proposal kajian tindakan psv 2015

44
MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN PENGGUNAAN “TEMPLATE” DALAM PENGHASILAN LUKISAN 2014 SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Upload: sallehuddin-bin-ibrahim

Post on 21-Dec-2015

325 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

proposal kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN PENGGUNAAN “TEMPLATE” DALAM PENGHASILAN

LUKISAN 2014

SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

2014

PENGHARGAAN

Ahamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat

saya menyiapkan proposal kajian tindakan ini setelah bertungkus lumus selama beberapa

minggu. Saya disini mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan menyumbangkan tenaga membantu

saya.

Juga ucapan terima kasih kepada pihak Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul

Halim kerana memberi pelbagai kemudahan kepada pihak saya bagi melicinkan tugas

saya menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan sekuliah yang telah

banyak membantu berkongsi maklumat, berbincang, memberi penerangan dan

meluangkan masa membantu saya. Sememangya tanpa bantuan dari rakan-rakan

sekuliah, saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan dengan ketetapan yang diberikan.

Kepada pihak sekolah saya iaitu SK Seri Perdana, Alor Setar yang sentiasa faham

akan perkara yang sedang dilalui oleh guru-guru yang sedang melanjutkan pelajaran.

Sudah semestinya melakukan dua perkara besar serentak iaitu mengajar di sekolah dan

belajar di IPG merupakan sesuatu yang sangat berat dan memerlukan sokongan dari pihak

sekolah.

Tidak lupa kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak berkorban masa dan

wang ringgit bagi membolehkan saya meneruskan pengajian dan dapat menyiapkan

tugasan ini.

2

Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara

lansung dan tidak lansung. Semoga Allah membalasnya jasa baik semua. Sekali lagi, saya

mengucapkan terima kasih.

3

Isi Kandungan

1. PENDAHULUAN 51.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU 6

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN 8

2.1 TINJAUAN MASALAH 82.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 92.3 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN 10

3. OBJEKTIF KAJIAN 13

4. SOALAN KAJIAN 13

5. PERANCANGAN TINDAKAN 14

5.1 KUMPULAN SASARAN 145.2 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN 155.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 185.4 KAEDAH MENGANALISIS DATA 205.5 JADUAL PELAKSANAAN 215.6 KOS KAJIAN 22

SENARAI RUJUKAN 23

LAMPIRAN 25

4

Nama Pengkaji:

SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM

800219025567

Nama dan Alamat Sekolah:

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA,

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,

05350 ALOR SETAR, KEDAH.

Tajuk Kajian :

MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN

PENGGUNAAN “TEMPLATE” DALAM PENGHASILAN LUKISAN 2014.

1. PENDAHULUAN

Pendidikan seni visual merupakan salah satu subjek yang dijalaksanakan di

seluruh sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan matapelajaran

yang diajar bermula dari pra-sekolah sehinggalah tingkatan 3. Seterusnya, murid boleh

memilih meneruskan di peringkat SPM ataupun tidak. Rata-rata masyarakat Malaysia

mahupun guru sendiri kurang menitik beratkan matapelajaran ini dan lebih memberi

penekanan kepada subjek teras. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada minat dan

kreativiti murid.

Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan

pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan pembaharuan

5

yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan

secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan menjelang wawasan

2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif.

Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha

melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan

negara.

1.1 Refleksi Pengalaman yang lalu

Pengkaji telah melaksanakan beberapa sesi P&P Pendididkan Seni Visual tahun 3

2014 sepanjang awal tahun ini berdasarkan peruntukkan jadual individu yang telah

ditetapkan pihak sekolah kepada pengkaji iaitu 1 jam seminggu, pengkaji dapati murid

menghadapi masalah mengembangkan idea dan kurang kreatif dalam menghasilkan

lukisan. Begitu juga dalam mewarna dan beberapa aktiviti lain tetapi pengkaji akan lebih

memberi fokus kepada aktiviti melukis.

