proposal kajian tindakan terkini.docx

51
BIODATA DIRI NAMA : SITI ZAHARAH BT BAHAROM NO.KP : 690112025810 TARIKH LAHIR : 12.01.1969 NO.ANGKA GILIRAN : 2012181360034 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KURSUS : BAHASA MELAYU (1)

Upload: ahmad-ariffin

Post on 05-Sep-2015

152 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BIODATA DIRI

NAMA : SITI ZAHARAH BT BAHAROM

NO.KP : 690112025810

TARIKH LAHIR : 12.01.1969

NO.ANGKA GILIRAN : 2012181360034

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS : BAHASA MELAYU (1)

AMBILAN : FEBRUARI 2012

ALAMAT : N0 6 KG.PULAU PISANG , 06000 ,JITRA KEDAH.

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA 06000

JITRA KEDAH.

NO.H/P : 0164401498

i

ISI KANDUNGAN

BIODATA DIRI i

ISI KANDUNGAN ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 1-2

1.2 Pengumpulan data awal 3-4

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian fokus kajian 5

2.2 Tindakan / Intervensi 6

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN.

3.1 Objektif kajian 7

3.2 Soalan kajian 7

4.0 KUMPULAN SASARAN 7

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah tindakan 7-9

5.2 Cara mengumpul data 10-14

5.3 Cara menganalisis data 14-20

5.4 Jadual pelaksanaan Kajian Tindakan 21

5.5 Kos kajian

Refleksi 23

SENARAI RUJUKAN 24

LAMPIRAN

ii

PENGHARGAANAssalamualaikum . Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi memenuhi kehendak mata pelajaran mata pelajaran BMM 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH . Sepanjang menyiapkan proposal kajian tindakan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.. Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan dengan proposal ini . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan proposal ini . Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Dr Ezani bin Ibrahim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu saya dalam penyedian bahan supaya tugasan ini menjadi lebih sempurna.. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa ,suami dan anak-anak yang begitu memahami dan banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan tugasan ini.Saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih

iii

Saya dengan ini mengakui bahawa semua tugasan saya dalam kerja Kursus berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran adalah kerja asal yang saya sediakan sendiri BMM 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH dan saya TIDAK MENCIPLAK mahupun memplagiat mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar.

Saya dengan ini mengakui bahawa:

i . Setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan.

ii. Saya tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun sesorang pelajar;

iii.Saya tidak membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin laporan saya ; dan

iv.Saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja saya.

Dengan ini ,saya Siti Zaharah bt Baharom faham sekiranya perkara diatas tidak dipatuhi atau didapati MENIPU mana- mana bahagian di Institut Pendidikan Guru kampus Darulaman mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib,seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang terkini

.......................................................................

Nama : Siti Zaharah bt Baharom

No.Kad Pelajar / No.Kad pengenalan : 690112-02-5810

iv

NAMA KAJIAN : PERMAINAN DADU SUKU KATA RODA MINDA UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KV + KV MURID PEMULIHAN.

NAMA PENYELIDIK : SITI ZAHARAH BT BAHAROM

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA 06000 JITRA KEDAH

SASARAN : MURID-MURID PEMULIHAN TAHUN 2 FATONAH

1.0 PENGENALAN

Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasilan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009 yang lalu. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangkan dengan lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid berkeperluan khas) .

Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai.

Kaedah yang direka untuk membantu responden yang menghadapi masalah pembelajaran yang kurang mahir dalam membaca, adalah dengan menggunakan satu teknik permainan iaitu permainan dadu suku kata RODA MINDA. Teknik permainan dadu suku kata RODA MINDA dijangka dapat membantu meningkatkan kecekapan membaca. Terdapat banyak kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah dalam permainan untuk mengajar responden membaca. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Mazni (2007), Abdillah (2009), Siti Rosmah dan Saripah (2004) menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca selepas pelajar melalui latihan menggunakan teknik permainan.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat di luar Negara, terdapat kelebihan permainan dalam meningkatkan prestasi responden dalam pelajaran. Kajian oleh Mary (2007), yang menunjukkan prestasi responden selepas teknik permainan berjalan dengan baik , lebih-lebih lagi selepas bermain dalam satu kumpulan. Menurut Hodger 1966 di Cecil & Paige (2009), kanak-kanak yang belajar membaca perkataan dengan menggunakan deria pendengaran, penglihatan dan sentuhan adalah lebih mudah untuk menarik balik apa yang dibaca apabila beliau mahu menulis kerana satu mod deria akan menimbulkan kenangan perkataan itu. Pendekatan Multisensori untuk bacaan pengajaran juga disokong oleh Shanker & Ekwall pada tahun 2003 di Cecil & Paige (2009).

Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru Kurikulum Pusat Pembangunan, belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menyeronokkan dan bermakna. Permainan adalah saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke peringkat optimum. Dalam konteks permainan bahasa, ia telah dirancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa serta berkaitan dengan kandungan pelajaran (Abstrak 1990) itu. Penggunaan permainan bahasa dan hiburan yang menyeronokkan bukan sahaja kepada responden tetapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman saya di Kelas Pemulihan , saya mendapati bahawa kemahiran membaca responden adalah pada tahap sederhana. Hanya beberapa responden yang boleh membaca perkataan 2 sukukata tertutup dengan baik. Oleh itu, saya merasakan adalah perlu untuk membantu responden yang berpotensi untuk membaca dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat responden untuk belajar. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mereka satu kajian tindakan yang akan dilaksanakan kepada murid-murid pemulihan.

