai murni yang diterima di persekitaran

budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam

mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan

perkembangan dunia Sains dan Teknologi. Oleh itu, murid harus membina

pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka.

Di samping itu juga, pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat

sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang

mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan

diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi

melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan

berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan

bangsa.

Kehilangan minat murid terhadap matapelajaran Sains juga sering dikaitkan

dengan rendahnya penguasaan konsep asas murid. Mata pelajaran Sains

mempunyai struktur dan isinya dapat disusun mengikut hieraki. Perkara ini

membawa implikasi seseorang perlu mengusai asas sebelum menguasai

pengetahuan yang berikutnya. Oleh yang demikian, kegagalan menguasai konsep-

konsep asas secara berterusan menyebabkan murid ketinggalan dan sukar

memahami pengajaran di tahap yang lebih tinggi. Untuk memupuk sikap positif murid

terhadap matapelajaran Sains, bantuan dan bimbingan guru sangat diperlukan.

Kini, penguasaan pengetahuan ilmu Sains adalah salah satu keperluan yang

penting dan merupakan panduan utama bagi menentukan tahap perkembangan dan

kemajuan sesebuah negara. Kecenderungan dalam pembinaan keperluan dan aset

sesebuah negara telah pun menjadikan ilmu Sains menduduki tangga teratas dalam

senarai kepentingan bagi melonjakkan nama negara dari segi kecekapan,

kemodenan dan kemajuan. Oleh itu wajarlah jika konsep Sains itu ditekankan dalam

3

Page 4: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengalaman mengendalikan proses pengajaran semasa menjalankan latihan

pratikum pada fasa 1 dan fasa 2 banyak membantu pengkaji mengenalpasti masalah

murid dalam pembelajaranya. . Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang

lalu, pengkaji telah mendapati bahawa murid- murid daripada Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI) mengikuti proses pembelajaran mata pelajaran Sains pada

tahap yang sederhana Proses pengajaran dan pembelajaran banyak dijalankan

dalam bilik darjah sahaja. Penerokaan adalah aspek yang penting dalam proses

saintifik (Zuraida ,2003). Melalui penerokaan, kanak- kanak dapat mengembangkan

kemahiran seperti membuat pencerapan ,mengelas dan membina soalan

(Johnston,1996).

Masalah utama yang dihadapi oleh murid ‘slow- learner’ adalah sukar untuk

mengingati sesuatu fakta atau konsep Sains yang telah dipelajari. Kebiasaanya,

kanak- kanak dikenalpasti pada peringkat awal setelah didapati tidak dapat

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam pendidikan.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di

peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak- kanak normal dengan

kanak- kanak ‘slow- learner’ kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara.

Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan, permasalahan mereka dapat

dikesan (Jamila 2005).

Berdasarkan pengalaman pengkaji, murid- murid menunjukkan minat yang

tinggi untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Contohnya, mereka tidak sabar

untuk mengetahui isi pengajaran setiap kali tibanya waktu pengkaji untuk mengajar

Sains. Mereka begitu teruja apabila pengkaji menjalankan eksperimen berkaitan

dengan topik yang dipelajari. Contohnya terdapat beberapa orang murid akan

bertanya “ Cikgu, bila kita nak belajar tentang ‘animal’ ” walaupun pada minggu itu

masa untuk Sains telah tamat. Disamping seronok menjalankan eksperimen, murid-

4

Page 5: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

murid diperkenalkan dengan konsep dan istilah sains yang berkaitan. Mereka juga

diterangakan tentang prosuder atau langkah- langkah yang terlibat semasa

melakukan eksperimen.

Penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sains juga memudahkan guru untuk merangka aktiviti yang mencabar dan

meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Walaubagaimanapun, mereka mengalami

kesukaran untuk mengingat konsep asas Sains semasa pembelajaran dalam kelas.

Sebagai contoh, mereka tidak nama haiwan berdasarkan konsep pembiakan haiwan

iaitu haiwan yang beranak dan haiwan yang bertelur. Murid keliru dengan nama-

nama haiwan daripada kumpulan makanan haiwan ataupun habitat haiwan. Apabila

disoal di dalam kelas, murid memberikan jawapan yang salah.