Sebagai contoh, pengkaji telah melaksanakan aktiviti menggambar pada minggu

pertama persekolahan dimana tajuknya ialah ‘Kampungku”. Pemilihan tajuk adalah

berdasarkan pada pengalaman sedia ada murid. Semasa set Induksi pengkaji melakukan

aktiviti nyanyian. Ini kerana pengkaji ingin membangkitkan ingatan murid tentang

suasana perkampungan serta memberi gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari.

Lagu yang dipilih bertajuk “Kampungku Sudah Berjaya” dan lagu tersebut pengkaji

dapati telah dipelajari oleh murid semasa matapelajaran muzik. Kelas pengkaji

sememangnya sudah dilengkapi dengan peralatan ICT seperti LCD projektor. Jadi,

dengan menggunakan peralatan tersebut pengkaji menayangkan beberapa gambar

perkampungan yang pengkaji dapati dari sumber internet. Seterusnya, pengkaji pancarkan

juga beberapa contoh lukisan hasil karya pengkaji sendiri dan juga karya dari internet

6

yang sesuai dengan tajuk dan tema P&P pada hari tersebut. Kemudian pengkaji melukis

dua contoh pada papan putih dihadapan kelas dengan skala yang besar dan jelas. Dalam

pada itu, pengkaji memberi penerangan kepada murid mengenai teknik lukisan dan asas

seni reka. Pengkaji juga menerapkan beberapa nilai murni. Kemudian, murid diberi masa

untuk menghasilkan karya sendiri secara bebas berdasarkan tajuk yang diberi.

Setelah siap dan semua karya murid dikumpulkan, pengkaji dapati hampir

keseluruhan kelas menghasilkan karya yang sama dari segi rupa, bentuk, warna dan juga

komposisi. Pengkaji membuat penilaian kendiri kekurangan P&P yang pengkaji lakukan

mungkin penyebab utama idea kreatif murid tidak dapat berkembang. Lalu pengkaji

membuat rujukan kepada ketua Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah iaitu Puan Siti

Nooraini Binti Morad. Pada pandangan beliau, P&P yang pengkaji laksanakan agak baik

dan sesuai namun, murid sebenarnya lebih suka meniru hasil karya rakan. Berikutan

dengan itu, pengkaji menjalankan soal selidik kepada murid dan ternyata jawapan dari

murid adalah relevan dengan pendapat Puan Nooraini.

Secara keseluruhannya, hasil P&P pengkaji itu, pengkaji dapati murid lebih suka

meniru hasil karya murid yang mereka kenalpasti sebagai “pakar seni dalam kelas”.

Pengkaji sendiri dapati ada 4 orang murid “pakar seni dalam kelas” kerana mereka

menghasilkan sendiri karya mereka malah menjadi sumber kepada murid lain.

7

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 Tinjauan Masalah

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati murid-murid menghadapai

pelbagai masalah dalam menghasilkan karya seni yang lebih kreatif dan penuh dengan

idea yang menarik serta menunjukkan kepelbagaian hasil karya didalam sebuah kelas.

Namun begitu, pengkaji mengecilkan skop kajian pengkaji kepada masalah kekurangan

idea kreativiti dikalangan murid ketika menghasilkan lukisan. Murid didapati tidak dapat

menjana idea yang kreatif supaya menjadi lebih menarik dan mempunyai nilai etestika

yang tinggi. Kebanyakkan murid telah melakukan peniruan keatas hasil karya rakan,

kreativiti yang terhad, kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan dan kurang

percaya kepada kebolehan sendiri. Menurut Sternberg (2004), minda manusia

mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Beliau juga

menambah, ketiga- tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat

menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu, dalam konteks pendidikan di

negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tumpuan lebih diberikan untuk

memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan

perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan,

tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk

dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status menjadi sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian, pengkaji percaya kelemahan-

kelemahan ini dapat diatasi jika guru menggunakan kaedah yang tepat dalam proses P&P

seterusnya dapat melahirkan murid yang celik seni dan dapat meningkatkan tahap

kreativiti murid-murid. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) mengatakan

bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan

pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan

8

Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya

bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru

lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai

objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji mula berkhidmat pada tahun 2003 dan sehingga kini pengkaji

hanya diberi peluang matapelajaran Pendidikan Seni Visual sejak 2013. Dalam pada itu,

pihak sekolah lebih memberikan tugas sebagai guru matapelajaran Bahasa Inggeris

kepada pengkaji. Semasa menjalankan P&P Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 3