Berdasarkan analisis ujian diagnostik Bahasa Melayu yang dilaksanakan, saya mendapati bahawa 4 daripada 5 orang responden itu mendapat markah yang amat rendah terutamanya dalam ujian lisan yang bertajuk suku kata tertutup dan perkataan suku kata tertutup. Semasa membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup, didapati responden salah memecah dan membatang suku kata, menggugurkan huruf-huruf semasa mengeja dan membatang perkataan yang mengandungi suku kata tertutup dan menyebut perkataan lain pada akhirnya, serta boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemahiran membaca responden adalah amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian bacaan dan sebutan terhadap responden ini.

Saya telah menggunakan kaedah terus dalam pengajaran. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, responden akan diperkenalkan dengan sistem bunyi perkataan itu dan responden akan meniru dan mengikutnya. Hal ini berdasarkan kepercayaan saya bahawa peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu seperti yang dinyatakan dalam teori pembelajaran sosial. Dalam sesi pengajaran yang dijalankan, saya hanya menggunakan kad gambar dan kad perkataan dalam mengajar responden membaca perkataan. Sebagai contoh, saya menunjukkan kad gambar kepada responden dan meminta responden menyebut nama objek yang dapat dilihat dalam gambar. Selepas responden menyebut nama objek yang ditunjukkan dalam gambar tersebut, maka saya pun terus menunjukkan kad perkataan kepada responden dan mengajar responden membacanya. Saya membaca terlebih dahulu dan responden mengikutinya. Didapati responden dapat membaca perkataan itu selepas saya membaca. Namun, apabila saya meminta responden membaca secara perseorangan, responden didapati lemah dalam mengeja dan membatang suku kata dan tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul.

Menurut Gagne (1985), pemeringkatan pembelajaran adalah penting bagi membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009, p.77). Menurut Noriati, Boon & Sharifah (2009), Gagne (1985), mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelek boleh disusun atur dalam hierarki mengikut tahap kesukaran. Bloomfield dan Halliday (1970), menegaskan tentang perbanyakan latihan dalam proses penguasaan bahasa. Penekanan latih tubi akan dapat membina kefahaman dan kekal dalam ingatan responden. Namun begitu, berkekalan dan tidak input tersebut dihubungkaitkan dengan bagaimana guru mengatur proses latih tubi tersebut. Namun, saya gagal memberi perhatian terhadap perkara-perkara tersebut. Bahan yang saya gunakan dalam pengajaran hanya terhad kepada kad gambar dan kad perkataan tanpa mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang minda dan minat responden.

Justeru itu, saya telah memilih untuk bermain sambil belajar iaitu kaedah RODA MINDA yang akan membantu 4 responden ini dalam masalah membaca. Ini kerana, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan keberkesanan penggunaan permainan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Rahmatina (2001) bertajuk "Penggunaan Permainan dalam Pembelajaran di Sekolah IPS" mendapati bahawa dalam permainan, kreativiti pelajar akan digunakan dengan sepenuhnya, bukan sahaja meningkatkan fungsi main dalam perkembangan kognitif dan sosial , ia juga mengembangkan bahasa, emosi, disiplin, kreativiti dan pembangunan fizikal pelajar.

1.3 Pengumpulan data awal

Setelah mengesan masalah dan kelemahan responden, saya telah mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang responden berkenaan. Bagi mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh rsponden, saya turut menjalankan sesi pengumpulan data awal terhadap responden yang ingin saya kaji dengan menggunakan beberapa cara seperti ujian diagnostik Bahasa Melayu Pemulihan, temu bual dan pemerhatian serta analisis tugasan.

1.3.1 Ujian Diagnostik Bahasa Melayu

Menurut Zulkifley Hamid (2006), ujian diagnostik merupakan ujian yang dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah khusus atau yang tertentu yang besar kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan sebagai murid kumpulan pemulihan. Dapatan awal telah saya perolehi melalui ujian diagnostik Bahasa Melayu. Melalui ujian diagnostik yang dijalankan, tahap keupayaan murid hanya sampai ke perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja. Berdasarkan ujian diagnostik tersebut, didapati bahawa kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka adalah tidak memuaskan. Melalui analisis yang dijalankan, didapati bahawa pelajar A dan C merekod pencapaian jauh lebih rendah daripada pelajar B dan D. Namun, saya telah mengenal pasti bahawa empat responden mempunyai lebih atau kurang kelemahan yang sama dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Melalui analisis yang dibuat, saya mendapati bahawa responden mempunyai kesukaran membunyikan suku kata yang bermula dengan huruf g, h, j, n, s, dan r adalah ha suku kata, ja, na, gi, hi, ji, si, hu , ju, nu dan ru. Murid-murid kelihatan keliru untuk membunyikan suku kata yang bermula dengan huruf-huruf tersebut Mereka tidak dapat mengeja, membatang dan membaca dalam sebutan yang betul. Mereka tidak menumpukan perhatian semasa membaca sehinggalah menyebut perkataan lain pada akhirnya. Rujuk lampiran.