Mempelajari mata pelajaran Sains adalah suatu perkara yang menyeronokkan

sekiranya murid dapat memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari. Murid

mempunyai minat untuk belajar mengaitkan aktiviti dengan objek atau kehidupan

persekitaran mereka. Bagi mereka, dunia ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan

benda yang menarik serta penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan (Sharifah

Norhaidah,2003). Kebiasaanya, sebagai pengukuhan untuk menguji tahap ingatan

murid, pengkaji akan bersoal jawab dengan murid terlebih dahulu mengenai konsep

Sains yang telah dipelajari pada seisi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil

daripada soal jawab tersebut, murid gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.

Misalnya, pengkaji meminta murid menyenaraikan haiwan yang mempunyai

cangkerang. Oleh yang demikian, murid gagal mengingati konsep ciri- ciri fizikal

haiwan yang bercangkerang.

Selain daripada itu, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas, murid- murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar tentang haiwan

dan tumbuhan. Penglibatan aktif murid dalam kelas menyebabkan murid dapat

memahami konsep Sains yang diajar. Akan tetapi, apabila keesokan harinya atau

sesi pengajaran dan pembelajaran yang baru, murid tidak dapat mengingati konsep

yang telah diajar kerana keliru dengan konsep Sains yang baru dipelajari dengan

pengetahuan sedia ada mereka. Misalnya, pada minggu lepas murid diajar tentang

habitat haiwan manakala pada seisi pengajaran seterusnya, murid diterangkan

tentang ciri fizikal haiwan. Murid keliru dengan nama- nama haiwan tersebut kerana

tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut kumpulan- kumpulan tertentu seperti

5

Page 6: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

habitat haiwan, kumpulan makanan haiwan, ciri fizikal haiwan dan cara pembiakan

haiwan.

Masalah ini menyebabkan murid gagal mengaitkan pembelajaran yang

baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Masalah ini merisaukan pengkaji kerana

proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang perlu dikaitkan dengan

pengetahuan sedia ada murid. Hal ini terjadi kerana murid tidak mempunyai

sebarang nota atau rujukan yang boleh dilihat ataupun dibaca. Mereka sekadar

menjawab soalan daripada lembaran kerja yang diberikan sebagai latihan

pengukuhan selepas mengajar tentang sesuatu konsep. Apabila, belajar tentang

konsep baru, lembaran kerja murid tidak menyentuh tentang konsep Sains yang

telah dipelajari dahulu. Contohnya, murid telah mempelajari tentang suhu badan

haiwan yang berdarah panas dan berdarah sejuk pada sesi pembelajaran minggu

lepas, manakala pada minggu ini murid mempelajari tentang habitat haiwan. Apabila

disoal semula tentang kumpulan suhu badan haiwan, murid gagal untuk

mengelaskannya.

Justeru itu, pengkaji harus memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi

masalah yang dihadapi oleh murid ‘slow- learner’ kelas Ixora. Memandangkan

kaedah yang digunakan sebelum ini seperti kaedah lati tubi tidak membantu murid

untuk mengatasi masalah yang timbul. Intervensi yang ingin diaplikasikan harus

sesuai dengan tahap kognitif murid dan membantu murid untuk menjana kemahiran

berfikir mereka.

6

Page 7: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.3 Refleksi Nilai Pengajaran

Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani latihan pratikum di tiga buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan (latih tubi, chalk n talk)

Kemampuan mengingat adalah satu faktor penting dalam proses pembelajaran

seseorang murid. Mengingat fakta dan konsep adalah salah satu daripada

kompenan kemahiran asas belajar untuk menyelesaikan soalan – soalan tahap

penialaian tinggi melibatkan peringkat analisis, sintesis, dan penilaian ( berdasarkan

aras pembelajaran Taksonomi Bloom). Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin

(2001), mengingat boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berkaitan

dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik di

samping dibantu oleh bahan atau alat sokongan untuk peneguhan daya ingatan

terhadap sesuatu perkara yang dilakukan, umpamanya belajar dengan alat visual

atau audio yang mampu merangsang deria dengar dan lihat secara serentak.

Lee Shok Mee ,1997 berkata, tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari

menjadi sia- sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi

asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai

pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan

menjejaskan prestasi murid. Justeru itu, calon tersebut dianggap gagal dalam

pembelajaran.