Murni yang seramai 25 orang pengkaji mengalami banyak kesukaran terutamanya

memankinkan kreativiti murid. Sepanjang dari bulan Januari 2014 sehingga Jun 2014

pengkaji dapati hasil karya murid terutamanya dalam bidang lukisan adalah hampir sama

iaitu dalam anggaran 85% bagi setiap sesi P&P. Lakaran, komposisi, rupa, bentuk serta

warna adalah hampir sama bagi keseluruhan kelas. Pengkaji telah mencuba dengan

pelbagai tajuk dan tema yang sesuai dengan latarbelakang murid seperti “KampungKu”,

“Permandangan di Sawah Padi” dan “Indahnya Sungai Kita” namun hasilnya masih

sama. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea

untuk lukisan yang dihasilkan.

Hasil awal dari soal-jawab didalam kelas pengkaji dapati kebanyakkan mereka

meniru rakan sekelas dan ada juga yang menjawab mereka telah beberapa kali

menghasilkan lukisan dari tajuk yang sama pada tahun-tahun sebelumya. Jadi pengkaji

berpendapat bahawa murid-murid pengkaji ini perlu diberi beberapa contoh yang lain

ataupun boleh dikatakan seberapa banyak yang mungkin agar murid dapat meniru dari

9

pelbagai contoh dan bukannya dari rakan sekelas. Maka, pengkaji berekperimentasi

dengan contoh yang pengkaji bina sendiri dan kumpul dari internet. Pengkaji pancarkan

melalui LCD projektor di dalam kelas agar murid dapat meneliti dan mengambil idea dari

contoh. Malangnya, hasil karya murid masih lagi ditahap sebelumnya walaupun ada

beberapa murid menunjukkan peningkatan. Kebanyakkan hasil murid masih lagi bersifat

meniru. Dikalangan murid mereka sudah mengenalpasti rakan-rakan yang dikategori

sebagai mahir melukis. Maka, inilah pakar rujuk mereka untuk meniru dan seterusnya

menjadikan hasil karya murid seakan-akan sama bagi keseluruhan kelas seolah-olah

murid menggunakan kertas untuk aktiviti mewarna.

Dari itulah bermulanya idea pengkaji membuat kajian penggunaan “template”

bagi meningkatkan idea kreativiti murid menghasilakan lukisan. Template ini berupa

seperti kertas aktiviti mewarna ini akan pengkaji gunakan dalam kajian pengkaji yang

mana pengkaji jangkakan akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan

penggunaan banyak contoh diberikan kepada murid yang pernah pengkaji laksanakan di

dalam kelas. Template ini juga tidak akan membebankan guru samada semasa proses

penyediaan (pra P&P), kebolehgunaan yang tinggi (semasa P&P) serta template ini dapat

digunakan berulang kali.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan

Aktiviti melukis mungkin nampak remeh dan tidak perlu sehingga ke tahap

membuat kajian, namun, guru-guru masih perlu memastikan kaedah yang dipilih adalah

berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Ini juga bagi meningkatkan dan

10

mengembangkan kreativiti murid. Kreativiti yang baik dapat mempengaruhi penghasilan

karya yang mempunyai nilai etestika tinggi.

Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti.

Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada

sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti

semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan

kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan

keupayaan lain.

Bagi menjana kreativiti murid, guru perlu bersedia dengan aktiviti yang mencabar

kebolehan murid. National Education for the Education of Young Children (1986)

menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang meransang, bahan-

bahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak dan kreativiti

memang tidak dapat dipisahkan lagi. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-

kanak dilahirkan kreatif. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan

bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja.

Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang

individu seperti ahli muzik, guru, doktor, pemandu lori, ahli politik dan sebagainya.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan

pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan

bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.

11

Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan

pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,

individu itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan

dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh

Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up

possibilities.”

Kesimpulannya, pengkaji ingin mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik pada

ketika ini sebagai pemangkin kepada murid menerbitkan idea kreatif berdasarkan kepada

pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.

12

3. OBJEKTIF KAJIAN

Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan

mencapai objektif-objektif yang berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni

Visual.

II. Objektif Khusus

Meningkatkan daya kreativiti murid dalam menghasilkan karya

seni lukisan.

Meningkatkan keupayaan murid untuk menjana idea dan

mengaplikasikan dalam karya mereka.

4. SOALAN KAJIAN

i. Adakah penggunaan template dapat meningkatkan minat murid terhadap

Pendidikan Seni Visual?

ii. Sejauh manakah penggunaan template dapat meningkatkan tahap kreativiti murid

dalam bidang menggambar aktiviti lukisan?

iii. Sejauhmanakah penggunaan template dapat memankinkan murid menjana idea

kreativiti mereka?

13

5. PERANCANGAN TINDAKAN

5.1 Kumpulan sasaran

Kajian ini melibatkan murid tahun 3 Murni 2014 seramai 25 orang yang

keseluruhannya berbangsa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Seri Perdana. 10 murid

lelaki dan baki 15 perempuan. Keseluruhan aliran tahun 3 mengandungi empat kelas iaitu

3 Sejahtera, 3 Kreatif, 3 Murni dan 3 Dedikasi dengan jumlah enrolmen keseluruhan

seramai 115 orang murid. Ranking susunan kelas adalah mengikut prestasi akademik

murid iaitu 3S, 3K, 3M, 3D. Ini adalah berdasarkan nama asal sekolah ini iaitu Sekolah

Kebangsaan Mergong Dua (SKMD). Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pinggir

bandar. Hampir keseluruhan kumpulan sasaran kajian pengkaji datangnya dari keluarga

berpendapatan rendah dengan purata pendapatan isirumah RM 1500.00 hingga RM

3000.00 sebulan. 16 murid tinggal di kawasan perkampungan berdekatan yang dikenali

sebagai Kampung Gunung Sali manakal bakinya tinggal di kawasan perumahan

berdekatan iaitu Taman Wira Mergong. Persekitaran kawasan tempat tinggal mereka

adalah sawah padi, pinggir bandar Bandaraya Alor Setar dan perkampungan. Jadi,

pengkaji beranggapan pengalaman sedia ada kumpulan sasaran kajian pengkaji adalah

berdasarkan faktor yang dinyatakan tadi.

14

5.2 Langkah-langkah Tindakan

Pengkaji mencadangkan tiga langkah aktiviti penyelesaian bagi masalah menjana

idea kreativiti murid melalui penggunaan template dalam aktiviti lukisan.

Aktiviti 1 – Penggunaan Template Aras 1 – Mudah (1 jam)

Semasa aktiviti 1 ini dijalankan, pengkaji akan menyediakan template lukisan

yang separuh siap berdasarkan tajuk “KampungKu”. Didalam template ini pengkaji

menghasilkan lukisan yang belum siap sepenuhnya dan hanya terdapat beberapa objek

sahaja iaitu sebuah rumah, sebatang pokok, beberapa ekor ayam, seekor kucing, seorang

budak lelaki, seorang budak perempuan dan sebatang anak sungai. Template ini juga akan

disediakan sebanyak 5 set template yang berlainan dari segi saiz dan komposisi objek

yang dilukis. Pada set template 1, objek-objek dilukis pada bahagian atas kanan kertas

lukisan. Set template 2 pula, objek-objek dilukis pada bahagian atas kiri kertas lukisan.