1.3.2 Pemerhatian

Lembaran kerja pemulihan yang saya sediakan adalah merujuk kepada Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. Buku ini mengandungi 32 kemahiran asas Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas . Saya telah memberi lembaran kerja yang mengandungi kemahiran sukukata terbuka dan perkataan sukukata terbuka kepada responden tetapi gagal menguasai kemahiran tersebut. Responden memerlukan bimbingan saya untuk membuat lembaran kerja. Selain itu, responden tidak dapat menumpukan perhatian semasa membuat lembaran kerja dan sentiasa meminta izin pergi ke tandas. Responden juga suka mengusik dan mengganggu responden lain sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasan yang diberi. Saya juga mengadakan temubual dengan guru kelas Tahun 2 Fatonah.. Rujuk lampiran.

1.3.3 Analisis Hasil Tugasan

Hasil lembaran kerja respoden A ,B,C dan responden D adalah berbeza. Hasil lembaran kerja responden A menunjukkan dia tidak menumpukan perhatian semasa membuat lembaran kerja dan melukis serta menconteng lembaran kerjanya. Manakala, hasil lembaran kerja responden B menunjukkan dia tidak dapat menulis huruf kecil dengan betul dan tepat. Manakala responden C keliru akan huruf kecil dan huruf besar semasa membuat lembaran kerja. Responden D pula langsung tidak dapat melengkapkan dengan perkataan yang betul. Secara keseluruhannya responden tidak dapat meletakkan perkataan kvkv pada gambar yang betul . (Rujuk lampiran )

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian tindakan ini dijalankan terhadap murid pemulihan Tahun 2, SK Pulau Chapa. Tajuk kajian dipilih berdasarkan pengalaman saya yang mendapati bahawa kemahiran membaca pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran masih pada tahap yang rendah. Saya telah memberi tumpuan kepada kajian kemahiran membaca perkataan kv + kv selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh sekumpulan pelajar dalam kelas. Saya telah memilih kaedah permainan bahasa iaitu permainan dadu suku kata Roda Minda kepada responden yang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.

Para peserta kajian telah dipilih selepas menjalankan ujian diagnostik murid. Saya mendapati bahawa terdapat 4 responden sukar untuk membaca perkataan yang mudah dalam ujian bahasa Melayu. Justeru itu, saya telah memilih 4 orang pelajar untuk menjadi responden dalam kajian ini. Responden yang terpilih telah dikenalpasti sebagai pelajar lengai.

Menurut Kamarudin (1990), terdapat beberapa ciri-ciri dalam masalah bacaan yang boleh dikenal pasti pada murid-murid di sekolah itu .. yang keliru dengan huruf yang sama dengan nama yang contohnya [dengan baik], [sz], keliru dengan orientasi aksara contohnya [b dengan d], [mw], watak keliru frekuensi hampir sama contohnya [b dengan d], [pt], keliru dengan orientasi yang sepadan bentuk huruf besar sebagai contoh, dengan M W, Z dengan n, tidak pengadunan surat bunyi bersama-sama sebagai diftong dan digraf. Sebagai contoh, ai, au, ny, sy, kh.

Dalam pengadunan bunyi dan suku kata adalah murid sengit mempunyai kesukaran pengadunan dan mendirikan terbuka + suku kata tertutup contoh: bu-ah, ba-husy, i-tik dan ditutup + suku kata terbuka. Contoh: ar-ca, un-ta, pin-tu ar-nab. Tukar atau bunyi menukargantikan selepas musim contohnya eksplorasi jadi Jali, buku jadi kubu, ikan makan dan padat supaya boleh.

Berdasarkan analisis yang dibuat selepas menjalankan ujian diagnostik kepada empat peserta dalam kajian ini, ciri-ciri masalah bacaan yang dialami oleh murid-murid adalah kekeliruan lagi bentuk surat suara yang sama dan bunyi huruf g, j dan h. Selain itu, responden juga keliru dengan orientasi surat borang. seperti 'b' dan 'd', 'm' dan 'n' .

2.1 Huraian Fokus Kajian

Saya telah mengenal pasti 4 daripada 5 murid pemulihan yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Demi memahami masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan, saya telah membuat pemerhatian ke atas keempat-empat responden tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran, keempat-empat responden tidak berminat dan mempunyai semangat motivasi untuk belajar mengeja sukukata. Seterusnya saya telah menggunakan Instrumen VAK untuk mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid tersebut supaya saya dapat merancang aktiviti pengajaran atau kaedah pengajaran yang lebih sesuai dengan mereka. Hal Ini adalah kerana gaya pembelajaran murid akan mempengaruhi prestasi pembelajaran di kelas semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Selain itu, saya juga mengadakan temubual dan perbincangan dengan guru pembimbing dan guru kelas responden tersebut. Murid-murid tersebut memang didapati tidak dapat menumpukan perhatian dalam jangka masa yang panjang semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dan kurang berminat untuk belajar. Fokus kajian ini adalah penting kerana saya ingin membantu murid pemulihan untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan menyebut perkataan kvkv.