Penggunaan kad poket ini juga berkaitan rapat dengan implikasi teori

perkembangan kognitif Piaget yang banyak membantu guru dalam meningkatkan

pembelajaran sains murid dari segi inkuiri penemuan iaitu dimana pembelajaran

sains harus berdasarkan kegiatan “hands-on” yang menggunakan sumber yang

konkrit. Selain daripada itu, aktiviti “hands – on “ dan “minds- on” haruslah

mengikut kesesuaian kognitif murid supaya murid dapat memahami dan

mengadptasi konsep yang dipelajari ke dalam skemanya (Poh Swee Hiang, 2000).

7

Page 8: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.0 Fokus kajian

2.1 Isu KajianBagi tujuan mengenalpasti masalah yang dinyatakan dalam refleksi

pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal masalah perlu terlebih dahulu

dilakukan. Tinjauan awal perlu dilakukan kerana pengkaji ingin kenal pasti

kumpulan sasaran yang menghadapi masalah mengingati konsep Sains. Justeru

itu, dua kaedah kumpul data yang digunakan iaitu analisis dokumen dengan

menyemak buku kerja murid dan menjalankan ujian diagnostik.

2.1.1 Tinjauan Awal

Semasa menjalani latihan pratikum fasa III, pengkaji telah diberi peluang

untuk mengajar mata pelajaran Sains. Sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran, ujian diagnostik dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap

penguasaan murid dalam memahami konsep Sains.

Instrumen soalan diagnostik digubal berpandukan huraian sukatan pelajaran

sains bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Set soalan mengandungi

dua bahagian yang membawa markah sebanyak 50 markah. Iaitu bahagian A

sebanyak 30 soalan berbentuk objektif dan pada bahagian B mengandungi 4

soalan subjektif dimana setiap soalan dipecahkan kepada 5 soalan. Pada bahagian

B, murid dikehendaki mengisi tempat kosong, memadankan jawapan, mengelaskan

kumpulan haiwan dan melengkapkan jadual.

Soalan ujian yang dirangka berkisar tentang benda hidup yang melibatkan

haiwan dan tumbuhan. Murid disoal tentang konsep asas benda hidup. Contohnya

adalah apakah keperluan asas manusia, cara pembiakan haiwan, kumpulan

makanan haiwan, habitat haiwan, suhu badan haiwan, ciri- ciri fizikal haiwan dan

cara haiwan bergerak. Manakala, soalan berkaitan tumbuhan pula disoal tentang

bahagian- bahagian pokok, cara tumbuhan melindungi diri dan menentukan

keperluan asas tumbuhan.

8

Page 9: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Analisis dokumen dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan subjek kajian. Bagi ujian diagnostic, peratusan digunakan untuk menilai pretasi subjek kajian.

Ujian diagnostik

Buku kerja murid.

*kak yong ni saya x hurai ag.nti saya send balik

9

Page 10: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Dalam memilih fokus kajian yang berkualiti. Terdapat beberapa kriteria yang

perlu diketengahkan. Antaranya adalah kebolehtadbiran, kepentingan,

kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada pihak sekolah.

Kebolehtadbiran

Fokus kajian yang ditetapkan boleh ditadbir kerana pengkaji sendiri mengajar

mata pelajaran Sains semasa menjalani pratikum pada fasa ketiga. Oleh itu,

intervensi dapat dijalankan semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Kaedah pelaksanaannya

juga mudah dan bersistematik.

Kepentingan

Fokus kajian ini akan memberikan kepentingan yang besar kepada murid ‘

slow- learner’ itu sendiri. Hal ini kerana , sains amat berkait rapat dengan

proses kehidupan manusia yang dilalui sepanjang tempoh hayatnya. Perkara ini

penting kerana akan membantu murid membuat perkaitan dengan isi

pembelajaran yang baru.

Kebolehgunaan.

Intervensi yang ingin diaplikasikan merupakan kaedah pratikal yang tidak

memerlukan pemikiran yang abstrak. Justeru itu, peta minda dapat membantu

subjek kajian dalam penambahan penbendaharaan kata Bahasa Melayu Selain

itu, boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik dan

Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, Sains adalah perkara yang dilalui oleh setiap

orang dalam proses kehidupan.

Kawalan

Aktiviti intervensi yang dijalankan mampu dikawal sendiri oleh pengkaji tanpa

melibatkan orang lain. Antara aspek yang boleh dikawal oleh pengkaji adalah

masa untuk menjalankan interversi, subjek kajian dan pemilihan tajuk untuk

10

Page 11: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

menjalankan intervensi tersebut. Pengkaji tidak perlu menganggu waktu guru

lain untuk menjalankan intervensi seperti yang dirancang.

