proposal kajian tindakan 2015

38
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP 2011 HBEF 2503 ( KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ) LAPORAN KAJIAN TINDAKAN NAMA : AHMAD AZIZUL FAZLI MAI NO. MATRIKULASI : 770629086077001 NO. KAD PENGENALAN : 770629-08-6077 NO. TELEFON : 017-4003261 E-MEL : [email protected] NAMA PENSYARAH : EN. YAP THIN PENG PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 03-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rjukan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP 2011HBEF 2503( KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN )LAPORAN KAJIAN TINDAKANNAMA

:AHMAD AZIZUL FAZLI MAI

NO. MATRIKULASI

: 770629086077001

NO. KAD PENGENALAN: 770629-08-6077

NO. TELEFON

: 017-4003261

E-MEL

: [email protected]

NAMA PENSYARAH

:EN. YAP THIN PENGPUSAT PEMBELAJARAN :

PERAK LEARNING CENTREISI KANDUNGANAbstrakIsi Kandungan1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

2. Fokus Kajian

3. Objektif Kajian

4. Kumpulan Sasaran

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Merancang Tindakan

5.4 Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1- Teknik Menjawab Soalan

b) Aktiviti 2- Glossari dan Wordlist

c) Aktiviti 3- Latihan Menjawab Soalan

d) Aktiviti 4- Peta Minda

5.5 Refleksi Kajian

6. Cadangan Lanjutan

Lampiran TAJUK KAJIANMENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 SK SIMPANGOLEH :

AHMAD AZIZUL FAZLI BIN MAI SK SIMPANG34700 SIMPANGPERAK DARUL RIDZUANABSTRAKKajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid Tahun Lima yang kurang menguasai cara menjawab soalan bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran proses sains (KPS). Seramai 25 orang murid Tahun Lima terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, soal selidik, membuat pemerhatian, dan berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Begitu juga dengan soalan latihan yang diberikan, segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan tentang teknik menjawab soalan sains bahagian B. Melalui aktiviti ini, saya menerangkan kepada murid tentang kaedah mendapatkan maklumat daripada soalan. Untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kosa kata sains dalam bahasa Inggeris saya membimbing mereka cara

3 | AHMAD AZIZUL FAZLImenggunakan buku glosari sains dan wordlist dengan betul. Seterusnya murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS dan latih tubi soalan. Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya meminta mereka membina peta minda. Saya percaya jika murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan markah yang lebih baik lagi pada bahagian ini. Perbandingan keputusan Ujian Pra (Ujian Bulan Julai) sebelum aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca ( Peperiksaan Akhir Tahun) selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan walaupun tidak seperti yang diharapkan.1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid Tahun 5 dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Sains. Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan.

4 | AHMAD AZIZUL FAZLISelain daripada itu, melalui soal jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar.Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi.2. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian bulanan Ketiga (Julai) yang dijalankan, hampir keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang sahaja yang mendapat markah melebihi 16/20 markah, seramai empat orang mendapat markah antara 10-15, manakala bilangan murid mendapat markah bawah daripada 10 adalah seramai 25 orang. Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

5 | AHMAD AZIZUL FAZLI tidak menguasai kemahiran proses sains. tidak memahami kaedah guru mengajar tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari. tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) dan perkataan sains dalam Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains Bahagian B.3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B dengan betul. Objektif Khusus

i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.

ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B

iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains dengan betul.

6 | AHMAD AZIZUL FAZLIiv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari sains atau kamus.

v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 4 SK Dato Maharajalela yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut : a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik.

b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.

c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas

mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temubual Dengan Murid

Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 10/25 orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang dipelajari, 15/25 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk menjawab soalan.

7 | AHMAD AZIZUL FAZLIb) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran KerjaKelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :i) Tidak memahami kehendak soalan.

ii) Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir data.

iii) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang, gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topik.

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS Berdasarkan Ujian Topikal.( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)Perkara yang ditinjauBilangan murid

Murid tidak dapat menjawab

Soalan (a)16

Soalan (d)18

Murid tidak dapat menjawab soalan15

mengawal pemboleh ubah (b)

Murid tidak dapat menjawab soalan16

mentafsir data (c)

8 | AHMAD AZIZUL FAZLI

5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu:

i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus

iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B iv.Membina mengikut topik yang dipelajari6. Melaksanakan Tindakana) Aktiviti 1 :Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian BSaya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi komputer power point dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

9 | AHMAD AZIZUL FAZLIContoh Soalan:Maklumat yang boleh didapati dari perenggan, gambar rajah dan pernyataan ayat.

A group of people are asked to construct three tower models of equal height using manila cards. The three models constructed by the group are shown in table below.

