proposal kajian tindakan btl2

22
1.0 PENDAHULUAN Pada tahun 2011, saya telah diamanahkan untuk menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II bertempat di Kuala Kangsar. Saya menjalani praktikum selama tiga bulan di sekolah tersebut. Sekolah Sultan Idris II merupakan sebuah sekolah bertaraf kluster. Warga sekolah disini sangat peramah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Semasa pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jasmani untuk kelas 4 Kenanga. Kelas tahun 4 ini mengandungi sukatan mempelajari bola baling, untuk itu antara kemahiran asas yang mereka perlu kuasai adalah menjaring bola baling. Van Huss, et, al , (1968) dalam Paul Gamble (2009) menyatakan dalam kajian mereka mengenai kesan latihan memanaskan badan ke atas prestasi membaling bola baseball menunjukkan bahawa memanaskan badan memperbaiki halaju balingan, tetapi kesannya ke atas balingan tidak ketara. Melalui pemerhatian saya, sebelum percubaan dilakukan murid-murid telah diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan memanaskan badan. Sewaktu saya mengajar Pendidikan Jasmani mengenai menjaring bola baling murid Tahun 4. saya rasa sungguh terkejut kerana mendapati walaupun murid-murid telah didedahkan dengan permainan bola baling sebelum ini, tahap penguasaan menjaring bola ke gawang gol masih tidak 1

Upload: amir-hebat

Post on 30-Nov-2014

6.200 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal kajian tindakan btl2

1.0 PENDAHULUAN

Pada tahun 2011, saya telah diamanahkan untuk menjalani praktikum

fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II bertempat di Kuala Kangsar. Saya

menjalani praktikum selama tiga bulan di sekolah tersebut. Sekolah Sultan Idris

II merupakan sebuah sekolah bertaraf kluster. Warga sekolah disini sangat

peramah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Semasa

pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, saya

telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jasmani untuk kelas 4 Kenanga.

Kelas tahun 4 ini mengandungi sukatan mempelajari bola baling, untuk itu antara

kemahiran asas yang mereka perlu kuasai adalah menjaring bola baling.

Van Huss, et, al , (1968) dalam Paul Gamble (2009) menyatakan

dalam kajian mereka mengenai kesan latihan memanaskan badan ke atas prestasi

membaling bola “baseball” menunjukkan bahawa memanaskan badan

memperbaiki halaju balingan, tetapi kesannya ke atas balingan tidak ketara.

Melalui pemerhatian saya, sebelum percubaan dilakukan murid-murid telah

diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan memanaskan badan. Sewaktu

saya mengajar Pendidikan Jasmani mengenai menjaring bola baling murid Tahun

4. saya rasa sungguh terkejut kerana mendapati walaupun murid-murid telah

didedahkan dengan permainan bola baling sebelum ini, tahap penguasaan

menjaring bola ke gawang gol masih tidak mencapai tahap yang memuaskan dan

pergerakan mereka tidak berkembang. Selain itu, mereka juga banyak melakukan

1

Page 2: Proposal kajian tindakan btl2

kesilapan yang berulang-ulang. Setelah membuat satu ujian menjaring, iaitu

meminta murid untuk menjaring bola baling, saya dapati 12 orang dari 25 orang

murid tidak dapat menjaring dengan baik. Apabila saya tanyakan kepada para

pelajar bagaimana perkara ini terjadi, dengan mudah mereka menjawab “ cikgu

tidak mengajar pun kemahiran ini…..”. murid-murid saya juga seolah-olah telah

patah semangat untuk menjaring dengan tepat. Saya perlu sedari bahawa ramai

dikalangan murid saya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran bola baling.

Ini membuatkan saya ingin membuat satu kajian bagaimana perkara ini berlaku.

Apabila saya berbincang dengan guru panitia dan guru kokurikulum

bola baling, kami bersepakat bahawa murid tidak serius dalam menjalani aktiviti

meningkatkan kemahiran dan mengambil mudah dalam setiap aktiviti. Melalui

temubual secara tidak formal dengan murid-murid, kaedah demostrasi sahaja

tidak mencukupi untuk meningkatkan ketepatan menjaring. Memandangkan

masalah murid-murid dalam menjaring bola baling berpunca daripada kurang

kukuhnya mereka dalam latihan memanaskan badan, maka saya mengambil

inisiatif ini dengan mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid

meningkatkan ketepatan menjaring bola baling yang kurang dikuasai oleh murid-

murid.