Kolaborasi

Dalam memastikan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji mampu

memberikan keputusan yang positif, kolaborasi dengan pihak- pihak tertentu

perlu dilakukan agar fokus kajian ini berkualiti. Kolaborasi dengan pihak sekolah

akan banyak membantu pengkaji mengumpulkan data. Kolaborasi dengan

rakan pengkaji juga perlu untuk meminta bantuan merakamkan video serta

membantu dalam membuat pemerhatian kepada subjek kajian. Kolaborasi

dengan pensyarah pembimbing harus dilakukan agar segala maklumat dalam

pengumpulan data dan ujian diagnostik merupakan data yang sah.

Kerelevanan kepada pihak sekolah

Fokus kajian ini akan membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi murid-

muridnya. Intervensi yang dijalankan akan membantu meningkatkan motivasi

kendiri murid secara tidak langsung. Perkara ini akan mengurangkan masalah

displin murid tersebut.

2.2 Tinjauan Litetatur berkaitan dengan Isu KajianPengenalan.Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi

pembelajaran yang lebih berkesan terhadap murid- murid. . Pembelajaran secara

hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat

membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di bagi murid

bermasalah pembelajaran.

2.2.1 (teori/model/pendekatan/strategi berkaitan)Manakala,menurut Goodman,pengalaman pembacaan murid akan lebih

bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau

diketahui mereka. Oleh yang demikian, kaedah pandang sebut amat

bersesuaian untuk diaplikasikan dalam menjalankan intervensi ini.

11

Page 12: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Teori Pembelajaran Ausebel- Novak cuba memberikan satu huraian

atau gambaran tentang bagaimana pembelajaran mengambil tempat dalam

diri seseorang pelajar itu. Seterusnya bagaimana pelajar itu memproses

maklumat baru dan bagaimana maklumat itu disimpan. Dua istilah yang sering

digunakan dalam teori ini ialah pembelajaran hafalan berlaku apabila

maklumat yang dipelajari tersimpan secara arbotari di dalam struktur kognitif

individu. Dengan kata lain, maklumat baru tidak mempunyai hubungan

psikologikal dengan konsep- konsep lain dalam makna- makna mereka

(Novak ,1990)

Bagi mencapai pembelajaran bermakna dengan berkesan, Novak telah

menenkankan akan pentingnya pelajar- pelajar mempunyai pengetahuan

tentang proses membina pengetahuan . Salah satu caranya adalah membina

peta minda. Peta minda membantu pelajar memahami bahawa konsep

memperolehi makna yang mereka lalui dengan konsep lain ( Siti Janah,

1999).

Pada umumnya, peta minda sangat berguna untuk mengetahui

persoalan tentang perubahan- perubahan dalam pengetahuan sains pelajar

dan kemahiran- kemahiran penyelesaian masalah, mengolah data dan

pencapaian dalam ujian penyelesaian masalah yang sukar. Ia juga membantu

pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

12

Page 13: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.2.2 ( Kajian Lepas yang berkaitan)

Kajian tentang penggunaan peta minda

Mengikut Novak (1990), peta minda merupakan teknik pedagogi untuk

menolong pelajar- pelajar memilih secara menyeluruh bagaimana konsep- konsep

baru dihubungkan dengan konsep- konsep terdahulu yang telah dipelajari. Peta

minda dapat membantu pelajar menyusun konsep dan perkaitan antara satu sama

lain. Penglibatan pelajar dalam proses pemetaan membolehkan mereka mendalami

kefahaman mengenai apa yang dipelajari.

Kajian oleh Aziziah (2000), adalah bertujuan mengkaji keberkesanan

penggunaan peta minda sebagai kaedah pengajaran dalam matapelajaran Sains

Tingkatan 1. Kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan serta kesediaan pelajar

menggunakan peta minda. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen

ujian pra dan ujian pasca dengan sampel kajian seramai 58 orang pelajar. Hasil ujian

pra menunjukkan pencapaian awal pelajar kedua- dua kumpulan adalah sama. Hasil

ujian pasca menunjukkan peningkatan pencapaian bagi kedua- dua kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan, walaubagaimanapun peningkatan pencapaian

yang lebih diperhatikan berlaku pada kumpulan eksperimen (yang menggunakan

peta minda) berbanding kumpulan kawalan (diajar kaedah konvensional). Hal ini

bermakna pengajaran dengan menggunakan peta minda adalah lebih berkesan

dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding

dengan kaedah biasa.

