proposal kajian tindakan zulfaker kali 2 pgsr 7.02

36
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Nama Dan Alamat Sekolah SK. JERANTUT JAYA CBA 2052 No Telefon : 013-6775476 No Faxs : 09-2601011 e-mail : [email protected]. Nama Pengkaji ZULFAKER MAT SOOD Nama Pensyarah Pembimbing Ustaz Faridon bin Baharin Tajuk Kajian 1

Upload: hanis-izzati-ibrahim

Post on 19-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Proposal Pendidikan Sosial IPG PGSR kali ke 2

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama Dan Alamat Sekolah

SK. JERANTUT JAYACBA 2052No Telefon : 013-6775476No Faxs : 09-2601011e-mail : [email protected].

Nama Pengkaji ZULFAKER MAT SOOD Nama Pensyarah Pembimbing Ustaz Faridon bin Baharin

Tajuk Kajian

KAEDAH BERMAIN DAM PETA MEMBANTU BACAAN MURID MEMBEZAKAN ALIF LAM QAMARIAH DAN ALIF LAM SYAMSIAH

1. PENDAHULUAN

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang laluSekolah kebangsaan Jeranttut Jaya,27000 Jerantut,adalah..Oleh itu,sebagai pendidik,pengkaji perlulah mengubah amalan saya kepaada yang lebih baik dengan merncang aktiviti pengajaran saya agar murid dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam kelas yang aktif.Perkara ini amat bersesuaian sekali dengan kata-kata Mohd Majid Konting(2008) dalam buku:Pendidikan di Sekolah iaitu Perubahan oendidikan menuntut perubahan minda di kalangan guru.sebagai pihak yang sentiasa menjana dan mnerima perubahan,para guru perlu mengubah minda mereka daripada pemikiran selesa semasa kepada bahan yang mencabar demi masa depan murid.Pada kebiasaan saya hanya mengajar kaedah penerangan saja, Kajian yang saya jalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 Jujur dalam subtopik Tilawah Al-Quran iaitu tajuk Alif lam Qamariah dan Alif lam Syamsiah. Seramai 7 orang murid dari kelas ini dan saya terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra,ujian Penilaian satu 2013. Hasil tinjauan saya murid tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah,walaupun saya berulangkali menerangkan kepada mereka perbezaan keduanya.. Semasa pengajaran saya pada topik tersebut saya merasakan saya sudah cukup baik menerangkan perbezaan Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah berdasarkan keputusan ujian bulanan yang dijalankan, tetapi masih ada 7 orang murid yang masih gagal menjawabnya seolah-olah mereka keliru dengan penerangan saya.Ini terbukti apabila saya menyemak ujian bulanan pada 14.Mac 2013 yang lalu.Berkemungkinan juga saya hanya menerangkan tanda sahaja semasa sesi pengajaran di kelas.Selepas itu saya melaksanakan ujian membaca kalimah yang mengandungi Alif lam Syamsiah dan Alif Lam Syamsiah dan semua murid dapat mengikutinya kecuali empat orang murid teragak-agak dan tidak yakin ketika membacanya.Apabila saya menyoal mereka berempat ini,jawapan yang mereka berikan ialah susahlah nak baca dan keliru__ tak ingat tandalah,ustaz__bentuknya macam sama aje .Saya merasakan agak terkilan,rupa-rupanya mereka hanya mengikut bacaan sahaja tetapi tidak faham tanda Alif Lam pada bacaan tersebut.Ini adalah kesalahan saya tanpa saya sedari kerana tidak tumpu pada latih tubi bacaan dan sebutan yang betul, dan ini menyebabakn murid murid tersebut menjadi cepat lupa . Jesteru timbul persoalan dalam diri saya adakah saya tidak melaksanakan kemahiran latih tubi dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya secara sepatutnya ataau saya gagal memamahi kehendak murid-murid saya ketika pengajaaran dan pembelajaran .Oleh itu kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,menjadi kritis dan kreatif terhadap amalan tersebuh dan bersedia mengubahnya dari masa ke semasa.Lantaran dari itulah,saya yakin dan percaya dengan mengaitkan isi pelajaran dengan dunia sebenar murid dapat mengekalkan