2

Page 3: Proposal kajian tindakan btl2

Unias Dan Dintiman (1979), dalam buku ”Improve Health and

Performance in the Athlete, menyatakan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan

bahawa memanaskan badan yang berkaitan adalah paling efektif untuk aktiviti-

aktiviti ketepatan seperti menjaring. Kemahiran menjaring bola baling

merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola baling. Saya

berharap, sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengaplikasikan kaedah

ini untuk murid-murid yang lain supaya dapat menguasai kemahiran ini juga.

2.0 Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan

Masalah yang saya hadapi akan dapat diatasi sekiranya saya

menumpukan kepada pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan.

Melalui teknik ini, murid-murid yang tidak dapat menjaring dengan baik akan

dapat ditingkatkan. Berdasarkan pengalaman, sebelum melakukan sesuatu aktiviti

sukan, kita akan melakukan aktiviti senaman ringan iaitu memanaskan badan.

Tetapi, latihan memanaskan badan biasa dilakukan hanya untuk menyediakan

sistem jantung dan paru-paru serta sistem otot untuk melakukan sesuatu aktiviti

dalam persediaan yang optimum. De Vries (1974), menyatakan bahawa

memanaskan badan akan meningkatkan suhu darah dan otot-otot yang

membolehkan peningkatan prestasi kerana otot-otot akan menguncup dengan

lebih pantas. Kecekapan penguncupan otot-otot adalah kerana rintangan

kepekatan adalah lebih rendah. Selain itu, hemoglobin akan meleA-==paskan

lebih banyak oksigen dalam kadar yang lebih pantas memaksa myoglobin

3

Page 4: Proposal kajian tindakan btl2

menunjukkan kesan yang sama. Proses metabolik juga akan bertambah manakala

rintangan dasar pembuluh darah akan berkurang. Saya ingin mengkaji

pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan meningkatkan

ketepatan menjaring bola baling.

Weerapong, P., Hume, P. A., & Kolt, G. S. (2004) didalam buku PNF in

practice: an illustrated guide (2008), menyatakan bahawa aktiviti memanaskan

badan adalah lebih baik daripada regangan dan urutan. Beliau telah menjalankan

kajian terhadap 30 orang lelaki yang dipilih secara rawak untuk mewakili

kumpulan memanaskan badan, regangan dan urutan otot-otot hamstring diukur

dari segi kekejangan pasif, lingkungan pergerakan, kekuatan isometrik

maksimum secara sukarela dan kesakitan. Penggunaan otot berkurangan selepas

aktiviti memanaskan badan secara spesifik berbanding regangan dan urutan.

Memanaskan badan juga menjanjikan pemulihan kecederaan selepas 7 hari

sedangkan dua aktiviti lagi memberikan kesan sampingan dalam jangka masa

yang panjang.

Jensen dan Morgenegg (1965) dalam Clayne R. Jensen (1972)

mendapati bahawa memanaskan badan boleh meningkatkan prestasi gimnastik.

Melalui pemerhatian yang saya buat, murid-murid tidak mengambil serius

semasa melakukan aktiviti memanaskan badan dilakukan. Sikap murid yang

tidak mempunyai sikap intrinsic menyebabkan mereka tidak mencapai prestrasi

dan mudah untuk berputus asa. Kesan jika kajian ini tidak dijalankan, murid

4

Page 5: Proposal kajian tindakan btl2

dikhuatiri untuk tidak lagi berminat untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

Objektif pembelajaran pembelajaran seterusnya mungkin tidak tercapai sekiranya

murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran menjaring dengan tepat. Murid-

murid juga mudah untuk berputus asa. Dengan membantu murid tahun 4 Sekolah

Kebangasan Sultan Idris II untuk menguasai kemahiran menjaring bola baling,

saya yakin murid boleh menjaring dengan betul dan tepat. Hal ini seterusnya

dapat membantu mereka dalam kehidupan serta menyahut seruan kerajaan ‘satu

murid satu sukan’.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran

menjaring dalam permainan bola baling melalui pengaplikasian sasaran latihan

pemanasan badan.

Objektif Khusus :

1. Meningkatkan kemahiran motor halus murid.

2. Mengenal pasti kekurangan murid dalam melakukan kemahiran menjaring

dalam permainan bola baling.

3. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menjaring bola

baling.

5

Page 6: Proposal kajian tindakan btl2

4. Meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan latihan

memanaskan badan yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

12 orang murid dari kelas 4 kenanga iaitu 7 orang lelaki dan 5 orang murid

perempuan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak Darul Redzuan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Aktiviti 1 : Set Latihan Menjaring

Aktiviti yang dicadangkan adalah latihan menetapkan sasaran menjaring.

Definisi : menjaring adalah aksi merejam bola di luar kawasan bulatan D pihak

lawan dengan menggunakan sebelah tangan.