Set template 3 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kiri kertas lukisan. Set

template 4 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kanan kertas lukisan. Dan

terakhir, set template 5, objek-objek dilukis pada bahagian tengah kertas lukisan. Set

template ini akan dibanyakkan dengan penggunaan mesin fotostat berdasarkan jumlah

kumpulan sasaran kajian iaitu seramai 25 orang murid. Dengan itu, setiap set hanya akan

diterima oleh 5 orang murid. Set template ini juga akan diedarkan secara berselang seli

agar murid yang menerima template yang sama tidak akan duduk berhampiran rakan

yang mendapat template yang sama. Langkah ini bertujuan mengelak murid meniru.

Sebelum template diedarkan, pengkaji akan melakukan aktiviti set induksi dengan

nyanyian lagu “KampungKu”. Setelah itu, pengkaji akan menunjukkan demonstrasi

melakarkan keadaan kampung menggunakan papan putih. Menurut T.Sarina (2006),

demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru

dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan

15

sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun

berbeza. Dalam pada itu, semasa pengkaji melukis, pengkaji akan bersoaljawab mengenai

kampung bersama murid. Pengkaji akan cuba memasukkan hasil jawapan murid ke dalam

lakaran pengkaji di papan putih. Contohnya, jika ada murid menyatakan dikampung ada

perahu, maka pengkaji akan melukis perahu bersama anak sungai di dalam lukisan

tersebut. Namun begitu tidak semua akan dilukiskan dan hanya berdasarkan kesesuaian.

Berikutnya pengkaji menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi

P&P tersebut. Antara isi kandungan penerangan pengkaji ialah mengenai menggambar,

penerangan tentang lukisan dan penerangan tentang tajuk lukisan pada hari tersebut.

Setelah selesai memberi penerangan pengkaji menunjukkan beberapa contoh hasil lukisan

yang sesuai dengan tajuk. Contoh-contoh yang ditunjukkan ini tidak akan sama dengan

template kerana mengelak murid meniru. Ianya untuk mengembalikan pengetahuan sedia

ada murid sahaja. Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan

pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan

bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berkesan

boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah perlulah

dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan

proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Seterusnya, template diedarkan kepada setiap murid. Pengkaji memberi

penerangan cara penggunaan template yang telah diberikan. Murid mula menghasilkan

karya mereka dengan sedikit bantuan dari pengkaji. Akhirnya, murid membentangkan

hasil karya masing-masing dan pengkaji memberikan markah kepada murid mengikut

rubrik permarkahan yang telah disediakan sebelum P&P dijalankan.

Berikut merupakan ringkasan Aktiviti 1:

16

1. Nyanyian lagu “Kampungku”.

2. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.

3. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.

4. Pengkaji melukis beberapa idea murid.

5. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.

6. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.

7. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.

8. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.

9. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.

10. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.

11. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.

Aktiviti 2 – Penggunaan Template Aras 2 – Sederhana (1 jam)

Dalam penggunaan template aras 2 ini, aktiviti adalah hampir sama namun sedikit

perubahan pada template yang disediakan oleh pengkaji dimana template aras ini

mengurangkan jumlah objek-objek yang dilukis oleh pengkaji. Aktiviti aras 2 bertajuk

“Permandangan di sawah padi”. Jadi, template itu akan mempunyai hanya sebatang

pokok kelapa, seorang petani / pesawah dan sebuah pondok. Cara penyediaan dan cara

pengendalian template aras 2 adalah sama dengan template aras 1. Berikut adalah

ringkasan Aktiviti 2 :

1. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.

2. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.

3. Pengkaji melukis beberapa idea murid.

4. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.

5. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.

17

6. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.

7. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.

8. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.

9. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.

10. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.