ingatan dikalangan murid saya.Menurut HM Tuah Iskandar(2001), cara mengingat apa yang dibaca ialah melibatkan diri dengan anda dalam pembacaan dan visualkan apa yang dibaca.Membaca tanpa visual samalah seperti anda bermimpi tatkala tidur-hanya sebahagian kecil daripada mimipi itu yang anda ingat sedangkan yang lain akan hilang begitu sahaja.Menurut Mir Hazil(2008),warna dan simbol adalah bahasa minda,sel neuron otak terangsang secara otomatik apabila pancaindera mata merakamnya.Menurut Janet W learner dalam Zainal(2010),Pengamatan ialah satu proses untuk mengenal maklumat daripaada tindakbalas deria ataupun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.Manakala Hasnah (2010) pula menyatakan pengamaatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk simbol dalam bacaan.Oleh itu saya akan cuba menggunakan keadah permainan dam untuk membaca kalimah Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah yang digabungkan dengan latih tubi dalam kajian saya ini. Saya merasakan ada perkara yang perlu saya ambil tindakan segera bagi menangani masalah tersebut untuk ujian yang berikutnya dan ianya tidak boleh dibiarkan berlaku. Lantaran itu saya perlu mengkaji kenapa ianya berlaku, saya telah membuat target pada Ujian Penilaian Kedua dan Ujian Penilaian Ketiga 2013 mereka dapat menguasainya. Perkara ini akan cuba saya atasi dengan sebaik-baiknya, andaian saya murid mudah faham dengan penerangan saya itu sewajarnya perlu saya ketepikan. Dengan berbekalkan semangat yang ada saya sedaya upaya akan mengambil maklum balas dari rakan Guru Pendidikan Islam yang mengajar Pendidikan Islam pada tahun 2012 bagi kelas 3 Jujur sebagai rujukan dan ianya mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan ini. Menginsafi dengan keadaan ini, setelah saya mengimbas kembali proses pengajaran dan pembelajaran saya serta amalan biasa di dalam kelas tersebut, saya kurang memerhatikan kelemahan yang ada pada murid-murid saya. Pengabaian ini menyebabkan saya terpanggil untuk mencari jalan bagaimana cara dan kaedah untuk memulihkan mereka itu. Saya yakin dan percaya pada satu terjemahan hadis Nabi dalam Shahih Muslim yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dalam terjemah hadis Shahih Muslim Jilid 1 oleh:Ma,mur Daud(1982) mafhumnya: Sesungguhnya Allah amat suka kepada hambanya yang melakukan satu usaha, biarpun sedikit tetapi berterusan. Berpegang kepada prinsip setiap masalah mesti ada jalan penyelesaaiannya. Saya mula berfikir, bagaimana caranya saya ingin merangsang minda murid supaya mudah mengingati tanda atau simbol Alif lam Syamsiah dan Alif lam Qamariah. Maka saya akan berusaha mencari satu kaedah yang boleh saya aplikasikan untuk membantu murid-murid ini. Justeru itu, saya telah mencuba kaedah latih tubi sambil bermain Dam kalimah Alif lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berharap dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat merealisaikan harapan saya agar murid yang bermasalah itu dapat saya pulihkan.Ketika saya cuba membuat refleksi tindakan, saya merujuk kepada beberapa buah buku mengenai kaedah bermain ini, bagi tujuan memudahkan murid membezakan simbol Alif lam Qamariah dan alif Lam Syamsiah serta dapat membacanya dengan betul dan fasih.Saya juga ada membaca mengenai perkembangan kognitif anak-anak berumur 7 hingga 11 tahun lebih mudah mengingati simbol atau gambar berbandingan dengan tulisan yang dikemukakan oleh Downey & Garzoli (2007) yang menjelaskan bahawa bermain adalah penting dalam pembelajaran secara langsung,. Justeru itu, saya akan cuba laksanakan kaedah latihtubi sambil bermain dalam pengajaran dan pembelajaran saya dalan bab Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dengan harapan agar murid-murid tersebut dapat menguasai tajuk tersebut.