Melati 2008, kajian dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap

dan penggunaan peta konsep sebagai alat pengajaran di kalangan guru berbeza

pengalaman dan menentukan hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap

penggunaan peta konsep di kalangan guru- guru Sains di Melaka. Kajian yang

dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang dilaksanakan melalui instrumen soal

selidik. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Seramai 136 orang guru Sains dari 20

buah sekolah telah diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap

pengetahuan , sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru – guru Sains di

sekolah menengah Negeri Melaka berada di tahap yang tinggi.

13

Page 14: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Manakala kajian oleh Aimi Shazmani 2008 yang bertujuan untuk mengetahui

perbandingan kesan dari penggunaan dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Peta

Minda dan Kaedah Inkuiri terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains

Biologi Tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis. Fokus utama kajian ini adalah untuk

melihat di antara dua kaedah ini yang dapat memberikan peningkatan yang lebih

baik ke atas pencapaian pelajar. Bilangan sampel kajian adalah seramai 60 orang

pelajar tingkatan 4 sains tulen yang dipilih secara rawak berkelompok. Instrumen

kajian yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca Ujian-t juga

digunakan untuk melihat samaada wujud ataupun tidak perbezaan signifikan antara

pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini pada aras signifikan iaitu 0.05. Data

dianalisis dengan mengunakan perisian“Statistical Package For Social Science 14.0”

(SPSS 14.0). Keputusan analisis menunjukkan bahawa perbezaan min antara ujian

pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Peta Minda ialah sebanyak 11.87 iaitu

23.4%. Manakala, perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan

Kaedah Inkuiri ialah sebanyak 16.53 iaitu 31.8%. Kesimpulannya, Kaedah Inkuiri

telah memberikan kesan yang lebih baik. terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4

dalam topik Fotosintesis dengan perbandingan min sebanyak 4.66 iaitu 4.7%.

Kajian yang dijalanakan oleh Fatihah 2007 bertujuan menyelidik

keberkesanan penggunaan peta minda dalam menguasai subtopik Mitosis dan

Meiosis bagi Subjek Biologi di kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains. Reka bentuk

kajian adalah berbentuk kajian kuatitatif yang bersifat kajian ekperimen secara kuasi.

Bilangan sampel adalah seramai 60 orang pelajar Tingkatan Empat Sains dari

sebuah sekolah menengah di.Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan soalan ujian

untuk mendapatkan data. Soalan ujian ini terdiri daripada 12 soalan objektif dan 2

soalan struktur. Kajian rintis dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan ujian.

Semua data dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan median, mod

dan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian Hasil kajian

menunjukkan peta minda berkesan membantu pelajar dalam menguasai subtopik

mitosis dan meiosis.

Kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti Sara, 2010

yang bertujuan melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik

peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta

mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses

14

Page 15: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan

prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk ‘ Pelbagai sumber dan Bentuk

Tenaga ‘. Melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam

Tingkatan Satu di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada

tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Kajian yang akan

dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat

awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh

ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan).

Di samping itu juga, hasil daripada penyelidikan tindakan yang dilakukan

olen Nurzazaliza 2010, melihat sejauh mana penggunaan peta minda dapat

membantu dalam meningkatkan keupayaan murid untuk mengingati fakta Sains

bagi tajuk ”Living Things Undergo Life Processes”. Responden dalam kajian ini

terdiri daripada 20 orang murid dari Tahun 4 Profesor, yang memperoleh markah

sederhana dan rendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian bulanan. Data

dikumpulkan melalui ujian iaitu ujian pra dan ujian pos serta temubual. Hasil

analisis data mendapati responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos

jika dibandingkan dengan ujian pra dengan seorang responden yang berjaya

memperoleh markah penuh dalam ujian pos. Keputusan ini telah disokong lagi

dengan sokongan daripada data temubual yang dilakukan. Empat responden

telah dipilih dalam temubual ini dan berdasarkan temubual tersebut keempat-

empat responden mengakui penggunaan teknik peta minda berjaya membantu

mereka untuk mengingati fakta- fakta sains dalam tajuk yang dipelajari sekaligus

membantu dalam menjawab soalan ujian yang dilakukan. Keputusan keseluruhan

kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik peta minda adalah berkesan