Rasional : keupayaan melakukan menjaring dengan tepat dapat memastikan

pasukan itu memenangi pertandingan atau perlawanan.

Objektif : untuk menguji atau menilai keupayaan melakukan kemahiran

menjaring.

Peralatan : 15 biji bola baling, pita pengukur, pita penanda.

Persediaan : a) stesyen ujian untuk ujian menjaring diadakan seperti dalam

rajah 1.

b) seorang pencatat diperlukan untuk mencatat pada borang skor.

6

Page 7: Proposal kajian tindakan btl2

Prosedur :

a) Tetapkan sasaran latihan balingan

b) Tujuan kepada latihan ini adalah untuk membantu murid berlatih untuk

menetapkan teknik balingan

c) Membaling pada masa yang sesuai dan ketepatan balingan

d) Gunakan tape penanda (kelebaran 5cm) untuk membuat satu gol 2 meters

dengan menggunakan 3 meter di atas dinding.

e) Buat satu garisan dengan pita penanda sejauh 9 meter. Dan mulakan dari

jarak 12 meter dari dinding yang telah ditandakan dengan pita penanda.

f) Murid dikehendaki lari 3 langkah.

g) Rejam bola ke arah sasaran di penjuru gol yang telah ditandakan.

h) Murid akan berjaya sekiranya dapat menjaring lebih dari 6 jaringan.

7

Page 8: Proposal kajian tindakan btl2

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, pengumpulan data dibuat

melalui proses pemerhatian, ujian pra pos, ujian pos dan temu bual.

5.2.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan murid semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola baling

sebelum membuat keputusan untuk membuat kajian. Pemerhatian lebih berfokus

kepada kesan latihan memanaskan badan dalam menjaring. Hasil pemerhatian

saya, murid yang membuat latihan memanaskan badan dalam keadaan yang

tidak serius dan bergurau senda menyebabkan mereka tidak dapat melakukan

jaringan dengan tepat. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya boleh menjaring

dua kali melepasi gawang dalam 10 kali percubaan.

5.2.2 Ujian Pra

8

Page 9: Proposal kajian tindakan btl2

Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan awal

bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Semasa ujian pra sebanyak

10 kali percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Semasa ujian

dijalankan, saya meletakkan sasaran untuk murid menjaring ke arah sasaran.

Murid berdiri 12 meter dari gawang gol. Murid akan berlari ke arah gol

sebanyak tiga langkah dan melakukan kemahiran menjaring. Saya menggunakan

borang penilaian menjaring semasa murid melakukan aktiviti menjaring. Apabila

ujian selesai dilaksanakan, borang skor akan disimpan dan dianalisa. Keputusan

borang skor tidak akan dibincangkan bersama murid. Selesai membuat ujian,

saya akan mengajar latihan sasaran memanaskan badan dan mengajar semula

teknik menjaring bola baling.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil

pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid

terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos masih menggunakan borang

skor. Semasa mereka melakukan ujian tersebut, penyelidik akan mencatatkan

skor yang disediakan. Hasil ujian ini akan dibandingbeza dengan ujian pra pos

bagi menganalisis sama ada pendekatan yang telah digunakan berkesan atau

tidak. Pengumpulan data untuk ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan

9

Page 10: Proposal kajian tindakan btl2

dengan ujian pra. Jika terdapat peningkatan maka ujian dikira berjaya dan

mencapai objektif. Sekiranya tidak terdapat peningkatan atau data tidak berubah

melalui ujian pos maka pendekatan yang digunakan perlu diubah dan diperbaiki

lagi.

5.2.4 Temu bual

Temu bual merupakan salah satu darpada kaedah untuk mendapatkan

data bagi kajian yang dijalankan. Data yang dikumpul biasanya tertumpu kepada

hasil maklum balas daripada responden terhadap kajian yang dijalankan. Apabila

ujian pra dan pos telah dijalankan. Saya akan mengumpulkan murid di dewan

terbuka SK Sultan Idris II dan mengedarkan borang temu bual kepada murid.

Melalui borang temu bual ini, saya akan mengetahui pendapat dan apa yang

mereka rasa semasa melakukan ujian setelah membuat latihan sasaran dalam

aktiviti memanaskan badan dalam meningkat ketepatan menjaring mereka.

10

Page 11: Proposal kajian tindakan btl2

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.3.1 Analisis Deskriptif

Analisis dapatan data dilakukan bagi memudahkan tindakan

pengesanan dan mengemaskini dapatan yang telah dihasilkan. Dapatan ujian pra

dan pos akan dikumpulkan berdasarkan analisis deskriptif bertujuan memberi

gambaran tentang data yang diambil seperti min (mean), jumlah (sum), sisihan

piawai (standard deviation) varian (variance) dan purata (range).