Refleksi Nilai Pendidikan Masalah kurang tumpuan dan tidak mengambil perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dibiarkan begitu sahaja berlaku.Sikap berlepas tangan dan kurang memberikan perhatian kepada mereka yang lemah sepatutnya tidak berlaku. Guru atau pendidik perlu sedar bahawa dunia pendidikan di negara kita perlukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah kepada pendidikan yang berkehendakkan guru menukar cara pengajaran. Cara mengaplikasikan pengajaran yang baru iaitu model Teaching Games For Understanding (TGFU). Model pengajaran ini memberi kesan yang positif dalam mempelajari subjek pendidikan Islam. Pengalaman diperingkat awal murid murid ini akan membawa keseronokkan kepada mereka dalam mempelajari sesuatu permainan sambil belajar. Latihan dalam Situasi Permainan Dam Peta Kalimah Alif lam Syamsiah dan Alif Lam qamariah bertujuan untuk meningkatkatkan kemahiran sesuatu tajuk dalam situasi belajar sambil bermain dengan menetapkan latihtubi yang spesifik. Latihan ini akan dapat membantu pelajar membina keyakinan dan kefahaman tajuk pelajaran yang diajar. Objektif permainan adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan kemampuan tahap kefahaman banding beza Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dan boleh membacanya dengan betul dan fasih.. Seawal tahun tahun 1982 Bunker, B., & Thorpe mendapati pengajaran dan latihan permainan didominasi oleh perkembangan teknik dalam situasi yang berstruktur. Perkembangan teknik atau kemahiran mengambil masa yang lama dan tidak banyak masa diperuntukkan untuk main permainan tersebut. Bunker & Thorpe memperkembangkan pendekatan alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran permainan yang membantu pelajar belajar sambil bermain serta teknik membanding beza dan strategi permainan seiring dengan pelajaran yang diajar. Mereka telah mencadangkan Teaching Games For Understanding (TGFU) sebagai alternatif kepada pendekatan tradisional berasaskan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran permainan. Kaedah latihan dalam situasi permainan Dam Peta menekankan permainan di mana masalah taktik dan strategi diajar dalam suasana permainan ubahsuai, memerlukan pelajar membuat keputusan semasa permainan dijalankan. Fokus pelajaran pada pelajar dalam situasi permainan di mana kemahiran kognitif seperti taktik, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah sangat penting. Latihan dalam permainan Dam Peta adalah bertujuan untuk mencapai taraf kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Mengajar dengan mengulang sesuatu kecekapan dengan tujuan mencapai taraf kemahiran yang maksimun dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dan dapat digunakan dalam situasi yang diperlukan.

Model Kurikulum Bunker & Thorpe

PermainanPelajarPrestasiPenghargaan PermainanPelaksanaan KemahiranKesedaran TaktikalMembuat keputusan yang sesuaiApa yang perlu dilakukan?Bagaimana hendak melakukan?

Rajah : Pendekatan pengajaran TGFU Sumber : ( Bunker & Thorpe 1982)

Mok Soon Sang (2008) menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau assosiasi gerakbalas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasangan rangsangan gerakbalas wujud berkali, maka ikatannya bertambah kukuh dan lebih tinggi kemungkinannya gerakbalas itu berlaku semula apabila rangsangan itu wujud lagi pada masa kelak.Ini bermaksud latihan berulang ulang kali akan mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas dan kemungkinan gerakbalas itu berlaku semula adalah lebih tinggi jika rangsangan tersebut wujud lagi pada masa akan datang.

Latihan dalam situasi permainan Dam Peta adalah bertujuan untuk mencapai taraf kemahiran yang baik disamping mengurangkan kekeliruan. Mengajar dengan mengulang sesuatu kecekapan dengan tujuan mencapai taraf kemahiran yang maksimun dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dan dapat digunakan dalam situasi yang diperlukan. Ini bermakna jika pelajar-pelajar diberi latihan dalam situasi permainan Dam Peta dengan baik, maka mereka akan dapat menguasai kemahiran tersebut.