Walaupun responden telah menguasai kemahiran mengenal abjad kecil dan abjad besar serta boleh membunyikan suku kata tunggal kv, tetapi responden masih lemah dalam kemahiranmembatangkanterus duasuku kata kv+ kvuntuk membentuk perkataan mudah. Apabila perkataan yang terdiri daripada pola kv + kv diberikan, responden dapat mengeja dengan betul. Tetapi apabila hendak membatangkannya menjadi perkataan, responden lupa bunyi suku kata yang pertama menyebabkan responden tidak dapat membatangkan perkataan itu dengan tepat. Murid-murid ini juga tidak menunjukkan minat ataupun dapat mengekal minat respondendalam sesipengajarandanpembelajarankerana sayamendapati responden tidak memberi fokus apabila saya sedang mengajar. Keadaan ini kalau dibiarkan, akan membuatkan masalah ini semakin rumit yang akan membawa kepada kesukaran untuk menguasai kemahiran membatangkan suku kata yang lebih sukar.Saya akan memberi penekanan dan fokus kepada masalah ini kerana bimbang kegagalan penguasaan kemahiran membacayangasasdanmudahinidikalangan responden akan memberi impak negatif terhadap penguasaan kemahiran membaca yang lebih kompleks.

Kekurangan dalam penguasaan bahasa pasti akan menimbulkan kesan buruk kepada Bahasa Melayu yang masih dalam peringkat pemantapan (Norhazlina Hashim, 1994). Oleh itu, penguasaan Bahasa Melayu sangat penting semasa di peringkat sekolah rendah terutama bagi murid pemulihan khas. Masalah murid yang telah dikenalpasti adalah masalah tidak dapat mengenali, menyebut dan menulis huruf-huruf dalam kalangan murid pemulihan. Oleh itu, fokus kajian saya adalah untuk mempertingkatkan kemahiran mengeja sukukata kv, mengeja dan menyebut perkataan kvkv.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri responden adalah seperti tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan dan salah memecah atau membatang suku kata. Keadaan ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan responden tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

Menurut Mok Soon Sang (2010), kebolehtadbiran didefinisikan sebagai kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian atau kerja-kerja yang dilakukan. Kebolehtadbiran terhadap fokus kajian ini adalah tinggi. Berdasarkan keadaan 4 responden, saya telah menggunakan Kaedah Permainan Dadu Sukukata Roda Minda untuk membantu mengatasi masalah murid itu. Saya mendapati Kaedah Permainan Dadu Sukukata ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dalam konteks masa, tempat dan pemilihan responden. Saya akan menjalankan intervensi ini dengan menggunakan waktu sesi pengajaran dalam kelas pemulihan.

Kepentingan dalam kajian ini adalah membantu meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dalam kalangan responden. Penguasaan kemahiran membaca adalah penting kerana kemahiran membaca merupakan satu komponen yang utama dalam pembelajaran harian responden. Kegagalan responden menguasai kemahiran membaca ini secara tidak langsung akan menyebabkan responden gagal dalam pembelajarannya kerana responden tidak dapat mengenal perkataan dan tidak memahami maksud perkataan tersebut. Sementara itu, murid juga tidak dapat menguasai kemahiran menulis sekiranya kemahiran membaca tidak dipertingkatkan. Justeru itu, kemahiran membaca ini adalah penting untuk dipertingkatkan.

Fokus kajian ini juga menunjukkan kebolehgunaan yang tinggi. Hal ini disebabkan kajian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengannya. Kajian ini juga boleh memberi manfaat kepada pengkaji dan guru-guru lain dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kawalan fokus kajian ini adalah mudah. Hal ini dapat ditunjukkan bahawa kajian ini hanya melibatkan jumlah murid yang kecil sahaja iaitu 4 orang responden sahaja sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan sesuatu kajian memerlukan kolaborasi semua pihak. Kolaborasi kajian ini dijalankan bersama pihak sekolah dan pensyarah penyelia. Kolaborasi dengan pihak sekolah yang dimaksudkan di sini adalah melibatkan pihak pentadbir, guru kelas dan guru pemulihan. Kolaborasi bersama pihak sekolah adalah sangat penting semasa menjalankan kajian supaya kajian dapat diadakan dan dijalankan dengan lancar. Memandangakn kajian ini dijalankan pada waktu persekolahan, maka kebenaran untuk menjalankan kajian dimaklumkan pada sesi pertemuan hari pertama bersama pihak pentadbir. Kolaborasi bersama penyelia memberi ruang kepada saya untuk mendapatkan pandangan individu yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan

2.2 Tindakan/Intervensi

Saya akan menggunakan model penyelidikan tindakan Kemmis & Mctaggar (1988) sebagai model penyelidikan tindakan. Menurut Noraini Idris (2010) model Kemmis & McTaggart adalah kajian model tindakan yang paling mudah melibatkan empat proses utama iaiatu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kemmis dan McTaggart menggalakkan guru-guru untuk bekerja bersama-sama untuk menyiasat atau meneroka isu. Kekuatan model ini adalah penjelasan yang dibuat lebih mudah kerana ia memerlukan individu untuk menjelaskan pendapat tentang kajian. Pendekatan pemodelan adalah sesuai dalam konteks amalan reflektif diamalkan.

Terdapat empat fasa utama dalam model kajian tindakan Kemmis & McTaggart(1988). Fasa pertama bermula dengan pengenalan kajian masalah, isu atau situasi dan merancang tindakan yang bersesuaian dengan masalah yang dipilih. Kajian masalah yang akan dilakukan terhadap 4 responden murid pemulihan ialah mengenai tahap penguasaan sukukata dan perkataan kvkv.