Aktiviti 3 – Penggunaan Template Aras 3 – Sukar (1 jam)

Sama seperti penggunaan template aras 1 dan 2 cuma perbezaan hanya pada

template yang disediakan iaitu template aras 3 ini hanya menyediakan 1 objek sahaja iaitu

sebatang pokok. Tajuk yang akan diberikan ialah “Indahnya Sungai Kita”. Cara

penyediaan dan cara pengendalian template aras 3 adalah sama dengan template aras

1dan aras 2. Berikut adalah ringkasan Aktiviti 3 :

1. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.

2. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.

3. Pengkaji melukis beberapa idea murid.

4. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.

5. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.

6. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.

7. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.

8. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.

9. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.

10. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.

5.3 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data akan dibuat berdasarkan markah hasil karya murid iaitu

kumpulan sasaran kajian sebelum penggunaan template, markah hasil karya murid

18

semasa penggunaan template aras 1, aras 2 dan aras 3. Markah-markah akan dicatatkan

didalam komputer menggunakan perisian MS Excell.

Permarkahan pula adalah berdasarkan kepada rubrik yang dibina oleh pengkaji.

Rubrik ini membantu pengkaji agar tidak memberi markah hanya kerana hasil karya

kelihatan menarik tetapi juga melibatkan beberapa aspek penting yang lain seperti

keaslian, kreativiti, kekemasan dan idea.

19

5.4 Kaedah Menganalisis Data

Setelah data markah murid dikumpulkan, dengan menggunakan perisian yang

sama iaitu MS Excell data akan dianalisis bagi mendapatkan keputusan sama ada terdapat

peningkatan markah hasil karya bagi setiap murid. Dengan menggunakan MS Excell juga

carta prestasi markah murid dapat dibina dengan lebih tepat.

20

5.5 Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 14 Julai 2014

2. Merancang proposal kajian tindakan 21 Julai 2014

3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 23 Julai 2014

4. Tinjauan masalah 27 Julai 2014

5. Membincangkan masalah yang timbul. (dalam

panitia)

27 Julai 2014

6. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

awal

30 Julai 2014

7. Merancang penyelesaian masalah 5 Ogos 2014

8. Menulis proposal kajian 10 Ogos 2014

9. Membentangkan rangka awal proposal kajian 23 Ogos 2014

10. Menghantar proposal Kajian Tindakan 20 Sept 2014

11. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 25 Sept 2014

12. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 1 (dalam panitia)

25 Sept 2014

13. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 2 Okt 2014

14. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 2 (dalam panitia)

2 Okt 2014

15. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 9 Okt 2014

16. Membincangkan masalah yang timbul dalam

tindakan 3 (dalam panitia)

9 Okt 2014

17. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 16 Okt 2014

18. Refleksi kajian 20 Okt 2014

21

19. Menulis laporan kajian 22 Okt 2014

20. Pembentangan dapatan kajian 2015

5.6 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga

seunit

Jumlah kos

1. Kertas lukisan 250 x RM 0.20 RM 42.00

2. Pensel 2B 25 x RM 0.50 RM 12.50

3. Pemadam 25 x RM 0.20 RM 5.00

4. Potostat bahan & laporan kajian RM 150.00

5. Pen Marker papan putih 4 x RM 2.50 RM 10.00

6. Warna pensel 25 x RM 3.50 RM 87.50

7. Buku catatan guru 1 x RM 2 RM 2.00

JUMLAH RM 309.00

22

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong kreativiti kanak-kanak.

Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd.

Ainin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS

Consultans Sdn Bhd.

Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hamidah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Anak Genius. Shah Alam

Selangor: PTS Millennia Sdn BhdTony

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Pustaka Antara.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak

Kanak. Selangor Darul Ehsan: Open Universiti Malaysia.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur :

Heinemann.

Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: Blackwell Publishing.

23

Toh, W.S (2003) Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal

Penyelidikan : MPBL

Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing

Sdn Bhd.