2. FOKUS KAJIAN 2.1Isu Kajian Saya ingin membantu murid dalam menguasai kemahiran membezakan Alif lam Qamariah dan Alif lam Syamsiah supaya dapat mengecam dan mengelak kekeliruan yang berlaku. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, masih terdapat 7 daripada 25 orang murid yang masih tidak dapat membezakan Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Ini dibuktikan dengan analisa yang dibuat pada Ujian Bulanan 1 di mana saya telah menganalisa soalan-soalan Ujian Bulanan dan mendapati bahawa bahagian Tilawah Al-Quran dalam topik Alif Lam Syamsiah dan Alif lam Syamsiah yang memperuntukkan 10 markah. Didapati kebanyakan daripada mereka boleh menjawab bahagian ini kecuali 7 orang yang tidak faham dan keliru terutama bab Alif lam Qamariah dan Alif lam Syamsiah. Saya akan mencuba menggunakan pendekatan Kaedah bermain Dam tersebut supaya dapat menyelasaikan masalah seramai 7 murid tersebut. Hasil temubual bersama dengan tujuh orang murid tersebut mendapati bahawa saya tidak menitikberatkan soal tanda dan diajar secara umum melalui kaedah penerangan sahaja. Kepentingan saya mengenalpasti masalah pelajar-pelajar ini ialah untuk mencari cara atau kaedah yang berkesan untuk menyelesaikannya.Fokus kajian saya pada kali ini adalah bagaimana kaedah atau pendekatan yang bakal saya lakukan dapat menangani masalah ini. Saya yakin dan percaya pelajar-pelajar ini perlukan perhatian khusus, dan harapan saya biarlah kaedah yang akan saya perkenalkan itu nanti relevan dengan tahap pemikiran, amalan dan minat serta kebolehan murid-murid tersebut. Disamping itu, pihak sekolah juga akan mendapat manfaat dari keadah yang bakal saya laksanakan nanti. Peluang untuk saya menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran saya juga nanti akan berlaku dengan jayanya. Oleh kerana berlakunya kekeliruan itu pada tanda mati dan sabdu dan ditambah dengan tanda silah pada kedua-dua Alif lam tersebut, maka saya patut memulakannya dengan mengumpul data awal masalah tersebut melalui ujian bertulis seperti yang dilampiran. Saya mula dapati dari ujian dan pemerhatian tersebut adalah seperti berikut: Ujian pra bagi mengesan keupayaan murid 7 orang murid tersebut seperti berikut: Kemahiran Bil Murid Gagal

Mengecam kedudukan Alif lam Syamsiah

Membezakan kedudukan Alif lam Qamariah

Menulis contoh dalam surah At-Tin

3

2

2

Rumusan : Kegagalan murid membeza dan mengecam dan menulis menambahkan kerisauan saya dalam memulihkan mereka ini.Lantaran itu saya tidak wajar membiarkan ianya dari terus berlaku.

2.2 Analisis Tinjauan Awal Berdasarkan tinjauan awal pengkaji, murid lemah dalam kemahiran membanding beza Alif Lam Qamariah dan alif Lam Syamsiah. Di antara kelemahankelemahan yang dapat dikenalpasti semasa tinjauan awal adalah masalah dalam mengenalpasti tanda dan bacaan bagi mengenali dan membezakan Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.2.3 Kriteria Pemilihan Fokus KajianFokus kajian pengkaji merujuk kepada kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif, kerevanan kepada sekolah dan pihak lain yang berkaitan. Menurut Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud (2011), kriteria- kriteria penting dalam pemilihan tajuk dan aktiviti yang tepat akan menjadikan kajian yang dilakukan menjadi lebih signifikan. Setiap aspek mempunyai kepentingannya sendiri dan setiap aspek perlu diambil kira agar fokus kajian boleh diterima dan digunapakai sebagai bahan rujukan pihak yang memerlukan untuk meningkatkan kemahiran mengenal tanda Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.