Diikuti dengan fasa kedua pelaksanaan penyelidikan tindakan dan juga pemerhatian daripada pengumpulan data. Pada peringkat ini saya akan melakukan 4 tindakan intervensi yang bertujuan mengubah amalan pengajaran yang biasa. Tindakan itu ialah

Pada fasa ketiga saya akan menganalisis data yang didapati hasil daripada kajian yang telah dijalankan.

Pada peringkat akhir ialah proses refleksi iaitu menilai kesan rawatan dan tindakan yang telah dijalankan dan merancang pengubahsuaian rawatan bagi pusingan seterusnya .

Tindakan boleh dibuat selepas tamat pusingan pertama satu kajian tindakan dalam kitaran kedua atau pusingan seterusnya

Rajah : Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Proses pertama akan dilakukan oleh saya ialah bagaimana untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya saya merancang apa tindakan yang akan diambil untuk masalah dipilih dengan menyediakan garis masa penyelidikan, instrumen pengumpulan data, analisis data, dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Dalam fasa kedua, saya akan menjalankan penyelidikan seperti yang dirancang dan mengumpul data menggunakan instrumen yang telah ditetapkan. Dalam fasa ketiga, saya akan mula menganalisis data yang telah dikumpulkan bagi membolehkan saya untuk membuat pengubahsuaian dalam tindakan itu atau melakukan tindakan baru yang dirasakan sesuai. Pada akhir kitaran fasa keempat, saya akan memikirkan tindakan untuk membolehkan saya menilai kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan.

Rajah : Pusingan pertama proses rawatan berdasarkan Rajah Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Akan saya laksanakan 4 aktiviti dalam tindakan intervensi saya iaitu bacaan suku kata, bacaan suku kata senarai semak , kawalan permainan dadu suku kata dan sebutan permainan dadu suku kata.

2.2.1 Bacaan suku kata kv

Pada peringkat permulaan ini murid akan diperkenalkan dengan sukukata. Murid akan menggunakan dadu untuk membentuk suku kata. Saya akan membina beberapa dadu yang mmengandungi huruf vokal dan huruf konsonan. Murid dikehendakki melambung 2 dadu yang berbeza. Responden dikehendakki mencantumkan huruf hasil cantuman sukukata kv. Responden dikehendakki membunyikan sukukata hasil cantuman kad sukukata itu tadi.

2.2.2 Bacaan Suku Kata Senarai Semak

Senarai semak bacaan suku kata yang akan digunakan semasa sesi kajian yang akan dijalankan. Responden akan melakukan permainan dadu suku kata dari minggu pertama hingga minggu ketiga. Senarai semak ini membolehkan saya untuk melihat kesukaran atau masalah yang dihadapi oleh responden dalam kajian ini dengan lebih terperinci bagi membolehkan saya untuk memberi tumpuan kepada kesukaran dan dengan itu menyediakan latihan pengukuhan untuk mengkaji responden. Sila rujuk Lampiran

2.2.3 Kawalan Permainan Dadu Suku Kata

Permainan dadu suku kata akan membantu responden menggabungkan suku kata kv kv dan apabila pelajar telah menguasai kemahiran membunyikan suku kata. Melalui latihan bermain dengan dua dadu dan menggabungkan suku kata , responden akan dilatih untuk membunyikan kedua-dua suku kata yang akan digabungkan. Responden akan menghadapi kesukaran mengingati bunyi suku kata yang pertama dan tidak tahu membunyikan kedua-dua suku kata yang akan digabungkan. Saya akan membantu responden membunyikan suku kata yang pertama supaya murid boleh membunyikan kedua-dua suku kata. Saya akan bertindak sebagai pembantu kepada responden untuk membaca.

Saya akan menggunakan teknik pengulangan untuk membina ingatan jangka panjang untuk responden belajar untuk membaca perkataan kv + kv. Berdasarkan teori pemprosesan maklumat Gagne, proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan berulang kali, iaitu melalui rangkaian pembelajaran yang akan lebih diingati oleh pelajar.

5.1.4 Sebutan Permainan Dadu Suku Kata

Penggunaan permainan sebutan dadu suku kata akan digunakan sebagai kaedah teknik rawatan dan diharapkan akan memberi kesan positif kepada responden daripada perkembangan emosi, kognitif dan sosial. Aktiviti sebutan permainan dadu sukukata ini akan dilaksanaka apabila responden sudah menguasai suku kata kv. Kemampuan responden menggunakan suku kata kv akan memudahkan responden menyebut perkataan kvkv walaupun tanpa bahan rangsangan. Menurut Vygotsky, main bukan sahaja berfungsi sebagai alternatif kepada perkembangan kognitif tetapi juga untuk pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak . Menurut Zulkifley Hamid (1994) kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh pelajar hanya selepas dia mampu untuk melakukan proses mengenal pasti dan membezakan fonem dalam bahasa yang menggabungkan simbol-simbol fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang membacakannya kepada saraf sistem untuk menterjemahkan dan memahami apa yang anda baca.

Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain kerana permainan boleh menguatkan otot, meningkatkan kecergasan, menghilangkan kemalasan dan kelesuan serta membawa kegembiraan dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

3.0 Objektif dan soalan kajian

3.1 Objektif kajian.

1. Meningkatkan penguasaan penggunaan permainan dadu suku kata Maiduku murid membunyikan perkataan kvkv melalui permainan Dadu sukukata

2. Membantu murid menguasai mengeja perkataan kvkv melalui permainan Dadu sukukata Maiduku.

3.2 Soalan kajian.

1.Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan membaca kvkv di kalangan murid pemulihan?

2.Bagaimanakah guru dapat membantu murid menguasai perkataan kvkv dengan penggunaan permainan dadu sukukata Maiduku

4.0Kumpulan sasaran

Terdapat empat responden kajian yang telah dipilih. Pemilihan empat responden kajian ini memenuhi keperluan kajian ini kerana kajian yang dijalankan oleh penyelidik menggunakan kaedah kualitatif . Responden terdiri daripada 2 murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Responden lelaki ialah Mohd Faris bin Hayazee dan Megat Muhammad Muazzam bin Megat Khosim.Responden perempuan pula ialah NurAllysa Raihanah bt Asmafaizan dan Rabiatul Adawiyah bt Ghazali.

Mohd Faris bin Hayaee merupakan anak yatim yang kematian bapanya. Mohd Faris juga mempunyai masalah pertuturan iaitu masih pelat dan tidak dapat menyebut sukukata dengan jelas. Responden ini mengenali dan dapat membezakan antara huruf. Sebutannya betul tetapi tidak dapat didengar dengan jelas. Psikomotornya juga berbeza dengan murid yang lain contohnya ketika menulis responden tidak dapat memegang pensel dengan cara yang betul. Tulisan yang dihasikan juga kurang memuaskan. Matanya juga agak juling. Saiz badannya yang agak besar menyukarkan pergerakkannya. Tidak dapat membezakan antara kiri dan kanan contohnya sering kali kasut yang dipakainya tertukar antara kiri dan kana.

Megat Muazzam bin Megat Khosim pula murid yang terkesan dengan masalah sosio ekonomi keluarganya. Pendapatan bapanya yang tidak seberapa menyebabkan responden rasa rendah diri ketika bersama-sama-sama rakannya.Respoenden ini juga tidak mempunyai buku tulis . Nasib baiklah ada guru yang prihatin dan bersedia menolongnya.Kadang kala responden tidak hadir sekolah disebabkan tiada wang untuk berbelanja pada waktu rehat di sekolah.

Responden yang ketiga ialah Nur allysa Raihanah bt Asmafaizan. Responden merupakan seorang murid yang pendiam dan mempunyai masalah dalam pengurusan dirinya. Tahap kebolehannya agak rendah namun begitu mempunyai peluang untuk maju kehadapan adalah cerah kerana dia bersikap optimistik.

Responden yang keempat pula ialah Rabiatul Adawiyah bt Ghazali. Responden ini merupakan pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran.Responden ini juga kurang mahir dalam pengurusan dirinya .Responden ini dilihat tidak menunjukkan kekemasan diri semasa beruniform sekolah. Responden ini juga suka meniru rakan yang lain.

Responden/Masalah Faris Muazzam NurAllysa Rabiaton

Tarikh lahir 15.4.2008 12.5.2015 10.5.2015 24.8.2007

Bangsa Melayu Melayu Melayu Melayu

Agama Islam Islam Islam Islam

Alamat Kg.Matang Keriang Kg.Gurindam Kg. Pida 4 Kg.Pida 2 Pekerjaan Bapa - Sendiri Sendiri Sendiri

Pendapatan bapa - 400.00 500.00 400.00

Pekerjaan ibu Pembantu kedai Suri rumah Suri rumah Suri rumah

Pekerjaan ibu 600.00 - - -

Adik-beradik 1 5 5 6

Kemudahan belajar Ada - Ada -

Sikap Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Motivasi Ada Tiada Tiada Tiada

Tingkah laku Kurang tumpuan Kurang tumpuan Kurang tumpuan Kurang tumpuan

Jadual : Latar Belakang Responden.

5.0 PerancanganPelaksanaan tindakan

5.1 Langkah-langkah tindakan

5.1.1 Mencantum huruf konsonan dan huruf vokal

Pada peringkat permulaan ini responden akan diperkenalkan dengan sukukata. Responden akan melakukan aktiviti ini pada minggu pertama kajian dilakukan. responden akan menggunakan dadu untuk membentuk suku kata. Saya akan membina beberapa dadu yang mmengandungi huruf vokal dan huruf konsonan. Responden dikehendakki melambung 2 dadu yang berbeza. Dadu yang pertama mengandungi huruf vokal manakala dadu yang kedua mengandungi huruf konsonan. Responden dikehendakki mencantumkan huruf menjadi sukukata dan menyebut cantuman sukukata tersebut. Cantuman sukukata tersebut adalah sukukata kv. Responden dikehendakki membunyikan sukukata hasil cantuman kad sukukata itu tadi. Melalui aktiviti bermain responden boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan, meningkatkan keyakinan dan menggalakkan responden untuk berkomunikasi belajar bersama-sama. Menurut Kamarudin (1990), mengajar setiap kumpulan akan melibatkan pelajar dan membuat pelajar merasa sama dari segi kedudukan dan membolehkan mereka untuk belajar bersama-sama dan menyelesaikan masalah bersama-sama.