SUMBER DARI INTERNET

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html

http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html

http://izhar-dominson.blogspot.com

24

LAMPIRAN

Lampiran 1

Borang Penilaian Peringkat Awal

Nama : Ahmad Akmal Bin Ahmad Hizlan

Kelas : 3 Murni

Bidang: Menggambar

Teknik : Lukisan

Bil Kriteria yang diukur Tahap Ulasan

1. Penggunaan alatan/bahan

Mengenal alat/bahan

Penggunaan alat/bahan dengan

baik

1 2 3 4 5

Menggunakan

alatan/bahan

dengan baik

2. Pengolahan idea

Kemahiran berfikir secara

kreatif dan kritis (KBKK)

Imaginasi yang baik

1 2 3 4 5

Bijak

menggunakan idea

serta imaginasi

dengan baik.

3. Kekemasan

Fungsi karya yang pelbagai

Hasil karya yang

kemas dan menarik

dari segi

MARKAH

21/25

25

Keseimbangan karya

Hasil karya kemas dan menarik.

1 2 3 4 5 persembahannya.

4. Kreativiti

Mempelbagaikan gaya

persembahan

Sangat kreatif dalam

penggunaan media.

1 2 3 4 5

Kreatif di dalam

penghasilan karya

serta mengolah

idea dengan baik.

5. Pengaplikasian aspek seni

Bentuk

Rupa

Keseimbangan

Warna

Harmoni

1 2 3 4 5

Aspek seni

diaplikasikan

dengan baik dalam

karya.

JUMLAH 21 /25

26

Lampiran 2

Borang Markah MS Excell

27

Lampiran 3

Sedutan Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 3 KSSR

2014

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL KSSR

TAHUN 3 2014

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013DUNIA  SENI VISUALKSSR TAHUN 3

MINGG

U

BIDANG HASIL

PEMBELAJARA

N

OBJEKTIF AKTIVITI

1

2-4 Jan

Menggambar

Teknik:Lukisa

n warna pensel

Tajuk:

KampungKu

Aras 1

Mengetahui teknik

mewarna

menggunakan

warna pensel.

Aras 2

Mengaplikasikan

penggunaan warna

harmoni dalam

lukisan.

Aras 3

Menghasilkan

lukisan berdasarkan

Pada akhir

pembelajaran murid

dapat:

1-Mengetahui teknik

menggunakan pensel

warna yang betul.

2-Memasukkan

elemen seni reka untuk

diaplikasi dalam

lukisan.

3-Menyedari 

kepentingan teknik

yang betul untuk

Buku

rujukan

ABM

BBM

HSP

Hasil akhir

Nilai:

Ketekunan

28

aktiviti

menggambar.

menghasilkan kualiti

lukisan.

2

1-7 Jan

Membuat

corak dan

rekaan

Teknik: Capan

Tajuk:Bentuk

geometri

dalam corak

bersilang.

Aras 1

Kemahiran

memotong bahan

mengikut bentuk

yang diinginkan.

Aras 2

Mengaplikasi

kepelbagaian 

bentuk dan warna.

Aras 3

Mengaplikasi

sekurang-

kurangnya 4

elemen dan

prinsip .

Pada akhir

pembelajaran, murid

dapat:

1-Menguasai

kemahiran mencapan

dengan kemas dan

teratur.

2-Menguasai teknik

memotong bentuk

yang diinginkan

dengan kemas dan

teliti.

3-Mengaplikasi

pengguan pelbagai

bentuk dan warna

dalam menghasilkan

karya seni.

Buku

rujukan

ABM

BBM

HSP

Hasil akhir

Nilai:

Keselamata

n dan

kekemasan

diri.

29

Lampiran 4

Borang Pemerhatian

Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tanpa penggunaan template.

SoalanY

aTidak

1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan lukisan?

2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ?

3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan?

4. Adakah murid dapat menjana idea yang sesuai?

5. Adakah murid dapat menjana idea yang asli?

6. Adakah murid boleh mempelbagaikan persembahan dan hasil lukisan?

7. Adakah murid dapat menghasilkan lukisan kreatif berdasarkan tema?

8. Adakah murid dapat menjana kreativiti dan idea yang pelbagai?

9. Adakah murid dapat menyiapkan lukisan yang diberikan dengan baik?

30