2.3.1 KebolehtadbiranKebolehtadbiran adalah perkaraperkara yang perlu diberi pertimbangan seperti tempoh masa tindakan, kepakaran, persediaan untuk melaksankan tindakan yang kompleks atau kekangan-kekangan yang akan di hadapi dalam melaksanakan tindakan berkaiatan fokus kajian (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, 2011). Berdasarkan kaedah intervensi yang telah dilakukan dalam kajian, pengkaji mempunyai kefahaman dan kemahiran dalam melakukan permainan berpandu lambang serta mempunyai kemahiran untuk mengurus sesi intervensi menggunakan kaedah belajar sambil bermain.2.3.2 Kepentingan Penggunaan kaedah belajar sambil bermain penting dan boleh digunakan oleh murid atau guru untuk memahirkan diri dalam kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam pelajaran Tilawah Al-Quran bagi subtopik Alif lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah dalam suasana santai dan menyeronokkan. Kajian ini akan memberi kesan yang positif kepada murid, guru, pihak sekolah dan pihak yang berkaitan untuk membuat rujukan. Apabila menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran ini, diharapkan murid dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran yang akan diuji. Guru sebagai pemudahcara akan mengaplikasikan penggunaan latih tubi dan latihan dalam situasi permainan Dam Peta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan diluar bilik darjah atau sewaktu aktiviti kokurikulum Persatuan Agama Islam.2.3.3 Kebolehgunaan Kaedah latihan dalam situasi permainan berpandu lambang ini boleh digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran sama untuk mata pelajaran akademik di dalam bilik darjah mahupun dalam kemahiran kemahiran dalam permainan lain bagi murid, focus kepada tujuh orang murid bagi mengatasi masalah ini, ianya tidak tertumpu kepada matapelajaran Pendidikan Islam semata-mata tetapi boleh diperluas dan diubahsuai matapelajaran yang lain dengan mengubahsuai mengikut kesesuaian sesuatu topik. Latihan dalam situasi permainan berpandu lambang bertujuan mencapai tahap penguasaan kemahiran yang dikehendaki dan mesti terdapat kekekalannya kepada murid.

2.3.4 KawalanPengkaji menentukan tempoh untuk melaksanakan intervensi dan memberi komitmen sebaiknya terhadap kajian ini. Subjek dan tajuk yang dipilih hendaklah mudah di kawal kerana prosedur dan arahan yang mudah difahami dan aktiviti yang dilakukan bukan yang kompleks. Subjek dan tajuk yang dipilih tidak begitu sukar dan aktiviti yang hanya dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti pengayaan, pemulihan di dalam bilik darjah atau dalam aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Objektif yang ditentukan pada aktiviti dapat dicapai dengan baik. Ujian dan intervensi dapat dilaksanakan dengan berkesan.

2.3.5 KolaborasiPengkaji telah merujuk kepada pihak sekolah untuk mendapat kebenaran menjalankan kajian di kawasan sekolah dan kebenaran menggunakan alatan. Pengkaji juga memohon kebenaran pihak sekolah, penjaga murid untuk melibatkan subjek dalam kajian secara bertulis. Kolaborasi juga dilakukan bersama pensyarah pembimbing untuk menentukan kesesuaian kajian dan mendapat nasihat serta pandangan bagi menentu, meningkat tambah nilai kajian yang akan dilaksanakan. Melalui tindakbalas oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran penambahbaikan dibuat secara teratur. Refleksi bersama murid secara tidak formal dilakukan oleh pengkaji untuk mendapat maklumbalas dari murid tentang apa yang dipelajari dan kebaikannya. 2.3.6 KerelevananKerelevanan adalah merujuk kepada kesesuaian fokus kajian, kepada amalan sendiri, rakan sejawat serta organisasi (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, 2011). Kajian dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam banding beza Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah serta mengelakkan kekeliruan daripada terus berlaku. Oleh itu, murid akan dapat meningkatkan prestasi dalam ujian dan peperiksaan yang akan dihadapi pada masa akan datang. Melalui aktiviti belajar sambil bermain ini, akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan serta dapat menyahut seruan kementerian pelajaran masa kini yang berhasrat agar guru dan murid lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih praktikal, mudah dan kos yang rendah.