5.1.2 Bacaan Suku Kata Senarai Semak

Senarai semak bacaan suku kata yang akan digunakan semasa sesi kajian yang akan dijalankan. Responden akan melakukan permainan dadu suku kata dari minggu pertama hingga minggu keempat kajian. Senarai semak ini mengandungi sukukata yang perlu disebut oleh responden. Aktiviti ini bertujuan supaya responden dapat membunyikan sukukata kv dengan betul. Aktiviti ini juga akan menolong saya melihat kesukaran atau masalah yang dihadapi oleh responden dalam kajian ini dengan lebih terperinci. Ujian ini juga akan membolehkan saya untuk memberi tumpuan kepada kesukaran dan dengan itu menyediakan latihan pengukuhan untuk mengkaji tahap penguasaan responden. Sila rujuk lampiran

2.2.3 Kawalan Permainan Dadu Suku Kata

Permainan dadu suku kata akan membantu responden menggabungkan suku kata kv kv dan apabila pelajar telah menguasai kemahiran membunyikan suku kata. Melalui latihan bermain dengan dua dadu dan menggabungkan suku kata , responden akan dilatih untuk membunyikan kedua-dua suku kata yang akan digabungkan. Responden akan menghadapi kesukaran mengingati bunyi suku kata yang pertama dan tidak tahu membunyikan kedua-dua suku kata yang akan digabungkan. Saya akan membantu responden membunyikan suku kata yang pertama supaya murid boleh membunyikan kedua-dua suku kata. Saya akan bertindak sebagai pembantu kepada responden untuk membaca.

Saya akan menggunakan teknik pengulangan untuk membina ingatan jangka panjang untuk responden belajar untuk membaca perkataan kv kv. Berdasarkan teori pemprosesan maklumat Gagne, proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan berulang kali, iaitu melalui rangkaian pembelajaran yang akan lebih diingati oleh pelajar.

Pada peringkat pertama pengekodan, responden akan mendapat rangsangan apabila membaling dadu suku kata dan menerima maklumat yang boleh diproses oleh ingatan membunyikan suku kata dengan dirinya sendiri atau dengan bimbingan saya. Dalam peringkat kedua penyimpanan, responden perlu ingat bahawa suku kata diperolehi dan mencari kad suku kata yang sama di dalam kotak yang disediakan. Maklumat telah disimpan ke ingatan jangka pendek. Pada akhirnya, responden akan menceritakan suku kata didapati bahawa maklumat boleh disimpan dalam ingatan jangka panjang. Untuk mengurangkan kealpaan , saya akan menyediakan latihan bermain dadu suku kata kepada responden berulang kali.

5.1.4 Sebutan Permainan Dadu Suku Kata

Penggunaan permainan sebutan dadu suku kata akan digunakan sebagai kaedah teknik rawatan dan diharapkan akan memberi kesan positif kepada responden daripada perkembangan emosi, kognitif dan sosial. Pada peringkat ini responden diharapkan akan dapat menyebut perkataan kvkv dengan tepat. Menurut Vygotsky, main bukan sahaja berfungsi sebagai alternatif kepada perkembangan kognitif tetapi juga untuk pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak. Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain kerana permainan boleh menguatkan otot, meningkatkan kecergasan, menghilangkan kemalasan dan kelesuan serta membawa kegembiraan dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Minggu

Hari

Aktiviti

Catatan

1

Isnin

1. Bermain dadu suku kata vokal dan konsonan.

Murid membunyikan suku kata kv yang diperolehi mereka selepas membaling dadu A atau B dan memadankannya dengan kad suku kata yang sama.

Selasa

Khamis

2

Isnin

Bermain dadu suku kata A dan B

Murid membuyikan gabungan suku kata yang diperolehi mereka selepas membaling dadu A dan B

Murid memadankan suku kata yang sama pada kad suku kata dan membacanya.

Selasa

Khamis

3

Isnin

Bermain dadu suku kata A dan B

Murid membaling dadu suku kata A dan membunyikan suku kata

Murid membaling dadu suku kata B dan memilih suku kata yang boleh digabung dengan suku kata A untuk membentuk perkataan bermakna.

Murid mencari kad suku kata dan membaca perkataan yang dibina

Murid menampal kad suku kata pada papan suku kata

Selasa

Khamis

4

Isnin

1. Murid menyebut perkataan yang dipilih dan yang ditujukkan oleh guru.

2. Ujian selepas (membaca)

Murid membaca 12 perkataan yang ditunjuk oleh guru

Selasa

3.

Khamis

Jadual : Jadual Waktu Harian

5.4 Kos keseluruhan untuk kajian tindakan ini ialah:

Kertas A4 1 rim = RM 12.90

Kertas warna warni = RM 7.90

-----------------

20.80

BIBLIOGRAFI

Cecil D. Mercer & Paige C. Pullen (2009). Students with learning disabilities 7th ed. Ohio: Pearson.

Chow Fook Meng PhD & Jaizah Mahamud (2011) . Kajian tindakan konsep dan amalan dalam pengajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Literasi bahasa melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Jabatan Perangkaan Malaysia (2009).

Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990). Pedagogi 4. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (Eds.). (1990). The action research reader. Victoria: Deakin University.