dalam membantu murid untuk meningkatkan keupayaan mengingati fakta Sains

bagi tajuk ”Living Things Undergo Life Processes”. Beliau juga mencadangakn

supaya teknik ini diaplikasikan bagi tajuk sains yang lain serta menumpukan

kepada kemahiran yang betul bagi penggunaan peta minda dalam pengajaran

serta pembelajaran seperti konsep peta minda yang sebenar

Istilah kajian

15

Page 16: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Berikut dinyatakan beberapa istilah bagi perkataan atau rangkai kata bagi tajuk

kajian penyelidikan ini. Perkara ini perlu untuk kefahaman yang tepat dan jitu bagi

tajuk kajian supaya tujuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimum.

1. Peta minda

“ Peta minda adalah kunci utama untuk seseorang memantapkan daya

ingatan yang rumit serta menguasai isi- isi penting sebuah buku. Cetusan idea

Tony Buzan : seorang pakar Minda agung sejagat”

(Dilip

Mukerjea, 1996)

2. Peta Konsep

Gambarrajah – gambarajah yang mengandungi konsep- konsep dan

perkataan penghubung ( Abu Hassan, 1998)

Konsep sains(maksud konsep sains)

*kena bgtau peta minda dari persepktif kajian kita.

Dalam konteks kajian ini, bentuk peta minda yang digunakan adalah

carta alir. ……….

3.0 Objektif Kajian

16

Page 17: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Bahagian ini menyatakan objektif umum dan objektif khusus kajian. Melalui

objektif ini, diharapkan pengkaji mampu untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan daya ingatan murid ‘ slow- learner’ menggunakan kaedah peta minda terhadap konsep Sains.

3.2 Objektif khusus

Melalui kaedah peta minda ini,

1. Murid boleh mengisi maklumat pada rajah grafik dalam peta minda

yang dirangka oleh pengkaji.

2. Murid boleh membina peta minda sendiri tanpa bantuan pengkaji

sekurang- kurangnya tiga bahagian.

3.3 Persoalan kajian

Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan- soalan berikut :

1. Bagaimanakah penggunaan peta minda mampu meningkatkan daya ingatan murid ‘slow- learner’ terhadap konsep Sains.

2. Sejauh manakah bahan sokongan (peta minda) dapat membantu murid ‘ slow-learner’ dalam mengingat konsep Sains.

4.0 Kumpulan sasaranKandungan bagi tajuk ini menjelaskan secara terperinci profil murid yang terlibat dalam kajian

4.1 Kumpulan sasaran

Seramai empat orang murid yang terdiri daripada kelas Ixora telah

dikenalpasti untuk dijadikan subjek kajian tentang penggunaan peta minda bagi

meningkatkan daya ingatan murid dalam mata pelajaran Sains. Keempat- empat orang

murid lelaki yang terlibat dalam kajian ini. Lingkungan umur murid- murid tersebut

sekitar 11 tahun. Mereka semua mempunyai masalah slow-learner. Profil demografi

subjek kajian diperincikan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 2.

Masalah tingkah laku subjek kajian yang telah dikenalpasti di dalam kelas tersebut adalah

suka berborak- borak dengan rakan sebelah semasa pengkaji sedang menjalankan proses

17

Page 18: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, mereka juga tidak menumpukan

perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibat daripada tingkah

laku tersebut, subjek kajian tidak dapat mengingat isi pelajaran yang telah disampaikan oleh

pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji berusaha untuk membantu murid menginganti

konsep penting dalam sains menggunakan peta minda secara menyeluruh.

Jadual 2

Bil. Nama

murid

Jantina Umur Kategori tingkalh laku pasif

semasa proses

pengajaran dan

pembelajaran.