2.4 Tinjauan Literatur / Berkaitan dengan Isu Kajian.Sekolah merupakan institusi formal bagi mengajar, melatih dan membentuk warganegara yang dikehendaki untuk mencapai cita-cita serta wawasan negara. Berlandaskan kepentingan pendidikan, kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang amat besar untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi pengetahuan dan sahsiah. Pelajar yang cemerlang dapat memanfaatkan segala kemudahan pendidikan yang ada bagi meningkatkan kecemerlangan dengan penuh keazaman.Sebagaimana diketahui sesebuah organisasi boleh diubah dengan menukarkan tiga perkara iaitu struktur, teknologi dan manusia (Harold J. Leavitt, Stoner, 1989).Menurut Allen, dalam Madis bin Araji, (1997) telah melaporkan bahawa murid memerlukan seorang guru yang bersifat peramah dan mesra. Selain dari keputusan pedagogi, guru harus menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pendapat ini disokong oleh Gower , dalam Atan bin Long, (1980) yang menyatakan personaliti guru mempengaruhi pencapaian murid. Manakala Bloom (1980, dalam Lim Beng Tin, 2000) menyatakan perkembangan sifat yang positif juga menghasilkan sifat positif murid. Guru yang ideal selalunya memberi galakan dan pujian kepada murid dan kurang mendenda mereka. Minat merupakan elemen terpenting bagi murid-murid sekolah rendah. Untuk mendapatkan perhatian murid supaya melakukan segala aktiviti yang telah diaturkan, guru seharusnya berupaya merancang sesuatu atau mempunyai daya penarik supaya mempengaruhi minat murid. Sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, guru mestilah merancang atau menyusun sesuatu aktiviti yang berupaya untuk menarik minat murid. Ini penting supaya murid tidak cepat bosan seterusnya tidak melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda dan peristiwa. Minat berupaya untuk meningkatkan keinginan dan daya usaha pelajar untuk mempelajari atau memiliki sesuatu benda. Murid yang mempunyai minat untuk belajar akan berasa seronok dan bersungguh sungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat kepuasan daripada proses pembelajaran itu sendiri. Sulaiman Masri (1996) menyatakan sikap murid yang bersungguh-sungguh terhadap pembelajaran adalah pendorong ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Maka, murid yang mempunyai sikap positif akan sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.Lee Shok Mee (1991) pula menegaskan bahawa minat murid memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Murid yang minat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang lebih cemerlangSeorang guru yang baik adalah guru yang berkemampuan untuk berkolaborasi dengan murid sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran. Guru yang bersifat autokratik hanya akan membuatkan murid cepat bosan dan berasa takut untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Guru seharusnya tahu bagaimana untuk mengendalikan kelasnya dengan baik supaya murid akan berasa lebih selesa. Penerangan daripada guru juga seharusnya jelas supaya murid akan lebih faham bagi melakukan aktiviti. Menurut Campell (1973, dalam Fatimah bt. Salleh, 1996) pula berpendapat bahawa pencapaian murid adalah berkait dengan ciri-ciri guru yang mesra dan peramah serta memberi penerangan yang jelas.Proses pembelajaran bagi murid akan berjaya sepenuhnya sekiranya murid melibatkan diri sepenuhnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini penting supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar oleh guru. Sekiranya murid tidak berminat mereka kurang memberikan tumpuan dan akan gagal untuk menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Ini seterusnya menjejaskan objektif pembelajaran pada hari tersebut yang gagal dicapai. Jadi guru haruslah memastikan apa jua cara dalam melibatkan murid sepenuhnya sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran. Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan Carl Rogers (1992), keberkesanan pembelajaran dapat dicapai dalam situasi pembelajaran yang sesuai dan pelajar melibatkan diri sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Minat memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan murid disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya. Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentukkan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam stesen pembelajaran. Kajian ini juga mendapati lebih banyak aktiviti dikendalikan di peringkat sekolah rendah berbanding dengan peringkat sekolah menengah. Ini berkemungkinan di sebabkan oleh pada peringkat rendah memerlukan aktiviti yang pelbagai bagi menarik minat murid. Seseorang guru telah mengambil masa lebih kurang empat tahun menuntut ilmu di menara gading sebelum bergelar pendidik. Seharusnya, guru tersebut mempunyai ilmu yang lengkap berkaitan subjek majornya. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalamanyang komprehensif terhadap bidangnya (Mohamad Johdi, 2007). Guru seharusnya membuat persediaan lengkap berkaitan subjek yang diajar. Selain itu, guru juga perlu menjangkakan soalan yang bakal disoal oleh seseorang pelajar dan mampu menyediakan jawapan yang betu ldan memberi contoh yang sesuai agar para pelajar dapat memahami subjek yang diajar dengan baik.