PerengganGambarrajahPernyataanayat

10 | AHMAD AZIZUL FAZLIPemerhatian :Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan teknik menjawab soalan kepada murid, masih lagi ada murid yang kurang faham dan keliru untuk menjawab soalan bahagian B ini.Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian murid-murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah hand out panduan menjawab soalan diedarkan dan saya menerangkan cara merujuknya barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara menjawab soalan. Namun masih ada murid yang kategori lemah tidak faham langsung walaupun dibimbing oleh saya.Refleksi :Lebih kurang 75 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan manakala sebahagian lagi dibimbing oleh saya.Aktiviti 2 :Penggunaan Glosari Sains, Wordlist dan kamusSaya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang dibekalkan oleh kementerian, dan wordlist (rujuk lampiran) yang disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid diberikan Wordlist atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz

11 | AHMAD AZIZUL FAZLIteka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik yang dipelajari.Contoh soalan Kuiz :QuestionsAnswer

Species of plant or animal that are almost extinctEndangered

An interaction in which two or more organisms living inCompetition

the same habitat, trying to gain control of the same

resources

Pemerhatian :

Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 18 orang murid telah mencatat perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku vocabulary mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan.Refleksi :Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

12 | AHMAD AZIZUL FAZLI

Aktiviti 3 :Latihan Menjawab Soalan Bahagian B. Guru memberi modul soalan KPS yang dibekalkan oleh JPN kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan daripada modul, murid diminta supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.(Rujuk lampiran) Guru mengedarkan kad soalan (rujuk lampiran) kepada murid secara berkumpulan, murid dikehendaki mencari maklumat penting dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan. Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah, jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

13 | AHMAD AZIZUL FAZLI

Pemerhatian Masih terdapat murid yang tidak ingat teknik-teknik menjawab soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang terdapat dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci dengan menggaris di bawahnya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membimbing murid-murid yang di kenalpasti kelemahan mereka menjawab soalan. Saya membimbing mereka secara kumpulan semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan selama lebih kurang 10 hingga15 minit. Aktiviti menjawab kad soalan secara berkumpulan ini telah menunjukkan peningkatan. Murid-murid dapat berbincang dalam kumpulan dengan mengenalpasti maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam soalan. Murid-murid yang lemah juga dibimbing oleh rakan sebaya. Soalan latihan mingguan ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam menjawab soalan sains bahagian B ini. RefleksiMelalui aktiviti ini, lebih ramai murid menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan sebaya.

14 | AHMAD AZIZUL FAZLIAktiviti 4 : Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang terkandung di dalam peta minda tersebut.PemerhatianMelalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah.RefleksiAktiviti membina Peta minda dalam P&P dapat menarik minat murid dalam pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.

15 | AHMAD AZIZUL FAZLI

7. REFLEKSI KAJIANSetelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja, markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun didapati markah paling minima yang diperolehi oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun tidak sepenuhnya.Jadual 2 : Analisis Markah Sains Bahagian B dalam Ujian dan Peperiksaan Akhir Tahun.

MarkahBilangan Murid

Ujian BulananPep.Akhir Tahun

(Julai)

16 - 2004

10 15011

0 - 92510

Berdasarkan analisis markah ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun

16 | AHMAD AZIZUL FAZLI8. CADANGAN LANJUTANMemandangkan bilangan murid yang mendapat markah bahagian B Sains bawah 10 markah masih ramai maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan seperti mengadakan program Mentor Mentee yang melibatkan dua orang guru sains. Murid akan di bahagikan kepada dua kumpulan supaya murid dapat dibimbing dengan lebih berkesan untuk mencapai sasaran markah bahagian B iaitu mendapat markah lebih daripada 10 markah.

17 | AHMAD AZIZUL FAZLILampiran 1Contoh SoalanA small ball was pushed with the same force along different surfaces. Table 2 shows the time taken by the ball to move a distance of 2 metres on different surfaces.SurfaceTime taken (s)

Glass2

Plank4

Cement floor7

Sand paper12

Table 2(a) Give your inference on the differences in time taken by the ball to move the same distance.

[ 1 mark ](b) State the thing that is

1. changed :

2. observed : ..

[ 2 marks ](c)What is the relationship between the frictional force produced and type of surface? .....................................[1 mark ](d) Ani has two pair of shoes. One pair has a smooth sole while the other has a patterned sole. Which pair of shoes is safer to wear? Give reason for your answer...........................................................................................................................................[1 mark ]

18 | AHMAD AZIZUL FAZLILampiran 2Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:Kemahiran Proses Sains - KPS ( Science Process Skills SPS) yang diuji dalam Kertas Soalan Sains UPSR Bahagian B.1. Inferens ( Inference)

2. Hipotesis (Hyphothesis)

3. Mengawal Pemboleh ubah (Variables / Things)

4. Mentafsir data (Interpreting data )

5. Meramal (Prediction)

6. Application (Aplikasi)

Panduan mendapatkan jawapan bagi Sains Bahagian B:

Fahamkan maklumat yang diberi pada perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang /

Jadual-

Fahamkan soalan cari kata kunci ( keyword) dan gariskan seperti

change, observe, keep the same, two information, aim/ purpose, hyphothesis, relationship, conclusion, inference, reason, trend, pattern.

Cari jawapan dari :i) perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

ii) Topik yang dipelajari atau

iii) Kemahiran berfikir logik atau

iv) Pengalaman hidup seharian

19 | AHMAD AZIZUL FAZLI

20 | AHMAD AZIZUL FAZLI