Penganalisisan data akan dilakukan dengan menjumlahkan peratus

yang diperoleh hasil daripada percubaan. Kemudian saya akan membuat sebuah

graf untuk melihat perubahan dan pencapaian subjek.

11

Page 12: Proposal kajian tindakan btl2

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bulan Mac April Julai

Minggu

Aktiviti

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Merancang

tindakan

pengumpulan

maklumat

Membuat

jadual

perlaksanaan

12

Page 13: Proposal kajian tindakan btl2

tindakan

Mengumpul

maklumat

awal

(pemerhatian)

Temu bual

tidak formal

Menulis

proposal

kajian

Ujian

Pos

Perlaksanaan

latihan sasaran

Ujian

Pos

Kumpul dan

analisis data

Menulis

laporan

13

Page 14: Proposal kajian tindakan btl2

SENARAI RUJUKAN

Clayne R. Jensen. (1972). Health education, physical education, and recreation series. USA : Lea & Febiger

David L. DeVries. (1980). Teams-games-tournament: the team learning approach . USA : Educational Technology

Johnny Unitas. (1979). Improving health and performance in the athlete. USA : Prentice-Hall

Mary Phyl Dwight et.al. (1997). Team handball: steps to success. USA : Human Kinetics

Paul Gamble. (2009). Strength and conditioning for team sport : sport-specific physical preparation for high performance. USA : Taylor & Francis

Susan S. Adler. (2008). PNF in practice: an illustrated guide. Germany : Springer

14

Page 15: Proposal kajian tindakan btl2

Skrip Temu Bual

Bil Soalan Ya Tidak

1. Adakah anda berminat terhadap permainan bola baling?

2. Pernahkah anda bermain bola baling?

3. Adakah anda pernah belajar kemahiran bola baling di sekolah?

4. Pernahkah anda menonton perlawanan bola baling?

5. Adakah pengajaran yang dijalankan guru sebelum ini menarik?

6. Adakah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru membantu

anda meningkatkan kemahiran menjaring anda?

7. Adakah pengajaran menjaring dengan target meningkatkan

kemahiran menjaring anda?

8. Adakah ia menarik minat anda menjalani kemahiran menjaring?

9. Rakan-rakan membantu anda dalam meningkatkan kemahiran

menjaring

15

LAMPIRAN

Page 16: Proposal kajian tindakan btl2

10. Adakah anda semakin minat dengan permainan bola baling?

11. Adakah perasaan anda setelah menjalani latihan sasaran dalam meningkatkan

kemahiran menjaring bola baling?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

12. Adakah pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan dapat

meningkatkan kemahiran menjaring bola baling anda? Nyatakan sebab.

______________________________________________________________

____________________________________________________________

BORANG MAKLUMAT MURID

Nama :__________________________________________________

Umur : __________________________________________________

Jantina :_________________________________________________

Kelas : __________________________________________________

Alamat:__________________________________________________

__________________________________________________

No. telefon :_______________________________________________

Berat : ___________________________________________________

Tinggi : __________________________________________________

Nama Bapa :______________________________________________

Pekerjaan Bapa : __________________________________________

16

LAMPIRAN

Page 17: Proposal kajian tindakan btl2

Nama Ibu : _______________________________________________

Pekerjaan Ibu : ____________________________________________

17

3 m

0.5 m

0.5 m

12 meter

9 meters

2 m

LAMPIRAN

Page 19: Proposal kajian tindakan btl2

Nama:_____________________

Jantina :__________umur:____markah

0 1 2 3 4 5

Tidak pernah

sangat jarang

jarang kadang-kadang

agak kerap kerap

1. Berlari 3 langkah

2. Lihat penjaga gol

3. Bawa bola ke atas kepala

4. Rejam di penjuru gol

5. Ikut lajak

Jumlah markah

BORANG PEMERHATIAN

19

LAMPIRAN

Page 20: Proposal kajian tindakan btl2

SKOR UJIAN MENJARINGKAN GOL SEBELUM AKTIVITI

PENGAPLIKASIAN SASARAN DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

20

Subjek Percubaan Skor

1 2 3 4 5

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

Page 21: Proposal kajian tindakan btl2

SKOR UJIAN MENJARINGKAN GOL SELEPAS AKTIVITI

PENGAPLIKASIAN SASARAN DALAM LATIHAN MEMANASKAN BADAN

21

Subjek Percubaan Skor

1 2 3 4 5

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

Page 22: Proposal kajian tindakan btl2

22