2.4.1 Teori / model / pendekatan / strategi Berbagai model telah diasaskan bagi menghasilkan sesuatu kaedah pedagogi pengajaran yang berkesan. Model Teaching Games for Understanding (TGFU) yang dihasilkan oleh Bunker and Thorpe (1982) bertujuan untuk memberi alternatif kepada pendekatan tradisional berasaskan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran permainan. Bagi tujuan kajian ini pengkaji menggunakan kaedah bermain Dam Peta dimana permainan Dam merupakan salah satu daripada jenis permainan tradisional Melayu. Pengkaji juga telah menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Melalui pendekatan ini, pembelajaran yang lebih bermakna dapat dibina dimana murid-murid dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran menggunakan bahan-bahan konkrit serta melaksanakan pembelajaran secara kendiri.

2.4.2 Kajian lepas yang berkaitan. Abdul Rauf bin Azraii (2011) telah mengkaji peningkatan minat terhadap pembelajaran suku kata terbuka Jawi melalui kaedah permainan kad suku kata. Pengkaji ini telah menggunakan kaedah permainan bagi meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap subjek tersebut. Berdasarkan kajian beliau, kaedah belajar sambil bermain ternyata berkesan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsia, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif AmKaedah latih tubi sambil bermain Dam bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membezakan kalimah Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.3.2 Objektif Khusus3.2.1. Meningkatkan kemahiran murid untuk membezakan Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah melalui latih tubi bacaan sambil bermain3.2.2. Menambahbaik amalan pengajaran guru dan kreatif.

3.3Soalan Kajian3.3.1 Bagaimanakah kaedah latih tubi sambil bermain dam dapat meningkatkan kemahiran murid membaca kalimah Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.3.3.2 Bagaimanakah kaedah latih tubi sambil bermain boleh membaiki amalan guru yang hanya menggunakan keadah penerangan semata-mata.

4.0 KUMPULAN SASARAN

BILCIRI-CIRI PERKARA

1.BilanganTujuh orang murid

2.Jantinaa) Tiga Lelakib) Empat perempuan

3.Nama kelasKelas Tahun 4 Jujur ( Kelas Pemulihan)

4.SekolahSekolah Kebangsaan Jerantut Jaya,27000 Jerantut Pahang Darul Makmur

Jadual 1 : Maklumat Kumpulan Sasaran

Prestasi akademik dan ciri-ciri unik pelajarBil Nama Jantina KelasPrestasi AkademikCiri-ciri unik

1.Murid 1L4JCMudah hafal

2.Murid 2L4JBSuka bermain

3.Murid 3L4JBMinat melukis

4.Murid 4P4JCMewarna

5.Murid 5P4JCMelukis

6.Murid 6P4JBMelukis

7.Murid 7P4JBGubahan

Jadual 2: Prestasi akademik dan ciri-ciri unik pelajarMurid 1 : Seorang yang boleh mengahafal apabila disuruh.Murid 2 :Selalu suka bermain apabila saya mengajar.Murid 3 : Suka mulis dan menconteng-conteng meja semasa sesi pengajaran..Murid 4 : Suka mewarna gambar-gambardalan buku aktiviti.Murid 5 : seorang yang suka melukis kartun..Murid 6 :seorang yang suka melukis corak.Murid 7 : Suka melipat-lipat kertas origamiAdalah senarai nama di atas ini, merupakan anak-anak murid saya yang saya kenalpasti ciri-ciri yang mereka miliki, bagi membantu saya dan mereka menjalankan kajian tindakan ini agar dapat dilaksanakan5.0 TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN5.1Perancangan TindakanBagi memastikan kajian saya dapat dijalankan dan dapat mencapai objektif yang telah saya tetapkan, saya perlu membuat perancangan rapi sebelum memulakan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam di bawah tajuk Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah saya telah melakukan atau melaksanakan beberapa perkara penting. Saya telah membahagikan kepada tiga perkara utama iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.Sebelum Pengajaran dilaksanakan perkara yang perlu saya lakukan ialah : Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyemak isi pelajaran dalam tajuk Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah yang saya sampaikan khususnya membaca kalimah Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Saya telah menyediakan Rancangan Mengajar yang lengkap. Setelah selesai membuat Rancangan mengajar saya akan menyiapkan Alat Bantu Mengajar berasaskan papan dam Ular dan Buah Dadu. Saya membuat catatan isi penting mengenai kaedah permainan dan peraturan permainan tersebut. Saya telah menganggarkan kos yang murah dan mudah serta praktikal.

