proposal kajian tindakan linus

Download Proposal kajian tindakan linus

Post on 07-Aug-2015

297 views

Category:

Investor Relations

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT 1.1 Pendahuluan 4 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6 1.3 Refleksi nilai pendidikan 7 1.4 Refleksi sorotan literatur 9 BAB 2 FOKUS KAJIAN/SOALAN KAJIAN 2.1 Tinjauan dan analisis masalah 14 2.2 Objektif kajian 15 2.3 Soalan kajian 15 2.4 Kumpulan sasaran 16 BAB 3 KAEDAH KAJIAN/TINDAKAN YANG DICADANGKAN 3.1 Perancangan tindakan 17 3.2 Perancangan cara mngumpulkan data 22 3.3 Perancangan cara menganalisis data 27 3.4 Perancangan pelaksanaan kajian 27 3.4.1 Jadual pelaksanaan 3.4.2 Kos kajian BAB 4 TINJAUAN LITERATUR 30 BAB 5 PENUTUP 43 SENARAI RUJUKAN 44 LAMPIRAN 49
  2. 2. BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pendidikan negara mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Ia bersesuaian dengan tujuan utama pendidikan yang berfungsi mengembangkan potensi individu agar mereka lebih progresif dan berkualiti. Pendidikan juga merupakan agensi terpenting dalam pembinaan bangsa. Justeru, selaras dengan pembangunan dan transformasi dalam pendidikan, pelbagai teori pembelajaran dan kaedah pengajaran telah diperkenalkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani,1990). Menurut Abdullah Sani (2003), secara kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Selepas itu, pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang . KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan 2
  3. 3. standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM -2011). Kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR) Bahasa Malaysia menitiberatkan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, dan dua aspek tambahan iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua murid. Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 1 (2010) menyatakan kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Pengajaran kemahiran membaca ini sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan Long (1980) yang mengatakan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang- lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan melalui tulisan. Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Kamarudin Haji Husin dalam Perkaedahan Mengajar Bahasa (1993) yang mengatakan bahawa membaca bukan hanya setakat bersifat mekanikal tetapi lebih jauh daripada itu. Untuk memahami sesuatu maklumat, otak bertindak sebagai penggerak utama untuk mengenal pasti lambang bunyi dan menterjemahkan supaya difahami. Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari . Menurut Syed Abu bakar Syed Akil ,(1994), kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak- kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa. 3
  4. 4. Para penyelidik juga berpendapat jika kemahiran literasi membaca tidak diperoleh dan dikuasai dengan mahir, risiko untuk kanak-kanak gagal dalam sistem persekolahan akan meningkat (Whitehurst & Lonigan,2001). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar dan ini memberi kesan jangka panjang bagi murid. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Satu daripada langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian diagnostik adalah salah satu ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut (Zulkifley Hamid, 2006). Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid LINUS Tahun 1 (Azizul Rahman Abd Rahman-2009 ). 1.2 Refleksi pengalaman yang lalu Saya adalah guru di sebuah sekolah di daerah Rawang, Selangor. Namun atas sebab-sebab tertentu saya direhatkan daripada mengajar tugasan matapelajaran teras. Namun begitu, saya tertarik menjalankan kajian tentang masalah murid LINUS Tahun 1 yang masih tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata kvkv meskipun sesi persekolahan telah menginjak pertengahan tahun.. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh menyebutkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata kvkv. Hal ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ketika diberi peluang dan ruang waktu dalam pengajaran dan pembelajaran saya bersama murid LINUS Tahun 1. Hasil dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul sebutannya, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan amat suka bermain-main semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas . Mereka juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran 4
  5. 5. mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang disebutkan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka akan terus tercicir . Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Justeru, saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan memikirkan strategi dan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya . 1.3 Refleksi nilai pendidikan Sistem pendidikan negara bersifat dinamik dan sering berubah mengikut peredaran masa. Perubahan ini adalah untuk memantapkan lagi sistem yang sedia ada agar ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti modal insan. Justeru, kita yang bakal bertindak sebagai badan pelaksana pelan transformasi kerajaan ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar ianya berjaya dilaksanakan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah usaha untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memajukan diri, keluarga dan negara serta menyumbang kepada keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara. Individu yang berkualiti yang dimaksudkan ialah modal insan yang ingin diwujudkan dalam masyarakat Malaysia yang memenuhi keperluan negara untuk mencapai status sebagai negara maju (Kementerian Pelajaran Malaysia:Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) . 5
  6. 6. Zailan Moris (2007), menyatakan satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu ya