Khairuddin Mohamad,Ibrahim Yusuf & Zaridah Ramli . Penyelidikan dalam pendidikan bahasa melayu .Puchong : Penerbitan Multimedia.com.

Mook Soon Sang (2010) Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Radna Wismawati Muhibah Bt Yahya Sawek (2012). Penggunaan metode fernald oleh

Fernald Disleksik Dalam Pemulihan Bacaan : Kuching, Sarawak.

Roger Pierangelo dan George Giuliani (2008). Teaching students withlearning disabilities.California: Corwin Press.

Roselan Baki (2003) Kaedah dan Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu .Shah Alam,Karism Publication Sdn.Bhd.

Shane Templeton (1991). Teaching the integrated language arts. New Jersey: Houghton Mifflin Company Boston.

Siti Rosmah.Saripah Sarif (2006) . Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup Kvkvk Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah.

Vygotsky, L. (1978). Mind in Society. London: Harvard University Press. Diperoleh pada Julai 8, 2013 dari http://gsi.berkeley.edu/teachingguide/theories/social.

William N, Bender (2008). Learning disabilities characteristics, identification, and

teaching strategies(6th edition). United States: Allyn and Bacon.

Yahya Othman (2007). Mengajar membaca: teori dan aplikasi. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid (2006) Penilaian dan Pengajaran Bahasa Melayu .PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

LAMPIRAN

Analisis Ujian Diagnostik

Murid

Skor Markah

Hierarki Masalah

A

20%

1

B

51%

3

C

34%

2

D

59%

4

LAMPIRAN

Analisis Tingkah Laku Murid

Murid

Tingkah Laku

Hierarki Masalah

A

a) Kerap berbual dengan rakan sebelah

b) Tidak fokus dalam pelajaran

c) Bermain dengan benda lain

2

B

a) Bermain dengan alat tulis

b) Berbual dengan rakan sebelah

3

C

a) Pemalu

b) Pendiam

4

D

a) Kerap ke bilik air.

b) Berjalan keliling meja.

c) Pergi ke meja rakan untuk berbual.

1

LAMPIRAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Nama murid

A

B

C

D

Bil.

Perkataan

Pasca

Pos

Pasca

Pos

Pasca

Pos

Pasca

Pos

1.

Jari

1

1

1

1

2.

Jala

1

1

1

1

3.

Nasi

1

1

1

1

4.

Naga

1

1

1

1

5.

Hati

1

1

1

1

6.

Hari

1

1

1

1

7.

Saga

1

1

1

1

8.

Sari

1

1

1

1

9.

Duku

1

1

1

1

10.

Duri

1

1

1

1

11.

Gusi

1

1

1

1

12.

Gula

1

1

1

1

Jumlah markah

12/

36

/

36

12/

36

/

36

12/

36

/

36

12/

36

/

36

Skala: Lemah (1): Pelajar tidak boleh membunyikan perkataan dengan betul.

Sederhan (2): Pelajar dapat membaca dan mengeja perkataan, tetapi masih perlahan.

Baik (3): Pelajar boleh membaca perkataan dengan lancar.

LAMPIRAN

TEMUBUAL ANTARA GURU PEMULIHAN DENGAN GURU KELAS TAHUN 2 FATONAH.

Guru pemulihan : Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini

Guru kelas : Murid-murid ini mempunyai sikap yang malas dan tidak mahu menumpukan perhatian pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih suka bermain main dan sibuk hendak ke tandas.

Guru pemulihan : Mengapakah masalah-masalah ini terjadi?

Guru kelas : Masalah ini terjadi disebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini telah mengenal huruf dapat membezakan antara huruf besar dan huruf kecil.

Guru pemulihan :Bagaimana dengan kerja rumah yang diberi oleh guru?

Guru kelas : Murid-murid ini biasanya gagal menyiapkan kerja di dalam kelas d dan kerja di rumah

Guru Pemulihan : Bilakah masalah ini dapat dikenalpasti.?

Guru Kelas : Masalah ini telah mula di kesan sejak mereka di tahun 1 lagi dan berlanjutan sehinggalah mereka memasuki Tahun 2.

Guru Pemulihan : Adakah masalah ini dapat diatasi secepat mungkin ?

Guru kelas : Masalah ini dapat diatasi sekiranya perlbagai program sokongan dapat dilaksanakan pada peringkat sekolah dan dapat menarik minat murid-murid ini.

Guru pemulihan : Bagaimanakah hubungan mereka dengan kawan-kawan yang lain.

Guru kelas : Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan kawan-kawan yang lain.

Guru pemulihan: Bagaimanakah dengan tahap penerimaan pembelajaran mereka?

Guru kelas :Mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid yang lemah dan sering gagal dalam ujian dan peperiksaan.

.

4. RefleksiMenilai kesan rawatan dan tindakan yang telah dijalankan dan merancang pengubahsuaian rawatan bagi pusingan seterusnya.

1. Perancangan- Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid melalui ujian diagnostik- Membuat refleksi, mengumpul maklumat dan menentukan fokus kajian

2. Pelaksanaan- Murid diberi latihan membaca suku kata KV melalui aktiviti permainan dadu suku kata- Murid dibimbing membaca gabungan dua suku kata KV menggunakan permainan dadu suku kata

3. PemerhatianMembuat rakaman suara dan gambar, memberi ujian penilaian dan menganalisis data yang diperoleh