Semasa Pengajaran dilaksanakan , apa yang saya lakukan ialah :-Saya memastikan murid bersedia dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tajuk Alif lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.- Saya menerangkan cara dan peraturan permainan dengan jelas dan detial.- Saya memastikan keadaan kelas terkawal,dan menyeronokkan

Setelah Tamat pengajaran ,Apa yang saya lakukan ialah : Saya memberikan lembaran kerja bertulis berkaitan dengan tajuk. Saya perlu membimbing mereka menulis refleksi ini dari 7 orang responden. Saya memanggil mereka untuk menulis catatan refleksi bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

5.2Perancangan Cara Mengumpul DataPerancangan cara mengumpul data adalah seperti berikut;Fasa 1 : Mengedarkan lembaran bercetak Surah Al-Qadr,murid membacanya secara umum.Fasa 2 :Murid-murid tersebut diminta membulatkan pada kalimah yang mengandungi Alif Lam bertanda mati dan bertanda sabdu.Guru mengumpul bahan bertulis murid untuk dinilai dan menjumlahkan berapakah yang betul dan yang salah.Fasa 3:Guru mempamirkan alatan permainan berlambang dan menerangkan kaedah bermain,berserta peraturan-peraturan perlu,Guru menilai tahap penguasaan murid melalui borang khas yang disediakan.Seperti yang dilampirkan.(ketingting)

5.2.1Perancangan Cara Menganalisis DataFasa 1 : Mengira berapa ramai yang menguasai dan tidak menguasai melalui graf yang ditunjukkan. MASUKAN GRAF CARTA BARFasa 2 : Merekod dalam lampiran prestasi individuFasa 3 : Menyediakan jadual perlaksanaan / carta Gant dengan lengkap

Peringkat/ langkahAktiviti Tujuan

Peringkat 1Pemerhatian catatan jurnalMengumpul data tingkah laku tidak bertanggungjawab kump sasaran senasa sesi

Tindakan1Mengajar hiraki tingkahlaku tanggungjawab sosial dalam kelas

Tindakan 2

Peringkat 2Temubual berstrukuturKumpul maklumat kefahaman murid tinglaku bertanggungjawab

Rasional aktiviti ini.Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan soal selidik5.2.2PemerhatianSaya telah memilih kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara untuk mendapatkan maklumat bagi penyelidikan yang saya laksnakan. Pemerhatian telah dilaksanakan sebelum kajian dijalankan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi responden. Seterusnya pemerhatian juga dijalankan senasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran dan saya telah membuat senarai semak pemerhatian ke atas responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, murid nampak kurang berminat, tetapi setelah pendekatan permainan berpandukan lambang, mereka mula berminat dan lebih fokus semasa sesi Pengajaran Dan Pembelajaran saya jalankan.

5.2. Analisis PemerhatianBerdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran adalah didapati : Murid lebih berminat untuk bersedia belajar hukum tajwid. Mereka mula mengecam tanda Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah. Murid mula mengesan kesalahan yang dilakukan. Murid mula dapat membanding beza Alif Lam Qamariah dan Alif lam Syamsiah melalui kaedah permainan ketingting. Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok.

5.2.4 Pengumpulan DataTAHAPJUMLAH MEMBEZA YANG BETUL

LEMAH0-3

SEDERHANA4-6

BAIK7-8

SUMBER RUJUKANAkhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011),Pengantar Kajian Tindakan Dalam Penyelidikan Pendidikan.Puchong:Penerbitan Multi Media Sdn.Bhd.Mohd Majid Konting(2000).Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan PustakaSyarifah AssagofMohd Juhdi (2007)Taifor bin Mahyadin (2010)Fatimah binti Salleh (1996)Lee Shok Mee (1991)Sulaiman Masri (1996)1