1 Murid A :Lelaki *penyakit dia Berborak dengan rakan

sebelah

2 Murid B Lelaki Melakukan kerja rumah

bagi subjek lain

3 Murid C Lelaki Melihat ke luar kelas

4 Murid D Lelaki Berangan- angan

5.0 Tindakan yang dicadangkan5.1 Kitaran Kajian 1

5.1.1 Perancangan5.1.2 Tindakan

18

Page 19: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

5.1.3 Pemerhatian5.1.4 Refleksi

5.2 Cara pengumpulan Data / Penganalisisan Data5.3 Cara Menganalisis Data

Analisis data kajian dibuat dengan cara tertentu berdasarkan jenis instrumen kajian yang telah digunakan.

Data temubual.

5.4 Perancanagan Pelaksanaan Tindakan5.4.1 Jadual Pelaksanaan

5.4.1 Jadual pelaksanaan

Berikut adalah jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan yang akan

dijalankan. Kawasan yang berlorek menunjukkan tempoh masa yang akan dijalankan

pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan.

Bil Aktiviti Febuari Mac April

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Pengumpulan Data

1 Pemerhatian

2 Temubual

3 Ujian Pra

4 Ujian Pos

Perlaksanaan Tindakan

5 Perancangan

6 Tindakan

7 Tinjauan

8 Refleksi

6 Jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan

7 Berikut adalah perancangan penuh proses kajian tindakan daripada mula

penerimaan tugasan.

Perkara / Aspek tindakan Tarikh

19

Page 20: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Taklimat kajian tindakan Jan 2012

Praktikum Feb – Mei 2012

Penyerahan kertas kerja cadangan 1 April 2012

Intership Ogos 2012

Penulisan laporan kajian tindakanOgos – Sept

2012

Penyerahan penulisan kajian tindakan Sept 2012

Seminar Kajian Tindakan Oktober 2012

5.4.2 Kos kajian

Bil Bahan Kuantiti Kos (1 Unit)Kos

Keseluruhan

1. Kertas A4 1 Rim RM 12 X 1 RM 12.00

2. Dakwat Cetakan Komputer 1 Set RM 150 X 1 RM 150.00

3. Gam 1 RM 2 X 1 RM 2.00

Jumlah Keseluruhan RM 164.00

RUJUKAN

20

Page 21: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Azizah Abdullah. 2000. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam matapelajaran Sains di kalangan pelajar tingkatan satu. Projek Penyelidikan Program Sarjana Falkuti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abu Hassan Kassim (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Kimia KBSM. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Monograf.

Ausubel, D,P. Novak .J.D and Hanesien (1978). Educational Psychology. A Cognitive View. 2nd Education New York

Fosnot, C. T (1996). Constructivism : A Psychological Theory of Learning. In C.T Fosnot (Ed), Constructivism : Theory , Perpectives and Pratice. New York : Teachers College Press.

Grisstith, A.K & Perston, K.R. (1992). Grade-12 Student Misconception Relating Of Foundemental Chracteristics Of Atom and Molecules. Journal Of Research In Science Teaching. 29 (6), 611-628.

Kinchin, I.M. (2000a). Using Concept Map to Reveal Understanding : A Two Tier Analysis, School Sciene Riview.

Mei Chng dan Meng Seah, (1994). PSP: Primary Science 6 Teaching Guide. Second Edition. Singapore : CDIS.

Melati binti Ahmad.2008. Kajian terhadap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru sains di Melaka.sarjana pendidikan,ukm bangi

Mukerjea D. (1996). “ Superbrain”, “Brainfinity,” “ Braindancing”. Retrieved Ogos 30, 2003 from http:// www.dilip @pacific.com.sg.

Norihan Bt Abd. Ghani (2005), Kajian Keberkesanan Pengajaran Menggunakan Peta Konsep Bagi Subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4.sarjana muda pendidikan sains UPSI.

Novak. J. D. (1990). Consept Mapping : A Useful Tool For Science Education. Journal Of Research In Science Teaching. 27 (10) : 937-947

Ong Eng Tiek. (2000). Kajian Sains dan Teknologi Untuk Sekolah Bestari. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berkonsepkan Sekolah Bestari. Pulau Pinang : Pusat SEAMEO.

Siti Janah Bt Abdullah, (1999). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep Bagi Mengatasi Miskonsespi Dalam Biologi Tingkatan Empat. Ijazah Sarjana Pendidikan UPM, Serdang, Selangor.

21

Page 22: Proposal Kajian Tindakan 2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Yoton bin As un (2002). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran tajuk ekosistem dinamik bagi pelajar tingkatan 4 sains. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains UPSI, Tanjung Malim, Perak

22